BAB 2.
BALIK RUMAH aku tengok Ija tengah duduk sembang dengan anak jiran sebelah.
Punyalah riuh dia orang gelak. Aku rasa kalau ada mak-mak yang ada anak lelaki
hensem bergaya tengok dia orang ni confirm terus reject jadi
menantu pilihan.
"Apa
kau orang gelak tu?" aku sapa nada orang nak marah.
"Kakak
ni penyibuk aje. Tu mak tunggu kat dalam dia nak cakap something kat
kakak." Ija sempat jeling aku. Eh budak ni kan, dengan aku pun dia dah
berani jeling-jeling.
"Apa
mak kata?"
"Ija
tak tahu."
"Laaa..."
Aku
terus berjalan masuk ke rumah. Sempat aku pesan kat Ija jangan main lama-lama
kat luar, hari dah nak gelap. Banyak makhluk halus berkeliaran terutamanya pada
waktu senja. Ija dulu pernah kena sembunyikan makhluk bunian semasa dia kecil di rumah nenek. Nenek kata
bila sekali kena. benda tu senang juga nak kenakan kita balik.
“Baru
balik Nan?”
Nan?
Aku
terus toleh ke ruang tamu. Abi ada duduk dengan mak. Sejak mak dan abi
bercerai, jarang-jarang abi melawat kami sekeluarga. Abi datang pun nak ambil
resit dari mak, dia bayarkan lampu, air, rumah ni dia bayar juga dan kereta aku
tu pun abi yang bayar. Dan hanya abi aje di dalam dunia ni panggil nama aku
Hannan. Sebabnya mak kata Hanan tu pilihan abi, Abeer tu pilihan nenek. Jadinya
Nur Abeer Hanan. Nur- cahaya, Abeer- wangian, dan Hanan- kesayangan. Mak
kata aku anak sulung, abi sangat sayangkan aku kerana sewaktu mak mengandung banyak
komplikasi ke atas mak. Tapi sampai sekarang pun aku tak faham kenapa abi
dan mak kena bercerai sedangkan sebelum ni kami memang hidup bahagia. Abi masih
hidup sendirian, mak pun tak pernah ada lelaki lain di dalam hidupnya.
“A’ah,
baru balik. Abi tunggu orang ke?”
Orang tu
refer untuk diri aku kerana semenjak abi tak duduk rumah ni, janggal nak
bahaskan diri aku Hanan kat abi.
“Lama
tak jenguk anak abi ni. Studi macam mana?” soal abi selepas aku bersalaman
dengannya. Aku duduk di sebelah mak dan salam mak pula.
“Okey
je,” jawab pun dua patah. Lepas tu aku telan air liur sebiji-sebiji sebab tak
tahu nak borak apa lagi. Bayangkan aje setahun lima enam kali berjumpa, asal
abi pulang ke rumah aku selalu ada hal kat maktab. Orang lain boleh jumpa abi
tiap-tiap hari, aku pula rasa lebih baik tak jumpa abi langsung.
“Nan tahun depan dah last year kat
maktab kan?” soal abi tenang. Aku angguk aje sekilas pandang merenung abi.
Lepas tu tunduk balik.
“Nak kahwin tak?”
Aku terkebil-kebil. Terasa dihempap batu pun
ada. “Apa dia abi?”
“Nan nak kahwin ke? Kalau nak abi carikan
calon…” ulang abi lagi. Spontan aku menyengih lebar. Geli tiba-tiba cakap pasal
kahwin ni, tapi dua tiga hari aku asyik terdengar orang cakap pasal kahwin.
Maksudnya, aku yang kahwin. Entah-entah betul kut dah sampai seru jodoh aku
kahwin? Ho ho.
“Taklah abi…”
“Tapi mak kata Hanan nak kahwin, dengan anak
abang Adam yang seorang lagi tu…”
Erk? Aku pandang mak dan mak pandang aku.
Hampir-hampir aku tercekik mendengar pernyataan dari abi.
“Bila masa pulak mak?” soalku terus
jatuhkan kening. Apa daaaa… orang main-main je pun tup-tup hari ni –hari ni jugak
mak buat pengumuman kat abi pasal aku nak kahwin. Hari tu pun masa tengah cakap
mana ada aku letak hitam putih yang aku nak kahwin, sah mak ada-adakan cerita
ni!
“Tak ke? Mak ada call abang Adam dia
kata okey je kalau nak jodohkan Abeer dengan anak dia yang seorang lagi tu…”
jawab mak.
“Yang tua 11 tahun tu ke?”
“Yelah… Dia masih single lagi rupanya…”
Aku terus tepuk dahi sendiri. “Yang muda sikit
tak ada ke mak?” ujarku separuh bergurau. Mak tepuk pahaku kuat. Aku kerut dahi
tahan perit. Kut ya pun mak ni, paha aku juga jadi mangsa.
“Abi tak halang kalau Nan nak kahwin. Tapi
jangan lupakan abi. Ada apa-apa call aje abi. Nak duit ke, nak buat persiapan
kahwin ke, Nan tanggungjawab abi.” Abi lemparkan senyumannya. Aku pula
tiba-tiba jadi gelisah.
“Tapi kan, Abeer tak kata yang Abeer nak
kahwin. Abeer gurau je tu. Lagipun belum habis belajar lagi, mak dah confirm
kat abang Adam mak tu ke?” soalku cuak. Kalau mak dah confirm kan
alang-alang malam ni juga aku terjun dari jambatan Pulau Pinang.
“Banyak cantik Abeer? Anak dia tu bukan anak
patung. Abang Adam kata Jason kena kenal-kenal dulu dengan Abeer sebelum terus
nak kahwin ke apa ke…”
Apa dia? Jason?
“Orang putih ke mak?!” Aku bulatkan mata. Kalau
orang putih harap-harap handsome daripada Ian Somerhalder, sah tiap
malam aku tak tidur tengok muka dia.
“Orang Melayu lah…”
“Orang Melayu nama Jason?” aku angkat kening
kiri. Musykil dah ni. Abi tak cakap apa-apa. Tengok aje perangai anak perempuan
dia yang agak separuh akal ni.
“Ye. Nama dia Jason.”
Tak cukup tanah aku berfikir apasal abang Adam
kasi nama anak dia Jason. Punya banyak nama-nama Melayu dia pergi ambil nama
Jason yang tak de langsung maksud, tak faham aku.
“Kerja apa mak?”
“Tak tahu, tapi dengar abang Adam kata kerja
baik-baik. Mak pun nak kenal-kenal dia juga sebenarnya…” mak kata. Aku dah
menimbang-nimbang juga. Alamak, kali ini pun jodoh ditentukan tapi tak tahu
kenapa yang kali ini punya aku lebih berdebar sikit. Yang sebelum ni pun aku
tak pernah jumpa orangnya tapi tak adalah aku tiba-tiba eksaited lebih.
“Confirm dia tak lari yang macam
dulu-dulu tu mak?” aku tanya. Mak cubit lenganku. Aku dah menyeringai sakit.
“Apa mak ni, orang tanya betul dia pergi main
cubit-cubit pulak…” rungutku.
“Cuba soalan tu baik-baik, ini soal dia lari ke
tak. Kalau lari lagi mahu malu mak.”
“Itulah mak, cari calon jodoh pun tak lari
dengan anak abang Adam mak tu…” aku dah tarik muncung. Mak jegilkan mata.
“Yang dulu tu dia dah ada kekasih, yang ini
memang single… Lagipun abang Adam kata anak dia tu dah agak berumur jadi molek
sangat kalau dikahwinkan dengan Abeer. Kan bang?” mak soal abi pula. Abi angguk
aje.
“Tua tapi tak ada kekasih, kira dia ni tak
lakulah mak?” soalku.
“Tak pe tak laku, Nan… Asal dia tahu sajadah,
tahu agama, tahu bimbing Nan ke jalan sebenar…” Abi mula beri ceramah. 8 tahun
dulu pun abi cakap benda yang sama. Mak pandang wajahku lama-lama.
“Orang tengok dululah abi, kalau sesuai baru
orang fikir nak jadi ke tak kahwin ni…” aku hela nafas dalam-dalam. Sumpah bulu
roma terasa nak naik! Aku nak kahwin ke? Oh my Gucci!
“KATA TAK keluar?” Cloud tanya aku. Aku cebik bibir
bawah, malas nak jawab soalan Cloud tu.
“The awkward moment bila
kau suka Einn tapi kau nak keluar dengan aku.” Tiru je ayat twitter yang selalu
aku jumpa tu. The awkward moment konon.
Cloud jegilkan matanya. “Kau boleh tak cakap
besar sikit? Aku tak dengar!” dia tekan suara. Aku dah bantai gelak. Padanlah
muka nak jadi playboy pun tak kena pada waktunya. Einn tengah minum air
milo dia kat tepi sekali melirik ke arah kami. Lagi riuh aku gelak. Baru happening
sikit lagi-lagi tengok muka Cloud naik merah.
“Sumpah aku tak akan ajak kau keluar lagi!”
Cloud ugut sambil tersengih-sengih ke arah Einn. Dah agak dah dia ni cakap tak
boleh pakai. Hari ni kata tak akan ajak, esok lusa dia ajak lagi.
Sebenarnya pagi tadi dia ajak aku berdua keluar
tengok wayang sebab sebelah petang kita orang dah habis kelas. Tapi nasib baik
juga aku dengar daripada Maya yang Husein nak ajak sekelas turun makan tengah
hari sama. Jadi sengaja aku tolak pelawaan Cloud. Walhal Cloud bukan ada
apa-apa pun dengan aku. Dia tu berlagak je lebih konon nak ushar aku tapi
sebenarnya dia suka berkawan dengan aku. Pergi wayang sama, pergi makan
sama, sampai orang kata kita orang berdua ni couple dan yang sebenarnya memang
tak pun. Cloud suka Einn dah lama, Cloud sendiri yang mengaku. Nama Cloud yang
sebenarnya ialah Luqman tapi dia suruh aku panggil dia Cloud aje sebab dia suka
awan. Aku suka matahari pun tak de pula aku suruh orang panggil aku sun. Aku
tak berapa faham jenis lelaki macam dia ni, konon orang seni tapi tak pernah
aku tengok dia bawa kertas lukisan untuk melukis atau tulis novel ke sajak ke
apa ke… Yang dia tahu makan dan makan dan makan.
“Abeer, sini sat…” tiba-tiba Maya panggil aku.
Aku dah beri isyarat yang aku malas nak berjalan kat Maya.
“Sini ajelah…” dia paksa. Haih, terpaksa juga
aku tukar tempat duduk dengan Husein. Nasib baik hidangan tak keluar lagi.
“Sini sat, tadah telinga kau.” Maya tarik
tangan aku. Aku pun terus tadah telinga.
“Apasal kau dengan Lueq tu rapat semacam aku
tengok. Kata tak ada apa-apa…” Maya dah mula tarik muka.
“Lah, tak ada apa-apa tapi takkan tak boleh
berkawan. Dia tu macam kau juga, kawan aku.”
“Tapi dia tu peliklah, aku rasa dia suka kau…”
Lagi sekali aku gelak. Ramai-ramai orang dia
boleh nampak Cloud suka aku, lagilah orang lain kan? Cloud pun satu, suka Einn
tapi dia pergi kacau aku apasal? Sengal je.
“Aku tak teringin pun nak suka dia…”
“Ye ke kau ni?” Maya jungkit keningnya.
“Aku tak suka Lueq la… Entah kau ni. Fikir
terlebih jauh,” rungutku pelan.
Melihat hidangan Pizza kita orang dah sampai
masing-masing riuh balik.
“Yang ni Abeer punya tadi.” Cloud tunjuk ke
arah aku kepada pelayan. Sengallah, tak pasal-pasal pelayan tu tau nama aku.
“Yang ni Cik Abeer punya…” pelayan tu senyum
simpul aje sambil meletakkan ice float depan meja aku. Aku buat-buat tak layan
sambil pandang ke arah lain. Tiba-tiba mata aku melekat kearah seorang lelaki.
Punya lama tenung tapi aku tak faham kenapa lelaki tu tenung aku juga.
Lama-lama baru aku ingat yang dia ni orang yang pernah aku jumpa dekat
kafetaria maktab hari tu.
“Beer, kau tengok dia, haaa! Dia tu lah yang
aku cakap sombong tapi handsome tu. Dia pandang kau lah Beer…” Maya siku
tanganku. Aku pura-pura pandang tempat lain. Maya mesti tak tahu aku dah awal
sedar kehadiran Paul Wesley dia tu.
“Makanlah, sibuk tengok orang pula dia ni.” Aku
tegur.
“Tapi dia makan dengan siapa eh? Girlfriend
dia ke?”
Aku toleh kembali ke arah lelaki itu dan
perempuan seksi depan dia. Gulp, giler seksi. Seksi pun tak gila. Tolong dengan
baju tak berlengan dia dengan skirt sendat padat lagi pendek memang sah nak
mengorat Paul Wesley. Alahai sedihnya… Bila lelaki jumpa perempuan subhanallah
-punya seksi depan mata, perempuan macam aku ni tak mungkin dia nak pandang.
Perempuan macam tu rupanya yang Paul Wesley suka. Sesuai sangat dengan kepala
dia yang berwarna-warni tu, apahal pula aku kena sedih tiba-tiba? Ke kepala aku
pun dah naik gila?
Tapi lelaki ni betul-betul kaya sebab aku
tengok dari atas ke bawah lagi sekali aku tekankan, semua barangan berjenama.
Jam tangan dia jenama Rolex. Dan yang ada kat aku… Ya Allah!
Aku tepuk dahi dan selongkar beg sandang cari
Rolex hari tu. Patutlah lelaki tu asyik pandang aku, rupanya dia nak tanya
pasal jam dia kut!
Cari punya cari akhirnya aku jumpa kat dalam
zip kecil belakang sekali tapi bila aku cari tuan punya dia dah tak ada. Dah
habis makan ke dia?
“Maya kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet
dulu.”
Aku terus berdiri dan berkejar keluar Pizza
Hut. Pandang kiri kanan mamat kepala belang-belang tu dah hilang. Aku ketuk
dahi berkali-kali. Cuba kalau terjumpa barang orang, bila jumpa orang tu kau
ingat sikit terus balikkan barang dia. Ni entah bila aku dapat jumpa Paul
Wesley lagi! Kesal tak ingat dah ni.
p.s::/
Maaf lama tak update. Sungguhlaa tak der idea nak menulis. :'p. Dan Glue kali ini pun 6 pages aje, standart untuk Glue kut? TQ for reading this story walaupun tah apa-apa tah saya campak dalam tu. Huhu.. Yang sekolah tu, cikgu-cikgu sekolah juga bakal-bakal guru maktab (hehe, Abeer cuti juga patutnya kan?), happy holiday all... ^_____^
7 Komen untuk Cik Rin:
Best.... #^_^
The akward moment bila .. hehe..best ar .. :D
Bestt!!! Nak lagiiiiiii!!!!
NutAtiza- Tq dear...
Kak Izz- hehehee...
FromfrirsttoFB - boleh je.. :)
Besttttt citer ni best giler.... Kak aireen Ada twitter x?
nice..keep up
nama diorg sume power2. hahaha!
Post a Comment