“Tak kisah. Win okey je. Tapi Win nak
tanya, ada benda lain lagi ke yang Win tak tahu pasal abang? Yelah abangkan
hidup kat luar negara bertahun-tahun...” ayat aku terhenti. Aku lontarkan
pandangan ke arah dia untuk menanti jawapan tapi Wan tak jawab apa-apa.
“Jom sayang...” Dia buka pintu kereta.
Aku terpinga-pinga.
“You are not answering my question?”
Aku tarik tangan dia bila dia nak melangkah keluar. Wan Aakif toleh ke wajahku.
Sedetik, dia tarik tangan dia semula.
Aku terpaku.
Aku terpaku.
“It’s not important sayang. Come...
Kita kejar masa.” Wan jawab selamba sedangkan hati aku saat ini telah menanti
masa untuk retak. Jiwaku terumbang-ambing kerana dimamah perasaan curiga.
Bagaimana untuk aku merasakan bahagia sedangkan Wan Aakif Akmani saat ini
sangat jauh dari diriku, langsung tidak kukenali berbanding Wan Aakif yang
dulu?
"You're hiding something, dont
you?" aku soal dalam perasaan kalut.
Kalut melihat reaksi dingin Wan Aakif
Akmani. Kalut juga kerana lelaki ini sudah pun bergelar suami aku dan dia masih
mempunyai sisi yang tidak pernah aku lihat selama ini. Melihat mata beku Wan
Aakif terpanah pada mataku, aku tahu dia tetap kekal ingin merahsiakan
segala-galanya yang pernah berlaku dalam hidupnya.
"Wan, I told you before, selagi
awak ada rahsia daripada saya, saya tak boleh percayakan awak seratus
peratus..." ucapku bersadur sindiran. Dia memandang wajah aku tajam
sebelum mengukir senyuman tipis di bibirnya.
"Stop it Arwin Raisha. Its sound
funny you called me- Wan. Dah jangan fikir banyak sangat, abang tak nak Win
fikir yang bukan-bukan..." dia cakap selamba aje seperti saat ini dia dan
aku sedang berbahagia walaupun hakikatnya aku tertekan hidup disampingnya.
Tertekan dengan sikap misteri dia tu!
"Abang sembunyikan sesuatu dari
Win, tapi abang tak nak cakap sekarang. It's ok. Tapi kalau Win dapat tahu
daripada mulut orang lain dan Win dapat tahu abang had someone else back
then..." aku putuskan kata. "You'll never see me again!" ucapku
senafas dengan rasa sebak. Air mata tinggal hendak mengalir ke pipi saja
melihat dia tiba-tiba mencengkam bahuku kuat.
"If you try to run away from me,
you should do it before everything happens, Win. Jangan cabar kesabaran abang,
sabar abang ada hadnya. Abang suami dan Win patut percayakan abang!"
"Tapi abang tak ada kata putusnya!
Bagaimana Win hendak percayakan abang bila Win tak tahu satu benda pun pasal
abang?!" suaraku bergetar di hujung kata. "You don't even love me why
must I trust you? Why?" dadaku berombak menahan gelora yang mula memukul
jiwaku.
Aku tentang renungan mata Wan Aakif
walaupun inilah kali pertama aku melihat dia memberikan renungan yang
membuahkan rasa takut pada diriku. Dan inilah kali pertama sejak aku bergelar
isterinya, air mata tumpah ke pipi. Aku nak dia faham apa yang aku rasa, apa
yang aku perlu tahu... Tetapi dia semakin menjauhkan diri. Salahkah aku untuk
meminta dikasihi seikhlas hati oleh seorang suami?
"Degil sangat Win ni..." dia
mengeluh seraya melepaskan tangannya di bahuku.
Aku teresak mendengar jawapannya.
Tiba-tiba rasa marah menguasai diriku.
"You don't even love me..."
Aku terus mengorak langkah memasuki
perkarangan rumah. Air mata jatuh berderai ke pipi tidak aku pedulikan walaupun
aku tahu di rumah nanti aku bakal berjumpa dengan mama dan abang-abang iparku
yang lain. Hati aku ni dah rosak.
Melarat kerana perangai Wan Aakif
Akmani.
Nota-noti:
-page Aireen Aryana aka Rinsya Ryc
-page Aireen Aryana aka Rinsya Ryc
-Informasi
: Kelab BJB akan mengadakan contest untuk review novel Biar Cinta Bertaburan
karya Yusnida Tajudin (Kaki Novel). Untuk makluman, hadiahnya ialah BAKAL novel
Lelaki Versi Dia (bakal je, jadinya tak tahu). Kalau dah baca Biar Cinta
Bertaburan, bolehlah jenguk syarat-syarat pertandingan review novel BCB di
bawah seliaan kelab Biar Jemari Berbicara. Terima kasih. :)
5 Komen untuk Cik Rin:
Argh..teaser???
rasa nak mencubit kian kuat!
alahai..lama lagi ke..nak keluaq novel ni..rasa macam lambat giler..nanti war warkan kat kita org..akak nak book dulu lah ngan Aireen..ek..apa apa pun tahniah krn karya adik akan diterbitkan untuk tatapan kita nanti..
best la nvl ni... :)
Best!pasti akan msk list nvl ni..
Tahniah dik Rinsya..
Bab 17 takde ke? Saya tahu novel ni dah keluar kat pasaran tapi saya takdapat beli sebab mommy saya tak kasi. Tapi saya memang suka sangat2 novel ni and saya harap saya dapat baca sampai habis. But, saya dah cari dah kat mana saya boleh baca secara online and yang saya dapat semua takda full bab. Sedihnyaa :'(
Post a Comment