“KAU cakap kat orang ke
yang Dayyan tukar aku jadi ketua pengawas?” soal Aminul sinis.
Sara terkejut disapa dari belakang terus menoleh
dengan wajah terpinga-pinga. Tangan yang memegang beg plastik digenggam erat
melihat wajah Aminul sedingin itu di hadapan matanya.
“Tak pun…” Sara geleng kepala. Kut ya pun nak
tuduh orang silalah siasat awal-awal… Sara reti simpan rahsia, sejak bila
Aminul tak percaya?
“Aku tak cakap dengan orang lain kecuali kau,
Sara…” suara Aminul berbaur rasa geram.
“Eh, taklah… Aku tak cakap pada sesiapa…” Sara
kerut dahi. Adakah Aminul ni… Main tuduh tak de bukti. Pasal benda tu aje boleh
tunjuk muka marah, apa dia fikir Sara tak de perasaan?
“Habis takkan pokok dinding yang heboh-hebohkan
benda ni?” berangin lagi suara Aminul. Sara tertunduk apabila terasa kecil hati
sebab Aminul tak percayakan dirinya.
“Kau tak percaya aku?” soal Sara sambil memandang
wajah Aminul sekilas, tubir mata dah terasa panas. Lelaki itu biarpun marah tetap
nampak aura tenangnya juga, taklah Sara terus ternangis di situ biarpun suara
Aminul sudah naik berganda-ganda oktaf.
“Aku dah cakap, jangan hebohkan lagi benda ni,
selagi benda tak official lagi…”
“Ya ALLAH… Kau dah kenapa? Takkan kau tak percaya
kan aku?” nada Sara naik juga akhirnya.
“Kalau dah separuh sekolah ni tau yang Dayyan
bakal jadi ketua MPP tahun depan, aku nak salahkan siapa?”
Sara telan air liur kelat. Sedih bukan kepalang
sebab orang yang tuduh dia sekarang ni adalah kawan paling rapat yang kononnya
kawan sehidup semati. Wajah Aminul Khusairy dipandang sekilas sebelum kaki
melangkah laju pergi. Orang tu dah tak percaya, kita nak buat apa lagi, kan?
“Sara!” seru Aminul lantang.
Sara hentikan langkah. Aminul tarik tangan Sara
menghadapnya. “Aku tengah bercakap ni…” sambung Aminul tak puas hati. Sara
hulur beg plastik yang berisi bekas makanan polistrin ke dada Aminul. Niat nak
belanja Aminul makan sebab hari ini Aminul kata kena latihan lebih lompat
tinggi dan bola sepak untuk perlawanan peringkat akhir. Tapi dah orang tu tak
reti nak menghargai, Sara pun malas juga nak terhegeh-hegeh mengejar Aminul.
Sejak dulu lagi Aminul nampak dingin biarpun Sara
sudah berusaha untuk membuat hubungan antara mereka jadi jernih tanpa rasa
janggal. Sejak dulu Sara juga berusaha menawan hati Aminul, tapi Aminul tak
layan pun kan? Sampai bila Sara kena bersabar dengan sikap lelaki itu yang
berpura-pura tahu segala benda walhal satu benda pasal Sara pun dia tak tahu!
Pasal Dayyan, Aminul patut tunjuk rasa cemburu jadi Sara boleh baca apa yang
tersirat di hati Aminul, tapi Aminul tak tunjuk riak apa-apa. Penat aje Sara
cuba pelbagai cara untuk memiliki Aminul, semua gagal, semua tak berjaya! Ah,
biarlah kalau Aminul tak suka Sara lagi… Bukan handsome sangat pun…
“Ambik, makan. Tak makan, buang. Dah, aku choww..”
Sara kembali meneruskan langkah.
Air mata mengalir dikesat dengan belakang tangan,
janganlah Aminul lihat, buat malu kaum hawa aje menangis sebab seorang lelaki
yang berhati batu-bata seperti A.K. Dah orang tu tak nak berkawan dengan dia,
marah-marah dan tak percayakan Sara, tak perr la Sara pun tak terdesak sangat
berkawan dengan Aminul. Aci redah aje tuduh orang sembarang. Pedih hati Sara.
Ada Aminul tahu?
Aminul tak tahu sebab selama ni pun Aminul buta.
Buta menilai apa yang termaktub di hati seorang Sara Suhaila.
4 Komen untuk Cik Rin:
Arrrrrrr best3...rupanya Sara tu Mmg dh Lama suka aminul heeeee
Haish kesian Sara....Aminul pun satu,nak menuduh siasat lah dulu...ni tak terus main serang je... :(
Tak sangka Sara pun ada simpan perasaan terhadap Aminul.... #^_^
ah...x puas baca. Pendek sgt. Anyway, tq writer. Besst tp next n3 kena pjg sikit, ye
beat2 tapi sekerat sangat laaa..
Post a Comment