GLUE 1.
MANA BENDA ni? Masa-masa ni lah aku cari tak jumpa. Tadi pagi elok aje aku letak tepi pinggan mangkuk ni tapi ada jugak makhluk yang gatal pergi pindah-pindah barang aku. Dah lah tengah aku perlu benda tu. Geramnya!
"Mak,
tak de la mak..." rungutku lantang. Mak kat dapur hanya jawab
"La....."
Aku
tension terus ke luar dapur, cari mak. "Mak ada letak tempat lain ke?
Abeer sakit tekak ni..."
"Mana
ada mak letak tempat lain. Cuba cari lagi...."
Hah
kan? Mak ni memang tak nak bantu anak dia sendiri!
“Tak
adalah mak…”
“Carilah.
Tak cari mana nak jumpa. Sebab tu kut anak abang Adam lari tak sanggup nak
bertunang dengan Abeer, Abeer kan pemalas…”
Pulak
dah? Aku tengah sakit-sakit ni mak sempat ungkit cerita lama. Dan-dan aje tuduh
aku pemalas walhal anak kawan dia tu yang ada makwe lain, sebab tu lari bila
dapat tahu dia nak ditunangkan dengan Abeer Hannan ni. Kira lawaklah juga sebab
aku dah fikir dah mesti kisah kita orang jadi macam dalam drama tv, kahwin
paksa. Syok jugak kut. Tapi jodoh tak sampai. Pulak dia lari masa
sehari sebelum kita orang ditunangkan. Aku bantai tergolek-golek ketawa bila
mak kata pengantin lelaki aku dah lari. Masa tu umur baru je 18 jadi aku tak
fikir panjang. Tapi bila dah umur 22 ni, tiba-tiba aje aku jadi kepoh semacam.
Nak tengoklah juga muka tunang tak jadi aku tu. Agak-agak hensem ke tak? Kalau
orang tu kaya badan pun boleh tahan macam Ian Somerhalder sungguhlah aku rugi
berjuta-juta.
“Abeer
cari ubat batuk bukan cari laki, mak…” meleret suara aku jawab kata-kata mak.
Mak sengih aje.
“Kakak cari apa?” tiba-tiba makhluk bunian
ni datang.
“Cari ubat batuk dia, ada nampak?” mak
jawab bagi pihak aku. Dah aku pun malas nak jawab aku diam aje.
“Teruk ke? Dari petang semalam bising satu
bilik sampai Ija tak dapat tidur…” Ija terus menuju ke dapur. Ohhh, salahkan
aku pula dia tak dapat tidur walhal malam tadi aku tengok dia sibuk online
facebook sambil tersengih sorang-sorang sampai pukul 3 pagi, tak gila ke
namanya?
“Nah, Ija masukkan dapat peti sejuk pagi
tadi… takut semut masuk.” Ija hulur ubat batuk Woods pada aku. Aku jegil mata.
Punyalah dari tadi aku cari baru sekarang dia nak kasi? Nak kena ke apa Ija ni?
“Ambikkan sekali sudu!”
“Ambiklah sendiri, apa suruh Ija pula…” Ija
dah tarik muncung.
“Orang minta tolong ambilkan pun liat
semacam. Kalau Ija malas, nanti bakal tunang lari tau…” saja aku usik dia. Mak
dah jeling-jeling aku dah.
“Yelah… yelah…” dia ambil juga sudu kat
dapur tu sebab aku malas sangat nak angkat.
“Anak abang Adam mak tu sorang je ke
lelaki?” soalku berbaur usikan.
“Kenapa? Dia ada abang sorang, tapi mak tak
berkenan dengan abang dia…”
“Apa pasal pula?” aku kerut kening.
“Sebab abang dia tu macam tak reti hormat
orang. Tak berkenanlah mak…”
“Ohhh…. Habis mak berkenan dengan adik dia
yang lari tu?”soalku sambil mencapai sudu yang Ija hulurkan. Aku tuang sedikit
ubat batuk ke dalam sudu dan sua ke mulut.
“Kisah lama Abeer. Kalau Abeer berkenan
dengan abang dia, mak boleh tolong tanyakan. Tapi mak kasi tahu awal-awal abang
dia tu tua 11 tahun dari kamu…”
Erk?!
Aku terbatuk kuat. Gila tua abang bekas
bakal tunang aku!
“Kenapa mak? Kakak nak kahwin ke?” soalan
Ija aku sambut dengan memukul lengannya. Dia menyeringai sambil pandang muka
mak minta kena back up tapi mak buat tak tahu aje. Aku pun dah sengih panjang.
Tu lah… ada mulut cakap hati-hati wehhh… Bila masa aku nak kahwin pula?
“ADA SORANG tu mamat, fuhhh… aku tengok hensem
giler. Aku tegur dia tapi dia buat tak tahu aje. Sombong sangat.
Mentang-mentanglah dia tu hensem.” Maya punya komen buat aku terasa nak gelak.
“Kau gedik kot?” Yelah lelaki sekarang ni
mana nak melayan perempuan gedik. Dia orang dah bijak apa? Tapi tak tahulah
masih ada lelaki yang tak berapa nak bijak pergi melayan perempuan gedik, itu
aku tak berapa nak paham. Kalau cari teman tu carilah yang elok sikit,
perempuan gedik perasan bagus bila dibuat bini kang naya jadinya. Lainlah kalau
perempuan tu dah insaf, kan?
“Mana ada aku gedik. Aku just tanya, encik
cari siapa? Sebab cara dia tengok sekeliling kafe tu macam tengah tunggu orang.”
Maya siap muncungkan mulut.
“Dia ada lagi ke kat kafe?” aku angkat buku
dan letak kat tangan sambil tangan sebelah lagi pegang kad pelajar.
“Ada kut…”
“Aku balik dulu, kau sambunglah studi.”
“Kau dah ke?”
“Dah… Aku lapar nak pergi kafe.”
Maya dah buat muka suspiciousnya pada aku. “Kau
sengaja nak jumpa abang hensem tu eh?” dia angkat-angkat kening. Aku jegilkan
mata. Apa punya sengal Maya.
“Tapi aku cakap kat kau, sumpah dia
sombong.” Maya bisik. Aku sengih aje.
“Kalau muka dia handsome kalah Paul Wesley,
aku tak kisah dia sombong tak ingat dunia…”
“Dah aku agak dah, kau gila balik kat
Vampire Diaries…” Maya geleng kepala. “Tapi aku cakap kat kau, Paul Wesley pun
kalah kat abang ni…” Maya sambung lagi. Aku senyum aje. Punya hensem abang tu
sampai kalah Paul Wesley aku. Kalau betul Paul Wesley tu kalah, sah-sah aku
kena lebih cantik daripada Nina Dobrev kalau nak mengurat Paul Wesley, kan?
Entah apa-apa je Maya ni, betul ke tipu kehenseman Paul Wesley boleh sampai ke
Malaysia.
“Aku pergi dulu. Kang kalau kau habis ulang
kaji mesej aku. Pukul 2 ni sambung tutorial…”
“Haa…”
“Bye.”
“Bye…” Maya lambai tangan.
Aku bergegas menuju ke kaunter pinjam buku.
Lepas scan buku yang aku nak pinjam, aku terus keluar cari beg yang diletak
dalam loker kecil di luar perpustakaan.
Selepas aku simpan buku tu terus aku
berjalan menuju ke kafetaria. Sungguhlah… Lapar gila. Dah la aku ni ada
penyakit gastrik, pedih dah perut tapi sebab aku sibuk buat assignment
Puan Monica boleh terlupa jam dekat pukul 1 petang.
Sampai kat kafetaria sempat aku mengintai
mana satu abang hensem yang Maya cakap tadi. Adalah nampak seorang lelaki siap
bercermin mata hitam dengan baju kemeja berbelang biru dan seluar slack tengah
duduk kat meja tepi sekali. Hensem tu taklah. Tapi kira bergaya sebab budak
maktab mana ada yang buat rambut spike berbelang dua, hitam dan perang. Aku pun
tak tahu kat mana kerosakan celah mata Maya sampai lelaki macam kuda belang tu
dia kata hensem.
Aku letak beg kat tepi meja kosong dan
ambil beg duit. Bila nampak sekumpulan budak lelaki baru masuk kafetaria,
cepat-cepat je aku jalan ke depan ambil nasi dalam pinggan. Malas kut nak
terserempak kena beratur belakang budak lelaki ambil makanan. Lepas ambil nasi
dan lauk, aku bayar.
Bila aku sampai ke meja aku, aku terasa
pelik tengok lelaki yang Maya kata hensem tadi dah duduk kat meja yang aku
letakkan beg aku tadi. Aku kerutkan dahi. Aku salah meja ke atau dia yang ambil
meja aku?
“Awak tadi duduk sini?” aku beri dia soalan
bodoh. Dah sah-sah tadi aku yang cop tempat ni dulu untuk makan.
Lelaki tu silang tangan dia atas dada.
“Tak kenal aku?”
Wah… tiba-tiba aje beraku-engkau. Aku kenal
dia ke?
“Maaf, saya tak kenal awak.” Aku balas
dengan nada hairan. Kalau dia tak tiba-tiba beraku-engkau, taklah aku hairan.
Ni kenal pun tidak tiba-tiba dan tiba-tiba dia tanya kenal dia ke tak.
Memanglah aku tak kenal. Baru pertama kali seumur hidup melihat abang kuda
belang, macam dia ni.
“Tak kenal atau pura-pura tak kenal?” dia
tanya selamba.
Aku kecilkan mata. Paul Wesley tanya aku
pura-pura tak kenal dia lah… Nasib baik aku minat Ian Somerhalder lebih lagi.
“Betullah tak kenal. Tak pe la awak
duduklah kat sini, saya cari tempat lain…” Aku ambil beg sandang aku dengan sebelah
tangan lagi sambil jeling kat mamat tu.
“Aku pergi dulu.” Tiba-tiba dia berdiri dan
pergi macam tu aje. Aih? Pelik gila dia tu. Aku tak jadi nak angkat. Letak
balik beg sandang dan pinggan. Tapi lepas tu aku terlihat ada jam tangan atas
meja makan tempat aku duduk. Paul Wesley tertinggal jam tangan dia ke? Alamak… Aku
toleh ke belakang sampai ke luar kafetaria dia dah tak de.
Perlu ke aku letak jam tangan dia atas meja
kaunter kafetaria? Tak pun letak kat HEP minta dia orang jagakan mana tahu
kut-kut Paul Wesley datang semula ke maktab semata-mata cari jam tangan dia?
Tapi tengok gaya Paul Wesley tadi, sah-sah bukan budak maktab. Muka dia nampak
macam lelaki yang dah bekerjaya sebab dari atas rambut sampailah ke kaki aku
tengok semua berjenama. Dan jam tangan ni pun, made by Rolex. Aku dah mati kutu
tengok jam tangan tu.
7 Komen untuk Cik Rin:
suka! suka!
Best pula bc citer ni, xde sbgn lg ker hihi
Best pula bc citer ni, xde sbgn lg ker hihi
Nk lagi nk lagi....
aiseh, baru sedap bace.. habis pulak.. haha
best sangat2
baru nak start baca :D best2! :D
Post a Comment