BAB 6
“ARWIN...” Bahuku disentuh pelan. Aku mamai seketika.
“Win,” suara itu menyapa telingaku lagi. Aku
terpisat-pisat membuka mata. Kat mana ni? Terpinga-pinga sejenak. Bila tersedar
aku masih di dalam kereta, aku terus berpaling ke sebelah. Wajah Wan Aakif
membuat jantungku berdegup kencang. Aku segera membetulkan dudukku sambil
berdehem berkali-kali. Wan Aakif sekadar tersenyum melihat reaksi aku.
“Dah sampai ke?” Soalku dengan suara yang separuh serak.
Aku tilik jam di tangan sambil mengeluh kecil bila tersedar aku sudahpun
tertidur dekat 15 minit.
“Tak lagi...” jawabnya ringkas. Aku memandang wajahnya
sekilas sebelum menghalakan pandangan keluar kereta. Giant di depan mata. Aku
toleh dia semula dengan kerutan di dahi.
“Saya tak tahu nak belok mana.”
Oh? Patutlah kereta dia bertenggek kat tepi jalan... Aku
hela nafas sambil menghalakan jariku ke jalan besar.
“Sana...” Aku berdehem sekali lagi sebab suara aku dah
tenggelam. Serak. Dia senyum lagi. Geli hati la kut sebab suara aku
hampir-hampir serupa macam Bulma dalam cerita Dragon Ball.
Dia kembali memandu kereta dan aku jadi guide main
tunjuk-tunjuk jalan sampailah dia masuk ke kawasan perumahan aku. Wan Aakif
berhentikan keretanya betul-betul depan rumah aku. Aku lihat lampu bilik Nafisa
masih lagi menyala. Tak tidur lagi minah kuat merajuk tu rupanya... Selalu dia
tidur awal pukul 10 macam tu lepas tengok drama kat tv 3. Sama la fe’el aku
dengan dia tapi hari ni lewat la pula... Nasib baik Wan Aakif nak hantarkan
sebab kalau nak balik guna teksi malam-malam buta begini memang terlalu bahaya
untuk perempuan. Banyak dah kes-kes rogol yang aku dengar di kawasan ni. Minta
jauhkan...
“Terima kasih...” Aku buka seatbelt dan terus buka pintu
kereta.
“Win,”
Aku toleh ke arahnya. Wan Aakif merenung wajah aku lama
tanpa senyuman.
“Kenapa?” Soalku tak tunggu lama.
“Saya ambil awak esok?”
Aku kerutkan dahi. “Esok nak ke mana? Saya kerja esok...”
balasku jujur.
“Saya hantar awak kerja.” Balas Wan Aakif tenang. Aku
terkejut mendengarnya.
“Listen Wan, awak tak perlu nak jemput saya or nak
hantar saya ke mana-mana.. Let’s end everything here...” Aku tegas
bersuara. Wan Aakif keliru memandang wajahku. Mesti dia pelik bila tunang
sendiri menolak pelawaan dia. Aku menghela nafas panjang sebelum menyambung
kata-kataku semula. “Awak tanya saya tentang hubungan kita sebelum ini. Yeah you’re
right... Kita bukan seperti pasangan lain yang bahagia. Sebelum awak hilang
ingatan we kept fighting. Whatever I do and whatever you do itu
hal masing-masing dan kita dah janji untuk tidak akan masuk campur dalam
kehidupan kita antara satu sama lain. Mungkin boleh saya katakan hubungan kita
ini perlu diputuskan secepat mungkin.” Aku menarik nafas panjang sambil mataku
tercari-cari reaksi Wan Aakif. Wan Aakif tak terkata malah masih mengamati
wajahku lama-lama.
“Dan awak tak perlu susah-susah nak jadi tunang yang
prihatin kepada saya semula. Saya rimas...” Aku bangun untuk keluar dari kereta
tapi tangan Wan Aakif lebih pantas menahan diriku.
“Saya tak tahu kenapa awak kata begitu. Mungkin sebab
awak tak suka dengan keadaan saya sekarang... I don’t know who I am and I
keep following you. Mungkin itu yang membuatkan awak rimas... Tapi saya
tahu antara kita memang rapat dan mama juga pernah kata saya mencintai awak
bersungguh-sungguh. Every year I come back to Malaysia just because I missed
you... Mama tipu saya ke?”
Ya ALLAH! Aku tak ada jawapan untuk soalan itu dan dalam
hati aku sudahpun mengiakan perkara yang sebenar. Your mama is cheating
right know Aakif! Kalau awak tahu saya sedang bersekongkol dengan mama awak
untuk menipu awak, for sure awak akan lebih membenci saya selepas ini...
Aku tarik tangan aku pelan.
“Good night...” Ucapku serentak keluar dari
kereta.
“Win, I don’t know what is in your mind but I’ll give
my everything to get back what we had before... Tak kira awak dah benci
pada saya ke, awak dah bosan pada saya ke... Saya tetap nakkan awak... Nakkan
kenangan kita bersama.” Dia berkata sebelum aku menutup pintu keretanya. Oh shit!
Hati aku dah mula berapi. Ini semua tak adil bagi Wan Aakif kerana dia terpaksa
hidup dalam penipuan... Penipuan yang menyatakan aku dan dia pernah bahagia
bersama-sama... Aku harap Wan Aakif akan pulih ingatan dengan kadar yang segera
supaya aku tak jadi nanar akhirnya. Wan, kita tak ada secebispun ingatan dan
kenangan... Believe me... Sayangnya kata-kata itu hanya keluar dari hati
tanpa mampu dizahirkan.
Aku melangkah lemah menuju masuk ke halaman rumah. Bila
aku tutup pintu, aku dengar kereta Wan Aakif berlalu pergi.
Aku ingat nak pujuk Nafisa dulu sebelum tidur. Minah ni
kalau tak dipujuk rajuk dia lama. Aku berdiri depan pintu bilik Nafisa dan
mengetuk pintu bilik dia berkali-kali. Dia buat bodoh je.
“Fisa, aku ni... Buka pintu kejap...” Aku pujuk dia. Dah
agak dah dia tak akan buka. Aku mengeluh kecil.
“Wei aku tahu kau
tak tidur lagi... Aku nak minta maaf ni...”
Aku berdiri dekat seminit kat depan bilik dia. Haish...
Merajuk sampai mogok nak bercakap. Dah la aku tengah mengantuk. Ah, lantak kau
la. Yang penting aku dah minta maaf.
“Fisa aku minta maaf tadi... Aku tau aku salah. Kau
jangan la marah lama-lama nanti aku tak ada kawan nak berbual. Aku masuk tidur
dulu. Assalamualaikum...”
Kalau dia tak jawab salah aku memang derhaka la agaknya.
Sekurang-kurangnya jawab dalam hati pun boleh. Berdosa tak jawab salam mak aku
katalah.
“Aku masuk tidur dulu. Jangan merajuk lama sangat...”
Pesanku sebelum masuk ke kamar tidurku.
Alahai kawan. Macam mana kau merajukpun mesti tak lama...
Nasib baik aku dah masak sangat dengan perangai Nafisa. Masa first-first
berkawan dengan dia, aku ingatkan dia ni ada masalah mental. Kadang-kadang dia
merajuk aku tak tahu apa sebabnya.
2 Komen untuk Cik Rin:
Arrrrr best3,,,,, nk lagiiiii
tengku anys- thanks.. insya-Allah nanti update lagi :DD
Post a Comment