TENGAH HARI itu aku dikejutkan sesuatu. Seseorang lebih tepat kut
sebab aku dah serupa macam Bulma terkejut jumpa Bezita dalam cerita Dragon
Ball. Aku tak terkelip bila terpandang wajah Wan Aakif muncul di depan mataku
tengah hari itu. Satu pejabat mula kecoh. Siap ada yang mengintai dari
tepi-tepi dinding. Aku pandang wajah Wan Aakif tajam tapi dia hanya buat muka
selanga dia je kat depan aku.
“Lunch...” Sepatah.
Aku kawal wajah aku yang
betul-betul dah berubah daripada yang selalunya.
“I told you before...
Jangan datang pejabat saya!” Aku keraskan suara. Geram menjadi-jadi bila aku
ternampak orang sekeliling mula berbisik-bisik. Wan Aakif kerut kening. Dia
nampak terluka bila aku naikkan suara begitu.
“Awak tak suka saya ke?”
Tersirap darahku mendengar
pertanyaannya. “Bukan tak suka tapi saya dah kasi tau awal-awal jangan muncul
depan saya lagi!” Geram betul aku dengan orang yang tak reti bahasa ni. Berapa
puluh kali aku terangkan pun masih lagi buat kerja sia-sia. Tak pernah lagi aku
jumpa mamat sesengal Wan Aakif.
“Awak malu?” soalnya
setelah diam beberapa detik.
Aku kerut dahi. “Malu
apa?” Agak sedikit berapi. Lebih-lebih lagi bila aku lihat muka dia yang dah
tak serupa macam orang. Lebih kurang aku ni kucing, dia tu tikus.
“Malu ada tunang seperti
saya... Ya lah awak cantik, saya ni selekeh...”
Ya Rabbi... Apa benda yang
dia merepek ni?
“Saya dah cakap kat awak
jangan datang sini...” Aku mula beremosi. Dan saat itu juga aku lihat wajah dia
ikut berubah kecewa.
“Awak kata jangan datang
petang, bukan tengah hari...”
“Are you nuts?”
tempelakku kasar. Sah otak Wan Aakif tak centre.
“Saya nak ajak awak makan
aje pun...” Suara dia mula tenggelam timbul.
“Awak memang tak suka saya
kan? Dari hari pertama kita berjumpa memang awak tak suka saya. Sampai hati...”
Aku dengar suara dia mula bergetar. Aku serba-salah tiba-tiba. Rasa terlebih
kejam pula kat dia.
Bila bilik bos terbuka
tiba-tiba, rupa aku dah berubah pucat tak bermaya. Encik Hisyam pandang aku
hairan. Aduh... Matilah aku...
Ni dah kira kes dilemma
wanita... “Err... Tak la...” Aku lembutkan suara cuba memujuk Wan Aakif. Kalau
Wan Aakif tiba-tiba mengamuk buat kacau kat sini masa Encik Hisyam tengah
tengok ni, alamatnya naya aku kena bagi resign letter notis 24 hours...
“Saya tunang awak tapi
awak malu ada tunang macam saya...” Suara Wan Aakif mengendur dan membuat aku
terkedu seribu.
“Jom keluar...” Aku bisik
pada dia pelan. Wan Aakif sekadar memanandang wajahku tajam tanpa kata-kata.
Aku toleh kiri kanan semua orang pandang aku semacam. Lagi kecut perutku bila
Encik Hisyam dah mula bersandar pada dinding seolah-olah dia nak tengok drama
Hindustan yang dilakonkan oleh setiausaha syarikat dia ni. Habisla aku...
“Err... Maaf, kejap eh.”
Aku tunduk-tunduk meminta maaf pada orang lain.
Aku berjalan menuju ke
arah Wan Aakif dan tarik tangan Aakif kuat tapi dia tepis tanganku tiba-tiba.
Aku pandang wajah dia dengan muka hairan.
“Tak perlu berpura-pura
Win...” Ucapnya sinis. Pedasnya sampai ke liang jantungku. Cara dia bercakap tu
seolah-olah aku yang bersalah. Aku nampak wajah dia seperti terluka sebab aku
menafikan dia sebagai tunang aku. Dah dia serbu pejabat aku tiba-tiba aku nak
buat apa?
“Dah la.” Dia terus
melangkah pergi. Alamak, dia merajuk ke? Tak pernah la pula ada lelaki tarik
muka merajuk padaku. Tapi rasa serba-salah aku bertukar jadi takut bila
terkenang encik singa menonton wayang percuma. Aku garu kening sambil menoleh
ke arah Encik Hisyam. Aku tersenyum tapi aku rasa senyuman aku dah senget
sebelah.
“Arwin, masuk bilik saya
sekarang.”
“Ta-Tapi encik...”
“Tak ada tapi-tapi. Masuk
bilik saya sekarang!”
Aku toleh ke arah Jane
dengan pandangan, tolong aku... Tapi Jane buat muka blurr. Aku hela nafas
panjang baca Bismillah menapak kat depan pintu bilik bos aku.
Cis! Tak pasal-pasal aku
jadi mangsa! Geramnya aku!! Wan Aakif sengal gila! Belajar kat luar negara tapi
otak letak kat lutut... Suweeii!!
Rasa nak menangis je masa
buka pintu bilik Encik Hisyam.
PETANG aku balik guna bas. Nasib baik Wan Aakif tak muncul. Dah
merajuk agaknya tapi bagus juga sebab tak perlulah aku nak minta maaf pada dia.
Tapi aku tak sedap hati la pula sebab buat dia begitu tadi. Aku tak pernah
tinggikan suara pada sesiapa. Pernah tu pernah tapi jarang...
Ah, aku tak nak fikir
lagi! Buat serabut otak aje... Nasib baik jugalah Encik Hisyam cool tak cakap
apa-apa pasal Wan Aakif. Cuma dia pesan lain kali jangan buat perangai kat
pejabat dan kali ini dia maafkan.
Masa aku tengah rileks tunggu
bas kat perhentian bas, tiba-tiba kereta honda city warna silver berhenti di
depan mataku. Aku buat tak peduli je sampailah aku teringat mamat rambut
panjang punya kereta sebiji macam kereta kat depan aku ni. Aku harap-harap
bukan dia la... Tapi bila dia dah bunyikan hon kereta, aku positif memang dia.
Tak putus asa nampak? Nasib baik aku sedar yang dia ni hilang ingatan. Kalau
tak sah-sah aku perasan diri sendiri hot sampai dia terkejar ke sana ke mari.
Aku buka langkah malas
menuju ke arah kereta. Aku ketuk cermin kereta dia tapi still dia tak turunkan
cermin kereta. Akhirnya aku terpaksa buka pintu kereta Wan Aakif dan menjengah
untuk memandang wajah lelaki itu. Lepas tu aku rasa macam kena renjatan
elektrik. Terkejut sikit melihat penampilan baru Wan Aakif. Rambut dia!
“Masuk.” Sepatah.
Tapi sepatah itu dah buat
aku macam kena pukau. Aku masuk dan duduk senyap-senyap kat tepi dia.
Sekali-sekala aku jeling untuk melihat wajahnya. Rambut dah potong, guna seluar
jeans biru dan t-shirt merah. Darahku merona ke pipi bila terbuai dengan
perasaan sendiri. Dia memang sebiji macam Wan Aakif sebelum-sebelum ini.
“Saya dah potong
rambut...” Ucapnya agak lembut masuk ke deria telingaku. Aku tahan nafas kerana
dadaku mula bergetar.
“Awak potong semata-mata
kerana saya ke?” soalku tanpa memandang wajahnya.
“Hmm...”
Boleh tak aku pengsan
sekejap? Terharu sangat sebab dia sanggup buat perkara yang sia-sia macam tu
demi aku. Rasa bersalahpun ada juga. Tapi terharu lebih lagilah... Aku pandang
wajah dia yang sedang tersenyum senang hati.
“Kenapa awak buat macam
tu?” soalku lagi.
“Saya nak tengok awak
tersenyum...”
Zappp!! Hatiku terjatuh
dari tempatnya. Aku tersentak. Jantungku berdegup tak sekata. Senyuman aku ni
penting sangat ke buat dia? Aduhai Wan Aakif, tahu tak saya memang dah lama
sayangkan awak? Jangan la buat saya jatuh cinta sekali lagi...
Aku tak cakap apa lagi
sampailah kereta dia memasuki perkarangan rumahku.
“Sampai dah...” Dia kata.
Ayat ni dah dua kali masuk ke dalam halwa telingaku. Aku pandang wajah dia
sekilas sebelum membuka pintu kereta.
“Wan, jangan cari saya kat
pejabat saya lagi... Saya tak nak bos cop saya pekerja bermasalah...” Aku
terangkan pada dia. Dia angguk sambil tersenyum. Melihat dia tersenyum hatiku
jadi terumbang-ambing. Oh, rajuk dia dah terubat sendiri la ya? Kasihannya
dia...
“Saya minta maaf pasal
tadi, tapi kalau awak buang tattoo awak tu sekali, saya lagi suka.” Aku hulur
senyumanku padanya sebelum menutup pintu kereta.
Aku masuk ke dalam rumah
tapi otak aku masih bersama-sama dengan Wan Aakif Akmani. Aku rasa aku nak
tolong dia pulihkan ingatan dia balik. Lagi cepat dia ingat lagi bagus sebab
aku tak nak dituduh ambil kesempatan ke atas kelemahan Wan Aakif Akmani
dikemudian hari.
Tapi bagaimana caranya?
5 Komen untuk Cik Rin:
yeaaaa..thanks.x sabar nk tunggu next!
best..do continue
Afghhhhhh best giler....me follow suma cita rinsya !!!! Daebak !!!!
I thought tatoo yg dh dibuat doesnt have to be remove. Kn lg sakit, kalo dh ade biar je, tk pyh buang. Unless, kandungan dia tk halal
anonymous-
Insya-ALLAH akan diupdate :D
Emmyline rotop-
Insya-ALLAH .. thanks for the support :DD
Nursyafika -hihi..
TQ adik syafika. harap enjoy ya.. :D
StunningUmi-
Saya pernah google, n terbaca tidak sah sembahyang selagi masih ada tatu yg kekal, x boleh dihilangkan seperti inai . (baca google maybe tersilap fakta jugak. hehe).
Wallahualam, kalau silap harap dimaafkan. Nanti saya rujuk kembali hal ini, tQ kak kasi tahu. :)
Post a Comment