AWINA membelek-belek majalah yang diletakkan oleh
Datin Alia di atas meja tamu tetapi fikirannya melayang-layang entah kemana.
Sejak beberapa malam ini dia terpaksa bergantung dengan ubat tidur untuk
menenangkan kepala dan minda. Payahnya hanya ALLAH saja yang tahu. Untuk diluah
kepada Puan Alia dia tidak punya kekuatan kerana dimarahi oleh Puan Alia sebaik
sahaja maminya itu tahu yang dia membuat kacau dimajlis sanding Azamri dan
Lisa.
"Termenung lagi. Win dah malam ni,
pergilah masuk tidur." Tegur Datin Alia tenang. Wajah Awina nampak
rungsing tetapi dia tidak dapat menebak hati Awina sejak akhir-akhir ini.
Rindukan arwah Azri kah? Atau pasal Nadia yang Awina sibuk fikirkan.
"Sekejap lagi."
"Tak sejuk ya pakai baju macam
ni?"
"Tak boleh tidur..."
"Win jangan telan ubat tidur ya. Mami
tak suka."
Kalau tak minum ubat tidur Awina tak dapat
tidur, mami! Jerit hati Awina.
"Dah besar, dah matang, dah boleh
fikir baik buruk. Jangan nak buat mami risaukan Win," ucap Datin Alia
menarik majalan di tangan Awina dan meletakkannya di atas meja.
"Win masuk bilik, tidur. Jangan fikir
sangat. Esok boleh masuk ke pejabat, minta kerja kat Datuk Mikayel supaya Win
tak fikir benda pelik-pelik lagi."
"Minta kerja kat Datuk Mikayel?"
Terasa janggal pula dia mendengar Datin Alia menggelarkan papa sebagai Datuk
Mikayel.
"Dah berbulan-bulan Win goyang kaki
kat rumah, eloklah turun kerja."
"Win jadi penganggur ni sebab arwah
Azri, mami. Mami juga yang cakap elok jadi suri rumah sepenuh masa."
"Sekarang ni Win bukan suri rumah
lagi. Win dah jadi balu."
Awina menggaru kepala yang tidak gatal.
"Masuk bilik pakai baju yang tebal sikit."
Datin Alia menepuk bahu Awina lembut seraya berlalu pergi ke tingkat atas. Dia
juga mahu merehatkan kepala dan mindanya setelah sehari suntuk sibuk menemani
Datuk Mikayel ke majlis-majlis yang memerlukan dia berdandan dan bergaya.
"Baik, mami!" Awina menjawab
separuh menjerit. Dia bangun naik ke tingkat dua.
Dulu dia dan arwah tinggal di rumah lain
tapi apabila arwah Azri dah tak ada, Awina kembali berpindah ke rumah ibu
bapanya semula.
Sayangnya dulu Azri tidak menggunakan
seluas-luas privasi yang diberikan oleh keluarga mereka untuk membina hubungan
yang kukuh mereka suami isteri. Semakin banyak jurang yang terbentuk kerana
Azri langsung tidak berusaha dan dia pula membawa ego setelah ditolak
berkali-kali. Di mata Awina, bayangan Azri masuk ke bilik kerja dan tertidur di
meja kerja atau ruang tamu itu sering terlintas di dalam ingatannya. Awina yang
selalu menghendap perbuatan Azri yang leka dengan game dan Awina yang sengaja menyembunyikan bola besbol kemenangan
Azri juga selalu muncul. Bodohnya, macamlah Azri tak tahu dia mencuri bola
lelaki itu. Kerana kenangan-kenangan itulah dia mengambil keputusan untuk
tinggal di rumah Datuk Mikayel dan Datin Alia semula.
Awina menutup pintu kamar dan mengambil sweater yang tergantung di belakang daun
pintu. Dia berjalan menghampiri jendela dan memandang ke bawah untuk seketika.
Belum sempat dia menarik langsir, Awina terpandang sebuah kereta masuk ke
simpang rumahnya dan berhenti betul-betul di depan pagar rumah.
Lama Awina mengamati sebaik sahaja
pemandunya keluar dari kereta dan berdiri tegak menghadap rumahnya.
Azri?
Awina tercengang.
Perlahan-lahan dia menepuk pipi.
Dia merenung lelaki yang berdiri di depan
pintu pagar dengan tenungan yang tajam. Bukan Azri. Gaya aje seperti Azri. Tapi
siapa?
Lelaki itu mendongakkan kepala dan mata
mereka seolah-olah bertaut walaupun dengan jarak yang jauh.
"Hid..." Bisik Awina di dalam
hati.
"WHY are you here?"
Awina bertanya sebaik sahaja
pintu pagar terbuka dan dia benar-benar berdiri dihadapan Hid Johar. Hid terkebil-kebil
memandangnya.
Awina mengangkat kening,
"Anything? You need?" Sebiji sebiji ayat keluar dari bibir.
Rasa hairan bercambah-cambah di dalam hati.
Melihat Hid hanya sekadar
memandang ke kiri dan ke kanan, Awina mula sedar lelaki itu tiada tujuan untuk
muncul ke sini.
"Pukul berapa dah ni?" Awina mengangkat tangan kirinya dan
menilik jam. Hid turut serentak menilik jam di tangan.
"11 malam." Bibir
Hid menggumam.
"Ya, 11 malam. Awak
muncul kat sini tapi pukul 11 malam."
"I'm so sorry." Luah Hid Johar dengan rasa bersalah.
Awina
mengangkat bahu tersenyum kecil. "Saya
tak boleh jemput awak ke rumah pukul 11 malam. Parents saya dah rest kat
dalam. Dan untuk ajak awak keluar minum pun, rasanya tak dapat kut.
Lewat sangat."
"Again,
I'm so sorry.” Hid bersuara dengan nada bersalah mengakui kekhilafan
sendiri. Dia pun tak pasti kenapa dia berada di situ selewat ini.
"Eh,
tak apa. Saya tak marah." Awina menggaru pipi kirinya beberapa saat. Pelik
tapi tak juga menyalahkan Hid Johar.
"Tapi
mesti ada sebabkan awak datang ke sini?"
"Saya
lepak dengan kawan, tiba-tiba aje saya kat sini."
Kening
Awina bertaut. "Awak mabuk?"
Hid
tersenyum senget. "Macam tengah mabuk ke saya ni?" Tidak menyangka
sampai begitu sekali Awina berfikir.
"Of
course not." Awina tersengih-sengih tahu dia teka main aci redah saja.
Sebenarnya ingin bergurau tapi gurauan itu tidak menjadi kerana berbaur nada
serius. Entah-entah dia dah kecilkan hati Hid Johar tadi.
"Instict
nak datang ke sini ya?" Sambung Awina mengendurkan suara.
"Pardon?"
Awina
menggenggam kedua-dua tangannya. Sejuk. Dia melirik ke arah lelaki di
hadapannya. Tidak sejukkah? Rambut Hid Johar sedikit kusut ditiup angin yang
agak kuat malam ini.
"Maksud
saya naluri. Kadang-kadang tu saya pun pernah pergi ke satu tempat walaupun awalnya
nak pergi ke tempat yang lain dengan tujuan lain. Tiba-tiba aje. Macam kena
pukau tapi lepas dah sampai blurr tak
tahu nak buat apa.." Awina cuba memahami Hid Johar dari sudut
pandangannya. Bila diingat semula Awina pernah juga ke rumah lama walau dia
tiada tujuan untuk ke sana. Cuma mengikut perasaan tanpa berfikir panjang. Mana
tahu Hid Johar pun begitu juga, menjejak kaki ke sini sekadar suka-suka tanpa
niat yang pasti.
“Saya
kena pukau?” Tanya Hid Johar menyembunyikan senyumannya. Kena pukau siapa?
Awina?
Tahukah
Awina maksud di sebalik kata-katanya sendiri? Awina seolah-olah menyatakan
bahawa dia mempunyai perasaan pada wanita itu. Tapi Awina tetap berdiri tegak
di situ dengan muka ‘saya tak tahu apa-apa’ sambil memandangnya dengan renungan kosong.
"Mungkin
saya teringatkan awak kut Awina." Dia kembali bersuara menyedari lurusnya
Awina saat ini.
Awina
mengangguk kecil masih gagal untuk membaca fikiran lelaki itu.
"Mungkin..."
"Hmm.
Saya pun tak faham dengan diri sendiri. Maaf dah mengganggu awak malam-malam
ni. Saya ingat awak takkan sedar saya ke sini.”
"Aha.
Kadang-kadang saya tak faham dan tak kenal diri saya juga. Don't worry about that. Kalau tak ada apa-apa saya masuk dululah.
Awak pun kena balik rumah juga sebab dah lewat." Awina menarik hingus yang
hampir keluar. Sejuk!
Hid
Johar mengangguk kecil.
"Thanks
Awina." Hid senyum. Awina mengangkat tangan tanda dia tidak kisah.
Sebaik
sahaja pintu pagar terkunci dan Hid melihat Awina bersahaja memasuki
perkarangan rumah, Hid mengusap wajahnya berkali-kali. Mujur Awina tu blurr.
Kalau dia tahu apa yang bermain di mindanya saat ini pasti wanita itu tak
percaya.
Ni dah
kira teruk sangat Hid. Biar betul rindu kat dia sampai bawa kereta malam-malam
setakat untuk melihat jendela bilik wanita itu...
Mujur
Awina tak melatah biarpun di wajahnya seperti timbul seribu satu persoalan.
Hid
melangkah masuk ke dalam kereta Jihana dan memandu secepat yang mungkin untuk
keluar dari kawasan perumahan elit Awina. Dia perlu mengawal angaunya agar tidak
kelihatan gila di mata wanita itu mulai sekarang.
0 Komen untuk Cik Rin:
Post a Comment