CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

Aku dan Dia


Semalam aku mencari,
Di mana sang kasih meniti,
Tanpa kusedari,
Di depan mataku ini,
Lantas aku kaburkan segala yang ada,
Untuk mencari sesuatu hakiki,
Kerana DIa ada,
Aku jadi sakti,
Aku jadi berani,

Kerana Dia ada,
Aku bahagia menempuh hari...

Andai kata aku bersyukur,
Akan lembut cinta-Nya,

Dia,
Tidak akan ku lupa,
Setiap degup dan nafas,
Kerana Dia aku di sini,
Kerana Dia aku tabahkan hati,
Bila tiba masa,
Hanya Dia yang aku ingini.

Kuiz Pjm3106



hari ini ana dan rakan-rakan PK Bm menjalani kuiz. mmm... oke la jugak.
jawab cukup makan aje. hihi.
malam kelmarin study tapi yelah kan, asal buka buku, tak sampai setengah jam ana sudah tertidur. eheh..

tapi hari ini pun salah satu hari yang seronok dalam hidup ana.


hari Isnin ni cuti bagi maktab dan sewaktu dengannya.



p/s:
Ya Allah, berikan aku hari-hari yang ceria. berikan aku rakan-rakan yang ceria. berikan aku rumah yang ceria.

Wednesday, April 27, 2011

7 hari mencintaiku..








ana beli... hehehe.. pos laju tau.. pagi ini baru sampai. best nya memang tarikh yang dia janjikan tu, betul2 datang~ best juga beri barang online~









habis buat portfolio for PPIM, ana dapat novel pagi tadi.... then portfolio pun dapt skali. berat sungguh barang yang ana bawa balik dari kuliah~ hehe.. happy je sbb portfolio pun kena puji~~






autograf pun ada tau... tapi mstilah bagi tau kat emel pembayaran yang antum nak autograf dari penulis~ hehe


p/s:
Habis duit dekat bank.. huhu




Tuesday, April 26, 2011

Malam Ini Juga Ketawa kami~


for PISMP PK (BM) today~

Kita Ketawa Lagi!

we joint again and again in the games. hantar 3 wakil. seorang solo. 2 kumpulan berkumpulanlah kan?

ehehe...

yang solo, Priscilla (nickname kawan ana nih PG~), tahniah.. Susah-susah aje ko yer... Mesti x best sorang2.. tapi tak apa.. enjoy jugak sebab ko nampak happy aje malam ni. almaklumle dapat add facebook dengan penulis novel yang ko minat yerk? eheh. Tahniah PG..

then , kumpulan yang ikut games hafal ayat BI tuh and passing passing dengan orang seterusnya, tahniah banyak2 coz dapat nombor satu!. Nini, Saba, Faz, Aritha,.. dan Farhana...
kawan ana terror-terror kan? eheh


at last the happiest and sempoi grup in the world from PK Bm tonight~ eheh.. ana, Syil, Ain, n Gwen... we all dapat nombor 2 aje. tapi okay lah tu. bersyukur~ nahnu main teka idiom yang kawan lukis di papan hitam so fun!
ana minta maaf jugak pasal tadi .. kawan ana, SYil lukis kat depan untuk di teka, ana dengan yakin jawab.. Ikan!! coz ana terlupa malam ini kita tengah ikut game Bahasa Inggeris. Tapi semua ketawa, maknanya kita enjoy the game la!
Thanks!



p/s:
Seronok kami tertawa bersama~ Thanks Frens~

Sunday, April 24, 2011

Jutawan..


dalam hati...
hehe.. siapa yang tahu kecuali DIa?




Ana belum tidur lagi. Buat cerita. tajuknya, Jutawan.. Novel.

kalau jadi InsyaAllah siap, kalau tak sampai setengah aje la nampaknya.

kawan-kawan selalu beri semangat,
'Rin kau polah novel kak ya hantar rah syarikat, tapi mek orang mestilah dapat free k~'
p... ana tak ada niat nak buat untuk orang lain baca..
hehe...
cukuplah kalau ana dapat baca sendiri. puas hati~



p/s:
bez nye ada kawan macam kawan-kawan ana ni...
Insya Allah ajela. sebab ana tak pandai sangat buat cerita. hihi~

Saturday, April 23, 2011

siapa kata filem Melayu hilang di dunia?


aha..
ada sesiapa yang belum menonton filem ini?
Merong Mahawangsa!

ana rasa filem ini amat menarik dan menyeronokkan.
lebih-lebih lagi lagu 'sedetik lebih' yang dinyanyikan oleh Anuar Zain...
best lagu tu~ eheh..




lirik lagu Sedetik Lebih -Anuar Zain



Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Pre-chorus:

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Chorus:

Kasihku.............ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya…ooo…

Verse:

Di kala penuh ketakutan

Dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua

Yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu





p/s:
filem Melayu pun banyak yang best..
Pisau Cukur, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Magika dan sebagainya lagi. itu filem yang baharu, yang lama banyak lagi~

Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr



Hiasilah akhlak kita...



surah al-Asr




tasbih Kaffarah


p/s:
baca setelah habis sesebuah majlis itu~ semoga diberkati dan diampunkan dosa oleh-Nya...

99 nama Allah kita





marilah kita hafal bersama-sama~





p/s:
semoga hati dan jiwaku sentiasa ada nama-Mu

49 Days.....49 Hari.....



Ana dalam proses menonton sebuah drama...
memang bez walaupun bertentangan dengan adat dan syariat kita. hehehe...


Sekadar tengok je. tapi memang bez la.
sedih la sebab confirm berakhir dengan watak yang ana suka tu mati.

sebab dia memang dah mati awalpun, just ditugaskan menjadi orang yang menghantar roh untuk ke alam seterusnya untuk mencapai satu hasrat dan hajat dia. jadi dia bertugas selama 5 tahun ala-ala schedular....




nilah lelaki yang menjadi schedular tu.



nama crita tu 49 days. crita Korea~ Hehe..





crita ni mengisahkan seorang perempuan koma kerana kemalangan. rohnya telah dibantu oleh schedular ni tadi untuk mendapatkan 3 air mata orang lain yang benar-benar ikhlas mengalir untuk dia dengan menggunakan badan perempuan lain kalau dia nak bangun dari koma selama 49 hari. kalau tak dia akan mati~




p/s:
dalam dunia ni.. ada tak kawan ana yang sudi mengalirkan air matanya untuk ana dengan ikhlas, kerana ana?
entah-entah macam perempuan yang tengah koma tu... mencari setitis air mata untuk dirinya pun susah.
ana nak berkawan secara ikhlas, sayang menyayangi dan yang penting susah dan senang sama ditempuhi...

Ana dan Novel Baharu!!


hehe...
plan beli M.A.I.D tak jadi sebab pergi Tun Jugah, Kuching~kedai Popular, cari punya cari tak jumpa2. Jadi ana tukar rancangan. pulak tu beli dua.

almaklumler rebate 20% for member. ana pun apa lagi... hehehe. pantang jumpa buku..



ni ler novel yang ana beli tadi. belum baca dan tak tahu bez ke tidak...

tapi puas hati!





Buku hingga ke akhirnya kat popular TJ, Kuching hari ini rm 24 macam tu dan harga asal hampir 29. almaklumle sabah sarawak ada cukai penghantaran. hehe.
kalau abang khai tomboi murah rm4++ tadi.

moga2 bez kan..

tak rugi ana beli~
Hehe..




p/s:
seronok walaupun duit habis. hehe. dapat murah sikit pun jadila~

Friday, April 22, 2011

lawatan ke sk Laksamana kuching



bez! budak-budakpun kiut miut,
almaklumler.. ana kan bakal cikgu, jadi ana kenalah melihat budak-budak dari perspektif yang baik-baik... eheheheh...




jang! kiut kan?

minat ana baca novel.....


Baca novel ni best.. Seronok dan relax...






mak selalu cakap, baca novel x baik sangat.
membazir sebab ana kalau dah jumpa kedai buku terutamanya mph dan popular, mulalah pergi ke tempat novel-novel berada.
beli macam borong gula-gula. seronok.

ana bernasib baik sebab kawan-kawan anapun kaki dan hantu-hantu novel antarabangsa...
fatimah zainal, aritha, hana, dan sebagainya, eheheh... novel first ana beli ;adam dan hawa; karya penulis aisya sofea.

ana memang baca novel sebelum tu tapi tak pernah beli sebab tak ada duit. sekarangni, novel dah penuh berak-rak boleh buat perpustakaan awam.


tapikan kawan, jangan lupa benda yang paling penting, kita kalau masih belajar, pentingkan baca buku pelajaran.,

jangan jadi macam ana, buka buku ; sweet & sour; tak tidur pun tak apa.. kalau buka buku hubungan etnik, Ana dah tertidur tak sampai seminit.... eheh...

p/s: belajarlah dari kehidupan orang lain... kerana kita terlalu lemah dalam menghadapi kehidupan ini seorang diri...