CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 11, 2013

Kuli Rumah Untuk Dia Novel September 2013 - Penerbitan Kaki Novel


Alhamdulillah...

Ini dia cover comel KRUD, Syaki + Minn punya pintu rumah... 
(Mcm semua org dah tau sbb pengumuman kat FB lagi laju kan? keke)


 (SINOPSIS)

KULI RUMAH UNTUK DIA - AIREEN ARYANA
SEMENANJUNG:- RM20.00 AHLI KN: RM16.00
SABAH/SARAWAK :- RM23.00 AHLI KN: RM19.00


SEBUAH CERITA KOMEDI ROMANTIK 

“Ini mata ikan, dan ini hidungnya!” –Minn

“Ini hidung?” –Syak

Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!

Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!

Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…

“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak

“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn

Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?

Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?

“I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.

Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.

“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada

“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia

“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam….”




Cover penuh KRUD terima kasih kepada Kaki Novel


Ada yang tanya macam mana nak beli dari Kaki Novel secara online, ini link nya (ada potongan harga + postage diaorang free) -->> http://kakinovel.com/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=184&category_id=1&option=com_virtuemart&Itemid=7 . Kalau nak tau lebih lanjut inbox aje fan page Kakinovel untuk informasi pembelian... Ini link nya, https://www.facebook.com/pages/Kakinovel/243064478506




Bagi yang sudah memesannya secara online pada Kaki Novel, yang nak mendapatkan KRUD di kedai-kedai buku, terima kasih sangat-sangat untuk KRUD... Di harap segala kelemahan tulisan saya yang tak seberapa perfect ni diterima dengan hati yang terbuka, halalkan segalanya. Semoga yang buruk dijadikan sempadan...
 Tak lupa kepada mereka yang menyokong saya dari saya bertatih menyiapkan KRUD di blog ini.. Kalau tak disokong rasanya saya hampir rebah. Terima kasih untuk kata-kata motivasi anda...

Dan tak lupa dedikasi lagu untuk Kuli Rumah Untuk Dia ada lagu ek? a big HAHA  :Love u Like u: Lirik sangat mengena dengan ending.. 



sweet scent..








P/s : Sorry sebab dah lama tak update blog dan share cerita kat sini... my bad :(