“DAYYAN nak jumpa Sara…”
Dayyan nak jumpa Sara? Aminul yang dari tadi
tunduk menekur meja dan buku terus angkat muka. Terkejut. Takkan berani sangat
kut Dayyan berjumpa Sara masa P&P Cikgu Hanif ni?
Sara yang duduk di hadapan Aminul bergegas berdiri
dan keluar dari kelas.
“Aminul jawab soalan 5…” Cikgu Hanif sambung P&P
nya. Aminul tolak kerusi ke belakang terus menuju papan hitam. Sempat matanya
melirik ke arah tepi pintu, nampak tubuh Sara di situ.
5 minit kemudian Sara masuk semula ke kelas. Dia
kenyit mata ke arah Aminul yang serius duduk di kerusi. Mana pernah Aminul nak
tersenyum kalau bersua muka dengan Sara kan? Benda dah tak jadi kudis. Sampul
surat dihulur ke meja Aminul.
“Dayyan kata ada budak kelas dia bagi pada kau…”
Sara terus duduk menghadap ke papan tulis. Aminul
pandang surat itu tanpa perasaan tetapi tangan menyimpan surat itu ke bawah
meja. Rehat nanti baca.
Wajah ceria Sara dikerli dari belakang. Terasa
agak membahang di hati melihat senyuman Sara tak putus-putus. Sahlah minah ni
syok giler dengan si Farid Dayyan, ketua pasukan hoki SMK Semerah Padi.
Habis kelas Cikgu Hanif, tak sempat Sara pusing ke
meja Aminul suara Cikgu Hanif berbunyi. “Aminul, Cikgu Hamidi nak jumpa kamu
sekarang.”
Cikgu Hanif keluar kelas.
Sara toleh ke arah Aminul, Aminul terus jalan
keluar kelas ikut pintu belakang. Berkerut dahi Sara. Aik dia ni, selalu cakap
kat aku dulu kalau nak pergi mana-mana…
Setengah jam kemudian barulah Aminul muncul.
“Pergi mana tadi?” soal Sara melihat kelibatan
Aminul yang baru masuk ke kelas. Muka tak beriak tu lagi Aminul show of dengan
tangan di masukkan ke dalam poket seluar semasa berjalan. Nampak sangat muka
penyombong Aminul terserlah di situ, patutlah semua gadis segan nak dekat-dekat
dengan Aminul.
“Jumpa Cikgu Hamidi.”
“Nah coklat. Kau tak sempat rehat pun…” Sara hulur
coklat Cadbury bertabur kacang hazel. Aminul sambut dan makan sedikit. Tau-tau
aje Sara yang dia belum keluar makan.
“Cikgu nak apa?” soal Sara hendak tahu.
“Tak ada apa-apa…” Aminul keluarkan buku perdagangan.
Sara melihat cuma.
“Takkanlah…”
Aminul ni pun agak-agaklah takkan sampai setengah
jam Cikgu Hamidi setakat nak ajak berbual kosong kut?
“Kau tak payah nak menyibuk.”
Aik?
Kening Sara bertaut. Angin tak bertiup, pokok tak
bergoyang, apa kena dengan Aminul tiba-tiba baran semacam? Wajah Aminul pun
macam tak puas hati je dia tanya soalan.
“Okey.” Sara terus pusing ke depan. Buat-buat muka
merajuk. Yelaa kalau Aminul dah buat layan tak layan Sara Suhaila, Sara pun
terasa hati sebab Aminul mana pernah cakap, ‘kau tak payah nak menyibuk’. Gila
kejam statement. Kalau Aminul luah ayat tu main-main aje kira tak pe
lagi, tapi Aminul luah dengan muka geram tanpa sebab. Aku ada buat salah ke?
gumam Sara senyap-senyap.
“Sara.” Sepatah. Suara Aminul lembut menyapa
pendengaran.
Sara malas nak menoleh, masih merajuk.
Bunyi kerusi ditolak ke belakang, tak lama Aminul
berdiri di sisi meja Sara.
“Marah?” soal Aminul.
“Taklah…” balas Sara berpura-pura mengeluarkan
buku teks.
“Sorry…”
“Hmmm…”
Aminul mengeluh. Sah Sara kecik hati. Jawab pun
ikut non verbal language aje, selalu mulut bising macam bertih jagung.
“Tadi Cikgu Hamidi kata, tahun depan Dayyan jadi
ketua pengawas menggantikan aku. Cikgu Hamidi berbincang tentang calon-calon
pengawas tahun depan.”
“Biar betul?” Sara bulatkan mata. Seriuskah? Wahhhh
lelaki pujaan bakal jadi ketua pengawas!! Sara macam nak terlompat sekarang,
nasib baik tengah duduk di dalam kelas, kalau tak memang dah lama melompat
seronok.
“Betullah. Tapi jangan beritahu orang lain dulu.
Tak official lagi tu…”
Aminul jalan semula ke tempat duduknya ketika
ternampak Cikgu Farhani menuju ke kelas 6A.
Dia terdengar Sara sebut ‘Yes!’. Ada apa yang
istimewa pada Farid Dayyan tu? Hebat sangatkah sehingga Sara tak nampak apa
yang tersirat di hatinya?