CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 10, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 10



BAB 10

MINN ALIA meniarap di atas katil. Tab dibuka tapi otak merewang-rewang ke tempat lain. Hati tak berapa nak sihat selepas balik dari rumah Tengku Arshad petang tadi. Entah pasal Kak Nur kasi ceramah yang agak menyentap jiwa atau hati dah tersentuh dengan kelakuannya sendiri yang jauh dari tuntutan dan peraturan yang Maha Esa.

Dia online. Kurang lima minit, Minn Alia tarik nafas lega bila ternampak Syuh online. Chatting melalui muka buku aje sebab dia malas nak buka yahoo messanger.

Tangan menaip satu persatu ayat.

>Aku susah hati la...

>Hi beb! Lama tak dengar khabar? Awat susah hati pulak ni?

>Tah... Susah hati. Tak sedap hati.

>Apekes? Cer cite.... Mana tau aku boleh tolong!

Minn tala mata ke dinding. Nak luah pada Syuh? Tak usah kut. Syuh takkan faham gelojak hatinya. Paling-paling pun Minn juga yang pening kepala nak terangkan bila Syuh tau apa yang diresahkannya saat ini.

>Takpela... Aku ok.

>Tell me laaa... Jangan pendam sorang-sorang!

>Tak pe. Aku dah rasa lega sekarang. Kau tak yah risau la

>Tak pe ke? Kerja kau ok?

Minn berfikir sejenak. Taklah teruk sangat kalau Encik Syakirul Hafiz tak ganggu kehidupannya sebagai PR Tengku Arshad!

>Ok je. Akupun makin cantik sekarang ni. Hehe...

>Ngada kau Minn! Cantik ek guna baju orang gaji kau?

>Akupun orang gaji jugak.

>Tau takpa! Tapikan... If laa.. If la abang kau or babah and mak kau tau, kau nak buat apa?

>Next time aku fikir.

>Bijak.

>You know me.

>Piraahhh! Konfiden sakan. Eh, hujung minggu ni balik tak?

>Balik mana?

>Lama dah kau bertapa kat sana. Mintalah cuti barang sehari dua. Mak dan babah kau bising nanti!

>Minggu ni tak boleh, Kak Nur balik kampung~

>Olooo sian kau kena masak sorang-sorang...

>Bukan aku yang masak!

>McD?

>Hoho...

Sepi.

Minn tundukkan muka ke tilam menanti balasan dari Syuh. Selimut ditarik menutupi kaki dan bantal diatur di bawah kepala.

>Minn, sorry, aku gi toilet tadi!

>Aku ingat kau dah buat taik mata...

>Takdalah... So kau tak balik minggu ni?

>Tak... Akukan dah cakap... Kak Nur takda kat rumah....

>Nak outing dengan aku?

Minn kerut dahi. Keluar outing? Boleh ke?

>Tak rindu baju-baju kau?

Sekali lagi Syuh hantar chat. Cepat tangan Minn membalas dengan rasa teruja.

>Rindu!!!

Gila tak rindu! Dia rindu make-up! Rindu gincu... Rindu macam-macam! Paling penting, rindu kasut tujuh inci dia tu.

>Jom outing... Aku rindu kau! :P

>Serius ke ni weh?

>Aku hempuk kau ni kang. Dah aku ajak, mestilah aku serius!

>Yelah-yelah. Nanti aku tanya tengku.

>Walawei... Tengku... Kau dah bunyi macam pembantu rumah sebenar la Minn. Kah kah kah!

>Please laaaa.... Aku memang PR pun!

>Nasib baik sedar diri. Eh, hujung minggu aku datang ke sana tau.

>Kau tolong aku, bawakan kasut, baju, dan make up sekali.

>Sure why not?

Senyuman Minn memekar lebar di bibir. Wah, lama tak melaram! Rindu zaman-zaman kegemilangan seorang Minn Alia Tan Sri Ridhuan!

Tapi, bukankah dia teringin nak insaf? Baru je tadi perasaan kucar-kacir resah-gelisah selepas mendengar ceramah Kak Nur, sekarang dah berangan nak buat perangai lama. Ah... Kalau Minn tu, Minn juga. Mana pernah lari dari dunianya. Payah gila nak tinggalkan kasut-masut dan make-up pelbagai jenis tu walaupun muka dia tak perlu sapu make up pun dah cukup cantik.

>And one more, please bring my baby too.

>Ok set! Tak nak guna kereta aku je ke?

>I miss my baby.

Tersengih.

>Cehhhh! Haha, yelah nanti aku bawakan.

>Kau tanya sekali kat Minah, dia ada baju lagi cantik tak? Sebab aku rimas pakai baju dia tu. Macam baju orang kerja lombong je.

>Kau nak baju apa?

>Kebaya boleh?

>Gila!

Untuk malam ini, Minn Alia jadi tenang semula. Jiwanya yang tersentuh dalam tadi campak jauh-jauh dari jiwa. Biarlah dia enjoy dulu masa-masa mudanya! Hidup ni penuh dengan pelbagai nikmat duniawi dan Minn Alia terlalu sayangkan kenikmatan itu. Dalam otak Minn hanya tau berseronok tanpa sedar kenyataannya otak Minn hanya sekadar pinjaman dari tuhan dan perlu diperguna dengan sebaik-baiknya.

Buku Cecelia Ahern bertajuk PS, I Love You menjadi santapan minda sebelum memejamkan mata. Kan bagus kalau dia buka Al-Quran dan berqiam di tengah malam? Tak apa, ALLAH beri kelonggaran untuk kita menambah ilmu di dada. Ilmu ke? Ilmu English Language, ok lah kan?

Pukul 12.00 tengah malam, Minn Alia tutup buku dan padamkan lampu. Kelopak mata dia tutup tenang. Tidak sedar di rumah agam sana, Syakirul Hafiz gelisah keseorangan. Dan saat dirinya hampir dibawa mimpi yang panjang, hati Minn berdetak sesuatu...

“Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azim... Ringan pada lisan, berat pada timbangan, ALLAH suka...”



SYAKIRUL HAFIZ letak tangan di atas kepala sambil berbaring terlentang memandang langit rumah. Semalaman matanya tidak mahu memberikan kerjasama. Pukul 4 pagi baru Syakirul Hafiz dapat terlelap. Pening kepala masih terasa sejak bangun Subuh tadi. Mana terfikir pasal PR baru abah yang comel-comel nakal, lagi pasal banyak benda yang misteri tentang Syaminah Kadir sampai dia termimpi-mimpi yang sebenarnya Syaminah menyamar jadi mata-mata syarikat lain yang ingin menjatuhkan company milik keluarga Tengku Arshad dan memalsukan pengenalan diri sebagai Minah. Dramatik, kan? Syakirul geleng kepala pelan.

Tapi Minah apply kerja guna IC Minah sendiri. Takkan Minah nak ambik IC orang lain dan menyamar jadi Syaminah Kadir setakat jadi kuli rumah? Baik lagi menyamar minta kerja kat company terus. Orang gila je buat kerja bodoh menyamar macam tu. Jadi sah-sah Minah tak da benda nak diragukan. Cuma perasaannya dan instict terlebeh sudah menilai Syaminah Kadir. Mimpi sekadar mimpi wahai Syakirul Hafiz!

Asalnya Syakirul setakat mengusik dan menyakat akhirnya dia juga yang terpinga-pinga sendirian bila Minah reti cakap orang putih walaupun sikit-sikit, tak reti ikan lagi satu hal. Dia dah search kat internet, tak da pun nama ikan bawal ada a.k.a ikan dudu. Mana tah celah peruk kampung yang panggil ikan bawal jadi ikan dudu. Tapi mana tau kan si Minah dan kawan-kawan dia je yang panggil ikan bawal sebagai ikan dudu?

Lagi pening kepala pasal andropaus. Ada ka patut?

“Andropaus tu sejenis penyakit yang mana spesies paus jantan tak mampu lagi nak mengawan.”

Huarrghhh! Terasa diri ini diperbodoh oleh kuli rumah peringkat SPM dapat 5E 3G yang membazirkan duit kerajaan nak kasi buku teks dan segala-segala free. Tah entah dapat derwasiswa dan RMT sekolah. Tapi setakat SPM abah kata tak menggambarkan apa-apa pun. Ada orang failed teruk dalam SPM, bila masuk bab-bab kerja, dia paling cemerlang, paling terel dalam semua hal. Betul ke tak, Syakirul tak tau.

Tapi, zaman sekarang ni, dalam televisyen semua benda kita boleh tau. Ilmu merata-rata bertabur. Macam iklan tu, ‘Otak burung unta lebih kecik dari matanya!’ Jadi tak mustahil Syaminah belajar bermediumkan televisyen dan bermatakan minda.

Syakirul Hafiz keluh nafas dalam-dalam. Rasanya dia boleh drop kemusykilan pasal Syaminah sebab PR abah tu kalau jumpa televisyen mata tak letak kiri kanan dah. Dapat ilmu-ilmu pasal benda-benda tu semua dari televisyen rumah kut. Lagipun Kak Nur pernah kata yang majalah di ruang tamu tu dah khatam dibaca oleh Syaminah.

Tua-tua baru rajin belajar. Muda-muda dulu mesti seronok main masak-masak dua puluh empat jam.

Syakirul tekan-tekan dahi untuk mengurangkan rasa mamai. Pagi ni kena pergi ke tapak projek nak pantau projek baru.

Dia bangun dari katil menuju ke balkoni sebelum turun ke tingkat bawah untuk keluar bekerja. Syakirul pejam mata. Terasa damai pagi-pagi, daun menghijau membelai naluri. Nafas diambil dalam-dalam dan dihembus perlahan. Syakirul jadi tenang.

Tapi sesaat lepas tu dia ternganga lebar di atas balkoni. Mata terbeliak luas dan kaki terasa nak terjun dari tingkat atas ke depan rumah meluru ke arah keretanya yang sedang di cuci Syaminah. Siapa dia berani sentuh barang-barang peribadi aku?!

Kaki Syakirul laju menuruni anak tangga. Siap ar Syaminah ni. Tak cakap apa-apa main aci redah usik Volvi, nama Nissan Fairlady berwarna silver kesayangan Encik Syakirul Hafiz.

Sampai diperkarangan rumah, dari belakang Syakirul dapat nampak jelas Syaminah tengah berlenggang-lenggok ke kiri dan ke kanan sambil memancutkan air paip ke atap keretanya.

“Olaaa! Sir gobang gosirr-sirr! Gulak-gulak Jawa-wa! Sirr abang naksirrr-sirr! Bila abang suka... Cewah!”

Syakirul tercengang. Berdangdut pula Minah pagi-pagi buta begini. Sekarang ni baru nampak ciri-ciri Minah ada ke-Indonesia-an sedikit campur ketuaan dan penuaan. Nampak macam orang tua tengah bergelek di tengah padang.

“Minah!!!” jerit.

Minn Alia terkejut besar dan terus menoleh ke belakang.

Busshhh!!

Muka dan tubuh Syakirul dibasahi air paip. Spontan Syakirul pejam mata rapat-rapat dan ketap bibir kuat. Hati dah berapi-api mengenangkan kecuaian Syaminah dalam menjalankan tugas.

Batang paip terlepas dari tangan Minn Alia dan cepat-cepat gadis itu menutup mulutnya yang terlopong luas kerana terlalu terkejut. Satu terkejut kerana dijerkah, satu lagi terkejut kerana dia tersiram air paip ke muka majikannya. Dan yang pastinya kejutan kali kedua itu lebih besar impaknya sehingga muka Minn Alia berubah pucat mendadak.

Bila Syakirul buka mata lambat-lambat sambil hadiahkan tenungan maut kepada PR nya, Minn Alia terus mencicit berlari ke depan kereta. Tangan dan kaki dah terketar-ketar menahan cemas di dada. Tak sangka muka Syakirul Hafiz yang dituduh semehak, selekeh dan sombong oleh Minn Alia itu ada aura naga!

Mampus aku!!

“Syaminah!!!” pekik Syakirul Hafiz marah.

Minn Alia pejam mata rapat-rapat dengan bibir tercebir-cebir. Kalau tak kenang dia sekarang ni Minn Alia dan kalau mengenang yang dia ni pinjam identiti Syaminah Kadir, sure air mata dah gerenti jatuh ke pipi. Tapi Minn Alia tetap Minn Alia yang tabah, kisah cengeng-cengeng dah tersimpan kemas dalam lipatan sejarah zaman kanak-kanak dan zaman remaja... mana boleh dia bertukar watak menjadi Syaminah yang sikit kena gertak dah berbaldi air mata...



DUA dalam satu. Mandikan kereta plus mandikan tuan punya kereta. Kalau nak ingat cara dia buat gelek depan mata Syakirul Hafiz, sikit lagi terasa nak terjun tingkat 11. Ingatkan pakwe tu masih berdengkur di bilik sebab Kak Nur kata tuan muda belum turun lagi walaupun jam dah menginjak pukul 9.00 pagi!

Tapi pasal kereta tu, dia rasa menyesal memandai nak basuh badan fairlady milik Syakirul Hafiz. Tadi dia nampak debu di depan kereta mahal tu jadi Minn tawarkan diri untuk cuci fairlady Syak. Lagipun dia sendiri rindu kat my baby nya. Sebab tu juga tangan Minn gatal nak sentuh fairlady Syakirul Hafiz walaupun dia punya baby pun jenama ‘batu’ Nissan. Oh my baby! Keluh Minn Alia kesal.

Minn Alia tunduk menekur lantai sambil berdiri kaku di atas karpet lembut milik keluarga Tengku Arshad. Tapi Minn Alia rasa karpet yang berbulu halus lembut dirasakan tajam mencucuk tapak kakinya. Dia tak betah ditenung tajam-tajam oleh sepasang mata helang yang tengah mencari mangsa di hadapannya.

Syakirul Hafiz dengan tuala tersangkut di leher dan rambut dah tak pacak seperti mula-mula tadi duduk tegang tanpa cakap apa-apa di atas sofa. Kalau boleh jadi The Hulk, sekarang ni jugak dia nak mengamuk. Siram tubuh dia satu hal, kereta dia apasal gatal sangat nak usik-usik?

“Sss.. Sorry encik...” terketar-ketar Minn Alia minta maaf. Tau dia bersalah dalam hal ini. Tapi siapa yang suruh Encik Syakirul Hafiz panggil nama dia dengan nada petir membelah bumi? Kak Nur pun boleh melatah bila dijerit macam tu sekali. Jahat-jahat Minn Alia, tak pernah lagi dia jerit nama Minah sampai pembantu rumah terkejut cicak gelabah macam Syakirul jerit nama dia. Nama dia? Err... Nama pinjaman sementara milik Minn Alia, lebih tepat kut?

Kadang-kadang ditilik perangai Minn Alia lebih kurang macam Syakirul Hafiz juga. Kira vice versa lah kan? Minn Alia boleh tahan cerewet. Baju cantik sila cuci guna tangan jangan nak campur dengan baju sesiapa. Minn Alia punya, jangan memandai nak campur-campur. Baju dia sensitif okey... Bukan macam baju Minah, berlubang sana-sini, koyak tampal balik. Teruk lagi baju Minah daripada orang gila.

“Kenapa cuci kereta saya?”

“Saya rajin tuan...” spontan dia jawab. Syakirul Hafiz senyum sumbing. Rajinlah sangat. Macam tak tahu Minn Alia tu tak reti buat kerja-kerja lain di rumah ni. Yang dia tau hanya sekadar mengemop, ambil baju dari ampaian, cuci pinggan, sapu lantai (itupun tak bersih), lap-lap meja, televisyen dan vacuum. Mana dia reti nak lipat baju, cuci baju, masak-masak... Semua tu Kak Nur yang buat.

“Lain kali, jangan sentuh kereta tu. Jangan masuk ke bilik saya, jangan pandai-pandai nak sentuh barang-barang saya. Jelas?” tegas.

Minn jatuhkan kepala. Angguk kepala pun tiga kali aje lepas tu kembali tenung mozek lantai. Kerek gila bos ni. Nak sentuh pun tak boleh... Macamlah dia sorang ja dalam dunia ni ada ‘batu’ Nissan!

Tapi lebih dari itu, hati Minn pedih dan rawan dilayan seperti pembantu rumah walaupun kenyataannya dia memang pembantu rumah keluarga Tengku Arshad. Tak boleh ke layan dia ni macam manusia normal? Kenapa perlu layan manusia normal dengan kasta-kasta tertentu? Orang gaji tak boleh nak sentuh barang-barang Encik Syakirul Hafiz. Noktah!

Minn terasa nak baling Syakirul dengan pasu bunga biar teleng sedikit kepala mamat keras kepala tu. Orang gaji lain rilek-rilek cool je sentuh barang majikan. Contoh terdekat Minah di rumah babah, tiap minggu tolong Minn Alia basuh baby supaya kekal berbau wangi. Sah-sah si Syakirul Hafiz jenis manusia taik hidung masin!

“Sekarang awak sediakan sarapan. Kak Nur rehat, biar awak yang buat kerja. Saya nak awak buatkan roti canai pagi ni. Dua keping jangan kurang!”

“Ha? Roti canai?!”

“Awak nak saya suruh buat nasi lemak dengan sambal kerang ke?” Syakirul jegilkan mata.

Muka Minn Alia berubah. Roti canai bukan macam roti bakarlah pakcik! Mana aku nak buat roti canai pagi-pagi ni?!

“Dah jangan buat muka sengal macam tu. Cepat pergi masak!” gertak Syakirul Hafiz. Minn melangkah ke dapur dengan perasaan berbelah bagi. Buat roti canai? Kena cari resepi kat tab lepas ni...

“Tunggu dulu!”

Minn tekan brake terus menghadap Syakirul Hafiz. Janganlah dia minta koko berry. Mana aku nak cari?!

“Mana awak belajar bergelek hah? Serupa macam orang gila!”

Ciss! Minn ketap bibir. Darah naik ke muka. Takkan dia nak jawab, hari-hari Kak Nur pasang lagu dangdut di rumah Tengku Arshad bila majikan-majikan mereka pergi bekerja sehingga dia pun enjoy tiru lagak Kak Nur yang eksotik dan lain dari yang lain tu? Maaaaluuuuuu!!!

Syakirul tahan gelak. Mujur tak tersembur air liur bila perkataan ‘gelek’ terkeluar dari mulutnya. Sumpah lawak! Lagi-lagi bila terbayang gelek Minn Alia yang tak berapa nak betul main goyang aje janji puas, hilang sekejap rasa marahnya. Tapi Syakirul tak tahu, Minn pernah jadi juara memenangi hati lelaki-lelaki saat dia menari di kelab-kelab malam di sekitar universitinya dulu. Tarian sek-sa Minn Alia 100 kali lebih mengancam!

Sunday, July 8, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 9





BAB 9

MATA dibulatkan. Selama ni mana pernah melihat muka susah hati milik Syakirul Hafiz. Asyik tayang muka confident sepanjang masa sampai dia pun lelah nak tahu apa yang tersirat di hati temannya itu.

“Serius kau suka dia?” Adriz tanya. Syakirul Hafiz tak teringin nak jawab soalan kanak-kanak.

“Serius kau suka dia?!” kali ini bukan pertanyaan, tetapi lebih kepada pernyataan. Muka dah mencemik tak percaya melihat betapa lemahnya hati seorang Syakirul Hafiz sampailah PR sendiri pun dia nak main-main chenta.

“Apa kau merepek ni?” kelam kata-kata Syakirul Hafiz.

“Ohmyenglish!”

Syakirul Hafiz pandang tajam ke muka Adriz. “Kau ni serupa macam dia.”

“Aku?” Adriz tunjuk batang hidung sendiri. Takkanlah orang gaji Syak ada persamaan dengan lelaki semacho dia pulak. Adriz bukan setakat Adriz. Adriz ni kegilaan para gadis yang suka harta benda. Nak kata dia kaya macam perdana menteri tu taklah. Tapi kira dia termasuk dalam carta lelaki terhangat di pasaran juga dengan aset bertimbun-timbun walaupun umur belum masuk 40. Nasib baik Minn Alia tu adik dia. Kalau Minn Alia tu orang lain, sah-sah M.A mengurat Adriz jugak sebab benda yang paling M.A suka adalah duit. Duit dan duit! Nak kerja malas, tapi duit kena masuk ke poket dia setiap bulan hampir nak lima ribu. Buat bankrap keluarga!

“Dia suka sebut oh my english jugak. Pelik aku.”

Eh? Kening Adriz naik tinggi.

“Aku nak kenal dia!”

Syakirul Hafiz tala mata ke muka Adriz. Hairan melihat tiba-tiba temannya itu bertukar menjadi excited tak ingat.

“Malas aku nak bawa kau. Ala, dia tu bukannya cantik pun. Muka lekap dengan bedak dua puluh pat jam. Belum lagi dia punya rambut menggerbang gaya penyapu tak cukup bulu. Nanti-nantilah aku tunjuk...”

“Eeehhh...” Adriz rungut lambat-lambat. Macam teruk sangat je explanation si SH ni. Betul ke ada perempuan macam tu?

“Tapi aku hairan macam mana kau boleh buat muka beruk sebab PR tu? Hebat sangat penangan dia. Mesti comelkan?”

Excuse me... Sekarang ni aku tengah confuse oke. Bukan suka atau terkena penangan hebat dia!”

“Apa yang kau confuse kan sangat tu? Dah sah-sah kau terpikat pada dia...” selamba kata-kata terkeluar dari bibir Adriz.

“Kau nak aku masukkan dalam gol ke apa? Aku confuse, bukan terpikat. CON-FUSE! Tak faham ke aku cakap ni? Takkan aku nak terpikat dengan perempuan pangkat makcik!” Syakirul melatah. Suara sengaja dinyaringkan dan mata sengaja dijegilkan.

“Berapa umur dia?” soal Adriz angkat kening.

“Tiga-puluh!”

“Dua tahun je pun beza...” usik Adriz sengih.

“Lagi kau cakap, keluar dari bilik ni tak sampai dua saat!” gertak Syakirul. Adriz geleng kepala. Walaa... Kawan baiknya tersampuk panahan cinta sampai cakap pasal PR dia sikit pun dah marah-marah bagai nak gila...

“Ok-ok... Eh, kau tau pasal pemilik hotel baru tak jauh dari hotel kau?”

“Hotel Paradise.”

Gotcha! Hotel tu famous giler sekarang. Habislah kau jatuh bankrap..”

“Mulut jangan nak celuparlah Riz. Kalau abah aku tau, mau kau dibuang daerah!” rungut Adriz kerut kening. Sampai hati Adriz curse hotel milik Tengku Arshad, mau dicili mulut Mirr Adriz Tan Sri Ridhuan. Apa punya kawanlah...

“Haha! Jangan sensitif sangat. Owner hotel tu best weh. Slumber tak kira masa... Hari tu aku ada jumpa dia masuk ke pub.”

Naik kening Syakirul. “Oh? Tu kau kata selamba? Jenis manusia tempah neraka je masuk kat sana!”

“Kau ni... Dengarlah dulu! Main terjah je. Sekarang ni dia dah baik dah. Dah kahwin pun. Bini dia sedap mata memandang... Aku kagumlah dengan dia sebab muda-muda dah ada hotel sendiri dan yang paling penting, dia dapat bini yang tawaduk je muka.”

“Puji melambung-lambung!” perli Syakirul Hafiz.

“Tulah aku nak cakap, nama owner Paradise Hotel tu Aakif. Hari tu aku jumpa dengan dia kat shopping complex masa teman mak dan adik aku shopping, dia teman bini dia pilih barang-barang hantaran untuk sedara dia... Dia cakap kat aku kalau nak, boleh buka kerjasama antara syarikat babah dengan hotel dia. Aku cakap nanti kitorang bincang balik.”

“Kau ada adik ke weh?” tak pernah Syakirul dengar cerita pasal keluarga Adriz. Alih-alih mesti dia cerita pasal bisnes keluarga, pasal Tan Sri Ridhuan, pasal mak dia sekali-sekala, dan inilah kali pertama Adriz keluarkan nama adik dia.

“Ada. Adik aku tu... buat pening kepala otak.”

“Apasal?”

“Budak remaja... Teruk jugalah sejarah hidup keluarga kitorang sebab dia sorang yang buat perangai kat oversea. Takpela.. Mungkin dia nak cuba-cuba je. Sekarang ni aku tengok dia dah baik sikit. Tapi masih juga buat hati aku tak tenteram.”

Jauh disudut hati, perasaan sayang Adriz kepada Minn Alia bukan main-main. Dia sayang satu-satunya permata hati keluarga Tan Sri Ridhuan. Bila Minn dah mula buat perangai, satu keluarga susah hati. Sampai babah sakit-sakit sebab risau anak dara dia tu.

“Biasalah tu. Budak lagikan?” suara Syakirul Hafiz mengendur.

Jeda.

Masing-masing pandang luar cermin, lihat pemandangan dari bilik pejabat Syakirul Hafiz di sofa tamu. Ah kehidupan...

“Eh, aku nak tanya pasal satu benda ni. Apa maksud antropos?”

“Apa tu?” kening Adriz bertaut. Syakirul garu kepala. “Ada bunyi-bunyi macam menopaus, tapi mula dari huruf A.”

“Andropaus?”

“Yes!”

“Lawan menopaus. Kenapa? Kau dah Andropaus ke?”

Telinga Syakirul jadi lebar. “Pardon?”

“Andropaus tu bila berlaku penurunan tahap testosteron iaitu hormon seks bagi lelaki. Bila dah berumur, benda ni berlaku pada kaum lelaki... Perempuan menopaus, lelaki andropaus! Faham? Eh, takkan itupun kau tak tau? Kau tak belajar Bio ke masa sekolah dulu?”

Bukan penyakit paus jantan ke? Tersirap darah Syakirul Hafiz. Terbayang-bayang muka Syaminah memandang wajahnya dengan muka mengejek. Penumbuk digenggam kuat. Ciss!! Kena bahan PR sendiri!



MINN ALIA belek-belek majalah di ruang tamu. Kaki bersilang dan badan disandar tenang pada sofa harga ribu-ribu. Majalah dalam rumah ni hanya ada majalah bisnes-bisnes, majalah kereta, majalah telefon, majalah kesihatan dan majalah yang lelaki je selera nak baca. Lain kali dia nak suruh Syuh angkut majalah-majalah dari rumah. Ada Remaja, Nona, Majalah Wanita, macam-macam lagi ada.

“Minn,”

Minn Alia dongak kepala. Kak Nur senyum melangkah ke ruang tamu.

“Mari akak ajar Minn mop lantai.”

“Tapi akak kan tengah masak?” Minn cari alasan. Tengok mop tu pun dah tak selera. Teringat kejadian dia jatuh terbongkang kat lantai dengan air penuh satu baldi macam air terjun jatuh ke muka dia. Sampai esok lantai Tengku Arshad tak kering-kering. Permaidani terpaksa Kak Nur jemur.

“Tak pe. Kejap je... Lagipun mop lantai dapur bukan mop kat ruang tamu...”

Minn berat hati tapi dia tetap melangkah ke dapur mengikut langkah Kak Nur setelah menyusun kembali majalah pada tempatnya.

“Ni, masa Minn nak mop, kita bilas dulu dengan tangan supaya air tak tumpah...” Kak Nur tunjuk cara. Minn hanya berdiri di sebelah Kak Nur memerhati. Oh, gitu? Dipilas-pilas bulu kain mop lantai. Bulu? Apa-apa jelah.

“Lepas tu barulah Minn boleh lap lantai. Dari hujung sini, ke hujung sana. Lepas tu baru pindah ke tepi sedikit daripada lantai yang kita lap. Jalan ke belakang, jangan jalan kat lantai yang lepas di mop ni.”

Kak Nur jalan undur dengan tangan mula lincah mengemop. Ohh! Mulut Minn terlopong. Nak mop lantai pun kena ada skill ke?

Satu row lepas tu, Kak Nur suruh Minn take over. Apalagi, eksaited Minn berlari ke kiri dan ke kanan bawa mop lantai. Dia mana nak kisah bersih ke tak tempat yang dia mop, janji bahagia. Kak Nur tak boleh nak cakap apa dah. Dia jadi tukang tengok plus tukang geleng kepala.

“Ni namanya Stuffing Spinach Chicken, tuan muda suka sangat lauk ni...” beritahu Kak Nur sambil meletakkan sepinggan Stuffing Spinach Chicken di atas meja. Melihat muka Minn Alia yang dah macam tayar pancit sambil duduk termengah di atas kerusi membuat senyuman Kak Nur memekar. Budak ni nak kata comel, umur dekat 30. Tapi gaya dia macam budak umur 7 tahun belajar kemas rumah.

Minn Alia tongkat dagu sambil mengangguk-angguk. Tuan muda suka, ada dia kisah? Dia buat muka berminat walhal dalam hati dah malas nak tau apa yang disukai oleh tuan muda atau benda yg paling dia benci, contohnya laksa bak kata Kak Nur dulu?

“Kak Nur, pakcik guard depan rumah tu memang jarang kerja ke?” soal Minn Alia ubah topik.

“Oh... Dia kerja malam je. Siang Tengku Arshad tak letak guard kat depan rumah. Lagipun dah ada tukang kebun kan? Jadi siang tukang kebun yang tolong escort.”

Mulut Minn membentuk huruf O. Faham akhirnya sebab benda tu dari dulu dia hairankan.

“Minn tau, dulu ada sorang lagi PR kat rumah ni.”

Minn tala mata ke arah Kak Nur.

“Dia meninggal sebab sakit jantung. Umur baru 35...”

“Muda lagi...” komen Minn acuh tak acuh. Wajah Kak Nur bertukar suram. Nampak sangat dia masih lagi bersedih atas kehilangan temannya itu. Dah tiga tahun berlalu tetapi bayangan Nidah masih segar di ruang matanya.

“Hidup kita ni tak panjang. Esok lusa, tak tahu bila akak masuk kubur.”

Minn tersentak. Di pandang wajah tenang Kak Nur lama. “Ala Kak Nur jangan cakap macam tu...”

“Akak risau tak cukup amal je...” Kak Nur ukir senyuman di bibir.

Minn Alia tertunduk. Kalau betul ditakdirkan mati muda, amal tak amal, dosa dah banyak dibuat. Kena cover balik semua tu mampu ke? Masa muda singkat aje...

“Minn tau, dalam hadis sohih pernah menyatakan; Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan pada lisan - sesungguhnya mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan - di akhirat, dicintai Yang Maha Pengasih, iaitu Subhanallahi wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim."

Minn tala mata ke langit rumah. Ringan pada lisan, berat pada timbangan, ALLAH suka... Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azim... Dalam hati Minn ulang semula. Terasa sesuatu menitis pada jiwanya yang dalam. Sesuatu yang tenang, yang menyeronokkan dan yang mengindahkan. Minn Alia insaf. ALLAH beri banyak keringanan untuk dia beriman, tetapi yang banyak dia lakukan adalah kelalaian.

Selama ni bukan dia tak ingat tuhan. Tapi entahlah...

Tudung entah tercampak ke mana sejak habisnya zaman sekolah menengah, lagi dia sendiri pernah menjejak kaki ke tempat-tempat haram. Sejak akhir-akhir ni je baru hati Minn Alia rajin bersolat. Tapi tu pun ikut bila hati dah tergerak nak angkat takbir. Masa-masa peak time macam tengah shopping, kadang-kadang solat Maghrib pun boleh tinggal... Mana pernah dia cari surau nak kerjakan hukum ALLAH yang wajib tu...

Minn Alia hela nafas dalam-dalam. Nak berubah bukan tunggu esok tahun depan atau 20 tahun akan datang. Kalau tak sekarang, nanti terlambat dan menyesal. Nak kenal sajadah bukan mudah bila hati dah banyak hitam... Tetapi ALLAH suka orang yang berusaha.

Minn raup wajah cuba tilik dosa-dosa lepas yang pernah dilakukannya. Peluk lelaki bukan mahram dah berapa kali, pergi kelab-kelab malam walaupun sekadar minum air cola, tapi masa dia menari dan tengok orang lain meliuk-lentok dalam pelukan lelaki tu pun dah kira berapa banyak dosa, dan yang paling utama, ni rambut ni, tiap helai membawa petaka sedangkan sebenarnya rambut adalah mahkota wanita. Minn gigit bibir bila hatinya mulai bergetar. Getar yang membawa sebuah kebaikan.

“Minn susah nak berubah....” keluh Minn Alia. Kak Nur senyum tawar. Faham gelojak di hati seorang yang bernama Minn Alia. Minn masih muda, fikiran belum terarah ke arah kematian. Masih teringin nak bersukaria. Tapi sungguh! Masa itu tak pernah menanti sesiapa!

“Sikit demi sikit jadilah... Akak pun bukannya betul-betul sempurna, lagi-lagi di mata ALLAH subhanahu wa ta’ala...”





















Kalimatan hafifatan ‘alallisan, shtaqilatan fil miizan, habibatan illa rahman... subbhanallah wa bihamdih (Maha suci Allah dan dengan kepujianNya) dan Subhanallahil 'Azim (Maha suci Allah dengan segala keagunganNya)."


SUMBER