CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 8, 2012

Novel :: Lelaki Versi Dia (Kaki Novel)

 
Alhamdulillah akhirnya Lelaki Versi Dia sudah diterbitkan menjadi naskah melalui Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan pembaca dan pengomen tegar.. Tak terbayar budi oleh Cik Rin. Huhu. 
Terima kasih jugak kepada mereka yang sudi memakbulkan keinginan hati melihat LVD duduk atas rak buku saya yang dah nak roboh tu. Keh3... Kepada kawan-kawan penulis (teringin nak sebut tapi risau kang entri ni terlebih panjang org tak mo baca), terima kasih sebab tak sudah2 memberi semangat, pendapat, sokongan dan sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. 
Buat reader yang membaca dan mengomen, tanpa komen2 tu memang takkan LVD terbit. Belajar dari pembaca dan kritikan positif serta komen yang membina amat membantu Cik Rin kita ni (dulu dia tulis cerpen guna bahasa SMS yaw)
Budi kalian tidak akan dapat saya balas, semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita. 
 Untuk yang sudi membeli LVD, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih... terima kasih... terima kasih... Kalau ada kekurangan serta ketidaknormalan dalam Wan Aakif dan Arwin Raisha, saya memohon maaf ya? :D
   
 
 
LELAKI VERSI DIA – AIREEN ARYANA


No. ISBN:- 978-967-5067-55-6
Jumlah muka surat:- 432
SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00


“Dia yang kusut, dia serabut, dia yang membuat hatiku terpaut....”

Sinopsis:-

Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya.
Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.


Wednesday, November 21, 2012

Fated To Love You 4



GLUE 4. 



SELEPAS MENGERJAKAN solat Maghrib beramai-ramai, mak jemput para tetamu makan. Aku sebenarnya tak ada selera nak makan pun Ija paksa makan. Yelah siapa yang selera makan kalau tahu bakal suami dia sejenis lelaki yang tak boleh dibuat laki? Tadi sewaktu solat Maghrib pun abi suruh dia jadi imam dia suruh Naqib yang jadi imam. Dari pandangan aku pada Naqib, aku tahu Naqib ni jenis yang alim-alim juga sebab muka dia pun nampak matang. Mad Ki pula?
Fine, nama panggilan dia Jason. Jason tu nama orang putih dan aku tak tahu pula kehidupan dia pun dua kali lima seperti orang putih. Masih terakam kemas di ruang mindaku wajah abi berubah 100% bila Mad Ki kata, ‘Let Naqib be our imam.’ Aku tahu abi sekadar menguji Jason sama ada mampu untuk menjadi imam dalam sembahyang dan sekaligus imam di dalam hidupku, nampaknya penilaian abi kepada Mad Ki membuahkan rasa kecewa. Abi pandang wajah mak dari tadi. Fahamlah aku yang abi pun tak suka Jason tu. Lagi elok aku jadi isteri kedua Naqib daripada bersuamikan Mad Ki yang tak boleh jadi imam, yang kurang ajar, yang tidak menghormati orang tua, dan yang hidup dengan cara orang putih dia.
“Jason dulu belajar kat mana?” soal abi berbasa-basi.
“UK.”
1 poin kenapa rambut dia sebelum ini berbelang dua.
“Oh, study pasal apa?”
“Bussines.”
“Jadi sekarang ni Jason kerja…”
“Senior manager.” Tengok-tengok! Dia jawab sebelum habis soalan abi. Mak dan aku berpandangan. Abi gelak kecil untuk tutup rasa janggal.
“Bagus kerja tu…” abi sambung sambil mengambil kuah kari ke pinggannya.
“Gaji RM 15 ribu sebulan,”dia cakap dengan nada bangga.
Aku tercebik di luar sedar. Tak hairanlah aku kalau gaji dia RM 30 ribu pun bila perangai mengalahkan manusia tak cukup ajar.
“Maaflah, Jason ni memang macam ni. Kadang-kadang suka bergurau…” mama gelak sambil pandang aku. Aku telan air liur sebiji-sebiji. Mama nampak aku buat muka ke tadi?
“Naqib pula kerja kat mana?” soal abi bertukar pada Naqib pula. Naqib yang sedang nak suap makanan terhenti memandang wajah abi.
Driver…”
Erk? Muka macam Naqib yang boleh tahan handsome ni boleh jadi driver? Aku tunjuk muka tak percaya.
“Ohh… Bagus kerja tu… Asal halal, anak isteri pun makan daripada sumber yang halal, insya-Allah Allah sentiasa melindungi kita…” abi nampak selesa berbual dengan Naqib. Naqib angguk kepala.
“Insya-Allah pak cik…” Naqib tersenyum. Aku perasan Mad Ki tenung tajam muka Naqib seperti tidak berpuas hati. Nasiblah kan? Dia tu baik ubah perangai seperti adik dia kalau nak jadi menantu Pak Cik Ibrahim. Ceh, aku cakap ni macamlah dia teringin jadi laki aku sedangkan taste dia perempuan yang terlebih seksa-seksi.
“Saya rasa hal kahwin saya dan Abeer boleh dibincangkan selepas daddy balik dari outstation…” tiba-tiba Mad Ki cakap macam tu. Aku hampir-hampir tercekik sotong goreng sebab terkejut yang amat. Abi tercengang pandang muka Mad Ki tu. Mak pun sama. Ija lebih-lebih lagi sampai terjegil biji mata dia.
“Oh.. ya-ya…” abi angguk-angguk sambil tersenyum janggal. Aku bulatkan mata pandang abi.
“Kira jadilah since Abeer pun single…” Mad Ki letak sudu di tepi pinggan sambil memandang keluarga aku satu persatu. “I’ll protect her, don’t worry.” Dia cakap macamlah dia tu Superman. Tanpa sedar jugak aku menggeleng kepala tanda tidak bersetuju dengan kata-kata Mad Ki. Daripada masuk ke mulut buaya seperti Mad Ki, baik aku tak kahwin sampai bila-bila!
I’m not ready yet…” aku beri alasan walaupun kekuatan aku hampir tiada saat Mad Ki tenung aku tajam.
I’ll make you ready for the marriage, kahwin aje dulu. Yang lain kira kemudian.”
Berubah air mukaku bila dia cakap begitu. Aku pandang mak minta sedikit simpati supaya tidak menjodohkan aku dengan lelaki seperti dia. Semua orang speechless tak tahu nak cakap apa, mungkin kerana Mad Ki lebih nampak berkuasa di situ dan kami hanya mampu menurut kata-katanya termasuk mamanya sendiri. Saat itu aku terfikir, mungkin dengan status dia yang merupakan senior manager, memang taklah orang ada berani nak bangkang kata-katanya. Sedangkan impian aku untuk mendapat seorang lelaki yang boleh dijadikan sebagai seorang teman berkongsi suka dan duka.
Malam itu sekali lagi aku tak sempat beri dia jam dia sebab aku tak nak bila aku bercakap dengan Mad Ki boleh menimbulkan syak wasangka abi yang aku boleh terima Mad Ki menjadi suami aku. Aku biarkan aje walaupun aku tengok Mad Ki pandang aku semacam sewaktu dia hendak pulang, malah aku beria-ia menjauhi dia sedari tadi.
‘I’ll make you ready for the marriage.’
Arghh! Sakit kepalaku tiba-tiba datang lagi. Setelah telan sebiji ubat tahan sakit, aku tidur tak ingat dunia. Cuma aku dengar samar-samar suara apabila mak buka pintu bilik tidurku.
“Tidur dah kakak?” soal mak pada Ija.
“Migrain dia datang…” jawab Ija pelan. Lepas tu aku pun nyenyak dengan harapan semua kejadian malam ini tadi hanyalah mimpi semata-mata.


“KALAU KAHWIN tapi tak ikhlas pun tak guna…” komen Maya sambil menarik sedikit rambutnya yang terkeluar ke dalam skarf. Aku masih makan tak nak menyibuk masuk ke dalam perbincangan pelik antara Maya dan Einn. Pasal kahwin, pelik sangat ke?
“Orang lepas kahwin mesti ikhlas punya…”
“Dah masuk bab-bab cerita novel Melayu mengarut kau ni. Orang kena kenal dan ikhlas nak kahwin baru dapat kahwin…” balas Maya lagi.
“Weh, sebab tu la dalam Islam disarankan kahwin dulu baru bercinta. Baru halal. Maknanya bila lepas kahwin baru benda-benda ikhlas ni keluar. Kalau kenal bertahun tapi bila kahwin nanti perangai haprak, lagi teruk sebab kita dah expect si kekasih hati tinggi-tinggi.”
“Dalam Islam pun kalau nak kahwin kena jumpa dulu, pihak lelaki cek dulu apa yang patut kalau suka baru boleh kahwin… sebab tu perempuan punya aurat semua kecuali muka dan tapak tangan… Untuk pihak lelaki check it out sama ada perempuan ni elok tak, boleh sedapkan hati ke tak. Mana boleh main redah kahwin gitu aje…”
“Kau silap Maya… Kahwin tu sesuatu yang murni, suci. Memanglah dalam novel Melayu selalu mengetengahkan kahwin paksa lepas tu bahagia, tapi dari sudut perkahwinan Islam, macam ustaz aku, bapa dia yang pilihkan bakal isteri dan dia terima seadanya kerana dia cintakan agama lebih daripada cinta wanita…”
Aku ambil pinggan terus gerak ke sudut tempat letak pinggan dan gelas kotor. Rasa bingit aje dari tadi dengar dia orang berbalah pasal kahwin. Sudahlah berapa hari ni aku asyik migrain terutamanya menjelang malam.
Habis basuh tangan aku terus ambil beg sandang aku. Maya dan Einn pandang aku serentak.
“Dah ke?” soal mereka senada. Aku angguk aje.
“Kau orang sambunglah borak. Aku nak masuk masjid kejap, solat Zohor.”
“Oh okey. Jalan elok-elok.”
Sampai ke masjid aku terus baca al-Quran tiga helai sebelum solat Zohor. Patutnya solat dulu tapi aku nak tenangkan hati dulu sebab otak ni kusut sangat, abi kata anak abang Adam mak tu betul serius nak kan aku. Siap hari ni dia orang bincang pasal kahwin, abang Adam mak tu pergi ke pejabat abi tengah hari ni. Tak cukup akal aku fikir pasal aku nak dikahwinkan dengan lelaki seperti Mad Ki tu, sumpah tak sanggup!
Habis aje kuliah, aku terus ajak Cloud lepak di shopping complex tak jauh dari maktab kita orang.
“Apesal?” soal Cloud pandang muka aku.
“Kusut…” aku luah pada dia.
“Pasal apa kau kusut?” dia tanya lagi.
“Aku ingat aku buat keputusan silaplah Cloud. Betul punya ni… Famili suruh aku kahwin, masalahnya aku tak suka lelaki tu.”
“Biar betul kau Abeer?” bulat mata Cloud. Sekejap dia terkebil-kebil cuba mencerna apa yang tengah aku cakapkan ni.
“Kahwin paksa ke ni?” soal Cloud lagi bila aku tak jawab soalan dia yang awal tadi.
“Kira macam tu lah… Tapi aku rasa mak dan abi aku tak suka tapi terpaksa juga terima lelaki tu. Sebab dah janji….” aku mengeluh buat kesekian kalinya. Mata Cloud menyorot ke arahku lama.
“Kalau mak dan abi kau tak suka, kau pun tak suka, tak usah fikir pasal janji… Yang penting kebahagiaan kau.”
“Kau tak faham Cloud…”
Aku tunduk memandang air pandan cendol di dalam gelas. Teringat perbualan mak dan aku hari tu.
“Mak rasa Jason tu seriuslah Beer. Dia tak tanya-tanya lagi pendapat kita, dia terus cakap pada abang Adam dia nak kan Abeer jadi isteri dia…”
“Abeer rasa Abeer tak sedia lagi nak kahwin.”
“Dia kata nak tunggu sampai Abeer sedia…”
“Masalahnya Abeer tak nak kahwin dengan lelaki macam Jason tu mak…” aku urut dahi sendiri. Tak de masalah aku sendiri yang cari masalah. Kalau dari awal aku tolak cadangan mak tu…
“Dia janji dia akan berubah jadi lelaki baik untuk Abeer.”
Aku angkat kening. Untuk aku? Ubah perangai dia yang rambut belang-belang dan keluar dengan perempuan seksa tu mampu ke dia? Kalau mampu pun berapa lama dia mampu bertahan?
“Dia cakap nak tunggu Abeer tapi hakikatnya dia memang nak kahwin dengan Abeer dalam masa terdekat ni kan?” soalku pada mak. Mak diam aje tak jawab pertanyaanku.
“Mak nak Abeer nikah dengan lelaki macam tu?” aku tanya hairan. Mak serba-salah memandang wajahku.
“Sebenarnya mak tak nampak yang dia ada masalah kecuali masalah agak kurang ajar dia tu…” ucap mak terhenti.
“Mak rasa dia boleh jaga Abeer?”
“Mak faham Abeer tak percayakan dia… Tapi dia serius kat Abeer.”
“Mak boleh tengok muka Abeer ke kalau-kalau Jason tu dera Abeer nanti? Mak nak bertanggungjawab ke kat hidup Abeer lepas tu?” aku soal mak. Mak beristighfar, aku dengar.
“Abeer, mak sentiasa doakan yang terbaik untuk Abeer.”
“Beritahu mereka yang Abeer tak nak kahwin.”
Wajah mak berubah serta-merta. Aku faham mak cuba jaga hubungan dia dengan abang Adam tetapi aku pun kena adil dengan diriku sendiri. Tapi yang buat aku terkejut abi tiba-tiba call yang bapa Jason tu merangkap abang Adam mak datang ke pejabat abi untuk bincang pasal kahwin. What the he?!

“Kau betul nak kahwin ke Beer? Alamak hai, hampir jatuh jantung aku dengar… Kalau jadi kau jemput akulah ya Beer?”
Aku tersentak dengan pertanyaan Cloud yang tiba-tiba.
“Kau ni buat aku tambah kusut lagi ada.” Aku picit pelipis dahiku tanpa pandang wajah Cloud. Cloud sengih aje.
“Kau tak suka, mak kau tak suka, abi kau pun tak suka, tapi kena terima juga dia jadi suami kau, mana tau satu hari nanti kau bahagia dengan dia? Aku doakan kau Beer… Mana tahu dia tu memang jodoh kau. Fated to be your husband kan?” Cloud makan mee jawa dia.
“Kau ingat ni cerita Melayu ke?”
“A’ah… Kau Melayu, tinggal kat Malaysia, dan nak kahwin pula tu, memang drama Melayu habislah…” usik Cloud sambil tergelak. Aku kerutkan wajah bila Cloud mula dengan loyar buruk dia tu. Ada juga makhluk yang bakal aku tikam dari tingkat 5 lepas ni...
“Kau tak nak dia ke?” soal Cloud tiba-tiba. Aku angguk.
“Kau cakaplah kat dia… Bincang elok-elok…”
Okey, kenapa aku tak fikir sebelum ni?
“Aku jumpa dia?”
“Yelah…”
“Tapi aku tak ada nombor dia?”
“Habis dari ceruk mana kau jumpa laki tu awal-awal lagi?” soal Cloud kerut kening.
“Jumpa?”
“Yelah… Jumpa sampai boleh terlibat dalam hal kahwin ni.”
Aku gigit bibir. “Mak aku mula-mula nak aku kahwin dengan dia, anak kawan dia… tak sangka pula laki tu agak terlebih ajar, kan? Tak reti cover dia punya perilaku, depan mak aku dia pergi hulur tangan dia nak salam aku. Lepas tu bila abi aku tanya, dia siap-siap jawab sebelum habis soalan abi aku tu. Mak aku ni terlanjur berjanji, laki tu pula katanya dah suka sangat kat aku kononlah, tapi sebenarnya aku pernah jumpa dia kat Pizza Hut hari tu sakan bergurau senda dengan seorang perempuan seksa teramat…”
Part bergurau senda tu aku rekalah sebab nak sedapkan cerita tentang keburukan Mad Ki. Apa yang aku nampak hari tu dia orang setakat makan dan tak bercakap sepatah perkataan pun. Aku pun tak tahu kenapa perlu aku cerita benda yang tak pernah terjadi.
“Ohhh…. Jadi dia yang eksaited la? Kau biasa-biasa aje? Mak kau yang bertanggungjawab untuk menjodohkan kau dengan lelaki tu?” soal Cloud. Aku angguk beria-ia.
“Senang je kau nak dapat nombor telefon dia, cuba kau tanya mak kau.”
Hampeh! Hampeh gila Cloud… Kenapa aku perlu tanya kat mak aku?!
“Aku malulah… Lagipun buat apa aku tanya nombor dia kat mak sedangkan awal-awal aku cakap kat mak aku tak suka dia. Karang tak pasal-pasal mak ingat aku suka dia…”
“Kau cakaplah elok-elok kat mak kau, kau nak bincang dengan lelaki tu pasal benda ni semua, yang kau tak sedia kahwin dengan dia. Tapi kalau ditakdirkan kau kahwin juga, aku doakan kau bahagia… Akan kuingat mu dalam doaku, Abeer…” dia buat suara bagai nak mati bini, aku benci gila muka mengada Cloud ni.
“Dahla. Aku nak balik.”
“Laaa, kau yang ajak aku keluar. Aku belum habiskan makanan aku ni ha…” dia tunjuk pinggan dia yang masih bersisa separuh. Aku angkat bahu sambil ambil beg sandang sebelah kerusi dan terus pergi begitu saja. Malas nak layan perangai Cloud yang tak pernah nak kasi aku semangat sikit, ni pergi menjatuhkan kawan sendiri dia dapat 3.9 pointer ke kalau buat macam tu kat aku?




TAK PERLU aku susah-susah pergi merayu kat mak carikan nombor telefon Mad Ki bila kat depan mata aku Mad Ki tengah duduk rilek goyang kaki atas sofa. Aku pandang mak sambil buat talian hayat, ‘dia buat apa kat sini?’
“Jason nak bincang dengan Abeer.” Mak jawab tanpa aku soal. Hebat betul mak.
“Mak sediakan makan malam dulu, Abeer dan Jason duduklah borak.” Mak meminta diri. Mad Ki terus berdiri saat mak aku berdiri sambil tersenyum lebar. Erk? Dia dah bertukar kulit ke apa tiba-tiba boleh tersenyum bagai?
“Terima kasih mak…” Mad Ki sebut.
Aku hampir-hampir terjatuh rahang bila dia panggil mak aku tu ‘mak’ juga. Sah!
Sah nak menggula mak akulah tu!
Lepas mak hilang dari pandangan, dia duduk atas sofa tu sambil memeluk tubuh. Aku duduk depan dia pun dia tak pandang. Ini ke ciri-ciri orang yang ‘serius nak kan Abeer?’ bagai yang mak kata?
“Nak bincang pasal apa?” soalku padanya. Dia terus pandang ke arah aku tepat. “Pasal kahwin.” Dia jawab dua patah dan tegakkan badannya.
“Pasal kahwin?” aku ulang lagi sambil letak beg sandangku kat tepi sofa. Sempat aku keluarkan jam Rolex miliknya.
“Ni jam awak, awak tertinggal kat kafe hari tu, remember?” aku tanya kat dia sambil terus hulur jam itu di atas meja depan dia. Dia diam aje tak cakap apa.
“Saya rasa kita tak perlu bincang pasal kahwin, lagi pun saya belum sedia nak kahwin plus saya masih lagi studi.”
“Tahun depan kau graduate kan?”
Aku terkesima bila dia bahaskan diri aku –kau. Teringat mula-mula pertemuan pertama dia dan aku di kafetaria maktab, memanglah… dia cakap aku-kau dengan aku.
“Ya…” aku jawab sepatah dengan nada teragak-agak.
“Next year kita kahwin…”
“Saya rasa saya dah beritahu keputusan saya awal-awal yang saya belum bersedia nak kahwin?” aku jegilkan mata kepadanya. Suka-suka dia nak control hidup Abeer Hanan.
“I know everything about you, Abeer Hanan.”
“Ha?” Aku tunjuk muka pelik. Ingat ni cerita dalam tv ke? I know what you did last summer?
“Your abi’s company condition, I know everything…”
“Jadi?” aku kerut dahi hairan.
“Company abi kau tak berapa baik kecuali kalau aku yang tolong dia. Dan aku cakap kat kau, you’ll never had a way to run away from me.”
Menyirap darah aku dengar cara dia bercakap tu. Bongkak sangat!
“Aku tak cari kau, tapi mak kau yang cari aku dulu. Bila mak kau beritahu pada daddy aku yang dia nak kahwinkan aku dengan kau, aku cari kau. Not bad huh… Abeer Hanan to be my wife.”
Aku terus urut pelipis dahi. “Cari aku?”
“This watch, so I can read your movemant.”
Aku terpempan dan terus menjatuhkan pandanganku ke arah jam tangan di atas meja. Dia simpan apa dalam jam tu?
Dia senyum sinis. “I’ll make you suffer if you’re not following my wish, Abeer Hanan.”
“Kau ugut aku?” soalku dalam nada bergetar.
“Up to you. But in the end of this year, you’ll be mine.”
Aku rasa otak dia tu dah sakit agaknya sebab mampu seyakin itu memiliki diriku.
“Saya tak akan kahwin dengan manusia berwajahkan awak, Jason. Saya bakal pendidik dan jangan harap awak senang-senang mempermainkan saya… Mind my word!” aku terus berdiri dari sofa. Menahan tubuhku yang semakin menggigil, entah kerana takut atau teramat geram. Yang pastinya segala sendiku seakan-akan hampir tertanggal berhadapan dengan riak dingin lelaki ini.
“I know everything about you,” dia cakap dengan nada yakin sebelum menyandar tubuh di atas sofa semula.
And I’ll let you to know everything about me. By hook or by crook, you’ll marry me.” Dia desiskan suaranya sehingga mampu membuatkan aku rebah di sini juga kerana kepala aku mula berdesing rasa nak terbelah. Siapa Mad Ki sebenarnya?






Nota Kecik::-

Maaf lama tak update. Officially GLUE bertukar tajuk > Fated To Love You< sebab ada beberapa kawan yang tanya pesal tajuk Gam (masa pilih tajuk tu act x de idea so that GLUE tiba-tiba muncul kat otak). Saya masih dalam mood holiday, line kat kampung sikit lagi nak innalillah, hidup segan mati tak mau, jadi saya tumpukan sepenuhnya untuk menulis manuskrip. Update bab Fated to Love ya akan lambat ya, harap maklum.