CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 26, 2012

Butterfly 2





Sekolah. Tapi lah dasar Aminul Khusyairi jenis tak berhati perut, pukul 6.30 dah bunyikan hon. Dia tengah pakai baju masa tu terkocoh-kocoh pecut ke bawah sehingga terlupa nak bawa dompet. Tak pe, kang dia cekau duit Aminul buat belanja makan rehat. Macam tak biasa… 

“Awalnya May turun sekolah?” soal Sara campak beg sekolah ke dalam tempat duduk belakang sambil terus badannya pun dicampak ke kereta Aminul. 

May toleh ke belakang, tersengih sekejap melihat kekalutan Sara merangkap senior sekolah dan jiran rumahnya. 

“Tak lah. Ni abang ni yang tiba-tiba nak awal sangat turun… Nak jumpa awek lah tu…” May mengusik. Aminul buat muka batu terus drive keluar kawasan perumahan. 

“Abang May ada awek ke? Dia tu hati keras, kalah robot cop. Manaaa awek nak kan dia kecuali akak ni…” gelak pecah. May pun ikut sama. Pandailah Sara nak kelentong May konon nakkan abangnya itu… Bukan Sara ke yang suruh May hantar surat cinta kepada Farid Dayyan, budak kelas 4K padahal Sara tu lagi tua nak masuk STPM hujung tahun ni… 

“Eh, hari tu Dayyan kirim salam comel kat akak tau…” May dah mula dah… Mata Sara hampir nak terjegil keluar. 

Seriously?! Oh mama mia, pengsan kejap!” Sara letak kepala di atas sofa sambil tersenyum panjang biarpun mata rapat tertutup.

“Tak malu ke suka dengan budak lagi muda?” tiba-tiba ayat laser Aminul keluar dari mulut. 

“Dengki lah kau… Daripada kau kan, hati batu takde perasaan.” Terus Sara tegakkan kepala. Geram sangat sebab tak habis-habis Aminul perli dia sejak dia minat pada Dayyan tu. 

Aminul diam aje. Malas nak bergaduh dengan si Sara, sampai bila-bila pun tak habis. Dia sendiri pun naik hairan macam mana si Sara ni boleh tangkap cintan dengan budak hingusan seperti Farid Dayyan tu. 

Kereta di parking di hujung petak tempat letak kereta. 

“Beg aku…” Aminul toleh ke belakang sambil hulur tangan menanti Sara beri beg sandang yang tergeletak di sebelah Sara. Sara kasi juga biarpun pada mulanya terasa kerek malas nak beri kepada Aminul. May yang melihat tersengih cuma. 

Sebelum berpisah, Sara tarik tangan May. “Kirim salam cute kat Dayyan k? Cakap pada dia, belajar betul-betul jangan gagal periksa…”

Memang cute pun Dayyan. Muka ala-ala baby face, innocent giler kalau tersenyum nampak ceria aje. Seronok Sara kalau dapat tengok muka Dayyan… Tak macam Aminul, muka beku. 

May mengangguk-angguk kecil. “Bye Kak Sara…” 

May lambai tangan sebelum berpisah di satu block kelas. Sara toleh ke arah Aminul yang sudah melangkah jauh. 

“Kau tak reti bersabar tunggu aku ke?” Sara kejar Aminul. Aminul angkat bahu.
“Dah kau banyak sangat pesan kat May…”

“Tu pun nak jeles?”
“Takde masa aku nak jeles… Kartun lah kau…” Aminul membelok di lorong kecil, jalan pintas menuju ke kelas tingkatan 6A. 

“Petang ni join ke rumah aku lagi…” Sara sengih lebar. Aminul toleh.
“Apa?”
“Aku masak kari lagi…”

Hampir Aminul terlanggar dinding.
“Seriuslah. Aku tak nak makan lagi dah kari kau…” Selamba Aminul cakap. Sara terus tolak bahu Aminul. Kurang ajar gila dia ni…
“Aku nak belajar masaklah… Sampai hati kau tak nak tolong.” Sara buat-buat merajuk. Kelas 6A sudah ada di depan mata. 

“Kenapa beria sangat kau nak belajar masak?” soal Aminul, kening bertaut. Double-jerk.
“Aku nak jadi isteri yang solehah…” makin panjang sengih Sara.
“Hah?” 

Isteri apa pula dah ni? Belajar pun tak habis?
“Aku nak masak untuk Dayyan…” Sara ketawa kecil. Terasa geli-geli dengan pernyataan sendiri walaupun dalam hati dah terjatuh musim bunga sakura. Kalau betullah Dayyan nakkan dia kan?

“Minul?” seru Sara toleh ke belakang. Apa kena mamat ni tiba-tiba berhenti melangkah?
Tak sampai seminit Aminul kembali melangkah semula melepasi Sara. “Kau masak, kau makan.” Aminul terus masuk ke dalam kelas 6A. Beg diletak di atas kerusi dan terus duduk tanpa cakap apa-apa. Sara herotkan bibir.
Memanglah Aminul Khusairy, hati batu!

Friday, September 21, 2012

Butterfly 1





“Kurang tawar…” mata Aminul jeling ke wajah Sara.

“Kurang tawar? Boleh kasi aku ayat senang sikit tak?” naik juling mata nak hadam ayat Aminul seorang.

“Terlebih masin, terlebih gula… Kau dah kenapa belajar masak?” sungguh dia hairan. Setakat Sara masak mee maggie dia boleh terima. Tapi ni… Mata jatuh ke atas lauk kari ayam yang dah serupa macam kari katak. Hijau tak hijau, mana entah dia dapat resepi menghijaukan kari ayam tu.

Sara garu hujung dahi. Terlebih masin? Terlebih gula? Ya ke? Kari ayam dicicip sedikit. Tak pun! Sedap jer ni? Ke Aminul sengaja menguji iman kesabarannya?

“Suka akulah nak belajar masak. Kau kisah apa?” soal  Sara meletakkan sudu di tepi mangkuk. Nasi disenduk. Tak kiralah kalau orang lain tak nak makan, dia nak makan. Dah dia yang masak, kan?

“Kau buat apa?” Aminul tanya bila Sara kaut kuah kari ke dalam pinggan. Cemas.

“Aku nak makanlah…”

“Tak takut mati keracunan makanan?” Aminul angkat kening kiri. Mencerut muka Sara mendengarnya.

“Choyyy! Kau fikir aku masukkan bisa ular tedung ke dalam kari ni?”

Aminul tersengih spontan. Dalam hati dah jawab kat Sara, tau takper…

“Dah kau pergi balik lah. Datang rumah aku pun menyemak aje.” Sesudu dimasuk ke dalam mulut.

Aminul angkat bahu. “As your wish…” senyuman terukir di bibir dan dia terus tarik kerusi ke belakang. Sara ni pun, dia juga yang jemput, dia juga yang halau. Dah tau sangat perangai yoyo tang bodoh sombong kerek nak gila si Sara Suhaila. Nasib baik May adiknya jenis yang baik-baik cakap pun main sebiji-sebiji sopan. Kalau Sara jadi adiknya, dah tentu tiap hari makan pelempang.

“Esok sekolah, kau punya turn eh…” sempat Sara berpesan sebelum Aminul menghilang diri dari dapur.

“Aku ke? Hari Jumaat lepas dah aku, takkan esok aku lagi?” langkah Aminul mati di depan pintu. Kening bertaut tanda tak puas hati.

“Kereta aku takde minyak…”

Aminul tepuk dahi. Sah-sah menipu… Dasar kedekut!

“Esok pukul 6 pagi…” Aminul kuatkan suara sebelum terus hilang dari pandangan mata Sara. Sara hampir tersedak mendengarnya.

“Pukul 6 pagi gate sekolah baru nak bukak lah woi!” jerit.









p.s: cerita buang gian -  

Saturday, September 8, 2012

GLUE : Intro

Nur Abeer Hanan & Muhd. Khadim

"Phuiiwweett!" -Lelaki, baju belang-belang, muka nampak kelam-kabut, rambut spike dengan spect hitam atas kepala, kaki naik atas dan senyum gatal bagai nak arghh!!

"Pfft..." - Mata dijuling ke atas. Hampeh lelaki jalanan memang suka kacau perempuan, lagi-lagi perempuan ayu macam dia. Ayu ke?


"Alohaiii... Jual mahal nampak cek adik?" Satu kumpulan gelak sakan. Tak peduli pun cik adik manis dah jeling-jeling jinjit beg atas dada. Takut kitorang rompak dia gamaknya.

*****

"Betul tak ada orang nak kamu?" -Nenek dah kerut dahi.
Geleng kepala kecil. "Tak da lah nek. Abeer ni biasa-biasa aje..." Konon biasa tapi bak kata kawan-kawannya lain, memang taklah dapat jodoh kalau tak usaha. Masalahnya nak ke dia usaha? Ohhh, deria berchenta macam tersekat tak keluar aura!
"Kalau nenek kenen kamu nak?"

Tersipu Abeer sebentar.

"Malulah nek. Abeer tak biasa..." Wajah dah naik merah. Segan.

"Lusa datang rumah nenek. Budak tu nak datang."

Biar betul niii?! Mata Abeer sikit masa nak tersembul keluar.


****

Abeer Hanan. Hehe. Terasa nak gelak sakan. Kopiah dibetul di kepala. Apakah nenek memang tak ada kerja lain ke nak jodoh-jodohkan orang? Aku balik ni saja ja nak kasi hati dia sejuk tapi tiba-tiba pula kasi gambar perempuan entah mana-mana tunjuk pada aku untuk jadi bini. Not bad. Pakai tudung. Muka manis. Walaaaa, sengal kau Khed.
"Mana dia, tak datang pun nek?"

"Kejap lagi, tak sabar-sabar betul. Nak kahwin sangat ke?"
Khed senyum aje. Senyum geli hati. Adakah nenek ingat dia nak kahwin? Jauh panggang dari api!

"Ha, tu Abeer dah datang..."

Mata Khed jatuh ke susuk tubuh yang baru menaiki tangga rumah. Alalala, comotnya makwe....
"Ha, Abeer, kenapa lambat? Khadim dah lama tunggu...."

Erk? Hampir terjatuh tergolek Khed mendengarnya.

"Err, lambat sikit nek. Tengah berkemas esok dah nak balik ke bandar..."

Amboi suara... Lemak merdu gitu... Makin lebar senyuman Khed.

"Haa, ini Khadim. Kenal-kenal lah ya.. Tak kenal maka tak cinta..." meleret senyuman nenek, penuh makna tersembunyi. Mana nak peduli si Abeer muka dah macam udang kena bakar.

Nenek masuk ke dalam rumah tinggal Abeer dan Khed depan anjung. Ha, pandai-pandai kau oranglah ya...

Khed pandang Abeer bagai nak telan. Abeer berdiri keresahan. Tengok gaya lelaki ni stock alim-alim juga. Pakai kopiah dan jubah putih. Tsssk ... Nenek ni saja nak kasi aku bertambah alim kut? Cari calon pun kena berjubah-jubah siang-siang buta macam ni.

"Errr, assalamualaikum ustaz..." -Abeer Hanan.

*****

"Nak jumpa tak?" -Khed tinggikan suara.

"Kat mana?"

"Kat tempat aku selalu lepak lah..."

Nica Khed! Dah ada awek gitu kan? Mata kenyit pada kawan-kawannya yang lain.
"Okey. Awak kat mana?"

"TS."
"Setengah jam..." -Abeer.

"Nice lah bro! Kau bawak awek pegi gig ke?" yang lain dah bersorak kuat. Haha! Khed dah ada awek!

~Cari arah, memang payah, kalau tak ada tangan dan kaki, yang mencarinya~