CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 10, 2013

Bitterness In You Bab 9


BAB 9
BERSUNGGUH-SUNGGUH aku mengait baju sejuk sampai Mun pun dah mula buat muka hairan melihat diriku yang kelihatan agak tertekan. Dia hidang sejag air soya lepas tu mengambil telefon dia. Tak payah tanya pun aku dah tahu yang Mun akan mesej kepada Rina dan Nur yang aku tengah tercongok kat rumah dia tiba-tiba tanpa diundang.
“Kau ada masalah ke Rian?”
“Tak.”
“Kalau tak ada masalah jarang kau tiba-tiba datang macam ni.”
“Siapa cakap? Rina ke Nur?” Soalanku bersambut dengan sengihan panjang Mun.
“Nur..”
Aku mengambil gelas berisi soya sejuk di atas meja yang baru dihidangkan oleh Mun tadi.
Let me help you. Cerita je masalah kau nanti aku jadi pakar kaunseling. Kau bukan tak tahu yang aku ni bab-bab menasihat terror.”
Aku mencebik kecil. Cakap je menasihat tapi satu nasihat dia tak boleh pakai.
“Ma asyik kata Adif tu bagus.”
“Jadi apa masalahnya?”
Aku menggaru ubun-ubun, sedikit resah untuk meluahkan perasaan kepada Mun sebab sebelum ni kalau ada apa-apa pun aku lebih selesa menyimpan perasaan sendiri.
“Kau memang nampak normal tapi sejak ada Adif kau nampak agak kurang normallah Rian..” lepas dia cakap macam tu dia gelak berdekah-dekah.
“Kau janganlah cakap macam tu.”
“Kau tak pasti hati sendiri ke Rian? First time jumpa lelaki idaman ke apa? Tu lah dari dulu lagi aku suruh kau bercinta biar merasa pengalaman tu kau tak nak. Bila dah macam ni baru menggelabah cicak.”
“Mun, bercinta tu haramlah.”
“Yelah-yelah tu aje alasan kau, kan? Tapi maksud aku bukan bercinta sayang-sayang macam tu. Cuba dari dulu kau berkawan juga dengan lelaki, kenal hati budi dia orang, cara nak handle dia orang. Ni kau pening kepala fikir berat-berat bukan si dia tahupun.”
Dalam hati mengiakan fakta Mun yang boleh dikira bernas. Kalau aku berkawan dan faham perangai lelaki taklah aku menggelabah macam ni.
“Kau rileks je Rian. Kan ke kahwin pilihan keluarga mesti dia baik punya. Aku dengar dari Khai hari tu muka dia macam Cina. Mata sepet, kira bajet playboy. Betul ke?”
“Erk. Si Khai cakap?”
“Yelah nak harap kau yang beritahu tunggu kucing kat kampung aku bertanduklah gamaknya.”
“Playboy Khai cakap?” keningku sudah bertaut rapat. Mun tersengih lebar.
“Kalau Khai cakap aku percaya sebab Khai ni pasal lelaki dia lebih precise. Dia kan agak lembut sikit.”
Aku menghabiskan air soya dengan sekali tuang je. Mun setia memerhati gerak-geriku.
“Betul ke dia playboy Rian?”
“Mana aku tahu…”
“Aku ingat betul sebab kau minum air tu sekali teguk aje macam orang tengah makan hati.”
“Aku tak pernah nampak perempuan lain dengan dia. Tapi tak tahulah kalau betul cakap Khai tu. Dia agak sinis orangnya.” Aku membuat spekulasi terhadap Ahmad Adif. Terbayang-bayang smirk smile Adif yang telah membuat hatiku terbakar hari tu.
“Oh…” terlongo aje mulut Mun bila aku cakap macam tu.
“Langsung tak romantik macam husband kau. Kaku plus kayu…”
“Kira baiklah tu. Sekarang ni banyak lelaki pandai jual minyak wangi tau. Konon born with the talent lah walhal perangai tu memang tak boleh blah.”
Aku tersengih kecil. “Kau mengutuk husband kau ke?”
Mun memicingkan anak matanya sambil menyeringai. “Aku tak kutuk okey. Aku takut je dia perturunkan romantik dia tu pada perempuan lain. Eloklah dapat suami seperti Adif tu…”
Mun bercakap macamlah dia yang menghadap muka Adif. Kalau dia tengok perangai si Adif memang dialah yang awal lari pecut sebab setahu aku Mun ni pun jenis yang berangin dengan lelaki jenis cool. Katanya perasan macho perasan bagus. Ha dah betullah tu. Si Adif bajet perasan bagus!
“Dia cakap dia cintakan aku tapi aku rasa macam dia tipu.”
Ternaik kening Mun mendengar kata-kataku. “Gila cepat?”
Cepat ke? Dah berbulan-bulan pun tapi bila dikira-kira berapa kali aje aku pernah ketemu dengan dia memang kira cepat sangat. Hatiku berdetak tak keruan. Jadi maknanya Adif menipu aku ke? Tapi kenapa?
“Cepatkan? Kau rasa dia serius ke?”
“Entah-entah dia desperate macam kau tak nak kahwin awal tak da calon?”
Laju je tanganku mencapai bantal sofa dan melemparkannya ke muka Mun. Ayat nak minta kena sumpah-seranah betullah si Mun ni.
“Aku gurau je jangan marahlah. Aku rasa dia suka kat kau juga sebab orang gila aje akan meluahkan kata-kata cinta pada orang yang dia tak cinta. Bawa bertenang ye Cik Rian Aulia…”
Aku tarik muka masam. Benang mengait aku letakkan di atas meja sambil menghela nafas dalam. Bukan aku tak tahu Mun suka je cakap main aci redah jadi tak ada sebab untuk aku berkecil hati.
“Aku marah kat dia hari tu. Dia cakap aku suka kat dia, lepas tu dia kata kalau dia tahu aku suka kat dia baik dia tak payah susah-payah nak cari aku..”
“Kau marah kat dia?” Mun menongkat dagu.
“Ye.”
“Biar betul kau marah budak Cina tu?”
“Dia tak Cina lah. Mata dia sepet tak bawa maksud dia Cina okey?”
Are you crazy Rian? Sebab apa kau marah dia?” Hampir terpekik Mun bertanya. Aku memejamkan mata kerana terkejut mendengat jeritan Mun yang tiba-tiba. Dah 2 kali aku cakap yang aku marahkan si Adif tu tak pula dia jerit sampai macam ni sekali. Sudahlah Mun duduk hampir lima inci aje jauh makanya telinga aku kena di service malam ni supaya tak terus hilang deria. 
“Sebab dia kata yang aku suka dia..”
Ternaik kening Mun. “Pasal tu kau mengamuk? Bukan kenyataan ke? Dia tak buta menilai oranglah Rian. Sesiapapun boleh nampak kau nak si budak Cina tu jadi pakwe.”
Aku jegilkan mata tak menyangka itu yang keluar dari mulut si Mun ni. Nasib baik aku dengan dia aje yang ada kat sini kalau tak habis saham Rian Aulia jatuh berderai. Buat malu aje!
“Aku tak suka dialah!” Ucapku dengan wajah yang sudah berona merah. Kalau boleh aku nak cili-cilikan mulut si Mun ni sebab main aci redah bila bercakap. 
“Eh, orang buta pun tak percayalah kalau kau cakap macam tu.”
Aku memicingkan anak mata memandang ke muka Mun yang bersahaja itu. Nak kena jugak minah ni karang! Dari tadi asyik ungkit kisah orang buta aje..
“Okey aku tak suka dia, tapi aku tak benci dia. Normal macam perasaan kawan kepada kawan. Kau faham tak?” Aku menekankan suara. Harap-harap je otak Mun yang agak lembab ni meresap maklumat dengan baik sekali. 
“Kau malu ke Rian? When you fall in love you should not be ashamed with your feeling. Benda tu normal semua orang normal akan merasa. Yang tidak normal pun akan merasa tau? You are being complicated when it comes to mamat Cina tu!”
“Dia bukan Cina berapa kali aku nak ulang? Lagi satu, aku tak ada perasaan pun kat dia. Titik!”
“Rian kau dengar dulu jangan tutup telinga tu!” Mun menarik tanganku kasar bila aku menekup kedua-dua telingaku dengan tapak tangan.
“Kau dengan dia single, tak salah kalau jatuh cinta sekalipun. Jangan terlampau fikir benda-benda yang complicated. Follow the flows ikut aje apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kau fikir banyak pun tak guna tau tak? Bukan dapat selesaikan masalah pun. Aku faham kau ni macam mana Rian, bila dengan orang lain normal aje tapi bila dengan lelaki yang kau suka mulalah fikiran tu merapu-rapu entah kemana. Pakwe kau tu normal juga jadi tak payah kau terfikir lebih-lebih yang dia tak suka kau lah, dia berpura-puralah, dia main-mainkan kaulah. Umur dia dah berapa kalau nak jadikan kau bahan mainan. Baik dia kahwin je terus daripada try test market.”
Aku tergamam mendengar kata-kata Mun.
“Umur kau pun dah meningkat. Let Adif love you. Jangan takut sangat dengan cinta ye cik adik. Positif sikit boleh tak? Tak pernah betul aku jumpa orang macam kau ni, unik gila.”
Dalam-dalam dia mengata aku dia masih lagi menyatakan aku unik.
“Kau rasa aku patut terima Adif ke?”
“Absolutely…”
Aku menyandar lemah di atas sofa. “Kenapa?”
“Sebab kau suka dia Rian.”
“Tapi aku tak happy pun bila dengan dia. Asyik firm aje. Asyik nervous memanjang. Asyik rasa awkward dan down sebab dia outstanding sangat.”
“Kau yang terlebih fikir, kalau kau positif mesti kau dah kahwin dengan dia. Aku dengan husband aku dulu tak sampai 3 bulan kenal dah kahwin!”
Aku telan air liur sebiji-sebiji. Mula mencerna kata-kata Mun ke dalam memori. Betul juga kalau aku lebih positif sikit tak adalah aku rasa pahit sangat bila bersama dengan Adif, tak adalah aku rasa inferior dan segan pada dia. Dengan Khai, dengan Abang Afeeq, akulah ketua segala gangster tapi bila berhadapan dengan Adif aku jadi tak tentu rasa. Kenapa dengan aku ni? Tak dinafikan yang aku ada perasaan pada Adif tapi takkan lah itu menyebabkan aku jadi serba tak kena berhadapan dengan dia?
“Dia lamar aku haritu…”
Mun membulatkan mata. “Serius?”
“Serius.”
“Bila?”
“Aku tak tahu…”
Tiba-tiba Mun mengangkat telefon bimbitnya ke muka. “Kau dengar tak Rina? Nur? Ada orang yang dah kena pinang!!”
Sesaat aku blurr.
Tapi bila Mun tunjukkan kepada aku skrin telefonnya terus aku jatuh rahang. Dia buat video call selama-lama aku meluahkan perasaan?
“Kau...!”
“Jangan marah Rian. Dia orang pun nak dengar..” terang Mun tersengih panjang. Aku rasa macam nak terjun bangunan sekarang ni juga. Punyalah otak Mun ni licik sejak husband dia belikan telefon canggih.
“Usaha Rian. Jangan nervous-nervous, aku sayang kau tau? Bila kau dah jumpa mr. Right ni aku pula yang rasa ketinggalan.” Ucap Rina sambil tersengih-sengih di skrin telefon bimbit Mun. Aku membatu tanpa kata.
“Jangan marah kita orang Rian. Aku sayang kau sebab tu aku nak dengar sendiri dari mulut kau. Adif okey apa sesuai sangat dengan kau…” sambung Nur.
Aku letakkan tangan di atas dahi tidak mahu memandang skrin telefon bimbit yang disuakan oleh Mun.
“Nanti kalau si Adif tu main-mainkan kau aku dengan Rina dan Mun gerenti tendang-tendang si Adif tu. Jangan risau punyalah!” Ucap Nur penuh semangat. Aku menala mata ke arah telefon bimbit yang ada di tangan Mun.
“Kau orang janji tahu? Kalau dia sakitkan hati aku, tolong aku kasi dia penampar seorang satu…”
Mun tersengih nakal. “Masa tu gerenti kau tak kasi kita orang sentuh Adif pun. Sayang punya pasal…” pecah tawa mereka bertiga. Aku yang dah bengang bertambah bengang jadinya.


“RIAN!”
Aku yang tengah mencuci dan memotong kobis sedikit terkejut apabila Mun menjerit seperti dirasuk jin.
“Rian!”
“Ye aku kat sini…”
“Rian ma kau telefon!”
“Bak sini aku jawab.”
Tak sampai 30 saat Mun sudah berdiri di hadapanku sambil menyuakan telefon bimbit.
“Ma kau cakap ada hal penting.”
Aku jenguk telefon bimbit tu dah pun berjawab. Cepat-cepat aku mengambil telefon bimbit itu lalu meletakkan ditelinga.
“Hello ma…”
Mun tercegat memerhati diriku lama.
“Hello Rian! Kenapa tak beritahu ma?”
Aku mengerut kening kehairanan. “Beritahu apa?”
“Pasal Adif!”
Makin berkerut dahiku apabila mama menyebut nama Adif tiba-tiba.
“Ma Rian duduk rumah Mun sehari ni mana ada berjumpa dengan Adif pun?”
“Balik sekarang, Rian! Trouble maker betul budak ni…”
“Lah tiba-tiba gelar orang trouble maker kenapa? Rian tak buat salah apa-apa pun kan? Ma Rian tengah masak ni nanti petang Rian balik ya..” pujukku lembut.
“Rian, ma suruh balik sekarang ni bukan petang nanti. Family Adif datang merisik kenapa tak beritahu ma?”
“Apa?”
“Family Adif datang melamar Rian kenapa tak beritahu ma dan ayah? Kita tak ada persiapan pun Rian sengaja nak kasi ma sakit jantung macam ayah ke?” Perli ma kepadaku. Aku ternganga tanpa kata.
“Rian, balik cepat sekarang ni juga!”
“Apa ma cakap?”
“Ya Allah budak ni… Rian, ma kata balik sekarang ni juga. Keluarga Adif tengah menunggu Rian kat rumah kita!”
“Ma bergurau ke?” Aku sudah mula keliru. Baru aje hari Jumaat minggu lepas Adif kata hendak melamar aku dan takkan dua hari terus ‘minggu depan’ padanya? Kenapa tak maklumkan pada aku dahulu? Paling tidak pun mesej ke sekurang-kurangnya?
“Buat apa ma bergurau Rian? Balik cepat sekarang.”
Aku kebingungan. Tidak pasti reaksi bagaimana harus aku tunjukkan sekarang ni. “Rian tak boleh, ma..”
“Kenapa tak boleh?” Meninggi suara ma apabila aje aku menyudahkan ayat. Terpaku aku di sisi dapur menahan diri daripada jatuh terduduk.
“Rian setuju ke lamaran Adif?”
“Ha?”
“Rian setuju tak? Dia orang ada kat rumah ni menunggu jawapan Rian. Rian sudah berpunya atau belum?”
Ma tanya aku seperti tidak pernah mengenaliku. Aku menahan nafas. Bercelaru kepala otak tidak tahu jawapan apa yang terbaik bagi menjawab soalan ma itu.
“Rian ma kau cakap apa?” Bisikan Mun mengejutkan aku dari lamunan pendek. Aku memandang wajah Mun dengan mata yang berkaca.
“Dia lamar aku…”
“Siapa?” Ternaik kening Mun.
“Adif melamar aku. Dia hantar family dia merisik…” tak sempat aku menyambung ayat ma sudah menyampuk.
“Rian, bagi ma bercakap dengan Mun sekarang ni. Now!” Tegas suara ma. Aku yang kebuntuan terus menyerahkan telefon ke tangan Mun.
“Ya auntie. Ha dia tengah blurr sangat ni… Oh ye ke? Auntie terima ke tak? Nanti Mun bawa dia balik ke rumah. Ya ya.. Waalaikumsalam…”
Wajah Mun berubah-ubah sepanjang bercakap dengan ma. Aku tak tahu nak buat apa sekadar merenung kosong ke meja makan yang jauh dari kami.
“Kau tak tahu dia masuk merisik ke Rian?”
Aku menggelengkan kepala antara sedar dan tidak.
“Dah-dah jom cepat siap kita pergi sekarang ni.”
Melihat aku yang masih tercegat kaku Mun terus menarik tanganku.
“Kentang gila Adif masuk merisik tak beritahu awal-awal. Dah Rian, bangun-bangun jangan buat muka macam tu.”
Tapi aku masih lagi terpinga-pinga.  Otak masih sedaya-upaya menghadam kata-kata mama tadi. Dan apabila aje terbayang muka Adif dengan smirk smile dia tu, aku jadi tidak tentu rasa semula.


MELIHAT wajah tenang Adif membuat aku pening kepala. Biar betul dia ni? Dah fikir masak-masak ke sebelum masuk merisik tadi?
“Tanyalah kalau nak bertanya. Jangan pandang saya macam tu.”
Aku telan air liur. Kelat. Malu apabila tertangkap merenung wajahnya lama.
“Kenapa tak beritahu nak merisik?”
“Awak tak suka?”
Aku mengeluh kecil. Dia selalu macam ni. Apa yang aku tanya dia jawab dengan soalan yang berbeza. Susah sangat ke nak jawab soalan aku ni?
“Kenapa tak beritahu nak merisik?” Soalku masih lagi berdegil. Adif menyandar tenang merenung air kolam di hadapan rumah. Keluarga dia pun dah balik tinggal dia aje yang buat permintaan untuk berbincang denganku sebentar.
“Awak dah tahu saya akan datang, Rian. Saya pun dah beritahu awak saya akan datang merisik.”
“Awak bercakap masa saya tengah marah. Saya tak dapat nak hadam ayat-ayat awak tu dan tiba-tiba tak mesej tak call datang ke rumah saya merisik? Awak gila ke?”
Walaupun aku sedar kata-kataku sedikit berkasar tetapi Adif masih lagi kelihatan tenang.
“Adif, awak dengar tak saya cakap ni?” Tanyaku menekankan suara. Marah apabila dia tidak mengambil serius dengan kata-kataku.
“Awak tak suka saya masuk merisik?”
Aku memicingkan anak mata melawan panahan matanya. “Awak ingat saya suka?”
Adif tersenyum kecil.
“Awak dah mirip seperti saya, Rian.”
Aku memandang dia dengan wajah yang penuh tanda tanya. “Maksud awak?”
“Soalan dijawab dengan soalan.”
Baguslah kalau aku dah mirip macam dia. Taklah sakit hati bila bercakap dengan encik peguam ni lepas ni.
“Awak ingat awak seorang je yang pandai reverse psikologi?”
“Rian, saya minta maaf atas apa yang terjadi hari tu. Saya tahu awak masih marah pada saya. Tak boleh ke awak maafkan saya?”
“Awak dah buat saya marah lagi, Adif.”
Suasana jadi sepi. Entah sejak bila aku jadi seberani ini. Tapi tidak berbaloi rasanya jika aku terlalu mengikut dan mengiakan kata-kata Adif. Dia bukan menghargai pun, malah bersikap lebih sinis dan misteri. Dia ingat orang perempuan suka ke buat perangai macam tu? Aku tercebik kecil tanpa sedar.
“Saya maknakan kata-kata saya bila saya cakap saya sayangkan awak dan nak buat awak jadi isteri. Saya harap awak tak rasa terpaksa menerima saya tadi.”
“Dan minggu depan pertunangan awak tak rasa cepat sangat ke?” Soalku merendahkan suara. Keningku bertaut rapat cuba untuk membuat dia faham apa yang aku rasa.  
“Saya nak awak tahu sesuatu.”
Aku diam menunggu kata-kata seterusnya dari Adif. Dia tiba-tiba berdiri dengan memasukkan tangannya di poket seluar. Aku mengikut langkahnya dengan ekor mata sehingga dia benar-benar berada berdiri dihadapan diriku.
“Saya silap menilai awak selama ni. Saya fikir awak tak sensitif. Saya fikir awak tak kisah. Saya minta maaf sebab pernah berkasar dengan awak. Sekurang-kurangnya saya belajar fitrah wanita daripada awak.”
Aku membulatkan mata bila dia cakap macam tu. Macam yang negatif-negatif aje yang dia dapat dari aku?
“Saya tak pernah rapat dengan perempuan lain, itu kenyataan. Saya tak faham wanita dan tak pernah hendak memahami wanita. Awak lain, Rian. Awak perempuan pertama yang saya dekati. Betul ayah awak yang nak saya berkenalan dengan awak tapi bila saya mengenali awak, tiba-tiba aje saya rasa cinta itu ada…”
Saya rasa cinta itu ada… bergema suara itu disetiap deriaku. Aku terpana!
“Saya harap sangat awak menerima saya, Rian. Saya sudah jatuh cinta.”
Sekali lagi aku terpana mendengar kata-katanya. Terasa bumiku terbelah menjadi dua. Jiwaku melayang-layang tidak terkejar.
“Perasaan awak sementara aje.” Ucapku dalam nada yang bergetar. Adif duduk melutut sebelah kaki di hadapanku. Sebelah tangannya memegang tangan kerusi yang aku duduki. Lambat-lambat dia menggeleng sambil merenung mataku dengan pandangan yang amat redup sehingga mampu menggetarkan seluruh jiwaku.
“Saya kenal diri saya, Rian. I am a man of my word..” Ucapnya penuh dengan keyakinan.
“Saya bukan tak percaya awak tapi…” ayat-ayatku termati bila terlihat pancaran di mata Adif. Dia benar-benar membuat aku terpaku. Dia sangat mempesonakan lebih-lebih lagi apabila dia terasa sangat hampir denganku.
“Terima kasih kerana sudi menerima saya. Awak takkan tahu apa yang saya rasa, Rian.. You have no idea.”
Dia terus berdiri dan berlalu pergi. Meninggalkan diriku biarpun aku masih lagi keliru dengan tindak-tanduknya. Dia memang player kan? Patut ke aku percaya dengan kata-katanya. Teringat kata-kata Mun tadi membuatkan aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Don’t think complicated. Things will never change now. Jangan fikir melulu kerana aku belum mengenali Adif sepenuhnya.  Aku memujuk hatiku berkali-kali supaya tidak berfikiran negatif buat masa ni.
“Dah habis bincang dengan dia?”
Tiba-tiba ayah menyapa. Memegang bahu kiriku lembut.
“Ah? Eh…” Aku terperanjat. Ayah sekadar tersenyum melihat aku yang menggelabah atas kehadirannya.
“Rian suka dia?”
“Ayah suka ke?”
Ayah tergelak sambil mengambil tempat duduk di hadapanku, tempat Adif duduk tadi.
“Ayah memang suka dia, Rian tak usah risau. Dari awal lagi ayah suka dia.”
“Ayah rasa dia dapat bahagiakan Rian ke?”
Ayah memandang wajahku redup. Terpancar rasa kasihnya kepadaku. “Hidup ni perjudian, Rian. Kita tak boleh jadi penakut bersembunyi dari kenyataan. We have to move on, whatever happens you need to move on. Rian pun tahu dalam bisnes kita kena take risk for anything kan?”
“Tak kira benda tu mungkin memberi impak seumur hidup kita?” Soalku merenung wajah ayah dalam.
“Tak kira benda tu mungkin memberi impak seumur hidup kita.” Ayah ulang kata-kataku dengan senyuman yang lebar di pipi. Wajah tua itu kelihatan senang hari ini. Kalau ayah gembira dengan keputusanku tadi, akupun kena gembira juga. Senyuman ku sedikit demi sedikit terukir di bibir. Betul Mun cakap, betul ayah cakap. Nak hidup kena ambil risiko. Dan perjudiannya adalah Ahmad Adif, semoga dia menghargai diriku dikemudian hari. Rian tak akan jadi penakut lagi ayah. Rian janji. 






Lepas ni Cik Rin exam dan selalunya masa exam adalah masa semangat menulis melompat-lompat keluar. Huaaarrr...! Takpe kita akan cuba tahan nafsu menulis beberapa hari ni. :( Doakan ya. Moga2 graduate tahun ni. Aminnn...


Thursday, May 9, 2013

Cerpen : Wild Weapon Part 1



“Jaga betul-betul Wid. Jangan sampai tertangkap!” suara Mad sepuluh kali memperingatkan aku tidak kupedulikan. Lebih baik dia tu yang berhati-hati sebab misi kali lepas dia juga yang buat onar kumpulan kami.
“Wid dengar tak?” soal Mad menekan suaranya. Aku melirik wajahnya sekilas sebelum membetulkan tempat letak pisau di tepi kasutku.
“Kau tak payah risau pasal Wid, aku percaya kat dia seribu kali lebih daripada kau Mad. Bos suruh kita berhati-hati kau faham tak?” Mikael menyinga. Berubah wajah Mad ditegur oleh Mikael yang lebih senior daripada kami. Rasakan Mad. Lagi nak bising dengan kebolehan aku kan?
Kebisuan malam membuat aku tak sabar-sabar melaksanakan misi terbaru ini. Kalau tidak silap percaturan, inilah masa yang paling sesuai untuk memasuki rumah Tan Sri Hikayad. Sudah lama Dato’ Warith hendak takhta yang dikuasai oleh Tan Sri Hikayad dan kami tidak sesekali mengecewakan dirinya. Dia ayah bagiku sejak aku lahir ke dunia ini. Dia juga pelindungku sejak aku mengenal orang disekelilingku.
“Bos, kita orang dah kat depan rumah Tan Sri Hikayad.” Suara Mikael berbisik masih lagi kedengaran jelas pada pendengaranku.
“Dia okey je,” ucap Mikael separuh melirik ke wajahku.
“Wid, bos nak cakap sikit…” Mikael memberikan telefonnya kepadaku. Segera aku menyambut tanpa menghiraukan jelingan daripada Mad.
“Helo papa….”
“Wid, jaga diri baik-baik. Papa tak nak jadi apa-apa pada anak papa.”
“Jangan risau, Wid okey je..”
Sedari awal Dato’ Warith tidak membenarkan aku menyertai misi ini kerana sangat berbahaya tetapi aku tidak peduli larangannya kerana aku tahu di sudut hati Dato’ Warith dia begitu menginginkan kedudukan Tan Sri Hikayad. Aku tidak tahu bagaimana orangnya Tan Sri Hikayad itu tetapi aku sangat-sangat membenci dirinya seperti Dato’ Warith membenci Tan Sri Hikayad itu.
“Ingat pesan papa, kalau rasa tak boleh tu balik aje ke rumah. Jangan buat kerja gila…”
“Dah rancang sejak tiga bulan pa, bukan tiga hari. Jangan risau, Wid akan dapatkan juga surat saham tu dan video yang papa nak…”
Akupun tidak pasti surat saham dan video itu tapi orang dalaman Dato’ Warith sudah menyatakan yang dia telah meletakkannya di dalam laci keselamatan Tan Sri Hikayad.
“Kita gerak sekarang…” bisik Mikael pelan.
“Wid letak dulu papa… Tunggu berita baik dari Wid.” Aku menyerahkan telefon kepada Mikael semula. Mikael tersenyum penuh makna sebelum memberi isyarat mata agar kami mula memasuki rumah Tan Sri Hikayad.
Satu persatu kakiku mula mengarah ke atas simen rumah Tan Sri Hikayad. Sampai aje di depan pagar, aku mula melompat naik ke tembok tinggi tersebut. Sia-sia aje Tan Sri Hikayad membina tembok setinggi langit kerana aku, Mikael dan Mad telah dilatih sedari kecil untuk menempuhi halangan demi halangan. Aku tak tahu fasal Mikael tetapi yang aku tahu Mad tua tiga tahun daripada aku, dia berumur 20.
Sampai di halaman rumah Tan Sri Hikayad aku segera berlindung di sebalik pokok-pokok yang tersembunyi dan agak gelap disertai Mad dan Mikael.
“Wid, biar aku dulu yang masuk…” bisik Mad.
“Janganlah, kita tengok keadaan dulu.”
“Tak apa, biar aku masuk dulu!” Mad sudah meluru menuju ke tingkap bilik belakang Tan Sri Hikayad.
“Mad!” Kami berdua terjerit kecil.
“Sial!” getus Mikael dengan wajah yang sudah merah menyala. Sudah aku katakan, Mad itu pembawa masalah besar! Kalau tidak kerana kebodohannya ini sudah pasti aku dan Mikael tidak sepanik ini.
“Aku ikut Mad…” ucapku sedikit tertekan. Mikael menggeleng kepala.
“Kita batalkan misi…” Mikael menarik tanganku namun cepat-cepat aku tepis.
“Mad dalam bahaya, Mika!”
Bukan setakat itu aje, sudah 3 bulan Dato’ Warith berangan untuk merampas kemilikan Tan Sri Hikayad takkan sesenang ini kami melepaskan peluang yang terbentang di depan mata.
“Jangan degil Wid…”
“Kalau aku yang berada di tempat Mad kau tinggalkan aku sorang macam tu jugak ke?” getusku merenung wajahnya tajam. Rahang Mikael bergerak-gerak sebelum dia mengeluh besar.
“Sekejap, aku telefon bos dulu.”
“Tak sempat Mika…”
Mikael mengeratkan pegangannya di tanganku.
“Kalau begitu, kita teruskan misi ini. Tapi kau mesti bersama-sama denganku..”
Aku mengangguk penuh yakin. Kami berpimpin tangan menuju ke tepi dinding sebelum dia mengarahkan aku untuk memanjat dinding ke tingkat atas dengan saluran paip yang ada. Perlahan-lahan aku memanjat disertai oleh Mikael. Sampai di hadapan sebuah bilik, aku terus memotong kaca tingkap dengan meletakkan sejenis serbuk dan memotongnya menggunakan pisau yang telah direka khas untuk memotong cermin. Selepas itu aku menyeluk tangan ke tepi tingkap dan mencari pemegang untuk membuka tingkap tersebut.
Dapat!
Perlahan-lahan aku memasuki kediaman Tan Sri Hikayad dan memberi isyarat kepada Mikael untuk menunggu arahan aku yang seterusnya.
Aku menuju ke pintu dan menilik ke luar bilik dengan membuka pintu perlahan.
“Line clear…” bisikku pelan.
“Siapa awak?”
Hampir terloncat aku mendengar suara itu. Laju aku menoleh ke arah katil dan kelihatan seperti seorang lelaki sedang duduk di atas katil merenung diriku
“Syyyhhh…” Aku meletakkan tangan di bibir dan menghampirinya secepat mungkin. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, aku telah memukul tepi tengkuknya sehingga dia tidak sedar diri.
“Kau bunuh dia ke?” soal Mikael memasuki bilik tersebut sambil memandang aku. Aku menggeleng kepala.
“Aku belum pernah bunuh orang…” ucapku sinis. Mikael pernah. Itu pun sebab si gila Mad punya pasal dalam misi sebelum ini sesuka hati menyerbu mangsa sehingga mangsa berpeluang untuk menariknya dijadikan bahan ugutan.
“Jom…” Mikael membuka pintu dan memandang wajahku penuh makna di dalam kesuraman malam. Sempat kutilik wajah lelaki yang telah kupengsankan tadi. Nampak masih muda. Barang kali inilah anak Tan Sri Hikayad yang pernah diperkatakan oleh Dato’ Warith. Orangnya kacak serta memiliki wajah yang lembut. Arghh, orang seperti dia tidak layak untuk hidup! Dia lemah!
“Wid…” bisik Mikael keras. Aku berlari menuju ke arah Mikael yang mendahului langkahku menuju ke tingkat atas. Perlahan aku tutup pintu anak Tan Sri Hikayad sebelum mengikut langkah Mikael.
Sampai di bilik keras Tan Sri Hikayad, Mikael bertindak menghancurkan kod rahsia Tan Sri Hikayad dan bergegas mengambil langkah menuju ke tempat keselamatan. Cekap dia membuat kerja sehingga pintu kecemasan itu terbuka luas dan mengambil segala bahan di dalam plastik bersadur yang kelihatan sangat berharga.
“Okay, dah clear. Jom kita keluar.”
Aku sudah tersenyum puas menuju ke pintu bilik keras Tan Sri Hikayad. Berjaya! Kali ini berjaya! Tidak sia-sia aku mengikuti misi kali ini!
“Kau orang bukan perancangan awal masuk ikut pintu belakang?” tiba-tiba satu suara muncul di hadapan kami. Sikit lagi aku membuka bunga silat namun apabila melihat wajah hairan Mad, aku rasa nak hempuk kepala dia ke dinding. Kurang ajar betul si Mad!
“Dah clear, jom keluar…” Aku memberi isyarat kepada Mikael sebelum tanganku di tarik oleh Mad spontan. Tiba-tiba bunyi tembakan meletus keluar. Tidak berdarah wajahku melihat Mad telah menembak Mikael di dadanya.
“Ma…. Mad…” ucap Mikael sebelum jatuh ke lantai. Mad tersenyum lebar sebelum memandang wajahku dan mengacukan pistolnya padaku.
“Ka…kau?” aku memandang wajahnya tidak percaya. Apakah benar semua ini terjadi? Mad tembak Mikael? Tapi mengapa!
“Aku cakap dari awal, hati-hati jangan sampai tertangkap…” bisik Mad mematahkan kunci kakiku sehingga aku tersembam ke lantai. Dia sepak muka aku berkali-kali sehingga aku terasa leher ni dah patah. Celaka Mad! Celaka!
Dengan sisa kekuatan yang ada aku hambat kaki dia sehingga terjatuh dan terhentak terus di pintu bilik keras Tan Sri Hikayad.
“Ya ALLAH… Apa dah jadi?!”
Aku segera menoleh ke arah tangga dan melihat beberapa orang sudah mula menggerumuni kami.
“Pengkhianat kau Mad!” Aku tendang muka Mad sekuat hati sebelum berusaha untuk melarikan diri. Sepatutnya dari awal aku sudah bunuh si Mad tak guna tu! Dendam dan api kemarahanku semakin marak, tak apa, lain kali kita ketemu Mad! Lain kali!
Apabila aku sampai ke tepi tingkap untuk melarikan diri, tanganku sudah digenggam kuat. Kepalaku dihentam hebat. Aku tak sedar apa yang telah berlaku tapi sekiranya mati, aku rela mati begini!





Ada suspen tak buat cerita macam ni? hahahahaha! *asah bakat buat cerita action. Pfftt.

Bitterness In You Bab 8

Hampir-hampir hilang softcopy sebab kawan tercabut wayar lappy, fyuhhh! Org dah lama tak menulis memang susah nak keluar idea. Maaf lambat sikit sambung cerita2 dlm blog yang ada 3 bijik ni. Ngeee~ 



BAB 8
“I want this one!”
“No.. no.. Bo. I don’t want you wear this thing!”
Dia gelar bakal isteri dia tu Bo. Aku tahan rasa tergelak yang nak pecah dari perut dengan mimik muka yang serius. Punya banyak gelaran dia boleh guna tapi Bo juga jadi pilihan.
“But it is beautiful, Carl. You see this one, it is silk. Silk!”
Lah macamlah pakwe dia tu tak dapat beza kain silk dengan kain cotton kan? Aku pun terkebil-kebil tak tahu hendak menyampuk part mana. Diam aje sudah.
“Ni kain ni melekat kat body you tahu?”
“Tahulah tapi cantik sangat. I want to wear this one for our wedding please Carl?”
“I nak kahwin bukan nak buat you jadi bahan tontonan lelaki lain, Bo!”
Nah dah keluar aura naga si Carl ni jugak. Seorang naga seorang singa patutlah secocok sangat digandingkan bersama! Tapi solute lah kat Carl sebab dia tak beri makwe dia tayang body padahal kalau lelaki lain di KL ni lagi suka tunjuk body awek diaorang yang hot-hot kalah Christina Aguilera.
Please.. please Carl… I nak jadi yang paling cantik malam tu… I tak nak kena gelakkan oleh girlfriend-girlfriend you sebelum ni…”
Lah rupanya si Carl ni pun buaya darat patutlah Bo beria-ia nak kelihatan super cantik. Tapi dengan badan dia yang ada spare tyre boleh ke muat baju pengantin yang diperbuat dari silk charmeuse? Memang silk charmeuse cantik, berkilau dan designnya pun superb macam nak sapu satu dewan dengan kain yang terlebih kat bawah tapi singkat kat depan. Tapi kain ni juga kalau dipakai sah-sah melekat kat kulit, nampak segala lekuk dan si Bo ni pula yang guna memang dia kurus kering tapi aku tengok perut dia tu agak sedikit terkedepan.
“You pilih ni, kita tak akan kahwin sampai bila-bila, Bo! You choose!” Sang lelaki sudah naik angin. Bo tarik muka merajuk dia dan aku pula siap garu kepala yang tak gatal. Ingatkan nak pilih pakaian tapi rupa-rupanya nak bergaduh dalam kedai aku pula.
“Berani you Carl!” Berair mata si Bo menahan sebak. Aku pula yang pening kepala jadinya menonton tayangan sebabak marah-marah manja dia orang berdua ni.
“Err, kalau encik tak suka potongan  baju ni apa kata kita lihat baju pengantin yang diperbuat daripada silk tafetta. Designnya agak sopan dan muslimah..” hentam ajelah Rian. Rasa nak gelak pun ada bila tengok muka si Carl berubah bila aku menyebut perkataan muslimah dari mulut. Tapi aku maintain buat muka innocent baik punya walaupun tertera wajah bengang Carl dan Bo ni.
“Cuba encik dan cik lihat dulu designnya. Kat atas simple dan bawah dia kembang, sesuai dengan cita rasa orang zaman sekarang kalau nak buat acara-acara potong kek.”
Aku lihat wajah Bo mula tertarik dengan kata-kataku tadi. Dia membelek-belek kain yang aku tunjukkan sambil memandang wajah Carl. Tak jauh beza dengan silk charmeuse tadi designnya cuma yang kat bawah kain silk tafetta potongan kembang manakala silk charmeuse tadi singkat kat depan belakang kain bawahnya macam yang aku kata tadi, umpama nak sapu satu dewan pengantin! Lagipun design dia agak tak mengikat perut Bo yang sedikit besar. Tapi kalau dilihat memanglah silk charmeuse lebih menyerlah lagi. Silk tafetta kelihatan berserat dan nipis, kainnya juga lembut tapi designnya tidaklah seperti silk charmeuse tadi, melekat kat badan memang patutlah si Carl kata dia bukan nak jadikan isteri dia bahan tontonan lelaki lain.
“I think this one is better for the ceremony.”
Aku pun tersenyum lebar sambil mengangguk mengiakan kata-kata Carl tadi. Bo diam aje sambil mengeluh dalam. Mesti dia nak guna juga silk charmeuse tadi. Kira okeylah daripada Carl suruh dia pilih kain organza penuh manik boleh pengsan Bo kepanasan masa persandingan. Bo bersetuju untuk mengambil baju pengantin berwarna hijau cair tersebut. Lepas tu si Carl pun siap pilih baju Melayu katanya untuk akad. Panjang muncung Bo sebab dia kata baju akad Carl dah sibuk-sibuk pilih baju Melayu dia dulu.
You know men nowadays? Lebih dari perempuan cerewetnya.” Keluhan Bo aku sahut dengan segaris senyuman. Iyeke dia ni? Aku tengok sama aje cerewet dia orang tadi.
“Kain ni pun cantiklah, untuk akad nikah kita nanti nak?”
“Memang sesuai untuk akad nikah ni cik.” Aku terus mengangkat baju kurung berkain chiffon dan georgetta yang bo acukan pada tubuhnya. Carl pandang sekilas sebelum mengacukan ibu jarinya.
“Warna you kena pilih macam warna ni tau. I tak nak you pakai baju Melayu warna lain!”
Dekat dua jam aku menunggu dia orang bergaduh pilih kain barulah aman sikit selepas dia orang membayarnya. Nasib baik tak secerewet mak datin kawan ma yang datang beli kain untuk menantu dia. Bukan kahwin pun, takat menghadirkan diri untuk dinner company siap pakai kain macam orang nak bernikah.
You must find the man like me, Rian.” Sempat Carl berpesan sebelum si Bo angkat tangan mencubit Carl kuat. Aku hanya tertawa melihat betapa Carl tak sudah-sudah mengusik Bo. Kasihan pula aku lihat tapi di sudut lain aku nampak mereka sebagai pasangan yang ideal.
“I wil Carl,” ucapku membalas usikan Carl. Carl mengangkat kening bangga sambil memegang tangan Bo erat. Walaupun Bo sudah buat muncung itik Carl masih tak lepas-lepas tertawa.
“You kalau jumpa lelaki macam Rian sila beri penyepak okey? Menyakitkan hati tak sudah-sudah!” Bo mengambil baju-bajunya di atas meja sebelum menyerahkan kepada Carl.
But you love him..” ujarku sambil mengangkat bahu.
Are you kidding, Bo? Of course she loves me, Rian.” Carl menjawab pantas. Tampak mesra menyentuh ubun-ubun Bo di hadapanku. Wah bukan main romantik couple ini, aku hanya mampu tersengih tanpa kata biarpun dalam hati terasa seronok melihat mereka bahagia.
Menghilang sahaja pasangan bahagia itu dari depan mata aku melepaskan keluhan nipis. Segera aku mengemaskan baju-baju yang masih belum beratur di atas gantungan. Selesai sahaja aku mengemaskan baju-baju itu dan membetulkan pin-pin yang berada di baju patung peraga aku terus bercekak pinggang selesa.
Mendengar pintu butik dibuka aku menghela nafas lega. Gantian kau Khai! Tiga jam Khai pergi ambil stok membiarkan aku seorang terkial-kial di dalam butik. Aku rasa dia bukan mengambil stok tapi tengah jahit baju pengantin kat kilang agaknya!
“Khai are you there?” Soalku apabila tidak mendengar suara Khairi menegur. Pin aku sematkan berhati-hati di atas lipatan leher supaya lebih kukuh dan tidak terburai. Tubuhku berpaling ketika mendengar suara deheman lelaki dan aku terus tersentak melihat Adif sedang berdiri berhadapan denganku.
“Saya bukan Khai.”
“Err…” kelu lidahku sebentar mendengar kata-kata lelaki itu. Dia nampak segak dengan sut kerjanya. Dia kan peguam, mesti kena nampak smart tapi mata sepet dia tu membuatkan jantungku seakan-akan berhenti berdenyut. Aku kira dia sudah serik untuk datang ke sini lagi sejak kejadian hari tu! “Saya tahu awak bukan Khai.” Ucapku bersahaja. Aku menghela nafas dalam menghilangkan rasa cuak di dada.
“Saya ingatkan awak dah lupakan saya. You have somebody else, I think.” Dia seolah-olah mencari jawapan dan aku terkedu dengan kata-katanya. Betul tekaanku dia salah faham tentang hubunganku dengan Abang Afeeq. Ini semua Abang Afeeq punya pasal kalau tak mesti hubungan aku dan Adif sudah ke peringkat yang seterusnya!
“If you think like that, why you find me here?”Soalku tersekat-sekat. Sedih ya, geram pun ya. Sedih sebab Adif menjauhkan diri daripadaku beberapa minggu ini kerana melihat kemesraan aku dan Abang Afeeq dan geram apabila dia tidak bertanya lebih awal kepadaku mengenai hubungan aku dengan Abang Afeeq. Takkanlah aku sebagai perempuan yang kena berusaha untuk mencari dia dan menjelaskan dia segalanya. Kalau tiba-tiba dia kata aku gila sebab menjelaskan benda yang dia tak perlu dijelaskan bagaimana? Kalau dia tak mengharapkan kehadiran aku sah-sah aku ni perigi cari timba. Aku tidak sanggup untuk menghadapi hakikat itu dan kerana itu jugalah aku mendiamkan diri. Kalau dah jodoh tak ke mana dan jika Adif bukan jodohku seribu kali aku berharap tetap juga kami tak akan bersama.
“Saya tak boleh lambat, Rian. Semakin saya lambat semakin itu awak jauh dari saya.”
Berdetak jantungku bila dia kata begitu. Aku letakkan tangan-tanganku ke atas meja, sengaja melarikan diri di belakang meja apabila dia menghampiriku tadi.
“Maksud awak?”
Adif terdiam. Lama dia merenung wajahku sehingga aku terasa cukup tidak selesa.
“Saya ni ada kepentingan ke sampai awak tak boleh lambat?” soalku pada Adif lagi. Cuba untuk mengelak renungan helangnya tapi tak berjaya.
“Nope.”
“Jadi kenapa awak ke mari?” Aku bertanya lagi. Sebenarnya aku ingin menjelaskan kedudukan aku dan Abang Afeeq tetapi oleh kerana Adif tidak komen apa-apa tentang kami aku pun segan untuk menjelaskan. Dia tak tanya kenapa mesti aku yang tersua-sua?
“Salah ke?”
“Memang tak salah. Tapi…” aku gagal menyambung ayatku. Kerusi yang ada di belakangku terbiar sahaja walaupun aku nak sangat duduk sekarang ni tapi menyedari Adif yang masih terpaku memeluk tubuh menyandar di dinding cermin butik membuatkan aku jadi kaku. “Saya tak ada orang lain…” aku cakap juga walaupun sedaya-upaya aku menahan bibirku dari menyatakan sebenarnya.
Adif mengangkat keningnya tanda dia inginkan penjelasan. Beginikah dia? Beginikah personaliti seorang Ahmad Adif? Dia menunggu orang menyatakan sebelum dia menanyakan soalan atau dia sengaja menjadikan aku ini orang yang terhegeh-hegeh seperti mengejar dirinya? Ah! Bukan aku yang mendatangi dia tapi dia yang mencari aku! Itu hakikatnya.
“Adif can you stop staring at me? You ask me in the first place..”
“Iyeke?” Dia tersenyum nipis. Entah kenapa senyuman dia tu membuat hatiku sedikit terbakar.
You have somebody else, I think?” Aku ulang kata-katanya tadi kalau-kalau dia sudah lupa dengan apa yang dia katakan.  
“Jadi awak dan lelaki yang tempoh hari tu tak ada apa-apalah. Tak ada perkembangan positif?”
“Apa maksud awak?” Suaraku mula meninggi. Buat penat aku terang pada dia alih-alih dia tanya soalan yang tak masuk akal.
“Kasihan dia. Saya ingatkan dia sudah berjaya mendapatkan hati awak. Kalau saya tahu hati awak untuk saya, saya tak akan bersusah-payah datang ke sini.”
Merah mukaku mendengar kenyataan daripada Adif. You such a jerk! Jeritku di dalam hati pada Adif. Bodoh. Bengang. Kenapa dia kata hati aku untuk dia? Kenapa dia begitu bijak memalukan diriku dan memijak ego yang aku angkat selama ini? Entah kenapa tiba-tiba aje aku rasa tercabar yang amat. Kalau saya tahu hati awak untuk saya, saya tak akan bersusah-payah datang ke sini. Bila masa aku pernah mengatakan bahawa hatiku untuknya? Dan jika benar hati ini untuknya disebalik makna kata-kata Adif itu membawa maksud dia tak akan bersusah-payah untukku? Tersirap darahku ke wajah mengenangkan Adif memandang diriku tidak sepenting mana. Kecewa!
Get out Adif.” Suaraku walaupun kecil tapi tiada sudah tidak bernada. Jiwaku hancur saat dia berani menyatakan kata-kata yang mencalarkan egoku selama ini. Kalau dia tak mahu bersusah-payah aku pun tak akan bersusah-payah untuk menyimpan hati padanya.
“Rian…” Adif terpaku melihat diriku.
“Get out!”
Adif merenung wajahku dalam-dalam. Redup renungan wajahnya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang keluar dari bibirku.
I’m sorry, Rian…”
“Just get out!”
“Saya minta maaf. Saya terlanjur kata..”
“Awak boleh pergi dari sini dan tak perlu menghadap muka saya lagi!”
Adif cuba menghampiri aku tapi cepat-cepat aku mengelak daripadanya. Wajahnya kupandang dengan kemarahan. Tidak pernah ada seorang lelaki pun yang biadap seperti dia di dalam hidupku.
“Saya tersilap. Saya fikir awak sama seperti gadis-gadis lain di luar sana.”
Aku diam. Kalaupun aku bercakap dia tidak akan keluar jadi lebih baik aku mendiamkan diri sahaja.
I’m so sorry Rian. Tapi saya betul-betul maknakan kata-kata saya. Saya minta maaf. Saya datang ke sini untuk awak. I don’t have many time to persuade you but I need your answer right now..”
What answer?” soalku dingin.
“Awak masih marahkan saya?”
Aku diam mencuka. Mungkin kerana reaksiku yang dingin, sebuah keluhan terlepas dari bibir Adif.
“Kalau awak marahkan saya awak luahkanlah. Jangan simpan seorang diri.”
Aku memandangnya sinis. “Jangan sebab saya baik dengan awak, keluarga saya baik dengan awak, awak boleh pandang rendah terhadap saya. Untuk pengetahuan awak saya tak pernah sukakan awak atau ada hati pada awak macam yang awak cakapkan tadi. I’m sorry but I will not falling for you jika itu yang awak rasalah. Saya tak segedik yang awak fikir dan saya boleh mendapat lelaki lain yang lebih baik. Jangan fikir bila saya cakap saya tak ada hubungan dengan Abang Afeeq awak fikir saya ada hati pada awak!”
Berubah wajah Adif mendengar kata-kataku. “Rian…”
“Dan satu lagi, tolong tilik diri awak sendiri sebelum judge saya yang bukan-bukan. Awak fikir saya menunggu kedatangan awak ke selama ni? In your dream la!” Sampukku tanpa menunggu dia menghabiskan kata-katanya. Rasa geram sudah berpadu dalam diri hingga membuat aku hilang pertimbangan.
“Rian saya dah faham kalau awak tak suka saya…” suara dia lembut sahaja.
“Baguslah kalau awak tahu, sekarang awak boleh keluar dari butik saya ni!” Ucapku kasar.
Dia nampak semakin bengang bila aku bersikap endah tak endah pada dirinya. Wajahnya semakin tegang menghadapi diriku malah tidak di sangka-sangka dia menarik lenganku sehingga aku terdorong ke meja. Kedudukan kami hanya dipisahkan dengan meja sahaja. Kalau tak ada meja tu aku rasa aku dah masuk ke dalam pelukannya. Antara terkejut dan takut aku memberanikan diri untuk menentang renungan tajamnya. Air liur rasa tak tertelan di kerongkong.
“Saya…”
“Lepaslah bodoh!” Tengkingku dengan sisa-sisa keberanian yang ada. Ini untuk maruah Rian… Demi maruah supaya dia tidak memandang diriku dengan wajah yang sukar untuk digambarkan. Biarlah jika aku dan dia tidak ditakdirkan bersama daripada aku jatuh di atas kayu yang berbara dengan jiwa yang terluka.
Watch your mouth, Rian…” bisiknya tajam benar-benar di hadapan mukaku. Dia mengetap bibir sebelum melepaskan cengkamannya di tanganku agak kasar. “Saya datang ke sini untuk melamar awak secepat mungkin tapi saya tak sangka awak akan cakap begini kepada saya. Mungkin awak fikir saya ni lelaki yang tak berguna, tak menarik minat awak pun tapi beberapa minggu ni dah cukup membuat saya memendam rasa. Saya tak mahu lagi menanti. Saya tahu awak boleh mendapat lelaki yang lebih baik tapi saya masih buta. Saya masih nak menapak merendahkan ego saya untuk datang ke sini walhal terang-terangan awak sudah punya teman sendiri. Tapi saya bukan lelaki yang mudah berputus asa, Rian. Saya cintakan awak.”
Aku tergamam. Terasa diriku dihempap batu besar mendengar luahannya. Bergetar rasa halus dijantungku terasa benar-benar dipukul ombak tinggi.
“Saya hantar rombongan meminang awak minggu depan, terpulang pada awak untuk menolak atau menerima. Dan terima kasih sebab awak dah beritahu apa yang ada di hati awak.”
Tak sempat aku berkata apa-apa Adif sudah menghilangkan diri. Di antara rasa tercabar, terkejut, tergamam dan marah sedari tadi, tiba-tiba saja aku dilanda terkilan. Kenapa dia buat keputusan tanpa berbincang?
Aku menekan kepala kuat. Tertekan dengan keadaan yang tiba-tiba terjadi. Adif sudah membuatkan aku keliru. Kalau dia cinta kenapa tingkahnya seperti tidak mencintai aku tapi kalau tidak cinta kenapa dia melamar diriku?