CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 13, 2011

Izrianni Marria 3






“Wei! Korang cerita pasal bos baru tak kongsi dengan kami pun... ini tidak aci!”Issabel mengusik Wani dan aku tanpa tahu ‘bos baru’nya itu sedang tersenyum di belakangnya. Entah bila entah aku dan Wani bercerita pasal bos baru itu... Lepasni, masaklah aku..

“Awak cerita apa pasal saya? Nak tahu jugak...”tiba-tiba suaranya garau menggertak. Lintang pukang Issabel membuka fail. Izrianni menolak badan Wani yang berdiri tegak macam patung. Wani tersedar lalu cepat menuju ke mejanya yang agak jauh itu. Encik Farhan melirik ke arah Izrianni. Dia senyum sekilas bila gadis itu berpura-pura tidak mengenalinya. Look and see. This girl is very funny... Farhan masuk semula ke bilik nya dengan senyuman panjang. Ada jodoh bila asyik bertemu.. tiba-tiba senyumannya mati. Teringat Maria. Ah, Maria lagi! Cuba di sabarkan hati. Tapi di sini ada seorang gadis bernama Marria! Marria yang cantik dan degil... Izrianni Marria. Rian atau Iz atau Marria, kita tengok dan lihat sampai bila awak hendak berpura-pura dihadapan saya!

“Mak aih.. Gila betul Hantu tu... asyik di kejarnya aku... Aku dah cakap aku dah bertunang pun dia bengang. Ada ke patut dia ingat aku ni menipu dia untuk mengelak dari dia.. Memang kenyataan aku dah bertunang pun!” Izrianni mengeluh kecil.

“Apa kau cakap Rian? I can’t hear you la...”tanya Issandra. Izrianni tersengih. Kalau kawan nya seorang ini tahu, melayangla dia kena bidas kena basuh jadi ikan kering...

“Siapa Rian?”desak Issandra. Izrianni menghela nafas.

“Si Hazim tu... Kacau aku...”menipu lagi! Kalau diorang tahu ‘Hantu’ yang aku maksudkan ialah bos baru diorang tu... Alamatnya tak selamatlah hidup aku daripada gosip-gosip. Lepasni bolehlah aku pakai purdah pergi pejabat untuk mengelak daripada dikenali.

“So what? Apa salahnya sebab dia pun handsome... bertuah kau ni...”puji Issandra sambil memandang ke arah tempat duduk Hazim. Hazim terpinga-pinga apabila Issandra mengenyit matanya pada lelaki itu. Izrianni mencebir. Bukan itu masalahnya...

“Kau dah bertunang dengan siapa tadi?”tanya Issandra. Aku tersentak. Itupun dia dengar ke?

Itu ha... Si Yusuf... Yusuf yang lembik dan dia di bawa ke rumahnya ketika pak cik Ahmad masih berkerja di bawah bapa Yusuf. Pak Ahmad membawa anak orang kaya itu ke rumah sewaktu arwah ayah Izrianni masih ada. Yusuf yang dia kenal terkenal dengan sifat penakutnya dan agak comel. Haha... Tiap kali datang aku buli. Tawa Izrianni di dalam hati.

Mak...! Dia harus menelefon maknya. Satu-satu ibu yang dia ada dalam hidupnya. Tempat dia bergantung dan brmanja. Walau bagai manapun dia tidak berkenan dengan Yusuf, mak tak boleh di abaikan. Izrianni tunduk sayu. Maafkan Iz mak sebab pergi macam tu saja hari itu...Iz tak sanggup melihat wajah mak selepas bergelar isteri orang kerana Iz langsung tidak bersedia. Sikit hari lagi confirm dia balik ke rumah dan meminta maaf pada mak.

“Izrianni?”Izrianni terperanjat. Menggelabah apabila wajah bos baru berada di hadapannya dan serius merenungnya.

“Termenung?”tanya encik Farhan.

“Maaf tuan.”Izrianni tersengih-sengih. Farhan menghela nafas melihat telatah Izrianni.

“Awak ke bilik saya sekarang.”Encik Farhan memerintah. Terkebil-kebil Izrianni melihat encik Farhan berlalu masuk ke bilik pejabatnya.

“Mati aku kena basuh!”bisik Izrianni mengatur langkahnya. Issandra mengacukan jari ibu nya sambil tersengih-sengih.

“Tak guna punya kawan!”Izrianni mencebik pada Issandra sambil membuntuti langkah Encik Farhan.

“Duduk Rian.”encik Farhan mempersila bila Izrianni hanya berdiri merenung tangannya sendiri.

“Awak Izrianni Marria?”Farhan bertanya. Merenung tubuh Izrianni dari atas ke bawah ke atas semula dan renungannya terhenti pada sepasang mata Izrianni apabila gadis itu duduk di hadapannya.

“Biar betul awak ni yang namanya Izrianni Marria binti Ghadafi? Awakni Izrianni Marria?”tiba-tiba Farhan ketawa berdekah-dekah. Dia seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa aku bernama Izrianni Marria. Aku jadi hairan. Terlalu cantik ke nama aku sehingga aku tak secantik nama aku ataupun aku terlebih cantik dan Izrianni Marria tak ‘ngam(sesuai)’ langsung dengan aku?

“Macam tak percaya perempuan yang namanya Marria tu dah jadi macam you. Nasib baik cantik. Patut garang semacam...”Farhan ketawa lagi bila Izrianni seperti terkejut dan keliru dengan penerimaan Encik Farhan terhadapnya. Apa bendalah orang tua ni melalut? Tapi tadi aku dengar dia kata aku cantik... Hehehehe.. Betullah tu. Lepastu dia kata aku ‘garang semacam’! cis! Kau belum tahu tinggi dan rendahnya langit encik Farhan!

“I suka you lah... Nice! You nak tak makan dengan I?”tanya Encik Farhan. Perlahan-lahan dia menggeleng. Kenapa dengan lelaki ini? Dia ingat aku barang ke objek? Tidak sedap betullah apabila dia cop aku dengan perkataan ‘Nice’tu. Macam.. Macam... Geli!

“I hantar you balik nanti. Pergilah lunch dengan teman-teman you.”perintah lelaki itu lagi. Izrianni berdiri untuk keluar. Hairan memikirkan perubahan jejaka itu. Sekejap kata nak makan sama, sekejap suruh makan dengan kawan, sekejap lepas tu nak hantar balik!

“Dont forget dear, petangni I jemput you dan hantar you balik rumah, okey?”Izrianni terpaku. Banyak sebab dia boleh mati terkejut hari ini. Apa mimpi lelaki ini memanggilnya ‘dear’? Petangni pula kenapa mahu hantar dia pulang ke rumah?

“Maafkan saya tapi saya sudah ada kereta dan boleh balik sendiri.”

“Jadi dinner kita malam ini jadilah ya...? Okay! Jumpa malam ni. I nak beritahu something special for us.”

“Kenapa nak dinner?”terpinga-pinga Izrianni.

“I’m not going to tackle you if you mind so. Yang ini saya pasti!”kata Farhan tenang. Bulat mata Izrianni. Dia jadi malu bila apa yang ada di minda nya terbaca dek Encik Farhan.

“I know something that you don’t know Rian... Perkara paling penting..”Farhan tersenyum penuh makna. Izrianni Marria terpinga-pinga.