CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 24, 2011

Serius Aku Cinta 2


Serius Aku Cinta



Bab 2


“Sya sudah berpisah dengan Hilmi?”tanya mamanya terkejut. Rasya terdiam. Tidak berkutik. Rasya takut puan Mahani naik angin kerana puan Mahani amat menyukai Hilmi. Berkali-kali puan Mahani bertanya tentang mereka, tetapi seperti kata Hilmi, perhubungan antara mereka hambar. Tidak pernah berkembang!

“Bagus!”ucap puan Mahani tiba-tiba apabila Rasya diam sahaja, tanda dia mengiakan tentang persoalan mamanya.
Rasya tersentak. Matanya membulat memandang senyuman kecil di bibir puan Mahani.

“Mama sudah ada pilihan lain. Mama tak berapa suka Hilmi. Tiga tahun bersama, satu bendapun tak nampak. Lembab sangat. Mama penat tunggu dia hantar pinangan untuk Sya.”rungut mama. Tubuh Rasya menegak. Pilihan sendiri?

“Tapi ma, mama sudah janji dulu yang Sya boleh cari calon suami Sya sendiri.”ucap Rasya perlahan.

“Alah, pilihan Sya tu tidak sesuai. Lihat si Hilmi yang Sya pilihtu, cuba Sya fikir baik-baik perhubungan Sya dengan dia. Dia terlalu mengharapkan kesempurnaan Sya. Dulu mama fikir Hilmi suka kesempurnaan, oleh itu dia sempurna. Tapi dia bukannya kaya manapun.”ujar mama sambil membaca surat khabar.

Rasya ketap bibir. Apa yang dikatakan puan Mahani ada betulnya. Tetapi dia bercinta bukan kerana harta.

“Rasya, mama nak Rasya berhenti kerja. Pergi kampung.”ucap puan Mahani. Rasya terkejut.
“Ma! Sya sayang dengan kerja Sya.”
“Mama tak kisah. Mama nak Rasya ikut cakap mama. Rasya tahukan kalau tidak ikut cakap ibu sendiri, Rasya yang rugi. Percayalah kata-kata mama.”ugut puan Mahani.

Wajah Rasya berubah. Memang selama ini dia hanya mengikut kata-kata puan Mahani. Dari kecil dia sudah dididik untuk menghormati dan menuruti kata-kata seorang ibu. Restu ibu amat penting dalam kehidupan seorang anak. Dia tahu! Malah dia amat takut jika puan Mahani tersentuh hati dengan tindakannya atau kata-katanya. Bukankah syurga itu di bawah tapak kaki si ibu?

“Tapi Rasya suka kerja di sana.”ujar Rasya sayu.
“Rasya, mama tak suka anak mama kerja di perpustakaan tu. Mama tahu Sya gaji Sya memang okay tapi mama lebih suka Rasya sambung bisnes mama. Satu hari nanti Rasya memang perlu uruskan salon dan butik-butik mama, kan?”tanya mama melipat surat khabarnya. Rasya tunduk. Memang dia sudah berjanji dengan mamanya. Tetapi bukan untuk masa kini.

“Ma, Sya faham tetapi Sya masih nak kerja di sana lagi.”rayu Rasya. Penting bagi dia kerjayanya sekarang. Dia yang meminta kerja itu sendiri.
“Rasya, Sya kena belajar buat bisnes. Nanti tak sempat. Mama nak Sya cuti dekat kampung untuk empat atau lima bulan. Balik sini nanti mama nak Sya sudah bersedia untuk urus bisnes mama. Faham? Mama sudah beri Rasya peluang dan ruang untuk Rasya sebelum ini. Jadi lepas ini Rasya kena ikut cakap mama. Mama mahu yang terbaik untuk Rasya. Fahamke?”tanya puan Mahani merenung tepat ke wajah anaknya. Rasya mengeluh, dia tertekan!

“Ma, please ma..”
“Ikut kata mama Sya. Minggu depan Sya harus sudah ada di kampung temankan nenek.”tegas suara puan Mahani.
“Sya tak nak. Tolonglah ma... Sya baru je berpisah dengan Hilmi. I need more time.”ucap Rasya. Puan Mahani memandang Rasya tajam.

“That’s why mama suruh Sya balik kampung. Rehat. Takkan itupun Sya nak berkira?”puan Mahani sudah naik angin. Wanita itu meraup wajahnya sebelum mendengus kasar cuba menahan amarah di dada.
“Sya...”
“Mama tak nak ada alasan lagi.”pintas puan Mahani. Rasya tunduk lagi. mama keras hati. Mamanya tidak memahami kehendak hati dia!
“Mama, Sya sudah dewasa. Sya berhak tentukan hidup Sya sendiri. Sya tak nak hidup terkongkong macamni, ma..”ucap Rasya lembut. Merah padam muka puan Mahani. Marahnya semakin berapi-api.

“Kongkong? Sya, selama ini mama tak pernah kongkong hidup Sya. Mama suruh Sya ambil kursus untuk bisnes, Sya pergi ambil kursus apa entah kerja di perpustakaan. Konon minat sangatlah tu membaca. Ada mama marah? Tak ada kan? Sya janji dengan mama Sya akan take over perniagaan mama selepas tamat pengajian. Okay mama terima. Tetapi habis aje belajar, Sya bagi tahu mama Sya sudah dapat kerja. Sya janji pada mama Sya akan ambil bisnes lepas Sya mencari pengalaman dalam perpustakaan yang tak berapa besar tu. Sya bawa Hilmi ke rumah, perkenalkan kepada mama. Kata pada mama Hilmi baik, bertanggungjawab, ada mama marah? Akhirnya Hilmi tinggalkan Syakan? So sekarang Sya nak janji apa lagi pada mama...?”puan Mahani memandang tajam ke arah wajah Rasya.

Anaknya seorang itu tidak pernah mengikut kata-katanya. Selalu menolak dengan cara yang lembut, sehingga dia terpaksa bertolak ansur dengan semua perkata yang dikehendaki Rasya. Hasilnya? Bukan bagus mana! Dia tidak kira, kali ini Rasya mesti ikut cakap dia.

“Tapi ma..”
“Look Sya, mama bukan minta Sya pergi cari duit. Just duduk kampung temankan nenek aje kalau Sya memang rasa Sya tak perlukan cuti. Susahke?”tanya puan Mahani. Rasya diam.
“Macam mana?”tanya puan Mahani.

“Beri Sya masa berfikir.”ucap Rasya. Puan Mahani mendengus. Degil!
“Mama nak jawapan sekarang sebab walau macam manapun Sya memang akan balik ke kampung minggu hadapan. Sya tak perlu buat surat letak jawatan, mama aje yang buat. Faham?”tanya puan Mahani tegas. Rasya menikus.

“Kalau macamtu kata mama..”keluh Rasya sambil mengangguk. Mungkin betul cadangan mama. Dia perlu bercuti. Tetapi kenapa dia perlu berhenti kerja? Dia tidak berminat langsung dengan perniagaan butik dan salon kecantikan milik mamanya. Dia lebih tertarik kerja di dalam pusat sumber UNIMAS buat masa ini.

“Bagus!!”puan Mahani tersenyum lebar. Senang hati. Rasya? Hatinya mahu memberontak. Tetapi untuk memberontak kepada puan Mahani, dia tidak punya kekuatan. Puan Mahani adalah mamanya.
“Sya balik bilik.”Rasya bangun dari sofa dan melangkah pergi menuju ke bilik.

“Sya, dekat kampungtu, Sya akan jumpa seorang budak lelaki. Mama berkenan dengan dia. Mama sudah tanya nenek, budak itu belum ada teman. Mama rasa Sya sesuai dengan dia. Nama dia..”
“Wait.. Wait... Mama nak jodohkan Sya?”tanya Rasya memintas kata-kata mamanya. Puan Mahani tersenyum lebar.

“Yes. He is perfect!”ucap puan Mahani.
“Orang kampung?”tanya Rasya. Puan Mahani mengangguk. Rasya terkebil-kebil. Mama jodohkan dia dengan orang kampung? Mama mata duitan, hendak menjodohkan dia dengan orang kampung??

“Kenapa? Sya tak suka dengan orang kampung?”tanya puan Mahani.
“Bukan.. Tapi, Sya tak sesuai tinggal di kampung, ma..”ucap Rasya berat hati. Dia memang tidak mahu duduk di kampung. Takut! Bayangkan sahaja kemudahan di kampung, bukan ada apa-apapun...

“Kenapa? Mama bukan nak suruh Sya tinggal di kampung selama-lamanya. Sya tinggal sana, kenal hati budi Ril. Dia budak baik. Kalau okay, Sya bawalah dia ke bandar.”ucap mama tenang. Rasya terpinga-pinga. Alamak, mama sudah suruh dia guna cara mama dahulu, pergi kampung, kahwin dengan papa, bawa papa ke bandar!

“Ma, Sya tak nak ada apa-apa komitmen dengan sesiapa sahaja buat masa ini.”ucap Rasya bersungguh-sungguh. Moga-moga mama faham!
Puan Mahani tersenyum lebar.

“Mama tak suruh Sya bercinta lagi. Mama nak Sya kenal dulu si Ril ini kemudian kalau Sya tak suka, mama nak buat macam mana?”tanya mama. Rasya memandang mamanya. Kemudian dia mengangguk faham.

“Tapi kalau Sya bercadang nak jadikan Qzairil Syafik ini sebagai suami, Sya tak perlulah sambung perniagaan mama.”ujar mama. Rasya mengeluh.
“Minggu depan Sya balik kampung.”ucap Sya lemah. Dia menapak ke dalam bilik tidurnya. Puan Mahani bergegas menekan punat telefon bimbit sambil tersenyum lebar. Dia tidak sabar-sabar menghubungi ibu mentuanya.

“Hello, mak. Assalamualaikum..”sapa puan Mahani.
“Ha, kenapa telefon?”jawab ibu mentua puan Mahani setelah menjawab salam.
“Sya setuju balik minggu depan. Budak Ril tu mak uruskan.”ucap puan Mahani seronok.
“Yakah? Bagus.. Bagus... Nanti mak uruskan.”Juanna menabur janji. Dia jadi ghairah tiba-tiba. Cucunya setuju balik kampung, jadi dia perlu merancang dengan teliti. Kalau boleh dia mahu cucunya itu tidak akan kembali ke bandar semula!

2 Komen untuk Cik Rin:

chasiani

Qzairil Syafik.. Ok tak nama hero SAC?
Tapi Rasya, heroin punya nama tu macam pendek aje.. ada cadangan untuk mempercantik nama si Rasya ni ke?

Aida Nadia

ermm....xda smbng ke...???
best cte ni...