Peminat Encik Sempurna
Tentang persahabatan dan cinta... Dan dia kekal di mata hati Liyya..
Aku melangkah laju menuju kafetaria.
“Kau lapar ek?”Tanya Riffan cuba menyaingi langkahku. Aku tidak menjawab. Yang penting sekarang ini, kafetaria.
“Eh, kau ni macam 10 tahun tak makan. Takkan lah kau nak skodeng Syukri lagi kut?”
Langkahku terhenti. Aku memandang tajam ke arah Riffan.
“Taklah!”
“Ye lah.. Yang kau marah tiba-tiba ni kenapa?”Riffan menggeleng kepala. Aku kembali melangkah. Terbayang wajah Syukri di minda. Aku mengeluh sebentar.
Macam mana boleh kantoi kat Riffan yang aku nak skodeng mamat tu?
“Syukri tu.. Cool kan dia?”Riffan menyiku tanganku. Aku menyeringai kesakitan.
“Sengaja kau, kan? Dah! Jangan nak usik aku lagi..”ucapku separuh merajuk. Riffan tersengih.
“Kau duduk aje kat sini, aku yang belikan lunch untuk kita,”ujar Riffan sambil menunjuk meja kosong di hadapan kami.
Aku dan Riffan selalu begitu. Salah seorang akan membeli, dan seorang lagi akan duduk di tempat kosong supaya tiada orang lain yang akan mengambil tempat kami.
“Macam biasa?”Tanya Riffan. Aku angguk. Riffan berlalu melangkah menuju ke tempat lauk pauk tersedia. Aku mencuri pandang ke arah Syukri dan rakan-rakannya duduk. Cukup jauh, namun aku dapat melihat tingkahnya dengan jelas.
Syukri kapten bola sepak kampus kami. Dia juga merupakan ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sudah pasti banyak gadis tergila-gilakan Syukri seperti aku.
“Sudah sudah lah tu Liyya. Seram aku tengok kau ni. Dah macam stalker.”Tegur Riffan tersengih duduk di hadapanku. Aku memandang tajam wajah Riffan.
“Kau jealous kan?” Sengaja ingin menguji. Riffan memandang aku separuh terkejut.
“Aku? Jealous? Banyak lagi lelaki lain yang boleh aku pikat tau.. Kau tu mengimpikan putera kayangan. Bila nak dapatnya?” Riffan tersengih. Aku mencebik. Putera kayangan?
“Aku ada nombor telefon Syukri.” Riffan angkat kening. Aku hampir tergelak.
“Semua orang pun ada nombor telefon si Syukri tu. Diakan ketua MPP,”ujarku sambil tersengih. Riffan menggaru kepala.
“Ya tak ya jugak...”Riffan tersengih lagi.
Sekali lagi aku mencuri pandang ke arah kumpulan Ikhwan Syukri. Mata Syukri tajam memandang wajahku. Aku tersentak. Dia pandang aku ke? Wajahku merona merah.
Ah! Sudahlah Liyya! Jangan nak perasan lebih-lebih.... Yang pasti, saat ini aku mampu mendengar degup nadi jantung ku sendiri.
Selesai solat Isya’, aku menyelongkar blog aku. Ada 5 komen yang belum di approve. Nama Ikhwan Syukri tersenarai dalam orang-orang yang memberi komen. Aku tersenyum lebar.
‘Impian itu kadang-kala sukar untuk dicapai. Tetapi tidak mustahil J’
Sweet nya dia ni..
Aku membuka blog Ikhwan Syukri. Wajahnya tertempek besar di header. Followers blognya hampir mencecah 3 ribu orang.
‘Untunglah orang handsome..’bisik hatiku.
Seperti biasa, dia bercerita tentang bola dan dirinya. Kalaulah dia tahu siapa aku... Siapa pemilik blog ‘Lelah Hati’, mampukah kami menjadi kawan rapat? Berkawan di dunia maya bukan sahaja menjadikan dirinya mesra, tetapi kami teman tapi mesra. Facebook? Aku membuka acc untuk Lelah Hati. Facebook ku sendiri tidak ku peduli.
‘Kau buka satu lagi facebook semata-mata untuk skodeng Syukri kan?’Kata-kata Riffan itu tidak mampu ku nafikan. Salahke?
‘Salahtu tak. Tapi kau minat dengan Ikhwan Syukri, budak tu glamour.’
Agak-agak, aku memang bodohkan?
1 notification dari Ikhwan Syukri.
‘Lelah Hati, awak online?’
Dia mentioned nama aku di dalam post nya. Aku tersenyum lebar.
‘Eh, macam tau-tau je orang online, kan? Ehehehe..’ balasku.
‘Ehehe, saya teka aje.’ Balasnya.
‘Awak rindu kot...’
‘Eheh. Ye lah. Lama awak tak online.. Hehehe..’
Aku tidak mampu menyembunyikan senyuman di bibir.
‘Ye ye awakni . Tipu ah!’
‘Rindu dapat ditipuke?’
Berbunga rasa hati membaca bait-bait perkataaan darinya. Rindu dapat ditipu ke? Tak kot...
‘Awak banyak peminat, manalah saya tau...’
‘Touching lah awak. Hehehe. Saya rindu awak sorang je tau. Saya dah komen blog awak haritu. Dah baca?’
Rindu aku seorang? Tak kot! Aku cuba menafikan. Takut hanyut dengan perasaan sendiri.
‘Dah, saya pun dah komen kat blog awak. Approve lah..’
‘Ye saya tahu. Eh, awak dah makan?’
‘Tengah hari dah makan. Malam tak. Jimat.’
‘Awak diet kan? Ehehehe.. J’
‘Takde lah.’
‘Awak study kat mana eh? Awak cakap haritu, awak study sama campus dengan saya kan?’ Aku terkedu dengan pertanyaannya. Aku menggaru-garu kepala.
‘Eleh, kalau saya bagitahu pun, bukannya awak kenal saya.. Awakkan famous....’
‘Eh, kita jumpa nak?’
Sekali lagi aku tersentak. Berjumpa? Akuni bukannya cantik sangat pun. Kalau dia jumpa dengan aku, dia nakke kawan dengan aku lagi?
‘Belum lagi kot. Nantilah suatu hari.’
‘Ye ye awakni kan? Asyik nak mengelak. Saya suka kawan dengan awak... J’
‘Sayapun. K saya nak buat assaignment. Esok kita jumpa lagi J.’
‘Oh, ok. Assalamualaikum... J.’
‘Waalaikumsalam... ^___^’ Aku terus menutup facebook ku. Menghela nafas sebentar. Jumpa? Kalau jumpa, dia terimake aku ni jadi kawan?
“Hek ermm..!! Cinta di muka buku....”
Aku menoleh terkejut. Riffan tersengih-sengih di belakangku.
“Kau skodeng aku, kan?!”
Aku menangkap tangan Riffan. Riffan mengelak dan lari daripadaku. Wajahku merona merah. Cis, minah seorangni, suka usik aku... Keluh hatiku. Amat sukar untuk aku menyembunyikan rahsia daripadanya.
* * * *
“Ikhwan nak jumpa kau.”
Aku terkejut. Memandang wajah lelaki yang berada di hadapan aku. Dia kawan rapat Ikhwan Syukri. Bermakna Ikwan yang dia maksudkan itu, Ikhwan Syukri. Dadaku berdegup kencang. Syukri sudah tahu ke yang aku ini Lelah Hati?
“Nama kau siapa? Riffan kan? Ikhwan nak jumpa. Kau dengar ke tidak?”
Aku ternganga. Riffan? Apa kaitan Riffan dengan Ikhwan Syukri? Kenapa Riffan pula yang dia nak jumpa?
“Saya bukan Riffan. Ini Riffan,”aku menunjuk wajah Riffan yang juga terkesima seperti aku. Mata kawan Syukri terarah kepada Riffan.
“Kau ke Riffan? Ikhwan panggil. Dia kat padang. Kau seorang.”Ucapan kawan Syukri itu menyebabkan aku rasa terkilan. Kenapa Riffan? Aku memandang Riffan penuh tanda tanya. Riffan mengangkat bahu dan tersenyum.
“Aku pergi dulu, Liyya. Kau sambunglah study. Nanti aku datang sini lagi.”
Aku hanya mengangguk dan memerhati Riffan yang sudah lenyap dari pintu pusat sumber. Tinggal aku seorang sahaja mengulang kaji. Kenapa Riffan? Takkan lah... Takkan lah...
Berhenti fikir yang bukan-bukan Liyya.. Kenapa aku kecewa? Kalaupun Riffan dan Syukri ada jodoh, aku siapa untuk menghalangnya? Mungkin tiba masanya aku berhenti menyanjung dari jauh. Aku sepatutnya tidak jadi begini. Aku tidak perlu bersembunyi di sebalik Lelah Hati. Kalaulah dari awal aku mengaku Lelah Hati itu kepunyaan Liyya Syazwani....
Sejam kemudian Riffan kembali dengan senyuman lebar. Memandang wajahku galak.
“Hai, Liyya,”tegur Riffan sambil tersengih. Entah kenapa aku digigit rasa tidak senang hati.
“Jealous kan?” Riffan tergelak kecil. Aku menggigit bibir. Jealous?
“Taklah. Aku tak ada hak pun nak jealous.” Aku menyibukkan diri membelek buku-buku rujukan.
“Tak payah nak berahsia dengan aku. Kau dengan aku dah macam adik beradik. Apa yang ada di otak kau tu, ada di dalam otak aku juga. Tiga tahun kita berkawan.. Aku nak cakap ajelah, aku dan Syukri, tak ada hubungan ke arah gitu-gitu.”Riffan tergelak kecil.
Pelajar-pelajar lain mula memberi perhatian kepada kami. Kakak pusat sumber memberikan jelingan tajam ke arah kami berdua. Aku mengeluh.
“Jom balik.” Ajakku lemah. Tanganku mulai mengemas buku-buku yang aku ambil tadi. Riffan memandang wajahku dalam-dalam.
“Kau janganlah macamni Liyya...” Pujukkan Riffan merasuk hatiku. Aku tunduk. Kerana seorang lelaki, aku tak patut layan Riffan seperti orang asing.
“Aku okay. Jom kita balik. Dah lewat dahni..” Aku menghadiahkan senyuman lebar pada Riffan. Riffan membalas senyumanku. Mencuit hidungku lembut.
“Aku sayang kau, tahu?” Riffan memuncungkan bibir.
“Ya, aku tahu.. Aku pun sama...”ujarku cuba melawak.
Kami pulang ke hostel. Malam ini, aku tidak akan online. Hanya termenung jauh memandang langit daripada tingkap bilik. Hatiku kacau.
“Kau jangan salah faham, ya..?” Suara Riffan terngiang-ngiang di telinga. Tetapi aku nekad, aku perlu melepaskan rasa yang telah lama bersarang di jiwa. Aku tidak sepatutnya meminati si ‘putera kayangan’.
* * * *
Aku membelek-belek buku financial accounting. Tiba-tiba tanganku dipegang seseorang. Aku mendongak.
“Riff? Why?” Aku mengerut dahi. Riffan merenung wajahku tajam.
“Kau tak buka facebook Lelah Hati, kan?” Tanya Riffan agak marah. Aku terkebil-kebil.
“Kau kenapa?”Tanyaku hairan.
“Aku tak ada apa-apa. Masalahnya sekarang, kau! Kau dah kenapa ni? Aku ke penyebab dia? Tell me Liyya..”Riffan memegang tanganku.
Aku membulatkan mata.
“Tak adalah! Aku tak ada masa je..”
“Kau tak ada masa? Seminggu kau tak buka facebook kau, tahu? Sudah-sudah.. Tak payah nak merajuk sangat Syukri nak jumpa aku tu. Kau buka facebook kau, tengok siapa yang rindu kat kau sekarang.” Rungut Riffan sambil mengambil tempat duduk di hujung katilku. Aku menghadap ke arahnya.
“Riff, bukan sebab kau lah.. Baru aku sedar sekarang, aku pipit. Tak mungkin terbang dengan helang.”
Riffan menggeleng-gelengkan kepala.
“Kau salah Liyya. Cinta itu bukan semestinya mengikut darjat dan rupa.”
“Tetapi kita perlu mencari yang sekufu kan?”
“Ya. Tetapi kalau tak usaha, kau tak tahu hasilnya kan? Alang-alang kau dah usaha sampai sanggup menyamar jadi Lelah Hati tu, teruskan ajelah.”
Aku mengerut kening lagi.
“Riff, kenapa dengan acc aku Lelah Hati tu?”tanyaku hairan. Riffan tiba-tiba tersengih.
“Kau tengoklah sendiri.” Riffan berlalu menuju ke katilnya.
“Riffani Alia?”Aku tidak berpuas hati dengan jawapannya. Riffan angkat kening sebelum membuka laptop miliknya. Aku mengeluh kecil.
Aku segera membuka tab untuk melihat facebook Lelah Hati yang sudah lama terbiar.
“Liyya, kau adalah Lelah Hati, Lelah Hati itu engkau,”tegur Riffan tiba-tiba. Aku angkat kening.
“Aku tahu lah..”Aku tersengih kecil. Riffan menunjukkan ibu jari kanannya.
“Good,”balas Riffan dan meneruskan kerjanya. Aku pula yang kehairanan.
Notification 50. Aku sedikit ternganga. Tak salah aku, di dalam facebook ini, aku hanya ada 20 orang kawan yang terdiri daripada Ikhwan Syukri dan Riffani Alia. Lain-lain itu adalah blogger yang aku sendiri pun tak kenal.
Aku klik notification, semua penuh dengan nama Ikhwan Syukri. Aku terkejut. Takkan lah dia betul-betul rindu pada aku kot? Jantung aku berdebar-debar. Lantas aku klik menuju wall aku sendiri.
‘Awak lama menghilang.’
‘Eh, awak sibuk ke?’
‘Kes tak sudi nak kawan dengan saya lagi, kan?’
‘Video ini saya tujukan khas untuk Lelah Hati.. J Enjoy!!’
‘Rindu kat awak kot.. Ehehe.’
Aku scroll sehingga ke bawah.
‘Kata online malamni? Mana?’
Aku terkelu. Takkan lah mamat ini suka dengan Lelah Hati? Bukannya dia kenal siapa budak Lelah Hati tu.. Aku mengeluh kecil bersama debaran di dada. Takkan lah kot...
Aku membuka video Ikhwan Syukri. Berpuluh-puluh rakannya komen pada video tersebut.
‘Woah! Tahniah beb! Tak sangka doww aku!’
‘Sweet nye awak.. Semoga berjaya.. Good luck!’
Aku mengambil earphone dan memainkan video itu.
“Hai, Lelah Hati! Apa khabar, awak? Semoga sihatlah hendaknya. Lama tak online, kan? Tak rindu saya ke? Hehe.. Main-main aje.. Awak dengar saya nyanyi ni, khas untuk awak seorang tahu....?”
Aku tersenyum lebar melihat wajahnya kacak di situ. Dia membawa sebuah gitar rupanya. Dia memetik gitar tersebut seraya melemparkan senyuman ke arah video kamera. Aku sedikit tergamam melihat senyumannya. Entah kenapa, aku rasa dia amat amat amat kacak!
Dia mula memetik gitar dan menyanyi. Apa sahaja mampu dia lakukan! Hati dan jiwaku benar-benar tersentuh apabila dia mula menyanyikan lagu ‘Fall For You’ –Secondhand Serenade.
Best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying......
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath
Because tonight will be the night that i will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear its true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed
But I have loved you from the start
Oh, But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
'Cause talk is cheap
And remember me tonight
When you're asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
“Awak buat hati saya lelah, Liyya. Kalau awak dah dengar lagu ini, awak tahu bahawa saya kenal awak selama ini, dah kalau awak sudi kembali meminati diri saya, jangan biarkan saya macam sekarang yang awak buat. Saya sayang awak Liyya Syazwani... Sayang sangat.”
Air mataku mengalir ke pipi. Dia kenal aku? Aku mengesat air mataku. Menoleh ke arah Riffan yang tersenyum memandang aku.
“Kau skodeng aku dari tadi, kan??!” Aku menerkam Riffan dan mengambil bantal sambil memukul belakangnya.
“Wo.. Wo... Wooo!! Sakit lah! Apalah kau ni Liyya...”Riffan merampas bantal yang aku pegang dan menarik tanganku untuk duduk di sisinya.
“Lepasni, kau jumpa dia, cakap aje yang kau minat dia. Encik sempurna tu,”usik Riffan. Aku mencebik.
“Happy lah tu..”Riffan tersengih. Air mataku mengalir lagi.
“Malu lah aku nak pergi jumpa dia... Eh, mana dia tahu pasal aku ni, Riff!!”Aku mencubit lengan Riffan. Riffan menyeringai kesakitan.
“Isk, tangan kau ni Liyya! Bahaya!!” rungut Riffan memukul tanganku. Aku tersengih dalam air mata.
“Malu lah aku! Selama ini dia kenal aku ke?? Malu lah aku Riffani..”Keluhku berkali-kali. Riffan ketawa kecil.
“Kau jumpa dia, kau tanya kat dia, macam mana dia boleh tahu siapa Liyya Syazwani, peminat encik sempurna tu.”
“Apa pulak encik sempurna! Sejak bila dia jadi sempurna!” Aku menempelak Riffan. Riffan tersengih.
“Kau ingat aku tak tahu password laptop kau? Encik sempurna, kan? You impossible to find... Chewah! Romantik la dia...”Riffan angkat-angkat kening. Aku terbeliak.
“Kau tahu?!”
“Ada kat belakang kad matrix kau. Password laptop: Encik sempurna.” Riffan gelak sampai meleleh air mata. Aku sekadar terkebil-kebil memandang Riffan.
“Aku ni memang senang nak kantoi ke? Dengan kau aje, aku tak ada rahsia.. Dengan Syukri, terkantoi jugak..”Keluhku. Riffani menghabiskan sisa-sisa tawanya.
“Dia sweet, kan? Untunglah Liyya Syazwani... Dapat encik sempurna si Ikhwan Syukri...”Usik Riffan. Aku tersipu malu.
“Mana ada.. Belum dapat lagi lah...”balasku segan.
“Kawan aku yang seorang ni.. Lurus sangat. Aku sayang kau, tahu?” tanya Riffan. Aku angguk.
“Aku pun..”
“Encik sempurna sayang kau, tahu?”
“Aku pun..”
“Eh! Kau saje nak kenakan aku?!” Latahku apabila tersedar.
“Kau sahabat aku dunia akhirat,”Riffan memeluk aku. Aku membalas pelukannya.
“Aku sayang kau juga..”Ucapku penuh rasa terharu.
* * * *
“Liyya, tu Syukri. Dia macam nak jumpa kau aje.”Riffan menolak sedikit lenganku. Aku gamam.
“Eh, tak nak lah aku.. Segan..”
“Apa yang nak disegankan? Cepatlah..”Riffan menolak lagi tangan aku. Wajahku semakin memerah.
“Dia dah datang sini. Aku blah dulu.”Riffan berbisik dan berlalu pergi. Sempat pula dia mengenyit mata untukku. Aku mengeluh kecil. Segan lah tahu tak?!
“Liyya?” Aku mengangkat wajah memandang Syukri. Kacak! Tangangku hampir-hampir sejuk jadi ais.
“Ha.. Eh.. Ya.. Saya.. Saya Liyya..” Adoi! Kenapa lah aku boleh tergagap pula!
“Lelah Hati, kan?”Dia menghadiahkan aku sebuah senyuman manis. Aku tertunduk malu.
“Ya, saya..”
“Nak malu pula dengan saya?”Tanya Syukri. Aku tersengih.
“Segan sikit.”Balasku. Syukri ketawa besar.
“Nak segan apanya...? Saya kan pakwe awak?”
“Pakwe?”Aku terkejut
“Bukan ke?”
“Eh, ya! Eh..” Aku terpinga-pinga sendirian. Kenapa aku jadi macamni? Hishh.... Kenapalah kau cuak sangat Liyya Syazwani!
“Awak comel.” Pujiannya membuat rasa segan di hatiku kembali bertamu.
“Macam mana awak tahu saya Lelah Hati tu?”
“Alia yang beritahu,”ucap Syukri senyum.
“Alia?” Aku membetulkan dudukku. Alia? Riffani Alia?
“Riffani Alia, ex girlfriend saya dulu.”Syukri masih lagi tersenyum.
“Ex??!!” Aku terkejut. Lemah sendiku mendengar kenyataan yang terbit dari bibir Syukri.
“Apa maksud awak?” tanyaku lemah.
“Alia ex saya semasa kat sekolah dulu. Dia tak beritahu awak ke?” Tanya Syukri hairan. Aku terkesima. Jadi.. Jadi selama ini.. Riffani Alia mengenali Ikhwan Syukri?
“Tak. Kenapa boleh break?” tanyaku cuba mengawal suaraku yang sudah lari daripada suara asal.
“Dia ada boyfriend lain. Saya ingat awak tahu.. Tapi sekarang ini, saya sayang awak seorang..” Ikhwan Syukri memberikan pengakuan. Entah kenapa hati aku menjadi tawar.
“Saya pergi dulu.” Ucapku berlalu pergi.
“Liyya?”seru Ikhwan Syukri. Aku berlalu tanpa menoleh walau sedikitpun. Riffani dan Syukri pernah bercinta? Jadi selama ini? Air mataku jatuh lagi.
Kalaulah Riffani masih ada hati dengan Syukri, pasti hatinya hancur di sebalik ketawa riang yang dia kongsi denganku.
“Kenapa kau tak beritahu aku, Riff? Tentang kau dan Syukri?”tanyaku memandang tajam wajah Riffan. Riffan terkebil-kebil memandang wajahku.
“Kau dah tahu?”tanya Riffan.
“What do you expect, Riff? Nak sembunyikan relation kau dengan Syukri sampai bila-bila daripada aku? Come on lah.. Kita kawan baik..”tanyaku berang. Riffan tunduk.
“Itu kisah lalu dah Liyya.... Sekarang ini, Syukri sayang kan kau. Kau faham tak?”tanya Riffan memegang kedua-dua bahuku. Air mataku mengalir.
“Aku tak sanggup.. Sedikit sebanyak, kau masih sayang dia, kan?” Aku menduga. Mata Riffan berkaca-kaca memandang wajahku sayu.
“Kau sayang dia, Riff.. Takkan lah aku sebagai sahabat, semata-mata kebahagiaan aku, aku sanggup biarkan kau terluka? Aku rela kehilangan seorang lelaki daripada kehilangan seorang sahabat!”
“Masalahnya, kau tak akan kehilangan aku kalau kau dengan Syukri bercinta sekalipun! Kau jangan jadi bodoh untuk buat pengorbanan macam ni.”Tegas Riffan berkata. Aku mengesat air mataku.
“Matluthfi pernah kata, ada perbezaan antara pengorbanan dan kebodohan. Jadi sekarang, aku tengah buat pengorbanan ke kebodohan?”Tanyaku. Riffan mengerut dahi.
“Matluthfi? Kenapa kau masukkan nama dia pula?” Riffan mengetap bibir. Aku memandang wajah Riffan hairan. Ada tawa di bibir Riffan.
“Kenapa kau buat lawak time time macam ni?”Tanya Riffan mengetuk dahiku. Aku memuncung bibir.
“Dah dia yang buat falsafah tu. Aku sebutlah nama dia..”
Riffan ketawa besar. Aku turut tersengih.
“Liyya.. Kau tak bodoh.. Cuma kau lurus. Sebabtu kot Syukri sayang kat engkau. Kau tahu ke dia yang mula kacau kau dulu?”tanya Riffan setelah menghabiskan sisa ketawanya.
“Bila?”tanyaku hairan.
“Dia dulu yang jadi follower blog engkau, komen kat blog engkau.. Cuma kau je yang tak layan. Bila kau dah minat pada dia, masa tu barulah kau buat facebook Lelah Hati lah... Dia tahu daripada aku, kau tau? Kau kena bersyukur sebab segala-gala perbuatan kau, aku report kat dia...”ucap Riffan bangga. Aku ternganga.
“Kau report kat dia??”
“Ops...”
Aku kejar Riffan sekeliling bilik. Riffan ketawa tidak berhenti. Begitu juga aku.
* * * *
“Liyya..”
Aku menoleh. Oh, Syukri! Aku memandangnya dengan wajah beku.
“Assalamualaikum..” Sapanya. Aku menjawab salam.
“Awak masih marah?”tanya Syukri pelan. Aku memandang wajahnya kosong.
“Tak lah. Buat apa nak marah?” Dia menghela nafas panjang.
“Awak tak nak kawan saya lagi?”tanya Syukri terus-terang. Aku diam untuk beberapa detik.
“Tak payah kot. Tak penting..”ucapku selamba. Aku lihat Syukri tergamam sebentar sebelum mengusap rambutnya. Helai demi helai rambut jatuh ke wajah. Dia memang tampan! Tidak hairan jika aku tergila-gila sehingga sanggup memanggilnya Encik sempurna.
“Liyya, saya tahu.. Saya tak penting. Tetapi awak penting buat saya, Liyya.”
Aku terharu dengan kata-katanya. Tetapi entah mengapa kaki ini terus melangkah meninggalkan nya. Aku tak akan mengkhianati persahabatan demi seorang lelaki. Aku perlu melupakan encik sempurna.
Ya Allah, tiada yang lebih sempurna berbanding diri-Mu, ya Allah. Ampunkan hamba-Mu yang lemah ini... Sesungguhnya perjuangan menuju ke arah-Mu begitu payah untuk kami manusia, tetapi cukup manis dan indah bagi yang bersedia menghambakan diri untuk-Mu, yang Maha Kuasa.. Aku mohon petunjuk-Mu dari segala ke alpaan aku selama ini... Amin ya Rob...
* * * *
“Liyya, kau betul-betul nak buat Syukri macam tu aje?”tanya Riffan bergegas tatkala aku masuk ke bilik hostel. Aku meletakkan beg sandang aku yang berisi komputer dan buku-buku.
Aku memandang Riffan. Dia seperti tidak berpuas hati dengan tingkahku kali ini.
“Riff, aku tak ada hati dengan dia,”
“Senangnya kau cakap?!”
“Dia mengadu pada kau lagi ke? Kau cerita apa pasal aku pada dia kali ini?”sinis aku menyindir. Bukan niatku! Tetapi hati ini sakit mengenangkan segala yang terjadi. Riffan terpempan sendirian.
“Aku tak cerita apa-apa yang buruk pada dia.”
“Kau kan radio buruk dia? Report sana-sini pasal aku pada dia?”cabarku memandang tajam ke arah Riffan.
“Okay, fine kalau kau tak suka! Aku minta maaf, okay... Tapi aku nak cerita, dulu masa form 5, aku dan Syukri kawan rapat. Entah macam mana aku dan dia boleh jadi couple. Aku pun tak sangka! Tetapi masa tu, aku sudah suka dengan seorang senior form 6. Aku lepaskan Syukri. Syukri walaupun tidak mencintai aku, tetapi dia terluka. Dia tidak pernah ingin mendekati perempuan lain. Cuma bila dia pandang kau, lihat kau, dia percaya pada kau, Liyya... Dia letakkan kepercayaan dia pada kau. Dia tahu kau akan setia pada dia seorang.
Entah di mana silapnya sekarang. Antara aku, atau Syukri.. Memang tiada apa-apa hubungan. Aku dah dia cuma kawan. Tidak lebih, dan tidak kurang. Aku tak mahu kau terluka, aku tak nak Syukri kecewa. Kau sanggup tolak dia mentah-mentah macamni walaupun dah banyak yang dia lakukan untuk memikat kau?”
Aku sepi mendengar pertanyaan Riffan.
“Okay, fine.. Kau tak nak jawab, kan? Tak apa.. Aku faham kau tak selesa. Cuma aku tak nak persahabatan kita jadi renggang lepasni. Aku nak yang terbaik untuk kau, begitu juga Syukri.”
Aku masuk ke bilik air membawa tuala. Riffan terduduk di katilnya dengan perasaan hampa.
--------- 4 tahun kemudian--------
“Liyya, balik rumah. Ada hal.”
Aku mengeluh mendengar arahan dari ayah. Ini hari Rabu lah ayah.. Liyya kerja!
Minta cuti. Itu kata putus dari ayah.
Perjalanan ke kampung memakan masa 2 jam itu aku telan dengan perasaan seribu. Apa yang penting sangat sampaikan dalam tidak boleh diberitahu melalui telefon sahaja?
“Mak! Liyya balik!” Aku meluru ke atas rumah. Hairan melihat keramaian di rumahku.
“Eh, Liyya.. Pengantin perempuan dah balik dah..”
Aku ternganga mendengar kata-kata mak cik Tina, jiran sebelah rumahku.
“Liyya kahwin ke mak cik?” Tanyaku separuh tidak percaya. Mak cik Tina dan kawan-kawannya tergelak sakan. Aku masih ternganga tidak tahu pangkal cerita.
“Ha, Liyya. Mari sini duduk kat sini.” Aku tergamam mendengar suara ayah. Laju sahaja aku berjalanan duduk di hadapan ayah.
“Apa ni ayah?”tanyaku terpinga-pinga. Rasa cuak mula hadir dalam hati.
“Kau lah yang nak kahwin.. Lagi mahu tanya.. Esok majlis pertunangan, hari Jumaat minggu minggu depan kau kahwin.”
“Ayah!! Dengan siapa?? Kenapa tak bincang dengan Liyya dulu?”tanyaku terkejut. Aku tidak perduli sekiranya tetamu yang lain melemparkan pandangan ke arah kami. Yang penting sekarang, kenapa perkahwinan ini mesti terjadi? Aku langsung tak sedia!
“Dengan saya.”
Aku menoleh tangkas. Sekali lagi aku seperti tidak dapat bernafas.
“Syukri??” Suaraku separuh bertempik. Syukri mengambil tempat duduk di sebelah ayah. Aku ternganga.
“Kenal pun Liyya kat Syukri ni..”ayah tersenyum lebar.
“Ma.. Macam.. Macam mana?”Aku masih lagi enggan percaya.
“Dia kata dia boyfriend Liyya. Tambah pula si Ipan sokong dia, ayah terima aje lah...”kata ayah tersengih.
“Ayah?! Ayah percaya juga cakap Riffan tu??”Aku menghempas tubuh di sofa. Ayah terkebil-kebil memandang aku. Mentang-mentang Riffan rapat dengan aku, dengan keluarga aku...
“Bukan boyfriend kamu ke??!!!” Tempikan ayah menyebabkan aku berdiri spontan. Begitu juga Ikhwan Syukri. Pucat wajahnya tidak berdarah. Kalau dia saja sudah gentar, apatah lagi aku?
* * * *
“Isteri saya masih marah ke?”Pertanyaan itu menyapa lembut telingaku. Aku mendengus geram. Bukan marah.. Marah itu sudah jauh ku buang sebelum malam pernikahan. Cuma ingin menguji.. Menguji?
“Siapa tak geram? Yang awakni membabi buta pinang saya kenapa? Riffan tu pun satu!” Marahku semakin memuncak mengingati kebodohan kawan baik aku dan juga.. Suami? Tiba-tiba aku ketawa.
“Kenapa?”tanya Syukri duduk di katil. Aku mencebik. Membuang segala bunga-bunga yang bertaburan di tilam.
“Hish! Menyemak aje..” Keluhku. Syukri tersengih lebar.
“Untuk malam pertama kita juga..”usiknya. Aku mengacu penumbuk. Berani kau ek?
“Amboi.. Dengan suami sendiri garang.. Tak takut derhaka ke sayang?”tanya Ikhwan Syukri. Aku terdiam.
“Kalau tak sebab Alia cerita yang isteri sayani masih rindu kat saya, tak adanya saya nak masuk meminang tahu? Alhamdulillah kawan awak tu baik hati. Awak aje yang stone heart dengan saya..”
Aku hampir tergelak mendengar gelaran Syukri kepada aku. Stone heart? Kreatif juga mamat ini...
“Bila pula saya rindu?”tanyaku merendah suara. Syukri senyum lebar.
“Entah.. Adalah orangtu, tulis dalam blog dia yang satu lagi... ‘Sentiasa rindu pada IS’.” Syukri mengangkat kening. Aku terkesima.
“Blog itu pun boleh kantoi kat minah tu?” Aku jadi bengang.
“Dia kata haritu dia pinjam laptop Liyya, then automatically buka blog Liyya yang tak umum tu. Dia bacalah.” Syukri tersengih. Aku menepuk dahi sendiri. Tak sanggup berbalas pandang dengan Syukri. Kantoi! Kantoi!!
“Isk. Cuainya aku..”Keluhku.
“Kita kena berterima kasih pada Alia, Liyya.. Dan juga bersyukur pada Allah S.W.T kerana memanjangkan jodoh kita. Saya sentiasa rindu pada awak. Mungkin ruang perkenalan kita sekejap sahaja bagi awak. Tetapi bagi saya lama. Saya hanya minati awak dalam diam semenjak awak masuk KPTM. Saya kan jadi abang fesilitator group awak masa tu...?” Syukri memandang wajahku dalam. Aku tersipu-sipu. Aku tak ingat. Hehe..
“Dah malu pula dia..”Syukri tergelak kecil.
“Janji, jadi isteri yang solehah ya sayang?”pinta Syukri penuh mengharap. Aku memandang wajah Syukri dalam.
Aku lantas mengangguk sebelum mencium tangan Syukri. Aku terima jodoh ini. Aku terima!
Rasa bersyukur pada Allah S.W.T terkepung pada diriku. Andaikata aku dan Syukri tiada jodoh, aku tetap akan mensyukuri nikmat-Nya...
Dan Riffani Alia pula? Nanti minah tu!! Sempat lagi dia berbisik semasa mak andam menyolekku tadi, ‘Untuk kebaikan kau juga, cik Liyya Syazwani.. Ops!! Puan Syazwani....’
-semoga terhibur-
Cerita ini tiada kaitan yang hidup dan yang mati, watak-watak hanya rekaan semata-mata... *cuma matluthfi tu benar-benar wujud. Hehe...
Such a fairy tales... Never exit...
TERIMA KASIH sudi membaca karya ana yang tidak seberapa ini... :)
5 Komen untuk Cik Rin:
suke sangat! memule ingat Riffan tu laki. adeh...
boleh plak masuk falsafah matluthfi kan. haha...
ingat tu rin, cover2 sket luah prasaan kat blog. nnt kantoi. haha
alolo .. sweetnya citer nihh .. ske2!!
khalila - ngeee... tu la matluthfi hensem.. Err.. =.="
Rin mmng x de luah perasaan kat sesapa dlm blog... wuwuw.. bahaye~
far- time kasih far! hehe
best citer nie,, baca kat p2u.. huhu
nk matluthfi jugak mkcik ni ... haihhh ... :D
Post a Comment