....Pertama Di Hati....
Kerana dia sudi memberi, aku juga sudi menerimanya..
Berkenalan dengan dia, membuatkan jantung ini berdegup kencang. Betullah.. Cinta tidak mengenal erti siapa...
Genap 6 bulan perhubungan kami, akhirnya sesuatu yang aku tahu pasti terjadi, akhirnya terjadi. Cuma hati ini benar-benar tidak menginginkan ‘sesuatu’ itu terjadi.
Perasaan aku terhiris pedih.
6 bulan yang lepas
“Ada seorang lelaki, dia kirim salam.”
Aku angkat kening.
“Siapa?”tanyaku ingin tahu.
“Budak UNIMAS.. Budak engine..”jawab Miera sengih.
“Haih? Mana dia tahu aku?”tanyaku hairan.
“Kau kan cantik...”
“Isk! Mana ada! Aku rasa akulah perempuan paling tak cantik!”aku membidas.
“Ina, kau cantikla.. Janganla kau pandang rendah pada diri sendiri...”
“Malas nak layan kau Miera.. Bodek aje tahu..”
“Ina.. Budak engine tu..”ucap Miera. Aku angkat kening.
“Aku bagi nombor telefon kau kat dia.”Miera tersengih. Wajahku merona merah.
“Apahal kau bagi.. Alamak kauni Mier...”aku mengetap bibir geram.
“Sorry girl...”
“Kau dah tahu aku tak suka bagi nombor aku kat orang lain yang aku tak kenalkan?”aku tidak peduli kata-kata maaf Miera. Selebihnya rasa kesal menjamu di ruang hati.
“Orang minta maaflah.. Dia beria-ia minta.. Terpaksa bagi. Abang aku punya kawan. You know what? Dia tanya selepas dia lihat gambar kau dalam album aku. Tak sangka terus aje dia berminat habis dengan engkau..”terang Miera panjang lebar. Aku menghembus nafas kasar.
“Okay, kali ini aku maafkan. Tapi lain kali, tak ada maaf bagimu..”ucapku kasar. Miera tersengih lebar.
“Thanks kawan.. Sayang kau..”
Bodek lagi! Isk!
* * *
‘Hai, salam perkenalan.. Saya Rik.’
Mesej. Aku garu kepala.
‘Sape Rik?’
Send.
‘Boleh kenal?’
Aku garu kepala. Jawab ya atau tak?
‘Sorry saya tak kenal awak..’
Send.
‘Call boleh?’
Hah? Susahnya... Aku naik gelisah.
‘Jangan. Tak payah.’
Send.
‘Kejamnye awak...’
Aku garu kepala. Kejam? Aku mengetap bibir. Mana ada kejam...
‘Bukan kejam.. Cuma tak kenal..’
‘Kita jumpa, nak?’
Aku menggaru kepala. Jumpa? Tak nak aku!
Tiba-tiba telefon berbunyi. Berdebar jantungku melihat nombor yang tertera di skrin. Aku mengetap bibir. Biar betul budakni.. Talian terputus setelah aku membiarkannya berdering lama.
‘Tak angkat?’
Angkat? Perluke angkat?
‘Ada kerja lagini..’
‘Okay faham.’
Aku kelu. Jari-jemari ingin menaip sesuatu, tetapi perkataan ‘Okay faham’ itu mencantas niatku. Kenapa ada rasa sedikit terkilan di hati? Akhirnya aku letakkan telefon bimbit di atas meja. Memandangnya lama.
* * *
“Ina, call! Cepat.. Cepat..!”Miera menyerahkan telefon bimbitnya kepada aku. Aku tercengang hairan. Memandang wajah Miera yang seperti kekurangan oksigen.
“Jawablah! Tunggu apa lagi.. Aku pergi sambung masak lagi..”Miera berlalu pergi. Aku terkebil-kebil sendiri.
Aku rapatkan telefon bimbit Miera ke telinga.
“Hello?”
Seru orang di sana. Aku kerut kening. Lelaki?
“Hello, Ina ni.. Siapa tu?”Tanyaku teragak-agak.
“Ina, Rik. Ina ingat lagi?”
Aku kerut dahi. Rik? Oh, Rik yang itu!
“Ya, saya ingat. Kenapa call?”Aku berdehem kecil.
“Tak bolehke? Susah betul nak kenal awak ye..?”Pertanyaannya itu aku diamkan. Ada rasa aneh di hati mendengar suara lelaki itu. Suara yang penuh aura kelakian. Aku akuinya!
“Ina, awak masih kat sana?”Aku masih terdiam mendengar pertanyaannya. Rasa tidak senang menerima panggilannya yang tiba-tiba. Lebih-lebih lagi menggunakan telefon bimbit Miera. Apa kata Miera nanti?
“Okay, saya faham awak tak sudi. Maaf mengganggu..”Jujur suaranya seperti orang yang sedang berjauh hati. Salam perkenalan yang dihulur dipandang sepi. Tiba-tiba rasa bersalah itu menjengah diriku.
“Rik, telefon saya ada. Tak perlu call pergi telefon bimbit orang lain kalau nak call saya..”Ucapku lembut.
“Ha? Okay. Saya call awak melalui telefon bimbit awak.. Hehe..”Ada keriangan dicelah suaranya. Dan aku tiba-tiba rasa menyesal. Untuk apa aku melayan seorang lelaki yang aku langsung tidak kenal? Bagaimana jika dia berniat jahat kepadaku? Aku mengeluh sendiri saat talian dimatikan.
* * *
‘Sibuk?’
Aku memandang lama skrin telefon. Sudah seminggu perhubungan ini berlalu. Aku sendiri tidak pasti atas dasar apa persahabatan ini? Aku jarang mempunyai kawan lelaki. Lebih-lebih lagi orang seperti Rik yang sentiasa mahu tahu di mana aku dan pekerjaan aku sepanjang 24 jam.
‘Sibuk sikit. Kenapa?’
‘Nak ajak keluar hujung mingguni. Bawalah Miera sekali..’
Aku mengetap bibir. Jumpa? Wajarkah?
‘Rasanya ada program usrah hujung minggu ni.’ Kali ini, satu alasan itu tercipta. Tetapi untuk esok dan lusa, aku tidak pasti apalagi alasan yang wajar aku berikan kepadanya.
‘Apa itu usrah?’
Aku kelu melihat pesanan ringkas itu.
‘Awak tak pernah ikut usrah?’
‘Tak.’
‘Usrah bermaksud keluarga. Dalam Islam, pertalian saudara sesama muslim itu lebih penting daripada pertalian darah. Kadangkala usrah boleh membuat saya tenang, gembira, berkongsi masalah dan sebagainya. Usrah bukan sahaja terdiri dalam anggota keluarga sahaja. Tetapi dibentuk atas dasar saudara se-Islam. Kalau awak nak, awak boleh ikut usrah. Carilah rakan-rakan yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar.’
Panjang lebar aku tulis. Ayatku terkadang bercelaru. Namun aku mahu dia faham. Jika dia seorang lelaki yang tidak kuat agamanya, aku mahu dia jadi kukuh atas nama Islam.
‘Okay, saya faham..’
Itu sahaja. Aku agak kecewa dengan kata-kata itu. Tidakkah dia tahu bahawa seorang wanita, mahu lelaki terbaik dan mampu membimbing aku ke jalan sebenar?
‘Jadi tak dapat jumpalah hari Ahad ni?’
Sekali lagi dia menghantar pesanan ringkas setelah 10 minit aku biarkan.
‘I’m sorry, I can’t.’ Send.
Keputusan paling muktamad pernah aku letakkan dalam diri.
* * *
Selesai usrah bersama kumpulan aku yang diketuai oleh kak Ria sebagai naqibah, aku dan Miera bercadang hendak keluar untuk makan tengah hari. Kami berdua menuju ke sebuah gerai makan berdekatan dengan rumah sewa menggunakan kereta.
“Macam mana kau dengan Rik?”Pertanyaan Miera membuat aku tersentak.
“Entah.. Macamtu aje lah..”
“Aku ingat ada perkembangan.. Dia nampak benar suka pada kau..”Miera menyuap makanan ke mulut. Aku hampir hilang selera makan.
“Aku tak nampak perkembangan hubungan kami berdua. Dia usrah pun tak tahu..”Ucapku mengeluh. Bukan sengaja aku mengeluh kerana memperkecilkan dia, cuma sekadar keluhan sebagai saudara se-Islam.
“Bunyi kau ni macam memperlekeh dia aje..”Miera mengerut kening. Aku menghela nafas.
“Kalau sebagai kawan, mungkin aku terima. Sebagai suami, aku perlukan seseorang yang mampu membimbing aku Miera..”Ucapku menatap jauh ke jalan raya yang dipenuhi oleh kenderaan.
“Memang dia takkan dapat membimbing kau. Mungkin kau yang sepatutnya membimbing dia. Jangan pandang kesempurnaan semata-mata.”Tegur Miera. Aku mengerut dahi.
“Aku tak pernah pandang kesempurnaan. Tetapi kalau dihadirkan dia dengan aset mampu membimbing aku yang tak berapa lurusni, aku sudah cukup bersyukur.”
Aku agak tidak berpuas hati dengan hukuman yang Miera letakkan padaku. Aku tidak pernah sekalipun memiliki suami yang kaya-raya harta berlonggok-longgok seperti lombong emas. Apatah lagi kacaknya mengalahkan Shah Rukh Khan atau sesiapa pun artis terkenal. Aku harapkan dia mampu menjadi pembimbing aku dunia dan akhirat. Sekadar itu... Apakah itu dikatakan sebagai kesempurnaan?
“Ina, dunia sekarangni, kau susah nak jumpa lelaki yang baik seperti yang kau cakapkan. Kalau aku, aku terima apa adanya. Allah dah tetapkan jodoh.”
“Itu pentingnya doa, Miera...”Tegurku pelan. Takut si Miera comel kecil hati. Miera sekadar senyum.
“Ya, doa penting. Tapi jangan buat layan tak layan tentang si Rik tu. Dia manusia ada hati dan perasaan. Cakap baik-baik. Mana tahu dia nak berubah..”Miera menasihati aku. Aku termenung seketika. Tidak salah apa yang telah Miera katakan. Cuma aku yang patut membuat pertimbangan.
‘Kita jumpa, ada masa tak?’
Mesej yang baru ku terima aku tunjukkan pada Miera. Miera angkat bahu. Aku mengeluh kecil.
‘Jomlah. Jumpa dekat mana?’
* * *
“Hai...”
Aku menoleh. Agak terkesima melihat seorang pemuda segak berdiri di belakangku.
“Hai..”Ucapku teragak-agak.
“Hai, Rik! Ni Ina awak sudah kenalkan?”Tanya Miera mesra. Aku terkesima. Ini Rik? Rik tersenyum lebar. Angguk memandang wajahku dengan pandangan lembut.
“Okay, saya pergi jalan dulu.. You all borak-boraklah..”Miera berlari pergi sebelum sempat aku menariknya. Ada sedikit rasa marah di dada melihat Miera pergi meninggalkan aku sewenang-wenangnya bersama lelaki yang baru sahaja aku kenali.
“Rik..”Ucap Rik angkat tangan ingin menyalami aku. Aku memandangnya sambil berkerut.
“Sorry, bukan muhrim.”Ucapku pelan. Rik angguk meletakkan tangan di sisinya semula.
“Jom kita makan. KFC..Saya belanja.”Rik mempersila dengan sopan. Aku serba-salah.
“Err.. Saya sudah makan dengan Miera tadi..”Ucapku sopan.
“Oh, kalau macamtu kita nak pergi mana?”Tanya Rik gusar. Aku tersenyum kecil.
“Kedai buku nak?”Tanyaku. Dia akhirnya tersenyum lebar.
“Okay, saya pun nak cari buku sebenarnya..”
Berjalan-jalan dengan Rik di kedai buku membuatkan hatiku berbunga riang. Dia khusyuk memilih buku-buku agama. Itu satu perkara terpuji dan membuat diriku rasa terleka dengan karismanya. Cara dia membelek-belek buku saja sudah cukup menampakkan dia seorang lelaki yang baik.
Aku menuju ke rak buku-buku novel. Memilih sehingga lupa masa beranjak sehingga satu jam.
“Ina?”Teguran Rik menghilangkan rasa fokusku kepada buku. Ya, aku memang suka buku. Teramat suka! Membaca itukan kunci-kunci segala ilmu?
“Sudah?”Tanyanya. Di tangan Rik sudah ada beberapa buku yang dipilihnya. Aku akhirnya mengangguk kecil. Buku di tangan aku ada empat buah. Cukuplah dahulu.
“Jom..”Aku tersenyum riang melangkah beriringan dengan Rik.
“Awak suka buku ya?”Pertanyaan Rik aku jawab dengan anggukan. Rik tersenyum lebar.
“Saya bayar buku awak..”
“Eh! Tak perlulah...”Aku cuba menolak. Terkejut melihat buku di tanganku sudah berada di tangan Rik.
Hari ini, Rik belanja... Itu katanya. Aku tidak mampu menjawab sepatahpun. Aku tidak suka berhutang budi pada sesiapa.
“Macam mana tadi?”Tanya Miera. Aku angkat kening.
“Macamtu lah..”Ucapku sepi.
“Macamtu aje?”Tanya Miera lagi. Aku angguk.
Miera akhirnya senyap duduk di tepi aku sambil fokus ke arah televisyen. Aku sekadar diam. Memikirkan tentang lelaki itu. Perwatakannya sungguh mencuit hatiku. Perlukah aku meletakkan harapan? Terang sekali dia menginginkan diriku sebagai kekasih hatinya.
“Ina, saya suka awak.”Kata-katanya tadi akan aku bawa sehingga ke mati.
* * *
Sudah lima bulan aku berkawan dengan Rik. Akhirnya aku mengaku, hati ini benar-benar menyayanginya. Bukan kerana dia kacak, rupa tidak menjadi masalah kepadaku. Cuma aku rasa amat dihargai apabila bersamanya. Aku rasa selamat di sisinya. Tidak pernah dia mengambil kesempatan ke atasku sehingga kepercayaan itu ku letak tinggi di jiwa. Aku tahu dia akan menghormati aku sebagai seorang perempuan, bukan setakat perempuan, tetapi juga sebagai muslimah. Mungkin ilmuku dan imanku cetek. Tetapi aku harapkan keredhaan daripada Allah atas perhubungan ini.
‘Sudah makan?’
Aku sudah pandai memulakan perbualan antara kami. Memulakan pesanan ringkas agar aku tahu keadaannya.
‘Belum lagi. Nak makan sama?’
Pertanyaan itu sahaja sudah mampu membuatkan aku tersenyum lebar. Apa lagi yang perlu diharapkan oleh seorang perempuan kecuali perhatian daripada lelaki yang teristimewa di letakkan di hatinya?
‘Ina dah makan tadi, dengan Miera.’
‘Alah, baru aje nak ajak tadi.. :P’
‘Pagi ahad nak jumpa Ina tak?’ Hantar. Sungguh! Tebal wajahku meminta pertemuan itu. Tetapi aku perlu menemuinya untuk berbincang tentang sesuatu.
‘Ahad pagi saya tak ada. Tengah hari or petang no hal..’
Aku mengeluh kecil.
‘Apesal setiap pagi ahad awak tak ada?’Send.
‘Saya malas nak bangun pagi.. Hehehe.’
Aku tersenyum mendengar alasannya.
‘Awak, tak solat subuhke?’
‘Tak! Haha.. Gurau aje. Ina ni... Tanya soalan sensitif..’
‘Sensitif tak sensitif, solat itu tiang agama..’Aku cuba memperingatinya.
‘Okay Rik faham sayang...’
Perkataan sayang itulah yang membuat hatiku dilonjak rasa. Sebuah rasa yang tidak pernah aku temui sedari dulu. 23 tahun aku hidup di muka bumi ini, hanya lelaki itu sahaja mampu membuatkan jantung aku berdebar kencang dan hatiku berada diawang-awangan.
‘Pagi ahad set okay?’
‘Maybe pukul 11, Rik jemput Ina..’
‘Tak perlulah, Ina datang dengan Miera nanti..’
* * *
“Hai..”Ucap Rik tersenyum lebar melihat kehadiran aku dan Miera. Aku turut tersenyum.
“Hai, Rik... Ina, Rik, aku nak pergi jumpa kawan aku dulu.. Dekat McD..”Miera memandang wajahku.
“Eh, habis aku dengan Rik macam mana?”Tanyaku resah.
“Kau makwe dia. Tak apa.”Bisik Miera.
“Mana boleh macamtu..”Ucapku mendesak.
“Ina, saya tak makan awak punya.. Kita makan tengah hari dulu, cik Miera, silalah berjumpa dengan kawan awaktu..”Akhirnya Rik meleraikan kekusutan kami. Aku masih cuak.
“Okaylah macamtu..”Ucapku sekadar menjaga hati Miera. Miera senyum dan memeluk tanganku.
“Thanks... Aku rasa aku nak pergi tengok wayang dengan member aku nanti. So, Rik yang hantar kau ye..”
Sekali lagi aku rasa tidak senang.
Ini kali kedua pertemuan kami tanpa Miera. Mungkin rasa kekok itu lebih lagi kerana Miera yang selalu menceriakan keadaan.
“Jom order..”Suara Rik perlahan mematikan rasa kalutku.
“Jom.”Aku beriringan dengannya masuk ke Food Court bersama-sama Rik. Dia tinggi. Agak tinggi sehingga aku terasa kecil di sisinya.
“Saya order air dulu. Tolong jaga wallet.”Rik menyerahkan dompetnya kepada aku sambil mengeluarkan beberapa tunai dan menggenggamnya. Mataku terlintas gambar kad pengenalan Rik. Comel. Selama ini, aku tidak pernah menyimpan gambar lelaki itu. Terdetik hati untuk melihatnya.
Rik pergi, aku pula membuka dompet lelaki itu. Bukan hendak mencuripun.
Seketika aku membaca nama penuh Rik dalam kad pengenalan.
Rick Angeles? Kristian?
* * *
Separuh nyawaku rasa kehilangan. Berkali-kali aku cuba melupakan lelaki itu. Seminggu yang lepas, aku tukar nombor telefon. Kepada Miera, sudah aku pesan agar tidak membawa perkaitan antara aku dan lelaki itu.
“Serius Ina, aku tak tahu dia non-muslim!”Mungkin kerana rasa bersalahnya menggunung tinggi terhadapku.
“Kau jangan buat muka macamni seminggu ni.. Monyok aje. Makan tak berapa nak..”Pujuk Miera.
“Kau boleh cakap macamtu, Miera.. Aku dah tersuka dia..”Aku mengetap bibir. Miera menghela nafas panjang.
“Apa kata kau beri dia peluang. Tanya sama ada dia nak masuk Islam ke tidak. Aku pun penat hari-hari dia call, mesej. Macam aku pulak yang jadi heroin kat sini..”Keluh Miera. Aku menggigit bibir. Mencubit tangan Miera. Miera terbelalak kesakitan.
“Heroin apa kalau macamni? Aku tengah sedih kau nak melawak pulak!”Ucapku menahan ketawa. Miera tersengih.
“Aku tak fikir aku melawak Ina.. Sekadar nasihat. Jangan buat dia macamtu. Dia call hari-hari, mesej berpuluh kali. Tandanya dia sayang betul pada engkau..”
Hatiku dilambung sebuah rasa tanpa sempadan. Sebelah hati rasa terharu, ingin bertemu kerana rindu itu masih bertamu. Sebelah lagi hati ingin bertahan, tidak mahu terlibat dalam kesukaran ini.
Akhirnya aku menghela nafas panjang. “Cinta manusia tak boleh di bawa mati. Cinta Allah lebih penting. Biarlah masa yang menentukan. Aku tak mahu terikut-ikut dek hati.”
“Ina, better kau jumpa dia dulu, bincang. Kau tak tahu setiap petang dia park kat depan rumah kita ke?”Tanya Miera memandang tajam wajahku.
“Aku minta maaf, sebab aku kau jumpa dia...”Ucap Miera kesal. “Kalau tak, tak mungkin kau jadi macam sekarang..”
“Miera, dia pertama di hati ini lelaki yang aku sayangi selain abah dan adik aku. Tetapi aku tetap tak dapat terima dia. Aku tak tahu dia nak atau tidak kalau aku ajak masuk Islam. Kau kena faham... Dia pun ada agama dia sendiri, pegangan dia sendiri...”
Ya, aku kena sabar dengan dugaan Allah yang satu ini. Aku kena sabar!
* * *
“Ina..”
Aku menoleh. Rik!
Langkahku laju menuju ke arah kereta.
“Ina, wait!”Rik menahan langkahku. Berdiri tegak di pintu kereta pemandu. Aku menarik nafas panjang. Aku merenung wajah dia. Sungguh aku rindu!
Berkenalan dengan dia, membuatkan jantung ini berdegup kencang. Betullah.. Cinta tidak mengenal erti siapa...
Perasaan aku terhiris pedih.
6 bulan ini, akan berakhir di sini. Aku pasti..
“Ina, kenapa ni? Sebulan saya tercari-cari awak..”Ucap Rik turut merenung wajahku. Dia masih seperti sebulan yang lepas. Kacak!
“Saya sibuk.”Ucapku tunduk.
“Bohong. Saya tak bodoh Ina..”Bisiknya tetapi suara itu masih sampai ke telinga aku.
Kau yang berbohong, Rik! Hatiku diragut rasa sakit. Dia berbohong dan dia tahu aku muslimah. Dia perbodoh aku dengan menjalinkan satu hubungan palsu.
“So what? Saya bohong atau tipu, bukan ada kaitan dengan awak! Tepi, saya nak balik ni.”Aku mencerlung ke arah wajahnya.
“Awak kejam.”Ucapannya itu membuat kaki aku terpaku. Kejam? Siapa yang lebih kejam? Dia atau aku?!
“Kaitan awak dengan saya sudah cukup jelas, Ina. Saya sayangkan awak.”
Terasa batu menghempap segala sendi dan uratku. Terasa hati ini dipagut rasa sendu yang tiada penghujungnya. Tetapi apa gunanya sayang dia saat ini? Dia tetap penipu! Cinta ini tak mungkin bersatu. Air mataku bergenang.
“Pergi mampus dengan sayang awak! Seumur hidup ini, saya tak pernah membenci. Awaklah yang pertama!”Suaraku nyaring dan lantang. Butiran air mata laju mengalir ke pipi. Aku benci apa yang terjadi sekarang ini!
Tanpa aku sedar, aku telah menolak tubuh Rik kuat. Terus memasuki keretaku dan memandu pergi bersama sebuah tangisan. Cinta ini tidak akan kesampaian. Cuma mampukah aku melupakan dia? Yang pertama di hati...? Hanya satu yang boleh aku lakukan , membencinya supaya cinta ini tercantas dan terkubur sehingga aku mati!
Petang itu, aku lihat Rik memandang sepi rumah sewa kami dari kejauhan. Di bawah pokok. Kenapa perlu menunggu sedangkan dia tahu sejauh mana kami akan berhenti?
‘Bagitahu Ina, aku rindu kat dia. Sangat.’
Mesej yang Miera tunjuk kepadaku ku pandang sepi. Pergilah rindu itu. Aku tidak mahu turut terseksa menanggung perasaan yang tiada akhirnya.
Tepat pukul 6.30 petang, aku lihat dia mula berganjak ke kereta. Setitis air mataku jatuh. Sedih tidak terhingga!
Teresak-esak aku menangis di tepi tingkap. Aku janji inilah kali terakhir untuk aku menangis kerananya! Semua ini hanyalah cinta dunia, Ina... Pujuk hati kecilku.
Aku dan Miera berjalan menuju ke KFC. Langkahku terhenti melihat kelibatan Rik bersama seorang wanita lain duduk ketawa di meja paling hujung. Jauh dari sesiapa.
Tipulah sekiranya aku kata aku tidak mempunyai apa-apa perasaan tatkala melihat kemesraan itu dihadapan mataku. Akhirnya aku mengalah, melangkah pergi membiarkan Miera sendiri.
“Ina, kau nak ke mana?”Miera memanggil namaku. Aku menoleh. Tatkala itu, mataku bertembung dengan Rik. Saat aku tergamam, dia telah melangkah mendapatkan aku. Tidak membiarkan aku berlalu walaupun sedetik. Laju langkahku berlari keluar dari pintu.
“Ina!”Dia menyeru namaku. Sebak di dada menjulang-julang. Kalau sayang, kenapa mesti keluar bermesraan dengan wanita lain?! Aku benar-benar rasa tertipu.
“Ina, awak marah saya ke?”Buat pertama kalinya Rik mencapai tanganku, menarik tanganku untuk berhadapan dengannya. Aku cepat menepis. Mengelap air mata yang tersisa.
“Tak! Untuk apa marah pada awak?”Sinis suaraku lontar untuknya dengan harapan dia faham, hati aku sudah tiada lagi tercatat namanya.
“Kalau tak marah kenapa lari? Awak cemburu?”
Menyirap darahku atas tuduhannya.
“Cemburu? Saya tak ada apa-apa dengan awak Rik! Terpulang pada awak nak duduk dengan siapa, sembang dengan perempuan mana pun... Suka hatilah!” Kasar suaraku merempuh bunyi bising yang ada. Aku tahu orang sekeliling mula memerhati dan berbisik-bisik. Cuma perasaan malu itu tenggelam dek amarah yang membuak di hati ini.
“Ina, be honest okay! You are in love! Orang itu adalah saya!”Rik merenung tajam anak mataku. Aku tertunduk.
“In love?”Aku tersenyum sinis. Apalah guna cinta jika kita daripada benua yang berbeza, Rik?
“Dia adik perempuan saya. If awak tak percaya, jom saya kenalkan pada dia.”Ucapan Rik itu membuat hatiku lebih berombak.
“Awak sedar tak Rik? Awak siapa, saya siapa? Awak sepatutnya kena jujur pada saya. Pada diri awak sendiri! Jangan meletakkan saya dalam harapan dan angan-angan awak sebab saya risau nanti saya yang lebih lagi mengharap pada awak..”Air mataku jatuh satu-persatu. Aku tidak mengendahkan Rik yang mula terpinga-pinga di situ. Aku mengatur langkah.
“Awak mengarut apani?”
Bergetar hatiku mendengar tempikannya. Aku menoleh.
“Awak kristian kan??”Soalku lambat. Dia terkedu. Aku mengesat air mata, menghadiahkannya sebuah senyuman yang paling pahit. Nampak tak Rik? Perbezaan awak dan saya? Setiap pagi ahad, awak di mana Rik? Kononnya bangun akhir...
Tersiat perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Di sinilah titik noktah cinta kita Rik....
* * *
2 tahun kemudian.
“Phewwittt! Makwe nak pergi mana?”
Aku jeling Soffian. Bengang!
“Siapa makwe awak..??”Bentakku geram.
“Eleh, sekarang awak tak mengaku. Tengoklah nanti, mesti awak tergila-gilakan saya lepasni..”
“Riaknya awak berkata-kata.. Apa awak nak buat kalau saya masih tak suka awak?”
“Tengoklah..”Cuak suara Soffian. Aku mendengus.
“Awak nak santau saya ke?”Bentakku lagi. Soffian merenung tajam pada wajahku.
“Saya masih ada agama, Ina.. Tak perlu awak berfikir sejauh itu.”Keluh Soffian. Aku memasamkan muka. Konon! Bisik hatiku marah.
“Sudahlah Pyan, hati saya tak pernah terbuka untuk awak.”
“Kenapa? Apa kurang saya?”Aku terdiam mendengar pertanyaan Soffian. Lelaki yang ku kenali setahun yang lepas semenjak aku bekerja di sini.
“Awak takde kekurangan, Pyan. Cuma jangan terlalu mendesak. Saya pun ada perasaan.”Ucapku penuh emosi. Jangan diganggu lagi hati ini. Aku amat takut luka-luka lama bertaut kembali.
“Saya tetap menanti awak, Ina. Mungkin sekarang awak belum bersedia, tetapi saya percaya, awak akan terima saya suatu hari nanti.”
Aku mengeluh kecil. Saya takkan dapat meletakkan awak di hati Pyan, hati saya masih ada yang bertakhta...
* * *
“Awak jumpa dengan pengurus projek pembangunan Tanjung Idaman, Ainina...”
Aku sekadar mengangguk dengan arahan Mr Lee.
“Bukan Pyan yang uruskan projek tu ke Mr. Lee?”Tanyaku hairan.
“Awak dan dia pergi sama.”
Aku mengangguk lagi.
Aku memandang Soffian yang duduk di mejanya. Sekali lagi aku mengeluh. Kenapa mesti dia?
Petang itu, aku menumpang kereta Soffian menuju ke Syarikat Mega Jaya Sdn. Bhd. Sepanjang perjalanan, Soffian banyak berceloteh tentang kerja-kerja pejabat dan berita-berita terbaharu mengenai kawan-kawan pejabat. Aku hanya mendengar. Sekali-sekala mencelah. Soffian memang seorang yang peramah dan senang diajak bersembang.
Sampai sahaja kami di pejabat Mega Jaya, aku dan Soffian terus menuju ke kaunter pertanyaan.
“Encik Fariq kata dia akan sampai ke bawah sekejap lagi. Jadi cik berdua boleh tunggu sebab encik Fariq ajak lunch sama..”Aku menghela nafas mendengar kata-kata gadis manis tersebut. Aku menilik jam. 2.30 pm.
“Saya dah makan.”Bisik Soffian. Aku tersengih lebar.
“Saya belum...” Jawapanku mengundang senyuman Soffian.
“Hai..”
Serentak itu aku dan Soffian menoleh. Dupp!! Jantungku seakan-akan berhenti untuk sesaat. Wajahku pucat.
“Encik Fariq, kenalkan ini Cik Harlinna Ridzuan.” Suara Soffian menyedarkan aku daripada kejutan. Fariq?? Aku merenung tepat ke arah wajah Encik Fariq. Dia juga begitu. Fariq dan Rik bukan orang yang sama ke? Ataupun pelanduk dua serupa!
“Harlinna..”Aku senyum mengangguk padanya. Encik Fariq akhirnya mengukir senyuman. Aku terpana. Senyuman itu adalah milik Rik! Sumpah... Dadaku berdetak laju.
“Fariq Fikri. Nice too meet you. Jom kita pergi makan. Lepastu kita bincang-bincanglah apa yang patut nanti.. Saya belum makan lagi. Awak berdua dah makanke?”Ramah ayat itu keluar dari bibir Encik Fariq Fikri. Cuma entah kenapa rasa terkilan itu bertamu di dalam hati.
Fariq, mungkin wajah dan tubuhnya sama dengan Rik. Cuma Rik bukan seorang yang mudah mesra dengan orang lain. Rik bukan seorang yang peramah. Sedangkan Encik Fariq, dia tidak segan silu untuk mesra dan menghulurkan senyuman kepada sesiapa! Hatiku bergolak. Sah aku salah orang!
Aku cuba berpijak di dunia nyata. Cuma entah kenapa mata ini asyik memerhatikan lelaki itu. Naluriku kuat menyatakan dia banyangan Rik. Ah, Ina.. Lupakan saja cinta yang lepas, Ina! Bentak hatiku.
Telefon berbunyi tiba-tiba.
“Hmmm.. Waalaikumsalam. Okay nanti akak datang kejap lagi...”Ucapku sebelum meletakkan telefon bimbit.
“Pyan, saya ada hal kecemasan. Adik saya kemalangan sikit, dia minta saya datang. Awak pergilah lunch dengan encik Fariq. Awak tak kisahkan?”Aku memandang Soffian meminta pengertian. Soffian memandang aku tanpa berkelip.
Dia menghela nafas panjang. “Awak pakai kereta saya...”
“Eh, takpelah! Saya pakai teksi aje.. Encik Fariq, saya minta diri dulu..”
Aku hayunkan kaki laju tanpa menunggu sepatah perkataan lagi daripada Soffian. Yang pasti, Encik Fariq tidak mungkin ada apa-apa pesanan untukku.
‘Dia bukan Rik, Ina..’Pujuk hatiku sepi.
Aku menuju ke perhentian bas berdekatan. Hatiku amat-amat bercelaru.
* * *
‘Assalamualaikum. Hai, salam perkenalan.’
Dahiku berkerut seribu.
‘Wslm, siapa?’
Send.
‘Saya Fariq.’
Denyut nadiku mula tak teratur.
‘Fariq?’
‘Haritu kita ada jumpa. Masa nak discuss project tapi awak pulang awal. Sebab adik awak accident kan?’
‘Oh, Encik Fariq..’
Aku menelan air liur berkali-kali.
‘Ye, sayalah ni.. Hehe. Awak tengah buat apa?’
Aku meraup wajah.
‘Maaf, saya sibuk.’ Hantar.
‘Kejamnya awak...’
Aku terkesima. Ayat itu seperti pernah lekat di ruang minda. Aku terkedu merenung bait-bait perkataan itu. Kejamnya awak??
Telefonku berbunyi. Aku menggelabah. Jawab ke tak?
Akhirnya aku beranikan diri untuk menerima panggilannya.
“Ina, Rik rindu..”
Satu perkataan itu sahaja membuat jiwaku melayang-layang. Rik? Aku keliru!
“Rik?”
“Ina tak perasan Rik lagi ke? Tak ingat Rik?”
“Mana dapat nombor saya?”Aku bertanya hairan. Beberapa detik aku dengar keluhan darinya.
“Minta dari Soffian. Salahke?”Tanya Rik. Aku gamam. 2 tahun berlalu. Aku janggal!
“Rik tunggu Ina dah lama.. Rik harap, Ina masih sayang Rik macam dulu. Saya masuk Islam atas kerelaan hati saya, Ina.. Sudi tak awak jadi isteri saya? Ibu kepada anak-anak saya?”
Serius, aku memang merinduinya. Setiap bayangan dirinya, aku ingin lekatkan dalam kotak memori ini. Kalau benar dia ikhlas, aku bersyukur atas rahmat Ilahi atas yang satu ini. Setiap kesabaran itu, dibalas dengan kemanisan.
Air mataku mengalir satu persatu.
* * *
Aku terketar-ketar menahan rasa. Jari-jemari bertaut rapat.
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!”
“Alhamdulillah..”
Satu persatu air mata mulai mengalir ke pipi.
“Ina...”Redup suara Fariq Fikri menarik daguku. Mengucup dahiku agak lama. Sukar untuk aku bayangkan betapa bahagianya rasa hati ini. Dia pertama yang tersemat di hati ini. Dan InsyaAllah kekal berada di hati ini sampai bila-bila.
Ya Allah, kalau dia dihadirkan sebagai jodohku di dunia, aku wajib mensyukuri atas segala nikmat-Mu. Semoga di akhirat aku menjadi bidadari untuknya jua...
10 Komen untuk Cik Rin:
best cerita ni. uhuk uhuk uhuk.... ^_^...
cik RynsyaRyc.... ade 1 comment awk kat entry saye, termasuk dalam spam & terdelete secare tak sengaje T_T.... huhuu.... sori sangat2......
pergh mcm baca novel pula rasa..sayang benar rik ni sampai sanggup masuk islam..
follow kamu^^
alahai. romantic nyee ! :)
aduh syahdunye...dh cam cerite betul dah....bce nga penuh khusyuk dah :)
Entri terkini | 20 Tone/Attitude Words
besssssssshnya ! like sgt2.
Jum hayati di sini (^o^)
bila izrail datang memanggil
lol.... cinta sampai syurga....=)
jom bacer sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html
beshnya...panjang-panjang pun Kiz tetap baca..
pandai karang cite,,, jeles
khalila= terima kasih daun keladi kak! hehe...
woofer- novel pulak dah? pendek aje ni...
ema- thanks ema! hehe
kazen- thaks kazen! apa yg syahdu nya?
zaty- time kasih awak.. terharu sngt..
L- cinta smpai syurga? InsyaAllah kita dpt..
Kizz- terima kasih kizz.. salu nmpak awak komen kt blog rinsya.. :')
syahiroo- x de la.. sikit-2 je..
macam tu aje...rin patut panjang kan lagi penamatnya...baru best la...huhuhu
Post a Comment