CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 8, 2012

Novel :: Lelaki Versi Dia (Kaki Novel)

 
Alhamdulillah akhirnya Lelaki Versi Dia sudah diterbitkan menjadi naskah melalui Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan pembaca dan pengomen tegar.. Tak terbayar budi oleh Cik Rin. Huhu. 
Terima kasih jugak kepada mereka yang sudi memakbulkan keinginan hati melihat LVD duduk atas rak buku saya yang dah nak roboh tu. Keh3... Kepada kawan-kawan penulis (teringin nak sebut tapi risau kang entri ni terlebih panjang org tak mo baca), terima kasih sebab tak sudah2 memberi semangat, pendapat, sokongan dan sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang. 
Buat reader yang membaca dan mengomen, tanpa komen2 tu memang takkan LVD terbit. Belajar dari pembaca dan kritikan positif serta komen yang membina amat membantu Cik Rin kita ni (dulu dia tulis cerpen guna bahasa SMS yaw)
Budi kalian tidak akan dapat saya balas, semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita. 
 Untuk yang sudi membeli LVD, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih... terima kasih... terima kasih... Kalau ada kekurangan serta ketidaknormalan dalam Wan Aakif dan Arwin Raisha, saya memohon maaf ya? :D
   
 
 
LELAKI VERSI DIA – AIREEN ARYANA


No. ISBN:- 978-967-5067-55-6
Jumlah muka surat:- 432
SEMENANJUNG: RM 19.00 AHLI KN: RM 15.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00


“Dia yang kusut, dia serabut, dia yang membuat hatiku terpaut....”

Sinopsis:-

Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya.
Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.


12 Komen untuk Cik Rin:

Seri Ayu

Salam, bestnya dah kuar LVD saya akan dptkannya...:-)

Anonymous

Congrats Cik Rin. smoga novel Cik Rin mndpt smbutan hngt dan laku mcm hot pancake ^__^

nursyafika

Yeayyyyyyyy finally......bila novel ni kuar eh? Tk Sabar nk beli !!!! Hehe

kak na

tahniah rin

Anonymous

bila nak terbit? -ain

Era Kecik

bestnye dia. akhirnya impian dia dah tercapai. huhuhu. tahniah kak rin :) dah keluar ke novel tu? nanti nak mintak duit ngan mak, hehehe :P

Wild Cherry

Kt fb da komen, kat sini pon akak nk drop komen...
congrates Rin =)

noorliyana Shamsuddin

Taniah Reen, alhamdulilah akak baru je jumpa blog Reen n baru je baca cerita2 yg ada di dlm blog sangat bagus n baik pengunaan bahasa n jalan cerita, semoga Reen akan lebih berjaya lagi dimasa akan datang, pastikan Qualiti yg utama bukan mengejar Quantiti tampa Quality . . . tak sabar nak oder novel awak dgn Kaki Novel . . selaki lagi taniah

RinsyaRyc

@Seri Ayu
Wslm, alhamdulillah dah boleh order di laman web Kaki Novel Publisher ^_^

Anonymous- wala, hotpangkek lagituuuu. tqvM. ^_^ aminnnnn

@nursyafika-
Finally! finally! bulan 1 2013, n dah boleh order kat laman web KN hari ni...

@kak Na-
tq kak na...wuwu...

@Ain-
Bulan 1 dah ada kat pasaran. tapi nak order sekarang kat laman web kaki novel pun boleh...

@era kecik-
Impian kak bulat mata ^_^
tq eraaaa..

@Wild Cherry-
kak ecah tq sekali lagi ^_^

@noorliyana Shamsuddin-
Alhamdulillah, akhirnya keluar. terima kasih atas nasihat, akan dijadikan panduan selepas ini.. ^_^semoga berpuas hati dngan LVD ^_^

Era Kecik

Hehehe. Eh, Entry tu. Ingat lagi Kak Rin rupanya. Tahniah kak! Impian akak tercapai akhirnya. Hehehe ^_^

Afifah Yusof

tahniah. tahniah. tahniah. tahniah kak Rin. Tak sabar nak dapatkan. ^_^

Anonymous

Hii..luvly aireen, tq..tq.. byk2 tau. sign dekat buku yg akk order thru kaki novel... continue writting coz i'm ur silent reader.. from: Sis Nor Hana...