CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 7, 2012

Cerpen: Suka Sama Kamu


Salam....

Cerpen ini adalah agak berbeza kerana pembaca akan menyelami dua watak yang berlainan dalam satu masa. Cerpen ini hasil tulisan saya dan seorang penulis bernama AYUMI AFIQAH (Adinda saya nih! Ngahahaha!)....



Dalam satu tajuk, kami lampirkan dua kisah hati yang berbeza. Saya tulis tentang Sufi, Ayumi tulis pasal Daniel Quzairy. Saksikan apa yang akan terjadi ^____^ !!




(Enjoy lagu Suka Sama Kamu D'Baginda kalau x keberatan ^_~)










Daniel Part....1


WAJAH gadis yang sedang duduk termenung seorang diri di bawah pokok aku renung tanpa kelip.Aku suka renung wajah itu. Makin aku renung, makin melekat pulak kat hati ni. Tapi sayang, dia dah berpunya.Pernah sekali tu aku nampak dia tengah date dengan kekasih dia. Perasaan aku masa nampak? Tak usah diceritalah.Rasa macam nak terjun bangunan pun ada. Tapi, iman aku taklah senipis tu. Aku tahu siapa aku. Tak layak dengan si dia yang cantik menawan tu. Tengah aku ralit melayan perasaan, terasa bahuku ditepuk kuat. Aku berpaling ke tepi.

“Amboi… ralitnya tenung anak dara orang.Weh, dia tu kan dah ada yang punya!” kata rakanku, Alif sambil tergelak-gelak.Aku buat muka kayu. Dah selalu sangat dengar ayat macam tu. Hati aku pun dah boleh terima kenyataan tu walaupun kadang-kadang rasa frust tu tetap ada bila tengok dia dating dengan pakwe dia tu.

“Itulah kau… dari dulu lagi aku suruh tackle dia, kau tak nak!”Giliran Izz pula mengata aku.Lagilah aku buat tak dengar. Sebenarnya, bukan aku tak nak tackle. Tapi aku segan. Atau dalam erti kata lain, aku malu. Lagipun, dia kan dah berpunya. Nak ke dia pandang aku ni?

“Bukan aku tak naklah. Korang tahu kan yang dia dah ada boyfriend. Tak naklah aku kacau,” balasku dengan muka bosan. Dah banyak kali aku ulang benda sama. Aku, Daniel Quzairy takkan sekali-kali rampas kekasih orang!

“Bro!Baru boyfriend okey, bukan suami!”

Kata-kata Alif yang berupa sokongan itu buatkan aku berpaling ke arahnya.Terpinga-pinga wajahku seketika.“Apa kau cakap?”

“Aku cakap, diorang belum kahwin lagi. Kau masih ada can nak tackle dia.” Alif mengulangi ayatnya tadi.Aku terkebil-kebil sendiri.

“Aku setuju!Lagipun, pakwe dia tu bukan layan dia elok-elok.Aku tengok dia tu selalu jadi kuli aje. Buatkan assignmentlah, kerja tulah, kerja nilah… sianlah wei…” tambah Izz pula.

Aku diam. Mataku masih lagi lurus merenung wajah gadis bernama Sufi Shahleena tu. Selembut namanya, begitu jugalah orangnya.Kata-kata Izz tu memang tak aku nafikan. Kekasih dia yang aku dah lupa apa namanya tu memang selalu buat dia macam kuli. Kadang-kadang, kasihan jugak tengok dia macam tu. Bukan kadang-kadang sebenarnya, tapi selalu.

“So… korang nak aku buat apa?” Aku bertanya dengan muka bodoh, memandang Alif dan Izz silih berganti.

“Hmm…” Izz dan Alif berfikir-fikir. Sementara menunggu jawapan budak berdua ni, aku palingkan wajah ke arah Sufi. Terkejut aku saat itu bila melihat kekasih dia dah datang duduk sebelah dia. Mesra pulak tu! Tak nak terus sakitkan hati tengok adegan tu, aku palingkan muka ke arah Izz dan Alif semula.

“Hah! Aku tahu! Apa kata kalau kau cuba tackle dia?”Izz memberi cadangan.

“Yalah… tapi macam mana?” soalku lagi. Bengap juga kawan aku ni!

“Macam ni…” Izz berbisik rapat ke telingaku. Macam tak nak bagi orang lain dengar padahal kat sini cuma ada aku, dia dan Alif aje pun. Sebaik dia habis memberi cadangan, aku terus terbuntang biji mata.Tak percaya.

“Serius kau?”Aku bulatkan mata besar-besar.

Izz angguk.Aku telan liur.Sekali lagi bahu aku jadi mangsa tepukannya. “Alaahh kau ni… aku bukan suruh kau buat benda tak elok. Tak adanya aku nak suruh kau letak ubat dalam minuman dia ke apa…”

Aliff gelak kuat-kuat dengar ayat selamba badak Izz tu. Aku kerut muka. Ish, seganlah… Percaya atau tak, aku bukanlah jenis lelaki yang pandai ayat perempuan.Nak cakap dengan perempuan pun aku dah gagap. Ini kan pulak nak pergi tackle. Mahunya aku tak keluar rumah 40 hari, 40 malam nanti. Adehhh…

“Entah kau ni!” Aliff pulak yang tepuk bahu aku. Lama-lama senget jugak bahu aku ni. “Kau cuma perlu pergi tegur dia. Ajaklah dia borak apa-apa pun. Nanti-nanti okeylah tu.”

Aku diam. Mata terus perhatikan pasangan kekasih tu. Namun, aku terkejut bila Sufi tiba-tiba bangun.Dengan badan aku sekali tegak semacam. Aku tengok Sufi macam marah aje kat mamat tu. Walaupun aku tak dengar apa yang diorang cakap, aku yakin yang diorang tengah gaduh. Entah apa pulak si mamat tu buat kat Sufi kesayangan aku tu. Erk! Kesayangan? Dalam hati bolehlah aku cakap macam tu. Nak cakap depan dia? Tunggulah kucing kat rumah aku tu tumbuh tanduk tiga dulu, belum tentu aku berani nak cakap kat dia macam tu.

“Weh, weh… macam gaduh besar aje tu. Hah! Nilah masanya kau nak masuk line, Daniel!”Sekali lagi Alif tepuk bahu aku.

Aku pandang muka dia. Dia pun tengok muka aku sambil senyum-senyum.Patut ke aku ikut cadangan Alif tadi?



Sufi Part.....1



TAK PASTILAH nak cerita dari mana... Orang lain ada pakwe juga tapi aku rasa pakwe aku ni macam pelik sikit. Aku tahulah dia handsome... Peminat merata-rata. Namapun canggih semacam. Akif Zainal.

Mula-mula kawan aku cakap yang Akif berminat nak jadikan aku makwe dia. Aku tengok dia handsome sikit, lepas tu bajet cool-cool bebeh, aku okay je. Siapa tak nak boyfriend glamour ala-ala diva kampus siap ada kereta sebiji? Tapi yang tak tahannya,

Baby you tolong I boleh tak? Siapkan assignments Madam Shirley boleh? I love you tau!”

Dia bukan cakap depan-depan, dia main telefon aje. Sayang punya pasal, aku ikutkan juga. Nia kata;

“Kau ni bodoh tau tak? Bodoh maut tak terkata! Cubalah kau tegas sikit... Aku tengok Akif tu tak menghargai kau sikitpun...”

Akupun dah rasa aku mula bodoh. Tiga minggu pakwe makwe dengan dia, satu faedahpun aku tak dapat. Dia ajak aku dating kali pertama tengok wayang karipap-karipap cinta. Karipap la sangat! Sampai dia hantar aku balik, sikitpun dia tak cakap apa-apa. Dalam handphone boleh tahan sayang-sayang... Apakah?

Bila Akif datang ke arah aku, aku terus berdiri memandang wajahnya.

“Lambat?” Soalku tegang. Akif sengih aje sambil terus duduk di tepi pokok membiarkan aku berdiri tegak macam orang baca ikrar depan dia.

“Sesak tadi...”

“Sesak apa?”

Cool la Fi... I baru je datang you dah sembur I... Duduk dulu.” Dia bagi arahan. Aku sebenarnya marah sebab dah setengah jam tertunggu-tunggu dia kat bawah pokok. Kalau orang lain buat tak nampak tak apalah juga... Yang aku bengangkan sebab ada dua tiga orang dah pandang aku semacam. Tapi aku duduk la jugak kat tepi dia. Aku tunjuk muka rilek pandang wajah Akif.

You dah siapkan course work I tak? I nak hantar minggu depan la...” Ucap Akif lembut. Aku mencerlung geram.

You kalau jumpa I mesti nak suruh I buatkan you kerjakan? I pun ada kerja juga, Kif...” Ucapku tahan sabar. Akif menjuih bibir membuat hatiku semakin berapi. Dia ni kan!

“Kalau you tak nak tak apa... Banyak lagi orang boleh tolong I...” Ucap dia sambil gelak kecil. Tersirap darahku mendengar kata-kata dia.

“Banyak orang? Maksud you, you banyak girlfriend ke?” Soalku curiga. Akif terkebil-kebil mencari jawapan.

“I tak ada girlfriend lain... I ada you seorang je...” Dia bodek, aku tau.

“Kalau macam tu, mulai hari ini I tak nak buatkan you kerja lagi. I bosan tau tak? I tak ada life bila terpaksa buat kerja 24 jam!” Aku berdiri tegak marah kepada Akif. Akif juga ikut berdiri.

You kena tolong I juga sebab lecturer I dah minta minggu depan...” Rayu Akif menahan langkahku. Dia nak perbodohkan aku lagi ke? Cukuplah!

“I tak rasa I kena tolong you. Mulai hari ini, kalau you nak putuskan I, tak apa I tak kisah. But mark my word, I tak nak buatkan kerja untuk you lagi... Ada faham?” Soalku kepada Akif. Aku tak nak diperbudakkan lagi.

Akif mengeluh kuat sebelum tersenyum sinis kepadaku.

Somehow, you tak nak tak apa... Tapi lepas ni, jangan nak merayu melutut kata you nak balik pada I. I tak suka perempuan yang curang!”

Ewah! Bila masa entah aku curang? Dia main serkap jarang aje menuduh aku yang bukan-bukan.

“Apa you kata?”

You jangan fikir I tak tahu... Selama ni I perhati ada seorang lelaki tu selalu berada dengan you tak kira masa.”

Apa dia cakap? Aku dengan lelaki? Dia buta ke apa? Aku tak pernah berdua-duaan dengan lelaki lain kecuali kawan-kawan perempuanku...

“I tak sangka you sanggup buat fitnah, Akif! Cakap ajelah you tak nak I lagi... Kan senang?” Cabarku. Akif gelak kuat.

You tipu I tak apa... Tapi you jangan tipu Tuhan la...”

Berderau darahku bila dia kata begitu. “Apa ni Akif? You tuduh I yang bukan-bukan kenapa? You tak suka I sudahlah tak payah nak buat fitnah. Untuk pengetahuan you, I tak suka dengan lelaki dayus seperti you! Buli perempuan aje tau!” Aku hamburkan kemarahan aku puas-puas setelah itu aku melangkah pergi.

“You kata I dayus?? Hei perempuan! I pun tak teringin dengan you! I tak suka you jugak! Fairlah kan?!” Dia jerit-jerit seperti aku dah jauh berkilo-kilo batu walhal aku masih lagi berdekatan dengan dia.

Dia main serkap jarang boleh, aku tak boleh pula? Fair la sangat! Piiraahhhh!!

Aku teruskan langkah tanpa toleh ke belakang lagi. Dia sejarah aku. Sejarah kebodohan akulah kut... Hairan satu benda aje, kenapa aku tak sedih bila break dengan dia? Ke selama ini memang aku tak ada perasaan pada dia? Sebab dia kacak bergaya ,sebab tu aku terima dia jadi boyfriend? Sufi Shahleena, apa ke bodoh kau ni! Aku ketuk kepala sendiri sebelum menyeringai kesakitan. Adoii...



“KAU dah break dengan mamat poyo tu?” Soal Nia macam seronok. Aku tahulah dia seronok sebab dia dah lama kutuk-kutuk aku ada boyfriend tak boleh pakai.

“Hmmm...”

“Sedih tak? Apa perasaan kau?” Dia soal seperti pemberita pulak. Aku garu kepala.

“Adalah sikit sedih. Bekas pakwe aku tu handsome tapi tak cukup perkasa...”

Lepas tu aku dengar Nia gelak bagai nak rak. “Perkasa? Kau nak yang ketul-ketul macam Malik Nor ke?”

“Weiii... Aku tak naklah yang ketul-ketul. Geli doo... Tapi aku nak yang gentleman, caring, dan yang paling utama, dia utamakan aku dalam segala segi.”

“Cakap macam nak cari suami...” Ejek Nia. Aku kobek dia sebelum berguling atas tilam.

“Memang nak cari suamipun. Aku tak nak main-main dalam sebuah perhubungan. Aku tak kisah kalau dia hitam legam asalkan dia ikhlas...”

“Rami Muthu tu suka kat kau!”

“Kepala otak kau Nia! Aku tak naklah yang hitam sangat! Kang bukan setakat aku je pengsan, dengan mak mak aku pengsan sekaki!”

Tawa kami bersatu.

“Kau tak tahu ada seorang pakwe tu asyik mengitai kau dari dulu... Nama dia Daniel Kukuri. Aku rasa dia minat kat kaulah... Kau cubalah dia...”

Daniel Kukuri? Kenapa nama dia pelik sangat?

“Aku tak naklah! Serik gila! Kang bukan setakat course work dia aku kena buatkan. Seluar kecik diapun dia suruh aku cuci...”

Nia ambil bantal dia dan dia baling kuat-kuat kat perut aku. Aku menyeringai sakit. “Tak senonohlah kau Sufi!”



Daniel Part....2


TENGAH aku jalan-jalan sambil borak-borak dengan Alif dan Izz, tiba-tiba aku nampak Sufi tengah duduk sorang-sorang kat bus stop.Automatik langkah aku mati.Tak berkelip mata aku tengok dia. Kenapa dia selalu cantik di mata aku? Rasa macam ada bunga-bunga Sakura yang gugur kat sekeliling aku masa ni.

“Daniel, tu bukan Sufi ke?” Izz yang turut sama nampak Sufi terus berbisik kat telinga aku.

Aku pandang muka Izz.“Ya, Sufilah tu.Takkan hantu dia pulak?” balasku.

“Dah tu, tunggu apa lagi? Pergilah tegur! Peluang keemasan ni, beb!” Alif beria-ia suruh aku pergi tegur Sufi.Aku ragu-ragu.Kalau dia tak layan macam mana?Aku jugak yang dapat malu nanti.Huhu… tak sanggup nak bayangkan.

“Belum cuba, belum tahu!”Izz senggol lengan aku.Keningnya terangkat-angkat.Aku cebik muka.Masih tak yakin dengan diri sendiri.

“Cuba tegur dia dulu.”Aliff menyuruh lagi.Kali ini nadanya dah lembut sikit, tak mendesak sangat. Buatkan hati aku ni cair semacam aje.

“Patut ke aku pergi?” Aku tanya lagi sambil buat muka bodoh.

“Ya!”Alif dan Izz menjawab serentak.Aku yang berdiri kat tengah-tengah terus tekup telinga. Bingit woi!

“Dah, pergi cepat!”Dengan selambanya Izz tolak bahu aku.Aku tak ada pilihan lagi.Nak tak nak, aku tetap kena pergi tegur dia. Lagipun, ini aje peluang yang aku ada. Kalau nak tunggu hari lain, aku takut lain pula yang jadi. Lantas, dengan langkah yang aku selambakan dengan mula ala-ala macho gitu, aku menghampiri Sufi.

“Hai… sorang aje?”Ayat standard bila nak mengurat awek. Ah! Aku mana reti pun nak ayat awek ni. Si Izz dengan Alif ni pun satu. Apasal diorang tak ajar aku dulu cara-cara nak ayat awek?Sufi mengangkat kepala memandangku. Aku cuba senyum, tapi aku rasa senyuman aku ni macam kurang gula aje. Macam mana rupa aku sekarang ek?Ada macam keldai tak?

Muka Sufi macam terpinga-pinga. Dia tengok kiri, tengok kanan, tengok belakang, dan kemudian depan balik. “Awak cakap dengan saya ke?”Jari telunjuknya menghala ke muka sendiri.

Terasa bera muka aku sekejap. Dah terang lagi bersuluh aku cakap dengan dia. Boleh pulak dia tanya aku macam tu. Alahai… sabar ajelah… “A’ah, saya cakap dengan awak. Rasanya, tak ada orang lain lagi kat sini, kan?” Aku tiru aksi dia tadi. Tengok kiri, tengok kanan, belakang dan depan balik. Dia jeling aku tajam.Terus aku sengih.

Sufi kembali tunduk dengan buku di tangan.Aku terkial-kial sekejap. Nak buat apa ni? Aku berpaling ke belakang, memberi isyarat pada Izz dan Alif apa yang patut aku buat. Faham dengan isyarat tangan Alif, aku segera duduk di sebelah Sufi.Sempat telan liur dalam-dalam sebelum terus duduk kat situ.Sufi masih tunduk.Langsung tak angkat muka tu pandang aku.Buku tu lagi hensem daripada aku ke?

“Sufi, kan? Saya Daniel Quzairy. Panggil Daniel aje…” ujarku, memulakan sesi perkenalan.

Sufi angkat muka pandang aku.“Mana awak tahu nama saya?”

Soalannya itu buat aku terdiam sekejap. Relaks, Daniel… cool, cool… Aku nasihatkan diri sendiri dalam hati. “Sebenarnya, saya dah lama dah perhatikan awak ni.” Eh! Betul ke aku yang cakap tadi tu? Macam bukan aje!

Sufi kerut kening.“Kenapa pulak perhatikan saya?”

Aiseh… banyak pulak soal dia. Apa nak jawab ni? Aku diam sesaat dua sebelum jawab, “Sebab… sebab…” Aku berdeham beberapa kali.“Sebab… sebab saya suka awak.” Fuh! Akhirnya keluar jugak sebaris ayat tu.

Sufi diam. Dia renung aku tak berkelip dengan mulut ternganga.

“Err… kenapa?” Aku pula yang jadi gelabah. Tengah aku tunggu dia jawab soalan aku tu, sebuah bas berhenti betul-betul depan aku. Aku berdecit dalam diam. Kacaulah bas ni! Tunggulah satu jam setengah lagi ke baru datang. Spoil!

Tak sempat aku tahan bila Sufi dah bangun berjalan mendapatkan bas tu. Aku turut bangkit berdiri dengan pandangan sayu menghantar langkah kaki Sufi.Ketika bas itu mula bergerak, aku terasa bahuku ditepuk-tepuk.Terus aku toleh ke sebelah.

“Sabar, sabar… dah okey dah tu untuk permulaan,” kata Izz sambil tersenyum-senyum.“Lain kali cuba lagi.”

Aku buat tak dengar.Keluhan terlepas. Kalaulah ada lain kali, alangkah bagusnya!



Sufi Part....2


TENGAH AKU duduk kat bus stop sorang-sorang, aku nampak ada tiga lelaki sengih-sengih bertolak-tolakan. Apakah? Pelik gila. Serius rasa semacam aje.

Bila salah seorang daripada dia orang dah berdiri kat depan aku, aku siap kerut dahi seribu. Budak kampus kami ke ni? Gaya macam budak kampus kita orang je. Bolehlah tahan handsome dengan kening dia yang agak tebal cantik terletak. Matapun stim-stim gitu. Rambut terpacak-pacak. Biasalah sindrom gaya rambut lelaki yang paling banyak diminati oleh kebanyakan wanitakan? Tapi sekilas aku pandang wajah dia, macam tak pernah nampakpun? Aku nampak dia sengih sambil buat muka serba-salah. Aku dah jungkit kening malas nak layan mamat setengah suku.

“Hai... Sorang aje?” Sapa dia tiba-tiba. Aku terkebil-kebil sendiri. Toleh kanan, kiri, depan, belakang, lepas tu tengok dia balik. Muka dia rilek je tegur aku. Macam dah 10 tahun kenal walhal aku langsung tak kenal dia.

“Awak cakap dengan saya ke?” Aku tunjuk muka sendiri. Alah, aku tau dia tengah cakap dengan aku sebab tak ada orang lain kat sini tapi aku tanya juga, serius aku tak kenal dia. Ke dia tengah cakap dengan tiang kat tepi aku ni?

“A’ah, saya cakap dengan awak. Rasanya, tak ada orang lain lagi kat sini, kan?”

Aku terjeda bila dia kata begitu. Dia ikut toleh kiri kanan depan belakang. Sengal gila! Malas aku nak layan mamat tak semengah, sah-sah nak mengayat aku. Weiii... Aku bukan perempuan yang suka melayan mamat tepi-tepi jalan yang tegur-tegur perempuan macam tak ada iman okay? Please la...

Aku balik tunduk baca buku. “Sufi, kan? Saya Daniel Quzairy. Panggil Daniel aje…” Apa dia cakap? Sufi? Homagad! Dia... Mana dia tahu nama aku?

“Mana awak tahu nama saya?” Soalku dengan wajah penuh tanda tanya. Macam selalu kudengar nama Daniel Quzairy tapi aku malas nak ingat. Yang penting sekarang, kenapa dia tahu nama aku?

“Sebenarnya, saya dah lama dah perhatikan awak ni.” Aku terus angkat kening. “Kenapa pulak perhatikan saya?” Aku tanya Daniel dengan muka pelik. Gilalah stalker... Selalu perhatikan aku nak buat apa?

“Sebab… sebab…” Aku nampak dia telan air liur sendiri sebelum berdehem-dehem. “Sebab… sebab saya suka awak.”

Hah??!! Aku ternganga lebar. Dia tengah propose aku ke? Aku pandang wajah dia tak percaya.

“Err… Kenapa?” Soalan Daniel tu tinggal soalan bila bas yang aku tunggu tiba. Aku terus melangkah laju menuju ke arah bas. Masa duduk dalam bas, sempat aku lirik ke arah Daniel pelik tu tadi. Dua orang kawan dia datang tepuk-tepuk bahu Daniel seolah-olah memberikan semangat. Kening aku bertaut dekat. Daniel Quzairy ke Daniel Kukuri? Patutpun nama dia pelik... Orang dia lagi la pelik. Tapi bolehlah... Rasa nak tercabut juga jantung bila dia cakap dia suka kat aku. Hesy Sufi! Apa kau merepek ni?!



AKU DAN NIA melepak kat perpustakaan. Sekali-sekala la sebab kita orang suka baca-baca buku kat perpustakaan walhal assignment dah siap habis. Lagipun library banyak air cond. Kat bilik kena pakai kipas putar tu aje...

Setengah jam aku lepak kat perpustakaan, Nia kata dia nak pergi ke toilet. Akupun tak kisah dia nak tinggalkan aku sorang-sorang... Aku tahu itu alasan Nia aje sebab aku nampak Nia berbalas-balas mesej dengan seseorang, aku rasa dia nak jumpa pakwe dialah kut sebab tu dia keluar... Err... Sejak bila Nia ada pakwe tah!

Tengah aku ulang kaji paper Encik Nizam, pensyarah akaun kita orang, tiba-tiba aje aku nampak seorang lelaki mendekati aku. Mata aku terus memandang ke arah lelaki itu. Macam pernah nampak... Muka agak petak la jugak. Gaya macam mamat tepi jalan dengan pakaian tak berapa nak kemas muka berbulu-bulu... Erk.

“Hai saya Alif...” Ucap lelaki itu pelan. Aku kerut wajah tunjuk muka hairan. Aku tak kenalpun dia...

“Kawan Daniel Quzairy.”

Daniel Quzairy? Oh! Mamat handsome hari tu ke?

“Ni dia bagi kat awak.. Dia duduk kat sana tu....” Alif tunjuk ke hujung sudut perpustakaan. Bila aku cuba cari muka yang Alif tunjukkan tu, aku tak nampakpun sesiapa. Makinla aku tunjuk muka hairan.

“Yang tutup muka dengan buku tu.. Dia pemalu sikit..” Lepas tu Alif berlalu pergi meninggalkan surat yang kawan dia bagi atas meja tempat aku duduk. Aku capai sambil belek-belek hairan. Ni surat cinta? Apa kes bagi surat cinta segala? Kuno gila style dia mengayat perempuan...

Serentak itu mataku terarah ke arah seorang lelaki yang sedang membungkus muka dia menggunakan buku. Aku tersenyum geli hati.

“Sufi...” Dengar suara itu aje membuat senyumanku terus mati. Aku pandang wajah lelaki di depanku sekilas.

“I nak bincang sesuatu dengan you, tapi bukan di sini...” Lelaki itu menoleh kiri dan kanan seperti jijik aje dengan suasana kat sini. Aku mengeluh nafas panjang sebelum mengikut langkah Akif Zainal. Apa lagi dia nak bincangkan?

Melalui ekor mataku, aku nampak Daniel Kukuri tengah perhatikan setiap langkahku dengan renungan tajam yang hampir-hampir membuat jantungku melompat keluar. Dia jealouskan? SO funny! Hatiku berbunga-bunga kecil, tak tahu kenapa.

“Seminggu you senyap aje... Balas mesej I pun tak!” Luahan pertama daripada bekas pakwe aku. Aku diam tunggu ayat dia seterusnya.

“I penatlah nak layan you, Sufi... I tak minta banyak tau? I nak you ada di samping I... Tu je..”

Eh? Bukan hari tu dia juga yang cakap kat aku supaya jangan melutut dan merayu kat dia lagi bila kita orang dah putus?

“I tak faham... Kita dah putus kenapa perlu nak mesej-mesej pula? I akan ada di samping orang yang melindungi I, bukan yang perlukan I...” Aku dah mula meninggikan suara. Harap-harap dia faham la dengan apa yang aku cakapkan ni.

Muka Akif dah gelisah semacam. Dia cuba ambil tangan aku tapi aku cepat-cepat mengelak. Aku pandang wajah dia tajam-tajam sebagai amaran pertama. Dia ni nak kena pelempang ke apa? Lagi dia cuba-cuba sentuh aku, tau la apa nasib dia lepas ni!

“I still love you, Sufi... I sayang you.. Hari-hari otak I fikir pasal you...”

“Tapi I tak pernah rasa kasih sayang yang you cakapkan. I hanya tahu you ambil kesempatan untuk buli I. Itu aje.” Balasku jujur.

Aku sebenarnya tak suka pada lelaki yang tiada pendirian. Pantang dicabar, ego tinggi melangit. Sikit kasi sentap, terus kata macam-macam seperti orang tak ada iman. Mak aku kata lelaki jenis ni adalah lelaki yang ada sindrom penyakit gila talak. Eish..

Aku lebih suka lelaki yang penyabar dan memahami diriku seadanya. Selebihnya, aku suka lelaki yang bersederhana dalam segala segi... Yang menyukai aku tanpa ada syaratnya.

“I dah sedar silap I... I akan cuba ubah diri I menjadi kekasih yang you nakkan.”

“Akif you sedar tak apa yang you katakan? Tak perlu nak ubah diri you sendiri... I tak nak orang lain berubah kerana I....” Aku menghela nafas panjang dan terus melangkah pergi.

“I nakkan you...”

Tiba-tiba aje Akif merentap tanganku kasar. Aku terkejut sotong mengelak daripada genggaman tangan Akif tapi tak berjaya. Last-last aku pijak kaki dia kuat-kuat. Rasa nak sepak perut dia tapi aku tengah pakai baju kurung jadi tak dapat nak angkat kaki tinggi-tinggi. Aku perasan jugak orang ramai dah beri perhatian dalam drama sebabak kami.

Tak lama lepas tu Akif tarik tangan aku laju-laju menuju tempat letak kereta. Aku dah mula panik melihat dia bertindak agresif.

“Akif! You nak bawak I ke mana ni?!” Cemas bila dia beria-ia menarik aku sehinggakan aku hampir-hampir terjatuh.

“Akif!!” Jeritku bila dia dah mula tolak aku di badan kereta dia sambil buka pintu kereta dia.

“Hoi jantan! Apa ni paksa-paksa perempuan hah!”

Aku terkejut bila Akif terpelanting kat tepi longkang. Mata aku membulat besar terpandang Daniel Quzairy dah kepal penumbuk kali kedua.

Dushhh!!

Satu tumbukan tepat kena kat pipi kiri Akif. Aku dah mula panik tengok darah kat muka Akif.

“Cukup-cukup! Jangan nak tumbuk-tumbuk lagi!” Aku cuba halang Daniel daripada berkasar bila tangan Daniel dah mula mencekak leher Akif.

Please turunkan dia, Daniel!”

Aku tengok nafas Daniel dah turun naik dan wajah dia bertukar kemerah-merahan. Mampus kalau pihak kampus dapat tau!

“Daniel please! Saya malu banyak orang tengok.. Please Daniel...” Tanpa sedar aku tarik-tarik tangan Daniel. Daniel tolak tubuh lembik Akif kat tepi pintu kereta Akif. Aku nampak muka Akif dah pucat lesi menggeletar macam diserang sawan.

“Akif you okay?” Soalku simpati. Akif diam aje dengan muka tahan menangis. Aku toleh wajah Daniel pula. Rasa nak sembur diapun ada. Tau la dia nak tolong aku, ni apa kes sampai anak orang terkencing dalam seluar?

“Awak Daniel, pergi tolong dia bersihkan diri!” Ucapku mengelakkan pandanganku daripada Akif. Pasti dia tengah malu tak ingat dunia. Daniel terpinga-pinga membalas pandanganku.

“Pergi tolong dia cepat!” Aku kerutkan muka garang. Daniel terkebil-kebil.

“Awak tengok dia dah kencing kat sini, siapa nak tanggungjawab?”

Aku tahan gelak bila terluah kata-kata itu di bibirku sendiri. Daniel ni, tahulah badan dia tinggi melangit yang dia pergi belasah Akif tu buat apa? Tampar sekali tak boleh ke? Tapi aku dah tak dapat tahan dah.. Aku gelak bagai nak rak. Sumpah lawak!



Daniel Part....3


“WEH, jom gi library.Aku ada nak cari bahan sikit.”Aku mengajak Izz dan Alif selesai makan tengah hari.Tanpa menunggu jawapan budak berdua tu, aku terus mengatur langkah menuju ke perpustakaan.

“Kau ni… aku baru ingat nak lepak tidur kat bilik.”Izz merungut-rungut.Nadanya jelas tak puas hati.

“Entah kau ni… sejak bila jadi rajin beb?” Alif pula tergelak-gelak.

Aku malas layan.Memang aku tak ada mood sekarang. Kecewa bagai nak gila bila ingat balik apa yang jadi semalam. Kena tinggal dengan awek kat tepi jalan. Dahlah aku baru lepas luah perasaan masa tu. Sadis woo… huhuhu…

Melangkah saja masuk ke perpustakaan, aku terus duduk di meja paling hujung.Alif pula duduk kat sebelah aku sementara Izz dah hilang entah ke mana. Tak lain tak bukan mesti pergi mengayat awek. Mamat tu cakap aje lebih.Tadi bukan main nak lepak tidur kat bilik.Alih-alih terus cerah mata bila jumpa awek.Aku mencebik dalam hati.

“Eh Daniel… aku rasa macam nampak Sufilah…”

“Dahlah, aku tak mood nak layan kau.Diam boleh?” balasku dingin.Tak berminat.

“Betullah!”Alif tepuk bahu aku.Aku terus panggung kepala.

“Apa yang betul?”

“Tu… Sufi!”Mulut Alif termuncung ke satu arah.Dengan dahi berkerut, aku toleh ke arah yang dimaksudkan. Nun di hujung sana, Sufi tengah duduk sorang-sorang sambil tekun tatap buku. Aduhai… nampak muka dia je terus hati rasa bunga-bunga.Nak tegur tak berani.Pandang ajelah dari jauh. Parah dah aku ni!

Alif senggol bahuku.“Pergilah tegur!”

“Ahh… malaslah aku.Kang jadi macam semalam, aku jugak yang malu.”Aku geleng-geleng kepala.Tak sanggup dah nak kena lagi sekali.

“Kau ni… mudah sangat putus asa. Padahal peluang dah ada depan mata.” Alif jegilkan mata ke arahku.Aku tetap buat muka bodoh.Di sebalik buku yang aku pegang, mata masih tak puas-puas jeling kat Sufi.

“Aku tolong kau.Nak?”Alif tiba-tiba tawarkan bantuan.

Aku pandang muka Alif. Apasal mamat ni beria-ia sangat nak suruh aku tackle Sufi ni? Macam dia pulak yang nak kat Sufi tu. Eh, tak tak. Cepat-cepat aku nafikan tekaan tu. Tak mungkin! Mahu merana seumur hidup aku kalau Alif pun ada perasaan kat Sufi.“Kau nak tolong macam mana?”

“Apa-apa ajelah…” Alif menyandar di kerusi sambil menyilangkan kaki.

Aku berfikir-fikir.Apa nak buat ek? Takkan nak hantar kapal terbang kertas kot.Dibuatnya mendarat landasan salah, aku jugak yang niaya. Habis, nak buat apa? Tulis surat? Aish… tu dah macam orang zaman dulu-dulu. Tapi, kalau aku buat pun apa salahnya kan? Tak rugi kalau mencuba. Kalau dia reject pun, sekurang-kurangnya tak nampak muka.

“Okeylah, kau tolong aku.”Aku menetapkan keputusan.Badanku tegak sambil tersengih memandang muka Alif.

Alif jongket kening tinggi-tinggi.“Tolong apa?”

“Aku nak tulis surat,” ujarku.Sesaat dua berlalu sebelum tawa bingit Alif pecah berderai.Spontan banyak mata tertoleh ke arah kami.Aku kaku sesaat dua. Bangang betullah si Alif ni. Nak gelak pun agak-agak ar. Nasib baik Sufi kesayangan aku tu tak pusing tengok jugak. Ish! Nak aje aku sekeh kepala mamat ni. “Diamlah, ngok!”

Alif tekup mulut dengan tangan.

“Apa yang lawak?” marahku dengan muka tegang.Malu pun ada sebenarnya.Teruk sangat ke cadangan aku tadi?

“Lawaklah… kau ni macam orang dulu-dulu pulak. Ingat ni zaman tok nenek kau ke nak bagi-bagi surat?” Alif gelak lagi tapi dengan suara yang terkawal.

Aku geram. Perlekehkan aku nampak mamat ni! “Nak tolong ke tak ni?”

“Okey, aku tolong.Hah, tulislah cepat,” balas Alif.Bibirnya masih ada senyuman mengejek. Ceh! Kau ejek aku ya?Tak guna betul punya kawan.

Aku ambil kertas kosong dengan sebatang pen.Baru aje tangan pegang pen, otak aku rasa beku tiba-tiba. Nak tulis apa ni? Aku bukan pandai pun karang ayat bunga-bunga.Berdepan empat mata pun dah gagap tak reti nak cakap.Nak reka ayat bunga-bunga lagilah macam mustahil.

“Hah! Apahal?”Alif menyergah tiba-tiba.

“Aku nak tulis apa?” tanyaku dengan muka bodoh. Blur!

Alif ketawa lagi dengan kepala tergeleng-geleng. Kalaulah tak fikir sekarang ni aku ada dalam library, dah lama dah kena mamat ni dengan aku. “Tulis ajelah apa-apa pun. Susah-susah sangat, kau letak aje lirik lagu kat dalam tu. Habis cerita!”

Lirik lagu? Lagu apa pulak aku nak bagi ni. Aduyaiii… nak jawab test pun rasanya tak adalah susah macam ni. “Lagu apa weh?”

“Apa-apa aje.Lagu apa tu yang kau selalu duk layan?”

“Lagu apa?”Aku kerut muka. Apa-apa ajelah si Alif ni. Makin geram pulak aku tengok.

“Alaa… ada lagu Indon tu. Macam mana ek lirik dia…” Alif berfikir-fikir. Aku pun ingat sama fikir. Lama begitu, akhirnya aku dapat jawapan. Hah! Dah tahu dah nak letak lirik apa.

“Lagu ni…” Ayat Alif mati di situ bila melihat isyarat tanganku.

“Aku dah dapat.Terima kasih,” ucapku sambil tersengih-sengih.Alif cebik muka dan kembali menyandar di kerusi. Aku apa lagi? Mulakan ‘operasi’ menulis surat. Walaupun cuma guna lirik lagu, tapi jantung aku ni dah tak tentu arah dah. Itu belum lagi bagi dia baca. Kalau aku bersumpah tak nak tulis lagi surat lepas ni, agak-agak boleh tak?


Hatiku berkata ingin katakan cinta

Namun aku malu untuk mengawalinya

Jantungku berdebar saat kau menatapku

Jadi salah tingkah bicara sama kamu

Bibirku terbungkam melihat senyummu

Aku tak kuasa saat di depanmu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa

Tapi mengapa aku selalu tak bisa

Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu

Kalau aku suka… suka… suka…

Suka sama kamu…


Tak sempat aku tulis habis, Alif dah rampas kertas kat tangan aku.Dia baca, lepas tu dia gelak lagi. Bahalol betullah dia ni! Kang tak pasal-pasal ada jugak yang kena halau keluar.

“Dah siap ni? Nak aku hantar kat dia?” tanya Alif.

Aku diam. Dah faham tu, buat apa tanya lagi? Alif terangguk-angguk. “Tulislah sikit from sape-sape…” Kertas tu diunjuk semula ke arahku.Nak tak nak aku ambik jugak.Kat hujung bawah sekali, aku cuma tulis from DQ.Lantaklah dia kenal atau tak. Tak sanggup nak bayang apa jadi lepas ni.

“Okey!”Alif bangun.Aku angkat buku tinggi-tinggi, saja nak cover muka sendiri. Di sebalik buku tu, aku intai reaksi Sufi bila Alif pergi dekat dia bagi surat tu. Dia macam terkejut, muka kerut-kerut tapi ambik jugak. Bila dia tengok kat aku, terus aku tutup muka dengan buku tu. Alahai si dungu Alif tu! Yang dia pergi tunjuk kat aku tu kenapa!

Eh, kejap! Takkan Sufi tak tahu yang Alif tu kawan aku? Atau paling tak pun, mesti dia dah pernah nampak aku dengan Alif sebelum ni. Aduh, mak!

Tengah aku sibuk-sibuk dok sorok muka tu, Alif dah datang balik kat aku sambil sengih-sengih.Aku tengok muka dia. “Apahal sengih-sengih?Kau cakap apa kat dia?” soalku pantas.

Alif duduk di sebelah aku.“Aku cakap kat dia yang Daniel Quzairy yang bagi.”

Spontan, mataku terbeliak luas.“Apasal kau memandai sangat hah? Bila masa pulak aku suruh kau bagitahu dia aku yang bagi surat tu? Kau ni… eiii…” Kalau ikut hati aku ni, dah lama dah si Alif ni makan penumbuk. Suka-suka dia je bagitahu kat Sufi aku yang bagi surat tu.

Alif terus tersenguh-sengih. Biasalah… orang bersalah memang macam tu.Nak mintak maaf? Hmm… haremmm…

“Eh, tu bukan ke Akif?”

“Akif mana pulak ni?” Aku malas melayan.Terus tunduk menatap buku. Malu siot! Entah apalah yang Sufi fikir pasal aku lepas ni.

“Akif… pakwe si Sufi tu! Eh, aku dengar diorang dah putus hari tu. Ni apa kes pulak Akif datang cari dia balik?”

Aku angkat kepala.Memang jelas aku nampak, Sufi bangun ikut langkah Akif keluar dari perpustakaan.Aku dah mula rasa tak sedap hati.Diorang dah baik balik ke?

“Itulah kau!Lambat sangat bertindak.Kang tak pasal-pasal Akif tu dah dapat balik Sufi tu!”

“Eh, kau jangan nak sindir-sindir aku pulak!”Hati aku yang tengah panas bertambah panas bila dengar Alif macam merendah-rendahkan aku.

Alif mencebik. “Cakap banyak tak guna jugak…”

Aku rasa dicabar.“Okey!Sekarang jugak kau ikut aku.”Aku bangun mengemas buku-buku.Dah hilang minat nak belajar tadi.

“Nak gi mana?” tanya Alif terpinga-pinga.

“Skodeng!” jawabku lalu dengan selamba melangkah keluar dari perpustakaan, mengikut hala tuju Akif dan Sufi tadi.Manalah tahu kalau-kalau Akif tu ada nak buat benda tak elok kat Sufi.Dapatlah juga aku berlagak jadi hero dia kejap. Hehe…

Aku duduk bertinggung di sebalik pokok sambil perhatikan Sufi dengan Akif bercakap-cakap. Nampak macam serius aje perbualan diorang tu. Muka Sufi tegang, muka Akif pula merah-merah. Sah tengah gaduh!

“Aku tengok diorang macam gaduh besar aje tu.”

Aku berpaling bila mendengar suara Alif kat sebelah.Entah masa bila dia datang aku pun tak sedar.

“Eh, tengok! Tengok! Akif tarik tangan Sufi tu!”

Aku pantas berpaling semula ke depan. Aku nampak Sufi meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tapi Akif tak peduli.Terus ditarik tangan Sufi untuk pergi dari situ. Hati aku dah makin panas ni. Suka-suki dia aje nak pegang tangan Sufi aku! Main paksa-paksa pulak tu!

“Weh!Yang kau tercongok kat sini lagi kenapa? Pergilah ikut! Dibuatnya Akif tu buat benda tak elok kat Sufi tu macam mana?”

Kata-kata Alif tu bagai menyuntik semangat dalam diri aku.Mendadak aku bangun dan berjalan laju mengikut langkah kaki Akif.Alif pula ikut kat belakang aku.Aku nampak, Akif tarik tangan Sufi sampai ke sebuah kereta. Dia tolak tubuh Sufi, paksa-paksa Sufi masuk kereta dia. Ini dah lebih!

“Hoi jantan!Apa ni paksa-paksa perempuan hah!”Aku menjerit kuat.

Dengan kelajuan larian ala-ala Superman, aku terus bagi tumbukan padu kat muka Akif.Terpelanting dia jatuh tepi longkang.Tak cukup dengan tu, aku bagi lagi sebijik kat pipi dia. Ada darah meleleh keluar. Huh! Puas hati aku!

“Cukup-cukup!Jangan nak tumbuk-tumbuk lagi!”Sufi tiba-tiba halang aku tapi aku tak peduli.Leher baju Akif aku cekau dan aku angkat tinggi-tinggi. Biar hari ni dia tahu langit tu tinggi ke rendah!

“Please turunkan dia, Daniel!”

Aku tak peduli rayuan Sufi. Rasa macam dah kena rasuk pun ada ni. Nafas aku turun naik dengan muka merah padam.Apa nak jadi pun, jadilah!

“Daniel please! Saya malu banyak orang tengok.. Please Daniel...”Sufi tiba-tiba pegang tangan aku. Aku yang terkejut terus tertoleh ke muka dia. Kesian pulak aku tengok dia merayu macam tu. Lantas, pegangan pada leher Akif aku lepaskan.Tubuhnya aku hempaskan ke pintu kereta.Aku tengok muka mamat tu dah pucat lesi menggeletar macam diserang sawan.

“Akif you okay?” Lembut je suara Sufi tanya Akif. Hati aku dah jadi panas balik dah. Dia tak sedar ke apa yang mamat tu buat kat dia tadi? Tiba-tiba, dia toleh muka aku.Aku pun pandang muka dia jugak.

“Awak Daniel, pergi tolong dia bersihkan diri!”

Aku terpinga-pinga mendengar arahan itu.Bersusah payah aku ‘mekap’kan muka si Akif ni, apasal tiba-tiba kena tolong dia pulak?

“Pergi tolong dia cepat!”Sufi tunjuk muka garang kat aku.Aku terkebil-kebil, tak faham.

“Awak tengok dia dah kencing kat sini, siapa nak tanggungjawab?”

Aku pandang muka Sufi.Aku nampak dia macam tengah tahan senyum.Lepas tu, aku toleh ke arah Akif pula. Yalah! Dia dah terkencing dalam seluar! Macam mana aku boleh tak perasan ni? Aku terkejut bila tiba-tiba Sufi gelak. Kuat pulak tu. Aku pun tak dapat nak tahan.Terus aku bantai gelak sekali. Sumpah lawak!



Daniel Part....3



SAMPAI di bilik, aku terus rebahkan badan atas katil.Tangan kanan aku yang masih terasa sengal aku gosok-gosok perlahan.Hebat jugak penangan aku tadi. Sampai merah tangan aku ni jadinya. Aku tersengih sendiri mengingati kejadian tadi.

“Gilalah kau!Nak tunjuk hero pun agak-agak ar!”Suara Izz yang tiba-tiba masuk ke bilik bersama Alif itu mengalih perhatianku.Aku pandang muka dia sekilas.

“Dah dia memandai sangat sentuh Sufi aku sape suruh?” balasku, sengaja membela diri. Padahal kalau diikutkan ada betulnya kata Izz tu. Dibuatnya pihak kolej dapat tahu, aku jugak yang niaya. Silap hari bulan, lagi teruk aku kena kalau nak banding dengan apa yang aku kasi kat Akif tadi.

Alif gelak tiba-tiba. “Tapi aku rasa okey aje apa yang Daniel buat tadi tu. Nampaklah jugak kau bersungguh nakkan si Sufi tu. Sampai terkencing mamat tu kau kerjakan!”Alif gelak lagi kuat-kuat.

Aku buat muka sepuluh sen. Memang lawak betullah bila ingat balik apa yang jadi tadi.

“Habis sekarang ni apa cerita?” tanya Izz.

“Cerita apa?” Aku blur.

Izz tepuk dahi.“Cerita kau dengan Sufilah!Apa jadi lepas ni?”

Aku pandang muka Alif. Kawan aku ni sorang tak habis-habis sengih. “Entahlah… Sufi tak cakap apa pun. Agak-agak, dia baca ke tak surat aku bagi tu?”Tiba-tiba saja aku jadi takut.

“Aku tak beranilah nak cakap…” jawab Alif. “Kau tunggu ajelah feedback dia lepas ni ye? Kalau positif, positiflah…”

“Kalau negatif?” pintasku.Apa punya kawanlah dia ni. Langsung tak reti nak bagi support sikit kat aku.

Alif dan Izz saling berpandangan.“Kau usahalah lagi.Tak pun, kau tukar plan. Try tackle kawan dia tu pulak. Cun jugak aku tengok.” Suka-suka aje si Alif ni bagi cadangan. Dia tak tahu ke kawan Sufi tu sebenarnya adik aku?

“Gila kau!Apahal pulak aku nak tackle adik sendiri?” gerutuku geram.

“Erk!Adik?!”Alif dan Izz ternganga memandangku.

Oh! Baru aku ingat. Memang selama ni aku tak pernah cakap kat siapa-siapa yang aku ada adik kat sini. Dah tentulah Alif dengan Izz pun tak tahu.Aku sengih memandang kedua-duanya.“Selama ni aku dapat info pasal Sufi daripada Nialah, adik aku,” ujarku dengan muka tak bersalah.

Serentak itu sebiji bantal tepat mengenai kepalaku. Ish! Mujur bantal kabus.Tak adalah sakit sangat. Kalau batu atau besi, ada jugak yang makan penumbuk aku lepas ni. Aku membebel-bebel dalam hati.Geram.

“Asal tak cakap kau ada adik cun?”Alif buat muka tak puas hati.

“Kalau aku cakap, kau nak buat apa?” balasku pula.

“Bolehlah aku suruh kau tolong adjustkan untuk aku!”

“Aku dah agak!Sebab tu aku tak nak bagitahu.Tak ada kerja aku nak bagi adik aku kat kau.Boleh jalan!” kataku lantas ketawa kuat.Namun tawaku mati bila teringatkan Sufi. Agak-agak apa dia tengah buat sekarang? Dia baca tak surat aku tu? Ish! Risau pulak aku.



AKU mencapai tuala untuk mengesat mukaku yang basah.Lepas latihan silat tadi, aku terus pergi mandi. Terasa segar badan ni lepas dah bergelumang dengan peluh tadi.

“Jom pergi makan.Lapar weh!” ajak Izz tiba-tiba.

“Jom!” balas Alif sebelum sempat aku bersetuju.Aku lantas mengangguk saja sebagai jawapan.Kami berjalan beriringan menuju ke arah pintu sambil tanganku masih mengelap muka yang basah. Sampai di depan pintu, aku terdengar namaku dipanggil seseorang. Aku menoleh. Kerana terlalu terkejut, tuala di tanganku terlepas dan tersangkut cantik di atas kepala… err… Sufi!

“So.. Sorry!”Sepantas kilat tuala itu aku ambil semula dengan muka gugup katak.Mujurlah Sufi tak marah. Debaran kat dada aku ni dah tak terukur dah macam mana. Apa dia buat kat sini? Dia nak jumpa aku ke? Nak cakap pasal surat aku tu ke?

“Nak cakap dengan awak sekejap...” kata Sufi.Aku pandang mukanya dengan rasa tidak percaya.Tak sangka, dia lebih berani daripada aku.Tiba-tiba aje aku jadi malu dengan diri sendiri.

Aku menoleh ke arah Izz dan Alif yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Nak tak nak, aku tetap kena ‘halau’ dua makhluk ni. Malulah aku kalau diorang ni dengar apa Sufi nak cakap dengan aku. Dibuatnya Sufi refect aku, mana aku nak letak muka? “Err... Korang balik dulu...” arahku tanpa berfikir panjang.

Izz dan Alif bergerak meninggalkan aku dan Sufi.Aku dan Sufi? Ya, aku dan Sufi! Berdua dengan dia buat aku jadi nervous semacam. Terasa urat-urat dalam badan aku ni menegang. Ish! Relaks, Daniel… relaks…

“You give me this...”Sufi tunjukkan sehelai kertas ke arahku.“letter?”

Muka aku dah mula memerah. Malu weh! Lambat-lambat, aku mengangguk.Aku perasan muka Sufi macam lega semacam aje.

“So?”Dia menyoal lagi sambil mengangkat kening.Nampak sangat dia macam saja nak duga perasaan aku.

“Err... Err... Tu.. Surat tu saya bagi... Sebab... Sebab saya...”Aku tergagap-gagap mahu menjawab.Jantung rasa macam nak terlompat dari tempatnya. Kalaulah kat dada aku ni ada tingkap, rasanya dah selamat dah jantung ni melompat keluar. Aku beranikan diri merenung wajah Sufi.“Saya suka awak...” ujarku perlahan.Liur kutelan dalam-dalam.

Sufi tertunduk.Aku tak tahu kenapa dia bereaksi begitu tetapi hatiku mula rasa tidak sedap.Lantas, ayatku tadi aku ulang lagi sekali.“Sufi... Saya suka awak...”

Masih tiada reaksi dari Sufi.Dia terus menunduk.Aku mula panik.Apa patut aku buat sekarang? Sedang aku terkial-kial itu, akalku seolah-olah memberi arahan secara tiba-tiba.Lantas, dengan separuh berani aku berkata, “Awak nak jadi kekasih saya?”

Aku macam tak percaya aje ayat tu yang keluar dari mulut aku tadi.Sejak bila aku berani cakap macam tu kat orang perempuan, aku sendiri pun tak pasti. Tiba-tiba aje, Sufi hulurkan surat di tangan dia pada aku. Aku tercengang sekejap, tak faham. Takkan dia pun nak bagi surat jugak kat aku? Tapi, ini bukan ke surat yang sama yang aku bagi kat dia hari tu? Hati aku mula dah rasa tak sedap. Dia reject aku ke?

Surat tu aku ambil.Tak sempat aku cakap apa-apa, Sufi dah pergi tinggalkan aku terkebil-kebil.Apa maksudnya? Dengan tangan yang terketar-ketar, surat tu aku buka. Di bahagian paling bawah sekali, ada sebaris ayat yang buatkan senyuman aku mekar mengalahkan musim bunga di negara empat musim!

‘Suka Sama Kamu dua kali ganda!’

Dia suka aku?Dia suka aku?Betul ke dia suka aku? Weh, dia suka aku! Aku rasa macam nak menjerit dan bagitahu satu dunia apa yang aku baca tu. Dia suka aku! Yihaaaaa!!!



Sufi Part...3


DALAM KES semalam, aku tak tahu siapa salah siapa yang betul. Yang pastinya aku tak dapat nak lupakan muka Akif dan muka Daniel sekaligus. Ingatkan mamat pemalu seperti Daniel Kukuri tu lembik... Rupanya dia boleh tahan perkasa sikit daripada si Akif. Tu la mak selalu kata, jangan pandang orang lain sebelah mata...

Nia kata dia ada tengok kejadian petang tu. Dia ingat nak panggil pak guard tapi tak jadi bila Daniel dah mula tunjuk jantan kat situ.

“Kau nak yang perkasakan? Ambil je Daniel Kukuri jadi pakwe... habis cerita!”

“Kau Nia! Nama dia Daniel Quzairy okay?” Balasku. Nia tunjuk gigi dia.

“Dia selalu mengintai kau... Kau tau?” Soal Nia gelak.

“Dia selalu intai aku?” Aku kerut dahi tak percaya. Tak sangka aku ada peminat misteri seperti itu... Aku ingat benda-benda ni semua berlaku dalam televisyen aje!

“Satu kampus dah tahu dah ketua pengerusi persatuan silat suka kat engkau... Kau tengah hangat bercinta dengan Akif, mana nak sedarkan?”

Iye? Aku terkebil-kebil sendiri. Serius ke dia suka aku?

“Ketua persatuan silat tu... Daniel Kukuri ke?”

“Absolutely!”

“Dia tak pernah confess?”

“Memang tak pernah sebab dia ni pemalu. Dengan perempuan lain dia tak ada pulak dia menggatal-gatal... Dengan kau aje tiba-tiba dia pergi menghendap bila ada masa terluang. Epikkan?”

“Sure?”

Nia dah buat muka bengang.

Of course la sure sebab Daniel Quzairy tu abang kandung aku!”

Terbeliak mataku tak percaya. “What?!”

“My brother!” Mulutku terlopong luas.



AKU RASA aku dah jatuh cinta pada Daniel. Bukan sebab dia pengerusi persatuan silat kampus kami... Bukan sebab dia kacak juga... Tapi kerana cara dia menyukai aku begitu lembut sehingga aku dapat rasakan keikhlasan dia. Okay aku mengaku sebab dia kacak, aku tertarik hati pada dia, tapi itu tak ada jaminan 100% dalam sebuah perhubungan. Buktinya aku dan Akif Zainal.

Bila aku baca surat yang dia berikan padaku, aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Hati aku betul-betul tersentuh dalam. Nak nak masa tu aku buka lagi Suka Sama Kamu, memang tangkap syahdu habis. Dia kenalkan aku dengan rasa cintanya melalui lagu aje aku dah cukup faham apa maksud dia.

Sebab tu aku duduk kat sini pagi ini. Aku tunggu dia kat depan dewan latihan silat sorang-sorang. Nia kata dia tak nak temankan aku, dia tak nak masuk campur soal hati dan perasaan abang dia dan aku. Lepas campur tambah tolak darab bahagi perpuluhan semua, aku rasa aku yang kena mulakan langkah pertama. Nak tunggu dia tak tau bila nak bertindak. Yang pasti, aku tak nak kehilangan Daniel Quzairy sebab dia terlalu berbeza jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki lain!

Bila aje nampak muka Daniel dan dua orang kawan karib dia muncul depan pintu dewan, aku terus berdiri tegak. Aku tahu Daniel tak perasan sebab dia sibuk lap muka dia guna tuala kecil. Baru mandi la kut... Rambut dia basah habis.

“Daniel...” Sapaku berdiri tegak di depannya. Dia terkejut sangat kut sebab tuala dia terus melayang jatuh ke kepala aku.

So.. Sorry!” Daniel terus ambil tuala dia kat kepala aku dengan muka gugup katak. Aku tarik muka selamba walhal dalam hati berdebar tak usah nak cakap. Tekanan darah dah mendadak naik lebih 120.

“Nak cakap dengan awak sekejap...” Pintaku berani. Daniel sekali lagi buat muka terperanjat badak. Kalau dia dah buat muka macam tu, aku lagi la nervous. Jari-jariku dah jadi sejuk gila.

“Err... Korang balik dulu...” Arah Daniel kepada dua orang kawan dia tu. Bila aku dan dia saja yang tinggal, tiba-tiba jadi senyap semacam. Aku tunggu dia mula bercakap tapi muka dia macam tension habis. Apa tah dia fikirkan akupun tak tahu..

You give me this...” Aku tunjuk surat dia, “letter?”

Muka Daniel dah naik merah. Tapi dia mengangguk juga... Nasib baik sangat dia angguk sebab kalau dia geleng kepala, gerenti aku baling kasut aku kat muka dia.

“So?” Aku soal sambil angkat kening. Saja nak duga perasaan dia sebenar.

Err... Err... Tu.. Surat tu saya bagi... Sebab... Sebab saya...” Dia terus tenung anak mataku tepat-tepat. Lama dia tenung sampai aku naik segan. “Saya suka awak...”

Lepas dia kata macam tu, darahku berderau hebat hatiku tersentak kuat. Aku terus tertunduk tak terkata. Perasaanku melayang-layang tak tahu ke mana.

“Sufi... Saya suka awak...” Lagi sekali dia bagi pengakuan dan aku rasa aku nak terpengsan! Dia panggil nama akulah...

“Awak nak jadi kekasih saya?”

Aku terus cair. Nak angguk segan last-last aku berikan dia surat yang dia bagi kat aku tempoh hari. Aku terus jalan tak pandang belakang lagi. Aku tulis kat bawah surat yang dia beri padaku,

‘Suka Sama Kamu dua kali ganda!’

Kalau dia baca apa yang aku tulis tu kat depan aku, aku rasa aku patut terjun tingkat 15!

Rasa indah terbang kat merata-rata di seluruh pelusuk hati. Adoii! Aku angau ke? Sufi! Wake up! Wake up please!!!



Daniel Part....4




GITAR di tangan aku petik perlahan-lahan.Hampir tiga minggu aku belajar bermain gitar, aku rasa sekarang aku dah boleh main sendiri. Siap boleh nyanyi lagi tu! Tengah-tengah aku syok feeling sorang-sorang, terasa bahuku ditepuk.Aku mendongak.Alif tersengih memandangku sambil mengambil tempat di sebelahku.

“Amacam? Dah terror main gitar?” tanya Alif sambil mengangkat kening memandangku.

“Bolehlah…” jawabku.Gitar di tangan aku letakkan ke tepi katil.Aku merebahkan badan ke tilam sambil menyilangkan tangan ke bantal.Siling bilik aku renung.Macam ternampak-nampak pulak wajah ayu Sufi kat situ.

“Tak baiklah kau ni. Tiga minggu kau biarkan si Sufi tu macam tu. Sian dia tau?”

Aku sengih. “Alaa kau ni. Aku tahulah apa aku buat. Aku belajar main gitar ni pun untuk dia jugak. Aku nak buat surprise kat dia,” jawabku.Teringat pula insiden beberapa hari lepas.Aku nampak Sufi di kafeteria.Dia bukan main lagi pandang aku tapi aku buat-buat tak nampak aje. Memang aku kesian kat dia. Kalau boleh, nak aje aku berdepan dengan dia dan cakap betapa aku ni cinta kat dia. Tapi… bila teringatkan rancangan asal aku, terpaksalah aku berlakon konon-konon tak kenal dia langsung.

Semalam pulak aku nampak dia lalu kat depan dewan tempat pasukan silat berkumpul. Aku perasan dia macam intai-intai aje aku kat situ tapi aku terus menyorok. Seronok juga dapat buat dia tertunggu-tunggu macam tu. Yalahkan… selama ni aku aje yang selalu intai dia dari jauh. Apa salahnya kali ni terbalik pulak. Hehe…

“Aku bukan apa. Takut nanti kalau dia bosan tunggu, dia cari yang lain pulak.Kau jugak yang merana tau?”

Kata-kata Alif itu buatkan aku toleh kepala ke arahnya.“Hisy!Kau ni macam mendoakan aje!” marahku.

Alif tersengih.“Aku cuma cakap aje. Kalau kau rasa apa kau buat ni betul, teruskan ajelah. Yang penting, hasilnya nanti… terbaiiiikkkk!”Alif angkat ibu jari tinggi-tinggi.Kemudian dia bangun dan melangkah keluar dari bilik meninggalkan aku yang tersenyum tak sudah-sudah.




TAK tahu nak cakap terkejut ke apa. Tiba-tiba aje Sufi datang ‘serbu’ dewan tempat aku dengan yang lain-lain selalu berlatih silat.Masa aku nampak dia masuk dewan, aku terus kaku tak bergerak. Muka minah tu boleh tahan serius, macam nak makan orang pun ada. Lagi buat aku terkejut, bila dia dengan lantangnya berkata, “Macam mana nak join kelab ni? Boleh tak saya join?”

Aku dah terkejut-terkejut lalat dah masa tu. Biar betul Sufi nak masuk pasukan silat ni? Dah buang tebiat ke apa? Eh, tapi takkanlah nak join pasukan silat pun aku boleh cop dia buang tebiat? Biar ajelah dia nak join. Ada can jugak aku nak jumpa dia hari-hari.

“Kau tolong uruskan hal pendaftaran dia. Boleh?” bisikku ke telinga Izz.Rakanku itu tersengih-sengih mengangguk sebelum dia memanggil Sufi supaya mengikut langkahnya.Aku hanya perhatikan dari jauh. Si Izz ni bukan boleh percaya sangat. Kang lain yang disuruh, lain pula yang dibuatnya.

Lepas hal pendaftaran ahli dia dah selesai, Sufi ambik tempat kat barisan paling belakang. Sempat aku kerling sekilas ke arahnya sebelum berjalan ke arah depan dan berdiri di tengah-tengah. “Kepada ahli baru persatuan kita, adalah diingatkan bahawa apabila sudah mengikuti persatuan ini dan secara rasminya menjadi ahli, anda tidak dibenarkan untuk buat diri anda jadi macam chipsmore.Tau apa tu chipsmore?”Kuat suaraku memberi peringatan.Kalau Sufi perasan, memang ayat-ayat tu aku tujukan untuk dia. Saja aku nak dera perasaan dia sikit. Hehe… Jahatkan aku?

“Tiara mari sini...”Aku memandang salah seorang ahli pasukan silat ini.Melihat isyarat tanganku, Tiara segera bangun menghampiriku.Dapat aku lihat wajah tak puas hati Sufi.Nak tergelak pun ada tapi aku tahan.

Ketika berlatih silat dengan Tiara, entah macam mana aku boleh tersepak perut dia. Terus dia jatuh terjelopok.Aku pun mulalah panik. Baru ingat nak tunjuk terror depan Sufi, sekali dah jadi macam ni pulak. Aku tunduk sambil pegang bahu Tiara.“Awak okey?” soalku. Melihat mukanya yang berkerut seribu menahan sakit, aku terus memanggil beberapa ahli perempuan yang lain untuk membantu. Dalam kekalutan itu, sempat lagi aku mataku meliar mencari kelibat Sufi. Tapi… eh! Dia dah hilang! Mana pulak dia pergi?

Aku menoleh ke arah pintu dewan.Daun pintu bergoyang sedikit menandakan ada seseorang baru saja melepasi pintu itu.Aku menghembus nafas.Nak menyesal pun dah tak guna.Silap aku jugak. Buat tu tak fikir-fikir dah! Sekarang apa aku nak buat untuk pujuk balik si Sufi tu? Gasaklah kalau macam ni!



Sufi Part....4


TIGA MINGGU Daniel Kukuri menyenyap tak ada khabar berita. Okay first-first aku memang berlagak cool. Tapi aku dah mula kecewa sekarang. Nak tanya kat Nia aku tak ada kekuatan.

Mula-mula dulu aku ada terserempak dia masa pergi kafetaria. Tau dia buat apa? Dia buat muka selamba kerbau tak pandang aku langsung. Aku ingat dia masih segan kat aku. Tapi dah tiga minggu! Tiga minggu doohh! Lama gila aku tunggu balasan dari dia sedangkan hati aku tengah bergaduh sesama sendiri. Paling tak tahan, setiap kali aku lalu depan dewan tempat persatuan silat tu berkumpul, aku jeling bagai nak rak. Tapi Daniel Kukuri tak ada jugak! Frust gila... Ini yang orang kata, frust menonggeng... Mata kasar tak nampaklah aku frust sampai tertonggeng tapi dalam hati memang dah tertonggeng, terbalik, terjatuh dan tersepak sekaligus.

Sampaikan kelmarin aku dah tak tahan dah. Aku pergi jumpa dia dalam dewan tu.. DALAM okay? Semua persatuan silat tengok muka aku. Daniel pun tengok muka aku tapi dia buat-buat tak kenal. Tau apa aku cakap kat dia orang?

“Macam mana nak join kelab ni? Boleh tak saya join?” Masa tu aku dah terfikir nak hantuk kepala aku kat dinding. Walaupun Daniel buat tak layan aku, tapi dia suruh kawan dia uruskan kemasukan aku dalam persatuan silat. Selama ni, tak pernah pula aku ikut mana-mana persatuan... Tak berminat!

Daniel pula dah awal-awal bagi warning... “Kepada ahli baru persatuan kita, adalah diingatkan bahawa apabila sudah mengikuti persatuan ini dan secara rasminya menjadi ahli, anda tidak dibenarkan untuk buat diri anda jadi macam chipsmore. Tau apa tu chipsmore?” Dia bertempik tu... Bukan cakap lembut-lembut!

Side lain aku dah nampak kat dia. Dia ada kepimpinan yang tinggi tapi aku cukup-cukup-cukup-CUKUP terasa hati weyh.... Dia nak samakan aku dengan chipsmore kalau aku cuba-cuba ponteng perjumpaan persatuan silat dia... Sebab aku sorang je ahli baru persatuan dia orangkan? Kat siapa lagi dia nak tujukan kata-kata dia selain daripada aku? Menyesal pun tak guna dah...

“Tiara mari sini...” Dia panggil nama perempuan aku dah cukup naik darah.

Tiara tu terus mara kat depan Daniel. Masa tu aku ternganga aje sebab dia orang berdua masing-masing tunjuk pandai. Dua-dua bertempur buka langkah bunga-bunga silat. Tiara boleh tahan cerdik... Semua serangan Daniel dia dapat elak. Yang paling best, aku boleh nampak peluh-peluh kat dahi Daniel. Handsome tak ingat!

Tapi saat-saat akhir Daniel tersilap langkah, dia tertendang perut Tiara. Tiara terus menggelupar kat situ juga. Masa aku tengok Daniel dah mula buat muka cemas sambil pegang bahu Tiara, aku terus keluar dari dewan. Rasa sesak nafasku duduk dalam tu lama-lama tengok apa yang jadi kat depan mata. Tak pe... Aku tak jadi chipsmore macam yang Daniel cakapkan tapi aku betul-betul tak akan menjejak kaki ke dewan ini lagi! Never in my life!

“Kau kat sini dari tadi? Penat aku cari tau?” Nia bercekak pinggang mencerlung ke arahku. Aku terpinga-pinga dia buat macam tu.

“Jom ikut aku!” Nia ambil tangan aku dan tarik kuat-kuat.

“Sakitlah Nia... Lepas dulu...” Nia lepaskan tangan aku sambil tersengih lebar.

“Nak pergi mana ni?” Soalku padanya.

“Adalah.. Kau ikut aku... Aku cari kau kat bilik kau tak ada... Rupanya pergi lepak bilik aku pulak...”

“Tapi pergi mana? Dah malam ni...”

“Ikut aje...” Pujuk Nia memeluk lenganku.

“Sat aku ambik tudung aku dulu...”

Nia ambil tudung ekspress dia dan dia beri pada aku.

“Jom!”

“Jauh ke ni?” Soalku cemas. Pakai tudung ekspress kalau keluar hostel, memang segan la aku...

“Takk....” Nia tarik tangan aku lepas dia tolong aku betulkan tudung.

Aku ikut langkah dia sampai ke depan dewan persatuan silat selalu lepak. Aku dah pandang wajah Nia semacam.

“Kenapa nak pergi sini?” Soalku sambil mengerut kening. Nia sengih aje.

“Kau masuk aje.. Pergi sana...” Nia tolak tubuh aku. Hati aku dah mula berdebar kuat. Apa yang berlaku ni? Aku pandang wajah Nia tapi Nia dah lambai tangan suruh aku masuk dalam dewan.

Terketar-ketar tangan aku tolak pintu dewan tu. Gelap serius gelap! Nia? Aku toleh belakang dengan rasa sebal. Awat suruh aku masuk dalam dewan yang tak ada orang ni?

“Suka awak dua kali ganda lagi...”

Tergamam aku dengar suara itu di dalam dewan. Aku segera pandang lurus ke hadapan. Daniel?!

Daniel duduk atas bangku kat tengah-tengah dewan, lampu terarah fokus kepadanya dan dia pakai tuxedo! Dia pegang gitar sambil tersenyum menawan kepadaku.

“Suka awak berkali-kali ganda... Sufi Shahleena...” Gemersik suara dia menyapa gegendang telinga aku. Wajahku terus diserbu rasa panas.

“Dengar saya lagukan ini untuk yang teristimewa di hati saya.... Sufi Shahleena...”

Alamamakk! Romantiknya dia... Aku suka sangat cara dia sebut nama aku... Aku suka sangat!

Dia mula petik gitar... Aku dekati dia selangkah demi selangkah dengan getaran di dada. Bila bibir dia mulai bergerak, aku tak tahu kenapa... Terasa indah sangat dunia...


Hatiku berkata ingin katakan cinta

Namun aku malu untuk mengawalinya

Jantungku berdebar saat kau menatapku

Jadi salah tingkah bicara sama kamu

Bibirku terbungkam melihat senyummu

Aku tak kuasa saat di depanmu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa

Tapi mengapa aku selalu tak bisa

Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu

Kalau aku suka… suka… suka…

Suka sama kamu…


“Suka.. Suka berkali-kali ganda kat awak Sufi... Awak sedia tak terima saya jadi kekasih awak? Hmmm?”

Kolam air mataku terasa panas serta-merta. Walaupun bunyi gitar tu agak sumbang dan tak selari dengan nyanyian dia, aku rasa terharu sangat-sangat... Aku rasa dihargai sungguh-sungguh!

Aku duduk kat lantai di depan dia sambil mengambil gitar di tangan dia. Perlahan-lahan aku petik gitar sambil pandang wajah dia penuh makna. Meh aku tunjuk pula kemahiran aku yang dah lama tak digunakan ni...

“Untuk Daniel Quzairy... Suka awak dua kali ganda aje...” Ucapku pelan. Daniel seperti terpaku memandang setiap inci perlakuanku. Bila bibir aku mulai mengalunkan lagu Suka Sama Kamu, aku lihat wajah dia merona merah.

“Okay tak?” Soalku. Dia angguk pelan. “Saya tak tahu awak reti main gitar...” Aku tahu dia tersegan tapi aku nampak dia betul-betul macam budak kecil bila buat muka begitu.

“Tak apa... Lepas ni boleh belajar dari saya...” Aku gelak kecil. Dia tertunduk sebelum memandang tepat ke arah wajahku.

So officially, kita dah couple ek?”

“Dah tu? Apa yang saya buat kat sini?”

“Jadi lepas ni, kita couple lah ya?” Daniel angkat kening dia sebelah. Aku tayang gigi aje.

“Tunggu awak masuk pinang saya, masa tu sah sampai bila-bila...” Ucapku selamba. Daniel gelak kecil sebelum duduk di depanku.

“Kotor tuxedo awak tu nanti...” Usikku padanya. Dia ketawa saja.

“Tak pe.. Hantar kat dobi sudah...”

Aku senyum mendengar jawapan dia.

“Sufi?”

“Hmmm...?”

“Cantik tudung yang awak pakai...”

Serta-merta mataku jatuh ke bawah. Makkk!!!! Tudung ekspress! Aku pandang dia, dia segak pakai tuxedo... Aku? Uwwwaaa!!!! Segan gila! Segan gila! Kalau aku tahu, aku pakai dress dan tudung yang cantik-cantik! Wajah aku merona merah tapi dia gelak bersungguh-sungguh. Daniel Kukuri!!


Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu

Kalau aku suka… suka… suka…

Suka sama kamu…



Daniel Final Part....


TUXEDO putih yang aku pakai aku kemaskan lagi biar nampak sempurna.Kemudian, aku berpusing menghadap Izz dan Alif yang dari tadi asyik perhatikan aku aje.“Okey tak?” tanyaku.

Alif dan Izz mengangguk serentak.“Lebih dari okey!” jawab kedua-duanya.

“Betul ni?”Aku ragu pulak tiba-tiba. Debaran kat hati ni tak usah cakaplah. Tapi aku dah tak boleh tangguh-tangguh lagi.Aku tak sanggup nak bayangkan kalau aku hilang Sufi. Tak boleh! Jadi sebab itulah aku perlu cepat bertindak.

Izz hulurkan gitar di tangan kepadaku.Aku menyambutnya. “Best of luck!” ucap Izz sambil menepuk bahuku.

“Buat relaks dahlah.Tak payah nak malu sangat. Kalau kau tak buat betul-betul, aku berani jamin Sufi dah tak nak pandang kau lagi lepas ni.”

Hisy! Dalam-dalam bagi nasihat sempat lagi si Alif ni warning aku. “Yalah, aku tahu,” jawabku.

Alif sengih.“Dah, dah pergi cepat.Nia pun mesti dah dapat pujuk Sufi tu pergi dewan,” ujarnya.

Aku mengangguk.Sambil menarik nafas dalam-dalam, aku mula bergerak masuk ke dalam dewan.Di tengah-tengah dewan tu, aku letakkan sebuah bangku.Dengan kepakaran dua orang rakan baikku itu, sebuah lampu terpancar elok ke arahku.Gitar di tangan aku kemaskan.Sabar menanti hingga Sufi datang.

Pintu dewan ditolak dari luar.Aku boleh nampak Sufi kat situ walaupun dalam keadaan tak terang mana.Aku menelan liur. Dengan penuh berani dan yakin, aku ucapkan, “Suka awak dua kali ganda lagi...”

Sufi segera menoleh pandang ke arahku.Dapatku lihat reaksinya yang terkejut beruk.Matanya bulat, merenungku bagai tidak percaya.

“Suka awak berkali-kali ganda... Sufi Shahleena...” ucapku lagi penuh perasaan.

Sufi diam kaku tidak membalas kata-kataku.

“Dengar saya lagukan ini untuk yang teristimewa di hati saya.... Sufi Shahleena...”Aku mula memetik gitar sambil bibirku bergerak mengalunkan lagu Suka Sama Kamu yang aku tujukan khas untuknya, gadis yang aku cintai.Sufi melangkah perlahan-lahan mendekati aku.


Hatiku berkata ingin katakan cinta

Namun aku malu untuk mengawalinya

Jantungku berdebar saat kau menatapku

Jadi salah tingkah bicara sama kamu

Bibirku terbungkam melihat senyummu

Aku tak kuasa saat di depanmu

Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa

Tapi mengapa aku selalu tak bisa

Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu

Kalau aku suka… suka… suka…

Suka sama kamu…


“Suka.. Suka berkali-kali ganda kat awak Sufi... Awak sedia tak terima saya jadi kekasih awak?Hmmm?”Aku akhiri nyanyian aku dengan ucapan itu.Percaya atau tidak, aku tidak lagi berasa malu atau segan bila berdepan dengannya.Yang aku tahu, aku mahu dia menjadi milikku.

Kolam mata Sufi berkaca-kaca merenungku.Dia duduk di atas lantai di depanku sambil mengambil gitar dari tanganku.Renungannya pada wajahku penuh makna.

“Untuk Daniel Quzairy... Suka awak dua kali ganda aje...” ucapnya perlahan dan serentak itu, dia mula melagukan lagu Suka Sama Kamu sambil memetik gitar itu.

Wajahku mula merona merah.Sungguh aku tak sangka yang dia pun boleh bermain gitar. Siap menyanyikan lagu yang sama lagi untuk aku!

“Okay tak?” soal Sufi padaku.

Aku mengangguk perlahan.“Saya tak tahu awak reti main gitar...”Segan pula aku jadinya tiba-tiba.

“Tak apa... Lepas ni boleh belajar dari saya...” kata Sufi sambil tergelak kecil.

Aku tertunduk seketika sebelum kembali mengangkat muka menatap wajahnya.“So officially, kita dah couple ek?” tanyaku tidak mahu bertangguh lagi.

“Dah tu?Apa yang saya buat kat sini?”

“Jadi lepas ni, kita couple lah ya?”Aku bertanya lagi sambil mengangkat sebelah kening.Sufi tersengih memandangku.

“Tunggu awak masuk pinang saya, masa tu sah sampai bila-bila...” ujar Sufi selamba membuatkan aku tergelak kecil.Aku turun dari bangku dan duduk di depannya.

“Kotor tuxedo awak tu nanti...”Sempat lagi Sufi mengusikku.

Aku ketawa.“Tak pe..Hantar kat dobi sudah...” balasku.

Sufi tersenyum mendengar jawapanku.

“Sufi?” panggilku perlahan.

“Hmmm...?”

“Cantik tudung yang awak pakai...”

Serentak itu Sufi tunduk memandang tudungnya.Matanya membulat.Aku tahu dia segan.Aku bukan main lagi bertuxedo bagai tapi dia pakai tudung ekspres aje.Melihat muka dia yang dah kelat-kelat masam tu, aku gelak kuat-kuat. Macam nak terguling atas lantai pun ada.

Sufi, awak sangat comel...





~kadang-kadang diam itu sudah cukup memaknakan segalanya~


Bagaimana caranya agar dirimu bisa tahu

Kalau aku suka… suka… suka…

Suka sama kamu…



13 Komen untuk Cik Rin:

[AYUMI SYAFIQAH]

sufi ckp --> Daniel, awak pun comel gak.. ngeheheee ;)

Afiqahai

comel~ btw, tahniah buat anda dan pasangan anda (ayumi afiqah) moga teruskan usaha lagi. ^_^ thumbs up~

Yusnida Tajudin

Kak Yus lak cakap --->> sepuluh kali baca pun still tergolek terguling lagi ... hahahaaa.. SUPERB BABEHH..

Anonymous

comel nye diorang.... sweet habis... good job writer.... :)

MissxYana

gud job!! haha...
suka la.. suka watak daniel kukuri..
uups.. mengamuk kang klu sufi baca..
xP

Unknown

uh. shuwit gila. haha tader konflik yg menyerabutkan minda org tgh exam..haha

fallenmoon ( Liya Zafrina )

Daniel, awk sweet sangat! :D

Syaza Nadiah

Awesome la cite ni . Best gila2 ! Double thumbs up ! Sweet gila la dorang ni . Hehe . :)

ihaaz

alololo.. sweetnye diorang ni..
hehe :)

Ria Natsumi

hahaha lucu....walaupun pening sikit...kejap situ kejap sana...tapi ke sweetannya amat sweet hahaha

CI_

Oh, comel sungguhlah!
Nak lagi! Nak lagi!

joenyz

comel gilosssssss !!!!!

~CutE CHerry bl0sSoms~

cutenye story!! best!! ><