LEPAK kat King Garden
terasa penat tak hilang. Lepas lari 3 round padang, main bola pun bagai nak
tercabut kaki, layan geng semua nak pergi ke King Garden konon-konon berkelah
sekejap ada yang turun join jogging, tapi tak dapat pun nak tenangkan hati
Aminul.
Lebih kurang kira hati tak tenteramlah dari tadi
kawan-kawan duk busy dengan junior-junior konon seniorlah sangat sampai
budak dari form 5 ke form 1 diangkut sekali. Tak boleh ke main dengan
mereka-mereka aje? Aminul pun tak terlayan sangat dengan junior tu lebih-lebih
lagi tengok muka Farid Dayyan menyengih aje lagak bintang dalam permainan bola
tadi.
Menyampah.
“Kau dengan Sara tak de apa-apa ke A.K?”
Nama glemer disebut. Aminul toleh sekejap, cuba
mengesan siapakah yang kurang ajar sangat sebut nama Sara tetiba.
“Tak de.” Jawab pun dua patah aje. Malas nak
melayan. Agy gelak kuat. “Apalah kau Pi-an, kan ke Sara syok gila dengan Farid
ni?” Agy tepuk bahu Farid. Farid tersengih lebar. Separuh banggalah sebab Sara
tu bukan setakat muka aje boleh tahan, kaya pula tu, nak kata body macam
body J.Lo tu taklah tapi nampaklah solidnya… Pasal Sara minat kat dia, satu sekolah kenal
nama Farid Dayyan. Betapa kuat pengaruh gadis manis itu padanya.
“Bila masa kau orang bercinta? A.K aku lihat rapat
gila dengan Sara takkan tup-tup bercinta dengan Farid kut?” Pi-an dah kerut
kening pandang Farid Dayyan.
Hairan tak hairan, bukan dulu dia ada dengar
Aminul suka kat seseorang, siap nak kasi klip rambut kupu-kupu. Tu yang Aminul
cari bagai nak rak seret si Pi-an keliling pekan katanya birthday ‘orang tu’
nanti merajuk tak dapat hadiah? Bukan Pi-an tak sedar Aminul mana pernah gelar
mana-mana perempuan dengan gelaran ‘orang tu’ kecuali Sara. Kan?
Tapi, entah pula kalau si Aminul nak kasi klip
kupu-kupu pada perempuan lain. Sara naik sekolah ada tudung atas kepala, tak
dapatlah Pi-an nak mengintai siapa gadis bertuah yang Aminul nak kasikan klip
rambut kupu-kupu tu… Tapi macam positif aje gadis bertuah tu nama dia Sara
Suhaila. Tak ke?
“Tak official lagi. Tunggu dia habis STP, aku
habis SPM. Ada rezeki adalah…” Farid Dayyan sengih sebaris, menampakkan gigi
putih tersusun rapi. Aminul terus berdiri sebelum seluar track ditarik Pi-an.
“Nak gi mana?” soal Pi-an spontan.
Aminul toleh dengan pandangan dingin. “Balik
rumah. Ada kerja…”
“Takkan kut?” Agy terus berbunyi. Takkan Aminul
jeles Sara dengan Farid Dayyan bercinta kut? Bukan si Aminul ni hati batu tak
ada perasaan pada sesiapa ke?
Aminul tak peduli soalan Agy. Dia terus melangkah
menuju keretanya.
Agy kerut kening sambil tepuk bahu Pi-an.
“Apesal?” soal Pi-an geram. Main tepuk-tepuk pula
budak ni…
“Dia jealous ke?” soal Agy tersengih-sengih.
“Mana aku tau. Kau tanyalah dia sendiri…”
Pi-an berdiri kibas seluar separuh lututnya. “Aku
pun nak balik. Kau orang sambung lepaklah…”
“Weh bro… Tak bestlah macam ni…” Agy mengeluh
dalam. Pasal si Aminul, Pi-an terus blah macam tu aje walhal dah janji nak
belanja ais kacang Kak Fifi di depan sekolah tadi.
3 Komen untuk Cik Rin:
Best..tapi kann cepat2 la smbung cite curi-2 cinta :))
anonymous - hehehe, insyaALLAH.
Curi2 cinta? nak malam ni ke? kekekeke...
A-G-Y tu pronounce dia EJI ke, AJI ke, AGI ke, EGI??? *blurr..
Post a Comment