BAB 7
PAGI-PAGI lagi aku lihat Nafisa
masak kat dapur. Aku tersengih lebar. Kalau tak salahlah kan, aku positif
sangat yang rajuk dia dah hilang.
“Fisa...” Aku tegur dia
sambil mengambil tempat duduk. Atas meja ada nasi goreng kampung dan kalau
Nafisa yang masak rasa dia mesti tip top meletup. Aku tau masak mee maggie
dengan telur goreng je. Itupun kalau rajin nak masak sebab selalunya kita orang
beli kat luar. Setakat telur goreng tu macam petik jari je. Kacau
lama-lama, lepas tu goreng... Telur sebiji boleh jadi macam tiga biji kalau aku
yang goreng. Kembang dan lembut. Hehehe...
Nafisa menuju ke arahku
dengan dua biji mug di tangannya. Dia beri pada aku satu.
“Malam tadi siapa hantar
kau?” Tanya Nafisa selamba.
“Abang sepupu aku...”
“Adree?” Soal Nafisa. Aku
geleng.
“Tak la... Wan Aakif.”
“Oh...”
Lepas tu sunyi balik. Rasa
janggal la pulak... Aku ni bukan jenis orang yang suka suasana yang diam
lebih-lebih lagi kalau duduk berdua tak kira la dengan sesiapa.
“Kau kerja sampai ke
petang ke?” Nafisa bertanya lagi. Aku garu kening yang tak gatal. Standart apa
soalan tu?
“Mestilah sampai petang...
Bos aku kau tau la macam mana... Selagi tak cuti selagi tu la kita orang tak
boleh nak minta cuti.” Balas aku tersengih. Pagi-pagi mengutuk bos, derhaka
betul pekerja dia yang seorang ni.
“Aku kerja setengah hari
je. Petang ni aku balik kampung sampai minggu depan.”
Aku terus kerut dahi.
Takkan la minah ni merajuk kat aku sampai nak lari balik ke kampung? Mengarut
betul.
“Kenapa baru bagi tahu
sekarang?” soalku geram. Kecil hati sebenarnya.
“Lama dah aku rancang tapi
baru tadi aku confirmkan...” Balas dia lembut. Memandangkan dia baru je
merajuk kat aku, aku tak berani nak naik angin. Silap hari bulan dia terus
angkat kaki dari rumah ni.
“Kalau dah lama rancang,
bagi tahulah aku awal-awal. Aku kawan kau kan?”
“Alah kau ni... Jangan la kecik
hati...”
Amboi... Dia boleh kecil
hati aku tak boleh la pula? “Lain kali kalau nak balik ke nak bermalam kat
tempat lain ke kasi tau aku awal-awal...” Tegurku. Dia angguk aje sebab dia
tahu aku orang yang bagaimana. Selagi dia kawan aku, aku mesti nak tahu dia
pergi mana, pakwe dia siapa, dia kawan dengan siapa... Semua aku nak tahu.
Akukan penyibuk nombor satu...
“Aku pergi dulu la Fisa.
Bas tak pernah nak tunggu aku. Aku yang kena kejar bas tu nanti.”
Aku bergerak menuju ke
ruang tamu mengambil fail dan beg tangan jenama Gucci. Memang hari-hari aku
guna Gucci tiruan ni sebab beg aku yang lain dah rabak. Bayangkan aje satu
handbag aku guna selama dua tahun. Sedih sangat sebab duit gaji tu sentiasa aku
labur untuk benda-benda lain contohnya rumah teres dua tingkat yang aku beli
dekat Taman Datuk Hills. For my future okey? Lagipun aku nak hadiahkan
untuk mak dan ayah. Aku plan nak tinggal dengan dia orang bila aku dah bayar
habis rumah tu nanti. Tapi tang kedekut tu, aku ni dah termasuk dalam kalangan
Haji Bakhil, duit sayang nak buang untuk benda-benda yang tak ada gunanya.
“Make sure kau bawa
handphone sebab nanti aku nak call kau.” Pesan Nafisa. Eh? Handphone...
Aku buka beg tangan dan
terus menyelongkar mencari telefon bimbitku. “Kau ada nampak handphone aku
tak?” soalku pada Nafisa.
“Mana aku tau. Kan masa
kau balik tu aku dah masuk dalam bilik tidur...”
Ye tak ye... Aku mengeluh
kecil.
“Aku letak kat mana eh?”
Mati kalau handphone tu hilang sebab masa ni aku memang tak ada duit nak beli
handphone baru. Aku telan air liur sendiri.
“Tu la kau cuai sangat...
Masuk kali ni dah empat kali dah hilang...” Nafisa selamba masuk ke bilik. Cis!
Masin betul mulut Nafisa. Kalau hilang betul-betul pengsan la aku... Gaji
dua minggu lagi baru nak dapat. Tak boleh jadi ni.
“Fisa, pinjam handphone
kau...” Aku ketuk pintu bilik Nafisa. Nafisa muncul dengan dahi berkerut
seribu.
“Kenapa?” Aku dah tahu apa
kat dalam otak dia. Mesti dia fikir aku nak cekau handphone dia buat jadi harta
sendiri. Otak dia tak pernah nak berfikir secara positif kalau pasal aku aje.
“Tak adanya aku ambil
handphone kau... Aku just nak misscall nombor aku je.” Aku hulur tangan
kepadanya. Nafisa tersengih kecil sebelum meletakkan telefon Nokia harga seribu
lebih dia tu kat tangan aku. Ye lahkan dia kerja gaji besar. Mana boleh lawan
toke kecik macam aku... huhuhuhu...
Aku cari nombor aku dan
call. Bunyi tutt tutt tutt tapi aku pusing-pusing satu rumah, ringtone
handphone gagal dikesan. Takkan la aku buat silent mode kut? Last
time aku guna silent mode masa interview kerja setengah tahun
yang lepas.
Aku call kali kedua dan
kali ini aku terkejut kerana ada yang mengangkat di hujung talian. Aku ada
tercicir telefon kat mana-mana ke?
“Hello...” Suara garau.
Er... Lelaki kut.
“Hello, siapa encik ni?”
Aku terus bantai soal sebab terkejut sangat. Mana entah telefon bimbit aku
terbang sampai ke dalam genggaman orang kat hujung sana.
“Win?”
Eh? Dia tahu pula nama
aku... Aku kerut dahi hairan.
“Ya saya... Encik ni
siapa?” Berdebar-debar pula aku tunggu dia menjawab. Otak dah mula berangan
benda yang bukan-bukan. Mana la tau kan tiba-tiba handphone cikai aku tu terjun
ke lantai, ada lelaki handsome ala-ala Asyraf Muslim tolong ambilkan, lepas tu
kitorang berkenalan dan akhirnya aku jumpa Mr. Charming ku yang selama ini aku
nanti-nantikan. Ah, mengarut gila kau ni Win... Dia kan tahu nama kau.
Entah-entah mamat yang kutip handphone cikai tu adalah Izz Harraz jangan
frust sudah. Mr. Charming konon...
“Saya ada kat luar rumah
awak...”
Aik? Luar rumah? Jantungku
rasa nak tergugur saat terbayangkan lelaki rambut panjang memandu kereta Honda
City. Takkan la dia kut? Aku bergegas menuju ke arah cermin rumah dan menyelak
langsir pelan. Ohmamamia... It’s him!
Aku meraup wajah sebelum
mematikan talian. Macam mana telefon aku boleh ada pada dia? Ke dia yang curi
handphone aku masa aku tidur dalam kereta dia?
“Jumpa?” Nafisa mendekati
aku. Aku serahkan telefon bimbitnya pada dia semula.
“Dah...” Aku bergegas
mengambil fail dan beg tanganku. “Aku pergi dulu Fisa...”
“Okey...”
Sampai di depan pintu
keretanya, aku teragak-agak untuk masuk. Ah, masuk aje la... Bukan aku yang nak
menggatal jumpa dia tapi dia yang ambil handphone akukan?
“Selamat pagi...” Dia
tersenyum mesra. Aku tunjuk muka masam sambil terus hulur tangan.
“My handphone
please...” Pintaku dingin. Dia merenung wajahku lama-lama sebelum kembali
tersenyum.
“Saya hantar awak pergi
kerja...”
Oh no! Aku tak nak!
“Minta balik telefon
bimbit saya... Awak curi ke?” soalku agak kasar. Berkerut kening lelaki itu
memandangku.
“Saya tak curi, awak
tercicir kat dalam bilik tamu rumah kami semalam...”
La ya ke? Hish... Segan
pula rasanya sebab dari tadi aku asyik terfikir yang dia ambil telefon aku
diam-diam tengah aku tertidur dalam kereta dia semalam. Over gila
andaian yang aku buat. Takkan la Wan Aakif nak buat kerja gila semata-mata nak
hantar aku ke pejabat pagi ini kan? Walaa Win Win... sendiri mau ingat tak de
cantik mana muka sampaikan Wan Aakif tergila-gilakan aku.
“Sorry... Ingatkan
awak yang ambil...” Wajahku merona merah. Dia selamba saja memasang seat
belt.
“Tak pe... Tapi ada bayarannya.”
Wan Aakif tersenyum lagi. Dia dari tadi senyum. Pagi-pagi asyik berikan aku
senyuman dia tu. Teringat masa dolu-dolu, aku curi gambar dia dalam album
Auntie Zita semata-mata kerana gambar tu aje yang dia buat muka tersenyum
ikhlas. Sampai sekarang masih ada lagi dalam simpanan aku. Tapi aku letak dalam
album family aku la... Takkan aku nak simpan lagikan sebab akupun dah
janji pada diri sendiri nak lupakan lelaki ini.
“Bayaran apa?” Aku rasa
dalam beg duit aku lebih kurang RM 10 je ada. Jangan la dia minta
banyak-banyak.
“Saya hantar awak pergi
kerja...”
“Tapi saya naik bas!” Aku
pandang wajah Wan Aakif tak percaya bila dia dah steady bawa kereta.
“Last night saya
dah kasi tau kat awak tak perlu nak menyibuk dalam hal saya...” Aku sindir dia
sinis.
Dia buat muka batu terus
memandu. Akhirnya aku mengalah juga. Aku tunjuk jalan menuju ke pejabat aku
pada dia dan aku dah mula bimbang terhadap sesuatu. Dia tahu rumah sewa aku,
dia tahu pejabat aku, lepas ni jangan la dia hari-hari nak menghadap aku.
Sekali lagi aku buat andaian melampau. Apa yang aku harapkan dari dia
sebenarnya? Cinta? Win, dia tengah hilang ingatan jadi dia tak sedar yang
tengah dia bawa sekarang ini adalah perempuan yang paling dia tak suka. Dan
sesungguhnya aku amat takut untuk membaca perasaan sendiri. Aku takut jatuh
cinta lagi...
5 Komen untuk Cik Rin:
Arrrrr best3,,,,,, nk lagiiiii
tengku anys- coming soon =D
Best..nk lg.
Best,.
Best!!! thank you kak Rin. nice entry :-)
Post a Comment