CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 6, 2012

Lelaki Versi Dia 6



BAB 6
“ARWIN...” Bahuku disentuh pelan. Aku mamai seketika.
“Win,” suara itu menyapa telingaku lagi. Aku terpisat-pisat membuka mata. Kat mana ni? Terpinga-pinga sejenak. Bila tersedar aku masih di dalam kereta, aku terus berpaling ke sebelah. Wajah Wan Aakif membuat jantungku berdegup kencang. Aku segera membetulkan dudukku sambil berdehem berkali-kali. Wan Aakif sekadar tersenyum melihat reaksi aku.
“Dah sampai ke?” Soalku dengan suara yang separuh serak. Aku tilik jam di tangan sambil mengeluh kecil bila tersedar aku sudahpun tertidur dekat 15 minit.
“Tak lagi...” jawabnya ringkas. Aku memandang wajahnya sekilas sebelum menghalakan pandangan keluar kereta. Giant di depan mata. Aku toleh dia semula dengan kerutan di dahi.
“Saya tak tahu nak belok mana.”
Oh? Patutlah kereta dia bertenggek kat tepi jalan... Aku hela nafas sambil menghalakan jariku ke jalan besar.
“Sana...” Aku berdehem sekali lagi sebab suara aku dah tenggelam. Serak. Dia senyum lagi. Geli hati la kut sebab suara aku hampir-hampir serupa macam Bulma dalam cerita Dragon Ball.
Dia kembali memandu kereta dan aku jadi guide main tunjuk-tunjuk jalan sampailah dia masuk ke kawasan perumahan aku. Wan Aakif berhentikan keretanya betul-betul depan rumah aku. Aku lihat lampu bilik Nafisa masih lagi menyala. Tak tidur lagi minah kuat merajuk tu rupanya... Selalu dia tidur awal pukul 10 macam tu lepas tengok drama kat tv 3. Sama la fe’el aku dengan dia tapi hari ni lewat la pula... Nasib baik Wan Aakif nak hantarkan sebab kalau nak balik guna teksi malam-malam buta begini memang terlalu bahaya untuk perempuan. Banyak dah kes-kes rogol yang aku dengar di kawasan ni. Minta jauhkan...
“Terima kasih...” Aku buka seatbelt dan terus buka pintu kereta.
“Win,”
Aku toleh ke arahnya. Wan Aakif merenung wajah aku lama tanpa senyuman.
“Kenapa?” Soalku tak tunggu lama.
“Saya ambil awak esok?”
Aku kerutkan dahi. “Esok nak ke mana? Saya kerja esok...” balasku jujur.
“Saya hantar awak kerja.” Balas Wan Aakif tenang. Aku terkejut mendengarnya.
Listen Wan, awak tak perlu nak jemput saya or nak hantar saya ke mana-mana.. Let’s end everything here...” Aku tegas bersuara. Wan Aakif keliru memandang wajahku. Mesti dia pelik bila tunang sendiri menolak pelawaan dia. Aku menghela nafas panjang sebelum menyambung kata-kataku semula. “Awak tanya saya tentang hubungan kita sebelum ini. Yeah you’re right... Kita bukan seperti pasangan lain yang bahagia. Sebelum awak hilang ingatan we kept fighting. Whatever I do and whatever you do itu hal masing-masing dan kita dah janji untuk tidak akan masuk campur dalam kehidupan kita antara satu sama lain. Mungkin boleh saya katakan hubungan kita ini perlu diputuskan secepat mungkin.” Aku menarik nafas panjang sambil mataku tercari-cari reaksi Wan Aakif. Wan Aakif tak terkata malah masih mengamati wajahku lama-lama.
“Dan awak tak perlu susah-susah nak jadi tunang yang prihatin kepada saya semula. Saya rimas...” Aku bangun untuk keluar dari kereta tapi tangan Wan Aakif lebih pantas menahan diriku.
“Saya tak tahu kenapa awak kata begitu. Mungkin sebab awak tak suka dengan keadaan saya sekarang... I don’t know who I am and I keep following you. Mungkin itu yang membuatkan awak rimas... Tapi saya tahu antara kita memang rapat dan mama juga pernah kata saya mencintai awak bersungguh-sungguh. Every year I come back to Malaysia just because I missed you... Mama tipu saya ke?”
Ya ALLAH! Aku tak ada jawapan untuk soalan itu dan dalam hati aku sudahpun mengiakan perkara yang sebenar. Your mama is cheating right know Aakif! Kalau awak tahu saya sedang bersekongkol dengan mama awak untuk menipu awak, for sure awak akan lebih membenci saya selepas ini... Aku tarik tangan aku pelan.
Good night...” Ucapku serentak keluar dari kereta.
“Win, I don’t know what is in your mind but I’ll give my everything to get back what we had before... Tak kira awak dah benci pada saya ke, awak dah bosan pada saya ke... Saya tetap nakkan awak... Nakkan kenangan kita bersama.” Dia berkata sebelum aku menutup pintu keretanya. Oh shit! Hati aku dah mula berapi. Ini semua tak adil bagi Wan Aakif kerana dia terpaksa hidup dalam penipuan... Penipuan yang menyatakan aku dan dia pernah bahagia bersama-sama... Aku harap Wan Aakif akan pulih ingatan dengan kadar yang segera supaya aku tak jadi nanar akhirnya. Wan, kita tak ada secebispun ingatan dan kenangan... Believe me... Sayangnya kata-kata itu hanya keluar dari hati tanpa mampu dizahirkan.
Aku melangkah lemah menuju masuk ke halaman rumah. Bila aku tutup pintu, aku dengar kereta Wan Aakif berlalu pergi.
Aku ingat nak pujuk Nafisa dulu sebelum tidur. Minah ni kalau tak dipujuk rajuk dia lama. Aku berdiri depan pintu bilik Nafisa dan mengetuk pintu bilik dia berkali-kali. Dia buat bodoh je.
“Fisa, aku ni... Buka pintu kejap...” Aku pujuk dia. Dah agak dah dia tak akan buka. Aku mengeluh kecil.
 “Wei aku tahu kau tak tidur lagi... Aku nak minta maaf ni...”
Aku berdiri dekat seminit kat depan bilik dia. Haish... Merajuk sampai mogok nak bercakap. Dah la aku tengah mengantuk. Ah, lantak kau la. Yang penting aku dah minta maaf.
“Fisa aku minta maaf tadi... Aku tau aku salah. Kau jangan la marah lama-lama nanti aku tak ada kawan nak berbual. Aku masuk tidur dulu. Assalamualaikum...”
Kalau dia tak jawab salah aku memang derhaka la agaknya. Sekurang-kurangnya jawab dalam hati pun boleh. Berdosa tak jawab salam mak aku katalah.
“Aku masuk tidur dulu. Jangan merajuk lama sangat...” Pesanku sebelum masuk ke kamar tidurku.
Alahai kawan. Macam mana kau merajukpun mesti tak lama... Nasib baik aku dah masak sangat dengan perangai Nafisa. Masa first-first berkawan dengan dia, aku ingatkan dia ni ada masalah mental. Kadang-kadang dia merajuk aku tak tahu apa sebabnya.