BAB 8
AKU kata berhenti kat depan perhentian bas sebab pejabat aku
seberang tu tapi dia senyum aje. Dari tadi senyum aku naik gelisah jugak. Wan
Aakif senyum oo... Tak pernah aku tengok lebih-lebih lagi dalam keadaan awal
pagi begini. Cair sikit...
“Saya berhenti depan
syarikat tempat awak...” Dia terus memandu lalu macam tu saja depan perhentian
bas tak sempat aku nak tahan. Aku kerutkan dahi memandang wajahnya. Masalah
betul...
“Kenapa? Awak takut
kawan-kawan awak nampak?” soal Wan Aakif selamba. Aku terkejut sedikit. Macam
tau-tau je dia ni kan? Pandai menilik...
“Tak la... Saya tak nak
susahkan awak...” balasku pelan. Wan Aakif gelak kecil.
“Jangan tipu saya Win...
Air muka awak dah beritahu pada saya apa yang ada kat hati awak tu.”
Aku lirik wajahnya.
“Pandai awak baca air muka saya...” Sindirku. Dia ketawa lagi.
“Sayakan tunang awak?
Sebelum ini mesti saya lebih bijak membaca perasaan awak kan? Saya tahu apa
yang awak suka dan yang awak benci...”
Aku rasa nak termuntah
mendengar kata-kata Wan Aakif. Kalau tak kenangkan dia hilang ingatan, mesti
aku dah terjun dari kereta sebab tak percaya Wan Aakiflah yang tengah bercakap
dengan aku saat ini...
“Tapi saya minta maaf
sebab sekarang saya dah lupa segala-galanya. Tentang awak, tentang perkara yang
awak suka, tentang perkara yang awak benci... I’m sorry for that...”
Suara Wan Aakif mencelah halus ke dalam hatiku. Aku rasa bersalah bila dia
fikir dia dan aku pernah ada hubungan yang rapat berdua. Aku pandang dia penuh
makna.
“Awak tak perlu nak minta
maaf sebab itu bukan kesalahan awak...” balasku padanya. Aku nak dia tahu yang
aku tak pernah rasa kecil hati kerana dia telah melupakan aku. Mungkin dia
fikir aku mesti rasa sedih sebab dia sebagai tunang tiba-tiba melupakan
segala-galanya tentang aku. Macam mana ni ek? Nak kasi dia sedar yang aku dan
dia dulu bukanlah loving doving moving couple seperti yang diceritakan
oleh mama dia susah sangat... Dia macam tak percaya yang kita orang tak berapa
nak rapat. Aku rasa Auntie Zita yang master mind dalam kes ni. Auntie Zita ni
pun agak-agaklah kalau nak menipu anak dia sendiri...
“Dah sampai...” Celahnya
masa otak aku tengah berfikir secara aktif untuk mencari jalan memisahkan aku
dan dia. Memisahkan aku dan dia? Ayat tak boleh blah.
“Hmm.. Thanks...” Aku
kemaskan fail dan beg tanganku ke bahu. Aku pandang dia sekilas.
“Jangan ambil saya petang
ni tau? Dan satu lagi, kita tak pernah serapat yang mama awak ceritakan pada
awak. Kita biasa-biasa aje.”
“Win, awak frust sebab
saya tak ingat awak sehingga awak tak mengaku hubungan mesra kita ataupun awak
dah tak suka saya sebab ye lah... Saya dah macam ni?”
Aku pandang dia dari atas
ke bawah. Apa kena dengan dia ni? Ada pula dia fikir benda yang aku tak
terfikir.
“Tak ada kaitan dengan
saya frust ataupun awak dah jadi macam tu. Anyway saya tak faham maksud
awak yang awak dah macam ni tu.”
Aku nampak dia mengerut
kening sebelum mengurut belakang tengkuknya.
“Saya selekehkan? Dulu
saya tengok gambar-gambar saya semua handsome...”
Hukaloh! Perasan gila...
Aku pandang dia serius walaupun sikit lagi hampir-hampir tersenyum. “Tau tak
apa.” Aku balas selamba dan terus keluar.
“Thanks hantar saya Wan...
Dan ingat saya kata, jangan cari saya lagi lepas ni...” Aku bagi warning
awal-awal. Nasib baik dia buat muka selamba dan aku ingat memang dia tak akan
cari aku lagi la lepas ni... Kalau dia cari juga mesti dia jenis spesies lelaki
tak tahu malu. Masa aku nak tutup pintu kereta dia aku teringat sesuatu. Aku
buka balik pintu kereta dia dan hulurkan tangan.
“Give me my phone...”
Pintaku. Dia jungkit kening sambil tersenyum lebar.
“Ingatkan nak kasi saya
jaga lagi?”
Mimpilah...
Aku terus ambil telefon
bimbit aku sebelum dia betul-betul berikan padaku. Mana taknya cara dia hulur
phone aku tu macam beri buaya makan petang. Slow.
“Ingat, jangan datang
lagi!” Ucapku tegas. Dia angguk aje dengan membongkokkan tubuhnya untuk
memandang wajahku sambil tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang
putih. Nasib baik cantik teratur.
Aku menghela nafas lega
lalu menutup pintu kereta. Aku berjalan menuju ke dalam syarikat dengan
perasaan huru-hara. Hari ini aje berapa kali dia senyum kat aku... Dan hari ini
aku pasti jantungku berfungsi tidak seperti hari-hari lain. Aku mengerut kening
bila jantungku terasa berdegup pantas. Tarra! What have I done? And why must
it happens to me?
Kenapa mesti hatiku
kembali terusik disaat aku sudah melupakaan apa yang telah menjadi sejarah
dulu... Aku mengeluh dalam diam.
“Arwin...” Berderau darah
bila terdengar namaku diseru. Yang pasti pemilik suara itu adalah bos aku.
“Ya bos...” Aku tergugup
sekejap. Itulah kalau dah banyak berangan, otak tak berapa ada ditempatnya.
“Pagi ni ada mesyuarat
lembaga pengarah kan?” Encik Hisyam memandang wajahku macam nak makan orang.
Aku dah tergagap-gagap tak tahu nak jawab apa.
“Ya bos...” Aku angguk
laju-laju.
“Awak tengah mimpi ke
Arwin?” soal Encik Hisyam sinis. Aku laju-laju geleng kepala. Dengan bos aku
seorang ni, aku rasa macam tengah berjumpa dengan singa hutan. Seriau semacam.
Cara dia pandang aku aje dah boleh ketar lutut.
“Awak dah siapkan bilik
mesyuarat ke?”
“Dah semalam...” Aku rasa
macam Encik Hisyam pula yang jadi secretary sekarang ni.
“Make sure semua
berjalan dengan lancar. Saya tak nak ada lembaga pengarah yang merungut nanti.
Bilik tu kena bersih betul-betul.”
Eh, banyak songeh la
pula... Dia ingat aku tak reti buat kerja ke? Tapi nak memprotestu aku tak
berani la sebab terang-terang aku ni penakut. Lagi-lagi dengan encik singa ni.
Hiii....
Encik Hisyam berlalu ke
dalam bilik dia, aku terus urut dada. Jane tersengih memandang wajahku yang
sedikit pucat.
“Stress ke?” soalnya
tergelak kecil. Dia boleh la tergelak, aku nak gelak pun hanya boleh sampai ke
paru-paru.
“Kalau I tau susah begini
kerja under orang, I nak buat syarikat sendiri.” Rungutku pada Jane.
Jane gelak besar. Mesti dia fikir aku tengah naik gila sekarang ni. Ye la
awal-awal pagi dah kena sound siapa yang tak terkejutkan?
“Kalau macam tu I nak jadi
salah seorang pemegang saham dalam syarikat you la...” Usik Jane.
“Kenapa pula?”
“Pemegang saham
sekurang-kurangnya berdua dalam satu syarikat tu...” Jane angkat-angkat kening
mengada. Aku sengih aje sambil menunjukkan jari hantuku goyang ke kiri dan ke
kanan.
“Pemegang saham memang
kena berdua tapi tak semestinya manusia...” Aku berlalu menuju ke bilik
mesyuarat sambil berlenggang di depan Jane. Jane tercebik sebelum tergelak
kecil. Jane orang campuran Cina dan Thai sebab tu muka dia putih macam kapas.
Lain la aku ni, nak kira putih tak la putih... Hitam jauh sekali. Kira muka
tipikal Melayu la. Hihi...
***
Nota Kaki :: Bulan 1 Januari 2013, under Kaki Novel. Thanks for reading this
simple story .. :D
5 Komen untuk Cik Rin:
Wah!.., Tahniah yang amat!
ni last updates utk LVD ke?alaaaaa
cik Rin..KN dah kuar bab 11& 12 r smlmm..per pun..*yuhuuu*...tak sabar nk tggu wan akif!
StunningUmi - thanks awak :DDD ^^ selalu singgah blog rinsya...
anonymous- LVD smpai bab 10. :D
Izz- la ya ke? taktau pula. hailaa.. sat ai pi cek...
tahniah Kak Rin. Rezeki awal tahun nampaknya. Insya-Allah semuanya berjalan lancar. mesti tak sabar nak tunggu baby pertama nikan. hihi. good job kak. Tak sabar tunggu en jutawan ni dalam versi cetak. ^_^
Post a Comment