BAB 2
BILA aku belek stok baju pengantin yang baru datang
tadi rasa macam ada aje yang tak kena. Jadi akupun panggil Khairi suruh dia cek
balik baju pengantin tu sebelum disangkut ke ruang atas Butik Puteri. Khai
cakap mungkin aku mimpi sebab dia cek tak ada pulak yang tak kena. Nak aje aku
pergi ketuk-ketuk kepala dia.
Sebenarnya bekerja dengan baju pengantin bagi
perempuan yang belum berkahwin macam aku ni perasaan tu agak tak menyeronokkan.
Asyik tengok pasangan kekasih keluar masuk sambil pilih baju dengan muka eksaited
nak kahwin tu buat aku cemburu tapi nak buat bagaimana dah jodoh aku tak datang
lagi. Bila tengok ada baju kahwin yang cantik mulala pasang angan-angan nak
pakai untuk kahwin tapi bila ada orang dah beli aku beri aje sebab entah bila
masa tu akan tiba.
Tiba-tiba aje teringat kata-kata ma minggu
lepas pasal blind date. Sampai sekarang pun tak ada khabar berita
tentang tu walhal dalam diam aku mengharap juga. Agaknya ma lupa nak cakap kat
ayah kut?
“La Rian, I rasa baju nikah ni kurang sepasang
la. Baru I sedar tadi!” Khairi jerit kecil. Aku terkejut dengar kata-kata dia.
“Betul ke?” aku soal dalam nada menggelabah.
Aku pun terus berlari anak ke arah Khairi yang tengah sangkut baju-baju kahwin
tu dengan muka separuh gelisah.
“Sepatutnya 20 pasang tapi ada sepasang tu tak
ada kain kat bawah dia…”
Khairi tunjuk kat aku sehelai baju cantik
bersulam tapi atas dia aje ada. Tadi masa kira baju ni tak nampak pula bawah
dia tak ada sebab aku fikir baju ni gaya jubah tapi bila dah digantung macam ni
tak mungkin pula baju ni tak ada kain sebab bawahnya diperbuat daripada kain
jarang.
“Contact balik la Husni tanya kat dia,
kalau memang tak ada kain bawah balikkan aje kat kilang. Nasib baik you gantung
baju ni dulu. Yang lain cek jugak takut ada yang tak kena pula.”
Pertama kali kejadian ni berlaku. Tengok Khairi
yang tengah buat muka blur tu aku pun mengeluh kecil.
“Biar I aje yang buat. You teruskan kerja.”
Tak pasal-pasal hari ni aku kena call Husni dan
minta ganti rugi balik. Takkan nak jual baju kahwin tak ada kain pula. Tapi
nasib baik juga dia cakap kain bawah ada tertinggal kat kilang jahitan tapi dia
kata aku kena ambil sendiri sebab tak ada orang yang boleh hantarkan. Bertuah
punya kawan. Nasib baik dia kawan aku jadi walaupun aku ni custumor, aku kena
bertolak ansur dengan dia juga. Hish. Menyusahkan betul kerja dua tiga kali ni.
“Khai, I ke kilang kejap you jaga kedai ya!”
Aku jerit sebab dia agak jauh dan Khairi pun jerit juga okey kat aku.
“Sebelum lunch I balik,” aku beritahu
Khairi sambil sangkut beg tangan ke bahu dan bergegas menuju ke pintu butik
yang tengah tutup. Harap-harap Khairi dapat urus sorang diri. Pekerja aku
sebenarnya ada empat orang tapi dua orang diserap kat cawangan baru jadi
tinggal aku dan Khairi aje kat sini sebelum ma ambil pekerja baru.
“Okey pergi ajelah, jangan risau. I tak keluar
butik punya sebab I ada bawa bekal.”
Aku tak mampu senyum bila dia cakap macam tu.
Tiba-tiba rasa Khairi ni old school pun ada siap bawa bekal ke tempat kerja.
Agaknya isteri dia rajin kut nak masak pagi-pagi kalau tak mesti Khairi sendiri
yang kerah tenaga untuk bangun pagi masak. Esok aku ingat nak suruh bibik
sediakan bekal untuk aku sekali!
Aku buka pintu butik sambil-sambil tu pusingkan
papan kat pintu jadi ‘open’.
“I dah buka ni…” aku tunjuk papan kecil yang
tersangkut kat pintu lutsinar tu kat Khairi yang tengah naik kerusi. Dia pun
tunjuk ibu jari kat aku tanda bagus.
Bila aku jalan, aku tengok tempat lain pun dah
mula buka kedai. Dah tiga tahu aku bekerja kat sini jadi aku cukup maklum dengan
keadaan kat sini. Aku turun ke tingkat bawah tengok Restoran Ayam Penyet dah
buka pulak. Aku pun tinjau-tinjau mana tahu Sufiah ada. Sufiah tu kawan aku
jugak tapi tak berapa rapat. Sekadar angkat tangan bila terserempak sebab kerja
kat dalam bangunan yang sama ni asyik jumpa muka yang sama jadi serta-merta
kita orang berkenal-kenalan. Lagipun aku selalu juga lepak kat restoran tu.
Aku rasa dia tengah sibuk kat dalam sebab aku
tak nampak bayang dia. Ada empat lima orang pelanggan duduk kat dalam tu. Waktu
aku nak pusing tiba-tiba aje mata aku terarah ke wajah seorang lelaki yang
tengah duduk sendiri. Macam pernah aje jumpa lelaki tu tapi aku tak tahu kat
mana. Lupa! Macam Cina aje dia tapi kulit tak berapa putih agaknya Cina half
blood kut? Rambut dia kemas rapi dengan mata sepet dan tubuh yang tegap. Sekali
pandang macam model pun ada.
Tapi aku rasa dia ni anak orang kaya dengan
penampilan kemas dan pembawaan diri dia tu tapi manalah kita tahu dia kaya ke
tak sebab sesiapapun boleh nampak macam orang kaya walaupun tak kaya. Dia pun
pandang aku mungkin tersedar ada orang tengah perhatikan dia. Aku pun
cepat-cepat melemparkan pandangan ke arah lain dan melangkah pergi. Kenapalah
aku gatal sangat perhati dia tadi? Isy… Janganlah lelaki tu ingat aku ni
terpesona dengan kekacakan dia sampai tertoleh-toleh hanya untuk menghadap muka
dia pulak dah! Hu hu…
BEG tangan aku campak ke atas sofa rumah Mun,
teman baik aku. Kita orang ni dari sekolah menengah dah berkawan. Ada tiga
orang yang rapat dengan aku, dan Munira aje satu-satunya teman rapat yang dah
kahwin. Rina bertunang bulan lepas dan akan berkahwin pada tahun hadapan, yang
tinggal single tu hanya aku dan Nur Fikri. Aku tak hairan bila Nur kata
dia nak kahwin umur 30 pun sebab dia jenis yang berdikari. Nak kumpul duit dan
nak bina kerjaya sendiri. Kadang-kadang kagum juga aku kat Nur, walaupun dia
workholic tapi peminat sibuk beratur. Kata cantik tu tak tapi mungkin dia ada
communication skill yang tinggi jadi tak susah untuk dia memikat mana-mana hati
lelaki berbanding aku yang agak low-profile ni.
“Kenapa dah buat muka macam tu pulak?” Mun
letak balang berisi keropok di atas meja terus mendekatiku. Nur dan Rina sibuk
di dalam dapur memasak. Aku hanya mampu mengangkat bahu sambil mengeluh kecil.
“Dah datang sini aku tak nak tengok muka masam
mencuka okey? Tak suka!”
Aku dah gelak bila dia tekan suara untuk
perkataan tak suka tu.
“Pian mana?” aku tanya sambil mencapai balang
kat atas meja. Laju aje tanganku membuka penutup balang dan mengambil keropok
yang baru di goreng oleh dia orang tadi.
“Out station hari Ahad dia balik, Rina
teman aku tidur malam ni. Kau ni la datang pun lambat,” rungut Mun kembali
berdiri sebelum terus masuk ke dapur. Aku menutup semula balang keropok setelah
mengambil sedikit isinya dan bergegas mengikut langkah Mun. Haraplah dia orang
tak marah sebab aku janji pukul 7 sampai tapi dekat pukul 8 baru aku datang.
“Kau rupanya yang datang, aku ingatkan orang
jual minyak wangi!”
Selamba aje Rina tepuk bahu aku kasar.
“Sorry lambat jammed pulak tadi.
Dah la kena pergi kilang sebab dia orang kasi baju pengantin tak ada kain. Eh
Rina, kau kahwin tempah aje baju nikah kat aku tau! Aku kasi special
harga punya…”
Apabila aje aku duduk terus Nur buat isyarat
kat aku supaya angkat ikan dalam kualitu. Hampeh betul punya kawan, langsung
tak boleh tengok orang duduk senang!
“Kau dah cukup kaya Rian, lagi nak perah poket
aku…”
Pecah perut kita orang gelak dengar Rina punya statement.
Suka hati mak datuk dia je cakap macam tu. Aku ni bukan kaya pun, apalah sangat
yang kaya sedangkan semua tu harta ayah. Elaun pun ayah terus potong lepas aku
dah kerja kat butik ma jadi tak ada harapan nak bergantung dengan duit ayah
lagi dah. Jauh lagi nak berangan jadi puteri yang kaya raya macam dalam cerita
telenovela sibuk shopping tak ingat dunia dan melancong ke luar negara
tak kira masa. Hidup kena realisitik, tu ayah cakap kat aku bila dia potong elaun
sara hidup sebanyak RM 1000 sebulan tu. Mula-mula sedih juga tapi nasib baik ma
beri gaji dua ribu sebulan. Nasib baik juga benda yang aku makan hari-hari tu
masih duit ma dan ayah. Sebenarnya bila difikir-fikir aku ni tak senonoh jugak
dah besar panjang tapi masih bergantung nak isi perut dengan duit orang
tua.
“Garing tak?” Nur menjenguk ketika aku
mengangkat ikan ke dalam pinggan. Aku angguk kecil pandang kat dia waktu dia
matikan api dapur.
“Sedap ni…” Mun ambil pinggan dari tanganku
sambil tersengih-sengih.
“Rian tak tahu lagi tu, kau cerita balik topik
kita tadi Rin,” Nur angkat-angkat kening.
“Kenapa?” soalku sambil buat muka blurr.
“Entah dia orang ni,” Rina angkat bahu sambil
mengambil tempat duduk di kerusi yang paling tepi. Aku pun cepat-cepat ambil
tempat sebab perut tiba-tiba aje terasa lapar tengok makanan yang terhidang di
atas meja.
“Apasal pula ni?” aku kerut kening sebab dah
mula rasa hairan. Suspicious je gaya dia orang macam sembunyikan sesuatu
daripada aku. Mun sengih lebar sambil petik-petik jari kat meja.
“Makan dulu, karang kita cerita!” Nur tepuk
bahu aku sambil gelak. Ni yang buat aku makin nak tahu… Suspen betul.
Kita orang atas meja makan tu bercerita pasal
kerja, pasal sepupu Mun yang hensem pernah kita orang minat beramai-ramai kat
sekolah dulu dah selamat mendapat PhD nya balik dari luar negara, Nur punya
peminat salah seorangnya bergelar Tan Sri tapi dah tua bangka jadi Nur pun
menolak mentah-mentah dan macam-macam lagi. Dan yang paling aku terkejut Rina
kata Fuad minta awalkan pernikahan jadi tinggal 2 bulan aje lagi. Punya
terkejut sampai aku tak boleh nak komen apa dah. Tu la benda yang dia orang duk
buat muka suspen dari tadi.
Tapi tak sangka Rina nak jadi isteri orang
macam Mun juga. Nampak cerah aje muka Rina. Berseri sebab badi nak kahwin kut?
Nak kata sedih tu jauh tapi di sudut hati adalah rasa cemburu kerana
rakan-rakanku yang lain seperti senang aje jodoh tu datang tapi aku ni tak
melekat-lekat jugak.
Bila umur menginjak 20-an isu jodoh ni
automatik jadi bahan utama perempuan kena fikir lagi-lagi bila mana orang kiri
dan kanan sibuk bertanya ‘bila jadinya?’. Agak-agak bilalah ma nak buat blind
date tu? Aku nak cerita kat diaorang pasal ma dah janji nak buat blind
date tapi aku tak tercakap kat dia orang sebab risau malu benda tak jadi.
“Jom-jom!” Nur angkat gelas berisi air limau
kasturi ke tengah meja.
Aku dan yang lain terus buat benda yang sama
siap laga-laga gelas walaupun sebenarnya tak reti juga apasal gelas perlu
dilaga bila nak meraikan sesuatu. Mula-mula dulu aku fikir dia orang ni nak
ikut stail orang Korea minum alkohol tapi Mun kata kita buat tu main-main je
bukan nak tiru sesiapa. Apa-apa ajelah janji dia orang seronok.
“Kita raikan hari penuh debaran buat saudari
Sabrina!” Nur terjerit kecil. Masing-masing terus telan air ke dalam mulut.
Nasib baik Mun buatkan air limau kasturi sebab dah lama aku tak minum air ni.
Limau kasturi tu bagus untuk menyejukkan badan.
“Kita doakan Nur dan Rian pula lepas ni ye
Rina?” Mun dah kenyit-kenyit mata kat Nur.
Aku pun pandang Nur lepas tu sebab nak tengok
reaksi dia. Dia pandang aku sambil
tersengih-sengih. Mesti sebab dia fikir yang aku ni masih single memang
perlulah kena doakan oleh budak berdua tu lagipun dia sendiri dah banyak calon,
tinggal pilih aje tak perlu bersusah-payah. Sabar ajelah kena bahan oleh dia
orang ni…
3 Komen untuk Cik Rin:
best ngat4..nak lg...hehehe
best banget donggg... next n3..^_^
mesti rian rs lonely...
Post a Comment