“KAU dah buat persiapan semua sekali ke untuk
esok?” Suara Mun nyata kebimbangan. Aku tersenyum kecil walaupun aku tahu yang
Mun tidak akan dapat melihat senyumanku ini. Entah kenapa tiba-tiba dia
menelefonku lewat malam semata-mata kerana persiapan untuk pertunanganku esok.
“Dah,”
“Aku minta maaf sebab tak dapat tolong-tolong
kau…”
“Apa pula nak minta maaf? Ma aku yang upah
orang sediakan semuanya. Kau ingat aku ni macam Nur ke kena kerah tenaga kita
nak buat majlis?” Soalku sambil tergelak dengan nada ingin bergurau. Mun pun
ikut ketawa juga selepas itu.
“Taulah kau nyonya besar. Anak orang kaya.
Petik jari semua jadi asal poket penuh.”
“Aku tak macam tulah Mun. Berapa kali aku kena
cakap kat kau orang?”
“Okay-okay sorry ya madam. Mulut ni nakal sikit
tak pakai tol jalan. Ops, bakal madam..” Usikan selamba Mun mengundang rasa
geli hati pada diriku. Mungkin betul yang ma nyatakan sejak semalam. Aku
bertambah ceria sebab dah dekat nak bertunang. Tapi macam biasalah sejak malam
kejadian aku dah Adif keluar sampai tengah malam baru balik tu mana pernah Adif
telefon aku atau sms pun sekurang-kurangnya. Betullah bila berpakwekan dengan
orang macam Adif kena tahan hati aje. Bukan boleh bercinta lebih-lebih pun.
Wah, Cik Rian, bukan kau ke dulu yang beria-ia berpegang prinsip tak nak
bercinta sebelum berkahwin? Prinsip makan tuan nampak? Aku tersengih kecil
menahan tawa yang hendak terlepas.
“Good luck untuk esok, jangan nakal-nakal.
InsyaAllah semuanya selamat..”
“Terima kasih Mun.”
“Jangan menggelabah bila cik abang sarung
cincin kat jari…”
“Aku tahulah.”
“Aku ucapkan semoga berbahagia dan jodoh kau
dengan mamat Cina tu berpanjangan.”
Keningku bertaut rapat dan cepat-cepat aku mengetap
bibir menahan ketawa yang hampir pecah. “Dia bukan mamat Cinalah…”
“Untunglah kau dapat bakal suami mata sepet…
Dulu aku yang teringin sangat cari suami orang Jepun kau duk perli-perli. Bakal
suami kau tu tak lebih tak kurang kaum suku sakat penduduk Jepun jugalah tu.”
Tawaku pecah jua akhirnya. “Dia tak macam Cina
bila kau jumpa face to face nanti…”
“Dia macam apa?”
“Lama-lama kau tengok dia macam orang Melayu
biasa.”
“Kau dah pasti ke dia bukan orang Cina? Tak pun
nenek dia ke, mak dia ke.. Kau bukan tak tahu sekarang ni melambak orang kahwin
campur.”
Aku menggaru dahi lambat-lambat. Betullah juga
cakap Mun. Aku tak pernah tahu siapa keluarga Adif. Masa merisik hari tu pun
aku setakat masuk ke dalam rumah dan terus naik ke tingkat atas selepas menunjukkan
muka kepada orang-orang yang datang merisik. Tak sempat pun berjumpa dan
mengenali ibu dan bapa Adif waktu-waktu kecemasan tu.
“Aku tak kenal lagi saudara-mara dia.”
“Kau tak kenal lagi ke Rian? Kan ke kau nak
bertunang?” Soal Mun kehairanan. Aku mengeluh kecil.
“Lepas bertunang nantilah baru aku kenal-kenal
dengan dia.”
“Ya? Maknanya hubungan kau ni kira bercinta
selepas ada ikatanlah ni?”
Tawaku pecah sekali lagi.
“Kira macam tulah mak cik oi. Dah sudah nanti
aku jadi panda kalau kau telefon aku lama-lama. Sudahlah aku esok bertunang
buat malu ma dan ayah aku je karang kalau mata lebam-lebam jumpa bakal tunang.”
“Yelah, jaga diri Rian. Jangan nakal-nakal.
Bertunang elok-elok biar sampai akhir nyawa jodoh kau dengan dia…” sempat Mun
menitipkan pesanan dia kepadaku. Aku mengetap gigi sambil mengangguk lagi macam
dia boleh nampak je aku mengangguk ni.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam warahmatullah.” Balas Mun
sebelum dia sendiri yang mematikan talian. Aku menggaru keningku berkali-kali
sambil tersenyum lebar. Agak berdebar menunggu hari esok walhal bertunang aje
pun belum lagi berkahwin. Agaknya kalau aku berkahwin dengan Adif nanti mampu
ke aku tidur sehari sebelum pernikahan nanti? Aku menggeleng kepala sendiri di
dalam senyuman lucu. Rian.. Rian… Jauh sangat imaginasi tu. Nasib baik Adif
tiada kuasa ajaib yang memampukan dirinya untuk membaca apa yang tersirat di
dalam fikiran Rian Aulia kalau tak memang sah-sah aku dituduh perempuan miang
lepas ni!
Aku membelek-belek telefon bimbit sehingga
tertekan nama Adif di skrin. Lama aku menatap nama itu dan nombor yang tertera.
Berkali-kali aku cuba meyakinkan diri untuk menelefonnya tetapi tak berani
untuk menekan ikon bentuk telefon kecil berwarna hijau yang tertera di sisi
nombor telefon milik Adif.
“Telefon ajelah nanti baru fikir apa yang nak
dibualkan…” gumamku bersendirian.
Baru sahaja jari hantu hendak menekan ikon
tersebut tiba-tiba hatiku jadi galau. Janganlah Rian. Dia pun tak call kau buat
apa kau call dia. Tak pasal-pasal dia fikir aku desperate karang? Tapi kalau
tak call nanti dia cakap macam malam tu, awak tak call saya…
Lantaklah! Tak usah menggatal call orang
malam-malam buta ni. Aku mencampakkan telefon bimbit di sebelah bantalku dan
terus memejamkan mata rapat. Tidur tidur esok kena bangun awal. Ma kata nanti
esok baru florist datang. Ingatkan hari ni ma nak set up tempat pertunangan
tapi ma kata dia nak guna bunga hidup jadi tak boleh set up awal-awal karang
nampak tak segar walaupun bunga hidup tu dah diberikan penjagaan untuk tahan
lebih lama.
“Hello?”
Hello? Siapa yang sebut hello tu? Aku rasa dah
terlebih mimpi pula walaupun belum lena. Mata kubulatkan semula sebelum
mengeluh kecil. Tutup lampulah…
“Hello Rian?”
Hampir terloncat aku mendengar suara itu datang
sayup-sayup di tepi telinga. Allah… Janganlah.. Janganlah… Serta-merta mataku
jatuh ke arah telefon yang tergeletak di sisi bantal. Aku tercall dia ke tadi?
Tangan ni tertekan ikon kecil puaka tu ke tadi?
Rasa nak hantuk kepala di kepala katil pun ada
sekarang ni.
“Rian awak telefon saya kan?” Suara dia
kedengaran lebih jelas apabila aje telefon bimbit melekap di telinga. Aku
menggigit bibir sambil mengerutkan dahi berkali-kali. Kenapa boleh tercall dia
pula tadi? Tangan ni mengkhianat tuan sendiri ke apa?
“Hello Adif?”
“Rian… What are you doing?”
“Sekarang ke? Tengah nak tidur.”
“Oh, I thought you call me for something.”
Lagi sekali aku gigit bibir. Kali ini lebih
kuat kerana menyesali kebodohan diri sendiri. Kan dah cakap Adif tu bukan nenek
romantik yang pergi telefon bakal tunang malam-malam buta tanpa perkara
penting! Tak macam aku yang otak asyik terpengaruh dengan cerita-cerita cinta
Korea.
“Tak-tak.. Tak tahu kenapa tiba-tiba tercall
awak.”
Suasana sepi beberapa saat sebelum kedengaran
Adif tergelak kecil.
“Memang selalu pun macam tu. Kawan-kawan saya
pun selalu tertelefon saya sebab nama saya initial huruf A jadi paling atas
dalam carta contact number.”
Kawan-kawan dia… Maknanya dia banyak kawan yang
aku tak kenal sorang pun antara mereka.
“I’m so sorry, Adif. Tak sengaja mengganggu
awak malam-malam buta ni.”
“Tak adalah malam sangat. Awak busy ke buat
persiapan?”
“Tak!” Cepat-cepat aku menjawab. “Saya tengah
nak tidur ni…” suaraku mula mengendur.
“Oh.. Tadi awak dah cakap dengan saya yang awak
nak tidur. Saya ni jenis yang pelupa sedikit.” Dia gelak. Aku terkebil-kebil
merenung siling bilik tidur.
“Awak dah siap ke?”
“Siap apa?” Kalau Adif di depan aku masa ni
mesti muka dia sudah berkerut-kerut mendengar soalan aku tadi.
“Siap persiapan untuk esok..”
“Siap untuk menjadi tunang awak?”
“Tak-tak! Maksud saya persiapan hantaran,”
ucapku teragak-agak.
Hancur betullah Adif, ada ke patut dia fikir
aku bertanya pasal persiapan dia menjadi tunang aku. Aku ni taklah mengong
sangat sampai boleh terfikir dia ikut nervous macam aku pasal
pertunangan esok. Setahu aku Adif jenis manusia yang tak ada perasaan menggelabah ke cuak ke nervous ke.
Muka dia selama ni tenang kalah musim sejuk kat Antartika. Tapi bila dia tanya
persiapan untuk menjadi tunang aku untuk membalas kata-kata aku tadi sahlah
mesti dia fikir aku excited pasal esok hari. Alamak malunya…
“Dah. Jangan risau saya takkan pergi sehelai
sepinggang cuma.”
Aku sepi lagi. Tak tahu nak cakap apa dengan
Adif ni.
“Awak okey ke?” Soalan Adif membuat aku
tergamam.
“Okey?”
“Kena bertunang dengan saya walaupun awak tak
ada perasaan pada saya…”
Keningku bertaut serta-merta. Dia belum tahu
apa yang ada di hatiku jadi kira selamatlah ni kan? Kalau dia tahu mesti haru
jadinya. Tapi Mun kata, Nur kata, Rina kata, buat apa nak malu dengan perasaan
sendiri. Cinta tu datang dari hati kita, semua orang pun akan ada perasaan tu.
“Awak baru tanya sekarang?” Aku menjawab
kata-kata dia dengan soalan untuk mengaburi perasaanku yang satu ini.
“Rian, I’m sorry. Saya tak tanya awak lebih
awal…”
Aku sekali lagi terkedu mendengar luahan Ahmad
Adif. “Adif, saya tak maksudkan begitu… Saya okey je bertunang dengan awak
lagipun saya single juga.”
“Awak percaya perkahwinan tanpa cinta?”
Aku menguis rambut ke tepi telinga. Sedikit
gementar dengan persoalannya.
“Dalam Islam, orang berkahwin lepas tu bercinta
baru betul, kan?” Islam itu indah. Jadi bukan silap aku menyembunyikan perasaan
kerana ia satu daripada jihad. Aku menganggukkan kepala yakin dengan apa yang
baru aku fikirkan. Betul perasaan tu kita tak perlu malu jika ia datang tapi
melindungi maruah itu juga penting sebagai wanita.
“Awak tak menyesal?”
Aku memangku wajah dengan kedua-dua lututku.
Tertunduk sambil mengeluh kecil. “Hidup ni seringkali perjudian, Adif. Saya tak
pernah menyesal dengan apa yang saya
ada…”
Tiba-tiba aje kedengaran Adif mendengus di
hujung talian. Riakku berubah serta-merta. Tak sukakah dia dengan apa yang aku
nyatakan?
“Awak orang kaya sebab tu awak tak pernah
menyesal…”
“Adif?”
“Suatu hari nanti awak akan rasa apa itu
penyesalan, Rian. Masa tu awak akan ingat balik apa yang kita tengah bincangkan
sekarang. Orang macam saya ni, banyak penyesalan yang tidak mampu saya undur
semula.”
Aku terkebil-kebil untuk memahami kata-kata
dia.
“Awak doakan saya tak bahagia ke?” Soalku
lurus. Adif ketawa.
“Mana ada. Awak jangan fikir lebih-lebih ya.
Saya cuma meluahkan perasaan saya selama ni aje.”
Ya ke dia meluahkan perasaan dia aje? Tapi
kenapa dia sebut nama aku sepanjang meluahkan perasaan tu? Kenapa dia kata aku
kena menyesal dikemudian hari pula sedangkan sepatutnya dia mendoakan aku,
bakal isteri dia dengan doa yang baik-baik. Aku memejamkan mata rapat-rapat
sambil menggeleng kepala kecil. Jangan fikir banyak-banyak nanti serabut. Follow
the flow, Rian… Seperti kedengaran bisikan dari sudut kamar hati untuk
menenangkan jiwaku yang semakin ditimpa tanda tanya.
“Saya nak tanya satu aje…” Aku tahan nafas
selepas cakap macam tu. Mendengar sunyi di hujung talian aku mengerti Adif
memberi ruang kepadaku untuk berkata-kata. “Awak ikhlas ke dengan saya ni?”
Dia diam tak menjawab. Aku terasa menyesal yang
amat sangat bertanya soalan itu pada Adif. Selalunya aku lihat bila ma tanya
ayah soalan berbangkit seperti itu ayah akan tunjuk muka tak senang hati.
Lelaki, ego mesti tinggi. Hendak mengaku payah sekali apatah lagi lelaki yang
belum punya apa-apa ikatan denganku.
“Adif…” Aku telan air liur lambat-lambat. Baru
aje aku nak cakap kepada dia untuk melupakan soalanku tadi suara Adif kedengaran
di telinga.
“Saya... ikhlas.”
SUASANA pertunangan tengah hari tadi sangat tenang
sekali. Terasa benar-benar diriku diberi perhatian oleh orang-orang di
sekeliling. Melihat senyuman yang tidak sudah-sudah dari bibir ma, ayah,
teman-teman rapatku tiga orang tu, terasa alam menari-nari dikalbu. Dia orang
bahagia aku pun bahagia. Dalam hidup ni cukuplah jika bahagia itu kekal
selama-lamanya. Tak perlu harta menimbun-nimbun, popular melimpah-ruah, sekadar
ada orang tua dan kawan-kawan yang memahami sudah cukup membuat senyumanku
kekal sehingga ke tidur dan keesokan hari. Teman-teman Adif datang juga tiga
empat orang. Aku tak pasti sama ada yang aku nampak tadi ibu bapa Adif tapi
wanita yang mengiringi Adif tadi menyarungkan cincin di jari manisku jadi aku
rasa dialah ibu Adif. Orangnya pendiam dan lembut. Sempat menyatakan bahawa dia
segan bermenantukan aku yang dilahirkan dalam golongan berada. Aku cakap kat
dia, harta tu sementara aje. Esok-lusa kalau Allah tarik bila-bila masa aku
boleh jadi golongan miskin waktu tu entah-entah tak ada orang hendak dengan
aku. Wanita tu cakap sambil tersenyum, ‘Ada, Adifkan ada?’
Sungguh! Masa tu aku dah tak ingat apa lagi dah
kecuali nak senyum aje memanjang. Foto pertama aku dan Adif duduk berdua
ditangkap bersama membuatkan jiwaku berdebar-debar kerana inilah kali pertama
kami duduk berdekatan setelah dia bergelar menjadi tunangan.
“Dah bincang tarikh nikah ke tak?” Suara ma
mematikan lamunanku. Mata kularikan ke arah Adif yang setia duduk di sofa
berhadapan dengan ayah.
“Belum lagi ma..” Adif menjawab. Aku
menyembunyikan senyuman riang dibibir. Aduhai, cara dia panggil ma tadi
macamlah dia sudah sah menjadi suami. Tapi ma dan ayah juga yang beria-ia
menyuruh Adif memanggil mereka seperti aku memanggil mereka berdua.
“Adif nak bila berlangsungnya majlis? Kita ikut
Adif aje ni..”
Adif tersenyum bila ayah cakap macam tu.
Wajahku merah padam jadinya. Wah ayah… Macam nak jual anak je cara cakap?
“Adif kena tanya dengan Rian dulu.”
Mata ma dan ayah terus tercatu di wajahku. Aku
pula ke yang kena jawab soalan tu? Adif ni memanglah.
“Err.. Rian tak tahu.”
“Tiga bulan.. Selalunya tiga bulan, kan bang?”
Ma tanya kat ayah. Ayah mengangguk kecil tapi aku perasan wajah Adif sudah
berkerut seribu.
“Dua bulan boleh ke ma, ayah?”
Soalan Adif yang satu itu membuat jantungku
terasa bagai tercabut. Aku terbatuk kecil sebelum terus melambai kedua-dua
tanganku mengisyaratkan aku tidak bersetuju.
“Tiga bulanlah…”
Ayah mencerlung memandang ke wajahku. “Adif nak
dua bulan, Rian…”
“Tiga bulan, Rian tak sedia lagi…” ucapku
separuh merayu.
“Sebulan.” Tiba-tiba Adif bersuara lagi. Kali
ini lebih yakin daripada tadi mungkin kerana dia mendapat sokongan daripada
ayah dan ma. Membulat mataku kerana terkejut yang amat.
“Tiga bulan, Adif. Saya..”
“Dua minggu dari sekarang!”
Aku perasan ma dan ayah sudah mula tersengih
lucu melihat kami berdua berbalah pendapat. Seronok ke sedangkan aku ni dah
separuh cuak sebab diugut begitu sekali. Gila apa dua minggu… Dia ingat aku ni
lembu yang nak disembelih dalam masa dua minggu lagi?
“Okey dua bulan!”
Adif tersenyum kecil. Macam sinis aje dia
senyum begitu tapi aku sabarkan hati. Terpaksa mengalah juga walaupun dalam
hati sudah berperang sesama sendiri. Bukan aku suka melambat-lambatkan tapi aku
kena belajar dan buat persiapan untuk menjadi seorang isteri. Kut-kut dia lupa
yang aku belum kenal keluarga belah dia dan aku pun kena memantapkan skill
memasak yang dah berkarat ni…
“Ayah lagi suka dua minggu ikut cadangan Adif…”
ayah tersengih ke arahku. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala dengan kening
yang dah bertaut rapat.
“Tak boleh ayah… Rian tak sedia lagi.”
“Bilanya nak bersedia, orang perempuan ni takut
je lebih tapi lepas nikah bukan main nak perhatian. Macam ma dulu siap nak
tempoh dua tahun baru nikah, hampir beruban ayah fikir cara untuk kahwin awal
daripada tarikh yang ditetapkan. Lepas kahwin terus jadi manja.”
Kali ni ma pula yang menyeringai kecil. Malu
agaknya kisah silam mereka berdua diungkit-ungkit. Aku tersenyum segaris sebelum
mencuri pandang ke arah Adif. Senyuman lelaki itu sudah mati dari bibir.
Mendung aje wajah dia. Dia nampak macam tak happy je. Ke firasat aku ni
terlalu melampaui garisan perasaan Adif yang sebenarnya?
Rian, don’t think to much. Just follow the
flow..
Aku memandang ke wajah ma semula.
“Dua bulan…” Kedengaran Adif menggumam kecil
seakan-akan cuba menegaskan tarikh perkahwinan kami. Ma dan ayah mengangguk
senang. Kalau dia sendiri yang dah buat keputusan aku terpaksa ikut jugalah.
Adif bukannya reti dengar pendapat orang lain bila dia dah ada pendapat
sendiri, yang ni aku perasan sejak pertama kali aku keluar dengan dia. Namun
jauh disudut hati timbul juga rasa gusar memikirkan Adif dan aku masih lagi
dalam proses mengenali. Kut-kut tersilap pertimbangan ada benda yang aku tak
pernah tahu pasal Adif, menyesal esok-esok pun tak berguna.
Tak pe Rian, dua bulan tu kira lamalah juga
untuk kau fikir apa yang patut kau lakukan sepanjang tempoh masa bujang ni… Aku
ketap bibir lambat-lambat. Moga-moga hubungan kami nanti akan jadi pasangan
perkahwinan yang normal. Yang macam ma dan ayah. Yang saling mencintai dan
saling berkongsi bahagia. Saling menyayangi dan memahami antara satu sama lain.
Tak apa pun kalau sekarang ni kami tak rapat lagi sebab kami belum punya
apa-apa ikatan lagi.
9 Komen untuk Cik Rin:
adif ni cam ada dendam tersembunyi je ngan rian/famili rian... atau org kaya in general. tak patut buat camtu kat rian
suspenlah...
langsung tak boleh tembak apa yang ada dalam fikiran Adif...
wahhhh bestnyer....
tak sabaq nak tau apa yang adif bt kat rian ni...mst teruk kan sampai rian fobia ngn adif...
best nak lagi....
best nak lagi....
Anonymous- wahh mcm dah dpt agak je ni? hihihikk..
NurAtiza-
Tak per x lama lagi dptla tebak apa perancangan Adif ni. Masa tu kalau nak sepak ramai2 pun kita persilakan. err...
Anonymous- tak tau lagi teruk ke tidak. dlm perncngn nak buat teruk2 tpi takut x smpai ati la pulak. hehehe...
Baby mio- insyaAllah lepas exam selesai cik rin smbung lagi :D
Cik Writer, Adif berdendam dgn keluarga Rian tapi ada rasa syg jugak... Konflik yg agak menarik. Sambung cepat2 crita ni.
Cik writer, Adif ada konflik dgn keluarga Rian tapi ada jugak perasan syg pd Rian. Dik cepat2 sambung crita ni.
mmg something wrong dgn adif ni.ada bnda yg dia dendam ni
Post a Comment