Hampir-hampir hilang softcopy sebab kawan tercabut wayar lappy, fyuhhh! Org dah lama tak menulis memang susah nak keluar idea. Maaf lambat sikit sambung cerita2 dlm blog yang ada 3 bijik ni. Ngeee~
BAB 8
“I want this one!”
“No.. no.. Bo. I don’t want you wear this
thing!”
Dia gelar bakal isteri dia tu Bo. Aku tahan
rasa tergelak yang nak pecah dari perut dengan mimik muka yang serius. Punya
banyak gelaran dia boleh guna tapi Bo juga jadi pilihan.
“But it is beautiful, Carl. You see this one,
it is silk. Silk!”
Lah macamlah pakwe dia tu tak dapat beza kain
silk dengan kain cotton kan? Aku pun terkebil-kebil tak tahu hendak menyampuk
part mana. Diam aje sudah.
“Ni kain ni melekat kat body you tahu?”
“Tahulah tapi cantik sangat. I want to wear
this one for our wedding please Carl?”
“I nak kahwin bukan nak buat you jadi bahan
tontonan lelaki lain, Bo!”
Nah dah keluar aura naga si Carl ni jugak.
Seorang naga seorang singa patutlah secocok sangat digandingkan bersama! Tapi solute
lah kat Carl sebab dia tak beri makwe dia tayang body padahal kalau
lelaki lain di KL ni lagi suka tunjuk body awek diaorang yang hot-hot
kalah Christina Aguilera.
“Please.. please Carl… I nak jadi yang
paling cantik malam tu… I tak nak kena gelakkan oleh girlfriend-girlfriend
you sebelum ni…”
Lah rupanya si Carl ni pun buaya darat patutlah
Bo beria-ia nak kelihatan super cantik. Tapi dengan badan dia yang ada spare
tyre boleh ke muat baju pengantin yang diperbuat dari silk charmeuse? Memang
silk charmeuse cantik, berkilau dan designnya pun superb macam nak sapu satu
dewan dengan kain yang terlebih kat bawah tapi singkat kat depan. Tapi kain ni
juga kalau dipakai sah-sah melekat kat kulit, nampak segala lekuk dan si Bo ni
pula yang guna memang dia kurus kering tapi aku tengok perut dia tu agak
sedikit terkedepan.
“You pilih ni, kita tak akan kahwin sampai
bila-bila, Bo! You choose!” Sang lelaki sudah naik angin. Bo tarik muka
merajuk dia dan aku pula siap garu kepala yang tak gatal. Ingatkan nak pilih
pakaian tapi rupa-rupanya nak bergaduh dalam kedai aku pula.
“Berani you Carl!” Berair mata si Bo menahan
sebak. Aku pula yang pening kepala jadinya menonton tayangan sebabak
marah-marah manja dia orang berdua ni.
“Err, kalau encik tak suka potongan baju ni apa kata kita lihat baju pengantin
yang diperbuat daripada silk tafetta. Designnya agak sopan dan muslimah..”
hentam ajelah Rian. Rasa nak gelak pun ada bila tengok muka si Carl berubah
bila aku menyebut perkataan muslimah dari mulut. Tapi aku maintain buat
muka innocent baik punya walaupun tertera wajah bengang Carl dan Bo ni.
“Cuba encik dan cik lihat dulu designnya. Kat
atas simple dan bawah dia kembang, sesuai dengan cita rasa orang zaman sekarang
kalau nak buat acara-acara potong kek.”
Aku lihat wajah Bo mula tertarik dengan
kata-kataku tadi. Dia membelek-belek kain yang aku tunjukkan sambil memandang
wajah Carl. Tak jauh beza dengan silk charmeuse tadi designnya cuma yang kat
bawah kain silk tafetta potongan kembang manakala silk charmeuse tadi singkat
kat depan belakang kain bawahnya macam yang aku kata tadi, umpama nak sapu satu
dewan pengantin! Lagipun design dia agak tak mengikat perut Bo yang sedikit
besar. Tapi kalau dilihat memanglah silk charmeuse lebih menyerlah lagi. Silk
tafetta kelihatan berserat dan nipis, kainnya juga lembut tapi designnya
tidaklah seperti silk charmeuse tadi, melekat kat badan memang patutlah si Carl
kata dia bukan nak jadikan isteri dia bahan tontonan lelaki lain.
“I think this one is better for the ceremony.”
Aku pun tersenyum lebar sambil mengangguk
mengiakan kata-kata Carl tadi. Bo diam aje sambil mengeluh dalam. Mesti dia nak
guna juga silk charmeuse tadi. Kira okeylah daripada Carl suruh dia pilih kain
organza penuh manik boleh pengsan Bo kepanasan masa persandingan. Bo bersetuju
untuk mengambil baju pengantin berwarna hijau cair tersebut. Lepas tu si Carl
pun siap pilih baju Melayu katanya untuk akad. Panjang muncung Bo sebab dia
kata baju akad Carl dah sibuk-sibuk pilih baju Melayu dia dulu.
“You know men nowadays? Lebih dari
perempuan cerewetnya.” Keluhan Bo aku sahut dengan segaris senyuman. Iyeke dia
ni? Aku tengok sama aje cerewet dia orang tadi.
“Kain ni pun cantiklah, untuk akad nikah kita
nanti nak?”
“Memang sesuai untuk akad nikah ni cik.” Aku
terus mengangkat baju kurung berkain chiffon dan georgetta yang bo acukan pada
tubuhnya. Carl pandang sekilas sebelum mengacukan ibu jarinya.
“Warna you kena pilih macam warna ni tau. I tak
nak you pakai baju Melayu warna lain!”
Dekat dua jam aku menunggu dia orang bergaduh
pilih kain barulah aman sikit selepas dia orang membayarnya. Nasib baik tak
secerewet mak datin kawan ma yang datang beli kain untuk menantu dia. Bukan
kahwin pun, takat menghadirkan diri untuk dinner company siap pakai kain
macam orang nak bernikah.
“You must find the man like me, Rian.”
Sempat Carl berpesan sebelum si Bo angkat tangan mencubit Carl kuat. Aku hanya
tertawa melihat betapa Carl tak sudah-sudah mengusik Bo. Kasihan pula aku lihat
tapi di sudut lain aku nampak mereka sebagai pasangan yang ideal.
“I wil Carl,” ucapku membalas usikan
Carl. Carl mengangkat kening bangga sambil memegang tangan Bo erat. Walaupun Bo
sudah buat muncung itik Carl masih tak lepas-lepas tertawa.
“You kalau jumpa lelaki macam Rian sila beri
penyepak okey? Menyakitkan hati tak sudah-sudah!” Bo mengambil baju-bajunya di
atas meja sebelum menyerahkan kepada Carl.
“But you love him..” ujarku sambil
mengangkat bahu.
“Are you kidding, Bo? Of course she
loves me, Rian.” Carl menjawab pantas. Tampak mesra menyentuh ubun-ubun Bo
di hadapanku. Wah bukan main romantik couple ini, aku hanya mampu
tersengih tanpa kata biarpun dalam hati terasa seronok melihat mereka bahagia.
Menghilang sahaja pasangan bahagia itu dari
depan mata aku melepaskan keluhan nipis. Segera aku mengemaskan baju-baju yang
masih belum beratur di atas gantungan. Selesai sahaja aku mengemaskan baju-baju
itu dan membetulkan pin-pin yang berada di baju patung peraga aku terus
bercekak pinggang selesa.
Mendengar pintu butik dibuka aku menghela nafas
lega. Gantian kau Khai! Tiga jam Khai pergi ambil stok membiarkan aku seorang
terkial-kial di dalam butik. Aku rasa dia bukan mengambil stok tapi tengah
jahit baju pengantin kat kilang agaknya!
“Khai are you there?” Soalku apabila
tidak mendengar suara Khairi menegur. Pin aku sematkan berhati-hati di atas
lipatan leher supaya lebih kukuh dan tidak terburai. Tubuhku berpaling ketika
mendengar suara deheman lelaki dan aku terus tersentak melihat Adif sedang
berdiri berhadapan denganku.
“Saya bukan Khai.”
“Err…” kelu lidahku sebentar mendengar
kata-kata lelaki itu. Dia nampak segak dengan sut kerjanya. Dia kan peguam,
mesti kena nampak smart tapi mata sepet dia tu membuatkan jantungku
seakan-akan berhenti berdenyut. Aku kira dia sudah serik untuk datang ke sini
lagi sejak kejadian hari tu! “Saya tahu awak bukan Khai.” Ucapku bersahaja. Aku
menghela nafas dalam menghilangkan rasa cuak di dada.
“Saya ingatkan awak dah lupakan saya. You
have somebody else, I think.” Dia seolah-olah mencari jawapan dan aku
terkedu dengan kata-katanya. Betul tekaanku dia salah faham tentang hubunganku
dengan Abang Afeeq. Ini semua Abang Afeeq punya pasal kalau tak mesti hubungan
aku dan Adif sudah ke peringkat yang seterusnya!
“If you think like that, why you find me here?”Soalku
tersekat-sekat. Sedih ya, geram pun ya. Sedih sebab Adif menjauhkan diri
daripadaku beberapa minggu ini kerana melihat kemesraan aku dan Abang Afeeq dan
geram apabila dia tidak bertanya lebih awal kepadaku mengenai hubungan aku
dengan Abang Afeeq. Takkanlah aku sebagai perempuan yang kena berusaha untuk
mencari dia dan menjelaskan dia segalanya. Kalau tiba-tiba dia kata aku gila
sebab menjelaskan benda yang dia tak perlu dijelaskan bagaimana? Kalau dia tak
mengharapkan kehadiran aku sah-sah aku ni perigi cari timba. Aku tidak sanggup
untuk menghadapi hakikat itu dan kerana itu jugalah aku mendiamkan diri. Kalau
dah jodoh tak ke mana dan jika Adif bukan jodohku seribu kali aku berharap
tetap juga kami tak akan bersama.
“Saya tak boleh lambat, Rian. Semakin saya
lambat semakin itu awak jauh dari saya.”
Berdetak jantungku bila dia kata begitu. Aku
letakkan tangan-tanganku ke atas meja, sengaja melarikan diri di belakang meja
apabila dia menghampiriku tadi.
“Maksud awak?”
Adif terdiam. Lama dia merenung wajahku
sehingga aku terasa cukup tidak selesa.
“Saya ni ada kepentingan ke sampai awak tak
boleh lambat?” soalku pada Adif lagi. Cuba untuk mengelak renungan helangnya
tapi tak berjaya.
“Nope.”
“Jadi kenapa awak ke mari?” Aku bertanya lagi.
Sebenarnya aku ingin menjelaskan kedudukan aku dan Abang Afeeq tetapi oleh
kerana Adif tidak komen apa-apa tentang kami aku pun segan untuk menjelaskan.
Dia tak tanya kenapa mesti aku yang tersua-sua?
“Salah ke?”
“Memang tak salah. Tapi…” aku gagal menyambung
ayatku. Kerusi yang ada di belakangku terbiar sahaja walaupun aku nak sangat
duduk sekarang ni tapi menyedari Adif yang masih terpaku memeluk tubuh
menyandar di dinding cermin butik membuatkan aku jadi kaku. “Saya tak ada orang
lain…” aku cakap juga walaupun sedaya-upaya aku menahan bibirku dari menyatakan
sebenarnya.
Adif mengangkat keningnya tanda dia inginkan
penjelasan. Beginikah dia? Beginikah personaliti seorang Ahmad Adif? Dia
menunggu orang menyatakan sebelum dia menanyakan soalan atau dia sengaja
menjadikan aku ini orang yang terhegeh-hegeh seperti mengejar dirinya? Ah!
Bukan aku yang mendatangi dia tapi dia yang mencari aku! Itu hakikatnya.
“Adif can you stop staring at me? You ask me
in the first place..”
“Iyeke?” Dia tersenyum nipis. Entah kenapa
senyuman dia tu membuat hatiku sedikit terbakar.
“You have somebody else, I think?” Aku
ulang kata-katanya tadi kalau-kalau dia sudah lupa dengan apa yang dia katakan.
“Jadi awak dan lelaki yang tempoh hari tu tak
ada apa-apalah. Tak ada perkembangan positif?”
“Apa maksud awak?” Suaraku mula meninggi. Buat
penat aku terang pada dia alih-alih dia tanya soalan yang tak masuk akal.
“Kasihan dia. Saya ingatkan dia sudah berjaya
mendapatkan hati awak. Kalau saya tahu hati awak untuk saya, saya tak akan
bersusah-payah datang ke sini.”
Merah mukaku mendengar kenyataan daripada Adif.
You such a jerk! Jeritku di dalam hati pada Adif. Bodoh. Bengang. Kenapa
dia kata hati aku untuk dia? Kenapa dia begitu bijak memalukan diriku dan
memijak ego yang aku angkat selama ini? Entah kenapa tiba-tiba aje aku rasa
tercabar yang amat. Kalau saya tahu hati awak untuk saya, saya tak akan
bersusah-payah datang ke sini. Bila masa aku pernah mengatakan bahawa
hatiku untuknya? Dan jika benar hati ini untuknya disebalik makna kata-kata
Adif itu membawa maksud dia tak akan bersusah-payah untukku? Tersirap darahku
ke wajah mengenangkan Adif memandang diriku tidak sepenting mana. Kecewa!
“Get out Adif.” Suaraku walaupun kecil
tapi tiada sudah tidak bernada. Jiwaku hancur saat dia berani menyatakan
kata-kata yang mencalarkan egoku selama ini. Kalau dia tak mahu bersusah-payah
aku pun tak akan bersusah-payah untuk menyimpan hati padanya.
“Rian…” Adif terpaku melihat diriku.
“Get out!”
Adif merenung wajahku dalam-dalam. Redup
renungan wajahnya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang keluar dari
bibirku.
“I’m sorry, Rian…”
“Just get out!”
“Saya minta maaf. Saya terlanjur kata..”
“Awak boleh pergi dari sini dan tak perlu
menghadap muka saya lagi!”
Adif cuba menghampiri aku tapi cepat-cepat aku
mengelak daripadanya. Wajahnya kupandang dengan kemarahan. Tidak pernah ada
seorang lelaki pun yang biadap seperti dia di dalam hidupku.
“Saya tersilap. Saya fikir awak sama seperti
gadis-gadis lain di luar sana.”
Aku diam. Kalaupun aku bercakap dia tidak akan
keluar jadi lebih baik aku mendiamkan diri sahaja.
“I’m so sorry Rian. Tapi saya
betul-betul maknakan kata-kata saya. Saya minta maaf. Saya datang ke sini untuk
awak. I don’t have many time to persuade you but I need your answer right
now..”
“What answer?” soalku dingin.
“Awak masih marahkan saya?”
Aku diam mencuka. Mungkin kerana reaksiku yang
dingin, sebuah keluhan terlepas dari bibir Adif.
“Kalau awak marahkan saya awak luahkanlah.
Jangan simpan seorang diri.”
Aku memandangnya sinis. “Jangan sebab saya baik
dengan awak, keluarga saya baik dengan awak, awak boleh pandang rendah terhadap
saya. Untuk pengetahuan awak saya tak pernah sukakan awak atau ada hati pada
awak macam yang awak cakapkan tadi. I’m sorry but I will not falling for you
jika itu yang awak rasalah. Saya tak segedik yang awak fikir dan saya boleh
mendapat lelaki lain yang lebih baik. Jangan fikir bila saya cakap saya tak ada
hubungan dengan Abang Afeeq awak fikir saya ada hati pada awak!”
Berubah wajah Adif mendengar kata-kataku. “Rian…”
“Dan satu lagi, tolong tilik diri awak sendiri
sebelum judge saya yang bukan-bukan. Awak fikir saya menunggu kedatangan
awak ke selama ni? In your dream la!” Sampukku tanpa menunggu dia
menghabiskan kata-katanya. Rasa geram sudah berpadu dalam diri hingga membuat
aku hilang pertimbangan.
“Rian saya dah faham kalau awak tak suka saya…”
suara dia lembut sahaja.
“Baguslah kalau awak tahu, sekarang awak boleh
keluar dari butik saya ni!” Ucapku kasar.
Dia nampak semakin bengang bila aku bersikap
endah tak endah pada dirinya. Wajahnya semakin tegang menghadapi diriku malah
tidak di sangka-sangka dia menarik lenganku sehingga aku terdorong ke meja.
Kedudukan kami hanya dipisahkan dengan meja sahaja. Kalau tak ada meja tu aku
rasa aku dah masuk ke dalam pelukannya. Antara terkejut dan takut aku memberanikan
diri untuk menentang renungan tajamnya. Air liur rasa tak tertelan di
kerongkong.
“Saya…”
“Lepaslah bodoh!” Tengkingku dengan sisa-sisa
keberanian yang ada. Ini untuk maruah Rian… Demi maruah supaya dia tidak
memandang diriku dengan wajah yang sukar untuk digambarkan. Biarlah jika aku
dan dia tidak ditakdirkan bersama daripada aku jatuh di atas kayu yang berbara
dengan jiwa yang terluka.
“Watch your mouth, Rian…” bisiknya tajam
benar-benar di hadapan mukaku. Dia mengetap bibir sebelum melepaskan cengkamannya
di tanganku agak kasar. “Saya datang ke sini untuk melamar awak secepat mungkin
tapi saya tak sangka awak akan cakap begini kepada saya. Mungkin awak fikir saya
ni lelaki yang tak berguna, tak menarik minat awak pun tapi beberapa minggu ni dah
cukup membuat saya memendam rasa. Saya tak mahu lagi menanti. Saya tahu awak
boleh mendapat lelaki yang lebih baik tapi saya masih buta. Saya masih nak
menapak merendahkan ego saya untuk datang ke sini walhal terang-terangan awak
sudah punya teman sendiri. Tapi saya bukan lelaki yang mudah berputus asa,
Rian. Saya cintakan awak.”
Aku tergamam. Terasa diriku dihempap batu besar
mendengar luahannya. Bergetar rasa halus dijantungku terasa benar-benar dipukul
ombak tinggi.
“Saya hantar rombongan meminang awak minggu
depan, terpulang pada awak untuk menolak atau menerima. Dan terima kasih sebab
awak dah beritahu apa yang ada di hati awak.”
Tak sempat aku berkata apa-apa Adif sudah
menghilangkan diri. Di antara rasa tercabar, terkejut, tergamam dan marah
sedari tadi, tiba-tiba saja aku dilanda terkilan. Kenapa dia buat keputusan
tanpa berbincang?
Aku menekan kepala kuat. Tertekan dengan
keadaan yang tiba-tiba terjadi. Adif sudah membuatkan aku keliru. Kalau dia
cinta kenapa tingkahnya seperti tidak mencintai aku tapi kalau tidak cinta
kenapa dia melamar diriku?
3 Komen untuk Cik Rin:
Best.... #^_^
Bertambah panas citer ni..I like it..baru ada thrill. Tq aireen
Sakarstik sgt adif tau..kan dh slh faham..
Post a Comment