CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 3, 2011

SIDAI


Aku seorang guru pelatih di sebuah maktab yang berada di Kuching, Sarawak. Tahun kedua semester ke empat untuk program ijazah, bukan persediaan. Aku seorang yang happy go lucky dan positif dalam kehidupan.

Aku tinggal di asrama. Untuk pengetahuan, aku pernah tinggal di asrama sebelum ini ketika aku di sekolah menengah asrama penuh.

Aku tinggal dengan dua orang rakan sebilik atau dengan kata lain dipanggil roomati oleh kami. Sempit dan tidak berapa selesa tetapi amat menyeronokkan. Kami tinggal di bilik A 1.4.

Oleh kerana aku boleh dikatakan senior di sini, aku dan rakan-rakanku yang lain sinonim dengan kebisingan dan pembawa masalah di blok kami. Tetapi jika junior yang buat masalah, kami terus sembur aje. Selalunya ketua blok kami yang merupakan roomati kamilah yang paling bising memarahi junior-junior yang ‘rajin’ membuat masalah. Lebih-lebih lagi minggu ini junior baru sahaja masuk asrama.

Aku bukanlah senior yang garang. Tetapi satu ajelah, kalau junior-junior baru datang, kami kena takut-takutkan mereka. Lebih-lebih lagi dengan kebersihan tandas yang perlu dijaga. Maklumlah perempuan, tandas lebih kotor daripada lelaki jika tidak dijaga dengan rapi.

Aku adalah taiko (ketua) cerita-cerita seram sebab aku ada banyak koleksi-koleksi cerita seram daripada sekolah lama dahulu walaupun aku sendiri tidak pernah terjumpa ‘benda-benda’ pelik seperti dalam cerita-cerita hantu aku.

Aku tidaklah mudah terpengaruh dengan cerita-cerita aku sendiri. Lagipun kami para senior selalu tidur akhir di asrama kerana acapkali buat assignment last minute. Lebih-lebih lagi portfolio berlambak untuk audit MQA.

Boleh dikatakan aku selalu membasuh baju lewat malam. Kawan-kawan aku sering menegur perangai aku yang satu ini.

“Rin, mana ada orang yang cuci baju pukul 1 pagi macamni.”
Aku buat tak peduli. Sebab apa? Kebiasaan!

Sehinggalah satu hari, malam hari Khamis. Aku macam biasa membawa sebaldi penuh baju-baju yang tidak tercuci selama tiga hari ke bawah. Bilik aku berada di tingkat kedua.

Aku hidupkan lampu washing place tempat kami mencuci pakaian. Aku cuci baju dengan bunyi air mencurah-curah, langsung tiada perasaan apa-apa. Selepas mencuci baju, aku menjemur di ampaian sebelah belakang tangga blok asrama. Aku menjemur pakaian di tempat yang paling dekat dengan bangunan. Kalau ada apa-apa yang muncul, senang aku pecut naik ke atas.

Elok aku menjemur pakaian, aku terdengar bunyi plastik dipijak. Badan aku mengejang. Perlahan-lahan aku menoleh ke kiri dan ke kanan.

Fuhh!!
Tak ada apa-apa…
Jantung aku berdegup dalam kadar yang paling cepat sehingga aku sendiri dapat mendengar bunyi degupannya. Tangan aku laju menyidai satu persatu pakaian.

‘Pllssss..’
Sekali lagi bunyi itu datang. Tangan aku terhenti lagi. Bulu roma aku meremang. Dadaku sudah berombak kencang.

Kali ini aku memberanikan diri untuk mnelihat ke belakang dan kanan serta kiri dengan lebih teliti. Tak nampak sesiapa yang menjemur baju selain aku.

Ah, mungkin kucing aje.. Aku cuba menenangkan hati. Sudahlah gelap, sibuk aje kucingtu main dengan beg plastik.

Aku menunduk mencapai sehelai lagi baju di dalam baldi.
“Kak…”
Tiba-tiba satu suara mengejutkan aku.
Aku memandang hadapan dan terkejut melihat seorang budak perempuan sedang duduk di hadapan aku di celah-celah baju. Aku jadi kaku!
Aku memberanikan diri untuk mencangkung. Memandang perempuan itu.
Aku hairan seketika. Kenapa ada budak kecil di sini? Wajah dan tubuh perempuan itu seperti budak dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Dia berpakaian baju pijama putih.
“Ya.”sahutku.

“Akak jemur baju?”tanya budak itu. Aku angguk.
“Adik buat apa kat sini? Tak balik rumah?”tanyaku teragak-agak.
“Rumah kat sini, kak..”

Mendengar jawapannya aku jadi kaku. Dia senyum lebar. Dadaku seakan hendak meletup mendengar jawapannya itu. Di sini? Di sini itu tandanya…
“Kak.. Lain kali jangan jemur baju malam-malam. Tak baik..”

Aku terkaku.
“Akak balik bilik dulu lah ya.. Terima kasih nasihat adiktu.”ujarku berjalan cepat meninggalkan baldi yang masih ada setengah penuh itu di ampaian. Sampai di tangga, aku cepat-cepat melintas bilik seterika. Gelap.
Aku memecut berlari ke bilik menyedari sesuatu benda bergerak-gerak di hujung bilik seterika itu.

Masuk ke bilik, Dee dan Izzah sudah tidur. Lampu yang sudah ditutup aku buka semula. Aku mengunci pintu bilik dan membaca ayat kursi dan terus berbaring di sisi rakan-rakanku.
Tubuhku menggigil kerana ketakutan.

Esoknya aku ceritakan kepada Dee dan Izzah. Masing-masing mengetawakan aku.
“Ilusi kau tu.. Kan selalu tengok cerita hantu? Karaklah, Serulah, Senjakalalah… Kan dah kena? Itulah kau, lagi jemur baju malam-malam. Mana baik…”tegur Dee.

“Itu sebab budaktu tegur kau malam tadi…”tambah Izzah.
“Jangan jemur baju waktu malam kaaakkk…”Dee memomok-momokkan wajahnya. Aku membaling bantal ke arahnya. Dia menangkap sambil ketawa.

“Mana mungkin ilusi! Betul apa baldi aku kat bawah pagi tadi! Hah.. Benda yang ada di bilik seterikatu…?”tanyaku beria-ia.
“Orang tengah telefon boyfriend dialahtu.. Yang kauni fikir pelik-pelik pula..”ujar Izzah menggeleng-geleng kepala.

“Kau orang tak percayakan aku ke?”tanyaku sedikit kecil hati.
“Percayalah sikit.. Mungkin betullah budaktu cakap.. Jangan jemur baju malam-malam. Kan tak baik untuk baju kita dan kesihatan kita..”ujar Izzah menepuk bahuku. Aku menghela nafas.

Siapa budak perempuan itu? Kenapa dia sendirian di sana? Satu lagi, aku tak pernah terjumpa dia di asrama ini. Nak kata junior yang baby-baby face pun, aku memang tak pernah terlihat wajahnya.

“Dahlah, kita buka cerita lain.”ujar Dee memandang wajahku. Aku diam.

Empat hari kemudian, aku mula berani semula turun ke bawah pukul 12 malam untuk mencuci baju. Ada ramai lagi budak-budak yang senasib dengan aku mencuci baju masa tengah malam. Tiga orang. Jadi, tiada apa yang hendak ditakutkan.

Jam di tangan merangkak pukul 12.15 tengah malam. Seorang demi seorang budak sudah balik ke bilik masing-masing tidur. Aku dan seorang budak masih lagi mencuci.
Aku menghabiskan cepat cucian aku dan terus menuju ke ampaian untuk menjemur baju.

Kali ini aku dengar bunyi ranting patah. Aku terus melompat dan ingin berlari.
“Kenapa kak?”

Aku terkaku. Melihat budak yang berada di hadapan aku membuat aku menghela nafas lega.
“Ingat pencuri tadi..”rungutku.
“Maaf kak..”jawab budak itu. Budak yang bersama aku mencuci baju tadi. Aku angguk dan menyambung kerja-kerja aku menjemur baju. Ah, tak ada apa-apa… Mungkin betul kata Dee.. Semuanya adalah imaginasi aku.
Aku melangkah balik ke bilik setelah menyiapkan sidaian pakaianku.

~ ~ ~ ~
Dua minggu kemudian aku mencuci baju pukul satu pagi. Assignment melambak-lambak dan aku jenis orang yang menyiapkan kerja-kerja penting seperti assignment pensyarah daripada mencuci baju, assignment tak penting yang boleh di buat bila-bila masa.

Tinggal aku seorang mencuci baju. Aku hanya mampu menyanyi-nyanyi kecil mententeramkan hati. Sesudah aku mencuci baju-baju aku, aku berkira-kira untuk menyidai pakaian.

Sidai, tak? Sidai, tak?
Ah, kalau tak sidai bau pula baju aku di dalam baldi satu pagi..

Akhirnya aku memberanikan langkah meredah gelap malam untuk ke ampaian. Aku mengeluh apabila melihat ampaian penuh sampai ke hujung. Ada pun ampaian tengah yang berada di tepi pokok-pokok hiasan. Aku berhadapan dengan pokok-pokok yang memang sedia dirapikan. Aku mula menjemur baju aku satu persatu. Sehingga baju yang terakhir aku jemur, barulah aku rasa lega. Aku ingin pecut ke bilik. Belum sempat aku melangkah, bulu roma tengkuk aku sudah meremang.

Terasa seperti ada sesuatu di pokok bunga di tepi aku. Aku menoleh. Satu lembaga berbaju putih terbang di hadapan mataku.

“Kak, kan dah kata jangan jemur baju waktu malam? Tak fahamke?” suara itu masuk ke telinga aku. Aku hampir pitam melihat gadis berbaju putih berdarah-darah yang aku temui beberapa hari lepas sedang memijak atas pokok dan terapung-apung. Untuk berlari pergi aku tidak punya kekuatan. Baldi yang aku pegang terlepas dari genggaman. Hilaian tawa gadis aku menyebabkan aku terkulai di situ juga.

Aku bangun dan melihat rakan-rakan yang lain sudah berkumpul di bilik aku sambil membaca Yassin. Langit terang. Hari sudah siang. Aku terpinga-pinga melihat orang di sekeliling.
“Rin..”Dee peluk tubuhku yang ingin bangun daripada pembaringan.
“Kau tau sepanjang malam kau berdiri di ampaian depantu?”tanya Dee. Aku terkejut.
“Eh, aku tak ingat! Yang aku ingat aku pengsan.”ujarku kepadanya. Dee tepuk-tepuk bahu aku.
“Kami jumpa kau pukul enam tadi di ampaian tengah cakap sorang-sorang dengan pokok bunga di ampaian.”ujar Dee kepada aku. Aku terpaku memandangnya.
“Sabar Rin.. Kau tidur dulu..”

~ ~ ~ ~ ~

“Kak, betulke akak ada jumpa benda masa jemur baju tengah malam?”tanya seorang junior yang baru masuk. Aku sengih.
“Ada..”ujarku.
“Macam tak boleh percaya aje.. Betulke?”usik guru pelatih baru itu.
“Kalau tak percaya cubalah sendiri jemur baju tengah malam.”ujarku tersenyum lebar. Junior itu terdiam memandang aku.
“Sebab makhluk tu tak suka kita jemur baju tengah-tengah malam..”bisikku ke telinga junior itu.
Setiap kali orang lain bertanya, hanya satu jawapannya..
“Sidailah baju time malam.. Kita tengok apa jadi..”



“Kaaakkkk….”

10 Komen untuk Cik Rin:

mishhMeGuMi

kisah bena ka rin?

chasiani

Kisah cikgu Dayang Putri yang kena edit.. Nyakan kena kaco kat flat... hihihihi~

mishhMeGuMi

hehe...tp kdk real jak bunyi nya rin..polah ceta antu gik ow...hee

chasiani

Kamek plah crita tok time malam. takut kendirik gya... pukul 3 pagi. skali pegi jamban, adoh, abis buang air, pecut seratus ribu masuk bilit. tobat x mok polah gik. imaginasi melampau-lampu...

G3-lina

tgh bace cite ni pukul 2.42 pagi.... seram.. ingatkan tadi lepas ni nak basuh baju.. tapi... terus ta jadi..

RinsyaRyc

G3-lina-
Kisahni kisah betul tapi kena edit. Pensyarah yang crita n memang pengalaman dia sendiri.... Huuue.. Sampai sekarang x berani g jemur malam2...

far zana azman

Huhu.. First time bce citer seram kt blog kak Rin.. But, seriously seramm...

noraauliyya

huhu meremang bulu2 .

Wild Cherry

waaa kat asrama memang ada hantu ek? akak tak pernah duduk asrama... best gak cite ni...

RinsyaRyc

Far- thanks far! x la seram sngt.. tpo kalau dngar cite sbnar die sram la jugak.. just berpandukan cite sbnar.. huhu

nora- rin pun rasa tegak aje dah ni~


ac- banyak kut.. akak salu terlibat dlm kes mcmni.. =.="