CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 13, 2011

Wahai Cinta.....



Kuseru cinta



Cinta sebenarnya amat manis pada yang memberi… Dan amat indah pada yang menerima…..

-Ira






Aku duduk sebentar membuang pandangan ke arah kolam. Berkira-kira untuk pulang. Sebenarnya hati ini amat sakit untuk menerima kebenaran yang ada.


Wajah Id terbayang di minda. Aku mengeluh lagi. Sakit!


Selama ini, aku sedar bahawa kehadirannya membawa satu perasaan yang sukar aku bayangkan. Cinta? Mungkin! Kalau tidak, kenapa hari ini aku rasa amat sakit?


Lupakanlah, Ira.... Kau takkan dapat mengubah takdir yang ada.. Aku berbisik di dalam hati.

Okay, hari ini aku akan mulakan buku baru. Cayok! Cayok!


Aku cuba tersenyum.


”Ira,”

Aku menoleh.

”Eh, Kak Hawa..”


Aku tersenyum senang.

”Akak ingat Ira ke mana tadi. Rupanya sembunyi kat belakang rumah.”


Kak Hawa mengusik. Aku sekadar ketawa kecil.


”Sini best kak... Nampak laut.”ucapku memandang wajah kak Hawa.

Kak Hawa turut memandang wajahku dalam-dalam. Aku tahu dia sedar tentang gelora di hati ini.


”Ira, jom balik. Tak baik Ira duduk kat sini sedangkan majlis masih berlangsung. Apa kata Ika nanti?”


Kak Hawa mengajak.

Aku telan air liur. Pahit!


”Ira memang nak balik dah. Jom.”ajakku cuba senyum. Kak Hawa memandangku penuh simpati.

”Ira, kejap.”


Langkahku terhenti. Aku menoleh semula. Kak Hawa menggerakkan tangannya supaya aku duduk di sisinya.

”Duduk dengan akak kejap.”ucapnya.


Aku terdiam sebentar sebelum mengambil tempat di sebelah kak Hawa. Aku terdengar keluhan kak Hawa.

”Pasal Id,”

Kata-kata kak Hawa bagaikan merentap jiwa ragaku. Aku membuang pandangan ke arah lain.


”Akak tahu Ira ada hati dengan Id.”

Aku tunduk.


”Akak tak salahkan Ira sebab Id memang suka ganggu Ira. Tapi Ira tahukan dia kacau Ira sebagai adik?”ucap kak Hawa. Aku tersentak.


Adik?


Kalau betul dia anggap aku sebagai adik, kenapa mesti kata-kata cinta itu selalu diucap kepadaku? Adik? Aku jadi nanar. Id, kenapa perlu menguji aku sekiranya Kak Ika yang menjadi pilihan akhirnya?

Aku angguk. Kak Hawa mengusap bahuku. Menenangkan gelora di hatiku. Kak, macam manapun, hati adik akakni sudah terluka.


Ingatanku kembali menerjah saat pertama kali Id melangkah ke rumah ini. Sebagai sepupu kami. Aku mengeluh lagi. Kalau aku tahu dia lebih berminat dengan kak Ika, aku tidak akan menaruh hati padanya.


Agaknya aku terlalu naif di dalam menilai perhubungan. Mungkin memang salahku menaruh harapan. Aku terleka dengan layanan istimewa dari Id. Aku ingatkan senyumannya hanya untuk aku seorang!


Kenyataan terpedih untuk aku terima saat lamaran untuk rumahku daripada Id diterima. Bukan untuk aku! Tetapi untuk kak Ika!


”Akak nak cakap something dengan Ira, tapi Ira jangan melenting ya...”ujar kak Hawa separuh bergurau.


Aku menoleh ke arah kak Hawa.

”Adik tau tak selamani Akmal suka pada adik?”tanya kak Hawa.


Aku tersentak.


”Akmal?”tanyaku. Kak Hawa melemparkan senyuman penuh makna.


Terbayang-bayang wajah Akmal di ruang minda. Akmal yang nakal suka mengusik aku. Aku dan dia umpama kucing dan anjing. Tidak pernah sebulu. Tidak mungkin dia menyukaiku.


”Iyalah. Cuba Ira ingat semula. Selamani Akmal selalu pergi ke sinikan? Kacau hidup Ira macam yang Ira kata... Lepas Id ada, dia jarang pergi ke sini. Malah sekarang dia menyepi diri. Sebab Ira sudah ada Id untuk teman bermain. Ira lupakan Akmal.”



Aku terdiam.

”Ira, cuba terima Akmal. Sebab mencintai dia sebagai seorang lelaki lebih baik daripada mencintai bakal abang ipar sendiri, dik...”kak Hawa menepuk bahuku sebelum berlalu pergi.


Aku termangu sendirian.

”Ira, jom main kat pantai!”jeritan Akmal kedengaran. Aku jenguk kepala dari tingkap rumah. Laju langkahku keluar rumah.




”Sorry, cousin aku dari bandar datang rumah. Aku tak jadi pergi.”ucapku padanya. Akmal garu kepala.


”Eh, kenapa pula tak jadi pergi, jomlah kita pergi. Id pun nak jalan-jalan ke pantai...”sapa Id dari arah belakang. Aku menoleh dengan senyuman lebar.

”Jom!”aku menarik tangan Id ke bawah.

”Eh, tak tukar baju duluke?”tanya Id. Aku pandang bajuku.


”Ira pakai baju kurungni aje...”ucapku sambil tersengih senang. Id meletakkan tangannya ke atas kepala aku sambil tersenyum penuh makna. Aku jadi segan.


Sepanjang persisir laut, aku riang bercerita dengan Id. Dan Akmal, dia tertinggal di belakang sendirian.


Itu kali terakhir aku dan Akmal berjumpa dan keluar bersama. Sejak itu, aku leka dengan Id. Akmal? Entah ke mana.


Kalau betul dia suka pada aku, kenapa mesti menyepi diri?

Aku akhirnya melangkah menuju rumah.


Majlis pertunangan kak Ika dan Id sedang berlangsung. Aku menghela nafas perlahan. Abang Id!


Aku mula menerima hakikat, abang Id akan menjadi abang ipar aku tidak lama lagi. Cukuplah ketika aku melihat senyuman bahagia di bibir kak Ika. Aku turut gembira. Biarlah perasaan ini terkubur sahaja.


Aku sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur.


”Ira, akak keluar dulu. Cari Hadini.. Mana budaktu pergi. Nanti akak datang lagi.”

Pinta kak Hani, jiran sebelah rumahku. Aku angguk.


”Ira nampak anak akaktu tengah main kat tepi rumah dengan kawan-kawan dia.”ucapku. Kak Hani angguk dan berlalu pergi. Aku senyum kecil.


Beberapa orang sepupuku sedang mengumpulkan barang-barang dari ruang tamu ke dapur.


”Apahal barang hantaran semua letak sini?”tanyaku hairan.

”Alah kak, penuh sangat ruang tamu, banyak orang.”ucap Alia. Aku kerut dahi.


”Letakkan kat dalam bilik akak.”arahku pada Alia dan rakan-rakannya.

Aku menyambung kerja mencuci pinggan mangkuk.


Tiba-tiba seseorang menghulurkan gelas kotor kepadaku.

”Letak aje.”ucapku pendek. Dia meletakkan gelas-gelas kotor di tepi singki.


Aku memandang wajahnya.

”Eh, Akmal! Lama tak dengar cerita..”


Aku membulatkan mata, menepuk bahunya.

Dia diam.


”Eh, buat-buat tak kenal aku pulak?”tanyaku hairan.

”Eh, kita pernah kenalke?”


Aku tergamam. Dia melangkah pergi tanpa memandang wajahku. Aku tercengang-cengang hairan.


Kenapa dengan Akmal sekarang? Merajukkah dia?

Selesai mengemas pinggan, aku bergegas ke ruang tamu.


”Mia ada nampak abang Akmal tak?”tanyaku pada salah seorang adik sepupuku.

”Tadi dia keluar.”ucap Mia. Aku kecewa.


”Dah balikke?”tanyaku lagi.

”Baliklah kot..”Mia mengiakan. Aku mengeluh kecil.


Akhirnya kakiku menapat ke luar rumah.


”Ada nampak abang Akmal tak?”tanyaku kepada kanak-kanak yang bermain di luar rumah.


”Abang doktor pergi ke sana.”jawab Mira menunjuk ke arah pantai. Aku tersenyum lebar.


”Terima kasih Mira..”ucapku mencubit pipi Mira. Mira tersengih.

Laju langkahku menuju ke arah pantai.


Melihat kelibatan dia duduk di tepi pantai membuatkan aku tersenyum.


”Ingat dah balik tadi.”ucapku dan duduk di sebelahnya. Dia agak terkejut.


”Apahal kau kat sini? Aku ingat kau tak datang tadi.”tanyaku memandang wajahnya. Dia menguis pasir.

”Aku datang ke, tak sama aje.”ucapnya sinis. Aku mengerut dahi.


”Kau marah aku ke?”tanyaku memegang tangannya. Dia menepis.

”Tak.”ucapnya jauh.


Aku tersenyum.

”Kau merajuk eh?”tanyaku lagi. Kali ini aku mencubit lengan sasanya. Dia memandang wajahku.


”Kalau aku merajukpun, aku bukan sesiapakan?”tanyanya agak geram.


”Betullah kau tengah merajukni!”

Aku ketawa. Dia mengetap bibir.


”Ira, kau tak payah pura-pura dengan aku. Kau ada hati dengan si Idris tukan?”tanya Akmal tiba-tiba. Aku pula yang mengetap bibir geram.


”Dia bakal abang ipar aku!”ucapku tegas. Akmal ketawa sinis.


”Kalau betul, kenapa kau langsung tak nampak aku selama ini? Berkali-kali aku datang ke rumah kau, kau sibuk layan si Idris tu?”tanya Akmal. Aku diam.


”Kalau betul kau tak ada hati dengan si Idris, kau tentu tak akan abaikan aku...”desis Akmal.


Aku pandang wajahnya dalam. Teringat kata-kata kak Hawa, ”Adik tau tak selamani Akmal suka pada adik?”


Aku menghela nafas panjang.

”Aku tak ada hati pada dialah.. Kau jangan nak memandai-mandai pulak!”tempelakku. Akmal ketawa lagi. Entah kenapa tawanya mengundang kesakitan di hatiku.


”Kalau kau tak ada hati pada dia, tentu kau tahu aku sayang siapa.”desis Akmal lagi.


”Kau sayangkan aku ke?”

Akmal menelan air liur.

”Aku sedar aku tak ada tempat di hati kau, Ira..”ucapnya pelan. Aku menghela nafas.


”Memangpun.”ucapku tanpa perasaan. Akmal tunduk. Tiba-tiba dia berdiri.


”Tak apalah, Ira. Aku balik dulu.”ucap Akmal. Baru sahaja dia melangkah pergi, aku menarik tangannya. Langkahnya terhenti. Kembali memandang wajahku.


”Kenapa?”tanya Akmal hairan.

”Aku tengah sedih. Kau tak nak temankan ke?”tanyaku pelan. Akmal merenung wajahku dalam.


”Aku sedih, kau tak pernah temankan.”ucapnya tiba-tiba.

”Apa maksud kau?”

”Sudah berapa bulan kau lupakan kewujudan aku, Ira? Kalau tak Id bertunang dengan Ika, ada kau ingat pasal aku? Aku sedih, Ira..”ucap Akmal perlahan. Aku menghela nafas. Angin pantai meniup rambutku.


”Aku minta maaf.”ucapku padanya.

”Aku tak nak kata-kata maaf dari kau.”


Aku diam menunggu bicara Akmal seterusnya.

”Aku sayang kau, Ira..”ucap Akmal duduk mencangkung di hadapanku.


”Sayang aku lebih daripada seorang kawan.”

Aku tunduk.


”Bolehke Ira?”tanyanya.

”Sejak bila?”tanyaku. Aku merenung matanya.


”Sejak kita berjumpa kali pertama.”

”Tapi kita selalu gaduh.”


”Kau buta.”

Aku mengetap bibir.


”Kau buta mengenal cintaku.”sambung Akmal.


”Aku tak buta tuan doktor..”aku mencuit hidungnya. Dia menepis.


”Stop it, Ira. Jangan panggil aku tuan doktor.”

Dia memasamkan wajah. Aku ketawa.


”Dah kau memang doktorkan?”tanyaku. Dia mencebik.


”Dulu kau selalu panggil aku budak nerd, sekarang tuan doktor pulak!”rungutnya. Aku ketawa kecil.


”Sebab dulu dan sekarang sama saja.”ucapku. Dia duduk di hadapanku. Aku senyum lebar.

”Apa yang sama?”tanyanya. Aku menggaru kepala.


”Entah!”jawabku. Dia membulat mata apabila aku menyepak kakinya.

”Ira!”serunya apabila aku mula angkat kaki dan berlari. Dia mengejar langkahku. Aku ketawa. Ingin sekali aku salurkan kasih sayang ini untuk dia....








fuh, siap jugak cerpenni.. eheh.. Agak boringkan? Tapi bagi ana ia ada makna



^^

11 Komen untuk Cik Rin:

G3-lina

bru selesai bace cerpen ni.. huhu~ ok la. tp kenapa ta buat sampai habis ye?? rinsya suka bagi pembaca buat kesimpulan sendiri pd waktu akhirkan?? huhu~

RinsyaRyc

yekeh? Mcm dh happy ending aje.. Tak pe, lepasni, sya buat cerpen aher dia kawen... Hihihi..

tq sebab baca..

V

Best! :)

Nik Ainaa

ala~ nak lagi ! best lah !

Anonymous

wah! saya suka.

*Ain

khalila ishak

pendek sket cerpen ni. Tapi Best! sangat bermakna ^_^

RinsyaRyc

far- thanks dek...

nik ainaa- sorry ek.. tergantung katanya~ hehe

anonymours- amboi cik ain.. huhu.. tq!

khalila- pendek ek? hehe.. thanks...

aNa LaNa

best walaupun tergantung...
sgt bermakna...(^_^)

RinsyaRyc

ana lana - tergantung ann ? ngeee +_+

Zierwa Zainal

best.tp mcm pendek sikit la..hehe..buat la ira khwin dgn tuan doktor..hehe

Hanim69

pendek sangat... watak boleh dikembangkan lagi... cerita dh menarik dah...