CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

Cerpen: Berani Kata Cinta







“Su mana?!”

Aku tersentak.

“Manalah orang tahu, mak carilah!”jawabku laju. Mak mendekati aku dengan senduk nasi.

“Ambek kau.” Pakk!

“Makkk! Kenapa mak pukul pakai senduk nasi? Inikan kepala Anis….” Aku menggosok-gosok kepalaku berkali-kali. Mak bercekak pinggang menjengil ke arahku.

“Mana Su? Mak suruh Anis jaga dia tadi,”tanya mak tegas. Aku mencebik.

“Dia kat luar. Main dengan Aiman.”Aku melihat televisyen semula.

“Aiman? Kau biarkan budak tu main dengan Aiman?” Sekali lagi senduk melayang ke kepala aku.

“Argghhh!! Mak, apa salah Anis ?” Wajahku merona merah.

“Pergi ambil Su sekarang!”Aku memuncung bibir.

“Yang mak cuak sangat ni kenapa? Biarlah dia main dengan Aiman..”rungutku. Mak membengiskan wajah.

“Memang mak cuak! Budak Aiman tu bukan betul sangat.. Dia pernah keluar masuk penjara!” Tempelak mak. Aku cebik bibir.

“Itu salah fahamlah mak...” Aku garu kepala. Nak tak nak, aku angkat juga daripada duduk.

Aku berdiri di hadapan pintu rumah. Tangan aku depangkan ke depan sambil menutup mulut. Ada ruang sedikit untuk bagi suara keluar lebih ‘power’. Satu... Dua.... Ti....

“Aiman!!!! Su bawak dia balik!!!”

Pakk!

“Arghhh!!” Aku tertunduk menahan sakit. Tangan aku cepat-cepat mengurut belakang kepala.

“Jerit lagi.. Hah! Jeritlah!” Suara mak kedengaran. Aku terus toleh maut ke arah mak.

“Mak! Ini kepala! Kalau Anis jadi bodoh, siap mak!”

--------------

Aku melangkah laju ke kafetaria tanpa menunggu sesaat pun. Gila lapar... Sesampai di hadapan lauk pauk, aku kaut cepat-cepat nasi di pinggan. Berkali-kali aku telan air liur. Aku memang pantang kalau nampak lauk ayam... My peberet!

Teringat rumah yang telah aku tinggalkan selama seminggu.. Teringat masakan mak yang sedap sehingga menjilat jari kaki... Teringat kepala aku yang selalu menjadi mangsa segala sudip, sudu dan sebagainya daripada mak...

“Anis!” Pakk!

Tubuh aku terdorong ke depan cepat-cepat aku seimbangkan. Silake punya orang....

Lipat maut aku toleh ke arah ‘hantu’ yang memukul keras bahu aku sampaikan hampir tercampak nasi yang aku baru kaut.

Maira tersengih-sengih memandang wajah aku.

“EH, kau kalau tegur aje tak boleh ke? Kenapa sampai pukul aku? Kau ingat bahu aku ni tak mahal ke?” Aku tempelak dia.

“Patutlah kau tak ada boyfriend sampai sekarang, Anis... Orang nak berkawan dengan kau pun takut. Perangai ganas mengalahkan kanggaroo kat Australia.” Eh, kanggaroo ganas ke? Ah, lantaklah! Maira mengambil pinggan dan ikut mengaut nasi.

Mak oi! Aku terkejut apabila terpandang pinggan Maira. Aku pandang nasi aku, dan pandang nasi dia. Dia punya perut ni perut jenama apa?

“Kau mengata orang, diri sendiri yang lebih. Kau tengok pinggan kau, confirm tak ada yang berani cakap ‘I love you’ kat kau. Makan mengalahkan abang Adif kita tu..” Mulut aku muncung ke arah seorang lelaki yang duduk keseorangan. Maira melotot mata.

“Itu versi ‘adik-adik’, mestilah makan sikit sebab dia nak jaga bodi...” Terbahak-bahak Maira ketawa.

“Lebihlah kau.” Aku menepuk bahunya lembut.

“Eh, kau orang nak berborak, pergi tempat lain. Orang lain nak ambil lauk susahlah mak cik oi..”

Aku dan Maira sama-sama menoleh. Terpinga-pinga memandang seorang lelaki.

“Eh, sorry.. Sorry...” Aku jadi lembut tiba-tiba. Wajah Maira turut ‘manis’ serta-merta. Maira menyiku aku dan matanya menunjuk ke arah lauk. Aku buat mimik geram.

“Apalagi tu? Cepatlah ambil lauk tu...” Tegur lelaki itu tiba-tiba. Erk.. Aku laju-laju mengambil lauk yang aku nak sambil mencuri pandang ke arah lelaki itu. Keh.. Keh.. Keh... Handsome! Phewittt...

Cis Anis! Perangai tak senonoh! Sudah-sudah! Aku tergeleng-geleng sendiri. Maira yang memandang terus mencuit bahu aku.

“Dulu kau juga kata, apa kelas lelaki jadi cikgu...” bisik Maira nakal. Aku menjenggil mata.

“Berani kau kata macam tu... Cuba kau tengok dia, handsome gila! Aku pun tak tau kenapa dia nak jadi cikgu, kan? Padahal, muka macam dia, sepatutnya jadi model ke, jadi doktor ke.. Sure hot!” Ucap aku sambil membayar makanan.

Aku curi pandang ke arah lelaki itu lagi. Pehh! Gila handsome siot... Rugi tak tengok keindahan ciptaan tuhan yang paing seksi dengan ketul-ketul kat lengan.. Wiwitt.. Tergoda nyah!

Pakk!!

Aku mencerlung ke arah Maira sambil menggosok-gosok bahu aku.

“Pedas tau tak?” Aku tekankan suara. Maira ketawa lagi.

“Kau jangan jadi tak senonoh. Anak bujang orang kau pandang macam nak terkeluar biji mata tu...”

“Kau ni macam mak aku. Pantang tengok aku, terus main sebat aje..” Rungutku sambil memanjangkan muncung. Tawa Maira mengisi sunyi kafetaria sehingga mata Mr L memandang ke arah kami berdua. Auww.. Malu gila ada kawan yang tak pernah nak menjaga adab dan tatasusila macam Maira!

---------------

Aku tersengih-sengih menghadap facebook.

‘Aku stress!’ Letak aje status. Belum sampai seminit, 5 orang like. Pehh! Aku memang hot!

‘Stress, stress jugak. Dari tadi aku tengok kau sengih-2 main facebook.’

Aku toleh katil sebelah. Maira buat muka ‘bodoh’. Cis! Potong line ah!

Aku ambil bantal dan tikam ke arahnya. Tawa Maira pecah.

“Kantoilah aku.. Kau ni tak kasi can pun!”

Tiba-tiba tawa Maira terhenti.

“Nis, kau baca Mr L ada komen kat status kau tu!” Jerit Maira tiba-tiba. Aku membulat mata.

“Mana? Mana?” Aku terus klik notification baru.

“Kau check la noti baru kau...” Maira tepuk dahi. Hek eleh.. Minah ni sengaja nak buat cerita jadi gempak.

“Ubat kepada stress adalah tidur.” Aku baca ayat itu satu persatu ayat mr L. Aku pandang Maira yang tersengih-sengih memandang aku. Aku pandang skrin lagi, lepas tu pandang Maira.

“Bosanlah lelaki macam dia ni... Aku rasa dia kuat berleterlah..” Aku merungut. Maira buat muka terkejut.

“Macam mana kau tahu??” Maira masih lagi ternganga. Aku mencebik.

“Not my taste. Cancel nak minat lelaki macam ni.. Buang masa I aje.. Yang kau tiba-tiba excited sampai ternganga tu kenapa?”tanya aku tersengih sambil menghempas tubuh di katil. Maira masih lagi memandang aku lama.

Apsal kau pandang aku macam tu sekali?” Aku pula yang naik hairan.

“Anis, aku cabar kau... Kau kena cakap ‘I love you’ kat mamat ni!”

“Kau dah hilang akal ke Maira?”

“Kau takut ke?”

“Mana ada! Aku just belum jadi gila nak cakap ‘I love you’ kat mana-mana lelaki.” Aku tarik muka masam.

“Cakap aje kau takut, kan?” Maira tersenyum sinis.

Aku terkebil-kebil. Walaupun aku ni maca ‘tak senonoh’, tetapi aku ni ada kemaluan juga tau.... Ingat akuni buruk laku ke pergi cakap dengan lelaki ‘I love you’? Malu 7 keturunan Anisa binti Amir ni nanti..

“Tak naklah aku... Takkan nak cakap ‘I love you’ kat orang yang aku tak cinta?” Aku angkat badan menuju ke baldi. Angkut segala ubat gigi, pencuci muka dan berus gigi ke dalam gayung.

“Aku serius tau...”

“Aku tak naklah...” Aku terus keluar daripada bilik. Apa kena dengan Maira? Tiba-tiba aje... Isk.

---------------

“Hai...”

Habis tersembur air yang baru aku minum. Aku toleh ke tepi dan nampak wajah mr L aka Ahmad Hazlan di tepi aku.

Dia mengambil botol air di tangan aku.

“Minta sikit.” Lepastu dia teguk macam sepuluh tahun tak minum. Dia balikkan botol mineral aku sebelum terus berlari ke arah padang. Sambung main bola. EH? Aku mimpi ke tadi? Aku pandang botol di tangan lepas tu pandang ke arah padang. Mr L main dan goll!

Erk. Sah aku mimpi kot.. Tapi apsal banyak-banyak tempat, aku mimpi kat sini pulak? Aku geleng-geleng kepala sambil meneruskan larian di trek.

Mimpi-mimpi juga, stamina kena jaga... Aku nak dapat catatan masa 13 minit masa lari 2.4 km nanti. Lepas tu, aku jadi perempuan paling laju lari satu maktab ini... Lepas tu aku cipta rekod baru... Lepas tu aku jadi wakil maktab... Lepas tu aku jadi glemer.. Wohohoho...

---------------

“Ada kau kata ‘I love you’ kat mr L?” Tanya Maira. Aku menyusun portfolio matapelajaran hubungan etnik di lantai.

“Sibuklah kau... Aku kalau cari laki, aku cari yang ‘gempak’ sikit... Doktor ke... Engineer ke... Arkitek ke... Peguam ke... Setakat cikgu apa kelas?”

Pakk!

Bahu aku jadi mangsa lagi.Tak apalah... Hari ini dimaafkan... Aku menggosok bahu aku yang sakit.

“Sakit tau tak?” Aku menyeringai memandangnya.

“Kita pun cikgu, tau! EH, selalunya, cikgu kahwin dengan cikgu, doktor kahwin dengan doktor... Ini faktalah! Jangan mimpi nak dapat laki kerja gempak-gempak...”

“Erk? Mana kau dapat fakta tu?” Aku menggaru kepala bertanya.

“Adalah...”

“Kalau kau nak kelentong, better kau cari orang lain sebab Anisa ni cerdik dan cergas tahu?” Gertak aku. Maira tersengih-sengih.

“Betullah.. Aku cakap berdasarkan pemerhatian...”

“Tu portfolio kau bila nak siap? Esok puan Hilda minta.” Aku memandang ke arah Maira. Elok aje budak tu duduk terkangkang sambil makan mee sedap.

“Relaks lah... Masa masih panjang.. Malam ni aku stay up.”

“Ye lah sangat.. Esok kau punya kelas full tau?”

“Pagi aku start pukul 9.30. Mr Adenan tengok budak praktikal.”

“Eh?” Aku sambung melekat divider portfolio.

“Ye ah... EH, petang tadi aku tengok kau dengan mr L sampai kongsi-kongsi mineral water tu... Takkan tak de pa pe kot?” tanya Maira lagi. Aku tersentak. Erk. Bukan mimpi ke?

“Ada ke? Aku tak perasan pula sebab aku masa tu tengah fokus nak meningkatkan stamina...” Ucap aku ikhlas.

“Nak berahsia daripada akulah tu... Jangan lupa cakap ‘ I love you’ kat dia.. Dia dah lama tunggu tau..” Maira meletakkan ear phone sebelum aku bertanya apa-apa di telinganya. Aku garu kepala.

“What do you mean by ‘dah lama tunggu’?” Ucap aku mengerut dahi. Selepas tidak mendapat layanan daripada miss Maira, aku sambung semula kerja aku. Aku memang tak boleh stay up lama-lama... Pukul 3 pagi gerenti aku sudah rebah di medan juang...

---------------

Masuk aje ke dalam kafetaria, hati aku jadi berasap-asap. Limpa aku seakan-akan dipanggang hangus. Aku kelip-kelip mata. Tidak percaya apa yang aku lihat.

Mr L duduk dekat-dekat dengan seorang junior yang sama course dengan aku di hadapan laptop. Ini sudah lebih! Memanglah aku minat ‘gitu-gitu’ aje kat mamat handsome tu... Itu pasal kot aku rasa bengang gila sekarang ni.

“Sama cantik, sama padan...” Tiba-tiba suara di belakang aku memutuskan renungan tajam berunsur panahan petir dan elektrik kepada sepasang uda dan dara di hadapan aku.

“Apsal aku rasa macam ada gunung nak meletup ni?”

Aku jeling Maira tajam-tajam. Agak-agaklah kalau nak sindir-sindir, kawan... Panas hati aku.

“Okay.. Okay... Aku minta maaf...” Maira menarik tangan aku ke hadapan kaunter.

“Aku tak nak order. Tak ada selera.” Ucap aku sambil menarik tangan aku semula. Aku berlari menuju ke arah asrama. Huhu.. Bodoh gila aku sebab minat kat mamat hot...

---------------

“Hari tu cakap bosanlah.. Tak naklah... Tapi aku tengok dah lain semacam aje...” Suara Maira mengejutkan aku daripada proses ‘pras menonggeng’ di atas katil. Aku terus terduduk.

“Nah ambil. Aku order mee hailam untuk kau..” Maira meletakkan polistrin berisi makanan di atas katil aku. Aku pandang dia terharu. Tak sangka!

“Terima kasih Maira... Kau lah sahabat aku dunia dan akhirat...” Ucap aku sedih. Maira tersengih.

“Apsal tacing bagai? Not your style la Anis.. Kah Kah Kah...” Pelampung punya kawan! Dia gelak nak bagi satu asrama dengar ke? Terus aku baling bantal aku ke arah dia. Maira senyap bersama sisa-sisa tawa dia.

“That’s why aku suruh kau cakap ‘I love you’ kat dia... Tak salah kalau kita sayang kat orang lain...” Ujar Maira serius. Aku terdiam. Malulah aku! Pipi tak manchong, hidung tersorong-sorong...

“Aku perempuanlah..”

“Sebab kau perempuanlah kau kena cakap yang kau suka dia... Awatla kau ni lambat nak mampoeh..” Amboi, elok aje dia mengata kawan dia seorangni. Nasib baik kau baik hati nak orderkan aku mee hailam. Kalau tidak.... Makan mee maggie la jawab aku hari ini... Sobbss..

“Kau tak nampak ke tadi tu? Dia kan dah ada girlfriend?” Ucap aku sedih. Maira bantai gelak habis-habis.

“Weyh! Aku ingat kau minat ‘gitu-gitu’ aje kat mr L... Tak sangka den kau minat sampai frust macam ni..”

Aku kecil hati tengok dia seronok ketawa. Tapi aku nak buat macam mana sebab bukan mulut aku yang ketawa?

“Dah lah.. Malas aku dengan kau.. Menambah serabut kepala aku je.” Aku tarik muka masam.

Maira duduk di lantai sambil membuka polistrin dia. Mee jawa. Memang dia tu ‘queen of mee jawa’. Tiadanya Maira tanpa mee jawa.. Hari itu dia sanggup ugut abang kafe sebab nak makan mee jawa esok hari dia sebab hari itu mee jawa sudah habis.

“Dia tu tak ada apa-apa dengan abang Hazlan. Don’t worry...”

“Pardon?”

“Dia tak ada apa-apa dengan mr L!!” Sikit lagi aku terlompat mendengar jeritan Maira.

“I mean, you.. you.. you just called him... ‘abang’?” Aku tergagap-gagap. Takut kena penampar Maira sebab dulu aku pernah kena sekali masa aku menyamar jadi hantu nak takutkan dia.

“Eh? Ye ke? Aku tak perasan pulak..” Maira tersengih panjang.

---------------

Aku masuk ke bilik sambil membuka tudung. Pehh.. Penat gila ada kelas dari pagi sampai petang tak henti-henti. Aku campak tudung aku ke tilam. Well, aku memang jenis ‘pengotor’ sikit daripada Maira. Maira tak ada dalam bilik, tetapi laptop dia masih on. Aku kerling jam dinding. Pukul 4.00 petang. Nasib baik Mr. Raju lepaskan kelas kita orang awal sikit. Aku memang rasa nak pengsan dari tadi...

Aku buka loker aku di sisi katil Maira. Sengaja kita orang letak loker satu deret supaya bilik nampak lebar. Aku terpandang nama Ahmad Hazlan pada ruang chatt facebook Maira.

Dia chatt dengan mr L ke? Apa yang dia cerita kat Maira? Eh, jangan-jangan Maira bocor rahsia aku salah seorang fans dia? Mampus aku!

Laju-laju aku terpa ke arah laptop Maira. Aku skroll dari atas sebab aku nampak nama aku turut jadi bahan perbualan.

‘Dia jealous la abang.’

Oh, okay, Maira dengan Hazlan, ada ‘abang’.

‘Ye ke? Ala, bukan ada apa pun budak tu dengan abang. Dia tanya pasal majlis dinner kita 2 minggu hadapan. Diakan salah seorang JPP. Nak buat macam mana dah dia nak jumpa kat cafe. Kantoi pula dengan Anis. Ni abang nak tanya, bila dia nak confess kat abang? Tinggal esok aje tau pertaruhan kita.’

Pertaruhan? Confess?

‘Anis segan nak confess kat abang... Mai dah cabar dia confess tapi dia tak nak. Adoyy..’

‘Mai dah janji hari tu.. Kalau dia tak confess kat abang, abang tak naklah pujuk mama Mai bagi Mai pergi Bali hujung tahun ni..’

Okay, antara mereka ada ‘Bali’, ‘pertaruhan’, dan ‘confess daripada seorang dia’. Aku hela nafas panjang. Pelik cara mereka buat pertaruhan... Kenapa mesti aku yang kena confess?

“Anis! Kau baca chatt aku?” Maira masuk ke bilik dengan wajah yang agak basah. Balik daripada tandas kut. Wajah dia marah sangat-sangat. Aku diam. Bukan aku ke sepatutnya yang tengah marah sekarang?

Aku bangun dari katil Maira dan menuju keluar bilik. Aku memang tahu Maira tidak suka aku sentuh barang-barang dia... Tetapi aku tak akan cakap ‘sorry’ kat dia untuk kesilapan aku itu sebab dia juga dah buat silap pada aku. Aku kawan dia atau musuh dia? Sampai hati dia buat pertaruhan yang boleh mempermainkan maruah aku sebagai wanita.. Patutlah beria dia suruh aku cakap ‘I love you’ kat Hazlan... Tapi apa hubungan Hazlan dengan Maira? Kekasih ke? Adik beradik ke? Aku mengambil air sembahyang dalam air mata.

---------------

Selesai aku angkat barang-barang aku dari bilik A1.40, aku berbaring di tilam. Tak lama lepastu, pintu bilik aku di buka luas. Terkejut aku lihat Maira menangis teruk dan memeluk aku.

“Jahatlah kau sampai pindah bilik!” Katanya sambil beria-ia menangis.

“Aku minta maaf, Anis.. Tapi aku terpaksa..”

Aku dengar apa yang dia cakap dengan tenang. ‘Terpaksa’. Bergema perkataan itu dalam diri aku.

“Tak kan kau tak nak maafkan aku?”

“Aku maafkan kau sebab aku belum ter ‘confess’ kat ‘abang’ L kau tu. Kalau tak, malu aku, kau tau tak? Malu aku!”

“Apa pula nak malu? Abang L tu dah lama suka kat kau. Cuma dia tak berani kata cinta... TU pasal dia nak kau dulu yang confess walau dengan apa cara sekalipun... Aku ni mangsa keadaan aje!”

“Ha?”

“Ahmad Hazlan tu sayang pada kau...”

---------------

Aku nak cakap dia orang bodoh, tapi dia orang bakal jadi cikgu... Aku nak cakap kerja dia orang sia-sia... Tapi takut Maira kecil hati... Last-last aku cakap kat Maira,

“Kau bagi tahu abang L tu, kalau dia berani cakap ‘ I love you’ kat aku, dialah lelaki yang paling cool dalam dunia ini.”

“Kau nak terima dia tak lepas tu?”

“Bergantunglah...” Aku jual mahal. Kah kah kah...

Bila aku terpandang abang L tu kat kafetaria, aku lari pecut jauh-jauh dari dia. Lepastu bila aku lari, dia ada kat padang, aku sanggup buat larian kat tempat parking kereta. Paling lawak sebab si Hazlan dah macam blurr aje melihat aku asyik mengelak.

“Dia kata, orang dah tak hendak dia, dia pun tak minta lagi.. Dia kecil hatilah Anis.. Korangni, pening aku tau...” Maira mengadu. Lepas tu aku pula yang menggelabah. Sejak aku mula ‘lari-lari’ dari dia, asal jumpa dia, jantung aku ni macam nak lompat-lompat berdegup-degap... Takkan nak putus asa macamtu aje.. Tak syoklah macamni!

Aku pandang wajah Maira sedih. Nak buat macam mana? Suara aku itu bergema di hati. Maira kata, dia dan Hazlan sepupu jauh. Dia dan Hazlan rapat semula selepas jumpa kat majlis makan-makan arwah papa Maira hujung tahun lepas. Dari Maira aku dapat tahu yang Hazlan asyik tanya-tanya pasal aku.

Tu lah kau.. Main tarik tali sampailah nak lari-lari. Kau ingat ni cerita hindustan ke? Wei, dia ingat kau dah benci kat dia, tau?”

“Iyeke?” Aku buat muka sedih.

“Kau confess aje kat dia.. Senang cerita..”

“Maaf cadangan di tolak.”

“Macam manalah kau orang nak hidup.. Masing-masing tak berani, masing-masing tunggu sorang, sorang tunggu sorang.... Bila nak ‘on’ nye?”

Aku tepuk bahu Maira kuat. Maira menyeringai kesakitan tetapi aku tak peduli.

“Aku perempuan! Mestilah dia yang mulakan!” Ucap aku terus keluar daripada bilik. Sejak aku dan Maira berbaik-baik, aku masuk semula ke bilik A1.40.

---------------

“Tak macho betul Hazlan tu... Dia lelaki, patutnya dia kena bertindak.. Kenapa nak tunggu aku pulak..” Rungut aku duduk di tepi jalan. Penat jogging 7 pusingan padang.

Teringat first time kita orang berjumpa. Dia duduk di meja pendaftaran sambil memandang aku dari atas ke bawah. Aku ingatlah dia ni pensyarah muda.. Rupa-rupanya salah seorang fesilitator guru pelatih yang baru masuk. Masa tu aku menggelabah habis.. Dengan mak yang tak henti-henti puji anak dia ni kepada mak budak lain yang baru masuk juga sama dengan aku.. Dengan renungan tajam mr L masa tu.. Aku memang malu gila gila gila. Keluhan dilepaskan di bibir.

Mr L tu banyak peminat. Budak kelas aku hampir lima orang minat dekat abang L, err.. Mr L. Orangnya tinggi jugalah daripada Adif lembut dan lebih kacak daripada Mr Adam Gilson, pensyarah orang putih budak-budak TESL...

“Hai,”

Aku mendongak. Tiba-tiba aku rasa nak lari pecut seratus meter. Aku gigit bibir.

“Hai..” Balas aku semula. Dia duduk di sisi aku. Sekelip mata air mineral di tangan aku hilang. Aku toleh ke arah dia dan ternganga melihat dia minum daripada botol aku. Aku pandang tangan aku yang kosong kemudian pandang lagi botol yang berada di tangan mr L. Muka aku dah naik merah. Malu siott!

Kongsi water mineral umpama berkongsi hati dan perasaan.. Apa aku merepek ni? Hish!

Lepas tu dia pergi macamtu aje. Eh, dia jumpa aku sebab nak minta air aje ke?

---------------

“Anis, ni surat. Abang Hazlan beri kat aku.” Kaif memberi aku sepucuk surat. Hoo? Surat?

“Kau orang ada apa-apa ke?”

Aku cepat-cepat geleng kepala. Okay, fine, tak sampai lima minit, kelas aku riuh rendah. Well, gossip terhangat yang menyatakan aku dan Hazlan sudah ‘bercinta’. Cekadaklah! Semua berebut-rebut nak baca surat Hazlan. Gila apa? Aku cepat-cepat letak dalam beg aku. Nak baca tempat yang ada ‘privacy’. He he...

---------------

Aku koyak surat berhati-hati, lepas tu aku ternganga besar. Ini, surat? Aku belek surat itu kat belakang, lepastu kat depan, cisdase! Kosong! Takdepape!

Kecewanya hati! Nasib baik aku tak share kat classmate aku tadi. Kalau tak, mesti kena gelak tiga hari...

Hazlan ni nak main-mainkan aku ke?

---------------

Hari ini aku jogging tak bawa air mineral. Aku tak kisah pun sebab kalau aku haus nanti, aku pecut ke kafe beli air teh c-peng. Nyum nyum....

Sebab? Kalau aku tak bawa air mineral, tak adalah sebab mr L tu nak jumpa aku kerana air yang aku bawa aje!

Mr L tak macho! Tak de sifat kelakian! Tak de ciri-ciri lelaki idaman!

“Anis!” Tangan aku di tarik kuat. Aku terkejut cicak. Mana tidaknya, aku mengelamun sampai tak sedar sebuah kereta hendak berlalu. Kereta itu lambat bergerak dan melalui aku. Eh, mr Adenan? Patutlah lambat semacam. Aku tarik tangan aku tetapi rasa macam kena tarik balik. Aku toleh ke belakang. Mr L?!

I love you.” Dia senyum cool. Aku terkejut nak pengsan.

“Apa tu?” Tanya aku. Senyuman Mr L mati.

“Saya cintakan awak.”

“So?” Apesal lain pula keluar dari mulut aku.

“Nah ambik ni. Esok awak pula yang confess kat saya.” Merah muka mr L meletakkan satu kotak kecil panjang kat tangan aku. Lepas tu dia pergi aje. Aku pandang dia dari belakang. Dia masih guna baju kemeja dan seluar slack. Dia baru balik dari kelas? Pukul 5.30 ni? Dia tak main bola ke?

Aku pandang kotak itu dan membukanya.

Rantai. ‘H & A’

Hazlan dan Anisa?

Eh, apa yang dia kata tadi? Esok aku pula yang confess kat dia?

---------------

“Cepatlah!” Maira menolak aku keluar dari bilik. Aku masih berkira-kira.

“Aku dan dia aje ke ni?” Tanya aku buat-buat blurr.

“Iyalah! Dah-dah... Abang lama tunggu kat bawah tu. Good luck tau! Ingat, confess! Caiyok caiyok Anis!” Maira tutup pintu bilik. Aku langkah lambat –lambat ke tingkat bawah. Aku keluar daripada asrama sambil menuju ke arah kafetaria. Hazlan menyambut aku dengan senyuman.

“Jom!”

Dia keluar dengan aku guna kereta dia. Lepastu dia ajak tengok wayang... Err.. Wayang ombak rindu. Aku hampir-hampir tertidur sebab aku memang tak suka tengok cerita romantik-romantik ni.. Aku prefer tengok cerita action atau hantu-hantu or zombie-zombie... Aku lihat dia khusyuk sangat sampai tak ingat aku kat sebelah dia. Err... Aku rasa dia ni layan ‘jiwang’ gak..

“Ni kira dating kan?” Tanya Hazlan sambil menyedut dia punya air cendol pandan.

“EH, mana ada..” Jawab aku angkat kening.

“Saya dengar, awak suka saya sebab saya handsome, ek?”

Cait! Merah padam muka aku. Nampak sangat aku pentingkan kebendaan... err... kewajahan? Ha! Kecantikan!

“Actually, saya tak pernah cakap saya suka awak..” Ucap aku terus terang. Dia tersenyum lebar. Pehh! Pehh! Dia senyum sebab nak goda akulah tu!

“Iyeke?” Senyuman Hazlan melebar. Okay okay.. Dia tak payah nak senyum semata-mata nak mencairkan hati Anisa, aku dah cukup cair setakat dia renung aku lama-lama.

“Ye lah..” Jawab aku pantas.

“Pakai rantai yang saya bagi?” Tanya Hazlan. Aku angguk. Semakin lebar senyuman dia.

“Kalau macam tu, ini kira dating lah ni....” Senyuman Hazlan aku bawa sehingga balik ke bilik. Aku nak simpan buat mimpi malam ni. Erk.

Aku nak masuk bilik tetapi aku rasa macam.. Macam Maira tengah nangis. Aku buka bilik, Maira kesat air mata laju-laju.

“Maira?” Tanya aku. Maira geleng-geleng kepala.

---------------

Aku dah tahu sebab Maira nangis. Maira sakit, sakit barah otak. Tapi yang paling aku terkejut, aku baca blog Maira, dia kata dia dan kawan dia sayang pada seorang lelaki yang sama. Dia kata dia bagi peluang kat kawan dia sebab... Sebab dia sakit. Aku rasa dia nangis sebab aku keluar dengan Hazlan. Dan aku rasa, Maira suka Hazlan.

Aku balikkan rantai yang Hazlan bagi, aku tak jogging macam selalu... Aku memang tak nak langsung ada hubungan apa-apa dengan Hazlan. Aku tak nak Maira menangis lagi. Aku tahu Maira mula rapat dengan Hazlan selepas itu. Aku tak kisah. Cuma hubungan aku dan Maira tidak serapat dahulu. Maira yang menjauhkan diri. Aku consider sebab dia sakit. Sakit barah. Aku kelu sendiri. Tak sangka Maira ada barah..

Hazlan dah beberapa kali aku tak layan dia, akhirnya dia redha aje. Tak kacau aku lagi walaupun adakalanya aku terserempak dengan Hazlan, dia renung aku dalam-dalam.

Siapa cakap aku tak sedih? Akupun dah penat menangis seorang diri.

---------------

“Maira dah tak ada..” Telefon daripada Wardianna, kawan baik Maira semasa di maktab dulu menyampaikan berita yang aku tak duga. Walaupun dah 5 tahun aku lost contact dengan arwah semenjak aku di transfer ke Sarawak, sikit pun aku tak lupa dia... Maira queen of mee jawa. Aku hadiahkan al-fatihah dan baca surah yassin untuk dia. Sedih teringat gadis yang otak gila-gila dan sempoi itu.

Agaknya, ini sebagai peringatan buat aku, di dunia ini, tiada yang kekal abadi... Satu hari nanti, aku akan mati juga..

“Anis, ada orang mok jumpa ngan kitak (ada orang nak jumpa dengan awak).” Cikgu Lina, house mate aku menunjuk ke arah pintu.

“Ya ka? Kejap agik mek keluar. Suruh nya nunggu lok. (Ye ke? Kejap lagi saya keluar. Suruh dia tunggu dulu.)” Aku bergegas masuk ke bilik dan memakai tudung.

Selesai, aku keluar dari rumah. Aku lihat sebuah kereta di hadapan kawasan perumahan aku, di hadapan rumah aku. Aku berdiri kaku melihat Hazlan keluar dari kereta itu. Dia menuju ke arah aku sambil menggendong seorang budak kecil.

“Err..” Aku terkebil-kebil.

“Assalamualaikum, Anis..” Sapanya. Dia senyum memandang wajah aku yang kalut.

“Waalaikumsalam...” Jawab aku lembut. Bukan lembut sebenarnya, lambat lebih tepat kut sebab suara aku memang lari daripada pitching asal.

“Salam dengan mama Anis, sayang...” Anak kecil itu terus menyalami aku. aku terkejut lagi. Err.. Ini anak Hazlan? Isteri dia mesti arwah Mairra.. Dan budak ini... Budak ini mesti... Mesti anak arwah dan Hazlan.

“Ambil budak ni.” Hazlan menyerahkan anak kecil itu ke dalam pelukan aku. Aku kekok. Apa jadi sebenarnya?

I love you, Anis...” Dia berbisik di tepi telinga aku. Hampir-hampir aku terlepas pegangan budak ini. Aku pandang wajah Hazlan dengan seribu satu pertanyaan. Hazlan masih tersenyum memandang wajah aku. Love?

“Awak masih comel macam dulu.” Tawa kecil dari bibir Hazlan membuat aku semakin terpaku. Malu menyerbu di segenap wajah aku.

“Comel tak comel, ini kes apa datang kat saya bawa anak awak ni?” Tanya aku setelah berdehem beberapa kali.

“Anis tahu ke Maira dah meninggal tiga bulan lepas?” Aku terkebil-kebil dengan soalan dia. Dia senyum aje.

“Arwah suruh kita kahwin dan jaga Hanafi sama-sama.”

Aku tak pasti jauh mana rahang aku jatuh.

---------------

Actually, aku terima Hazlan bukan sebab ‘arwah suruh’, tetapi sebab aku sayang pada Hazlan. Eh, aku rasa aku bodohlah juga sebab kena ada anak ‘segera’ dengan Hazlan. Tetapi aku rasa tak apa kot sebab budak Hanafi ini melekat dengan aku semenjak ijab kabul antara aku dan Hazlan termaterai.

Aku pelik sebab Hazlan tak menyempat pergi lamar aku dan kahwin dengan aku walaupun arwah Maira baru empat bulan lebih meninggal dunia. Kalau aku mati nanti, esok juga agak-agaknya dia cari pengganti. Aku menghela nafas panjang.

“Anis,”seru Hazlan. Dia ambil Hanafi dari pelukan aku.

“Kenapa?”tanya aku memandang wajahnya. Hanafi lena tak sedar-sedar dia sudah di angkat. Budak umur tiga tahun itu memang iras Maira. Cuma iras Hazlan tu memang... Err.. Hidung aje kot yang sama?

“Bagi budak ni kat ayah dia.”

Terkejut beruk aku dengar ungkapan Hazlan.

“Bukan awak ayah dia??” Aku hampir terjerit. Hazlan tunjuk jari telunjuk ke bibir.

“Sat saya explain..” Dia senyum kambing. Aku dah hairan gila.

“Abang Lan nak bawa akak tidurlah tu..” Usik adik Hazlan, Izlan.

“Err..” Wajah aku merona merah.

“Anak teruna mama tak sabar kot..” Izlan dan mama mentua aku ketawa bagai nak rak. Aku rasa muka aku lebih merah daripada udang terbakar kot...

“Anak teruna ape dah kahwin ada anak pun dah..” Rungut aku kecil. “Jom!” Hazlan tarik tangan aku ke tingkat atas. Pehh! Malu gila dengar usikan ahli keluarganya. Sue dan mak buat muka cool aje. Tak de kesan pun kat diaorang.

“Err... Duduk sini, tunggu saya mandi.” Hazlan masuk ke bilik air dengan tuala. Aku toleh kiri kanan, buat sport check. Mana tahu Hazlan ada gambar Maira dalam bilik dia lagi.. Eh, kenapa aku ni? Kot iya pun cemburu, Hazlan memang ada hak mengenang bini pertama dia lagi.

“Hanafi bukan anak saya... Dia anak Maira dengan suami dia...”

Aku terpinga-pinga mendengar apa yang keluar dari bibir Hazlan.

“Maira memang suruh kita kahwin.. Tapi saya tahu awak tak nak jadi, saya pun bawa Hanafi...”

“Okay.. Okay... Awak main-mainkan saya?”

“Mana ada saya main-main. Kita kahwin seriuslah.. Awak je salah faham Hanafi tu anak saya..”

“Tapi ini rancangan awakkan?”

“Ye lah.. Takkan rancangan awak pula...” Hazlan duduk di hadapan aku.

“I love you.” Bisiknya betul-betul di lubang telinga aku. Meremang segala bulu mendengarnya. Aku tolak dia kuat-kuat sampai dia hampir terbongkang ke belakang.

“Saya seriuslah! Kalau saya tahu, takde saya nak kahwin dengan awak!”

“That’s why lah saya rancang supaya awak nak kahwin dengan saya...”

Aku pegang kepala.

“Dengan gunakan Hanafi?” Tanya aku hampir-hampir tak percaya.

“Eh, awak ni sedar tak? Awak ni ada otak tak?”

“Kalau saya tak ada otak, kita tak akan kahwin sampai sekarang.” Ada rajuk pada suaranya. Aku terpinga-pinga.

“Banyak lagi cara!”

“Saya nampak cara ini aje!”

“Kenapa awak tak cakap yang Maira kahwin dengan orang lain?”

“Awak nak saya ke lepas saya beritahu Maira dah kahwin dengan orang lain?”

Aku jauh hati tiba-tiba. Aku rasa dia betul-betul ada hati nak kahwin dengan arwah bila dia cakap macamtu.

“Kalau saya ada kekasih, cuba bayangkan apa jadi? Awak musnahkan hidup saya, tahu tak?”

“Actually, kalau awak ada kekasih, mestilah awak tak setuju nak kahwin dengan saya. Setakat nak jadi isteri kepada orang yang ada anak..” Luahnya lagi.

“Eh, awakni yakin sangat dengan rancangan awak, kan?” Sindir aku. Dia tersengih tiba-tiba.

“Saya dah perhatikan awak bertahun-tahun, Anis.. Saya ingat awak diam lepas kita kat maktab tu sebab awak tak suka saya.. Tapi sa dengan orang lain?”

Aku jauh hati tiba-tiba. Aku rasa dia betul-betul ada hati nak kahwin dengan arwah bila dia cakap macamtu.

“Kalau saya ada kekasih, cuba bayangkan apa jadi? Awak musnahkan hidup saya, tahu tak?”

“Actually, kalau awak ada kekasih, mestilah awak tak setuju nak kahwin dengan saya. Setakat nak jadi isteri kepada orang yang ada anak..” Luahnya lagi.

“Eh, awakni yakin sangat dengan rancangan awak, kan?” Sindir aku. Dia tersengih tiba-tiba.

“Saya dah perhatikan awak bertahun-tahun, Anis.. Saya ingat awak diam lepas kita kat maktab tu sebab awak tak suka saya.. Tapi saya tengok, tak de pula awak nak jalinkan hubungan dengan sesiapa lepas tu.. Jadi saya buat rancangan bernas ni. Tengok, kita dah kahwin.” Pehh! Dia angkat kening macam bangga sangat!

“Awak tahu kenapa saya diamkan diri waktu itu?” Tanya aku masih serius. Wajah Hazlan berubah tona.

“Kenapa?” Tanya Hazlan memandang wajah aku dalam.

“Sebab... Sebab...”

“Okay jangan cakap awak memang benci kat saya!”

Aku terkejut dengan apa yang dia kata.

“Ha’ah! Itulah sebabnya!” Dia mengeluh mendengar jawapan aku.

“Sekarang tak...” Aku usap wajahnya lembut. Dia memandang aku dengan wajah bersinar.

Biarlah perasaan arwah Maira kepada Hazlan yang menyebabkan aku mengundur diri dahulu aku diamkan. Itu lebih baik kot sebab aku takut menimbulkan aib arwah pula nanti. Aku titipkan doa untuknya semoga arwah aman dan tenteram bersemadi di dunia yang pasti kekal untuk semua manusia... Amin...

---------------

I love you..” Ucapan Hazlan membuahkan senyum di bibir aku.

Dia meletakkan Hanafi di pangkuan aku. Teringat pula ketika Hazlan kata cinta pada aku kali pertama. Dia beri kalung yang sekarang telah terletak di leher aku semenjak malam pernikahan aku dan dia. Kali kedua, dia beri Hanafi kepada aku, lepas itu terus meluahkan rasa cintanya sekali lagi. Rasa nak gelak pun ada. Hazlan memang tak romantik. Dia main kasi-kasi dengan muka yang ‘cool’ dan memang tak ada event nak buat aku rasa ‘syahdu-syahdu’ ke... Memang keras aje muka dia. Mengejut sampai buat aku speechless setiap kali dia kata cinta. Tetapi dia memang juara part jiwang-jiwang mengalahkan Anisa ini. He he he..

“I’ll protect you...” Lagi lagi Hazlan bermadah. Ceh, mat jiwang! Sah memang dia mat jiwang. Hari-hari buat madah pujangga yang kadang-kadang aku pun tak faham. Dia suka cium pipi aku macam yang dia buat sekarang. Itu sebab aku makin tembam kot...

“Adik Fie bila nak keluar ni, mama?” tangan kecil Hanafi mengusap perut aku yang sudah jauh daripada ke’slim’an aku dahulu. Sedih gila! Tetapi demi anak yang bakal menjadi penyeri hidup kami, aku rela berkorban ‘body slim’ aku. Mak kata, lepasni dia bagi aku jagaan yang paling ketat sepanjang masa pantang so aku boleh dapat semula ‘body’ aku yang dolu-dolu katanya.

“Lama lagila Hana..” Aku tolak Hanafi ke sisi sedikit. Penat haih kena timpa walaupun separuh badan Hanafi aje. Hanafi bukan besar mana, baru masuk tiga tahun lebih.

Hazlan pukul bahu aku kasar. Perghh! Sakit gila! Memang tak sayang bini!

“Panggillah Hanafi tu Hanafi.. Kalau tak pun Nafi ke... Ini panggil dia Hana, nanti jadi lembut, siap awak...” Hazlan memuncung bibir sambil mengambil Hanafi daripada aku.

“Hanafi pergi main kat depan dengan nenek, ye... Sian mama Anis, dia nak rehat..”

Hanafi angguk aje lepas tu dia pergi. Aku tarik muka masam depan Hazlan.

“Awak ni suka main pukul-pukul! Kalau saya sakit macam mana?” Tanya aku kasar.

“Sayalah jadi ubatnya..” Hazlan memeluk tubuh aku. Aku pukul belakang dia lembut. Lowyer buruk!

“Kalau saya bunga?”

“Saya jadi tuan bunga tu.” Hazlan dah buang gelak dia kuat-kuat. Aku cubit-cubit Hazlan geram. Padan muka dia sebab berani loyar buruk bila aku dah masuk part jiwang!

I love you too, mr L!

-------- The End -------

Kadang-kala kita lebih memilih jalan untuk berdiam diri kerana malu untuk meluahkan rasa cinta sedangkan orang lain begitu berani menyatakan cinta mereka.. Alangkah bertuahnya.. Tetapi jangan lupa, setiap insan berhak meluahkan rasa cinta pada ‘insan’ yang berhak menerima! Macam Anisa yang mula BERANI KATA CINTA untuk suaminya...

*********

Karya penamat tahun 2011.. Semoga tahun ini menyimpan seribu satu makna dan tahun 2012 menjadi permulaan baharu dalam hidup kita!

Al-fatihah buat arwah ayah yang sentiasa dekat di hati... Semoga beliau mendapat tempat di hati Pencipta kita...




4 Komen untuk Cik Rin:

itU TaKdIr hIdUpKu

so sweet nyer hazln...huhuhu..wah xsbar nk bce next cerpn..

RinsyaRyc

itutakdirhidupku- thanks ek! :')

Anonymous

rin..awk stdent jgk kn?
siyes la..all ur pieces memg rasa dkt sgt ngn diri sy.haha...
im so get into the heroines la..
kalo sy dlm situasi yg sama ngn sume heroin2 tu pn sy akn buat bnda yg sama. like u once mentioned in 'peminat encik sempurna' (kalo xclap) ada beza antara pengorbanan dan kebodohan. mgkn sy pn akn jd mcm org bodoh yg terkorban jgk.teheheee~~ ^^

-hujanhujan-

RinsyaRyc

hujanhujan - a'oh saya student lagi .. hihihi ...
saya buat cerita cliche je , yang selalu berlaku dalam kehidupan kita.. Tpi mungkinlah heroin ni bernasib baik sbb si hero cari dia.. Kalau dlm kehidupan sbnar, kirim salam je la.. kikiki...

satu hari nanti, pasti ada yg mencari kita :')