CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 27, 2011

Cerpen: Poisonous Love



Poisonous Love



I am prepared to die for this love…

-------

Adam bergegas menuju ke kereta. Nyawanya bagaikan terbang melayang. Dia menggenggam stereng kereta sekuat-kuatnya.

“Ika…!!!!!”

-------

Ika menconteng kertas sambil menyanyi-nyanyi kecil.

‘Ika & Adam love’

Adam? Dia tiba-tiba rindu pada Adamnya. Nafasnya dihela panjang. Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbit dan menghubungi Adam hatinya.

“Hello?” Adam menyahut.

“Hai, sayang… You dah balik kerja ke?” Tanya Ika manja. Dia tilik jam, pukul lima petang.

“I ada kerja sikit lagi. Pukul 8 kut I balik…” Adam menjawab. Ika merengus geram.

“I nak ingatkan you, Adam… You janji pada I balik awal hari ini. I nak you balik awal. I nak you ada kat rumah sebelum pukul 6 petang. Muktamad.”

“Look, I ada kerja, Ika… Please understand, okay? Dah-dah. I nak sambung kerja.”

Tak sempat Ika cakap apa-apa, talian sudah diputuskan. Ika mencebik. Bukan dia tak tahu, Adam sudah mula mengelat balik ke rumah. Ye lah dia hanya perempuan simpanan. Tak setanding Marria Glinner yang menjadi pilihan umi dan abi Adam Harris. Ika menggigit bibir. Teringat permulaan hubungan terlarang ini.

“You tak nak kahwin dengan I ke sayang?”

“I masih muda, Ika. You pun tahu cita-cita I macammana. I tak nak ada tanggungjawab buat masa terdekat ni.”Adam memalingkan wajah. Ika tarik tangan Adam dan bawa Adam ke dalam pelukannya.

“So, I macam mana? Cinta kita macam mana?” Tanya anak Dato’ Aztfar itu. Adam diam merenung wajah cantik Ika.

“You nak tinggal kat rumah I?” Tanya Adam senyum. Tangannya melingkar di tengkuk Ika. Ika tergamam.

“Tapi.. Tapi... Kita belum kahwin...”

“Itu alasan kuno, sayang. Sekarang ni dah maju. Tak kahwin pun, kita boleh tinggal sama...” Adam memujuk lembut. Sengaja dia merangkul pinggang Ika lembut.

“But.. But..” Ika cuba melepaskan rangkulan di pinggangnya.

“Kenapa?” Tanya Adam mula membuka satu persatu butang baju Ika.

“Adam, please stop! Kita belum kahwin...” Ika menolak dada Adam bersungguh-sungguh.

“I akan kahwini you, Ika Harlianna...” Dia cempung tubuh Ika masuk ke kamar. Untuk kali pertama, Ika tewas, Ika jatuh.

Janji-janji manis Adam tidak seindah mana. Sekarang, Marria ada antara mereka berdua. Terbayang-bayang pada matanya Marria merangkul tangan Adam mesra ketika di majlis makan-makan di syarikat Adam. Mahu saja dia menjerit saat itu, Adam is mine!

Apa Adam ingat dia bodoh ke? Sengaja dia pergi ke majlis itu untuk melihat kebenaran yang papa katakan.

“Ika tolong dengar cakap papa. Tolong keluar daripada rumah Adam. Ika tak ingat dosa ke? Ika dah bodoh sangatke? Papa sekolahkan Ika tinggi-tinggi bukan untuk jadi macamni! Keluarga tan sri Harun dah ada pilihan mereka. Jadi Adam akan kahwin tak lama lagi. Kalau tak percaya, Ika boleh datang sendiri ke majlis syarikat Adam lusa. Ika fikirlah lepasni macammana.. Papa kecewa dengan Ika.”

Ika tahu papa marah sangat-sangat sampai buang dia daripada keluarga mereka. Tetapi cinta Ika pada Adam tiada butang undo. Adam sudah memilikinya dan cinta Adam menguasai seluruh nadi tubuhnya.

“This is Marria and Marria, ini anak dato’ Aztfar, Ika Harlianna. I kenal dia masa di universiti lagi.”

Penipu! Ika tahan hati sampai pulang ke rumah. Adam sepatutnya kata ‘Ika is my woman’. Adam sepatutnya kata ‘I love Ika’. Dia pulang ke rumah dengan kecewa yang amat sangat. Dia tidak inginkan kemewahan, dia tidak inginkan harta benda. Dia cuma mahukan Adamnya, dia mahu kasih sayang yang tidak pernah menjadi miliknya.

Dia tunggu kepulangan Adam sampai lewat pagi. Ini dah masuk tiga hari Adam lupa jalan balik rumah. Air mata Ika jatuh ke pipi. Adam lupa pada Ika Harlianna? Sesak nafasnya menahan sebak. Ika rindu sangat sangat... Rindu Adam Harrisnya. Kerinduan pada lelaki itu bercampur dengan bayangan wajah wanita yang cantik bergaya berdiri di sisi Adam Harris. Ika menggigit bibir sendiri. Kuat.

Adam curang!

Ting Tong...

Ika terkejut. Adam? Dia pandang jam. Pukul 7 malam. Dia kesat air mata di pipinya dan cepat menuju ke arah cermin yang berada di sisi pintu. Dia betulkan rambut kusutnya dan senyum. Ika membuka pintu.

“Adam... Lama..” Ayat itu terhenti tatkala dia terpandang wajah Marria. Marria senyum lebar memandangnya.

“Oh! You lah yang jadi perempuan simpanan Adam? Wow... I ingatkan you betul-betul kenalan Adam aje...” Marria ketawa kecil. Ika tersentap. Wajahnya memerah di depan pintu tatkala Marria masuk ke rumah dia dan Adam selamba.

“You keluar sekarang.” Ika tunjuk ke arah pintu tetapi Marria sudah pun duduk di atas sofa milik dia dan Adam.

“May I know... Dah berapa lama you jadi pelacur kelas pertama ni?” Tanya Marria sinis. Dada Ika bergelombang hebat.

“Aku bukan pelacur! Aku dan Adam saling mencintai. SO, please get out from our house!” Ika menjerit dan jeritannya di sambut dengan ketawa sinis Marria. Marria berdiri dan memandang wajah Ika dekat. Dia tolak rambut Ika ke belakang.

“Sayang, you know what? Adam you akan datang pada I. Dan I akan suruh dia tinggalkan you. Jangan lupa datang ke majlis perkahwinan kami bulan depan. Setakat perempuan simpanan macam you, I masih boleh terima Adam Harris.” Marria melangkah keluar rumah dia dan Adam dengan ketawa sinis.

Ika tergamam. Bulan depan? Tangisannya semakin tinggi tatkala Marria masuk ke dalam lif meninggalkan rumah dia dan Adam. Apartmen kesayangan dia dan Adam.

----------

Adam mengurut-urut dahinya kuat.

“Abi akan tarik semua harta-harta dan wang ringgit yang Adam gunakan untuk tubuhkan syarikat ini kalau Adam tak kahwin dengan Marria.” Putus! Muktamad!

Adam pejam mata rapat-rapat. Dia teringat Ika Harlianna yang sudah lama dia abaikan di apartment mereka. Bukan dia tidak rindu. Hatinya cukup merindui Ika. Cuma dia tidak bersedia untuk bersemuka cintanya itu.

Dia teringat janjinya untuk kahwin dengan Ika. Dia teringat wajah lurus Ika yang membuat dia jatuh cinta, yang membuat dia jauh daripada tuhannya. Bukan tiada didikan agama yang abi dan umi berikan, tetapi dia sedar, abi tidak akan sesekali menerima Ika jadi menantu rumahnya kerana Ika merupakan anak kepada musuh perniagaan Tan Sri Harun, abinya. Dia menghela nafas panjang. Teringat detik-detik permulaan perkenalan dia dengan Ika.

“You letak mata you kat mana? Lutut?” Tempik Adam sambil bangun daripada duduk. Malu menguasai diri. Boleh pula dia terlanggar gadis yang sedang terbongkang di hadapannya sehingga terduduk macamni.

“I.. I.. I... I minta maaf.” Ika terkebil-kebil takut memandang wajahnya. Adam menolak dahi gadis itu sehingga kepala Ika terpaling ke belakang.

“You tak tahu I siapa, kan? I anak Tan Sri Harun. Jadi, jangan cari pasal dengan I lepasni!” Angkuh Adam berkata. Ika angguk-angguk dan pergi menjauh.

Selepas itu, dia selalu terserempak dengan Ika dan dia sedar, hanya dia yang mencuri pandang kelibatan Ika Harlianna sedangkan gadis itu tidak menyedari kewujudannya. Dua hari kemudian, dia nampak Ika duduk di bawah pokok menangis. Entah mengapa hati dia seakan meronta-ronta untuk mendekati gadis itu.

“You kenapa?” Tanya Adam sambil duduk mencangkung di hadapan Ika.

“Tak ada apa-apa...”

“You kena dumped ke?” Ika geleng kepala laju.

“So, kenapa nangis sampai macamni?”

“Nenek I meninggal. I tak ada sesiapa lagi...” Tangisan Ika semakin laju. Adam sentuh bahu Ika dan menarik dia dalam pelukannya. Dia jatuh kasihan pada Ika.

“Mama dan papa tak pernah pedulikan hidup Ika.. Kenapa perlu ambil nenek daripada Ika? Nenek sayang Ika...” Ika teresak-esak di situ.

Dan mulai saat itu, dia, Adam Harris bin Tan Sri Harun berjanji untuk menjaga Ika Harlianna seumur hidup. Dia sayang Ika. Dia cintakan Ika.

Bunyi telefon bimbit di atas meja Adam mengganggu lamunannya. Adam mencapai telefon.

‘My Angel Ika’

Adam mengeluh lagi. Adam tahu, Ika marah padanya sejak terjumpa dia dan Marria berpasangan dalam majlis ulang tahun kedua syarikatnya tempoh hari. Dia tidak mahu menyesakkan otak untuk mencari alasan kerana dia takut, Ika semakin terluka bila tahu dia akan kahwin dengan Marria hujung bulan depan.

“Hello sayang.” Dia memaniskan muka walaupun Ika tiada di depan mata.

“You dan Marria kahwin bulan depan?” Pertanyaan Ika membuat dia tergugat.

“I terpaksa.” Jawab Adam lemah. Tangisan Ika menyentap nalurinya. Dia sayangkan Ika sungguh-sungguh.

“You janji pada I, kita akan kahwin.” Suara Ika tenang. Adam meraup wajah.

“Kita bincang lagi selepas ini...”

“You jangan nak tipu I lagi! I tak bodoh, Adam! I tak bodoh! I tahu kita tak akan kahwin sampai bila-bila!!” Jerit Ika kuat. Adam mengetap bibir.

“I akan balik, kita akan bincang. I balik.” Adam berdiri mencapai kunci kereta.

“Tak payah!! I tak akan tertipu lagi!!”

“Ika, please. You tunggu kat rumah, I balik sekarang.” Adam melangkah laju. Dia tidak mahu Ika lari daripadanya.

“Tak payah I kata tak payah!!” Jerit Ika bersama tangisan.

“I cuma nak tahu, you.. You akan kahwin dengan Marria, kan?” Suara Ika perlahan. Adam mengeluh lagi.

“Kita bincang lepas I sampai ke rumah.”

Ika ketawa. Adam mengurut dahinya.

“I tak bodoh, Adam.... I pernah kata, I am prepared to die for this love… Mati cinta you pada I, you anggap aje I dah mati.” Talian terputus. Adam terpaku di dalam lif. Tangannya menggeletar.

“Ika...” Nama itu meniti di bibirnya. Tiga tahun dia hidup bersama Ika. Tiga tahun dia dan Ika bersama dalam gembira. Wajah Ika, senyum Ika, rajuk Ika, tawa Ika, dan sekarang, air mata Ika.

“You tak akan tinggalkan I, kan sayang?”

“Kalau I tinggalkan?”

“You akan jumpa, jasad I tak bernyawa. Sebab cinta kita adalah racun dalam hidup I...”

“I tak akan tinggalkan Ika I ni.. Manja I ni...”

Jantung Adam berdegup kencang. Dia sudah berlari menuju keretanya.

“Ika...” Adam buka pintu rumah.

“Ika?” Adam berlari menuju ke bilik. Tiada.

“Ika!” Jerit Adam menuju ke arah dapur. Dia terpaku melihat jasad kaku Ika di lantai dapur. Darah Ika mengalir dari pergelangan tangan.

“Ika?” Adam melutut di hadapan Ikanya. Air mata Adam jatuh satu persatu.

“Ika, why did you do this?” Suara Adam tidak kedengaran lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------


*******

Cinta itu tidak pernah bodoh kerana manusia sendiri yang membuatkan cinta itu tampak hodoh dan bodoh....








14 Komen untuk Cik Rin:

inaznafisya

quote yg akhir tu... i like :)
mmg btol!
cinta ini mmg x bodh just the people that make it look stupid!

G3-lina

lamanya ta lepak kat blog ni.. lappy rosak.. da lame ta on9 huhu~ best3!! sambungan please???

Anonymous

tahniah penulis. jalan cerita yang menarik. banyak pengajaran yang I dapat. jahatnye abi Adam, kesian kat Ika, kan. yes, I setuju yang cinta itu tidak pernah bodoh.. ape2 pun, teruskan berkarya!!!

-Dynaz-

RinsyaRyc

Inaz- terima kasih... ina..

G-3lina- kan? lame dah~

Dynaz- itula kehendak kita smua~ smoga kesedaran itu ada untuk wanita daripada 'cinta itu buta'~ terima kasih ye~

khalila

Rin.................. sangat suka cerita ni ^_^... bestnye kalau cerita ni tayang kt tv. huhuu

RinsyaRyc

khalila- amboi~ smpai tyg kat tv tu tnggi sngt dah... cite rin biasa-2 aje.. thanks baca! huhu

anisyah zainul

alaaa macam tu jeke ending dia? huhu tak puas lah.

RinsyaRyc

anisyah - sorry la ... stail kite buat cerpen tak hade ending . aish . yg ni ending mati tpi cepat sngt dia mati kan? ha ha

princess ryanna

jahatla adam..kalau cinta kawen je la..huhuu

Anonymous

best cerita nya....harap ada sambungannya...

paloma

sangat best cerpen nie...baca banyak kali pun x bosan...harap nanti ade lagi cerpen yang b'genre mcm nie..best!

Anonymous

i harap ada smbungannya..

Anonymous

Sedihnya

Anonymous

Sedihnye.I harap cerita ni akan berubah menjadi gembira.kesian cinta tidal sampai ke jenjang pelamin