CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 13, 2012

Jangan Ada Cinta -part 1-







“KAIF, stop it! I said stop it!!” Jeritan Sharrina tenggelam timbul bersama desah nafas yang kian kuat. Jiwa dan raganya terasa terpelanting jauh dari tubuh. Tidak pernah dia terfikirkan dia akan menghadapi saat-saat ini, jauh sekali membayangkan!

“Kaif, please stop it... You hurt me!” Dia tolak tubuh Kaif daripada menindih tubuhnya. Tetapi apalah sangat kudrat seorang wanita dibandingkan lelaki normal seperti Kaif.

“I love you...” ucap Kaif sambil bibirnya menyentuh seluruh wajah Sharrina. Air mata Sharrina berlinangan ke pipi. Dia dilayan bagaikan haiwan di tepi jalan. Mungkin lebih teruk daripada itu...

“Kaif stop it...” suara Sharrina tidak keluar lagi dari tekak. Dia telan segala-gala kepahitan yang mula menyentuh seluruh tubuhnya.

Sampai hati Kaif melayani dia begini sedangkan selama mereka berkasih, Kaif begitu menghormatinya. Dan petang itu juga merubah seluruh hidupnya. Sharrina bukan lagi gadis yang suci. Dia adalah jelmaan sekotor-kotor manusia. Batin Sharrina terjerit pedih tanpa ada sesiapa yang mendengarnya.



“MINGGU depan Sharrina nikah.” Mata ibu melirik ke wajah Sharrina lembut. Sharrina diam tanpa kata. Bukan dia tak perasan wajah murung Sharrina sejak seminggu lepas... Di tanya mengapa anak gadisnya itu hanya membisu tanpa kata.

“Dengar tak apa yang ibu kata ni?” Soal ibu pelan. Sharrina mengangguk lesu. Terbayang wajah Kaif di ruang matanya. Entah kenapa rasa cinta yang dulu subur disirami baja bertukar jadi jijik dan benci. Sampai hati Kaif...

“Kenapa termenung-menung ni? Nak kahwin bukan nak kena tinggal mati laki.” Usik ibu cuba memancing minat Sharrina. Sharrina tersenyum pahit. “Apa-apa ajelah bu... Janji Sha kahwin sudah.” Balas Sharrina sebelum masuk ke kamarnya.

Sungguh hati Sharrina bagaikan disiat-siat. Moga-moga pernikahan ini bukan satu lagi kesilapan dalam hidupnya. Moga-moga bakal suaminya nanti menerima dia apa adanya. Sharrina bukan perempuan yang pendek akal memusnahkan segala-gala yang telah dirancang walaupun emosinya terganggu. Dan moga-moga Kaif tidak mengganggunya lagi. Moga-moga...



“YOU must be crazy Sha... I love you! I love you!” tangan Kaif ingin singgah di lengan Sharrina tetapi gadis itu terus menepis kasar. Seminggu Kaif menyembunyikan diri daripada Sharrina.

Sharrina keras kepala! Sebab perangai keras kepala dan ketabahan Sharrina itulah yang memikatnya suatu ketika dulu. Ingatnya gadis itu akan membatalkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan keluarga setelah peristiwa dia meragut kesucian Sharrina. Tapi apa yang dia fikirkan jauh meleset sama sekali. Sharrina masih bertegas meneruskan perkahwinannya walaupun keadaan gadis itu tidak seperti wanita yang lain. Sebab itu juga dia terpaksa muncul ke pejabat Sharrina lagi.

“Please go away...” Ucap Sharrina dingin. Dia terlalu benci menatap wajah kacak lelaki kacukan India separuh Auckland itu. Bencinya bercambah-cambah setiap kali terbayangkan kejadian lewat petang seminggu yang lalu. Di mana silapnya? Di mana salahnya sehingga tergamak lelaki itu membuat sesuatu yang di luar jangkaan?

“I will marry you.” Kaif masih tegak menatap wajah Sharrina redup. Hati lelakinya bagaikan meronta-ronta ingin memeluk Sharrina. Dia dah lukakan hati wanita yang dia amat cintai. Dia dah buat wanita itu membenci dirinya sendiri...

Dua minggu lepas Sharrina memberitahu dia yang perhubungan mereka perlu segera diputuskan kerana Sharrina sudah menerima keputusan keluarga untuk berkahwin dengan lelaki lain. Sebab itu juga dia jadi gila bertindak tanpa akal yang waras merancang untuk mendajalkan kekasihnya. Sharrina dia janjikan perjumpaan kali terakhir lewat petang itu. Dan Sharrina dia perkosa. Tapi niatnya bukan jahatpun... Dia nak Sharrina menyerahkan diri dan mereka akan terus berkahwin selepas itu.

Sharrina ketawa kecil. Tawa Sharrina kedengaran amat menyayat hati. Sukar untuk dirinya menerima kenyataan kata-kata Kaif. “Look at me Kaif... Apa yang saya ada saat ini? Tak ada apa-apa dah! Awak ambil semua hak saya! Juga hak seorang lelaki yang bakal jadi suami saya!” Jerit Sharrina dengan tubuh yang separuh menggigil.

Air mata jatuh lagi ke pipi Sharrina. Seminggu dia hidup berteman air mata dan rasa berdosa. Kalaulah dia tak pernah kenal dengan Kaif... Kalaulah dia tak pernah menyimpul ikatan hati bersama lelaki itu... Dia tak akan jadi seperti ini hari ini. Sesalan yang bertamu di hatinya bukan sedikit! Bernanah... Terluka...

“I’m your future husband and don’t cry infront of me... It’s driving me crazy!”

Ah, senang saja lelaki itu meluahkan segala-galanya... Sharrina tersenyum sinis.

“Awak dan saya cukup berbeza. Awak tak percaya agama. Dan saya amat percaya agama saya. Berkahwin dengan awak umpama memurtadkan diri saya sendiri, Kaif! I want a husband who can bring me into jannah!”

Kaif terkesima. Ini bukan kali pertama Sharrina menyatakan kata-kata seperti itu. Dan dia juga mula faham apa ‘jannah’ yang dimaksudkan oleh Sharrina. Cuma silapnya satu, dia bukan lelaki yang mampu menerima kepercayaan orang lain setelah sekian hidupnya percaya bahawa tiada TUHAN di dunia ini.

“If you want, I will be a muslim too...” Sanggup! Gila... Lelaki ini terlalu obses pada cintanya.

“It’s not funny, Kaif. I hate you so much. My life ruined because of you and yet you still want me to be your wife?” Tempelak Sharrina kuat. Kalau akal dan minda tak bergerak selari, sudah pasti dia campak asid ke wajah Kaif Paul. Tiada siapa yang tahu betapa tercalarnya hati ketika terpaksa menerima maruah dia tergadai di tangan lelaki yang dia cintai.

“Awak lupa cinta kita ke Sha?” bisik Kaif lemah. Sharrina geleng laju-laju. Hatinya terguris dalam. “There is no love between us. Awak dah musnahkan cinta itu seminggu yang lepas!”

“But I want you! And yet you still want to marry another man!”

“Because you are not a muslim! Do you understand?!”

Kaif terasa dirinya tercampak ke tepi. Cinta bagi Sharrina tiada makna... Padanya, cinta itu adalah segalanya. Lupakah Sharrina dengan angan-angan yang mereka bina berdua?

“I want you...”

Luruh hati Sharrina mendengar suara mendayu Kaif. Terasa ingin dia bunuh diri mengenangkan dirinya sudah tercemar kerana lelaki itu. Tapi dia masih ada iman... Dia masih ada pegangan... Dia tahu apa itu dosa dan pahala. Selangkah dia menuju kematian yang dia cipta sendiri, selangkah itu juga dia menuju ke neraka...

“Saya kahwin hari Jumaat ni. Saya bukan bodoh nak menghambakan diri pada awak setelah apa yang awak dah buat pada saya... Dan saya harap awak jangan muncul sampai bila-bila. Awak dah ragut sesuatu yang terlalu berharga buat saya, Kaif. Dan jangan sampai awak jadikan diri awak peragut nyawa saya.”

“What do you mean?” Wajah Kaif bertukar pucat. Sharrina tersenyum kecil.

“You know what I mean. I have nothing!”

“Jangan buat kerja gila, Sha... I love you! Remember I love you...”

“Jodoh di tangan TUHAN, Kaif. Saya percaya lelaki yang saya kahwini ini nanti mampu membimbing saya dunia akhirat.”

“I will tell him apa yang telah terjadi antara kita... Dan saya pastikan dia akan tinggalkan awak, Sha...”

Sharrina terhenyek saat itu juga. Dia pandang wajah Kaif penuh kebencian.

“Now what? Saya dah beri amaran, Kaif. Awak ragut nyawa saya sekali kalau awak ragut kebahagiaan saya! Saya tak buat report polis dah cukup bagus dan saya harap lepas ni, jangan muncul di depan saya lagi. I hate you!”

Langkah Sharrina diatur laju masuk ke dalam kereta. Sharrina pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Kaif dibiarkan melayan perasaan sendiri. Apa nak jadi, jadilah! Kalau bakal suaminya kelak tidak mampu menerima diri dia yang berstatus kelapa ditebuk tupai, biar ALLAH yang menentukan segalanya. Tapi untuk bersama Kaif, itu perkara yang sangat mustahil. Kaif sendiri pernah menyatakan kepada Sharrina yang dia tidak akan memeluk Islam. Jadi untuk apa mengharapkan lelaki itu lagi? Lagipun, jiwanya kini terlalu perit demi memandang wajah Kaif sekalipun.

Kaif memandang kereta Sharrina yang memecut laju menuju ke jalan besar. Tak tahu kenapa hati dia digigit satu rasa yang cukup pedih. Sharrina pandang dia dengan kebencian... Dia nampak itu. Kalau agama yang jadi penghalang, dia sanggup masuk agama Islam asalkan Sharrina menerimanya...



TELEFON yang terjerit-jerit meminta diangkat membuat Sharrina rimas sendiri.

“Angkatlah Kak Chik... Biar kita orang je yang buat gubahan ni...” Alissya sedar keresahan pada wajah Sharrina.

“Betul?” Soal Sharrina mengangkat kening. Alissya tersengih kecil sambil mengangguk. “No problem... Kak Chik jangan la bergayut lama-lama dengan abang...” usik Alissya tertawa. Sharrina angkat punggung terus menuju ke biliknya. Alissya adik kepada Rizal, bakal suaminya. Nasib baik ada adik ipar yang sporting... Nanti senangla kalau nak roger apa-apa.

Nama Ika tertera di telefon bimbitnya. Sharrina menghela nafas panjang. Kalau ada Ika, pasti nama Kaif terungkit di bibir rakan karibnya itu.

Lama dia buat keputusan sebelum mengangkat panggilan Ika.

“Kenapa weh?”

“Assalamualaikum bakal pengantin....”

“Waalaikumsalam Ika... Kenapa telefon?”

“Kau nak kahwin tak cakap dengan akupun? Kalau bukan Kaif yang kasi tau, sampai kau dah beranak-pinakpun aku tak tahu.” Sindir Ika dalam diam. Kecil hatinya kerana Sharrina menyembunyikan perihal pernikahannya kali ini sedangkan mereka sudah berkawan semenjak zaman universiti lagi. Kedengaran suara Sharrina mengeluh halus.

“Sorry, Ika...”

“Okay maaf diterima. Tapi bila kau nak nikah ni? Dengan siapa? Apa cerita sebenarnya sampai si Kaif tu dah macam gila meroyan dah aku tengok?”

Sharrina ketap bibir kuat bila hatinya mula berkocak.

“Aku nikah dengan pilihan ibu. Kau doakan aku ya...”

“Tapi yang aku tahu sekarang ni kau tengah hangat bercinta dengan Kaif?” lagi sindiran tajam Ika menyentuh hati Sharrina hangat.

“Bukan jodoh aku, Ika.” Balas Sharrina tenang.

“Dia dah masuk Islam semalam.” Kata-kata Ika menyebabkan Sharrina tersentak.

“Tak nak tahu siapa ‘dia’ tu?”

Sharrina menyepi diri.

“Khalis nama Islamnya. Muhammad Akif Khalis. Kau masih nak tinggalkan dia bila dia cah convert into Muslim?”

“Khalis?”

“Hrmmm... Kaif versi baru. Khalis.” Kedengaran suara gelak kecil di hujung talian. Hati Sharrina berdegup kencang. Tak mungkin Kaif sanggup mengorbankan diri sebegitu jauh kerana dia cukup kenal pada lelaki itu. Kaif seorang lelaki yang keras kepala... ego.

“He want you... Dia cakap kat aku kau adalah everything for him. Kau serius nak kahwin dengan lelaki lain ke? Kesian kat Kaif.”

“Kau tak tahu apa yang dia dah buat pada aku...” Air mata Sharrina mengalir laju ke pipi. Sungguh sampai hari ini, dia rasa jijik pada diri sendiri! Dia rasa betul-betul ternoda. Hanya dia yang tahu betapa perasaannya sungguh-sungguh tersiksa. Masih terbayang di ruang matanya apabila Kaif memaksa...

“Apa dia dah buat pada kau?” Suara Ika mengendur seketika. Sharrina tersentak. Astaghfirullah... Dia beristighfar sebentar. Hampir-hampir dia terlanjur bercerita aib sendiri. Ika tak perlu tahu... Biar ia terkubur rapi dalam lipatan sejarah hidupnya...

“Tak ada apa-apalah... Yang penting kau datang masa nikah aku nanti. Janji tau?” Sharrina berlagak ceria. Air matanya dikesat laju.

“Kau menangis ke?” soal Ika hairan.

“Aku tak sangka aje yang sekarang ni aku sikit masa lagi jadi isteri orang... Bestnya...” Kata-kata Sharrina kedengaran canggung.

Tak sampai seminit, talian diputuskan. Sharrina meraup wajah berkali-kali. Jauh di sudut hati dia tertanya-tanya kenapa baru sekarang Kaif menukar agamanya. Kalau benar Kaif menerima Islam kerana cinta buat Sharrina, tegarkah dia meninggalkan Kaif terkapai-kapai seorang diri? Arghh! Persetankan semua itu! Kaif bukan lelaki yang baik. Kalau dia boleh merosakkan aku, dia mungkin sudah merosakkan hidup gadis-gadis lain di luar sana... Hati Sharrina bergolak hebat.


“ADA lelaki kat depan rumah. Dari petang tadi dia tak berganjak dari situ.” Kata-kata ibu membuat hati Sharrina berdetak kencang. “Apa bu?”

“Kat luar tu ada lelaki. Bila ibu tanya nak cari siapa, dia kata dia tunggu seseorang. Pelik betul.” Ibu terus melangkah menuju ke dapur. Sharrina kerutkan dahi. Takkan la Kaif kut? Janganlah dia datang ke sini... Doa hati Sharrina. Sharrina menapak menuju ke biliknya.

Langsir tingkap dikuak sedikit untuk mengintai siapa lelaki yang dimaksudkan oleh ibu. Melihat lelaki itu, darah Sharrina berderau ke seluruh tubuh. Sharrina tersandar lemah di dinding rumah. Apa lagi yang Kaif nak daripada dia tengah-tengah malam buta ni? Walaupun gelap, tapi Sharrina kenal sangat dengan Kaif. Cara Kaif berdiri, cara Kaif ketawa, cara Kaif tersenyum, cara Kaif marah, bentuk tubuh Kaif dari jauh... Semua sudah terakam kemas di mindanya.

Sharrina tekan nombor satu persatu tercari-cari nama Kaif di dalam ruangan contact.

Telefon Sharrina terus diangkat tidak sampai beberapa saat dia menekan butang dail.

“Hello Sha...”

Tiba-tiba Sharrina rasa masa terhenti seketika. Tiba-tiba hatinya dipagut satu perasaan asing tertumpah di hati. Tiba-tiba Sharrina jadi kelu sendiri. Suara Kaif seperti terlalu mendambakan kehadiran dirinya saat ini.

“Sha,” sekali lagi nama Sharrina diseru oleh Kaif. Sharrina terpaku tanpa kata. Jiwanya berkocak berterabur entah ke mana.

“Sha, I’m a muslim now... Boleh saya jadi suami awak?” kata-kata Kaif membuat Sharrina berpijak di dunia nyata semula. Mudahnya dia meminta...

“Awak desperate sangat ke?” desis Sharrina sinis.

“Sha... I need you. And believe me... Awak juga perlukan saya saat ini.” Ada tekanan pada suara Kaif. Sharrina tertawa. “Saya tak pernah memerlukan awak Kaif. Please go away... Jangan ingat awak jadi patung kat depan rumah saya boleh membuat saya hilang akal memilih awak jadi teman hidup saya. Never be...”

“Saya sayang awak... Kalaulah awak tahu hati saya saat ini... Saya dah cukup rasa tersiksa Sha... And please, kali ini saja... Setuju untuk jadi isteri saya. Saya tak nak awak jadi milik lelaki lain. Saya tak nak... Saya tahu saya berdosa dah buat awak jadi begini. Izinkan saya bertanggungjawab pada awak Sha...” rintihan Kaif tidak berbekas pada hati Sharrina. Sharrina mengeluh kuat.

“Tolong lepaskan saya Kaif. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik.”

“I want you! Only you!” suara Kaif mula meninggi. Sharrina menghela nafas panjang sebelum memulakan bicaranya. “Kalau awak betul-betul cintakan saya Kaif, benarkan saya saya jatuh cinta pada orang lain... Benarkan saya hidup bahagia...”

“Damn it!”

Sharrina terkejut mendengar jeritan Kaif. Pertama kali dia dengar Kaif meninggikan suara. Masa dia mengaku pada Kaif dia akan berkahwin dengan pilihan keluarga beberapa minggu lepas, Kaif hanya diam tak terkata. Dan kali ini Kaif benar-benar naik angin.

“Awak mesti pergi. Awak bukan jodoh saya...”

“Saya tak peduli! Lepas ni, awak tahulah apa yang akan saya buat!”

Klik!

Jantung Sharrina seakan-akan terjatuh dari tempatnya. Ugutan Kaif meninggalkan getaran di hati Sharrina. Janganlah dia nak buat kerja gila lagi... Sharrina tahu Kaif tidak akan membuka rahsia yang dia telah memperkosa dirinya kerana Kaif amat menjaga air muka Sharrina. Tapi, betulkah firasatnya kali ini? Sharrina pernah sekali tersilap tentang Kaif. Dan mungkinkah dia tersilap menilai peribadi Kaif untuk kali kedua? Sharrina mula cuak sendiri.



MAJLIS akad nikah akan dijalankan sebentar lagi. Antara rela dan tidak, Sharrina melangkah menuju ke sisi ibu. Duduk bersimpuh menanti akad dan nikah daripada bibir Rizal dan disahkan oleh wali-wali yang datang. Hati berdegup kencang. Jiwa berterabur dan kacau bilau. Peluh merinik jatuh ke dahi. Sharrina gusar sendiri.

Betulkah keputusan aku kali ini? Getus hati Sharrina kecil. Mana tahu Rizal tidak menerimanya setelah mengetahui kekurangan yang ada pada dirinya. Dia bukan lagi gadis yang benar-benar gadis. Kesuciannya direnggut sebelum tiba masanya. Hati Sharrina bergolak hebat.

Antara sedar atau tidak, Sharrina dikejutkan oleh pegangan tangan ibu apabila majlis akad hendak berlangsung. Rizal genggam tangan tok kadi. Sharrina semakin cemas sendiri.

“Zikir, Sha... Jangan jadi orang tak ada iman.” Bisik ibu lembut. Sharrina beristighfar berkali-kali mohon dijauhkan daripada bisikan syaitan yang menyesatkan.

“Aku terima nikahnya...”

“Assamualaikum. Boleh saya jumpa dengan pengantin lelaki sekejap?”

Sampukan suara itu membuat masing-masing berpandangan. Mata Sharrina jatuh pada sesusuk tubuh yang memakai Baju Melayu siap bersamping dan bersongkok yang mendekati Rizal. Bibirnya bergerak-gerak apabila lelaki itu menarik tangan Rizal dari genggaman tok kadi. Rizal terpinga-pinga mengekori langkah lelaki asing itu.

“Maaf... Sebentar ya...” Ucap lelaki asing tadi sebelum lenyap dari pandangan mereka yang berada di ruang tamu.

Tetamu yang hadir berbisik-bisik sesama sendiri. Sharrina lebih-lebih lagi. Rasa nak pengsan bila melihat wajah Kaif menarik tangan Rizal. Ingin dihalang tetapi kejadian itu sekelip mata. Bagaimana andainya Kaif memberitahu Rizal tentang kekurangan dirinya? Rizal batalkan pernikahan inikah? Sharrina memandang wajah ibu dengan wajah yang pucat. Ibu tepuk-tepuk bahu Sharrina menenangkan hati anaknya walaupun hati sendiri sudah dipenuhi pelbagai persoalan dan debaran.

Tiba-tiba ada seorang lelaki memasuki ruang tamu dengan nafas termengah.

“Sorry.. Sorry... Pengantin lelaki ajak pengantin perempuan berbincang kat luar sekejap. Boleh ke?”

Persoalan lelaki tadi disambut dengan suara rindah rendah di ruang tamu. Sharrina mula tak sedap hati.

“Bolek ke Pak Aji?”

“Sila... Sila...” Suara Tok Kadi mencelah sambil memandang wajah Sharrina lembut. Sharrina terpinga-pinga tanpa kata.

19 Komen untuk Cik Rin:

blinkalltheday

sapa yg kawen dgn sha nti??kaif ke??

Anonymous

Aduh, jantung Awan dah berdegup laju saat baca hujung part 1 ni. Kalau dia dah buat tak elok pada cintanya sebelum kahwin, dah kahwin nanti, entahlah. Waiting for part 2.

NurAtiZa

aduh sakit jantung baca cerita nie...
tak sabar nak baca next entry...
apa yang jadi dengan Sharrina lepas ni???????

Tulip Ungu

erm,nak tahu lg.hrp2 jgn kawin ngan kaif la,haha..

norma yusof

nk th spe yg akn kwin ngn sharina t..kaif atau rizal!

fallenmoon ( Liya Zafrina )

Waaaa! Saspensss!

Unknown

waaaaa..x sbr..next-2

nad nadhirah

wahhhh.. sgt suke cite ni!! mst follow ni.. =)

nad nadhirah

suke dgn cite ni..best! follow it!

Anonymous

Cepat la sambung cerite nyer x kan dah abis idea kot........kalo camtu baek x yah buat cite ni!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous

Tapi aku lagi harap die kawen ngan si khalis tu sweet je......dan bile lak nak sambung citernye x kan la dah habis ide kot kan kak tulip unggu kan kan ..... hahahahaha

Anonymous

Aku lagi suke die ngan si khalis tu sweet je ..dan bile lak lagi nak sambungnye.... kan kak tulip unggu ke dah kehabisan idea kalo camtu baek x yah tulis senang. Hahahahahahahahahhahaahakan kak tulip unggu kan kan kan.

RinsyaRyc

Maaf ya, sambungannya dah di delete tapi memang dah saya post beberapa tahun yang lepas... :(

Anonymous

X ade smbgnnye ke?..sobs3..btlah smbgn cpt2..

Unknown

Knp delete...

Call me Min

Sambungan ?? Mane ????

Anonymous

Boleh tak repost balik.. Please jgn hampakan sy😞

Unknown

Sambungan???

Unknown

Sya nk bcaa😭😭