GLUE 4.
SELEPAS MENGERJAKAN solat Maghrib beramai-ramai,
mak jemput para tetamu makan. Aku sebenarnya tak ada selera nak makan pun Ija
paksa makan. Yelah siapa yang selera makan kalau tahu bakal suami dia sejenis
lelaki yang tak boleh dibuat laki? Tadi sewaktu solat Maghrib pun abi suruh dia
jadi imam dia suruh Naqib yang jadi imam. Dari pandangan aku pada Naqib, aku
tahu Naqib ni jenis yang alim-alim juga sebab muka dia pun nampak matang. Mad
Ki pula?
Fine, nama panggilan dia Jason.
Jason tu nama orang putih dan aku tak tahu pula kehidupan dia pun dua kali lima
seperti orang putih. Masih terakam kemas di ruang mindaku wajah abi berubah
100% bila Mad Ki kata, ‘Let Naqib be our imam.’ Aku tahu abi sekadar
menguji Jason sama ada mampu untuk menjadi imam dalam sembahyang dan sekaligus
imam di dalam hidupku, nampaknya penilaian abi kepada Mad Ki membuahkan rasa
kecewa. Abi pandang wajah mak dari tadi. Fahamlah aku yang abi pun tak suka
Jason tu. Lagi elok aku jadi isteri kedua Naqib daripada bersuamikan Mad Ki
yang tak boleh jadi imam, yang kurang ajar, yang tidak menghormati orang tua,
dan yang hidup dengan cara orang putih dia.
“Jason dulu belajar kat mana?” soal abi
berbasa-basi.
“UK.”
1 poin kenapa rambut dia sebelum ini
berbelang dua.
“Oh, study pasal apa?”
“Bussines.”
“Jadi sekarang ni Jason kerja…”
“Senior manager.” Tengok-tengok! Dia jawab
sebelum habis soalan abi. Mak dan aku berpandangan. Abi gelak kecil untuk tutup
rasa janggal.
“Bagus kerja tu…” abi sambung sambil
mengambil kuah kari ke pinggannya.
“Gaji RM 15 ribu sebulan,”dia cakap dengan
nada bangga.
Aku tercebik di luar sedar. Tak hairanlah
aku kalau gaji dia RM 30 ribu pun bila perangai mengalahkan manusia tak cukup
ajar.
“Maaflah, Jason ni memang macam ni.
Kadang-kadang suka bergurau…” mama gelak sambil pandang aku. Aku telan air liur
sebiji-sebiji. Mama nampak aku buat muka ke tadi?
“Naqib pula kerja kat mana?” soal abi
bertukar pada Naqib pula. Naqib yang sedang nak suap makanan terhenti memandang
wajah abi.
“Driver…”
Erk? Muka macam Naqib yang boleh tahan handsome
ni boleh jadi driver? Aku tunjuk muka tak percaya.
“Ohh… Bagus kerja tu… Asal halal, anak
isteri pun makan daripada sumber yang halal, insya-Allah Allah sentiasa
melindungi kita…” abi nampak selesa berbual dengan Naqib. Naqib angguk kepala.
“Insya-Allah pak cik…” Naqib tersenyum. Aku
perasan Mad Ki tenung tajam muka Naqib seperti tidak berpuas hati. Nasiblah
kan? Dia tu baik ubah perangai seperti adik dia kalau nak jadi menantu Pak Cik Ibrahim.
Ceh, aku cakap ni macamlah dia teringin jadi laki aku sedangkan taste
dia perempuan yang terlebih seksa-seksi.
“Saya rasa hal kahwin saya dan Abeer boleh
dibincangkan selepas daddy balik dari outstation…” tiba-tiba Mad Ki cakap macam
tu. Aku hampir-hampir tercekik sotong goreng sebab terkejut yang amat. Abi
tercengang pandang muka Mad Ki tu. Mak pun sama. Ija lebih-lebih lagi sampai
terjegil biji mata dia.
“Oh.. ya-ya…” abi angguk-angguk sambil
tersenyum janggal. Aku bulatkan mata pandang abi.
“Kira jadilah since Abeer pun single…”
Mad Ki letak sudu di tepi pinggan sambil memandang keluarga aku satu persatu. “I’ll
protect her, don’t worry.” Dia cakap macamlah dia tu Superman. Tanpa sedar
jugak aku menggeleng kepala tanda tidak bersetuju dengan kata-kata Mad Ki.
Daripada masuk ke mulut buaya seperti Mad Ki, baik aku tak kahwin sampai
bila-bila!
“I’m not ready yet…” aku beri alasan
walaupun kekuatan aku hampir tiada saat Mad Ki tenung aku tajam.
“I’ll make you ready for the marriage,
kahwin aje dulu. Yang lain kira kemudian.”
Berubah air mukaku bila dia cakap begitu.
Aku pandang mak minta sedikit simpati supaya tidak menjodohkan aku dengan
lelaki seperti dia. Semua orang speechless tak tahu nak cakap apa,
mungkin kerana Mad Ki lebih nampak berkuasa di situ dan kami hanya mampu menurut
kata-katanya termasuk mamanya sendiri. Saat itu aku terfikir, mungkin dengan
status dia yang merupakan senior manager, memang taklah orang ada berani nak
bangkang kata-katanya. Sedangkan impian aku untuk mendapat seorang lelaki yang
boleh dijadikan sebagai seorang teman berkongsi suka dan duka.
Malam itu sekali lagi aku tak sempat beri
dia jam dia sebab aku tak nak bila aku bercakap dengan Mad Ki boleh menimbulkan
syak wasangka abi yang aku boleh terima Mad Ki menjadi suami aku. Aku biarkan
aje walaupun aku tengok Mad Ki pandang aku semacam sewaktu dia hendak pulang,
malah aku beria-ia menjauhi dia sedari tadi.
‘I’ll make you ready for the marriage.’
Arghh! Sakit kepalaku tiba-tiba datang
lagi. Setelah telan sebiji ubat tahan sakit, aku tidur tak ingat dunia. Cuma
aku dengar samar-samar suara apabila mak buka pintu bilik tidurku.
“Tidur dah kakak?” soal mak pada Ija.
“Migrain dia datang…” jawab Ija pelan.
Lepas tu aku pun nyenyak dengan harapan semua kejadian malam ini tadi hanyalah
mimpi semata-mata.
“KALAU KAHWIN tapi tak ikhlas pun tak guna…”
komen Maya sambil menarik sedikit rambutnya yang terkeluar ke dalam skarf. Aku
masih makan tak nak menyibuk masuk ke dalam perbincangan pelik antara Maya dan
Einn. Pasal kahwin, pelik sangat ke?
“Orang lepas kahwin mesti ikhlas punya…”
“Dah masuk bab-bab cerita novel Melayu
mengarut kau ni. Orang kena kenal dan ikhlas nak kahwin baru dapat kahwin…”
balas Maya lagi.
“Weh, sebab tu la dalam Islam disarankan
kahwin dulu baru bercinta. Baru halal. Maknanya bila lepas kahwin baru
benda-benda ikhlas ni keluar. Kalau kenal bertahun tapi bila kahwin nanti
perangai haprak, lagi teruk sebab kita dah expect si kekasih hati
tinggi-tinggi.”
“Dalam Islam pun kalau nak kahwin kena
jumpa dulu, pihak lelaki cek dulu apa yang patut kalau suka baru boleh kahwin…
sebab tu perempuan punya aurat semua kecuali muka dan tapak tangan… Untuk pihak
lelaki check it out sama ada perempuan ni elok tak, boleh sedapkan hati ke tak.
Mana boleh main redah kahwin gitu aje…”
“Kau silap Maya… Kahwin tu sesuatu yang
murni, suci. Memanglah dalam novel Melayu selalu mengetengahkan kahwin paksa
lepas tu bahagia, tapi dari sudut perkahwinan Islam, macam ustaz aku, bapa dia
yang pilihkan bakal isteri dan dia terima seadanya kerana dia cintakan agama
lebih daripada cinta wanita…”
Aku ambil pinggan terus gerak ke sudut
tempat letak pinggan dan gelas kotor. Rasa bingit aje dari tadi dengar dia
orang berbalah pasal kahwin. Sudahlah berapa hari ni aku asyik migrain terutamanya
menjelang malam.
Habis basuh tangan aku terus ambil beg
sandang aku. Maya dan Einn pandang aku serentak.
“Dah ke?” soal mereka senada. Aku angguk
aje.
“Kau orang sambunglah borak. Aku nak masuk
masjid kejap, solat Zohor.”
“Oh okey. Jalan elok-elok.”
Sampai ke masjid aku terus baca al-Quran
tiga helai sebelum solat Zohor. Patutnya solat dulu tapi aku nak tenangkan hati
dulu sebab otak ni kusut sangat, abi kata anak abang Adam mak tu betul serius
nak kan aku. Siap hari ni dia orang bincang pasal kahwin, abang Adam mak tu
pergi ke pejabat abi tengah hari ni. Tak cukup akal aku fikir pasal aku nak dikahwinkan
dengan lelaki seperti Mad Ki tu, sumpah tak sanggup!
Habis aje kuliah, aku terus ajak Cloud
lepak di shopping complex tak jauh dari maktab kita orang.
“Apesal?” soal Cloud pandang muka aku.
“Kusut…” aku luah pada dia.
“Pasal apa kau kusut?” dia tanya lagi.
“Aku ingat aku buat keputusan silaplah
Cloud. Betul punya ni… Famili suruh aku kahwin, masalahnya aku tak suka lelaki
tu.”
“Biar betul kau Abeer?” bulat mata Cloud.
Sekejap dia terkebil-kebil cuba mencerna apa yang tengah aku cakapkan ni.
“Kahwin paksa ke ni?” soal Cloud lagi bila
aku tak jawab soalan dia yang awal tadi.
“Kira macam tu lah… Tapi aku rasa mak dan
abi aku tak suka tapi terpaksa juga terima lelaki tu. Sebab dah janji….” aku
mengeluh buat kesekian kalinya. Mata Cloud menyorot ke arahku lama.
“Kalau mak dan abi kau tak suka, kau pun
tak suka, tak usah fikir pasal janji… Yang penting kebahagiaan kau.”
“Kau tak faham Cloud…”
Aku tunduk memandang air pandan cendol di
dalam gelas. Teringat perbualan mak dan aku hari tu.
“Mak rasa Jason tu seriuslah Beer. Dia tak
tanya-tanya lagi pendapat kita, dia terus cakap pada abang Adam dia nak kan
Abeer jadi isteri dia…”
“Abeer rasa Abeer tak sedia lagi nak
kahwin.”
“Dia kata nak tunggu sampai Abeer sedia…”
“Masalahnya Abeer tak nak kahwin dengan
lelaki macam Jason tu mak…” aku urut dahi sendiri. Tak de masalah aku sendiri
yang cari masalah. Kalau dari awal aku tolak cadangan mak tu…
“Dia janji dia akan berubah jadi lelaki
baik untuk Abeer.”
Aku angkat kening. Untuk aku? Ubah perangai
dia yang rambut belang-belang dan keluar dengan perempuan seksa tu mampu ke
dia? Kalau mampu pun berapa lama dia mampu bertahan?
“Dia cakap nak tunggu Abeer tapi hakikatnya
dia memang nak kahwin dengan Abeer dalam masa terdekat ni kan?” soalku pada
mak. Mak diam aje tak jawab pertanyaanku.
“Mak nak Abeer nikah dengan lelaki macam
tu?” aku tanya hairan. Mak serba-salah memandang wajahku.
“Sebenarnya mak tak nampak yang dia ada
masalah kecuali masalah agak kurang ajar dia tu…” ucap mak terhenti.
“Mak rasa dia boleh jaga Abeer?”
“Mak faham Abeer tak percayakan dia… Tapi
dia serius kat Abeer.”
“Mak boleh tengok muka Abeer ke kalau-kalau
Jason tu dera Abeer nanti? Mak nak bertanggungjawab ke kat hidup Abeer lepas
tu?” aku soal mak. Mak beristighfar, aku dengar.
“Abeer, mak sentiasa doakan yang terbaik
untuk Abeer.”
“Beritahu mereka yang Abeer tak nak
kahwin.”
Wajah mak berubah serta-merta. Aku faham
mak cuba jaga hubungan dia dengan abang Adam tetapi aku pun kena adil dengan
diriku sendiri. Tapi yang buat aku terkejut abi tiba-tiba call yang bapa Jason
tu merangkap abang Adam mak datang ke pejabat abi untuk bincang pasal kahwin. What
the he?!
“Kau betul nak kahwin ke Beer? Alamak hai,
hampir jatuh jantung aku dengar… Kalau jadi kau jemput akulah ya Beer?”
Aku tersentak dengan pertanyaan Cloud yang
tiba-tiba.
“Kau ni buat aku tambah kusut lagi ada.”
Aku picit pelipis dahiku tanpa pandang wajah Cloud. Cloud sengih aje.
“Kau tak suka, mak kau tak suka, abi kau
pun tak suka, tapi kena terima juga dia jadi suami kau, mana tau satu hari
nanti kau bahagia dengan dia? Aku doakan kau Beer… Mana tahu dia tu memang
jodoh kau. Fated to be your husband kan?” Cloud makan mee jawa dia.
“Kau ingat ni cerita Melayu ke?”
“A’ah… Kau Melayu, tinggal kat Malaysia,
dan nak kahwin pula tu, memang drama Melayu habislah…” usik Cloud sambil tergelak.
Aku kerutkan wajah bila Cloud mula dengan loyar buruk dia tu. Ada juga makhluk
yang bakal aku tikam dari tingkat 5 lepas ni...
“Kau tak nak dia ke?” soal Cloud tiba-tiba.
Aku angguk.
“Kau cakaplah kat dia… Bincang elok-elok…”
Okey, kenapa aku tak fikir sebelum ni?
“Aku jumpa dia?”
“Yelah…”
“Tapi aku tak ada nombor dia?”
“Habis dari ceruk mana kau jumpa laki tu
awal-awal lagi?” soal Cloud kerut kening.
“Jumpa?”
“Yelah… Jumpa sampai boleh terlibat dalam
hal kahwin ni.”
Aku gigit bibir. “Mak aku mula-mula nak aku
kahwin dengan dia, anak kawan dia… tak sangka pula laki tu agak terlebih ajar,
kan? Tak reti cover dia punya perilaku, depan mak aku dia pergi hulur
tangan dia nak salam aku. Lepas tu bila abi aku tanya, dia siap-siap jawab
sebelum habis soalan abi aku tu. Mak aku ni terlanjur berjanji, laki tu pula
katanya dah suka sangat kat aku kononlah, tapi sebenarnya aku pernah jumpa dia
kat Pizza Hut hari tu sakan bergurau senda dengan seorang perempuan seksa teramat…”
Part bergurau senda tu aku rekalah
sebab nak sedapkan cerita tentang keburukan Mad Ki. Apa yang aku nampak hari tu
dia orang setakat makan dan tak bercakap sepatah perkataan pun. Aku pun tak
tahu kenapa perlu aku cerita benda yang tak pernah terjadi.
“Ohhh…. Jadi dia yang eksaited la? Kau
biasa-biasa aje? Mak kau yang bertanggungjawab untuk menjodohkan kau dengan
lelaki tu?” soal Cloud. Aku angguk beria-ia.
“Senang je kau nak dapat nombor telefon
dia, cuba kau tanya mak kau.”
Hampeh! Hampeh gila Cloud… Kenapa aku perlu
tanya kat mak aku?!
“Aku malulah… Lagipun buat apa aku tanya
nombor dia kat mak sedangkan awal-awal aku cakap kat mak aku tak suka dia.
Karang tak pasal-pasal mak ingat aku suka dia…”
“Kau cakaplah elok-elok kat mak kau, kau
nak bincang dengan lelaki tu pasal benda ni semua, yang kau tak sedia kahwin
dengan dia. Tapi kalau ditakdirkan kau kahwin juga, aku doakan kau bahagia…
Akan kuingat mu dalam doaku, Abeer…” dia buat suara bagai nak mati bini, aku
benci gila muka mengada Cloud ni.
“Dahla. Aku nak balik.”
“Laaa, kau yang ajak aku keluar. Aku belum
habiskan makanan aku ni ha…” dia tunjuk pinggan dia yang masih bersisa separuh.
Aku angkat bahu sambil ambil beg sandang sebelah kerusi dan terus pergi begitu
saja. Malas nak layan perangai Cloud yang tak pernah nak kasi aku semangat
sikit, ni pergi menjatuhkan kawan sendiri dia dapat 3.9 pointer ke kalau buat
macam tu kat aku?
TAK PERLU aku susah-susah pergi merayu
kat mak carikan nombor telefon Mad Ki bila kat depan mata aku Mad Ki tengah
duduk rilek goyang kaki atas sofa. Aku pandang mak sambil buat talian hayat,
‘dia buat apa kat sini?’
“Jason nak bincang dengan Abeer.” Mak jawab
tanpa aku soal. Hebat betul mak.
“Mak sediakan makan malam dulu, Abeer dan
Jason duduklah borak.” Mak meminta diri. Mad Ki terus berdiri saat mak aku
berdiri sambil tersenyum lebar. Erk? Dia dah bertukar kulit ke apa tiba-tiba
boleh tersenyum bagai?
“Terima kasih mak…” Mad Ki sebut.
Aku hampir-hampir terjatuh rahang bila dia
panggil mak aku tu ‘mak’ juga. Sah!
Sah nak menggula mak akulah tu!
Lepas mak hilang dari pandangan, dia duduk
atas sofa tu sambil memeluk tubuh. Aku duduk depan dia pun dia tak pandang. Ini
ke ciri-ciri orang yang ‘serius nak kan Abeer?’ bagai yang mak kata?
“Nak bincang pasal apa?” soalku padanya.
Dia terus pandang ke arah aku tepat. “Pasal kahwin.” Dia jawab dua patah dan
tegakkan badannya.
“Pasal kahwin?” aku ulang lagi sambil letak
beg sandangku kat tepi sofa. Sempat aku keluarkan jam Rolex miliknya.
“Ni jam awak, awak tertinggal kat kafe hari
tu, remember?” aku tanya kat dia sambil terus hulur jam itu di atas meja
depan dia. Dia diam aje tak cakap apa.
“Saya rasa kita tak perlu bincang pasal
kahwin, lagi pun saya belum sedia nak kahwin plus saya masih lagi
studi.”
“Tahun depan kau graduate kan?”
Aku terkesima bila dia bahaskan diri aku
–kau. Teringat mula-mula pertemuan pertama dia dan aku di kafetaria maktab,
memanglah… dia cakap aku-kau dengan aku.
“Ya…” aku jawab sepatah dengan nada
teragak-agak.
“Next year kita kahwin…”
“Saya rasa saya dah beritahu keputusan saya
awal-awal yang saya belum bersedia nak kahwin?” aku jegilkan mata kepadanya.
Suka-suka dia nak control hidup Abeer Hanan.
“I know everything about you, Abeer Hanan.”
“Ha?” Aku tunjuk muka pelik. Ingat ni
cerita dalam tv ke? I know what you did last summer?
“Your abi’s company condition, I know
everything…”
“Jadi?” aku kerut dahi hairan.
“Company abi kau tak berapa baik kecuali
kalau aku yang tolong dia. Dan aku cakap kat kau, you’ll never had a way to run
away from me.”
Menyirap darah aku dengar cara dia bercakap
tu. Bongkak sangat!
“Aku tak cari kau, tapi mak kau yang cari
aku dulu. Bila mak kau beritahu pada daddy aku yang dia nak kahwinkan aku
dengan kau, aku cari kau. Not bad huh… Abeer Hanan to be my wife.”
Aku terus urut pelipis dahi. “Cari aku?”
“This watch, so I can read your movemant.”
Aku terpempan dan terus menjatuhkan
pandanganku ke arah jam tangan di atas meja. Dia simpan apa dalam jam tu?
Dia senyum sinis. “I’ll make you suffer
if you’re not following my wish, Abeer Hanan.”
“Kau ugut aku?” soalku dalam nada bergetar.
“Up to you. But in the end of this year,
you’ll be mine.”
Aku rasa otak dia tu dah sakit agaknya sebab
mampu seyakin itu memiliki diriku.
“Saya tak akan kahwin dengan manusia
berwajahkan awak, Jason. Saya bakal pendidik dan jangan harap awak
senang-senang mempermainkan saya… Mind my word!” aku terus berdiri dari
sofa. Menahan tubuhku yang semakin menggigil, entah kerana takut atau teramat
geram. Yang pastinya segala sendiku seakan-akan hampir tertanggal berhadapan
dengan riak dingin lelaki ini.
“I know everything about you,” dia
cakap dengan nada yakin sebelum menyandar tubuh di atas sofa semula.
“And I’ll let you to know everything
about me. By hook or by crook, you’ll marry me.” Dia desiskan suaranya
sehingga mampu membuatkan aku rebah di sini juga kerana kepala aku mula
berdesing rasa nak terbelah. Siapa Mad Ki sebenarnya?
Nota Kecik::-
Maaf lama tak update. Officially GLUE bertukar tajuk > Fated To Love You< sebab ada beberapa kawan yang tanya pesal tajuk Gam (masa pilih tajuk tu act x de idea so that GLUE tiba-tiba muncul kat otak). Saya masih dalam mood holiday, line kat kampung sikit lagi nak innalillah, hidup segan mati tak mau, jadi saya tumpukan sepenuhnya untuk menulis manuskrip. Update bab Fated to Love ya akan lambat ya, harap maklum.
10 Komen untuk Cik Rin:
ngee.. cite ni best cik rinsya... :D
erkk.. this Jason mmg desperate sgt ke nk kahwin?? kesian Abeer.. susah-II sgt Abeer srh je Cloud menyamar jadik boyfriend Abeer..
walaupun perangai jason ni a little bit hampeh.. but i like direct-to-the-point attitude...he's cold but what he wants he'll go for it!!!
tp glue tu macam ok la. lain drpd yg lain. tajuk skrg macam dah tau je takdir abeer ngan jason. :(
Uuuuuu best2....sambung lagi!!!!
mcm mana nak sebut nama heroin ni? abe ataupun abir...
Best la cerita glue ni .bila nak sambung lagi..dah tak sabar nak baca.
bila nk sambung citer ni? da lama tggu ni..
citer ni best sgt.. bila nak sambung ag? da lama tggu ni
citer ni memang best...
n excited bila baca...
ada thrill dia kt situ...
lama da tunggu...rasanya bila ada sambungannya ya?
Post a Comment