CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 1, 2017

JHD BAB 7


AWINA berhenti membelek buku resepi di tangan. Buku diletak ke rak yang tersedia di bilik tidurnya. Dia mengambil losyen seraya menyapukan ke kaki dan tangan. Setelah siap menyapukan losyen, Awina menatap wajahnya di depan cermin. Teringat semula perbualan bersama Datin Alia dan Datuk Mikayel sebentar tadi membuatkan dadanya sesak.
Awina mengusap wajahnya dan segera mengurangkan suhu aircond di bilik. Dia ke langsir untuk mengunci jendela biliknya. Tangannya berhenti dari mencapai engsel jendela sebaik sahaja matanya menangkap seseorang di luar pintu pagar depan rumahnya.
Awina mengertap bibir. Seperti dejavu. Dia kenal sangat dengan lelaki itu walau dari jauh. Perlukah kali ini dia menyoal lelaki itu kenapa dia datang balik ke rumahnya malam ini?
Awina mencapai tudung di dalam almari dan mengenakan baju lengan panjang. Dia melangkah senyap-senyap ke tingkat bawah. Mujurlah Datuk Mikayel dan Datin Alia sudah masuk tidur walau jam baru menginjak ke angka 10.40 malam. Dada Awina berdegup kencang ketika membuka pintu pagar rumahnya.
"Awina..." Hid terkebil-kebil memandang Awina.
"Kenapa? Terkejut?" soal Awina memeluk tubuh.
Hid memasukkan tangannya ke dalam poket. Fikirannya kusut sebentar tadi dan nalurinya membawa dia ke sini.
"You are so weird," ucap Awina kecil.
"Am I?" Hid tersenyum kecil, senyum tanpa nada. Senyum tanpa hati. Malu apabila ditangkap mentah-mentah oleh wanita itu sendiri. Dia menghedap bukan bermakna dia jahat.
“Saya ingat awak dah tidur,” ucap Hid menghela nafas dalam.
"Nak nombor telefon saya tak? Kalau nak datang sekurang-kurangnya call dulu." Awina mengangkat kening dengan senyuman di bibir.
Hid menaikkan keningnya hairan. Adakah Awina mula membaca hati dan fikirannya setelah apa yang terjadi?
"Tak takut eh? Mana tahu lepas ni awak kena ganggu psiko macam saya."
Awina ketawa kecil. "Tak apa, psiko macam awak diperlukan masa saya dalam kesusahan." Awina berlagak positif. Janganlah Hid tu betul-betul jenis lelaki psiko!
Hid ukir senyuman lebar. Kali ini dia bersyukur dengan penerimaan Awina yang terbuka dengan kehadirannya. Kalaulah dia jadi wanita itu, tentu dia fikir manusia bernama Hid Johar ni gila dan tak normal.
"Tak ke mana-mana hari ni?" soal Hid sambil menatap wajah Awina lama.
"Saya dah start kerja. Okey juga." Awina cuba menutup rasa gugupnya. Tangan Hid di dalam poket diperhatikan penuh minat. Hairan bertaut di jiwa gara-gara memikirkan persamaan Hid dengan arwah Azri. Rambut, pakaian, sneaker, malah perlakuan arwah juga sering memasukkan tangannya ke dalam poket ketika diajak berbual.
Isy, perasaan aje kut. Awina cuba kembali dalam rasional. Tak wajar untuk dia mengaitkan arwah dengan orang lain hanya kerana mereka mirip dari segi bentuk badan dan perlakuan.
"Orang macam awak pun perlu pergi kerja ya?"
Awina faham makna kata-kata Hid Johar. Dia dilahirkan dengan kemewahan dan di mata orang lain, dia manja dan bergantung sepenuhnya dengan keluarga. Awina sudah penat dengan pandangan serong mata masyarakat. Tapi dia sedar untuk menyalahkan sesiapa adalah di luar kuasanya. ALLAH lebih tahu dirinya bagaimana dan usahanya satu ketika dulu untuk bersaing mendapatkan yang terbaik dalam hidup.
Awina tertunduk.
Tiba-tiba dia jadi insaf. Selama ini di pejabat walaupun dia melakukan tugasan yang diberi, tapi dia tidak bersungguh seperti orang lain. Hatinya terpukul. Dah tiba masanya dia kembali berubah seperti Awina beberapa tahun yang lepas, Awina yang menikmati hidup dan mempunyai matlamat yang terancang.
"Saya pun orang juga. Saya kena hidup selayaknya orang lain."
"Orang kaya duduk aje kat rumah." Hid ukir senyum senget. Awina mengalih mata ke kiri.
"Selalu sangat tengok drama kut awak ni," balas Awina kekok.
"Saya takut juga nak berkawan dengan awak. Mungkin macam yang awak cakap, banyak sangat tengok drama." Hid tersengih panjang.
“Kenapa?”
“Nampak sombong dan sukar untuk didekati,” luah Hid Johar. Awina ketawa kecil.
"Saya tak sombong pun," ucap Awina merendahkan suara..
Hid mengangguk kepala. "Tahu. Saya boleh nampak sekarang. Tapi manalah tahu awak tak selesa dengan saya. Atau tak senang berkawan."
"Ehem..." Awina mengangkat kening. Itulah sebab Hid Johar selalu datang senyap-senyap begini, kurang yakin pada diri sendiri? Awina tersenyum kecil.
"Kalau tak keberatan, esok saya nak ajak awak ke satu tempat."
"Aha?" Awina sedikit terkejut dengan ajakan berani Hid Johar. Date ke? Hati wanitanya mula berteka-teki.
"Tempat yang biasa aje. Tak tahu kenapa saya nak ajak awak ke sana."
Awina merenung wajah tenang Hid Johar. "Lain bunyinya."
"I'm not bad guy." Cepat-cepat Hid mencelah. "Saya tahu kita baru aje kenal, tapi saya nak tunjuk sangat tempat tu kat awak. Saya pun tak faham dengan diri saya."
"Apa yang awak tak faham tu?" Awina mengerut kening.
Hid Johar memandang terus ke anak mata Awina. "Selesa. Selamat."
Awina ketawa. Adakah lelaki itu baru mengungkap yang dia rasa selamat apabila berada dengan Awina? "Selamat?" Ulang Awina tidak percaya.
Hid mengangguk kecil. Dia sedang keliru saat ni dan tak mampu untuk memberikan jawapan yang kukuh untuk Awina. Wajah wanita itu dipandang dengan rasa bersalah. "Bunyinya gila, kan?"
Awina menggeleng kepala tiga kali dengan senyuman di bibir. Katalah dia pun gila, tapi jujur jauh di dalam, terdetik juga hatinya untuk menjalinkan hubungan bersama Hid Johar dengan lebih rapat lagi.
Phone number please...” Awina menghulurkan telefon bimbitnya di tangan kepada Hid Johar.

           

DATUK Mikayel menghampiri pintu utama yang tidak tertutup rapat. Wajah Datuk Mikayel keruh sebaik sahaja terpandang Awina bersama seseorang di bawah cahaya lampu jalan. Awina sudah punya kekasihkah? Hati Datuk Mikayel tertanya-tanya memandangkan Awina bertemu dalam keadaan yang memusykilkan. Untuk apa ketemu senyap-senyap seperti itu?
Datuk Mikayel berjalan ke beranda rumah. Sempat matanya membaca tingkah lelaki yang sedang berbual dengan Awina. Nombor plate kereta ditilik satu persatu. Mujur nampak. Esok dia akan meminta setiausahanya menjejaki latar belakang lelaki itu.
Mereka berdua kelihatan sangat rapat dan saling mengenali. Tapi siapa lelaki itu?




0 Komen untuk Cik Rin: