CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 16, 2011

Tentang Aku Tak Percaya Cinta




Salam.. Hiehie..
Lama ana tidak berceloteh di sini...

Hari ini baru tergerak hati menulis rangkaian cerita di tapak RinsyaRyc..

Ana hantar karya ke penulisan2u, Aku Tak Percaya Cinta.

Lepastu ana terkejut monyet melihat komen2 pembaca.. Tak sangka selama ini ana buat cita yang buat pembaca muntah darah pulak ye.. Hihihi.. (takpe, ti bleh improve lagi.. Cayok Rin!)


ada nampak? tak nampak klik gamba ye syang... hihihi


*oleh kerana cerpenni tak best mana di mata orang, ana nak buat camane.. takpe.. lain kali ana perbaiki dalam karya seterusnya... hehe






Tapi ana bersyukur gak.. Masih ada lagi orang yang nak kongsi karya tak seberapa ana lam FB diorang.. 51 orang pulatu.. Thanks korang... huhu.. Terharu golek-golek..

Group Blog E-Novel

Siapa berminat, boleh join di facebook group blog e-novel... Jangan lupa letak link e-novel anda supaya senang untuk orang membacanya.. InsyaAllah..


Thursday, September 15, 2011

Sajak Untuk Zahra


Satu hari nanti,
Jika kita terpisah,
Bantulah aku
Untuk mengenalmu..

Satu hari nanti,
Jika aku kecewa,
Berikanlah aku,
Ruang bernafas lega...

Satu hari nanti,
Jika aku lupa,
Hadapilah aku,
Agar aku ingat semula..

Wahai sahabat..
Satu hari nanti,
Aku gembira,
Maka senyumlah,
Agar aku tahu
Kau turut gembira..

Wahai sahabat,
Satu hari nanti,
Aku akan sakit,
Rawatlah aku,
Menuju ke jalan-Nya..

Sahabat..
Satu hari nanti,
Aku telah tiada...
Ingati aku dalam doamu,
Pimpinlah aku menuju Tuhanku..



-khas untuk Fatimah Az-zahra.. (klassmet terchento...)

Salahkan Cinta!





SALAHKAN CINTA!

(Masam-masam manis ^^)

Pandang depan, belakang, kiri, kanan. Macam orang gila aje. Pening kepalalah pulak.

Lia menoleh ke bangku. Penuh. Haih… Matilah aku. Bilalah bas nak sampai? Ini sudah dekat setengah jam tunggu. Kalau aku tahu, baik aku tumpang pak cik teksi. Teksi mahal sangat, aku tak ada duit. Keluh Lia.

Lia toleh belakang lagi. Tersengih cik abang yang sedap-sedap duduk dari tadi kepadanya. Aih, senyum aje? Huh.. Keluh Lia lagi.

“Hello, cik adik. Nak tumpang?”

Lia terkejut. Mana suara itu? Mana?? Lia pandang kiri dan kanan lagi.

“Depanlah.”

Lia pandang depan.

“Eh?”

Lia terkebil-kebil tengok lelaki di dalam kereta itu. Sejak bila pula dia tahu aku tunggu bas di sini? Adif nama lelaki itu. Lelaki yang sikit hari lagi hendak ditunangkan dengannya. Aiyayai… Tak ingin! Tak ingin! Ini semua, umi punya pasal. Terima aje lamaran orang sebelah rumah yang tak berapa nak sebelah. Agak-agak umi sudah buta menilai. Isk, tak baik mengata umi. Mati kaki kat atas kepala kat bawah!

“Jom naik.”pelawa Adif. Lia buat-buat tak nampak.

“Alah, jual mahal dengan boyfriend sendiri.”

Aku terbeliak. Toleh kiri, kanan..

Pak cik mak cik dah tersengih-sengih gatal! Huh!

“Naiklah. Takkan nak tunggu bas lama-lama? Umi awak yang suruh saya ambil awakni...”

Aku mencebik. Asyik-asyik umi... Asyik-asyik umi...

“Oi, cik kak! Apesal jual mahal sangat?”usik seorang lelaki dan disambut siulan rakan-rakannya. Aku mengetap bibir apabila terlihat Adif mengacu ibu jari kepada kumpulan remaja tadi. Panas pipiku menahan malu.

“Jomlah! Mak awak tunggu barang nak buat kuih. Lambat nanti dia marah.”

Aku akhirnya mengangkat kaki duduk di sebelah dia dengan muka masam cuka.

“Phewiiitttt...”remaja-remaja tadi sekali lagi mengusik. Pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik tadi sibuk berbisik-bisik. Cis! Aku mengetap bibir. Adif tersengih panjang.

“Hai...”berbaur usikan.

“Assalamualaikum.”sindiran! Adif tersengih menjawab salam. Alamak hai! Kenapalah si poyo ini yang akan jadi tunang aku? Huhuhuhu...

“Kenapa jual mahal sangat? Tak cukup handsome ke saya ni?”tanya Adif tiba-tiba serius. Aku memuncung bibir. Enggan menjawab soalannya.

“Oi, setakat Harris yang awak gila-gilakan tu, yang dah ada anak dua tu.. Saya lagi baik tau!”Adif tersengih lagi. Aku terkebil-kebil.

“Harris lagi bagus dari awaklah!”Sangkalku.

Biarpun ada dua orang anak, aku tetap hormat dengan sepupuku yang seorang itu. Dia terlalu menyayangi keluarganya. Bertuah Wijdan dapat suami macam Harris... Di layan bagaikan puteri!

Aku pandang wajah Adif, geleng-geleng kepala. Tak dapat aku bayangkan dia jadi suami aku. Sudahlah setengah suku!

“Awak tak kenal saya lagilah, Lia...”ucap Adif senyum memanjang.

Aku diam. Adif rakan sepermainan aku dahulu. Tetapi oleh kerana sifatnya tamak dan suka membuli, setiap kali kami bermain, setiap kali itulah aku pulang bersama tangisan. Setiap kali itulah aku menyimpan dendam tak mahu bermain dengan Adif lagi. Alah, kuat manalah dendam seorang budak kecil waktu itu. Sewaktu aku berumur 12 tahun, Adif pindah ke bandar. Akupun tidak peduli kerana aku tengah khusuk belajar untuk UPSR. Selepas itu aku tak pernah ketemu mamat hantu kutu ini. Tiba-tiba muncul dengan niat menyunting aku menjadi suri. Eikkss! Nak termuntah!

“Hah, dah sampai! Yang buat muka melangut macam sotong bakartu apesal? Turunlah!”Adif menempelak. Kus semangat.

Aku bergegas keluar.

“Wei mak cik! Tunggu jap!”Aku yang hampir melangkah menjenguk kereta dia semula. Dia hulurkan tapak tangan dari jauh. Aku terpinga-pinga.

“Wang tambang.”

* * *

Aku menolong umi menyediakan kuih batang buruk. Sekejap-kejap aku pandang umi.

“Apesal?”Tanya umi apabila terperasan yang aku asyik tertoleh-toleh wajahnya. Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencebik tanda protes.

“Umi, Lia tak nak dengan mamat sengettu,”ucapku perlahan. Takut umi tiba-tiba meninggi suara kerana aku kembali mengungkit perihal menantu pilihannya itu.

“Apa yang tak kena?”Umi bertanya lagi. Aku mengeluh.

“Lia tak suka dia. Asyik sakitkan hati orang. Sudahlah tak gentlemen... Umi tahu? Tadi dia hantar Lia ke pekan, dia minta wang tambang. Sengal! Sengal! Pheewww.. Sabar ajelah..”Aku merungut. Umi tersengih.

“Dia tengah nakallah tu. Macam Lia tak tahu, dia nakal dari dia kecil dulu... Nakal kat Lia aje.. Umi tengok kalau dengan orang lain, dia sopan aje.. Gentlemen aje...”Umi memberi komen yang susah untuk aku percaya. Mulutku terherot-herot. Tidak berpuas hati terhadap pujian umi kepada mamat setengah tiang itu.

“Ha, dia datangtu. Pergilah tengok-tengok..”Arah umi apabila terdengar sebuah kereta tiba.

“Umi, ayah kot..”Tegurku. Asal dengar bunyi kereta datang, nama menantu pilihan diatu juga yang disebut-sebut. Umi tersengih.

“Kalau ayah Lia datang, dia mesej umi punya...”Umi tunjuk telefon bimbit Nokia dia kepada aku. Aku tercengang-cengang. Tak tahupun selama ini umi dan ayah main sms? Gatal jugak dah tua-tua...

Aku tersengih kecil apabila umi mendapat satu pesanan ringkas. Umi jengil mata. Dengan arahan mandatori berpandukan mata, akhirnya aku terpaksa menapak ke luar.

Terpandang wajah Adif yang bersandar di pintu kereta, konon-kononnya tunggu tuan rumah datang menjemput itu, aku terus naik angin.

“Naiklah! Kalau tak nak naik, pi duduk sana sampai petang!”Aku separuh terjerit-jerit. Agak sebal dengan perangai hantu mamat seekor itu.

“Eh, menantu umi... Masuklah rumah... Umi tengah buat kuih batang burukni. Empat hari lagi nak raya. Kamu dan Lia, duduklah sembang kat ruang tamu.. Umi masuk dalam dulu.”Umi tiba-tiba bertukar jadi semanis gula. Aku tercengang memandang Adif sopan menyalami dan mencium tangan umi kemudian mengenyit mata ke arahku.

Umi masuk ke dapur, Adif sudah duduk tanpa dipelawa. Lagaknya seperti tuan rumah. Aku hanya mampu mengeluh duduk berhadapannya. Haiks!

Umi pula dah macam nak jual anak dia kepada si Adifni.

“Apesal datang?”tanyaku agak kasar.

“Tak bolehke? Lepasni jadi tunang, tak boleh datang selalu,”entah kenapa suaranya seperti mamat romeo sedang nak menggatal. Sabar ajelah!

“Eh, tak hairanlah!”Aku sudah mati kutu.

“Seminggu lagitu.”ucapnya mengenyit mata lagi. Saja nak goda akulah tu! Eikss! Tak tergoda, okey!

“Banyak gila novel awak...”Adif membuang pandang ke arah rak-rak buku aku. Beratus-ratus novel bersusun di dalam rak empat tingkat itu. Ada dua rak pulatu. Aku tersengih.

“Ei... Noveltu kan syurga dunia,”ucapku bahagia. Adif kerut kening.

“Syurga dunia? Hei.. Perempuan.. Perempuan...”Adif geleng-geleng kepala.

“Apasal? Salahke jadi perempuan!”Aku menempelak.

“Eh, marah pula... Iyalah.. Perempuan selalu hidup dalam angan-angan,”cemuh Adif. Aku memang pantang dengan orang macam si mamat setengah tiang macam si Adifni. Sudahlah mengutuk orang, hei, kalau tak suka jangan menyibuklah!

“Fairy tales..”Adif membuat muka menyampah. Aku mengetap bibir geram. Ini tak boleh jadi!

“Eh, suka hati kita oranglah!”Aku rasa muka aku sudah keluar peluh dek kerana rasa marah melampau-lampau pada hantu seorang ini.

“Takde kerjake para penulis tulis novel yang berlambak-lambaktu?”Adif memandang wajahku lagi. Aku rasa nak ketuk-ketuk kepala dia dengan balang kuih kosong di depanku.

“Excuse! Awak jangan pandang rendah golongan penulis! Tahu tak penulisni dunia dia lebih kurang macam artis dan pelakon. Saya rasa, saya lebih kenal penulis-penulis tempatan lebih daripada pelakon-pelakon Malaysia.”

“Apesal pulak??”Adif buat-buat muka terkejut. Hurmmm... Makin sakit hati dibuatnya!

“Betullah! Awak tahu, seorang penulis dan seorang pelakon sama saja. Boleh berubah-ubah watak di dalam dirinya. Cuma bezanya, penulis menulis, pelakon berlakon. Bila situasi mengkehendaki, mereka boleh bertukar menjadi orang lain. Seorang penjahat, seorang peniaga, seorang gadis kaya... Semuapun boleh. Awak faham tak? Kalau seorang penulis menimbulkan sesuatu isu, diapun akan dihentam sama, dikritik sama...”

“Still tak sama!”

Aku jadi bengang. Setakat benda kecil seperti ini kami sudah tidak sehaluan, bagaimana hendak mengemudi kapal rumah tangga bersama? Aku mengeluh.

“Main-main aje tahu!”jerkahku berlalu pergi ke dapur meninggalkan Adif yang tersengih-sengih kalut.

“Umi, umi pi layan makhluk keras seorangtu. Lia, Lia nak pergi ke jumpa Mira sekejap.”Aku menonong masuk ke bilik.

“Eh, Lia, bakal tunang datang, pergilah layan dia. Nanti-nantilah jumpa Miratu.”Umi mula membuka ceramah.

“Lia, Adif nak balik ke bandar uruskan kerja dia sampai hari rayani. Takkan tak nak jumpa? Karang kamu juga yang sibuk cari dia. Bincang dari hati ke hati, banyak kena bincangtu. Hal pertunangan kamu seminggu lagi..”Umi bersyarah. Aku mencebik.

“Semuakan dah settle? Mak dia dengan umikan dah siapkan semua?”Aku galak bertanya. Umi tersengih.

“Bukan umi suruh kamu buat persiapan. Tapi umi suruh Lia dan Adif bincang dari hati ke hati.. Asyik gaduh-gaduh saja. Hari bertunang dah dekat, nikahpun dah dekat juga...”Umi berceramah lagi. Aku memuncung mulut.

“Haa... Cantik sangatlah tu. Buat mulut macam itik. Pergi bincang dengan Adiftu. Empat bulan lagi nak nikah, kalau begini jadinya, tak jadi kahwinlah kau orang,”keluh umi. Aku memandang umi dengan wajah bersinar-sinar.

“Betulke umi? Bolehke?”

“Apa pula tak bolehnya... Tapi itu tunggu kalau si Adiftu nak lepaskan kamulah.. Bukan mak bapak dia yang nakkan kamu jadi menantu, tapi si Adif yang beria-ia nak lamar kamu jadi isteri.”Umi tersengih. Aku tercengang. Adif?!

* * *

“Entah macam mana. Jumpa asyik gaduh, gaduh asyik jumpa...”rungutku pada Mira.

“Tapi haritu aku tengok dia okay aje dengan aku. Sopan aje.. Handsome pulatu. Kau aje yang lebih-lebihkan cerita.”Mira enggan berpihak padaku. Aku buat-buat muka sedih.

“Kau percaya dia dari aku?”Aku mencebik. Mira tersengih.

“Mana nak percaya kau... Tunang baik, kaw kaw dikutuk-kutuk. Weii, ini bulan puasa dowh.. Yang kau kutuk dia habis-habisan apesal? Tak takut dapat dosa kering?”Sergah Mira. Aku mendongkol geram. Asal Adif jadi tajuk cerita aku, tak pernah aku nak menang. Semualah salah aku!

“Dahlah tu... Amende kau cerita dengan dia kelmarin?”Tanya Mira. Aku memasamkan muka. Merajuk!

“Laa... Apasal buat muka durian basi kat sini?”Mira sekali lagi mengusik aku. Iksss..

“Takde aku macam durian basi! Durian mana ada basi!”Aku melenting. Mira angkat kening, mulut tanda ‘v’ terbalik.

“Kauni asyik melenting. Sebabtu aku lebih percayakan bakal tunang kau dari engkau. Kalau dah marah, orang tegur, lagi marah. Kalah singa kat belakang rumah kita.”gurau Mira.

“Suka hati akulah.”Suara aku kendur semula.

“Ceritalah.. Pasal perbincangan kau dengan dia semalam.”

“Kauni penyibuk.”Aku mencemuh. Mira ketawa. Kemudian buat muka mengharap.

“Takdelah... Cerita pasal benda biasa saja. Aku tanya dia, apahal suruh mak bapak dia pinang aku?”

“Then!!”

Kus semangat! Melihat muka Mira saja, aku tidak sanggup. Gila besar mata minah seekor itu!

“Kau ni tak menyempat!”Tegurku geram. Mira tersengih.

“Dia kata, dia ada hati pada akulah.. Apalagi?!”Aku ketawa berdekah-dekah. Mira merenung wajah aku tidak percaya.

“Betulke minah seorangni?”Desis Mira. Aku tersengih. Macamlah aku tak dengar...

“Kau percaya ek?”Aku ketawa lagi. Mira merenung wajahku tajam.

“Kau main-main ek?!”Mira terus angkat kaki menuju ke arah aku. Aku cepat berlari.

Feww... Selamat! Desisku menutup pintu bilik tidurku. Tercungap-cungap. Bahaya! Mira dan aku jiran sebelah rumah. Umur sama, sekolah sama. Cuma dia lebih bernasib baik. Melanjutkan pelajaran di Britain dan balik ke Malaysia menjadi seorang doktor. Aku? Hehehe... Penganggur sejati. Dari dulu sampai sekarang!

Tiba-tiba ingatanku kembali kepada Adif.

“Kenapa awak suruh mak bapak awak datang pinang saya?”

“Sebab awak perempuan..”

Cis! Memanglah aku perempuan. Kalau lelaki, lama dah umi dan ayah aku kejar kau pakai parang!

“Serius please..”

“Err.. Sebab saya ada hati pada awaklah!”

“Hah? Mana kita pernah jumpa sebelum ini? Tetiba saja ada hati?”

“Cinta tak semestinya perlu berjumpa, Lia. Mungkin awak tak ingat tentang saya dahulu, tetapi ingatan saya pada awak masih kuat si kecik... Awakkan si kecik saya.. Cukuplah dengan ingatan itu saja Lia.”

“Eiiwwuuu...”

“Apesal ter ieu ieu pulak?!”

“Jiwang!”

“Terpulanglah Lia.. Kalau saya kata saya ada hati pada awak, cintakan awak, saya tak pernah bergurau. Saya memang cintakan awak sejak dulu!”

Aku menghempas diri ke katil. Masih terasa degupan jantung kerana madah pujangga romeo tak seberapa romeo itu. Takkan nak percaya cakap romeo bandartu? Wei, mana ada cinta dari kecik? Itu cinta... Cinta... Cinta.. Cinta monyet!

Nak lari ke tak ya? Kat mana aku nak lari? Masa pertunangantu tak payah lari! Apakata masa nak nikah?!

Aku berguling-guling di atas katil. Berfikir cara untuk mengelak daripada menjadi milik mamat setengah tiang itu. Arghhh!

Akhirnya aku mencapai telefon bimbit. Tercari-cari nombor Adif Hanafi yang telah di simpan oleh umi di dalam telefon aku.

‘Kalau saya kata saya tak nak, saya benar-benar tak nak kahwin dengan awak.’

Send! Aku menghempas keluhan. Memejam mata. Tidur kejap. Tak sampai beberapa detik, aku terima balasan.

‘Kenapa?’

Aku menggaru-garu kepala.

‘Tak cinta.’

‘Siapa suruh awak cinta?’

‘Tak cintalah tak nak kahwin.’

‘Ada orang lain?’

‘Takda.’

‘Saya seorang je lelaki nakkan awak. Orang lain tak nak awak dah. Tak payah sibuk-sibuk fikir tak nak. Kahwin aje dengan saya, tak susahpun.’

Kali ini balasan dia panjang lebar. Aku mengetap bibir. Cis! ‘Orang lain tak nak awak dah.’ Kejam sungguh ayat itu! Dalam diam, ada senyuman di hujung bibir.

Kenapa ya? Hihihi....

* * *

“Esok hari raya.”

“Confirm?”

“Confirm la! Aku tengok perutusan tadi. Lainlah kau. Tak sudah-sudah buat kek sampai tak ingat solat Isya’. Lain kali dahulukan solat dulu cik kak! Baru berkat hidup. Aku balik dari tarawikh, kau belum lagi Isya’.”

Aku terkesima dengan kata-kata Mira di dalam telefon. Hoh! Serabut! Serabut!

“Jap, aku solat.”

Aku memutuskan talian telefon. Selesai solat, aku duduk sebentar. Hari ini dah masuk tiga kali aku escape solat sunat tarawikh. Semua gara-gara fikiran yang berserabut! Aku mengeluh. Umi dan ayah pergi awal ke masjid.

“Lepas Isya’ Lia ke masjid.”

Janji tinggal janji.. Hai Lia.. Lia.. Apa nak jadi?

Akupun pelik kenapa umi buat majlis masa hari raya. Serabut kepala aku. Umi jawab, senang nak suruh orang datang rumah. Cousin mousin aku yang bebanyaktu nak sangat datang tengok minah rempit bertunang. Cis!

Esok raya, maknanya aku ada beberapa hari lagi untuk menjadi tunang Adif. Hatiku semakin tidak enak. Adeyh!

* * *

Terdengar suara takbir..

Memuji nama ilahi

Rasa dalam kalbu

Tenteram dan aman selalu...

-Hari Raya Pertama-

“Adif datang.”Umi memanggil aku. Aku buat muka batu dalam bilik. Gila siott! Nervous pulak!

Hancur ketenteraman hidupku!

“Lia! Tidur lagike?! Eh, bakal suami datang berayani!”

Perghh! Umi ni, volume kalau boleh kampung sebelah boleh dengar. Ikss! Malu I!

“Lia, akupun datangni, kau tak keluar lagi?”Suara Mira kedengaran. Aku menepuk dahi. Apesal minah dua sukutu beraya masa-masa gentingni?

Aku melompat-lompat atas katil. Camna? Camna? Camnanih!!!

“Lia!! Keluarlah!! Mak mentua datangni!”Suara ayah membingit. Aku mengeluh besar.

“Japp.. Nanti Lia keluar,”lemah suaraku. Inilah hari raya yang paling mengerikan buat aku. Huhuhuhu...

“Haa.. Dah keluarpun mak cik kita ni..”Umi berseloroh. Sabar aje Lia.. Buat muka tembok. Aku memujuk diri sendiri.

“Apasal muka macamtu? Malu-malu itik pulak!” Umi mengusik lagi. Aku beristighfar panjang. Malu oi! Bertempek-tempek rasa segan di mukaku. Sabar ajelah Lia... Entah kenapa umi suka sangat dengan itik?

“Eh, dah merah muka anak dara awakni Lan, Tia.. Mesti dia penat lagitu. Malam tadikan tak tidur buat persiapan raya..”Mak Adif membela nasib aku yang tak berapa baik hari ini. Ini yang buat aku terharu gila... Cepat-cepat aku datang ke arah mak Adif dan cium tangan dia.

“Ai? Dah manja dengan bakal mak mentua dah?”Usik umi.

“Awaktu jeles lah..”Usik ayah. Aku tersengih sahaja. Mengambil tempat di sebelah Mira. Siku dia.

“Aduh!”Jeritan Mira mengundang rasa hairan semua yang datang.

“Kenapa?”

“Eh, takde.. Takde...”Sahutku sebelum Mira mengadu. Mira buat muka cekodok basi. Sakit kut..

“Jerit agak-agaklah wei..”Bisikku. Mira mencebik.

“Ha, rasanya dah kenallah si Lia dan si Adifni..? Haritu Adif minta cuti untuk kenal-kenal bakal isteri diani..”Bapak Adif bertanya.

“Already pa.. Tapi, Lia macam tak sabar nak bertunang aje haritu.”

Aku terbeliak. Ha?! Bila masa aku kata macamtu?! Aku pandang wajah Adif menyinga. Mana dia dapat statement macamtu dari aku?

“Iyeke? Eh, baguslah! Senang kerja kita, ya tak Lan?”Bapak si Adif ketawa happy.

Aku tercengang-cengang. Adif kenyit mata. Cis! Bajet handsome lah konon? Ikks! Mira sudah terkekeh-kekeh ketawa. Kena kau Lia! Aku pejam mata. Sabar Lia.. Sabar!

“Baguslah tu.. Kontraktor kahwin dengan penganggur. Jadi suri rumah sepenuh masa..”Bisik Mira kepadaku.

“Oi, cakap biar berlapik! Aku bukan penganggurlah!”Aku berbisik keras. Mira tersengih.

“Habis? Tukang tanam anggur keh?”Mira mengusik lagi.

“Malas nak layan.”Aku buat muka semula.

“Eh, makanlah.. Ni batang burukni, Lia yang buat... Sedapni..”

“Iyeke? Adif suka benar dengan batang buruk.. Haa.. Dah boleh jalanlah ni...”

Ketawa menjadi satu. Kecuali aku! Aku buat pekak aje sepanjang petang aidilfitri itu.

“Alhamdulillah. Hari raya ketiga jadilah majlis kita. Semua dah sediakan Tia?”Tanya mak Adif.

“Eh, tinggal hias-hias rumah sikit aje. Takpe, ada dua anak darani, senang kerja. Lagipun memang dah berhias dah. Sekaligus sambut tahun baru merdeka!”Tawa umi bersatu lagi dengan mak Adif. Aku dan Mira berpandangan. Tersengih.

“Aku pulak yang kena? Dahlah aku baru nak rehat cuti..”Desis Mira.

“Itu guna cuti.. Kan kau jugak yang beria-ia nak aku dengan Adiftu.”Aku mengerling ke wajah Adif. Adif memandang wajahku tajam. Erk? Serta-merta tubuhku kaku. Iskk...

Sepanjang petang itu, sekali lagi, aku terpaksa mengelak pandang kerana mata Adif sentiasa terarah ke wajahku. Aduhai! Debaran di dada terasa sesak untuk bernafas!

* * *

-Hari Raya Ketiga-

Meriah sungguh! Pheww.. Aku tak payah pergi mengintai kat luar, dengar suarapun dah tahu.

Mira dari tadi sibuk. Keluar masuk bilik aku, lepastu sambut tetamu. Diakan ‘tuan rumah’ jugak...

Aku? Dingin rasa nak demam. Inilah hari raya yang paling pelik aku rasakan. Memerap dalam rumah aje. Sibuk memanjang. Biasanya kalau hari raya, akulah taiko pergi ke rumah-rumah jiran tetangga mintak angpau. Dia orang kasi aje lepas kutuk-kutuk aku.

“Eh, bagus juga majlis semasa hari rayani, semua datang.. Meriah macam kenduri kahwin...!”

Ya, memang bagus... Aku mengeluh panjang. Aku tak pasti itu suara siapa. Rasanya mereka lepak di depan bilik aku. Kalau tak, tak adalah aku dengar suara dia orang...

“Lepasni, jangan nak mintak duit raya kat rumah aku. Kau tu dah tua bangka, dah nak jadi bini orang!”Tawa mak cik Timah depan rumah disambut oleh jiran yang lain. Khas ditujukan kepada aku yang berada di dalam bilik. Aku mencebik.

“Patutlah tahunni tak nampak muka Lia datang rumah minta angpau, rupanya sibuk dekat rumah ya kak Timah?”Usik Mak Nor tepi rumah mak cik Timah. Aku mengeluh.

Dia mana tahu jantung aku tengah dup dap dup dap macam dikejar itik hutan sekarang... Sibuk ungkit pasal duit raya aje!

Betul tak betul kauni Lia? Nak bertunang dengan orang yang kau tak berapa sukatu? Ayayaiii!! Tension berserabut dah otak aku sepanjang hari ini! Siapa aku nak salahkan?

“Lia, dah.. Dah!”Mira tiba-tiba berbisik keras. Aku terpinga-pinga. Pandang kiri kanan. Apa yang dahnya?

“Mak Adif datang sarung cincin!”Bisik Mira geleng kepala. Tahu yang akuni mudah lupa sebab suka melancong pergi Perancis seorang diri.

Aku pandang wajah Mira, blurr..

Malam itu, Adif telefon. Dia kata,

“Jom! Keluar pergi pekan. Minum-minum dengan tunang!”

Mak aih! Suara dia, happy bagai tak ingat dunia! Aku kenang nasib sendiri. Apalah nasib aku lepasni yerk? Huhuhu.. Bergaduh hari-harilah nampaknya..

“Umi, dia suruh pi pekan. Nak jumpa. Bincang.”Aku minta izin. Umi angkat kening.

“Malam?”Umi tanya. Aku angguk.

“Mira ikut.”Mira juga yang aku seret.

“Okay. Make sure balik awal ye sayang..”

Aku angguk aje.

“Kau memang nak susahkan aku!”Mira merungut.

“Kata tak suka, baru berapa jam bertunang, terus pergi dating. Wei, esok aku balik kerjalah. Aku belum kemas barang lagi.”

“Ala Mira.. Anggap kau pergi raya kat kedai minumtu.”

Mira jengil mata.

“Sah kau dah mereng!”

Aku tak peduli dengan rungutan Mira. Aku seret aje dia.

Sampai restoran, Mira pergi tempat lain, aku jumpa Adif. Dia tersenyum aje.

“Hai tunang!”

Mak aih! Terkejut gila aku! Aku toleh kiri, kanan, semua dah sengih-sengih.

“Hai tunang,”balasku dengan suara rendah. Senyum penuh dendamni!

“Apesal awak gilani?”Tukasku tidak menunggu. Dia senyum aje.

“Eh, tau tak saya dah nak gila jugak sebab awak? Macam mana kita sekarangni?”

“Macamni lah!”Adif sengih. Aku mengeluh pejam mata. Sakit jantung melayan dia.

“Awak dengan saya, tak serasi..”Pujukku. Dia kerut kening.

“Serasi aje?”

“Eh, tak serasilah!”Sengal gila mamatni!

“Serasilah, nanti awak tengok. Sayani boleh tahan romantik tau. Iyalah kan? Kena kahwin dengan orang jiwang, kena jadi romantik.”

Dengartu? Dia kutuk lagi!

“Nasib baik awak dengar cakap umi awak.. Kalau tak, tak merasalah saya bertunang dengan awak ye? Macam tak sudi aje.”Adif pancing reaksi aku. Aku cebik aje.

“Mana boleh lawan cakap umi, dia siap ungkit saya tak ada kerja, dia tak mau tanggung lagi dah!”

Adif ketawa besar.

“Awak comel Lia... Dari dulu sampai sekarang. Sebabtu saya tak pernah cari perempuan lain.. Cari awak aje.”

Aku terdiam mendengar kata-katanya.

“Awak rindu saya tak?”Adif tanya. Aku tersentak. Rindu? Erkk..

“Malu?”Adif tanya. Aku tercengang-cengang.

“Takda maknanya.”Aku balas. Setiap kali berdebat dengan dia, aku sudah pasti kalah. Aku juga yang makan hati...

“Iyeke Lia?”Dia mendekatkan dirinya ke wajah aku. Aku cepat berundur. Pheww.. Bahaya!

“Apesal muka merah semacam?”

“Urrmm..”Aku pandang ke arah lain. Debar-debar jantung aku.

“Tak usah keserasian Lia. Kalau cinta, pasti akan serasi juga nanti. Yang penting cinta. Betul tak sayang?”Lembut suaranya. Aku membulat mata memandang matanya. Dia senyum menatap aku. Cepat-cepat aku pandang bawah.

Adoi! Inilah lelaki pertama yang kata, ‘sayang’ kat aku! Oitt Perempuan! Apesal tiba-tiba cair?!

“Arralya Qisya, saya sayang awak, awak tak tahu ye? Asyik tanya macam mana kita lepasni... Macam mana lepasni.... Jangan salahkan sayalah, sayakan cintakan awak? Salahkan lah cinta.”Dia separuh berbisik. Naik merah wajahku menahan debar di dada. ‘Adake orang nak salahkan cinta? Pelik betul diani..’

“Selamat hari raya aidilfitri, sayang.. Tahun depan, kita raya sama ek? Raya dengan Adif Hanafi.”

Aku sudah berada diawang-awangan. Melihat dia yang tinggi, dengan senyuman yang selalu mekar, berkulit agak putih dan berwajah nakal itu membuatkan aku terasa jejak di udara. Ikss! Lebihla kauni Lia!

Alah Lia.. Mengaku aje kau dah ada rasa ehem ehem pada si Adiftu.. Mulut kata tak mau, tapi hati dah melompat-lompat macam katak...

Aku telan air liur sendirian.

“Tak lama, berapa bulan lagila Lia..”Suara itu menyapa telinga. Aku tercengang-cengang. Dia kenyit mata.

“Kita kahwin.” Adif merenung wajahku dalam sambil tersenyum nakal.

Aku tertunduk... Rasa bahagia terbang di mana-mana!




-diorang berdua kawen.. Hidup happily ever after--