CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Lelaki Versi Dia 5




BAB 5

TAK tahan aku tengok muka Wan Aakif yang begitu polos. Gelisah dan rimas. Ye lah selalu muka dia menyombong aje bila pandang muka aku yang tak berapa nak cantik ni kan? Dia handsome aku tak cantik. Nak dia pandang aku? Minta maaflah jawabnya. Tapi itu dulu, sekarang ni dia asyik sibuk nak mengendeng kat aku sepanjang saat. Perangai lebih kurang seperti Auntie Zita. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Kalau tak pun terbalikkan aje peribahasa tu, mana tumpah nasi kalau tak ke kuah sebab sekarang makanan kat Malaysia sudah dipelbagaikan. Nasipun boleh tumpah kat mee maggie apa?

“Arwin, you tak boleh nak duduk diam ke?” Soal Wan Aakif pelan. Aku toleh ke arahnya. Mungkin sebab orang dah ramai yang balik, jadi dia semakin tak ada kerja nak join aku ronda satu rumah.

“Yang awak ikut saya dari tadi tu kenapa?” Aku soal balik. Saja nak kasi dia pening. Selalunya dulu aku yang suka ikut dia ke mana saja. Masa tu aku budak innocent tak reti apa-apa. Yang aku tahu aku suka kat dia. Agak-agak tahap kerimasan dia tu sama tak dengan kerimasan aku sekarang ni? Seri la kan? Dulu aku buat kat dia, sekarang dia buat kat aku.

“This is my first meeting with my own fiance.”

Aku ternganga-nganga mendengar luahan hatinya. Sick! Takkan la dia betul-betul menghargai pertemuan kali pertama dia dengan aku kut? Memang susah nak dipercayai.

“Tapi takkan la awak nak ikut saya 24 jam kut?” Aku kerut kening. Dia hulur senyuman manis sambil menyelitkan sedikit rambutnya yang terurai kat tepi telinga.

“I thought kita berdua mesra?”

Ah sudah... Nak mesra apanya sebab selama inipun dia buat aku macam halimunan masa kita orang berjumpa. Tu kira okay la dia buat aku macam halimunan. Tapi selalunya dia jeling aku tajam-tajam tanda amaran, ‘kau jangan nak hampir-hampir dengan aku’.

Tak kiralah cerita-cerita dulu-dulu tu sebab sekarang ni akukan tunang dia. Dia nak mengendeng tepi aku 24 jam pun tak apa. Err, hadis mana yang aku guna? Derhaka pada agama nampak? Aku tersengih sendiri. Tapi sebab cerita-cerita dulu jugalah yang buat hati aku sekarang jadi malu dan segan dengan diri sendiri... Senyumanku mati serta-merta.

“Mesra mesra juga tapi tak la sampai nak mengendeng kat saya setiap detik...” Aku jawab secara logik. Jadi aku rasa dia boleh faham la kut... Tapi aku nampak dia dah tarik muka kecewa. Susah juga eh kalau dia dah mula suka kat aku? Walaa... Perasan tahap langit la kau Win... Kalau ingatan dia pulih, mahu dia gelakkan aku sampai tergolek-golek atas lantai. Kalau gelak aje kira okey lagi. Cuba bayangkan penampar dia hinggap kat pipi. Mahu kau menangis satu tahun tak keluar rumah.

“I baru nak kenal you...” Dia mula hulurkan senyuman. Aku sambut senyuman dia terus taruh dalam hati. Mana la tau kalau esok ingatan dia datang, susah lepas tu nak tengok dia senyum kat aku.

“You kerja ke? Mama kata you tengah kerja.”

“Hmm... Saya kerja tak gempak pun...” Aku merendah diri. Dah memang aku kerja tak gempak nak buat bagaimana? Gaji sebulan tak sampai tahap dua riban... Bos aku kedekut... Asal dia tak bagi secretary dia yang ayu ni gaji lebih sikit kan? Dia dengar kata-kataku sambil tersenyum penuh makna.

“I tak kisah you kerja apa... Don’t worry...”

Aku kerut dahi. Ada-ada aje Wan Aakif ni. Macam la aku kisah kalau dia tak suka kerja aku kan?

“Apa perasaan you kena tinggalkan hampir 6 bulan oleh tunang sendiri tanpa khabar berita?”

Aku cuba cerna apa yang dia kata. 6 bulan ditingggalkan? Oh, mungkin dia ingat sebelum 6 bulan tu aku dan dia asyik berhubungan dan sentiasa keep in touch lovey dovey couple yang hot bercinta tak ingat dunia. Bila dia dah hilang ingatan, aku pula bersedih hati la kut sebab dia tak pernah hubungi aku...

“Mestilah sedih...” Wah! Aku boleh gantikan watak Lisa Surihani dalam movie Ombak Rindu dah kut... Kelas lakonan aku Jah... Siap tayang muka tak cukup makan sebulan.

Wan Aakif tersenyum lebar. Puas hati la kut tunang dia sedih sebab ditinggalkan 6 bulan. Adakah aku sedang mencipta halusinasi buat Wan Aakif? Adoi... Sejak bila aku jadi pembohong kelas pertama ni? Kelas kau Pe’ah... Hari-hari aku bohong begini mahu tercantas lidah sendiri.

“Boleh I tahu berapa umur you?” Soalan dia buat aku tak senang duduk. Kang kalau dia tanya siapa mak bapak aku, kat mana aku tinggal, tak ke naya?

“Muda empat tahun dari awak.”

“Oh?” Dia buat muka blurr. Tengah mencongkak umur aku agaknya.

“22 ya?” Dia garu kening. Aku angguk aje dah dia tanyakan?

“Bila kita nak kahwin?”

Astagfirullah... Tak tahan betul aku dengan soalan-soalan budak darjah 2 dia ni. Kalau aku jawab esok agak-agak boleh tak?

“Awak boleh tak duduk diam tak perlu nak tanya yang bukan-bukan?” soalku agak marah. Mungkin dia tahu aku tengah moody tak nak diganggu, aku tengok dia semakin menjauhi aku. Aku menghela nafas lega sambil meneruskan kerja menyapu lantai rumah. Tak lama lepas tu dia datang berdiri di sebelah aku lagi.

“I tanya sebab you yang suruh I untuk ingat semula hidup I yang lepas...”

Hampir tercekik aku mendengar kata-kata sedih Wan Aakif. Aku berhentikan projek menyapu dan aku mula pandang wajah dia lama-lama. Wan apa dah jadi dengan kau ni? Kesian pun ada aku tengok...

“Saya tak sedia lagi la Wan. Lagipun saya masih muda...” Aku jawab jujur kat dia. Mana boleh nak kahwin hari ini hari ini juga walhal dia masih belum ingat siapa aku. Dia cakap begitu sebab dia tak ingat aku ni perempuan yang paling dia anti dalam dunia. Aku nampak Wan Aakif seperti berfikir panjang sebelum kembali duduk di sofa ruang tamu. Nampak sangat muka dia tengah confuse. Kasihan...

“Wan, aku nak kasi tahu kalau orang perempuan ni cepat rimas... Terutamanya bila lelaki asyik bertanya bila nak kahwin bila nak kahwin...” Suara Wan Adree kedengaran di cuping telingaku. Kembang kempis hidungku menahan amarah. Dia orang ni agak-agaklah kalau nak bersekongkol menipu Wan Aakif... Semua pakat-pakat usik aku dan Wan Aakif sampai aku rasa dah jadi manusia hipokrit.

“Ya ke?” Wan Aakif garu kepala dia. Macam serabut aje aku tengok.

“Win tidur sini malam ni?” Soal Auntie Zita. Ah, sudah... Kalau Auntie Zita dah pelawa, susah aku nak tolak... Dia punya gam uhu tu kuat gila.

“Tak la auntie... Lagipun housemate Win sakit perut tadi...”

“Oh, Nafisa ke? Patutlah tak nampak dia lagi...” Auntie Zita termakan kelentongku. Berapa banyak dosa menipu hari ini aku kumpul? Aku tunduk dengan rasa bersalah.

“I hantar you balik rumah...” Suara Wan Aakif mencelah. Aku cepat-cepat menggeleng kepala.

“Tak apa... Saya boleh balik sendiri.” Balasku tegas. Tak nak la dia hantar, nanti kalau dia tahu aku tinggal kat mana lagi haru jawabnya.

“Biarlah Aakif hantarkan... Win takut kat tunang sendiri ke?” suara Wan Adree hampir-hampir membuat aku terkena darah tinggi. Lagi-lagi bila dia tekankan perkataan ‘tunang’ tu.

“Bukan takut tapi tak nak menyusahkan.” Tekanku geram. Perangai Wan Adree yang suka mengusik memang dari dulu dah sebati kat aku. Cuma malam ni aku terlebih sensitif sebab tiba-tiba dapat tunang segera. Bersungguh-sungguh aku cuba melupakan perasaan aku pada Wan Aakif alih-alih jadi gini. Cuba kalau Wan Aakif dapat balik ingatan dia lepas aku dah jatuh cinta semula pada mamat ni, ada juga yang makan jantung pisang tak berlagu.

“Biarlah Wan hantar Win balik... Lagipun bahaya naik teksi sorang-sorang... Kalau Win ada kereta tu lain cerita.” Pujuk Auntie Zita.

Fine fine... Wan hantar Win balik...” Suara aku lemah macam tak makan satu hari. Tapi tak apalah... Daripada kena tidur kat sini, lebih baik tidur kat rumah sewa aku. Biarlah kalau Wan hantar sekalipun... Akhirnya aku buat keputusan dalam keadaan yang separuh hilang akal.

Aku dengar tawa Auntie Zita dan Wan Adree jadi satu. Dan serta-merta aku tak faham kenapa aku harus jadi mangsa dia orang.

Sekarang aku nak tarik diri dalam permainan ni boleh tak? Aku lemparkan pandangan minta simpati pada Auntie Zita. Dan sekali lagi wanita separuh abad itu seakan-akan tidak memahami jeritan batinku. Arghh!!

Pukul 10 malam aku duduk dalam kereta Wan Aakif. Terpaksa. Bukan aku yang nak sangat tapi betul-betul terpaksa. Lepas hari ini, aku tak nak muncul depan dia lagi... Aku janji.

“You tinggal kat mana?” Dia tanya.

“Taman Orkid kat simpang tiga tak jauh dari Giant.” Balasku ringkas. Dia angguk-angguk kecil. “I see...” senyuman dia terukir di bibir. Aku tak cakap apa-apa. Malas dah nak berbual dengan dia.

Somehow I tengok you macam tak selesa aje bila I ada. Betul ke dulu kita pernah bertunang?” Satu lagi soalan menyerang. Aku pejam mata rapat-rapat sebelum menghela nafas dalam. Satu yang aku rasa annoying tahap rasa nak ketuk kepala kat cermin kereta adalah ‘somehow’ dia tu. Lagi satu cara dia bertanya macam ada lagi satu juta soalan kat dalam kepala dia untuk aku.

“Kita memang tak rapat sangat dulu. Stail apa bertunang tapi tak rapat sangat.” Jawabku tenang. Wan Aakif nampak seperti tak puas hati dengan jawapanku. Cara dia memandu semakin perlahan dan aku dah mula rasa macam orang tengah naik kereta kabel kat Pulau Langkawi.

“Boleh tak you ceritakan pada I bagaimana kehidupan kita yang dulu?” Soal Wan Aakif melirik ke arah aku. Aku mengurut tangan dan membalikkan tubuh aku ke cermin kereta.

“Kita dulu seperti inilah...” Aku balas lambat-lambat. Ni jawapan jujur. Aku dan dia mana pernah rapat. Dia pandang Arwin Raisha macam pandang semut tengah cari rezeki kat mana-mana. Pandang sebelah matapun tak. Mungkin sebab dia tengok aku ni asyik terkejar-kejar dia, siap panggil dia encik suami masa kat sekolah dulu, tu yang dia rasa menyampah kat aku.

“Seperti ini?” Sah dia tak faham lagi. Bagaimana caranya untuk buat Wan Aakif berhenti bertanya soalan yang bukan-bukan kepada aku? Aku kembali menoleh ke arahnya.

“Wan, kalau boleh jangan tanya soalan pelik-pelik pada saya. Saya tak ada mood nak bercerita. Dan lebih baik kalau kiranya awak jangan ber ‘I’ ‘you’ dengan saya. Saya rimas.”

Aku tunggu dia balas tapi dia tetap berdiam diri. Dia pandang jalan raya tu sampaikan aku tak dapat nak baca hati dia. Dia dah sedarlah kut yang aku ni tak berapa nak melayan dia sangat. Lima minit kami berdiam diri dan aku lebih selesa begini. Kalau Wan Aakif hilang ingatan, aku pula mencipta ingatan yang tak pernah berlaku sepanjang hidupku.

“Kita tak semesra pasangan kekasih yang lain... Maknanya selama ini awak terpaksa bertunang dengan saya?”

Aku pura-pura tidur untuk mengelak menjawab persoalannya. Kalau boleh, jangan soal aku benda pelik-pelik. Aku bukan penjawab yang baik lebih-lebih lagi kalau benda tu tak pernah wujud atau dengan kata lain menipu.

“Arwin?” Aku dengar nama aku di seru. “Are you sleeping?”

‘Ya...’ Aku jawab dalam hati. “Ingatkan kita berdua dah nak kahwin, jadi perhubungan kita berdua baik-baik saja... Saya keliru la Win...” Keluh Wan Aakif pelan. Hati aku terdetik kecil bila mendengar luahan hatinya. Kasihan kat awak... Tapi aku tak dapat nak tolong apa sebab aku rasa aku dah jadi watak antagonist dalam hidup dia. Bayangkan aje kalau aku jadi Wan Aakif. Aku hilang ingatan lepas tu mak aku kasi tau yang Harriz tu tunang aku walhal selama ni aku benci gila mati kat mamat tu. Yang paling last, aku kena kahwin dengan mamat tu. Oh noooo.....

“Kadang-kadang hidup saya rasa tak bermakna... Saya dah cari jalan balik tapi saya tak tahu nak pergi mana...”

Dia tarik nafas dan dia keluh. Aku agak dia nak tenangkan hati yang tengah serabut. Mungkin kalau aku jadi dia, aku pun macam tu juga.

“Win, I need you...” Bisik Wan Aakif dalam tetapi aku masih mampu mendengarnya.

Satu perkataan itu membuat diriku bungkam seketika.


Lelaki Versi Dia 4



BAB 4

SELEPAS aku solat, aku kemaskan telekung Auntie Zita di dalam almari. Memang telekung itu tersedia di sana kerana Auntie Zita kata senang kalau ada orang nak guna. Ye lah sebenarnya bilik ni kan bilik tetamu tapi aku buat macam bilik aku.

Selesai aku mengemaskan tudungku, aku masih lagi berfikir tentang Wan Aakif. Pelik gila lelaki itu. Takkan duduk luar negara boleh menyebabkan seseorang akan putus wayar otak? Tiba-tiba mengaku aku tunang dia, kan ke pelik bin ajaib? Tak pernah pun aku dengar dari mak ada orang datang merisik. Kut ya pun Wan Aakif berhalusinasi, takkan sampai teruk macam tu? Dia desperate nak kahwin ke? Kalau desperate sangat, minta maaf lah ye aku tak nak jadi calon isteri dia.

Tiba-tiba aku dengar ada orang mengetuk pintu bilik. Aku bergegas keluar untuk membuka pintu bilik. Mana la tau ada orang nak tumpang solat...

“Dah solat?” Auntie Zita rupanya... Aku angguk sambil tersenyum. Auntie Zita tarik tangan aku masuk ke dalam sambil memandang wajahku bersungguh-sungguh. Aku mula rasa curiga. Ni tak lain tak bukan mesti ada sesuatu yang penting perlu dibincangkan sebab Auntie Zita jarang buat muka suspen seperti itu. Cara dia pandang aku gaya macam orang tengah nak meminta sesuatu.

“Kenapa auntie?” soalku hairan. Auntie Zita menghela nafas dalam dan menepuk tanganku pelan.

“Auntie nak cerita pasal Wan Aakif...”

Aku terdiam mendengar kata-kata Auntie Zita. Serius aje bunyi nak cerita pasal Wan Aakif ni...

“Win ada rasa tak sesuatu bila bercakap dengan Wan?” Soal Auntie Zita. Makin berkerut keningku bila Auntie Zita buat muka sedih. Dadaku berdebar tiba-tiba.

“Kenapa auntie?”

“Masa kat US enam bulan lepas, Wan Aakif terlibat dalam kemalangan jalan raya.”

Aku beristighfar dalam hati. Nasib baik Wan Aakif masih bernafas sehingga sekarang. Kalau tak mesti Auntie Zita sedih gila.

“Dia hilang ingatan. Tapi masa tu auntie tak tahu sebab tak ada orang inform. Dua minggu dia dekat hospital tak ada yang pergi cari dia. Bila Wan tak muncul dua minggu, masa tu barulah kawan-kawan dia cari dia. Bila dah jumpa, kawan dia ni hubungi auntie yang Wan kemalangan tapi dia juga cakap Wan dah sembuh. Tak ada yang patah atau luka terukpun. Jadi auntie ingat kemalangan tu tak teruk sangat. Tapi kawan Wan ni tak kasi tahu kat auntie yang Wan hilang ingatan. Ingat tak masa auntie pergi ke US sebulan yang lepas?” Auntie Zita tanya aku. Tunggu respon dari aku. Aku angguk aje la walhal aku tak ingatpun.

“Masa tu auntie terkejut tengok Wan.” Auntie Zita menghela nafas panjang. Aku mulalah bukak telinga besar-besar. Nak tahu juga apa benda yang mengejutkan Auntie Zita.

“Dia orang lain, bukan Wan Aakif Akmani auntie. He was so rude. Tattoo sana sini. Muka serabai dan yang paling buat auntie rasa tak percaya, dia berpelukan dengan girl kat sana macam laki bini.”

Aku tersentak. Biar betul? Maknanya Wan Aakif tu tak teruna lagi la ye? Uish!

“Dia merokok dan minum depan mata auntie. I told him yang dia tu ada agama. Agama larang dia buat benda-benda tu semua. Dia tunjuk muka blurr kat auntie. Auntie hanya dapat menangis sebab masa tu dia tak ingat langsung pasal auntie. Sepatutnya dia balik tahun lepas tapi dia berdegil tak nak balik. Kalau auntie paksa dia balik, mesti benda-benda macam ni tak akan berlaku.”

Aku dengar sendu dari seorang ibu. Aku tak tahu bagaimana perasaan Auntie Zita tapi kalaulah satu hari nanti anak aku bertukar tiba-tiba macam dalam kes Wan Aakif ni... rasanya aku suruh laki aku yang settle kan. Hehehe... Hari ni je dah berapa kali aku berangan nak ada laki. Tapi normallah kan orang perempuan fikir benda-benda begini? Selalu juga aku fikir sape la jodoh aku yang telah ditetapkan sejak azali tu.

“Auntie kata auntie nak bawa balik dia ke Malaysia tapi dia tak nak. Auntie pujuk dia tapi Wan nak terus hidup kat sana. Auntie paksa dia buat ujian HIV dan ujian lain-lain sebab takut sesuatu terjadi. Auntie tanya dia dah buat hubungan dengan perempuan dia kata belum. Auntie percaya la kat dia sebab buat apa dia nak tipu auntie kalau dah muka dia pun hampir sama macam penyangak tepi jalan. Lepas tu auntie kata kat dia... Yang dia dah ada tunang kat Malaysia sebelum dia terbang kat US.”

Ha? Tunang? Aku pandang wajah Auntie Zita tak percaya. Jangan-jangan Auntie Zita jual nama aku tak?

“Nama dia Arwin Raisha. I gave him your picture....”

Astagfirullahalazim! Darahku menyirap ke atas kepala.

“Dia kata dia nak jumpa tunang dia. Tapi dia tak nak balik lagi sebab nak settle banyak benda kat sana... Win, auntie nak Win tahu, dia balik Malaysia ni sebab dia nak tengok tunang dia.”

Aku hampir-hampir pitam mendengar kata-kata Auntie Zita. Biar betul ni?!

“Kenapa auntie tipu Abang Wan?” Soalku cemas. Gelabah gila bila teringat pandangan mata Wan Aakif pada aku sedari tadi.

“I’m sorry Win... Tapi auntie tak nak dia semakin jauh... Kalau Win boleh membuatkan dia balik ke Malaysia, apa salahnya Win tolong auntie?”

Memang tak salah tapi... Aku nak tolong apa? Menyamar jadi tunang Wan Aakif sampai dia dapat ingatannya balik? No no no! Kerja gila! Nanti kalau dia dah ingat balik kehidupan dia yang dulu, gerenti-gerenti aku dituduh gatal cuba ambil kesempatan!

“Auntie minta tolong sangat-sangat... Tolong tengok-tengokkan Wan... Kalau dia kata dia nak balik US semula, halang dia... Sebab sekarang dia memang percaya yang Win tunang dia...”

Sekali lagi aku rasa tubuhku disambar petir. Tak nak buat kerja gila ni. Aku tak nak! Kenapa Auntie Zita mesti pilih nama aku antara berjuta-juta nama perempuan dalam dunia ni? Macam la tak ada cousin-cousin perempuan aku yang lain?

“Tolong ya Win... Win aje anak buat auntie yang paling rapat...”

Aku terkedu tak terkata. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Nak tolong ke tidak?

“Tolong balikkan Wan Aakif Akmani yang dulu pada auntie... Auntie nak Aakif yang dulu... Yang sayangkan auntie lebih dari segala-galanya.”

Aku lihat air mata Auntie Zita dah berterabur di pipinya. Aku jadi serba salah dengan diri sendiri.

“Nanti kalau Abang Wan ingat sejarah dulu-dulu?”

“Alhamdulillah...” Balas Auntie Zita terharu. Aku pula yang jadi bersimpang siur. Kalau dia ingat sejarah dulu-dulu, mana aku nak letak muka? Dah la dulu Wan Aakif tu tak suka kat aku....

“Tapi tak berdosa ke tipu dia?” soalku pening-pening lalat. Auntie Zita gelengkan kepala.

“Demi kebaikan dia tak apalah Win... Kalau Win takut dosa, apa kata kita betul-betul jadikan ini satu perhubungan. Anggaplah majlis malam ni adalah majlis pertunangan Wan dan Win.”

Aku ternganga mendengar cadangan Auntie Zita. Ni dah macam orang tak ada adat je...Takkan la...

Auntie Zita lurutkan cincin di jari manisnya dan terus disarungkan pada tanganku. Cincin emas putih berbatu sebiji sangat indah tersarung di jari manisku. Aku terpempan membalas pandangan Auntie Zita dengan rasa bercampur-baur.

“Mulai hari ini, Win tunang kepada Aakif Akmani. Dan Win juga lambat laun akan kahwin dengan anak auntie. Lepas ni panggil auntie mama aje.” Auntie Zita menarik tubuhku dalam pelukannya. Jari-jari aku terasa sejuk seperti dibenam ke dalam ais bila mendengar perkataan kahwin.

“Tapi kalau Abang Wan ingat semula?”

“Auntie tahu yang Win dah lama ada hati pada Wan. Kalau Wan ingat semula pun, mama akan paksa dia kahwin dengan Win juga.”

Aku memang dekat nak pitam dah ni. Tak sangka begitu sekali kesungguhan Auntie Zita sampaikan nak buat kahwin paksa. Aku lurutkan semula cincin di jariku dan aku letakkan di tapak tangan Auntie Zita. Auntie Zita memandang wajahku seperti kecewa. Mungkin dia rasa aku tak sudi nak tolong dia la kut. Aku hela nafas panjang-panjang sebelum memejam mata rapat-rapat. Minta pertolongan daripada ALLAH untuk kuatkan hati aku yang dah mula goyah ni.

“Auntie, tak perlu la buat benda ni semua untuk Win... Win akan tolong auntie tapi tang kahwin paksa tu, Win tak nak. Win tak suka paksa-paksa bila melibatkan kehidupan seumur hidup. Selagi Abang Wan tak ingat, Win tolong auntie tengok-tengokkan Abang Wan tapi jangan berharap sangat kat Win sebab Win pun tak tahu nak buat apa.”

“Tapi Wan tengah fikir yang sekarang ni Win adalah tunang dia...” Auntie Zita nampak macam kecewa habis sebab aku dengar suara dia yang mula tertekan.

“Win tak cakap Win tunang dia. Tapi kalau dia anggap Win tunang dia, Win tak kisah.” Balasku sambil mengusap tangan Auntie Zita untuk meringankan beban hatinya. Mata Auntie Zita bersinar-sinar bila aku kata begitu.

“Terima kasih Win! Mama sayang Win...”

Erk? Mama? Aku mula rasa tak sedap hati tapi aku diamkan aje.

“Jom turun, nanti tunang Win tunggu lama kat bawah tu.”

Aku tercekik saat itu juga. Oh sekarang Arwin Raisha dah ada tunang la ya? Aku telan air liur pahit kerana tersedar yang aku dah terperangkap dek rancangan gila Auntie Zita.

Patutlah Wan Aakif kata aku tunang dia... Suweii betul!

Aku melangkah ke tingkat bawah dengan muka serabut. Bila mata Wan Aakif melekat pada wajahku, rasa kejang satu badan. Seram sejuk pun ada. Oh betulkah ini realiti? Am I his fiance? Stop dreaming Win... Tak jauh mana kau boleh hidup dalam khayalan tu...

“Win, come here...” Dia panggil aku dengan lagaknya. Mataku tak lepas memandang wajah Wan Aakif. Betullah, lain gila lelaki ini. Tak macam Wan Aakif yang sombong dulu. Sekarang mata Wan Aakif seperti tercari-cari sesuatu. Dia seperti berminat untuk mengkaji diriku. Er? Mengkaji? Oh, Win... Jauhnya fantasi otak kau...

“Pergi mana tadi?” Soal Wan Aakif menghampiri aku.

“Solat. Awak tak solat ke?” Sekelip mata aku tukar panggilan aku pada dia. Ye la tadi Wan Aakif juga yang hairan bila aku terabang-abang bila dengan dia kan? Aku lihat muka dia dah berubah.

“Err... Jom la makan. I dah ambilkan makanan untuk you.”

Aku kerut dahi seribu. Wan Aakif betul-betul ingat aku tunang dia ke? Oh kesiannya!

“Hmmm...” Aku diam saja masa dia ambilkan aku sepinggan nasi dan lauk campur serta mengajak aku duduk di ruang tamu. Walaupun ramai orang di sini, tapi aku rasa tak ada orang langsung sebab mata Wan Aakif betul-betul tak lepas memandang wajahku. Nasi yang aku telan serupa macam pasir.

“Kenapa pandang saya macam tu?” Tegurku padanya. Wan Aakif sekadar geleng kepala.

Somehow I tak sangka yang I ada tunang sesopan you. You tak rasa yang I ni jahat sangat ke?”

Mak aih! Apa aku nak jawab ni? Aku blurr pandang muka dia. Sumpah aku bukan la pelakon yang hebat! Rasa janggal gila. Rasa nak teriak kat dia yang aku ni bukannya tunangan dia. Aku ni adik sepupu dia je. Tak lebih malah terkurang...

“Tak.” Balasku jujur. Sepanjang aku kenal dia, dia memang sombong tapi dia tak pernah jahat padaku. Sikap dia itu yang membawa jurang perbezaan antara kami tapi tak apalah sebab sekarang aku dah sedar betapa jahilnya aku waktu dulu. Mengharap pada yang tak sudi...

“So bila kita nak bincang pasal tarikh perkahwinan kita?”

Aku tersedak-sedak mendengar kata-kata Wan Aakif. Apa dia? Tarikh kahwin??

“Lima tahun lagi kut...” Jawapan paling selamat.

“What?! Are you kidding?” Spontan Wan Aakif menggenggam tanganku. Aku terkesima bila melihat wajahnya yang mula merah menyala.

“I dengar kita dah bertunang dekat 6 tahun... For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.” Tegas. Tegas dia seperti menghunus parang di leherku.

Aku toleh ke tepi dan aku nampak Auntie Zita tengah perhatikan kami berdua. Aku lirik Auntie Zita minta simpati pada dia tapi Auntie Zita buat-buat tak nampak berlalu ke dapur begitu saja.

“Tapi lebih elok sampai awak dapat ingatan awak balik...” Aku cuba beri alasan. Tak lama aku tengok dia termenung jauh. Wajah dia dah beransur tenang. Dia pandang wajahku seperti mengiakan kata-kataku.

“I akan cuba ingat memori lama I...” Balasnya pelan.