CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 30, 2012

Promo : Cerpen Percaya Kata Cinta










Letak cover dia dulu tapi x tau bile nak siapkan . Ha Ha .

O ye, cerpen ni kesinambungan Aku Tak Percaya Cinta . Ada la dalam beberapa orang pembaca suruh buat sambungan jugak . Tapi tak tetap lagi la tajuk dia ni . Kalau ana rasa nak tukar, ana tukar la sebab banyak sangat dah cerpen n novel ana yang ada perkataan 'cinta'. (samwan ckp mcm tu . Ahak.)









~Skang ni tengah siiibuukkk sangat. Sebab?



* nampaknya lama lagi la nak menulis gamaknya. Adeiyh. *






p.s - Percaya Kata Cinta dah tukar tajuk jadi 'Mengapa Ada Rasa' dan dah di post dalam blog... Rujuk kat tepi ni 'koleksi-koleksi cerpen' ... TQ ^___^




Saturday, January 28, 2012

Tentang Cerpen ATPC & MKH













Sesiapa yang minta sambungan cerpen Aku Tak Percaya Cinta tu, memang x de smbungan lagi ...


Walaupun ana ada tulis sambungan dia, ana x post dekat blog sebab nak print out bagi kat sorang bufday gurl (ikhlas nak bagi kat dia .. ).. Minta maaf ya ,













Macam tu juga Menghulur Kekasih Hati tak jadi la post dekat blog .


Bufday gurl tu salu baca cerpen ana kat sini , kalau kena post dah jadi x special .. Hi hi... *lepas ni sesapa yg befday girl, jgn nak mintak print out kan .. bankrap kedai printer bapak ai .. (Konon)




K babai.. Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia dan last but not least, Assalamualaikum kepada pembaca .










Thursday, January 26, 2012

Kadang-kadang Tak Ada Logika #2






Assalamualaikum ...

Hi hi.





:HEART:





Asalnya blog ni untuk peribadi je tak sangka jadi blog e-novel RinsyaRyc . Alooo.. Rasa dah lama ana tak cerita-cerita pasal kehidupan ana kat blog kesayangan nih.

Minggu depan dah habis cuti, so kena tumpu pada study. Lepas tu ada riban-riban kerje tak settle lagik . Banyak projek tergendala. Kena jadi pengelola sukan maktab, buat pertandingan permainan tradisional Halipan *kertas kerja x settle lagik*, belum lagi lawatan pi agensi sukan-sukan, lepas tu lawatan tempat-tempat yang ade kaitan dengan Pendidikan Khas <----op kos kertas kerja n lain-lain kena buat.

Jadi mungkin lambat kut nak hapdet-hapdet cerita lagi. Takpe kan? Hee...







Ada tiga cerita yang ana tengah on the way kan dalam blog, 'Jutawan Cintaku', 'Curi-curi Cinta' dan yang newest ' My Iron Girl, Romantiknya!'










Ekceli JC dah habis dah ana tulis. x panjang, dekat 400 pages with 45 parts . Tapi awat kat blog sampai 15 je? Tu pasal kena edit satu-satu bab sebab dulu masa buat JC otak tak berapa nak matang. *skang pun x matang jugak tapi adala matang sikit* . Tak tau la ada tak yang mengikuti JC sebab JC ni macam tak best la kut . Hee...

Kerja mengedit memerlukan masa yang agak lama berbanding menulis #so true .

Membaca semula, lepas tu edit balik. Wawaw.. fenat . Ada hati gak nak up je tak yah edit bagai tapi rasanya itu hasil pertama yang ana tulis. Sayang la kut . Hee...









Pasal CCC, sebenarnya ana dah ada plot cerita. Tiap-tiap malam fikir pasal Ica & Adam. Tapi ntah la. Rasa macam 'kehilangan' pun ada . Nak tulis rasa takut-takut sikit . Why ? Uhuk. I'm sorry for those yg ikuti cerita ni. Kena freeze dulu sbb nak tunggu feeling mengolahnya. Nak tau apa jadi dengan Ica? Sebenarnya lepas ni Ica.... Haish, malas eden nak cerita . Hee... . CCC tu konflik perasaan dia banyak sangat.












MIG,R! nih cerita biasa-biasa je . Rock & roll la kut ... Ana lebih selesa dengan gaya riang ria kanak-kanak rebina ... Tak tahu kenapa. Sebab tu la cerpen Cinta Sambal Belacan dekat sangat kat hati ana. CSB tu ilham daripada seorang kawan ana yang merupakan maniac belacan. Dia kalau dah terbayangkan belacan, muka macam kucing nak minta makan. Bhahaha...
Dan My Iron Girl ni tercetus tajuk dia bila ada la seorang makhluk Allah menggelar ana perempuan hati besi =.=" .

Besi pun besi la ... Last-last benda tu boleh jadi satu jalan cerita sempoi. Eh, Rin punya hidup memang sempoi ke? Alooo.. Ana tak la sesempoi mana. Just kadang-2 tu ada la manja-2, ganas-2 tu memey la ada, sesekali insaf la jugak (Tapi x lama la rasa insaf tu.. Adess) ..










Mengenai pembaca ... Ana tak tahu la nak cakap macam mana lagi, rasa terima kasih sangat-sangat-sangat ... Terutama yang sanggup drop komen tu . Sayang korang ketaq-ketaq ..
Ada yang bagi semangat supaya terus yakin pada diri sendiri pun ada . Aish. Macam tau-tau je ana ni low self confident. (psstt... Kantoi sangat ke?) Hee....

Ade komen dulu kata kat ana, kalau x konfiden, bleh blah la tak ya jadik penulis! Ohoo! Mana boleh berenti... Tangan ana nih gatai sangat nak menulis...
( Nampak je luaran ana besi and cool sikit, tapi dalam hati ada air terjun . Wawaww.. )


Tak apa, ana kalau down tu kejap-kejap je la . Biasa la manusia, tak dapat la nak up sentiasa ....


K setakat nih je .. Thank iyu baca benda-2 macam ni . Rasa poyo jer.. Heee..


Babai see u soon~ Slm perpaduan ! *lambai-lambai tangan*








My Iron Girl, Romantiknya! Part 3




Part 3: Hi!









“KEREK gila minah tu!” Suara Adif disambut gelak mereka berempat. Siap tunjuk penumbuk. Hish. Adif geleng-geleng kepala.

“Ben, kau kenal ke tak dia?” Tanya Harris menolak bahu Naqiuddin. Naqiuddin terus angkat bahu.

“Aku? Kenal dia? Wei, taste aku high class la...” Balas Naqiuddin mendabik dada. Masing-masing tercebik mendengar kata-kata Naqiuddin.

“Kalau betullah kau jantan, aku cabar kau tackle minah tu!” Adam angkat-angkat kening kepada rakan-rakan yang lain.

Adif petik jari. “Good idea!”

Naqiuddin tercengang-cengang. Mampus la! Gerenti failed punya kalau nak mengorat minah ganas macam si Dhia .... Dhia Wardina! Haish... Kawan-kawan dia tak tahu kes Dhia Wardina simbah muka Naqiuddin guna teh tarik kat kedai mamak. Kalau tahu, confirm jadi bahan ketawa. Ye lah mamat hottotot macam dia, kena simbah dengan teh tarik? Wow... Naqiuddin geleng kepala laju-laju.

“Weyh, kau orang biar betul? Kita genglah! Apesal kau orang nak kenakan aku pulak?” Tanya Naqiuddin kerut dahi. Inilah yang dinamakan, takde kerja mencari naya.

“Kalau kau jantan, kita orang nak tengok kau bawa minah kerek tu sempena sambutan hari jadi mak aku.” Cabar Harris. Naqiuddin terbeliak.

“Aku tak naklah! Gila ah kau orang. Kau ingat dia tu anak kucing ke sampai nak buat pertaruhan? Tak naklah! Kalau suka tu, biar datang dari hati. Sat kalau aku tackle dia lepas tu dia sangkut, tak ke naya? Kau nak bertanggungjawab??” Tanya Naqiuddin memandang tepat ke arah Adam.

Adam tersengih sambil geleng-geleng kepala. Walawei, minah kerek macam tu? Mampus la aku kalau terpaksa bertanggungjawab kat dia... Bagi free pun dia tak hingin. Taste dia tu macam Tania. Lemah lembut, sopan santun, sedappp mata memandang...

“Alah, aku fikir dapatlah kita tengok pertunjukkan hebat masa kini. Tapi Ben tak naklah pulak. Mana la tau, tiba-tiba Ben dengan minah tu tersangkut betul-betul... Mesti syok...” Harris buat muka kecewa.

“A’oh. Nak tengok juga kehebatan Ben mengorat ye dak?” Adif ikut mengeluh.

Naqiuddin pejam celik pejam celik mata. Tak tahu nak cakap apa. Kalau perempuan lain, kut la dia sanggup. Tapi ini minah Dhia Wardina yang ganas semacam tu? Aku masih nak hidup lama-lama.





HADIRA duduk di atas meja bilik kuliah dengan lagak gangster abad ini.

“Kau orang nak tahu?” Tanya Hadira memandang satu persatu wajah di hadapannya. Lima orang itu terangguk-angguk cemas. Nak tahu apa?

“Madam Anne suruh aku jadi watak utama dalam pementasan drama dia...” Hadira tersengih lebar sambil menggosok-gosok hidung dia. Bangga tak ingat.

Lima orang itu ternganga tak percaya.

“Kau? Jadi hero ke heroin?” Tanya Sharron kuat. Hadira memandang wajah Sharron dengan mata yang terbeliak.

“Heroin la bongok!” Hadira sekeh bahu Sharron. Nak sekeh kepala tapi rasa macam tak elok pula main-main kepala orang. Bapak aku kata kurang ajar.

“Biar betik Dee... Kau nak kencing kita orang hidup-hidup ke?” Tanya Tia kerut kening.

Bukan boleh percaya si Hadira ni. Hari tu dia pernah kena tipu hidup-hidup. Kononnya Hadira nak buka bisnes butik sendiri. Keayuan gitu. Heh. Dia juga yang bodoh percaya dengan Hadira. Kerja paling sesuai untuk Hadira ialah angkat batu-bata kat tempat pembangunan belakang universiti. Ha, yang itu memang tak syak lagi sebab Tia pernah nampak Hadira buat kerja part time simen menyimen rumah baru jiran baru Hadira sendiri.

“Tia, kau tengok muka aku ni macam muka tengah menipu ke?” Tanya Hadira membulat mata. Tia mencebik. Macam boleh pakai muka Hadira tu... Berlakon je lebih.

Shima terkebil-kebil menonton lagak Tia. Banyak-banyak orang, Tia aje paling berani dengan Hadira. Yang lain semua jadi tikus mondok bila berhadapan dengan Hadira. Takut lebih. Lagi satu, Hadira tak pernah nak jentik Tia walaupun mulut Tia longkang nak mampus menjawab kata-kata Hadira. Kalau orang lain, dah kena sekeh, kena pijak pun ada. Paling seriau bila Hadira baling buku Hubungan Etnik yang berat sekilo kat dalam bilik kuliah kepada Tiara sebab cuba bermain mata dan mengorat BEKAS pakwe Tia, si Izlan tu. Nasiblah jugak Tiara sempat mengelak.

“Kau terima ke?” Tanya Wawa tiba-tiba.

“Terima apa?” Mata Hadira jatuh kepada Wawa.

“Madam Anne, jadi heroin?”

“Bukan Madam Anne la yang jadi heroin. Tapi aku!” Ucap Hadira laju-laju. Haish. Bengap juga kawan-kawan dia ni.

“Of course la kau. Kau terima ke tak?” Tia menyampuk. Hadira memuncungkan bibir. Terima tak? Tak terima? Terima tak?

“Entah. Aku belum fikir lagi. Aku rasa aku nak tengok siapa hero dia dulu.”

“Apa tajuk drama tu?” Sharron excited.

“Jeng.. Jeng.. Jeng..” Hadira tersengih-sengih lebar.

“Cepatlah!” Tia dah mula buat muka bosan.

“Puteri.... Duyung!” Hadira julang tangan ke atas. Masing-masing berpandangan.

Bhahahaha...

Satu bilik kuliah dipenuhi hilai tawa lima orang kawan-kawan Hadira. Biar betul puteri duyung? Jammed rasa otak sebab imagine si Hadira jadi duyung.

Ini bukan group study dah...




IZLAN tergopoh-gapah mengejar langkah Hadira.

“Dee!” Panggil Izlan kuat. Hadira menoleh. Terpandang aje muka Izlan, dia dah kepal penumbuk.

“Dee, kau dah salah faham hari tu.” Ucap Izlan termengah-mengah di hadapan Hadira. Hadira buka mata besar-besar.

“Apa yang salah, apa yang faham? Cakap!” Tempelak Hadira. Izlan kerut-kerut dahi. Kenapa benci sangat Hadira kat dia?

“Aku putus dengan Tia sebab...”

“Sebab apa?!”

“Sebab kita orang dah macam tak ada perasaan antara satu sama lain...”

Pentipu! Tia nangis-nangis jumpa aku tau tak?” Hadira menjengil mata. Izlan tercengang-cengang. Tapi... Tia sendiri datang kat dia minta putuskan hubungan... Bukan dia yang bersalah.

“Tia sendiri kata kat aku, a love without feeling, such a rainbow without colour. Aku nak buat apa lagi kalau dia tak nak aku?” Tanya Izlan mengetap bibir. Hadira terkebil-kebil. La ya ke?

“Ah! Aku tak peduli. Kau tetap salah!” Hadira melangkah laju. Nanti kau Tia, buat malu mak bapak aku je!

“Dee...” Izlan tarik tangan Hadira. Spontan pula tangan Hadira kasi pelempang kat bahu Izlan. Izlan menyeringai kesakitan sambil memegang bahunya kuat-kuat. Kening Izlan turut bertaut menahan sakit.

Hadira terlopong tapi lepas tu dia buat selamba. Alah, sakit sikit aje tu... Mengada lebih la Izlan. Hadira terus berlari laju-laju meninggalkan Izlan sendirian.

Naqiuddin memandang dari jauh dengan wajah tak percaya. Gila la minah ni. Lelaki bukan main handsome, tinggi kacak ala-ala pramugara Air Asia boleh pula dia lempang macam tu sekali?

Dari raut wajah si hero macam hero tengah mengorat. Dari raut wajah si heroin, macam heroin tu naik angin sebab tak suka hero kacau dia. Wuishh... Nasib baik dia tak terima cabaran beruk-beruk berempat tu tengah hari tadi. Kalau tak, mesti dia turut merasa kena pelempang tangan Dhia Wardina. Alooo.. Ngerinya!

Naqiuddin garu-garu kepala sendiri.




HADIRA melompat-lompat riang masuk ke dalam bilik drama. First time woo... First time dia kena offer jadi watak utama! Glemer la lepas ni nama Dhia Hadira. Hua hua hua...

“Hadira you dah sampai? Awal juga. Good... Good... Saya suka orang yang menepati masa. Take your sit now.” Madam Anne menyambut kedatangan dia dengan wajah manis.

Hadira tersengih lebar. Wuwuw... Kena puji...

Tapi sengihan Hadira mati saat terpandang ramai student dah duduk tercongok memandang dia. Ciss! Kena perli.

Hadira ambil tempat duduk di sebelah seorang lelaki yang sibuk membaca skrip. Hadira kembali tersengih bila mata Madam Anne menyapa wajahnya.

Sorry la...’ Sempat pula Hadira bermain mata dengan Madam Anne. Madam Anne hanya mampu menggeleng-geleng kepala. Serabut sungguh si Hadira ni.

Dee, ini skrip dan baca dulu.” Madam Anne hulur kertas saiz A-4 tertulis besar kat tengah-tengah ‘Pementasan Drama Malam Muzikal’ Perghh! Hadira rasa macam kat alam fantasi.

Hadira buka dan baca satu-satu ayat.

‘Puteri duyung selamatkan putera dari kapal yang karam’.

Eh, ini macam cerita budak-budak tadika je? Hadira belek kat muka surat paling belakang.

“La! Apasal aku kena mati pula last-last??” Volume suara Hadira tinggi sikittt aje tapi satu bilik dah pandang dia. Ada yang menyambut dengan ketawa, ada yang membalas dengan rengusan, ada pula manusia-manusia dengki sempat membebel-bebel begini bunyinya, ‘perasan la jadi watak utama.’

“Kau?”

Hadira menoleh orang sebelah.

“Apa kaw kaw?” Tanya Hadira gangster.

“Perempuan hati besi??” Lelaki itu cakap macam cakap dengan diri sendiri. Hadira tunjuk muka dia.

“Hati besi?” Hadira terkebil-kebil. Sejak bila pula hati dia jadi besi?

Tiba-tiba Hadira terperanjat besar.

“La! Mamat kopi apa kau buat kat sini?!” Kali ini volume suara Hadira naik mendadak macam nak pecahkan satu bilik drama.

Madam Anne speechless. Menyesal dia pilih Hadira masuk dalam pementasan drama.















Tuesday, January 24, 2012

My Iron Girl, Romantiknya! 2




Part 2: Jangan cabar saya ...














HADIRA letak kaki kiri kat atas tempat duduk manakala kaki kanan dihayun-hayun ke bawah. Mulutnya dia sumbat dengan lauk-pauk yang ada. Ikram Hadi memandang wajahnya dengan penuh minat.

“Kak Dira tak kenyang lagi ke?” Tanya Ikram teragak-agak. Hadira tunjuk penumbuk dia.

“Nak?” Tanya Hadira angkat sebelah kening. Ikram tersengih lebar.

“Tak apa la kak. Ikram dah kenyang. Kak Dira makan la, Ikram nak sambung study...” Ikram menjengket-jengket berlalu dari situ. Gila punya kakak, boleh melantak lima pinggan. Wuishh... Muat ke perut dia?

“Mana bapak?” Tanya Hadira selepas habis makan malam. Dia terus melompat ke sofa. Ikram yang khusyuk pegang buku PMR terkejut babun apabila dilempang dengan bantal sofa.

Bapak? Dia keluar kejap tadi...” Jawab Ikram mengurut kepalanya sendiri.

“Ik...”

Wah, lembut semacam aje... Ikram pelik tengok Hadira. Jangan la dia ada niat jahat lagi. Bisik hati Ikram agak cemas. Kali lepas Hadira bersuara lembut sebab nak pinjam kereta control nya. Dan kereta control itu telah pun selamat Innalillah sebab Kak Dira hentak pada dinding. Seminggu dia frust tak bertegur sapa dengan Kak Dira. Merajuk gila. First time bapak baik hati belikan dia kereta remote control akhirnya pecah macam tu aje.

“Tolong tengok kepala kakak. Ada tak kulit melecur?” Hadira menyuakan kepalanya pada Ikram. Sejam dia berendam dalam air untuk menghilangkan pedih di kepala. Ini semua mamat sengal tu punya pasal. Mata letak kat lutut!

Ikram ternganga lebar.

“Kakak ada kutu ke???” Wajah Ikram terherot-herot tahan geli.

“Sengal! Kan akak dah kata melecur...”

“Kenapa kak?” Tanya Ikram hairan. Hadira tunjuk muka kasihan.

“Kena siram air kopi panas...” Ucap Hadira sedih. Ikram terkumat-kamit tahan ketawa.

“La... Kenapa main siram air kopi... Patut la akak balik tadi muka hitam semacam aje...” Sengal la punya kakak. Otak tak berapa nak betul. Dulu suka main gusti, sekarang main siram menyiram guna air kopi.

“Kau aku lempang kang nak?” Suara Hadira mula meninggi. Ikram tersengih menampakkan semua batang giginya.

“Ye la... Sini...” Ikram tarik tangan kakak dia dan mencapai kepala dia. Dia belek satu persatu macam orang tengah cari kutu. Hadira diam aje. Ikram tersengih kecil. Walawei, tak pernah Kak Dira bermanja-manja begini dengan aku. Rasa geli siot.

“Laa.... Macam teruk aje ni. Kulit habis terkoyak...”

Hadira menegakkan badan dengan matanya hampir terjojol keluar.

“Kulit terkoyak??” Dia raba-raba kepala dia dengan perasaan berdebar.

“A’oh... Menggelupas pula tu...”

“Serius ke Ik?” Air mata mula Hadira bertakung.

Ye la. Esok kita pergi jumpa doktor jadi kena botakkan kepala dulu la nampak gayanya...” Ucap Ikram selamba sambil bersandar di sofa.

Botak??? Hadira membulatkan mata besar-besar. Ikram sudah gelak tak sedar dunia.

“Kau main-main ke Ik?”

Sorry.. Sorry... Muka akak lawak sangat..”

Hadira gigit bibir bawah. Bangang punya adik!

Dush! Sebiji kena kat lengan.

Haku paling pantang orang yang main-mainkan orang lain!!” Hadira sudah berdiri gagah nak buka langkah.

Ikram tercengang-cengang memandang kakaknya sudah berdiri tegak di hadapannya.

“Okay.. Okay... Ik minta maaf!” Ikram melompat dari sofa berlari ke dalam bilik. Buku berterabur dia tak peduli. Hadira dah jadi singa!

“Ikram!!”




HADIRA lenggang kangkung menuju ke bilik kuliah seorang diri. Kuliah full sepanjang hari.

“Dee...” Seruan Tia disambut dengan tolehan.

“Kau dah okay ke?” Tanya Tia berlari-lari anak mendapatkan Hadira.

“Aku tak okay ke?” Tanya Hadira balik. Tia panjangkan leher menilik kepala Hadira. Rambut Hadira panjang ditocang satu.

“Semalam tu...” Ucap Tia jalan beriringan dengan Hadira.

“Okay je. Petang ni aku nak botakkan kepala sebab terpaksa jumpa doktor.” Hadira mengadu. Tia ternganga. Tak kan la teruk sangat kut... Tia buat muka perit membayangkan kesakitan yang Hadira terpaksa tanggung.

“La ya ke?” Tanya Tia simpati.

“Ha’ah...” Ucap Hadira selamba. Tia garu-garu kepala sendiri. Hadira curi pandang wajah Tia dengan ekor mata. Kena kencing hidup-hidup pun tak perasan. Sah minah ni lurus bendul.

“Kesiannya kau... Lepas ni pergi kelas mesti pakai tudungkan?” Hadira diam tidak menjawab persoalan daripada Tia.

Tiba-tiba Tia angguk laju.

“Inilah hikmah dia... Allah nak bagi kau pakai tudung...”

Tersentak hati Hadira mendengar kata-kata Tia. Ada satu perasaan meresap jauh ke dalam hati kecilnya.

“Aku tipu aje la. Mana ada kena botakkan rambut!” Hadira cepat-cepat membalas kata-kata Tia.

Tia garu kepala sendiri. “Ingat kau dah sampai seru...”

Hadira terkebil-kebil sebelum mengorak langkah laju meninggalkan Tia jauh kebelakang. Pakai tudung? Errk. Dia tak sedia lagi.

“Eh Dee... Tunggu la aku...” Tia berlari-lari anak menyaingi langkah sahabatnya itu.

“Dee...” Bisik Tia dalam kelas. Hadira menoleh sambil angkat kening. Dia bagi pandangan, ‘apa?’.

“Mamat semalam nama dia Naqiuddin.” Tia bisik lagi sambil tangannya menutup mulut. Takut suara dia di dengar oleh Madam Anne di hadapan. Madam Anne garang woo... Hari tu ada seorang budak dia tikam pakai buku. Hampir dua tiga hari juga la muka budak tu lebam biru.

Hadira kerut kening. “Sapa?” Tanya Hadira dengan volume yang agak kuat. Tia ternganga dan terus menyembunyikan wajahnya ke meja. Mampus.. Mampus!

“Hadira, nama awak Hadira, kan?” Tiba-tiba satu suara mencelah. Hadira pucat memandang hadapan.

“Madam Anne...” Hadira tersengih-sengih tanpa kata.

“Jumpa I kat pejabat nanti.”

Ha? Nak buat apa? Hadira mengangguk-angguk kecil. Hati dia jadi tak sedap.

“Okay then... Class, what do you think about our topic today?” Semua menikus.

“Izwan, berdiri...”

Izwan berdiri tenang.

“Saya dapat... Bla bla bla... Interesting... Bla bla bla...” Izwan membebel dengan penuh dedikasi.

Hadira ikut Tia sembunyikan wajah ke meja walhal dia tetap tak boleh lari daripada Madam Anne. Tia tunjuk jari telunjuk letak kat leher. Dengan ganas dia menarik jarinya macam gaya ala-ala potong kepala. ‘Mampus kau!’

Hadira menjengil mata. Ni semua kau punya pasal la bongok!

Tia sahut dengan juihan bibir. Hadira tahan geram berapi-api dalam hati.




TIA mengejar langkah Hadira lagi. Tiap-tiap hari dia yang kejar. Nak harapkan Hadira kejar dia, sampai kucing bersayap pun jangan harap.

“Aku nak jumpa Madam Anne la. Kau nak ikut sekali ke Tia?” Tanya Hadira kerut dahi. Tia dah macam chewing gum. Mana-mana dia pergi Tia nak lekat sama. Nasib baik dah kawan sejak lahir lagi. Kalau tak gerenti dia sepak jugak minah ni.

“La ya ke? Apesal tak bagi tahu awal...” Tia memuncungkan bibir. Hadira garu pipi.

“Kau tak dengar ke Madam Anne kata tadi? Dia nak jumpa aku laweyh...” Jawab Hadira sambil mengorak langkah semula.

“Okay, babai... Aku tunggu kau kat kafetaria!” Tia awal-awal nak pecut. Tak nak dia ikut Hadira, tak pasal-pasal dengan dia-dia juga kena sembur oleh Madam Anne. Oh, tidak...

Hadira terkebil-kebil melihat kelibatan Tia yang kelam-kabut lari. Dia geleng kepala kecil. Macam la aku nak paksa dia ikut aku jumpa Madam Anne. Tak ada kesedaran sivik betul kawan aku sorang tu. Elok aje dia melarikan diri padahal sebab dia la aku kena jumpa Madam Anne. Hadira kepal-kepal penumbuk geram. Ini tidak adil... Tidak adil...Untukku...

Hadira sambung langkah dia menuju ke bangunan putih di hadapannya selepas menghela nafas panjang. Ini la yang orang katakan, jalan menuju neraka dunia. Eh, hiperbola sangat ayat aku. Walhal sekadar jumpa pensyarah aje...

“Wiwitt!!! Awek cun!”

Mata Hadira terus terarah ke arah sekumpulan anak-anak bujang orang yang tengah berkumpul melepak dengan motor masing-masing.

Aku ke? Hadira tercengang-cengang.

“Nak pergi mana tu?” Tanya salah seorang daripada mereka. Walaupun jarak Hadira dengan anak-anak bujang orang itu 100 meter aje, tapi dia dapat melihat dengan jelas wajah salah seorang daripada mereka yang dia ingat sangat-sangat!

Mamat kopi! Hadira ketap bibir geram. Teringat malam tadi dia tak dapat tidur sebab kepala dia rasa pedih semacam. Wah! Kecik gila dunia ni... Dia study kat sini jugak?

“Siap kau.” Bibir Hadira terherot-herot geram. Spontan dia tunjuk buku lima.

“Wahhh... Garangnya....” Suara itu disambut dengan gelak satu kumpulan. Hadira tak peduli. Dia tunjuk wajah mamat kopi garang dengan renungan, ‘siap kau lepas ni!’

Mamat kopi blurr.