CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 2, 2013

Bertepuk Sebelah Tangan Bab 1


Warming up sebab dah lama tak menulis, busy gila dengan tesis... Bitterness In You dah siap, edit ambil masa 2 bulan sebelum hantar. Enjoy reading cerita kontot ni. Haha.


BAB 1
"INI Naim."

Aku menundukkan kepala tanda hormat. Wajahnya kukerli dengan ekor mata.

"Naim, ini Naaz. Dua pupu arwah mama Naim."

Oh, kira aku ni pangkat mak cik dialah. Gumamku di dalam hati.

"Mak, Naaz turun kerja dulu." Ujarku sambil menyarungkan sarung tangan ke lengan.

"Jalan elok-elok." Pesan mak. Aku anggukkan kepala sekali dua. Wajah mak kupandang sekilas.

"Nanti petang Naaz beli lauk kat kedai, mak tak payah masak."

"Yelah.. Balik awal sikit." Mak menghilang ke dapur meninggalkan aku dan Naim di ruang tamu.

"I Naim Asyrani." Ucap Naim apabila pandangan mata kami bertaut. Aku tersenyum sedikit sebab terkejut dengan nama belakang dia, agak macam nama perempuan pula dah.

"Buat apa datang sini?"

"Saja melawat Mak Tok."

Mak Tok ke nama mak aku tu? Tapi mak baru je masuk usia 43, taklah tua sangat pun. Cuma yang peliknya cucu dia ni terlebih dewasa pula.

"Mak Tok betul ke?"

"Maksud you?"

Aku menggaru dahi sedikit. "Sebab mak saya tu belum ada cucu lagi setakat ni."

Naim senyum segaris sambil memeluk tubuh, berlagak sedikit gayanya aku lihat.

"Nenek betul I dengan Mak Tok sepupu, jadi memang I ni cucu Mak Tok. Cuma you tu,bukan anak betul Mak Tok pun."

"Excuse me?" Keningku sudah bertaut rapat kerana terkejut dengan kenyataan lelaki itu.

"Oh, I lupa you tak tahu siapa diri you sebenar."

Aku yang sedang terpinga-pinga tidak mengerti hanya mampu melihat kelibatan Naim menyeret beg bajunya menuju ke bilik yang telah disediakan oleh mak semalam.

"Di sini bilik I?" Soal Naim kepadaku. Aku mengangguk kecil.

"Nice." Tombol pintu bilik dia pulas dan pintu bilik itu terbuka luas.

"Naim."

Naim kembali melemparkan pandangannya ke arahku semula.

"Berapa hari you tinggal di sini?" Soalku tidak bernada. Kalau dia begitu sombong denganku, biarlah aku jadi sombong juga.

"Dalam satu minggu."

"Ya Allah, lamanya." Aku mengeluh kecil dan terus melangkah pergi. Aku tahu Naim mendengar keluhanku tadi dan biarlah dia tahu aku tidak menyukai kehadirannya di rumah kecil ini sama sekali. Setakat pangkat anak buah tapi kalau sombong mengalahkan perdana menteri nak buat apa...





KAKI kubawa melangkah menuju ke bilik persalinan. Melihat Fairuz sudah lengkap berjubah putih membuatkan aku sedikit bergegas menuju ke arah loker.

"Naaz, dah jumpa ke?" Fairuz mengambil tempat duduk di hadapanku.

"Dah jumpa siapa?"

"Yang tumpang duduk rumah kau."

"Maksud kau anak buah aku tu?"

"Anak buah kau ke?" Mata Fairuz menyingsing ke wajahku. Lambat-lambat aku menghadap Fairuz sambil bersandar di pintu loker.

"Kau dapat tahu dari siapa ni?"

"Mak kau lah siapa lagi. Dia kata ada yang nak tumpang kat rumah kau orang dan dia suruh aku datang sekali."

"Dah jumpa, agak berusialah jugak.." agaknya umur dia lebih tua dari aku kut.

"Hah?" Wajah Fairuz berubah serta-merta.

"Aku ingat dia tu bapa anak buah aku, rupa-rupanya betul punya anak buah."

"Tua sangat ke?"

"Yang kau buat muka gitu kenapa?"

Aku menarik pakaian seragam putih selepas meletakkan beg sandang ke dalam loker.

"Mak kau siap kata nak kenalkan kat aku, aku ingatkan handsome macam Adi Putera rupa-rupanya tua pulak dah."

Aku terkebil-kebil seketika. Ni kisah dia nak dikenen dengan Naim tu ke?

"Kau dengan dia?" soalku meminta kepastian. Fairuz siap buat muka sedih mengangguk dua tiga kali. Alahai, mak ni pun. Tahulah Fairuz ni calon menantu pilihan tapi tengoklah dulu perangai Naim bagaimana. Fairuz lemah-lembut sopan gemalai ni nak dijodohkan dengan Naim... mana Fairuz tahan dengan perangai sombong alam dia.

"Maksud aku agak berusia tu agak tua dari aku, bukannya dia tua bangka kut."

Wajah Fairuz dah bertukar lagi, gembira pula kali ini. Aku renung wajah Fairuz lama. Aku suka berkawan dengan Fairuz ni sebab dia tak berlagak, tak bangga dengan kedudukan yang dia ada, tak macam sesetengah orang bila dah pangkat mencanak pandang muka kita pun seperti pandang pengemis tepi jalan.

"Jadi ada chance la!"
Aku tumpang gelak bila dia buat muka teruja macam tu.

"Dr. Fikri tu kau tak nak, nak kat Naim pulak dah?"

"Dr. Fikri tu seperti yang sedia maklum memang dah sah-sah angau dengan kau jadi aku tak nak kacau daun." Usik Fairuz.

"Eleh, tak naklah aku." Aku mencebik bibir. Fairuz dah gelak sebelum dia tepuk bahu aku berkali-kali. "Okey apa, muka dia macam Aaron Aziz."
"Banyaklah kau punya Aaron Aziz.." Aku geleng kepala sebab Fairuz ni ada yang agak tak logiknya walaupun dia doktor.

"Aku keluar dulu, kau tukarlah baju dengan perasaan aman, esok aku bertandang ke rumah kau nak jumpa bakal suami." Ucap Fairuz sambil mengenyit mata. 
 
Aku dah buat gaya ala-ala nak muntah dalam besen. Sengal gila bila Fairuz tiba-tiba naik bulu begini. Dengan Naim pula tu, nasiblah kau tak kenal Naim tu bagaimana orangnya, Dr. Fairuz... Sekali jumpa pun dah tahu bukan dia yang sesuai jadi watak utama cinta dalam hidup setiap wanita. 
 
 
~~~ bersambung >>
 
 
Agak kaku tapi boleh la daripada tak ada... dah berbulan tak menulis inilah padahnya. Haha.