CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 9, 2012

Lelaki Versi Dia 7




BAB 7

PAGI-PAGI lagi aku lihat Nafisa masak kat dapur. Aku tersengih lebar. Kalau tak salahlah kan, aku positif sangat yang rajuk dia dah hilang.
“Fisa...” Aku tegur dia sambil mengambil tempat duduk. Atas meja ada nasi goreng kampung dan kalau Nafisa yang masak rasa dia mesti tip top meletup. Aku tau masak mee maggie dengan telur goreng je. Itupun kalau rajin nak masak sebab selalunya kita orang beli kat luar.  Setakat telur goreng tu macam petik jari je. Kacau lama-lama, lepas tu goreng... Telur sebiji boleh jadi macam tiga biji kalau aku yang goreng. Kembang dan lembut. Hehehe...
Nafisa menuju ke arahku dengan dua biji mug di tangannya. Dia beri pada aku satu.
“Malam tadi siapa hantar kau?” Tanya Nafisa selamba.
“Abang sepupu aku...”
“Adree?” Soal Nafisa. Aku geleng.
“Tak la... Wan Aakif.”
“Oh...”
Lepas tu sunyi balik. Rasa janggal la pulak... Aku ni bukan jenis orang yang suka suasana yang diam lebih-lebih lagi kalau duduk berdua tak kira la dengan sesiapa.
“Kau kerja sampai ke petang ke?” Nafisa bertanya lagi. Aku garu kening yang tak gatal. Standart apa soalan tu?
“Mestilah sampai petang... Bos aku kau tau la macam mana... Selagi tak cuti selagi tu la kita orang tak boleh nak minta cuti.” Balas aku tersengih. Pagi-pagi mengutuk bos, derhaka betul pekerja dia yang seorang ni.
“Aku kerja setengah hari je. Petang ni aku balik kampung sampai minggu depan.”
Aku terus kerut dahi. Takkan la minah ni merajuk kat aku sampai nak lari balik ke kampung? Mengarut betul.
“Kenapa baru bagi tahu sekarang?” soalku geram. Kecil hati sebenarnya.
“Lama dah aku rancang tapi baru tadi aku confirmkan...” Balas dia lembut. Memandangkan dia baru je merajuk kat aku, aku tak berani nak naik angin. Silap hari bulan dia terus angkat kaki dari rumah ni.
“Kalau dah lama rancang, bagi tahulah aku awal-awal. Aku kawan kau kan?”
“Alah kau ni... Jangan la kecik hati...”
Amboi... Dia boleh kecil hati aku tak boleh la pula? “Lain kali kalau nak balik ke nak bermalam kat tempat lain ke kasi tau aku awal-awal...” Tegurku. Dia angguk aje sebab dia tahu aku orang yang bagaimana. Selagi dia kawan aku, aku mesti nak tahu dia pergi mana, pakwe dia siapa, dia kawan dengan siapa... Semua aku nak tahu. Akukan penyibuk nombor satu...
“Aku pergi dulu la Fisa. Bas tak pernah nak tunggu aku. Aku yang kena kejar bas tu nanti.”
Aku bergerak menuju ke ruang tamu mengambil fail dan beg tangan jenama Gucci. Memang hari-hari aku guna Gucci tiruan ni sebab beg aku yang lain dah rabak. Bayangkan aje satu handbag aku guna selama dua tahun. Sedih sangat sebab duit gaji tu sentiasa aku labur untuk benda-benda lain contohnya rumah teres dua tingkat yang aku beli dekat Taman Datuk Hills. For my future okey? Lagipun aku nak hadiahkan untuk mak dan ayah. Aku plan nak tinggal dengan dia orang bila aku dah bayar habis rumah tu nanti. Tapi tang kedekut tu, aku ni dah termasuk dalam kalangan Haji Bakhil, duit sayang nak buang untuk benda-benda yang tak ada gunanya.
Make sure kau bawa handphone sebab nanti aku nak call kau.” Pesan Nafisa. Eh? Handphone...
Aku buka beg tangan dan terus menyelongkar mencari telefon bimbitku. “Kau ada nampak handphone aku tak?” soalku pada Nafisa.
“Mana aku tau. Kan masa kau balik tu aku dah masuk dalam bilik tidur...”
Ye tak ye... Aku mengeluh kecil.
“Aku letak kat mana eh?” Mati kalau handphone tu hilang sebab masa ni aku memang tak ada duit nak beli handphone baru. Aku telan air liur sendiri.
“Tu la kau cuai sangat... Masuk kali ni dah empat kali dah hilang...” Nafisa selamba masuk ke bilik. Cis! Masin betul mulut Nafisa. Kalau hilang  betul-betul pengsan la aku... Gaji dua minggu lagi baru nak dapat. Tak boleh jadi ni.
“Fisa, pinjam handphone kau...” Aku ketuk pintu bilik Nafisa. Nafisa muncul dengan dahi berkerut seribu.
“Kenapa?” Aku dah tahu apa kat dalam otak dia. Mesti dia fikir aku nak cekau handphone dia buat jadi harta sendiri. Otak dia tak pernah nak berfikir secara positif kalau pasal aku aje.
“Tak adanya aku ambil handphone kau... Aku just nak misscall nombor aku je.” Aku hulur tangan kepadanya. Nafisa tersengih kecil sebelum meletakkan telefon Nokia harga seribu lebih dia tu kat tangan aku. Ye lahkan dia kerja gaji besar. Mana boleh lawan toke kecik macam aku... huhuhuhu...
Aku cari nombor aku dan call. Bunyi tutt tutt tutt tapi aku pusing-pusing satu rumah, ringtone handphone gagal dikesan. Takkan la aku buat silent mode kut? Last time aku guna silent mode masa interview kerja setengah tahun yang lepas.
Aku call kali kedua dan kali ini aku terkejut kerana ada yang mengangkat di hujung talian. Aku ada tercicir telefon kat mana-mana ke?
“Hello...” Suara garau. Er... Lelaki kut.
“Hello, siapa encik ni?” Aku terus bantai soal sebab terkejut sangat. Mana entah telefon bimbit aku terbang sampai ke dalam genggaman orang kat hujung sana.
“Win?”
Eh? Dia tahu pula nama aku... Aku kerut dahi hairan.
“Ya saya... Encik ni siapa?” Berdebar-debar pula aku tunggu dia menjawab. Otak dah mula berangan benda yang bukan-bukan. Mana la tau kan tiba-tiba handphone cikai aku tu terjun ke lantai, ada lelaki handsome ala-ala Asyraf Muslim tolong ambilkan, lepas tu kitorang berkenalan dan akhirnya aku jumpa Mr. Charming ku yang selama ini aku nanti-nantikan. Ah, mengarut gila kau ni Win... Dia kan tahu nama kau. Entah-entah mamat yang kutip handphone cikai tu adalah Izz Harraz jangan frust sudah. Mr. Charming konon...
“Saya ada kat luar rumah awak...”
Aik? Luar rumah? Jantungku rasa nak tergugur saat terbayangkan lelaki rambut panjang memandu kereta Honda City. Takkan la dia kut? Aku bergegas menuju ke arah cermin rumah dan menyelak langsir pelan. Ohmamamia... It’s him!
Aku meraup wajah sebelum mematikan talian. Macam mana telefon aku boleh ada pada dia? Ke dia yang curi handphone aku masa aku tidur dalam kereta dia?
“Jumpa?” Nafisa mendekati aku. Aku serahkan telefon bimbitnya pada dia semula.
“Dah...” Aku bergegas mengambil fail dan beg tanganku. “Aku pergi dulu Fisa...”
“Okey...”
Sampai di depan pintu keretanya, aku teragak-agak untuk masuk. Ah, masuk aje la... Bukan aku yang nak menggatal jumpa dia tapi dia yang ambil handphone akukan?
“Selamat pagi...” Dia tersenyum mesra. Aku tunjuk muka masam sambil terus hulur tangan.
My handphone please...” Pintaku dingin. Dia merenung wajahku lama-lama sebelum kembali tersenyum.
“Saya hantar awak pergi kerja...”
Oh no! Aku tak nak!
“Minta balik telefon bimbit saya... Awak curi ke?” soalku agak kasar. Berkerut kening lelaki itu memandangku.
“Saya tak curi, awak tercicir kat dalam bilik tamu rumah kami semalam...”
La ya ke? Hish... Segan pula rasanya sebab dari tadi aku asyik terfikir yang dia ambil telefon aku diam-diam tengah aku tertidur dalam kereta dia semalam. Over gila andaian yang aku buat. Takkan la Wan Aakif nak buat kerja gila semata-mata nak hantar aku ke pejabat pagi ini kan? Walaa Win Win... sendiri mau ingat tak de cantik mana muka sampaikan Wan Aakif tergila-gilakan aku.
Sorry... Ingatkan awak yang ambil...” Wajahku merona merah. Dia selamba saja memasang seat belt.
“Tak pe... Tapi ada bayarannya.” Wan Aakif tersenyum lagi. Dia dari tadi senyum. Pagi-pagi asyik berikan aku senyuman dia tu. Teringat masa dolu-dolu, aku curi gambar dia dalam album Auntie Zita semata-mata kerana gambar tu aje yang dia buat muka tersenyum ikhlas. Sampai sekarang masih ada lagi dalam simpanan aku. Tapi aku letak dalam album family aku la... Takkan aku nak simpan lagikan sebab akupun dah janji pada diri sendiri nak lupakan lelaki ini.
“Bayaran apa?” Aku rasa dalam beg duit aku lebih kurang RM 10 je ada. Jangan la dia minta banyak-banyak.
“Saya hantar awak pergi kerja...”
“Tapi saya naik bas!” Aku pandang wajah Wan Aakif tak percaya bila dia dah steady bawa kereta.
Last night saya dah kasi tau kat awak tak perlu nak menyibuk dalam hal saya...” Aku sindir dia sinis.
Dia buat muka batu terus memandu. Akhirnya aku mengalah juga. Aku tunjuk jalan menuju ke pejabat aku pada dia dan aku dah mula bimbang terhadap sesuatu. Dia tahu rumah sewa aku, dia tahu pejabat aku, lepas ni jangan la dia hari-hari nak menghadap aku. Sekali lagi aku buat andaian melampau. Apa yang aku harapkan dari dia sebenarnya? Cinta? Win, dia tengah hilang ingatan jadi dia tak sedar yang tengah dia bawa sekarang ini adalah perempuan yang paling dia tak suka. Dan sesungguhnya aku amat takut untuk membaca perasaan sendiri. Aku takut jatuh cinta lagi...