BAB 3
SEUSAI mengemas sedikit bilik tidur, aku terus bersiap
untuk ke butik ma hari ini. Padanan baju kurung berwarna pink light dengan
tudung berwarna merah jambu diadunkan dengan warna putih ditengah-tengahnya
membuat diriku tampak lebih ringkas dan matang
dari biasa. Yelah biasanyakan aku selalu mengenakan seluar jeans dan blaus aje
tapi hari ini berbaju kurung pula, rasa diri sendiri ayu pun ada.
Sebaik aje aku melangkah ke ruang tamu, aku
lihat ma dan ayah sedang duduk di ruang meja makan rumah. Jarang-jarang ayah
makan pagi di rumah sebab selalunya dia akan terus pergi ke pejabat untuk makan
di sana dengan staff-staff rapatnya. Akupun terus mengambil tempat duduk di
sebelah ayah sambil mengenyit mataku kepada ayah. Ayah terus mencemikkan muka
apabila aje aku buat begitu. Ma dah tergelak-gelak melihat reaksi ayah dan
terus menepuk bahuku lembut.
“Kerja okey?” soal ayah memandang wajahku
sekilas sebelum mencicipi secawan teh sambil berdehem kecil.
“Okey je ayah. Lagipun kerja kat butik ma bukan
susah mana pun,” aku bagi komen selamat sebab kalau aku cakap tak okey karang
ada pulak dia buat keputusan untuk paksa aku masuk ke syarikat dia tu.
Ayah kalau dia dah nak paksa memang dia paksa punya sampai kita ikut cakap dia,
tapi nasib baik juga aku ni pun perangai ala-ala ayah. Pakatan degil sedunia
kata ma.
“Mana tak okeynya saya kasi dia elaun lebih,
bang oi,” ma back-up aku. Siap banggakan diri sendiri sebab beri aku
elaun lebih pula tu.
Aku pun sengih aje malas nak balas kata-kata ma
sebab ma cakap dengan ayah, lainlah kalau ma cakap dengan aku. Aku memang
begitu orangnya. Selagi orang lain tak cakap dengan aku, terasa berat sikit nak
menyampuk risau dikatakan sebagai penyibuk. Tak gitu?
Aku ambil roti kahwin yang ada dekat pinggan
dan terus ambil air milo yang ma hulur kat aku. Aku sorang je yang minum milo
dalam keluarga ni sebab ayah dan ma suka the panas tak de gula. Diaorang kata
bila kita dah tua kena jaga makan tak boleh manis sangat risau nanti terkena
kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan adik-beradik penyakit-penyakit
tu. Seteguk air milo kutelan.
“Dah ada pakwe belum?”
Hampir-hampir aku nak tersembur air milo apabila
aje mendengar pertanyaan ayah tu. Ma dah tepuk bahu ayah kuat.
“Abang ni, kecik hati Rian nanti.” Ma
jeling ayah.
Aku membulatkan mata sebab tak percaya ayah
boleh beri soalan maut macam tu sekali kat aku. Bila orang lain yang bertanya
tak apa lagi tapi ni ayah yang tanya mau aku letak kat mana muka lepas ni?
Malulah bercerita pasal pakwe-pakwe kat ayah sendiri. Takkan nak cakap yang
hari tu aku tertarik dengan seorang lelaki ni tapi tak ada nombor contact
dia pulak, kan? Teringat ekspresi wajah lelaki yang aku temui beberapa
hari lepas di shopping complex butik ma tiba-tiba.
“Dah tu sampai sekarang tak ada kekasih lagi?
Nak kahwin dengan siapa pula budak ni nanti, bukan boleh bagi muka kat dia.
Tiba-tiba aje dia bawa lelaki entah apa-apa dalam rumah ni kan masa depan dia
sendiri yang rosak,” ucap ayah selamba. Aku menggigit bibir sebab sedih bila
ayah cakap macam tu. Macam la test aku ni teruk sangat…
Kalau ayah nak carikan calon untuk aku pun aku
okey aje bukannya ada masalah pun. Lagi aku suka tak perlu bersusah-payah
mencari calon.
“Abang janganlah perli Rian. Kalau abang ada
calon abang kahwinkan ajelah Rian dengan dia. Rian tu dengar cakap kita bila
masuk part-part jodoh ni. Hari tu kan abang ada cakap kat saya yang
abang berkenan dengan seorang budak lelaki di syarikat abang tu?”
Tiba-tiba aje ma masuk topik lelaki yang nak
dijodohkan dengan aku. Terasa pijar mukaku bila ayah terus-menerus merenung
wajahku seakan-akan ingin mengetahui sesuatu.
“Betul ke Rian tak kisah?” soal ayah tenang.
Akupun telan roti kahwin sampai rasa tak terkunyah roti tu kat mulut.
“Abang kenalkan ajelah kat Rian. Kalau secocok
bolehlah kita teruskan plan,” ma cakap penuh semangat. Aku tercengang aje
pandang dia orang berdua silih berganti. Malu ada, segan pun ada. Jadi sebelum
ni ma belum lagi berbincang pasal hal yang kita orang bincang kat laman luar
hari tu lah pada ayah? Nasib baik je aku tak tanya terus pada ayah pasal bila
baru boleh aku keluar blind date dengan lelaki yang ma ceritakan hari tu
kat aku.
“Ma, ayah, Rian nak turun kerja ni. Nanti-nanti
kita lepak lagi ya?”
Bergegas aku menghabiskan air milo dan roti
kahwin tapi sengaja jeling aku pula. Buat tanda isyarat suruh aku duduk sampai
ma habis cakap dengan ayah.
“Budak Adif tu yang abang cadang nak jadi
menantu. Betul ke Rian nak?” suara ayah sudah naik sedikit. Akupun menggelabah
tak tentu pasal bila ditanya begitu.
“Ri… Rian dah lambat ni.” Sebenarnya aku nak
cakap ‘Rian nak aje,’ tapi tak boleh… Suara bagai tertelan di anak tekak aje
rasanya! Mendengar nama Adif disebut oleh ayah dah cukup membuat bulu romaku menaik
kerana terasa sesuatu yang misteri mengalir di seluruh adrenalin. Biar betul
kau Rian, desperate nak kahwin sangat ke sampai belum bertemu empat mata
pun sudah terasa berdebar-debar?
“Kalau nak jumpa ayah boleh aturkan dengan dia.
Esok lusa kalau nak hari ini pun boleh.”
Biar betul ayah ni? Persoalannya lelaki tu nak
kat aku ke tak? Macam boleh je hari ini jumpa esok lusa dah happy ending.
Melihat aku yang menggaru hujung kepala dengan
rasa serba-salah sudah membuahkan senyuman kecil di bibir ma.
“Dia naklah tu. Siapa yang tak nak kahwin kan
bang? Tengok muka dia pun dah merah menyala.” Sengaja ma usik aku.
“Rian dah lambat nanti kita berbual lagi ya?
Okey ayah, bak tangan Rian nak salam!”
Bersungguh-sungguh aku tarik tangan ayah untuk
menyalaminya dan bergegas menyalami ma yang duduk di sebelah aku.
“Rian jalan elok-elok,” pesan ayah lembut.
Akupun angguk kepala sambil menoleh ke arah ma sekilas, kenyit mata lagi dan
disambut oleh gelengan kepala ma.
“Nakal betul Rian ni, macam budak-budak…” komen
ma setelah aku berada jauh dari mereka. Aku yang mendengar terus tersengih
kecil. Kalau bukan anak tunggal ma dan ayah yang memeriahkan rumah siapa lagi
yang mampu membawa senyuman di bibir mereka, ye tak? Lagi pula aku ni memang
suka kalau dia orang happy.
AYAH kata Adif namanya. Mulalah aku fikir yang
bukan-bukan lepas tu. Siap nak call Tija aje tanya pasal ‘Adif’ adik-beradik
pakwe dia tapi berapa banyak orang la kat dunia ni nama Adif. Pakwe dia nama
Wan Adree, sah-sah ‘Adif’ yang tu nama Wan Adif juga. Nak call ayah segan pula
jadi terpaksalah aku hidup sehari suntuk ni dengan persoalan-persoalan yang
tidak berjawab. Nasib baik Khairi ada jadi taklah aku terus hanyut duk berfikir
pasal bakal suami aku tu. Nak cerita kat kawan-kawan pun tak boleh, kalau tak
jadi kang buat malu keturunan aje nanti.
“Sakit perutlah Khai…” aku mengadu sambil
memicit hujung dahi kuat. Tiba-tiba aje sakit perut datang dengan rasa nak
muntah-muntah. Khairi pun pandang aku semacam.
“La Rian, you mengandung ke?”
Aku tersengih kecil. Tak memasal aje Khairi
cakap aku mengandung. Bukannya dia tak tahu yang aku ni belum berkahwin plus
single lagi…
“La Khai, you tak tahu ke I dah mengandung lima
bulan,” usikku selamba.
“Biar betul you ni Rian?”
Spontan aje mata Khairi jatuh bahagian perut
aku.
“Dahlah, I sakit perut betul tak ada masa nak
bergurau,” tegurku sambil berjalan menuju ke arah tempat dudukku. Kepala aku
letakkan di atas meja dengan dahi yang berkerut-kerut. Tiba-tiba aje terasa
memulas ni apa kena pula?
“Yelah you kata sakit perut tapi you picit dahi
pulak… Buat suspen I aje,” Khairi mencebikkan bibirnya.
Rasa nak jawab je yang sakit aku ni bukan
sekadar sakit perut, tapi rasa nak muntah dan pening kepala pun tiba-tiba
datang juga. Tak larat nak bercakap aku terus gigit bibir dan pejam mata cuba
menenangkan diri sendiri.
“Masuk angin kut?”
“Tak tahu,” jawabku ringkas sambil menelan air
liur bila merasakan perut seolah-olah dipulas-pulas.
“Nak pergi hospital ke?” soal Khairi cemas.
Mungkin juga sebab dia nampak muka aku bertukar pucat jadi dia pun sibuk nak
menggelabah.
“Assalamualaikum,” tiba-tiba aje satu suara
menegur dari belakang. Oleh sebab aku tak larat nak buka mata jadi aku biarkan
Khairi yang jawab salam tu sambil buat isyarat tangan menghalau Khairi supaya
Khairi boleh melayan pelanggan yang datang.
“Waalaikumsalam, ya encik nak apa?”
Aku dengar suara Khairi dah ala-ala bini dia
nak terberanak pun ada. Berantakan je bahasa dia. Ada ke patut pelanggan datang
dia tanya nak apa… Dah sah-sah kedai ni butik mestilah orang tu cari baju.
“Kenapa dengan dia?”
“Oh, bos sakit,”
Sipi-sipi aje aku dengar tapi aku cukup sedar
dia orang tengah berbual pasal aku. Perlahan-lahan aku tukar posisi kepala ke
dinding risau kalau-kalau orang tu ambil gambar aku masa aku tengah darurat ni
tak ke bawa malu dikemudian hari? Sebenarnya aku takut orang yang tak dikenali
tengok muka aku yang tengah dalam keadaan serabut ni..
“Ye ke? Sakit apa?”
La dia pergi sibuk pasal aku apasal pula?
Pergilah cari baju yang dia nak, bukannya dia kenal aku pun.
“Sa.. Sakit perut.” Khairi ni pun satu yang dia
pergi bagitahu masalah aku pada custumor apa bijak punya staff.
Akupun sedaya-upaya angkat kepala cuba
melemparkan pandangan ke arah dia orang. Sudahlah aku sakit Khairi pula tak
reti buat macam biasa kalau macam ni baik pergi halau aje pelanggan tu.
“Khai, I balik dulu you jaga butik ya.” Aku
terus angkat beg tanganku tanpa menunggu lagi.
“Hai, saya Adif. Encik Syah suruh saya jumpa
awak. Sakit ke?”
Ha?
Sesaat aku tercengang sekejap. Pandang lelaki
tu dari atas ke bawah dan tiba-tiba aje aku rasa nak menyorok di bawah meja.
Kenapakah ayah tak bersimpati dengan aku pergi hantar Adif secara tiba-tiba
begini? Sekurang-kurangnya kalau ayah telefon dulu bolehlah aku buat persiapan
rapi tapi dia datang masa aku tengah duduk dalam alam lain jadi aku terus blank
tak tahu nak cakap apa.
“Kalau sakit biar saya hantar ke klinik.”
“Eh, tak apa…” aku terus mengelak. Baru kenal
berapa minit aje takkan aku terus ikut dia, kan? Lagipun betul ke dia ni Adif
kalau dibuatnya orang jahat bagaimana? La Rian, dah sah-sah dia kata Encik Syah
yang hantar dia ke sini untuk berjumpa takkan ayah terlebih bijak sampai sanggup
pergi hantar orang jahat untuk bertemu denganku?
“Saya hantar awak lagipun pekerja awak seorang
aje di sini jadi dia tak boleh nak hantar awak ke klinik, kan?”
Pandai aje dia bercakap. Aku pun tenung ke mata
Adif tu. Macam pernah aje jumpa mata sepet tu. Tiba-tiba aje aku teringat
lelaki yang duduk di Restoran Ayam Penyet kat bawah ni beberapa hari yang
lepas. Dia ke tu? Dialah tu sebab aku masih ingat dengan jelas wajah lelaki
itu. Lelaki yang meninggalkan impak ke atas diriku kerana penampilannya yang
amat memikat hati.
Melihat dia mengambil beg tanganku selamba
menjadikan aku tidak punya pilihan lain selain daripada mengikut langkahnya.
“Jom cepat. Nanti awak pengsan ke apa ke susah
saya nak jawab pada ayah awak,”
Dia tahu aku panggil ayah tu ‘ayah’. Dia memang
rapat dengan ayah agaknya. Aku pandang ke arah Khairi yang tengah tunjuk muka
blurr.
“You jaga kedai macam biasa. Nanti petang kalau
dah elok sikit I turun balik,” aku pesan padanya. Khairi angguk kecil sebelum
memberi ruang untuk aku melangkah bersama-sama dengan Adif yang baru aku
kenali. Sempat aku mengambil telefon bimbit di atas meja. Aku lihat ada mesej
masuk dari ayah.
‘Dah jumpa Adif? He is the best man yang
pernah ayah jumpa. Ayah beri dia cuti dan suruh dia jumpa dengan Rian tadi.’
Aku pun tekan butang delete mesej lepas
tu. Rasa kaki tak pijak bumi.
DUDUK dalam kereta dia rasa seksa aje. Nak matikan aircond
pun segan. Menyesal ikut aje dia tadi walhal kan lebih elok kalau terus naik
kereta aku sendiri? Mungkin dia nampak aku menggigil jadi dia ambil blazer kat
belakang kerusi dia dan diberikannya padaku. Teragak-agak aku nak sambut. Yelah
baru aje kenal tiba-tiba berkongsi blazer rasa pelik pula.
“Pakailah…” dia cakap dengan nada mendatar. Aku
pun ambil blazer tu dan meletakkannya di atas tubuhku.
Perlahan aku palingkan muka. Sakit sangat perut
ni terpaksa menahan aje walaupun sebenarnya betul-betul nak pergi toilet.
“Cuba awak berhenti depan tu, saya nak pergi
tandas sekejap.” Akhirnya aku cakap juga bila ternampak stesen isi minyak di
depan.
“Sekejap ya,” dia pun belokkan kereta ke stesen
tu. Sampai aje kat tepi kedai aku terus buka pintu kereta dan pecut ke toilet.
Sebaik aje buang hajat aku dah blurr balik. Aku
basuh muka puas-puas sebelum keluar dari bilik kecil tu. Malu sangat-sangat kat
Adif. Pertama kali berjumpa dah jadi macam ni, habislah saham aku jatuh.
“Sorry,” ucapku sepatah sebaik saja masuk
ke dalam keretanya. Adif pun angguk kecil sebelum membuang senyuman bergula dia
tu. Sikit lagi aku terlepas pandang tapi sebab aku tertengok dia senyum tu buat
jantung aku berentak laju.
“Tak pe, awak tengah sakit.” Dia jawab dengan
nada datar seperti tadi juga. Agaknya dia tak suka aku kut? Yelah lelaki mana
nak suka dengan perempuan yang pertama kali jumpa buat muka toya macam aku ni.
Patutnya kena berlagak ayu tapi oleh sebab masa tu aku gagal buat muka ayu jadi
kena redha ajelah kalau dia reject aku nanti.
“Boleh terus hantar ke rumah saya?” pintaku kepadanya.
Adif menoleh ke arahku sekilas seakan-akan tidak bersetuju.
“Tak pe kat rumah lebih selesa. Lagipun masuk
angin aje, doktor bukan boleh keluarkan angin kat perut saya…” aku pujuk dia.
Tapi lepas tu aku nampak Adif dah tersengih menampakkan giginya. Sakit ke dia
ni? Boleh masa aku tengah serius dia senyum tiba-tiba.
“Memang doktor tak boleh keluarkan angin awak
tapi dia boleh beri ubat atau suntikan pada awak,”
Lagi la aku tak nak bila kena suntik.
“Tak pe housemaid saya pandai mengurut.
Awak hantar saya balik rumah ajelah ya? Awak tahu tak alamat saya?” Housemaid
aku pandai mengurut tang bila pun aku tak tahu. Yang pastinya aku tak pernah
nampak bibik mengurut mana-mana orang. Bila dah tak nak tu seribu alasan kita
akan beri pada orang lain, kan?
Dia sekadar mengangguk kecil. “Betul tak nak
pergi klinik?” soalnya lagi.
“Tak pe awak hantar aje kat rumah saya,” balasku
lambat-lambat. Harap sangat dia tak paksa aku ke klinik macam ayah dan ma.
Tapi aku hairan macam mana dia boleh tahu
alamat rumahku padahal selama ni tak pernah pun nampak dia bila kita orang ada
rumah terbuka atau party apa-apa. Bila aku tengok muka dia dari tepi
macam ni baru aku teringat sorang mamat yang duduk tenung kita orang Tija masa
majlis abang dia kahwin. Dialah orangnya! Kat Restoran Ayam Penyet tempoh hari
pun dia. Agaknya selama ni dia ada hanya aku aje yang tak perasan kewujudan
Adif agaknya.
Sampai aje diperkarangan rumahku, aku terus
melepaskan seat belt dan menarik blazer yang tersangkut kemas di bahuku.
“Nama awak…” sengaja aku leretkan suaraku. Dia
pun pandang wajahku sambil tersenyum segaris.
“Adif, Ahmad Adif.”
Oh! Bukan Wan Adif lah ya? Kalau Wan Adif
mestilah si Tija awal-awal dah cakap kat aku masa kita orang tengok dia masa
kat majlis nikah Syakirul Hafiz hari tu. Banyak Adif rupanya dalam dunia ni.
Walaupun aku seronok sebab dapat berkenalan dengan dia tapi aku sedar yang dia
berkemungkinan tidak berminat dengan perempuan macam aku ni. Aku ni biasa-biasa
aje, dia pula dalam kategori kacak berkebolehan. Bayangkan aje lelaki ni adalah
calon yang ayah pilih, mesti dalam kalangan orang-orang hebat juga dia ni.
“Terima kasih sebab sanggup hantar saya balik
ke rumah.” Aku hulurkan blazer pada dia. Adif sambut dan campak ke seat
belakang selamba. Sebenarnya aku nak tanya nombor telefon dia tapi malu punya
pasal baik batalkan niat tu aje. Tak pasal-pasal kena cop perempuan gatal pula
kang, buat malu empat keturunan pulak.
“Tak apa. Lagipun awak sakit tadi.”
“Saya masuk dulu. Lain kali jumpa lagi,” ucapku
lembut. Ayat selamat supaya ada peluang untuk kita orang berjumpa balik tapi
lepas aku cakap macam tu tiba-tiba terasa menyesal pula. Dia beriak tenang
sambil mengangguk. Nasib baik juga dia tak hairan dengan perangai aku yang agak
menggelabah ni.
“Jaga diri baik-baik,” pesannya sebelum aku
menutup pintu. “Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi. Janji temu hari ini tak
dikira sebab awak sakit.”
Dia cakap macam tu sebelum pecut keretanya. Aku
pun dah terjatuh rahang. Dia tak reject aku bulat-bulat, kan?
“APASAL balik awal?”
Aku ingatkan ma tak ada kat rumah tapi
rupa-rupanya dia tak pergi mana-mana untuk hari ini. Aku sekadar geleng kepala
sebab tak berminat nak menjawab.
“Rian sakit ke?” soal ma hairan.
“Taklah ma… Rian okey je. Rian naik tingkat
atas dulu,” aku meminta diri. Ma pun angguk kecil.
“Ada jumpa Adif tak tadi?” soal ma sebelum aku
melangkah ke anak tangga.
“Ada sekejap.”
“Okey tak dia?” Ma dah mula excited dah...
Aku hentikan langkah sambil berpusing menghadap
ma semula. “Belum tahu lagi ma, jumpa sekejap aje sebab Rian nak balik rumah,
sakit perut.”
“Rian sakit perut? Tadi kata okey?” soal ma
cemas.
“Sakit perut sikit, salah makan kut tengah hari
semalam…”
“Rian makan kat mana sampai sakit perut? Nanti
ma suruh bibik hantar air suam untuk Rian. Rehatlah dulu takut melarat pula
nanti. Dah pergi klinik ke belum?” soal ma lembut. Alamak ma dah tanya pasal
klinik pulak…
“Sakit sikit je ma bukannya parah pun. Nanti
kalau Rian rasa tak selesa kita pergi klinik ye? Ma jangan risau. Minta bibik
beri ubat sakit perut sekali ma, ya?”
“Hmm..Yelah. Hati-hati naik tangga tu,” ma
pandang wajah aku dengan riak yang agak bimbang.
Ma memang begitu. Dari kecil sampai aku dah besar
panjang ni pun dia tatang bagai minyak yang penuh. Mana boleh orang lain nak
melukakan perasaan dan hati satu-satunya anak dia ni. Bila fikir macam ni baru
aku terasa sikit yang aku ni anak orang kaya manja seperti yang selalu ditayangkan
kat dalam drama tv.
Sewaktu merebahkan diri di atas katil, aku
terus mencium sedikit baju kurungku. Masih berperisa bauan blazer milik Adif
tadi. Aduhai menyesal rasa hati tidak menyatakan namaku kepadanya tadi. Lupa.
Ke memang dia dah tahu namaku siapa?
11 Komen untuk Cik Rin:
baru bab 3 dh rse best. hihihi. nk lgiiii! :))
Just wanna ask.. Adif nie abang kepada wan aakif ker?? ;-)
Just wanna ask.. Adif nie abang kepada wan aakif ker?? ;-)
abang wan aakif nama dia wan adree + wan adif. tu yg Rian kata, bukan wan adif rupanya. adif lain yg ni.. hehehe
Tq aireen...banyak hari jugak tunggu sambungan citer ni.
best...best... :)
kak rin!! roti kahwin satu! haha, dapnye... (langsung tak berkait komen ni) hehehe
maaf lambat update, kekangan masa + kemalasan yng membuat progress jadi lambat... huhu.
awien- duk roti kawen dia minta. jom2, lapar jugak ni!
Wahghhhhh best3,,,,, citer ni nk buat novel or e-novel kt blog je? Sambung lagi plisss
nursyafika- nak buat novel...huhu... insyaALLAH disambung ^_^
Wah..ati rian tgh bunga2
Post a Comment