PROLOG
TIBA-TIBA aje aku rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa
mungkin juga sebab aku tak cakap kat ma dan ayah yang aku keluar dengan Farhan.
Tapi selama ni mana pernah aku cakap kat diaorang kalau aku nak keluar pun. Aku
lempar pandangan ke arah Farhan yang tengah khusyuk pilih-pilih mainan kat tepi
tu sambil mengeluh kecil. Kenapa dengan aku ni? Kenapa tiba-tiba rasa macam
jantung berdebar-debar walhal tak ada benda pun yang berlaku…
“Han, sini kejap sayang…”
Aku panggil Farhan tapi dia tetap tak endah
panggilanku. “Han sudahlah tu. Mama tak nak beli lagi dah, minggu lepaskan dah
beli kapal terbang tu?”
Aku berjalan menuju ke arah Farhan sambil
mengomel sendirian. Anak ni bila dah suka satu benda tiap kali diajak pergi
shopping mesti benda tu juga yang dia capai walaupun dah dua puluh bijik ada
kat bilik tidur dia. Perangai sama aje dengan papa dia. Ya Allah, kenapa
tiba-tiba terungkit semula wajah lelaki itu dalam mindaku? Sudah berkali-kali
aku mengingatkan diri sendiri agar tidak mengingati lelaki itu lagi. Lelaki
yang membawa darah dalam keluargaku sehingga kami menderita dan jatuh tanpa
rasa belas dihatinya!
“Han mama dah cakap mama tak nak Han ambil
benda ni lagi.” Aku tarik tangan kecil Farhan, marah bila Farhan mula menarik
muka sambil memeluk replika kapal terbang di dalam plastik itu.
“An nak yang ni ugak. An tak nak yang lain,”
balas Farhan tegas. Aku menggeleng kepala berkali-kali sambil menarik kapal
terbang itu dan meletakkan pada tempatnya semula. Segera aku tarik bahu Farhan
bila dia mula menggapai ingin mengambil semula kapal terbang tersebut.
“Han tak boleh dengar cakap mama ke sayang? Kan
mama dah belikan hari tu? Kalau Han degil jugak nanti esok-esok mama tak nak
bawak Han pergi shopping tahu?” aku soal separuh mengugutnya. Hanya itu aje
satu-satunya cara untuk Farhan menjauhi kapal terbang itu.
“Mama tak ayang An?” dia tenung dalam ke
mataku. Aku balas tenungan dia lembut. Mata anak ini agak sepet tidak mempunyai
kelopak mata seperti papa dia. Mata yang sangat tajam tatkala dia sedang marah.
Mata yang membawa cukup impak bila dia mula menangis dan sakit. Anak matanya
bundar berwarna hitam pekat sehingga membuat hati sesiapa pun yang melihat
terpikat.
“Mama sayang Han tapi mama tak nak kapal
terbang lagi. Bilik Han dah penuh dengan kapal terbang, sayang.”
“An nak kapal terbang. An nak terbang ari
papa..”
Aku terkesima mendengar kata-kata yang keluar
dari bibir Farhan. Bibir terasa digam tidak mampu mengungkapkan sepatah kata
walaupun jauh di sudut hati ingin saja kukatakan pada Farhan supaya melupakan
insan yang wujud bernama papanya. Papa dia bukan orang yang baik. Dia bukan
lelaki yang mampu menjaga Farhan dan dia tidak akan mampu untuk menyayangi kami
berdua!
“Han papa Han dah tak ada. Han dah lupa?” aku
tanya dengan suara yang bergetar. Menyembunyikan sebak yang merasuk jiwa secara
tiba-tiba.
“Orang lain ada papa!” Farhan menolak tanganku
dan berlari menjauhiku. Aku panik melihat Farhan menuju ke arah pintu keluar
masuk, risau andainya dia menghilang daripada pandangan.
“Han!”
Aku bergegas mencarinya di rak yang berdekatan
tetapi Farhan sudahpun berlari ke arah gantungan tempat pakaian orang dewasa.
“Han berhenti!”
Farhan berhenti berlari dan menoleh ke arahku
di antara gantungan baju yang ada di situ. Cepat-cepat aku menuju ke arahnya
dengan wajah yang sengaja digarangkan.
“Han tak nak dengar cakap mama lepas ni tak
boleh ikut mama shopping lagi!” aku marah pada dia. Farhan terpinga-pinga
memandang wajahku sambil berundur dua langkah bila aku sudah berada di hadapannya.
“Degil Farhan ni. Sama dengan papa dia!”
marahku lagi tanpa menyedari berpasang-pasang mata melemparkan pandangan ke
arah kami berdua.
“Han nak sangat kapal terbang tu, kan? Mama
belikan tapi mama tak akan bawak Han shopping lagi.”
Aku mencapai tangan Farhan agak kasar namun
langkahku terhenti apabila terhadang oleh satu tubuh. Aku mendongak mencari
wajah lelaki yang berani menghalang laluan kami dengan hati yang panas.
“Rian…” namaku disebut pelan. Aku termangu
beberapa saat sebelum berundur beberapa langkah. Terkejut bercampur takut
menjadi satu. Tangan kecil Farhan kugenggam kuat sehingga anak itu menyeringai
kesakitan.
“Long time no see…” sambung lelaki itu
sambil mengukir senyuman segaris. Senyuman yang mampu membunuh jiwaku bila-bila
masa yang dia mahu. Senyuman yang mampu menggegarkan dadaku kerana senyuman itu
yang dulu pernah menghantuiku!
“A… Abang?” luahku tersekat-sekat.
“Rian Aulia, so this is Farhan… The one and
only my son?”
Aku telan air liur kelat. Menggigil tubuhku
melihat dia menghampiri Farhan yang sedaya upaya aku tarik ke belakang tubuhku.
Melihat
aku tegang lelaki itu melemparkan tenungan sinisnya padaku. Mata yang sama
dengan Farhan tetapi mata ini merenungku dengan tenungan penuh dendam, bukan
seperti tenungan marah Farhan.
“Why you do this, Rian? Because I’m his
father?”
Lelaki itu mengampiri wajahku dan menyentuh
pipiku kasar. “Bukan! Abang bukan bapa Farhan, bukan untuk selama-lamanya!” Aku
jerit sambil menolak tubuh lelaki itu kasar. Terasa seluruh urat sarafku
dikerat-kerat melihat wajah kurang ajar lelaki itu. Lelaki itu tertawa lepas
sebelum menghampiriku, mendekati wajahku dan berbisik perlahan…
“Abang cari Rian empat tahun… Empat tahun Rian
tinggalkan abang tanpa jejak. Sebagai hukumannya abang nak kan Farhan sebagai
ganti!”
Sesak rasanya dadaku saat ini. Air mata bertakung
hampir-hampir jatuh ke pipi kerana benciku padanya semakin memuncak tinggi. Tidak
mungkin untuk aku membiarkan dia merampas Farhan dari sisiku!
“Hai Farhan, nama uncle Adif. Farhan nak
apa biar uncle belikan…”
Lelaki itu tunduk tersenyum mesra kepada Farhan
yang sedang tercengang-cengang. Aku menggigit bibir menahan gelora yang
menghempas jiwa melihat pertemuan Farhan bersama papanya buat kali pertama.
Papa yang telah menghancurkan keluargaku sehingga jatuh ke lembah yang selama
ini tidak pernah aku fikirkan!
Dan benci itu semakin menyala di hati tatkala
Farhan mencapai pipi Adif dengan wajah yang sarat dengan pertanyaan. Aku tahan
nafas yang menyesak sambil menarik Farhan daripada Adif.
“Don’t hurt him…”
ucapku perlahan. Mataku terarah lurus ke anak mata milik lelaki itu. Lelaki
yang pernah menjadikan hidupku huru-hara seperti layang-layang putus talinya. “Like
what you did to me.”
19 Komen untuk Cik Rin:
speechless. Sangat best! serius... good job kak Rin. tak sabar nak baca next and next... :)
waaa... ape la yg adif tu wat smpai rian lari eh... smbung lagi Rin...
Wow!!!!!!! Siyesly best gilerr!!!!!!! Xpenah jmpk cita mcm ni! It's 1st time!!! Nk lagiii ppalli ~~~
Permulaan yang menarik.
Omg..syok gler.. Xsbr nk tgu next entry dr kak rin.. Hopefully idea kak rin akan dtg mencurah2 spt d ladang gandum(iklan koko jp).. Hoho..
eh! style tulis yg berbeza :D
Wow...permulaan yang menyesakkan dada...apakah yang berlaku seterusnya..
mcm sehangat asmara. tapi best.
best n teruja akk baca ur novel dek....
Baca sedit jer ceriter nipembaca dah dapat rasa turmoil perasaan seperti roller coaster yang di lalui oleh Rian bertemu p apa Farhan.Segala kenangan manis dan pahit berkumpul untuk menyesakkan hidup Rian .saya inginbberi thumbup pada p enulis.ceriter ni sagatest.
Bab yang sikit cukup untuk menimbulkan kesesakan emosi sperti menaikki roaller c oaster .Itulah tekann yang dirasai Rian bila bertemu Paa Farhan.Segala kenangan pahit dan manis menerpa secara mendadak.bab ini cukup untuk menguja perasaan pembaca Thumb up untuk penulis.
1st impression...best..
adit...kenapa nk sksa rian?
1st impression, bez sgt. pandai yer mainkan emosi pembaca, gud job. sila smbg lg yer :)
Wow. Plot yg awesome. 😀
Best ar citer ne sure dpat tmbs up, kpan bsa nex bab 14 akak?? Saya kat indonesia so tak tau mesti beli novel kat mna.
Sudah ada di pasaran ke
Sudah ada di pasaran ke
Bila nak sambung..pliss...
Post a Comment