AKU
tunggu ibu kat pintu dapur. Ibu yang sedang bakar lemang kat belakang rumah
sibuk mengipas kayu api dan ada dua buluh lagi berisi ayam pansuh tengah
menunggu giliran untuk dibakar.
“Hari
raya ke berapa ni bu, siapa yang nak datang lagi?” Hairan sungguh dengan
semangat juang ibu yang cukup tinggi. Raya tiga minggu yang tak habis-habis
lagi.
Harapkan
aku memang liat sikit nak bakar-bakar lemang ni. Aku bahagian masak rendang
daging je. Hehehe. Berbuih-buih mulut ibu membebel dari dulu sebab dapat anak
dara yang suka memilih kerja. Asal kerja kat luar terus reject tanpa fikir
panjang-panjang.
Tapi,
kan.. Aku tak nak kena panas pun sebab dah puas dikutuk hitam masa kecil-kecil
dulu. Bila umur naik remaja, jiwa jadi
sensitif dengan usikan berbaur sindiran. Bersusah payah juga nak putihkan kulit
dan kurus begini. Persekitaran sewaktu kecil akan membentuk peribadi apabila
meningkat dewasa. Bila ada anak nanti, aku nak tanam jiwa positif ke dalam diri
dia orang. Ecewah, sempat juga berangan pasal anak-anak masa ni.
“Ada
je yang nak datang..” gumam ibu pelan. Aku garu dagu sambil peluk tubuh.
“Bu,
si Syafiqi dengan orang pernah kawan ke masa kecil-kecil?”
Ibu
angkat kepala. “Syafiqi anak Mak Cik Naila tu ke? Apik, dulu kan sama sekolah
dengan Mun. Mun darjah 4 ke 5 dia orang pindah ke bandar. Dulu Mun rapat juga
dengan dia. Balik sekolah jalan kaki sama-sama. Alah rumah dia dulu yang rumah
Mak Cik Esah sebelah rumah Hisyam tu.”
“Apik..”
Aku sebut nama tu sambil cuba mengingat kembali memori silam yang terkubur
dalam kepala ni. Tak boleh nak ingat langsung!
“Mun
pergilah ambil album kat almari yang bawah sekali. Banyak gambar-gambar Mun
dengan kawan-kawan Mun dulu ibu simpan.”
“Almari
mana bu?”
“Bilik
ibulah,” jawab ibu sambil lap peluh kat dahi.
“Betul
ni boleh buka almari ibu?” Aku tak tunggu balasan dari ibu sebab perasaan nak
tahu tu berkobar-kobar tinggi. Mana tahu bila tengok gambar boleh ingat balik
pasal Syafiqi.
AKU
jatuhkan punggung ke atas jalan raya. Menangis entah kali yang ke berapa. Yang
lain-lain pandang aje sambil gelak-gelak macam aku tengah buat lawak. Sedih
gila kut. Satu kelas tu bukan kawan aku. Memang taklah nak kawan dengan dia
orang yang tiap-tiap hari kerjanya mengejek. Hari ni siap step kaki sampai aku
hampir tersembam kat tepi longkang. Makin dia orang ketawa makin tu aku marah
dan akhirnya oleh sebab dah sakit hati sangat, aku menangis kat tepi jalan raya
nak keluar dari pintu gate sekolah. Biar cikgu-cikgu tahu ada orang yang buli
aku!
“Kenapa
kau nangis kat sini?” Hisyam kuis belakang dengan kaki dia yang berkasut.
“Malulah,
orang semua tengok. Aku pergi dulu eh. Bye…” Tak sampai berapa saat Hisyam
hilang dari pandangan mata. Tu kira sepupu yang tak berguna. Aku doakan dia
selamat dunia akhirat! Orang kena buli boleh pula dia buat tak tahu.
Pergilah!
Pergi aje. Sampai mati pun aku takkan maafkan si Hisyam tu. Pembelot…
“Congek
gila dia ni.” Aku dengar orang mengutuk dari belakang. Aku pusing kepala untuk
tengok siapa yang baik hati sangat menambah api dalam jantung dan limpa yang
tengah parah.
“Kau
kisah apa?” Kasar bila Apik budak darjah 6 tanya. Wah, bila dah emo budak lebih
tua pun aku sembur juga. Tiba-tiba jadi bangga dengan diri sendiri.
“Patutnya
bila kau diejek, kau ejek balik. Baik jadi kuat daripada jadi lembik.” Dia bagi
cadangan sambil berpeluk tubuh dengan renungan sinis membunuh.
“Tapi
memang kau hitam lagi gemuk. Susah sangat nak berjalan sampai jatuh terduduk.”
Si Apik tu ketawakan aku terang-terang. Tak reti langsung jaga hati orang.
“Aku
doakan kau kahwin dengan orang lebih gemuk dari aku, lebih hitam dari aku!”
“Eleh,
kau ingat ada ke orang lebih gemuk dan hitam dari kau. Aku doakan kau kahwin
dengan orang kacak macam aku ni ha, kan bagus doa yang baik-baik untuk orang.”
“Daripada
kahwin dengan orang perangai beruk macam kau, baik aku kahwin dengan yang tak
kacak weh. Tak ingin aku dapat orang perasan macam kau!” Aku jerit kuat-kuat
dengan harapan dia sakit hati. Tapi sebaliknya Apik tersengih dengan muka
mengejek sampai hati aku pula yang jadi rentung.
Aku
tarik rumput kat tepi kaki dan baling kat dia. Apik mengelak laju.
“Bila
aku dah besar dah jadi buruk jangan tak jadi pula kahwin dengan aku.” Dia tolak
bahuku agak kuat. Oleh sebab badan ni besar sangat, pergelangan tangan terseret
dengan tar jalan dan melecet merah. Aku tiup pergelangan tangan dengan perasaan
bercampur baur. Geram, sakit hati, marah dan benci kat Apik.
Dengan
susah payah aku bangun dan cuba menyepak kaki dia tapi tak berjaya. Apik lari
laju sambil menjerit riuh. Sakitnya hati aku hanya ALLAh yang takt ahu.
“Mun
nak kahwin dengan aku kawan-kawan… Tapi bila muka aku jadi buruk. Kau orang
bayangkan muka aku jadi buruk macam mana!” Dengan penuh keyakinan dia ketawa
bagai nak rak. Macam muka dia akan jadi handsome sampai bila-bila!
Kawan-kawan
dia pun sibuk ketawa sambil tengok aku yang dah berhenti dari mengejar Si Apik.
Aku hentak-hentak kaki membayangkan jalan ni muka Apik.
Kau
tengoklah Apik. Kau hina aku hari ni, esok lusa aku pula yang gelakkan kau.
Ada
ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Nanti
aku cakap dengan ibu biar ibu bagitahu kat mak kau betapa buruknya perangai
kau, Apik!
AKU
ambil gambar dalam album dengan muka Syafiqi dan terus koyak laju supaya
terpisah dari gambarku. Lepas tu tangan sibuk renyuk-renyuk gambar buka Syafiqi
tu.
Rupanya
dia salah seorang dari hantu-hantu yang menjadikan ku mangsa buli masa zaman
sekolah dulu. Bencinya dekat dia! Padanlah muka dia jadi tak handsome, tu
balasan cash ALLAH bagi sebab dia suka pandang rendah pada orang lain.
Tunggulah
kalau aku jumpa dia lagi! Menyampah bila terbayangkan senyuman kat bibir dia. Senyuman
yang sama dengan 19 tahun yang lepas!
“MUN!
Buka pintu bilik ni ha!” Kak Rinah ketuk-ketuk dari luar. Aku buka earphone
yang tersangkut di telinga. “Mun keluar cepat. Ada orang datang merisik!” Kak
Rinah bising lagi.
Kejap.
Merisik?
Merisik
dia ke? Sejak bila pula Kak Rinah berkawan dengan mana-mana lelaki? Aku angkat
tubuh malas-malas ke pintu bilik. Kalau dia kena risik pun apa kaitan dengan
aku?
“Kenapa?”
Aku buka daun pintu sikit, setakat nampak sebelah muka aje.
“Kawan
kau datang merisik. Ibu suruh bersiap cepat jumpa orang kat luar.”
“Kawan
aku yang mana?”
“Mana
aku tahu. Pergilah siap.”
Aku
pandang Kak Rinah dari atas ke bawah. Patutnya dia yang bersiap sebab baju dia
pakai macam orang nak pergi gym. Sesak sungguh aku tengok badan Kak Rinah
dengan pakaian sukan ketat kat badan warna pink. Kalau aku pun sakit mata,
lagilah orang-orang lain kat luar sana.
Kak
Rinah tolak daun pintu dan masuk ke dalam bilikku.
“Kau
ada baju canti ke? Baju kurung raya tahun lepas ada lagi tak?”
“Apahal
pinjam baju aku pula?” Aku kerutkan kening pelik dengan perangai Kak Rinah.
Carilah kat almari dia, baju dia berdozen-dozen beli kat Shopee.com mengalahkan
baju retis.
“Eh,
yang kena risik tu kau, jangan nak rileks pula. Pergi cepat pakai baju ni!” Kak
Rinah tarik baju kurung warna merah dan ditolak ke dadaku.
“Apa
dia?”
Telinga
dah pekak kut sebab aku rasa macam dah tersilap dengar.
“Eh,
sejak bila kau berkawan dengan anak kawan ibu ni? Kenapalah mesti kau dulu yang
kena risik. Kenapa bukan aku?” Muncung Kak Rinah panjang tiga inci.
Aku
pula tercengang bagai nak tersembul biji mata.
Siapaaaa???
SAKIT
mata bila tengok Syafiqi tersengih-sengih macam kerrang busuk. Macam mana la
boleh end up dengan dia ni?
Aku
tarik lengan baju dia kasar sampai ke tepi luar rumah jauh sikit dari orang
lain.
Bila
kami sama-sama berdiri berhadapan, dia bercekak pinggang dengan senyuman tak
lekang di bibir, dengan ringannya kaki kiriku menyepak kaki kanannya. Kuat
sampai dia jatuh dan pegang kaki kanannya dengan muka berkerut-kerut.
“Kenapa?”
tanya Syafiqi dengan muka keliru padahal dia tahu kenapa aku marah macam ni.
“Kau
ingat aku dah lupa apa kau buat kat aku masa kecik dulu? Oh, sekarang tiba-tiba
ajak kahwin pula? Kau nak makan penyapu hari-hari silalah teruskan niat tu!”
Aku cerlungkan mata tajam. Hampir-hampir tangan ni naik kat kepala dia, balas
balik kerja-kerja buli dia kat aku dulu.
“Ingat
lah ni?” Syafiqi bangun dan kemudian tangan dia letak kat belakang kepala. Dia
senyum senget bagai tak ada perasaan.
“Kau
buat aku macam tu lepas tu kau sibuk merisik, apa benda ni?”
“Jawapan
dah terang-terang la.”
“Apa?”
“Sebab
kau makin cantik.” Dia ketawa.
Kenapa
bunyi ketawa dia tu menusuk-nusuk usus dan paru-paru ni? Aku pegang dada
sendiri.
“Kau
ingat aku senang-senang terima?” Aku jegilkan mata bersungguh-sungguh.
“Ala
apa kurangnya aku? Ada kerja, rumah dan kereta pun ada… Tak kalah dengan
mana-mana lelaki kat dunia ni.”
“Kau
ambik je Kak Rinah jadi bini kau, aku tak nak!” Aku libas lengan Syafiqi dengan
tangan kuat. Dia mengelak! Sebiji macam dia mengelak masa aku tikam dengan
rumput masa kecil-kecil dulu.
“Eh,
penat-penat aku buat penampilan buruk ni sebab nak kahwin dengan kau, mana
boleh main pass kat orang.” Syafiqi kembali bercekak pinggang.
Aku
terkumat-kamit pandang muka dia yang serabut gila tu.
“Jangan
buat alasan bodoh, lah!” Susah betul nak kawal kemarahan ni. Rasa nak meletup
bila-bila masa.
“Ibu
kau okey aje terima aku jadi menantu… Berkat hidup dengar cakap mak sendiri…”
Aku
meraup muka dan bergerak ke kanan dan kiri cuba berfikir dalam-dalam tapi masih
juga jumpa jalan buntu.
“Betul
ke kau buat ni semua…” jari tunjuk Syafiqi dari atas ke bawah. “… sebab aku?”
Keningku
bertaut rapat mahu mendengar jawapan dari mulut Syafiqi sendiri.
Syafiqi
pandang ke atas sambil mengangkat bahu. “Kalau kau fikir gitu, teruskan.”
“Serius?”
Tekanku tak percaya.
Dia
kibas seluarnya yang hampir terlondeh beberapa kali. “Aku memang jenis pemalas.
Tak ada maknanya buat perkara tak berfaedah demi orang lain. Kau fikirlah
elok-elok macam mana. Aku bukan cikai sangat pun…” Lepas dia cakap, dia pergi
macam tu aje.
KOMPANG
di palu… pengantin baru!
Walaupun
seperti bermimpi di siang hari, tapi realiti besar perlu ku terima setulus
hati. Akhirnya aku kahwin juga dengan Syafiqi Haji Daud. Sebab apa?
Aku
tak faham juga.
Ada
banyak benda misteri kat dunia ni yang berlalu tak ada jawapan dan salah
satunya adalah misteri bagaimana aku boleh terima Syafiqi jadi suami. Mungkin
sebab aku selesa atau familiar dengan dia, kut?
Aku
pandang dia yang duduk kat tepi tengah makan beradap. Tak malu dia tarik kaki
ketam dan lahap dengan mulut dia.
Okeylah.
Hari
sanding dan makan beradab kami dia berpakaian macam manusia juga.
Berbaju
Melayu warna kuning emas dan bersamping elok. Aku rasa kawan-kawan dia kut
tolong dia pakai samping tu.
Dan
paling best dia pergi ikat rambut ke belakang. Jangkut pun tak serabut macam
selalu.
“Tengok
aku aje bukan boleh kenyang.” Dia sua ketam kat pingganku.
“Kenapalah
aku boleh kahwin dengan kau.”
Syafiqi
mengangkat keningnya. “Tak baik merungut benda dah jadi. Belajarlah terima
takdir yang kau tu jodoh aku.”
Aku
tepuk dahi tak sedar ramai yang tengah perhati. Syafiqi tarik tanganku dan di
bawa ke pahanya.
“Apa
ni?” Aku jeling dia tajam. Dia sengih aje macam tak ada apa-apa yang berlaku.
“Tak
payah gatal-gatal kat sini, ramai mata yang tengok.” Aku ucap separuh berbisik.
Syafiqi
tunduk mendekatkan kepalanya dengan bahuku. “Kau kena banyak sabar lepas ni…”
Aku
jungkit kening sebelah. “Kenapa?”
“Sebab
aku tak jamin kau boleh hidup bahagia.” Dia tersengih-sengih nakal.
Aku
angkat kaki dan pijak kaki dia dengan heel. Lantaklah kalau dia nak jerit pun.
Dan boleh tak kalau nak ambil sudu besi untuk kaut rendang ni dan hentak kat
kepala dia sekarang juga?
0 Komen untuk Cik Rin:
Post a Comment