CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 21, 2012

Cerpen: Plain Guy! part 4




Part 4: You've Fallen For Me..











TIZZA shopping lagi. Ini salah satu cara untuk dia hilangkan tekanan. 50 kali Walid telefon tapi dia buat tak tahu. Kali ini muktamad dia nak break dengan Walid tak macam sebelum-sebelum ini.

Tizza mahu buktikan pada dirinya sendiri yang dia mampu untuk berdiri tanpa Walid di sisi. Habis gaji sebulan dia keluarkan untuk membeli baju-baju berjenama dan kasut-kasut mahalnya. Sebelum ini asyik Walid yang keluarkan wang dia. Kali ini Tizza perlu hidup berdikari.

Tiga jam dia pusing-pusing Time Square sebelum dia putuskan untuk pulang ke rumah. Tizza menjinjit beg-beg plastik di kiri dan kanan tangan menuju ke stesen komuter. Rasa menyesal pula sebab tak nak bawa kereta tadi. Kononnya nak ambil angin jalan-jalan. Padan muka kau Tizza... Dia kutuk diri sendiri.

Salah satu begnya tercicir semasa dia sedang menyeberang jalan. Ingin berpatah balik tapi kereta pula lalu lalang, penuh sesak. Lama dia menunggu di tepi jalan itu semata-mata ingin mendapatkan kembali beg yang terjatuh di seberang jalan sana.

Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam serta baju kemeja yang tidak berbutang mengambil beg plastiknya dan berjalan menghampiri Tizza. Kening Tizza terangkat. Macam pernah jumpa... Tapi kat mana? Tizza amati lelaki itu sebelum mengambil beg plastik yang lelaki itu hulurkan. Lah... Mamat poyo komuter hari tu! Patutlah nampak lain... Dia tak pakai spectacle dia...

“Terima kasih...” Ucap Tizza teragak-agak. Mamat komuter itu mengangguk tanpa membalas senyuman Tizza. Amboi.. Sombong nampak...

Mamat komuter itu terus berlalu pergi. Tizza tercengang-cengang sebelum dia mengejar langkah lelaki itu.

“Hey... Siapa nama awak? Saya Tizza Maisarah...” Tizza cuba menyaingi langkah kaki mamat komuter. Mamat komuter toleh Tizza dengan pandangan kosong.

“Err... Siapa nama awak?” Tanya Tizza lagi. Dia jadi kalut tiba-tiba. Lelaki itu memandang wajahnya tajam.

“Err.. Awak bisu ke?” Tanya Tizza teragak-agak. Takut tekaan dia betul.

“Tak.”

Tergamam Tizza mendengar suara lelaki itu. Wah! Tak bisu rupanya! Tizza tersengih.

“Oh, maaf ya... Ingat bisu tadi.” Ha, kena kau sekali. Mulut aku memang tak ada lesen kalau mengutuk orang... Tizza sembunyikan senyuman dia. “Kita dah terserempak tiga kali tapi tak pernah bertegur sapa. Nama saya Tizza...” Tizza hulur tangan kanan. Lelaki itu menggeleng. Perlahan-lahan Tizza letak tangannya ke sisi. Malu!

“Saya pergi dulu,” ucap lelaki itu sebelum melangkah pergi.

“Eh, nama awak?”

“Doraemon.” Lepas tu mamat komuter terus pergi. Rahang Tizza terjatuh ke bawah. Doraemon pulak?




TIZZA MAISARAH dah jadi stalker. Dia rasa otak dia dah tak centre dah sebab asyik menghendap mamat Doraemon kat tepi jalan. Patutlah selalu terserempak dengan Doraemon kat kawasan sini-sini... Dia pelukis tepi jalan rupanya... Sudah dua kali dia duduk perhatikan Doraemon yang khusyuk melukis pemandangan sejak minggu lepas. Ada juga beberapa orang meminta Doraemon melukiskan potret wajah mereka.

Aish... Tak ada nama ke? Takkan nak panggil mamat ni Doraemon? Nak kata badan bulat macam Doraemon, badan dia kempis aje. Tizza garu kepala sendiri. Hari ini dia beranikan diri untuk menghampiri Doraemon dan duduk di sisi lelaki itu.

“Haiii...” Tegur Tizza sengih. Doraemon lemparkan pandangan pelik padanya. Tizza berdehem sendiri sebelum menyelitkan rambutnya ke telinga. Bajet ayu.

“Buat apa?” Tanya Tizza lagi. Doraemon jatuhkan pandangannya ke kanvas lukisan. Tizza tak dilayan.

‘Sombong...’ Desis Tizza memuncungkan mulutnya. Tizza ambil sekeping stick note di dalam beg tangan. Dia tulis satu-satu ayat di situ sebelum dia lekatkan pada pokok bersebelah tempat Doraemon duduk. Kemudian Tizza melangkah pergi dari situ. Kau nak baca, baca. Tak nak sudah. Desis hati Tizza.

Doraemon tengok langkah Tizza sambil tersenyum. Pelik perempuan ni. Dia toleh ke arah stick note yang Tizza tinggalkan.

‘Nama awak siapa?’

Itu aje? Doraemon menggeleng-geleng kepala. Lantas dia ambil sebatang pensel dan tulis kat bawah ayat Tizza.

‘Mohd. Adzmin’

Tizza memandang dari jauh dengan senyuman lebar. Yossh!!



“TAK nak lukis muka saya ke?” Tanya Tizza menggigit cup kertas yang berisi nescafe. Adzmin menoleh ke arahnya.

“Bayar dulu.” Ucap Adzmin selamba. Tizza mencebik. Kena bayar pulak dah?

“Awak memang selalu sorang-sorang kat sini?” Tanya Tizza sambil memandang sekeliling mereka. Kat tepi jalan, kereta lalu-lalang. Orang pun ramai aje yang tumpang pandang ‘kesian’ kat dia. Adzmin mengangguk-angguk.

Best kan jadi awak. Rileks aje...” Puji Tizza ikhlas. Adzmin senyum kecil. Wah... Adzmin dah reti senyum kat aku...

“Awak tak ada adik beradik atau family ke?” Tanya Tizza lagi. Adzmin geleng kepala.

Lonely.” Jawab Adzmin sambil melemparkan pandangan ke arah bangunan yang berada di hadapan mereka.

Tizza memandang wajah Adzmin. Rasa simpati bertamu dalam diri. Sejak dia tinggalkan stick note pada Adzmin, tiap-tiap hari dia lepak di sini menjelang tengah hari. Adzmin banyak berdiam diri. Hanya dia yang memulakan bicara. Tapi tak apalah... Dia rasa seronok berada di sisi Adzmin. Kenapa ya? Tizza tetap merenung wajah Adzmin lagi. Dia selekeh, dia biasa-biasa aje, tapi Tizza suka...

“Awak tak pergi lagi ke? Dah dekat pukul 2...” Ucap Adzmin tiba-tiba. Tizza tersedar dari lamunannya. Dia tersengih malu.

Ye lah. Esok kita jumpa lagi!” Ucap Tizza semangat. Adzmin tahan ketawa.

“Esok awak tak cuti ke?” Tanya Adzmin. Tizza geleng kepala.

“Esok saya shopping dekat-dekat sini. Nak teman saya tak?” Tanya Tizza teruja. Adzmin tersengih.

“Kopak saya nanti.” Balas Adzmin mengusik. Tizza tarik muka.

“Jangan risau... Saya guna duit saya sendiri la pakcik... Temankan saya esok ya?” Pujuk Tizza. Adzmin angkat bahu.

“Tengoklah...”

Tizza mengambil buku karya Muhammad Hafizuddin yang berada di sisi Adzmin dan menamparkannya pada lengan Adzmin. Adzmin menyeringai sakit dan terus merampas buku itu.

“Ini buku agama la Tizza. Hati-hati.” Tegur Adzmin. Tizza? Dia terkaku sesaat.

“Awak panggil nama saya tadi?” Tanya Tizza tak percaya. Adzmin garu kepala.

“Tak boleh ke?”

“Boleh! Boleh sangat!” Tizza gelak seronok. Adzmin termangu-mangu kehairanan.

‘Awak angau kat saya ke Tizza?’ Bisik hatinya.





~~ cerita nih belum habis lagi .. nak masuk part klimaks pulak ... Hi hi~~



8 Komen untuk Cik Rin:

zeehan

'awak angau kat saya ke tizza?' hahah.. comel~~ :) take your time. -waiting-

RinsyaRyc

zeehan - thanks ya! :^__^:

ye saya angau kat awak adzmin~

zm

alahai sye pung angau dkt enchik doremon... best ar criter ni, thanxs cik writer

RinsyaRyc

Zawani - saya pun angau kat encik T.O.P .. >_<

He he he... THanks ya zawani! ^__^

If

woooh woohh kak ririn!!! [mbak psukan sorak redah blog kak ririn]
daebak laaa blog tok! xla nulis ceta rah buku panjang gk oo.. [hehe. adakah saudari masih ingt bhwa sy pnah mbaca buku pnjg anda smasa kita seroomate dulu?]
btw ng kaghum la dgn kekomitedan ktk nulis. *thumbs up

# i record ur blog song. so mello2 #

RinsyaRyc

Kepada bekas roomate lamak ~~> Murni Afiqah...

saya tidak pernah lupa yg awak pernah baca buku panjang2 tersebut . manakala sekarang ni buku tersebut tidak dpt dikesan lagi . ada tiga buah kesemuanya tapi 3-3 tak dop kat saya .
Saya jugak kagum dngan tulisan anda~ XD

Sile la record my blog's song . Sangat sedih bukan ? Ha ha ha... ^___^

If

tp sy ada mslh mengenali intro lagu ye.
ng merinsak la bunyinya jerit ya. ish3.
btw sy nk ttp blog ye. =( sad but worth it.

RinsyaRyc

Murni Afiqah yg dicintai : Awat jadi cemtu pulak ? Nape weyh ... sumpah ai x kan pi kacau blog yu lagik .. hu hu .. x ya la tutup...