Harap2 lepas ni boleh menulis dengan kepantasan Lelaki Versi Dia. Oh ye, sudah mendapatkan pakcik Wan Aakif kat pasaran ke? Don't hate Arwin ye dia budak lagi, tak matang! hhahaha...
PROLOG
AKU pandang wajah Akrimal tajam. Bila-bila masa
aje dia boleh aku baling dengan pasu yang ada kat atas meja di tepi katil wad
aku ni. Berapa kali aku cakap kat dia jangan ganggu tapi dia tetap ganggu.
Berapa kali aku nak terangkan kat dia baru dia faham yang aku memang takkan ada
perasaan pada dia?
“I did’nt meant to hurt you…”
Aku mencebik dengan perasaan jelik. Bunyi dia
sebut hurt tu pun dah macam heart aje aku dengar. Entah ceruk
mana dia belajar bahasa Inggeris pun aku tak tahu. Lagi teruk dari budak darjah
2 kut. Entah macam mana dia boleh jadi engineer entah!
“Kau balik sekarang!”
“Nurin! You must believe me. I tak
sengaja okey?” Akrimal bercakap dengan nada bersungguh. Tak sengaja konon… Dia
yang tolak aku ke kolam tu dia ingat aku buta ke apa?
“I just… I tak tahan bila you buat-buat
pekak bila I panggil. And it was coincidence. Tak sangka I boleh
tertolak you terjatuh kat kolam ayahanda…”
Coincidence dia cakap? Coincidence??!
“I don’t get it Akrimal. You may get
out now before I baling you dengan mesin ni!” Aku pun dengan beraninya
tunjuk mesin kat tepi katil aku tapi milik pesakit yang tengah baring kat
sebelah aku ni.
Akrimal tunjuk muka kecewa sebelum mengeluh
berat.
“Okey I balik tapi esok-lusa I datang lagi. You
rehatlah dulu. And forgive me for everything ya?”
Aku juih bibir buat kesekian kalinya.
Bila Akrimal pergi aku hela nafas lega,
menyandar di kepala katil hospital itu dengan hati yang tenang. Selesai satu
masalah!
“Siapa?”
Spontan aku menoleh ke tepi. Nampak aje manusia
yang tengah berbalut kat muka tu buat aku rasa nak terlompat dari katil. Ya
Allah! Ada hati lagi manusia kat tepi aku ni mahu bercakap dengan keadaan dia
yang… yang… yang macam mumia baru lepas terjun bangunan.
“You cakap dengan I?” aku tanya manusia tu. Dia
pun mengangguk kepala.
“Lelaki.”
“I tahu dia lelaki…”
Aku lirik wajah manusia tu balik tapi tak
sampai 1 minit aku terus larikan mata ke dinding hospital. Ngeri!
“Adalah sibuk aje nak tahu!”
“Dengan I sekali kena fire ke?
Garangnya…”
Tau aku garang lagi nak mengganggu. Nasib baik
dia sakit kalau tak memang aku baling mesin kat tepi ni kat dia! Eh kejap… Tadi
kat Akrimal pun aku nak baling dengan mesin yang sama. Dan mesin tu… manusia ni
yang punya kan? Wajahku bertukar jadi kelat. Patutlah manusia ni asyik bertanya
soalan yang pelik-pelik!
“You berbalut macam tu tak sakit ke?” soalku
selamba. Manusia tu tersengih lebar. Nampak juga gigi walaupun muka sudah
berbalut sana-sini.
“Accident motor.” Dia beritahu tanpa
dipinta. Lawak la lelaki ni, aku tak tanya pun dia mengada nak jawab. Ke dia
pun sama spesies sengal dengan Akrimal?
“Good for you! By the way sebenarnya
tadi I tanya you, you teruk-teruk macam tu tak sakit ke bila bersembang dengan
I?” ucapku seraya memeluk tubuh.
“Sempat pula you curse I kan? I bukan
mat rempit okey?”
“Memang mat rempit pun dari perangai aje aku
dah tau.” Gumamku kepada diri sendiri.
“I dengar tu..”
“Baguslah you dengar. Biar sedar diri sikit!”
“Okey.. okey.. I will not disturb you. Perempuan
kalau tengah sakit hati dengan boyfriend memang macam tu. Semua orang
dia nak sembur!” Jelas dia mengutukn diriku. Aku terlopong memandang ke arahnya
tapi tak sempat aku cakap apa-apa dia dah tarik langsir yang memisahkan kami
sehingga ke pinggangnya dengan bersusah-payah. Kesian je aku tengok dia
terkial-kial tapi oleh kerana dia telah menyakitkan hati aku tadi, aku pun
batalkan niat nak kesian kat dia. Buang tenaga aje! Kenapalah hari ni aku
bertemu dengan dua orang mamat sengal sedunia? Kenapalah tak esok lusa aje aku
jumpa dia orang ni? Menyakitkan hati aje!
Dengan bersusah-payah aku berdiri dan merentap
jarum yang melekat di lenganku. Sakit sikit aje tapi lepas tu ada darah yang
menitik di baju hijau muda hospital ni punya. Aku tergesa-gesa melangkah keluar
dari wad yang menempatkan aku. Sewaktu aku melalui katil manusia tadi, sempat
aku hadiahkan jelingan tajam biar dia ingat sampai bila-bila. Aku tengok mata
dia tengah terkebil-kebil mengekori langkahku sehingga keluar dari pintu wad.
Aku pun toleh ke arah dia semula dan menunjukkan buku limaku padanya.
Dasar mat rempit hidup menyusahkan orang, padam
muka terlantar kat hospital! Aku tengok keadaan dia tu agak-agak sempat jugak
patah riuk masa kemalangan.
4 Komen untuk Cik Rin:
Hahaha……………………....entry untuk novel baru ke?
Best.... #^_^
Best.... Sambung..sambung.
Hehe
BEST SANGAT-2.
tgk sinopsis pun dah best...so ms author..silalah rajin2 up n3 yerrr....hehehhe
Post a Comment