CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 4, 2013

Under My Skin Prolog

Here we go... Asah bakat yang dah jadik luntur sebab kena clorox  :(
Harap2 lepas ni boleh menulis dengan kepantasan Lelaki Versi Dia. Oh ye, sudah mendapatkan pakcik Wan Aakif kat pasaran ke? Don't hate Arwin ye dia budak lagi, tak matang! hhahaha...

PROLOG
AKU pandang wajah Akrimal tajam. Bila-bila masa aje dia boleh aku baling dengan pasu yang ada kat atas meja di tepi katil wad aku ni. Berapa kali aku cakap kat dia jangan ganggu tapi dia tetap ganggu. Berapa kali aku nak terangkan kat dia baru dia faham yang aku memang takkan ada perasaan pada dia?
“I did’nt meant to hurt you…”
Aku mencebik dengan perasaan jelik. Bunyi dia sebut hurt tu pun dah macam heart aje aku dengar. Entah ceruk mana dia belajar bahasa Inggeris pun aku tak tahu. Lagi teruk dari budak darjah 2 kut. Entah macam mana dia boleh jadi engineer entah!
“Kau balik sekarang!”
“Nurin! You must believe me. I tak sengaja okey?” Akrimal bercakap dengan nada bersungguh. Tak sengaja konon… Dia yang tolak aku ke kolam tu dia ingat aku buta ke apa?
I just… I tak tahan bila you buat-buat pekak bila I panggil. And it was coincidence. Tak sangka I boleh tertolak you terjatuh kat kolam ayahanda…”
Coincidence dia cakap? Coincidence??!
I don’t get it Akrimal. You may get out now before I baling you dengan mesin ni!” Aku pun dengan beraninya tunjuk mesin kat tepi katil aku tapi milik pesakit yang tengah baring kat sebelah aku ni.
Akrimal tunjuk muka kecewa sebelum mengeluh berat.
“Okey I balik tapi esok-lusa I datang lagi. You rehatlah dulu. And forgive me for everything ya?”
Aku juih bibir buat kesekian kalinya.
Bila Akrimal pergi aku hela nafas lega, menyandar di kepala katil hospital itu dengan hati yang tenang. Selesai satu masalah!
“Siapa?”
Spontan aku menoleh ke tepi. Nampak aje manusia yang tengah berbalut kat muka tu buat aku rasa nak terlompat dari katil. Ya Allah! Ada hati lagi manusia kat tepi aku ni mahu bercakap dengan keadaan dia yang… yang… yang macam mumia baru lepas terjun bangunan.
“You cakap dengan I?” aku tanya manusia tu. Dia pun mengangguk kepala.
“Lelaki.”
“I tahu dia lelaki…”
Aku lirik wajah manusia tu balik tapi tak sampai 1 minit aku terus larikan mata ke dinding hospital. Ngeri!
“Adalah sibuk aje nak tahu!”
“Dengan I sekali kena fire ke? Garangnya…”
Tau aku garang lagi nak mengganggu. Nasib baik dia sakit kalau tak memang aku baling mesin kat tepi ni kat dia! Eh kejap… Tadi kat Akrimal pun aku nak baling dengan mesin yang sama. Dan mesin tu… manusia ni yang punya kan? Wajahku bertukar jadi kelat. Patutlah manusia ni asyik bertanya soalan yang pelik-pelik!
“You berbalut macam tu tak sakit ke?” soalku selamba. Manusia tu tersengih lebar. Nampak juga gigi walaupun muka sudah berbalut sana-sini.
Accident motor.” Dia beritahu tanpa dipinta. Lawak la lelaki ni, aku tak tanya pun dia mengada nak jawab. Ke dia pun sama spesies sengal dengan Akrimal?
Good for you! By the way sebenarnya tadi I tanya you, you teruk-teruk macam tu tak sakit ke bila bersembang dengan I?” ucapku seraya memeluk tubuh.
“Sempat pula you curse I kan? I bukan mat rempit okey?”
“Memang mat rempit pun dari perangai aje aku dah tau.” Gumamku kepada diri sendiri.
“I dengar tu..”
“Baguslah you dengar. Biar sedar diri sikit!”
“Okey.. okey.. I will not disturb you. Perempuan kalau tengah sakit hati dengan boyfriend memang macam tu. Semua orang dia nak sembur!” Jelas dia mengutukn diriku. Aku terlopong memandang ke arahnya tapi tak sempat aku cakap apa-apa dia dah tarik langsir yang memisahkan kami sehingga ke pinggangnya dengan bersusah-payah. Kesian je aku tengok dia terkial-kial tapi oleh kerana dia telah menyakitkan hati aku tadi, aku pun batalkan niat nak kesian kat dia. Buang tenaga aje! Kenapalah hari ni aku bertemu dengan dua orang mamat sengal sedunia? Kenapalah tak esok lusa aje aku jumpa dia orang ni? Menyakitkan hati aje!
Dengan bersusah-payah aku berdiri dan merentap jarum yang melekat di lenganku. Sakit sikit aje tapi lepas tu ada darah yang menitik di baju hijau muda hospital ni punya. Aku tergesa-gesa melangkah keluar dari wad yang menempatkan aku. Sewaktu aku melalui katil manusia tadi, sempat aku hadiahkan jelingan tajam biar dia ingat sampai bila-bila. Aku tengok mata dia tengah terkebil-kebil mengekori langkahku sehingga keluar dari pintu wad. Aku pun toleh ke arah dia semula dan menunjukkan buku limaku padanya.
Dasar mat rempit hidup menyusahkan orang, padam muka terlantar kat hospital! Aku tengok keadaan dia tu agak-agak sempat jugak patah riuk masa kemalangan.