CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 20, 2012

Cerpen: Plain Guy! part 2




Part 2: We meet again...












TIZZA DAN WALID keluar bersama ke sebuah pusat membeli belah dan kali ini Tizza bertegas untuk menjemput Walid. Dia tidak mahu jadi mangsa buat kali kedua. Penat nak angkut semua barang naik komuter. Serik!

"People keep looking at us..." Luah Tizza menghela nafas panjang tidak selesa. Walid sengih.

Inilah risiko kalau berjalan sama dengan Walid, mereka jadi perhatian. Dahlah tu ada yang tertoleh-toleh mencuri pandang ke arah mereka berdua...

Tizza pandang ke wajah Walid. Walid tetap tenang tidak terusik.

"They are looking because they think that we're suit to each others." Balas Walid, begitu optimistik, dengan senyuman bangga di bibirnya.

"Really? But what I see is their eyes is looking at you, smiling to you dan yang paling penting sekali diorang tu semuanya perempuan!" Balas Tizza sinis. Baik sangat si Walid ni. Semua benda dia nak fikir positif, bagus... Sedangkan perempuan-perempuan itu tadi telah menonton dirinya kerana kekacakan yang dia miliki.

"B.. Are you jealous? B, I sayang you aje. Nak atau tak nak you kena percaya yang tiada perempuan lain mampu ada di sini selain you.” Walid tunjuk dadanya. Dia gelak kecil. “Jadi buat apa you nak cemburu? Tak ada faedah pun!" Balas Walid tertawa besar. Berdesing telinga Tizza. Ada rasa kecil hati bertamu di dalam dirinya.

"Lucu sangat ke?" Tanya Tizza kasar. Walid memandang wajah Tizza kosong.

“Tak lucu ke?” Walid tanya balik. Naik merah wajah Tizza menahan geram.

“Suka hati you lah!” Ucap Tizza mendongkol. Tizza melangkah laju meninggalkan Walid.

“Tizza...” Seru Walid. Tizza tak peduli. Hati dia sakit. Walid lambat pick up! Dia cemburu bila Walid jadi perhatian gadis-gadis di luar sana. Kenapa Walid tak pernah nak faham hati dia? Tizza ketap bibir sendiri.

“Marahlah ni?” Usik Walid menyaingi langkah Tizza. Tizza terdiam membisu. Marahlah! Siapa yang tak marah boyfriend sendiri jadi perhatian orang lain?

Tizza teringat ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. ‘Kalau nak hidup dengan lelaki yang handsome, bukan awak aje yang nakkan dia. Orang lain pun teringin kat dia!’ Tizza mengeluh panjang.

"Sayang... Ada seorang client ni asyik ajak I keluar aje..." Sengaja Tizza menduga. Dia merenung wajah Walid memerhatikan reaksi Walid. Walid buat muka batu.

"Really? Lelaki ke perempuan? I kenal dia tak?" Soal Walid teruja.

"Nope, you tak kenal dia dan dia lelaki." Balas Tizza.

“Iya? Bila dia ajak keluar tu?”

Tizza telan air liur. Walid tak jealous ke? “Sepatutnya hari ini. tapi I tolak.” Ucap Tizza hambar.

“Oh, so kenapa you tak keluar dengan dia?" Soal Walid selamba. Seolah-olah dia tidak kisah langsung dengan ajakan itu padahal kalau lelaki lain sudah pasti menunjukkan rasa cemburu.

"Sayang.. I kan dah ada you, kenapa pulak I kena keluar dengan dia?" Tekan Tizza. Walid garu keningnya.

"B... Keluar makan je kan? You belum jadi isteri I so you bebas nak keluar dengan sesiapa yang you mahu. I tak kisah. Besides... I trust you! Lainlah kalau you dah jadi bini I..." Walid kenyit mata. Tizza hampir-hampir ternganga tidak percaya. Bukankah sepatutnya Walid perlu halang Tizza daripada berhubungan dengan lain? Stone heart punya Walid!

Tizza mengeluh. Mengikut teori Tizza, ada dua kesalahan dalam bercinta, 1. Don't trust your partner too much dan 2. Jangan kongkong pasangan kamu macam dia langsung tak ada hak untuk hidup. Masalah yang dihadapi bersama Walid adalah Walid terlalu mempercayai dirinya. "Just do anything you want, I won't stop because I trust you" Ayat itu selalu sangat diucapkan oleh Walid sehinggakan Tizza sudah dapat menghafal ayat Walid setiap kali Walid buka mulut untuk keluarkan teori dia yang satu itu.

"So, you pernah keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuan I sebab I bukan isteri you?" Soal Tizza pelan. Walid memandang wajahnya kosong lagi.

"Yea.. Sometimes," balas Walid tenang.

Tizza ketap bibir. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah, kenapalah Walid ni jujur sangat? Dia boleh berbohong dengan mengatakan 'tak pernah' sekalipun dia dah banyak kali keluar dengan perempuan lain. Tak faham dengan perangai sebenar lelaki seorang ni.

"B, I salah cakap ke?" Soal Walid apabila menyedari perubahan pada air muka Tizza.

"I nak ke ladies," Tizza berlalu menuju ke arah tandas. Dia sudah tiada mood melayan kerenah Walid. Sakit hatinya menjadi-jadi.

Beberapa minit di dalam tandas tanpa buat apa-apa melainkan termenung dihadapan cermin dan cuba menenangkan diri sendiri. 5 minit kemudian dia melangkah keluar.

“Apa la si Walid tu. Tak ada perasaan ke?” Rungut Tizza perlahan. Tapi Walid tetap Walid. Walid bijak memujuknya dengan ayat-ayat menusuk jiwa wanitanya. Memujuk dengan sesuatu yang manis. Sebab katanya...

"You tau kan yang I suka tengok senyuman you yang manis macam gula tu?"

Tizza menghela nafas panjang sambil memandang lurus ke hadapan. Matanya membulat bila terpandang seorang lelaki bercermin mata bingkai tebal sedang duduk di KFC seorang diri.

“Dia tu... Bukan mamat poyo komuter ke?” Tizza mengamati seraut wajah itu dari jauh.

“Tizza, you tengok siapa tu?” Suara Walid menerobos ke telinganya. Tizza gugup terus memandang wajah Walid. Walid pandang ke arah yang Tizza pandang dengan kerutan di dahi.

“Tak ada sesiapalah! I ingat lelaki tu kenalan I tapi nampaknya I salah. Jomlah kita balik. Dah lewat ni...” Tizza tarik tangan Walid. Walid memandang wajahnya hairan. Kenapa dengan Tizza hari ini?

Tizza memegang dada kirinya. Jantungnya berdegup laju. Kenapa dengan aku hari ini?







SHAFIQ aka Shaq itu mengganggunya lagi. Naik buntu Tizza mencari alasan menolak pelawaan Shaq. Lelaki memangkan? Kalau orang dah cakap tak suka tapi degil jugak sebab otak dia bebal nak terima kenyataan!

“Sekali ni aje. Lepas ni tolong jangan ganggu hidup I lagi.” Tegas suara Tizza menerima pelawaan Shaq. Shaq angkat kening.

No hal!” Ucap Shaq dengan senyuman memekar di wajahnya. Tizza mencebik.

Shaq baginya tak banyak beza dengan lelaki kacak lain. Romantik, kacak, penggoda, tahu melayani wanita dengan sebaik-baiknya dan kasanova! Terlalu tipikal untuk lelaki buaya darat.

Dia menyampah tengok senyuman Shaq. Nampak palsu. Sekali senyum buat mulut senget sebelah. Euwww... Handsome lah sangat!

Rambutnya yang hitam lebat itu berkali-kali dilurut kebelakang dengan jari-jemarinya sambil matanya terus merenung ke arah Tizza. Tak ada cara lain ke nak mengorat perempuan? Aset rambut aje nak buat apa? Kang tak pasal-pasal aku cantas rambut tu sampai botak.

"I kat sini bukan nak tengok you perhatikan muka I ni sepanjang hari.” Perli Tizza.

Sejak lima minit yang lalu Shaq pandang wajah dia dengan sengihan lebar. Sikit pun tak cakap apa-apa.

Bosan tau tak? Dengus Tizza geram. Shaq angkat kening. "Sorry... I sebenarnya masih tak percaya you sudi keluar dengan I. Rasa macam mimpi. Rasa macam heavan!" Shaq ketawa kecil. Heavan? Sah mamat ni wayar kepala dia putus fius.

"Dengan perempuan lain, you guna dialog yang sama ke?" Soal Tizza sengih. Lelaki kasanova macam Shaq tak boleh dipercayai. Semuanya jadi heavan bila dah jumpa perempuan.

Shaq ketawa. "Actually, you cemburu kan? Jangan risau, I tak pernah gunakan ayat tu kat perempuan lain sebab perempuan lain kejar I, you pula I yang terpaksa merayu-rayu nak jumpa...” Berdesing telinga Tizza. Wah! Macam mana lelaki itu boleh terfikir benda yang aku tak pernah fikir? Tizza terkebil-kebil sendirian.

"I cemburu??” Tanya Tizza tak percaya. “Dalam mimpilah!” Tizza senyum sinis.

“Tak apa Tizza. I tau you segan.” Shaq ketawa lagi. Gila perasan! Segan? Dia fikir aku segan kat dia? Bueekkk! Tak hingin okay...

“I tengah perli you Shaq. Tak ada hati I nak jealous jealous sekadar dengan lelaki sesen macam you.” Balas Tizza kasar.

Shaq berhenti ketawa. Wajahnya berubah tiba-tiba. Shaq berdehem beberapa kali sebelum dia memanggil pelayan restoran. Dia pesan set lunch yang agak mewah. Biar Tizza sedar dia kaya. Biar Tizza tahu dia lelaki kegilaan wanita di luar sana.

“Kita makan-makan sambil sembang-sembang ya tuan puteri....” Shaq buat ayat romeo lagi. Tizza cebik.

"I datang sini cuma nak makan cepat-cepat dan balik semula ke office I. I banyak kerja daripada melayan mamat sengal macam you." Wah Tizza! Cakap tak cover-cover lagi. Tau la awak benci kat saya... Desis hati Shaq.

"Look, you janji keluar makan dengan I dan lepas ni I akan terus pergi dari hidup you. Jadi I nak luangkan lebih masa untuk puteri hati I ni. Salah ke Tizza?” Tanya Shaq pelan.

Tizza mengeluh, berat.

"You expect too much Shaq. I dah ada boyfriend, you pun tahu. Jadi untuk apa you terkejar-kejar I lagi?" Soal Tizza merenung tajam ke wajah Shaq.

“ Tizza, I didn't expect too much. I buat apa yang hati I suruh buat. I jujur pada perasaan sendiri. I just go for what i want. And you patut tahu yang I sebenarnya dah lama kenal dengan boyfriend you tu.”

Tizza pandang wajah Shaq hairan.

“Nama dia Walid kan? Dia memang seorang lelaki yang baik dan mampu untuk menjaga you, Tizza...”

"Mana you tau? You intip I?"

Shaq angkat bahu.

“Lepas ni tolong jangan masuk campur dalam urusan hidup I. Waima berkenaan Walid sekali pun! Dan ingat perjanjian kita, ini adalah hari terakhir I nampak muka you. Dan I serius Shaq!" Kata Tizza tegas. Tizza angkat tubuh dan berlalu pergi sebelum sempat ditahan oleh Shaq.

Dada Tizza berombak geram. Dia berjalan pantas melangkah keluar dari restoran tanpa sempat menjamah makanan.

Biarlah! Dia bukan pengemis yang tak mampu nak beli makanan guna duit sendiri.

Brakkk....

Tizza terpaling kebelakang hampir-hampir tubuhnya bergolek ke tanah. Bahunya terasa perit spontan dia pegang. Sakit sangat!

Dia melemparkan pandangan tajam ke arah orang yang melanggar dia tadi. Ya Allah! Mata Tizza membulat. Mamat poyo komuter...

Lelaki itu tunduk sedikit sebagai tanda meminta maaf sebelum melangkah pergi. Tizza tercengang-cengang sendiri. Macam tu aje?








~ Bersambung~



Siapa eh? Mamat poyo, Walid yang sweet, or Shaq ala-ala kasanova Malaysia yang patut dijadikan hero ? He He He... ^___^
(Part 3 akan dirungkai siapa mereka bertiga...)

*maaf jika ada kekurangan. Kalau awak komen InsyaAllah kitaorang perbaiki...*


Thanks sudi baca!








11 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

syaq lagi sesuai kot .. walid tu mcm x de parsaan je ~

RinsyaRyc

anonymous - he he .. kan ? kan?
x suka walid .. suka Shaq lagi . sian kot ... Thanks ya komen :')

zeehan

mamat poyo!!!~~~~ :) :) :)

RinsyaRyc

zeehan - same la kita .. eheherr..

aalia shahira

kita nak shaq la.mamat poyo tu di tangga kedua..hahaha.manakala,walid itu kita tolak ke tepi,okay? :D

budakampung

wey..apsal tukar url blog bulatmata tu hah?? puas gua cari~ =="

RinsyaRyc

aalia shahira - boleh-2.. ha ha.. Nak shaq pulak ? hi hi..

Budak kampung: Aku segan la.. bulatmata? heuwww...

aydah ahmad

hehheh . bestnyee syaq . comel jeee. jahat laa walid tuh geram lak akuu .

rin citer nih best ^^

RinsyaRyc

tpikan aydah, aku prefer walid tau .. hi hi hi..

Wild Cherry

ape la walid ni... mcm xde perasaan jeles je bile ade org ajak tizza keluar...

shaq tu mcm betol2 suke kat tizza je... mamat poyo tu plk, mane je tizza pergi mesti terserempak en... mcm ade jodoh je...

aisy

biar mamat poyo la jadik hero..hehhe.