CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

Cerpen: Plain Guy! part 5





Part 5: You Are My First Love











LANGKAH Tizza terhenti apabila melihat Shaq duduk di meja kerjanya.

“Apa ni?” Tanya Tizza melangkah menghampiri Shaq. Shaq senyum lebar.

“I rindukan you, dear...”

Dear? Tizza memandang Shaq dengan perasaan menyampah.

“You boleh blah sekarang. I nak sambung kerja-kerja I.” Ucap Tizza dingin. Wajah Shaq berubah. Dia merenung wajah Tizza dalam-dalam.

“Sampai hati you Tizza,”

“I tak ada masa nak melayan you tau? Pergilah Shaq. I tak ada perasaan pada you.” Harap-harap kali ini Shaq faham apa yang dia katakan. Shaq ketawa kecil tapi tawa dia nampak sangat hambar.

“I tak akan putus asa Tizza. I tau you dan Walid dah break. Apa salahnya you beri I peluang untuk buktikan cinta I pula?”

“Dari siapa you tahu?” Tanya Tizza kasar. Shaq terdiam.

“I tak pernah bagi tahu sesiapa yang I dah break dengan Walid. So, macam mana you boleh tahu?” Tanya Tizza mendesak.

“I boleh upah sesiapa aje untuk siasat tentang you, Tizza.” Ucap Shaq selamba. Tizza tersentak. Dia mencerlung memandang wajah Shaq tajam.

“I tak suka!” Jerit Tizza. Shaq tergamam.

“Tolong pergi sekarang.” Tizza meletakkan telunjuknya ke pintu pejabat. Matanya merah menahan marah. Dia tak suka hak peribadinya diperkotak-katik begitu dan Shaq tak sepatutnya buat macam tu!

“Tapi....”

“I hate you!” Tizza membentak. Shaq ketap bibir. Tidak pernah ada seorang pun perempuan layan dia macam sampah. Apatah lagi wanita yang pernah menambat hatinya. Tizza kejam!

“Okay I pergi, tapi I akan datang balik ke sini.” Ucap Shaq melangkah ke pintu.

“Tak payah! I benci tengok muka you. I tak nak jumpa you lagi Shaq.” Nafas Tizza turun naik menahan rasa marah. Emosinya tak stabil tiba-tiba. Kalau ikutkan hati, pasu bunga di atas mejanya sudah melayang menuju wajah Shaq.

Langkah Shaq terhenti di pintu. Dia memandang wajah Tizza tajam. Hatinya terluka dalam.

You akan jadi milik I walau dengan apa cara sekali pun. Mark my word Tizza Maisarah.” Shaq tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri di sebalik daun pintu pejabatnya. Tizza terduduk di kerusinya. Tangan kirinya mengurut-urut dahi. Pening.




“TIZZA, awat kau buat muka macam tu? Something wrong ke?” Tanya Diana sebaik saja Tizza duduk di sofa. Tizza buat muka serabut.

“Shaq...”

“Shaq? Siapa Shaq? Pakwe baru ke?” Tanya Diana bertubi-tubi. Tizza tayang penumbuk pada Diana. Diana gelak lucu.

“Ye lah.. SORRY okay... Cerr cerita. Siapa Shaq?” Tanya Diana memandang wajah Tizza tepat. Tizza cebik.

“Dia selalu kacau aku. Sebelum aku break dengan Walid lagi.” Adu Tizza tayang muka tertekan.

“La ya ke? Kenapa kau tak pernah bagi tau aku? Dia handsome tak?” Tanya Diana teruja. Tizza ambil bantal sofa dan tikam pada Diana. Orang tengah serius boleh pulak dia tanya handsome ke tak...

“Aku malas nak kasi tau kat kau. Kalau aku kasi tau mesti kau tanya dia handsome ke tak.” Tizza cebik. Diana ketawa.

“Ye lah... Aku tak tanya dah. So apa cerita si Shaq tu tadi?”

“Dia ugut aku tadi. Aku memang tak suka kat dia sebab tu aku suruh dia jangan ganggu aku lagi. Tapi lepas tu dia cakap kat aku yang dia nak aku jadi milik dia walau apa pun method yang dia nak guna. Seram la weyh...” Tizza mengeluh berat. Diana membulat mata.

“Biar betul? Takut la aku... Psiko ke mamat tu?” Tanya Diana bersungguh-sungguh.

“Ye lah kot... Dia client aku tapi lepas aku dah settle kan hal dia, dia ganggu aku pulak.”

“Kau pernah keluar dengan dia ke?” Tanya Diana lagi. Wah, bakat jadi reporter tak berjaya.

Adela sekali tu. Itupun sebab dia janji tak nak jumpa aku lagi... Tapi janji tinggal janji...” Tizza garu kepala. Diana melepaskan nafas panjang.

“Patutpun... Kau bagi harapan kat dia sebab tu dia jadi macam tu. Kalau aku jadi kau, gerenti aku tak layan Shaq dari awal.”

“Bukan macam tu la weyh! Dia janji kat aku tak nak jumpa aku sebab tu aku ikut aje dia... Lagipun dia ajak makan je. Bukan ajak pergi mana-mana.” Sebal rasa hati bila Diana buat kesimpulan melulu. Mana ada dia beri apa-apa harapan pada Shaq! Tak pernah dan tak hingin.

“Kau yang cakap...” Ucap Diana selamba. Tizza tarik muka masam. Malas nak cerita kat minah seorang ni. Makin sebal.

“Dah aku nak rest dulu. Esok aku nak jumpa Doraemon.” Ucap Tizza sambil berdiri.

“Doraemon?” Soal Diana hairan. Tizza gelabah.

“A’ah... Doraemon aku nak beli baju tu, kat Sogo esok...”

“Aku nak ikut!”

“Tak payah!”

“Nak ikut la weyh...” Diana tunjuk mulut itik. Tizza juih bibir.

“Penyibuk.” Ucap Tizza menutup pintu biliknya. Adess... Hampir-hampir kantoi!

“Tizza, Walid bagi barang tadi aku letak atas meja kau!”

Serta merta matanya terarah di atas meja rias. Wah, coklat lagi... Lepas ni aku jadi tauke coklat. Tizza lepaskan nafas berat. Dia mencapai handphone di dalam beg tangannya. Mesej Walid yang berpuluh-puluh itu di baca satu persatu. Akhirnya Tizza delete habis. Ayat yang sama aje. Jangan marah lagi. I minta maaf. Dah dapat tak hadiah I. Kita sambung balik ya? I yang salah, lepas ni I cuba lebih fahami diri you. Sayang I rindu.

Perghhh... Ayat romeo.

Tizza mengurut belakang tengkuknya. Coklat-coklat dan segala sweets ni, dia nak buat apa ya?

Lusa bawak ke pejabat bagi kat staff aje la... Nasib baik bilik dia tak dimasuki semut. Banyak sangat benda manis!







TIZZA tersenyum lebar menghampiri kelibatan Adzmin.

“Hai...” Ucapnya riang. Adzmin menoleh ke arah Tizza.

“Hai balik...” Ucap Adzmin tersenyum kecil.

“Buat apa?” Tanya Tizza menjengah kanvas lukisan Adzmin. Adzmin angkat bahu.

“Tu lah saya suruh lukis muka saya tak nak...” Usik Tizza sambil mengambil tempat di sebelah Adzmin.

“Awak nak cuba lukis ke?” Tanya Adzmin tiba-tiba. Tizza membulatkan mata. Dia pandang kanvas lukisan yang kosong dan wajah Adzmin silih berganti.

“Tak naklah! Saya nak lukis bunga pun tak pandai...” Ucap Tizza menolak pensel yang dihulurkan oleh Adzmin. Adzmin senyum aje.

“Jom shopping nak? Lagipun awak macam tak de idea aje ni...” Ajak Tizza lembut. Cuba menarik perhatian Adzmin. Adzmin terdiam.

“Malaslah...”

“Malas? Ala.. Please.. Please..” Rayu Tizza. Adzmin geleng-geleng kepala.

“Tizza, tak manis awak merayu macam tu. Saya lelaki, awak perempuan.” Tegur Adzmin memandang tepat wajah Tizza. Tizza mencebik.

“Tak nak tak apa. Saya pergi sendiri aje.” Rajuk Tizza. Adzmin senyum bila Tizza sudah berdiri tarik muka masam.

“Ye lah... Ye lah... Saya temankan.” Langkah Tizza terhenti. Dia menoleh laju.

Really?” Tanya Tizza. Wajahnya bersinar-sinar riang.

“Awak selalu terjatuh barang masa jalan. Saya cuma nak tolong awak angkat barang ye... Tak ada niat lain.” Adzmin mengambil cermin matanya di poket sebelum meletakkannya di wajah. Tizza tersengih.

“Saya tau la...”

Tizza mengatur langkah dengan semangat. Wah. Untung sangat dapat jalan dengan Adzmin. Macam perasaan berjalan dengan Aaron Aziz pulak. Asyik tersengih-sengih sendirian walaupun Adzmin cuma mempamerkan muka selambanya. Tizza berhenti di depan kedai patung. Dia melemparkan pandangan ke arah Adzmin.

“Kenapa?” Tanya Adzmin hairan.

“Masuk sini jom!”

“Nak buat apa?”

“Beli anak patung la...”

“Tizza...” Teguran Adzmin tidak diendahkan. Tizza tarik lengan Adzmin kuat sehingga lelaki itu terpaksa mengikut langkahnya.

“Tizza, lepaslah. Tak manis tau...” Adzmin tarik tangannya.

“Ye lah... Tak manis, tak elokkan?”

“Tau pun.”

Tizza tarik muka sambil melangkah menuju satu persatu rak.

Sampai di sebuah rak, Tizza menjerit riang. Adzmin terkejut.

“Ni!” Tizza tunjuk satu patung. Adzmin terkebil-kebil memandang Tizza yang sudah berlari-lari anak membawa patung Doraemon besar gedabak itu.

“Tizza...” Adzmin mengeluh kecil sebelum mengorak senyuman di bibir.

Tizza mengajak Adzmin makan tengah hari di KFC.

“Awak suka KFC kan?” Tanya Tizza teruja. Adzmin kerut dahi.

“Mana ada?”

“Hari tu saya nampak awaklah makan sorang-sorang kat sini...”

“Iye ke? Tak perasan pulak.” Balas Adzmin sambil mengambil air pepsi di sebelahnya.

“Awak, nanti awak lukis saya tau...” Pinta Tizza bila suasana kembali menyepi. Adzmin angkat kening sambil memandang wajah Tizza. Dia amati wajah itu dalam-dalam. Tizza putih. Bibir dia merekah merah. Senyuman Tizza paling manis. Tizza nampak matang tapi keanak-anakan. Adzmin angkat bahu tidak menjawab soalan Tizza.

“Nanti saya awak lukis ya... Berapa harganya?” Tanya Tizza lembut. Gila kerek mamat ni. Kena bayar jugak ke? Aishh...

“RM 3 ribu.”

Nak terpengsan Tizza dengar. Tizza berdehem-dehem kecil sebelum mengurut dahi sendiri. Adzmin tahan tawa. Lurus juga si Tizza ni... Bisik hatinya.

“Nantilah saya lukis awak...” Ucap Adzmin menjamah ayam gorengnya sedikit. Tizza pandang wajah Adzmin ragu-ragu.

“3 ribu ke??” Tanya Tizza cemas.

“Taklah. Saya kasi awak free. Nanti kalau 3 ribu melayang, tak dapatlah awak shopping hujung minggukan?” Adzmin mengusik. Tizza tersenyum lebar. Gitulah baru macho... Ni kedekok nak mampoeh...

“Janji ek...” Tizza pandang wajah Adzmin teruja.

Ye lah... Sejak kenal awak, saya tak henti-henti bercakap.” Keluh Adzmin. Tizza tersengih lebar.

“Sebab awak suka saya lah tu...” Ucap Tizza berani. Matanya sengaja diletakkan tepat pada anak mata Adzmin. Ada debar mengepung diri tapi dia masih bertahan melawan renungan tajam Adzmin.

“Tizza...” Satu suara membuat segalanya terlerai tiba-tiba. Tizza dan Adzmin melemparkan pandangan ke arah yang sama.

“Walid...” Keluh Tizza pelan. Wajah Adzmin dipandangnya sepi. Adzmin hanya menunggu.

“Siapa ni?” Tanya Walid merenung wajah Adzmin terus. Tizza mengusap wajahnya sebelum memandang wajah Walid yang agak kusut itu.

My boyfriend.” Ucap Tizza tanpa memandang wajah Adzmin. Dia takut Adzmin tiba-tiba melenting tapi dia pertaruhkan juga untuk melihat sendiri reaksi Adzmin.

“Are you serious?” Tanya Walid terkejut. Tizza angguk-angguk kepala.

I think... We just...” Walid gagal mengatur bicara. Tizza tentang mata Walid berani.

“I serius bila I kata kita berdua break.” Ucap Tizza tenang. Dia pandang wajah Adzmin. Adzmin buat muka terkejut juga. La.. Reti terkejut pula mamat ni? Bisik hati kecil Tizza. Macam tak percaya.

“Tapi...” Walid ambil tangan Tizza dan menariknya. Tizza jadi cemas.

“Walid!” Tizza cuba lepaskan tangannya tetapi gagal.

“Janganlah berkasar dengan perempuan. Apa main pegang-pegang ni?” Tiba-tiba Adzmin berdiri menolak tubuh Walid kuat. Walid berundur kebelakang apabila merasakan dirinya tidak stabil. Dia merenung tajam ke arah Adzmin. Tizza turut berdiri dari kerusi.

“Walid, masa I bercinta dengan you, you siap bagi green light untuk I keluar dengan lelaki lain. Kenapa sekarang nak menyibuk pula bila I dah tak ada apa-apa hubungan dengan you? Tolonglah Walid. I dengan you dah putus. Jangan ganggu I lagi. Dan.... Jangan beri I present-present you tu lagi. I rimaslah...”

“Sayang...”

“Stop it Walid! I’m not your sayang anymore. Jom Adzmin...” Tizza ambil tangan Adzmin dan plastik berisi Doraemonnya terus meninggalkan Walid sendirian.

“Tizza...” Seru Walid. Tizza tidak mengendahkan panggilan Walid. Puas hati dia sekarang. Baru Walid tahu rendah tinggi langit. Dia tidak peduli lagi. Tangan Adzmin terus diheret mengikut langkah lajunya.




“Tizza...” Tegur Adzmin setelah mereka jauh dari pandangan Walid. Tizza lepaskan tangan Adzmin. Air matanya jatuh satu persatu.

“He is my first love...”

So kenapa break?”

“Selfish.”

“Awak atau dia?”

“Saya tak tahu!” Tizza mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Kenapa hati dia pedih sangat?

“Saya nak balik dulu. Ni untuk awak...” Tizza letakkan beg plastik berisi patung Doraemon di tangan Adzmin. Adzmin memandang kelibatan Tizza yang berlalu pergi. Hati dia berbelah bagi. Tizza masih sayangkan bekas kekasihnya ke?


~~Bersambung~~



Kadang-kadang kita keliru dengan hati sendiri. Kata dah tak sayang, tapi bila dia datang, kenapa masih tergamam?




8 Komen untuk Cik Rin:

nim

saya suka walid, dia lelaki yg baik, mempercayai pasangan 100%, dan tidak mengambil kesempatan.

sebab tizza minta putus macam tak kukuh je. diorg bukannya kawin lg, jd takkan nak manja2 lebih2. takkan itupun selfish?

perempuan seperti tizza adalah contoh perempuan yang tidak bersyukur, mengada2, manja terlebih dgn lelaki yg bukan mahramnya, selalu nak perhatian.

hey awak hanya pangkat girlfriend, bukannya isteri.

saya suka watak walid, jika semua lelaki seperti walid, wanita akan selamat dan rasa dihormati. titik.

tak pe walid, tinggal je la tizza, u deserve someone better!

ps: rin, panjang tak bebelan?..haha :D

zawani mukhtar

jgn la mcm tu, sye sedih bgi pihak enchik doremon.... huhuhu,

RinsyaRyc

Nim - eheherr... Nim kasi ceramah kat Tizza panjang bebeno.. lucu pulak .. ihihi .. Kalau saya jadi Tizza pun saya pilih Walid. Dah la hensem ... erk.

Thanks ya nim bagi sokongan ^__^


Zawani - hi hi... Encik Doraemon dah nama die.. dulu mamat komuter .. hi hi .

nanti kak Mia akan edit cerita full yg ni supaya nak jadi mcm acuan yg asalnya . mungkin kak Mia akan post kat blog die .. Thanks ya sbb selalu bagi feedback . akak mcm x sabar2 nak habiskan bile ada org bgi feedback ^__^

zawani mukhtar

sye xsuker walid,nk enchik doremon jga, dlm sesuatu hubungan perlu ada kpercayaan,memg la walid ok, tpi ader sesuatu pd sikap walid yg sya rsa tizza rsa mcm wlid xleh nk protect dier, org kaco gf dier pn dier bleh buat2 xtaw, sekurang2nye buat2 la prihatin.bukn smua org ska hero manis rlebih gula mcm walid ni... dier bkn hero pilihan sye dgn tizza, kan tizzakan... dan sya rsa tizza x cintakn wlid sngt, biar dier brterus terang skrg,nanti makin lama mkin trseksa jiwa walid dgn dier, mcm cik nim kta,wlid patut dpt pompuan yg lbih bgus dri tizza, kan pompuan baik hnyalh untk laki2 yg baik.... pnjg mbebel ni, pndpt sye jer ni, sory kalo x suka

zeehan

waiting! waiting! ^_^

RinsyaRyc

zawani mukhtar - waaa... yo la ... Walid x gentle kan ? *dah mula keliru*

zeehan - THanks dear! ^___^ sayang awak ~

aalia shahira

jangan kata shaq tu adzim..hewhewhew

aydah ahmad

bg aku first love tuh best . haha . tapi nk buat acane kan . we can found de best one kan .


doremon ! sweet name tuuu ;p
macho pulak rase bila adzmin cemtuh ^^