CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 21, 2012

Cerpen: Plain Guy! part 3



Part 3: Break up ...






"AKU dengan Walid dah putus.” Tizza selamba. Diana terkejut.

“Ni yang aku tak faham ni. Elok-elok couple boleh putus? Apsal kau putus dengan Walid?” Soal Diana tak percaya. Wajah Tizza diamati dalam-dalam. Minah ni macam tak ada perasaan. Selamba badak. Diana naik hairan. Dia yang tadi berbaring-baring di sofa sambil membaca novel terus terduduk menanti jawapan Tizza.

"Aku yang nak putus dengan Walid," jawab Tizza sambil mengurut hujung dahinya. Kening Diana bertaut.

Ye lah putus, tapi kenapa?”

"Aku dah mula bosan dengan dia."

"Bosan? Itu alasan nak lepaskan diri ke? Eh, kau ni biar betul Tizza? Kang menyesal kang, ha.... Gigit jari la lepas ni...”

"Aku jahatkan? Tapi aku memang tak dapat nak go on dengan Walid.”

“Bila kau putus dengan dia ni?”

“Baru aje tadi. Aku call dia minta putus.” Ucap Tizza menghela nafas panjang. Diana tepuk dahi.

“Sure ke kau tak nyesal nanti?” Mata Diana bulat merenung raut Tizza. Tizza geleng kepala perlahan.

“Kau tak sayang dia lagi ke?” Tanya Diana lagi. Tizza buat muka sedih sambil geleng-geleng kepala. Tipulah kalau dia tak sayang. Dia dan Walid menyulam kasih hampir 7 tahun sejak di universiti dulu. Tapi tak tahu di mana silapnya, hubungan ini semakin hambar. Dengan sikap Walid yang selalu buat don’t know, ketenangan Walid yang dulu mampu mencairkan hati dia, tetapi sekarang dah macam satu kepahitan buat Tizza. Dia jadi ragu untuk mengenal kasih Walid.

"Tapi Za, Walid tu punyalah..."

"Punyalah baik, romantik, handsome, sweet, berduit, bekerjaya... Pendek kata sempurna serba serbi. Tak gitu?" Tizza menyampuk. Semangat Diana angguk kepala. Tahu pun kau ya minah?

"Hah! Tau pun kau. Habis nak putus jugak apesal?"

"Sebab aku bosanlah! Sebab... Sebab... Ha, sebab bila aku merajuk dia pujuk aku dengan benda-benda manis, coklatlah, aiskrim, gula-gula.. Apa dia nak aku dapat penyakit kencing manis ke? Bila aku marah dia sejukkan aku dengan bunga, dengan hadiah-hadiah misteri dia, dengan gurauan dia yang langsung tak kelakar. Bosanlah.

Bila aku sedih, bila aku nak mengadu, bila aku nak dia faham aku, dia cool aje. Sikit pun tak bagi muka kat aku. Siap lagi kata kat aku look at the bright sight! Bright la sangat. Sekali-sekala aku nak jugak dia berada di jalan yang sama dengan aku. Layan rasa marah aku, rasa sedih aku, rasa geram aku. Aku tak nak kongsi gembira aje dengan dia. Aku nak dia kongsi jugak rasa sedih aku. Dia macam tak boleh nak accept the other side of me. Kau pun tahu aku ni jenis yang keras kepala. Tapi dia nak aku dengar cakap dia tiap-tiap hari. Bila aku bersama dia, aku dah tak rasa aku ni Tizza. Aku rasa macam aku dah jadi orang lain... Yang baik, yang tak ada perasaan...” Luah Tizza panjang lebar.

“Dia nak kau jadi yang terbaik, Tizza... Kau janganlah nak ikut kepala kau aje...” Tersirap Tizza mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Diana.

“Nak jadi terbaik tu memang bagus, tapi aku tak mampu! Aku tak nak jadi boneka dia selama-lamanya. Terbaik? Weyh, aku tak dapatlah weyh... Rasa tertekan.”

"Kau dah simpan lama benda ni dalam hati kau kan?" Soal Diana cuba memahami perasaan Tizza saat ini. Dia kawan, jadi dia patut berikan sokongan.

"Tak jugak lama, dalam sebulan dua je kot..." Mata Tizza juling ke atas. Cuba mencongkak berapa lama dia rasa begini.

"Kenapa tak cerita kat aku??"

"Heh... Mana ada orang yang suka dengar kisah cinta orang lain. Kalau baca novel cinta tu lain ceritalah..."

"Kau patut tahu Za yang aku sangat suka dengar kisah cinta orang lain. Kau terutamanya." Diana tersengih besar. Sempat pula dia loyar buruk.

"Kau ni pun... Ye lah kau suka dengar cerita cinta orang lain... Kau kan penyibuk. He he he...” Tizza gelak. Diana tampar lengan Tizza. Penyibuk dia kata? Muncung bibir Diana dah macam itik.

“Aku tak kisahlah Dee... Kau sahabat aku dunia akhirat. Lagipun aku tak nak cerita ni sebab aku nak lupakan pasal kisah aku dengan Walid ."

“Betul kau dah bulat hati tak nak Walid lagi? Tak menyesal ni? Jangan tak tahu Walid tu idaman wanita Malaya...” Usik Diana. Tizza cebik.

“Yeee la...” Tizza tekankan suara dia. Diana sengih.

"Berakhirnya sebuah perhubungan itu bukan suatu pengakhiran, tapi ia cuma sebuah permulaan untuk satu kisah yang baru... Itu ayat yang aku baca dalam novel inilah!" Diana menunjukkan novel yang dipegangnya.

"Aku ingat ayat kau sendiri tadi, baru ingat nak puji." Tizza ketawa. Diana tarik muncung lagi. Alahai housemate dia yang seorang ni... Manja sangat! Tizza peluk bahu Diana. Diana tepuk belakang Tizza.

“Kau dengar apa aku cakap ni ya, kalau kau sedih, kau luah aje kat aku... Aku sudi dengar...” Ucap Diana sambil senyum. Tizza angguk kepala.

“Love is always like this, it fades away after some time..”

“Tizza, when love goes away... another love comes again. It definitely will! Even if it hurts now, it will heal a little later... Kau percayalah cakap aku ni...” Ujar Diana bersungguh-sungguh. Tizza senyum kecil. Ya, mungkin sekarang cinta itu pergi, Cuma untuk menerima cinta baru, dia tak nak kesilapan lama berulang kembali.

“Baru aku perasan sekarang...”

“Apa?”

“Sebenarnya aku tak pernah rasa cinta pada Walid. Cuma mungkin sebab dia sempurna, banyak wanita nakkan dia, sama macam kat universiti dulu, semua orang gilakan dia... Mungkin sebab tu aku terima dia untuk mengisi hidup aku. Aku dah buat kesilapan besar...” Tizza menghela nafas panjang. Diana menepuk bahu Tizza.

“Aku tak rasa sedih pun bila putus dengan dia...”

“Hurmmm.... Dah dah. Jangan fikir lagi....”

“Cuma aku masih sayang kat dia... Sikit aje la...” Di sebalik tawa Tizza, ada air mata yang mengalir. Siapa yang tak sayang kalau dah hampir 7 tahun berkasih?

Tizza melangkah masuk ke dalam bilik. Selesai mandi, dia berbaring di atas katil sambil terkebil-kebil.

Teringat saat tadi semasa hubungan mereka terputus. Tizza telefon Walid untuk mengadu tentang Shaq. Tapi akhirnya dia juga yang sakit hati pada Walid.

"Kenapa pulak you nak marah, sepatutnya you berbangga sekurang-kurangnya ada juga orang yang bersusah payah untuk you semata-mata untuk kenal siapa boyfriend you ni kan B?" Kata Walid, tergelak-gelak.

"Sayang! I tak buat lawak okay! Cubalah serius sikit. You tak fikir ke yang dia mungkin boleh buat lebih dari itu? Entah-entah dia intip jugak kat mana I tinggal, kat mana kampung I, siapa mak bapak I? You tak risau ke?" Soal Tizza menahan geram. Walid ketawa besar.

“Takkan sampai macam tu kot... You ni lebih-lebihlah Tizza...” Walid macam menyindir dia. Tizza ketap bibir tahan geram. Bibirnya terkumat-kamit mencari ayat untuk membalas kata-kata Walid tetapi dia gagal. Marahnya sudah merebak keseluruh urat nadi.

"Nak risau apa? I rasa dia just curious nak tahu siapa Walid Idham yang sebenar. Lelaki yang berjaya mendapatkan hati milik Tizza Maisarah. Tak gitu?"

“You jangan nak sombong sangat, Walid.” Ayat Tizza kasar.

“Apa pulak nak sombongnya... I rasa you macam tak perlukan I sebagai kekasih. You perlukan kawan untuk meluahkan perasaan. I tak ada masa nak dengar you merungut macam ni, Tizza.” Ada sinis pada kata-kata Walid. Tizza tahan hati sendiri. Oh, kawan? Tak ada masa nak dengar aku merungut? Jadi kalau seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, tak adalah istilah perkongsian bersama? Salah ke dia cuba berkongsi masalah? Salah ke dia nak mengadu masalah dia pada kekasih sendiri?

You sukalah kalau satu hari nanti dia boleh buat lebih daripada itu? Hei Walid. I tak sangka you berfikiran cetek macam ni.”

"Nak buat apa?"

"Do something lah... Dia lelaki I perempuan. Siapa yang tahu apa akan terjadi kemudian hari? You tak teringin ke nak marah dia sebab kacau I? At least ugut dia supaya jangan ganggu I or anything??"

"Hahahahhaaa..." Walid ketawa dan ketawa. Mungkin sekarang ni Walid tengah fikir yang dia obvious sangat nakkan perhatian Walid. Tapi itulah yang sebenarnya. Dia nak rasa kasih-sayang daripada Walid tapi macam mustahil aje. "B, kenapa pulak I nak kena buat benda-benda bodoh tu semua? You're my girlfriend, bukan wife I pun. Mengarutlah." Tizza ketap bibir. Kenapa Walid tak pernah faham perasaan dia? Susah sangat ke nak faham? Dia perempuan dan wanita perlukan perhatian untuk merasai kasih sayang yang dihulurkan. Tapi apa Walid dah buat? Macam tak ada perasaan. Hambar.

"Tapi takkan you tak nak pertahankan I? Mana kasih sayang you, Walid?"

"Pertahankan apa? Apa yang dia dah buat sampai I mesti kena pertahankan you? Ada dia rogol you? Cabul you? Kiss you? Ada?” Cabar Walid. Dia jadi sebal melayan emosi Tizza. Tizza tersentak.

"You tau tak, kadang-kadang bercakap dengan you ni cuma menyakitkan hati?! Fine, you tak pernah cuba nak faham perasaan I. Sekarang baru I sedar you dan Shaq memang sama aje! Mulai detik ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Faham?!" Jerit Tizza terus matikan panggilannya.

Dia memang tak pernah rogol I, tak pernah cabul I, tak pernah kiss I... Tapi dia cuba rampas I dari you. You tak bimbang langsung ke pasal itu Walid Idham? Hidup you easy aje kan? Keluhan terbit di bibir Tizza.






~~Bersambung~~



*Saya rasa seronok dorang dah break up! Yeayyy!!*




8 Komen untuk Cik Rin:

zeehan

hoyeahhh!!!!.. diorang dah break!!!~~~ :D :D :D waiting for the next part..

RinsyaRyc

zeehan - thanks sudi komen n tunggu.. hu hu .. ini yg buat saya rasa mcm nak habiskan cepat2 ni~ <3

zawani mukhtar

nyampah taw org bajet encem mcm walid, sye lbih suka hero yg sederhana saja. tq cik writer

RinsyaRyc

zawani - jgn x tau banyak org yg macam ni kat Malaysia .. bajet cool =.="
Sama2 kasih :') thanks tau komen .. terharu ada gak yg ikut perkmbngn plain guy~

aalia shahira

ish~~rasa macam nak sepak2 jer walid nie.orang perempuan sukakan perhatianla,takkan dia tak tahu kot.bagus tizza,hehe

RinsyaRyc

aalia- adess.. kemain lagik nak sepak die .. ha ha .. jomla sepak sma-2 ..

aydah ahmad

haahah . kau pulak yang esaited eh rin -.-' ahha

geram lak ngan si walid nih >< grrr

Cik madu99

Org mcm walid sepatutnya kasi baling dalam jurang. Tk de hati langsung. Btw cool jlan cerita nih. Thnks for the story