CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

Cerpen: Plain Guy! part 6 *end*

Part 6: Waiting For You...













LEWAT pukul 5.30 petang selepas waktu kerja, Tizza melangkah ke perkarangan tempat letak kereta. Dia kepenatan sehari suntuk menguruskan fail-fail lama syarikat yang bertimbun-timbun.

Tizza buka kunci alarm kereta dan terus membuka pintu kereta. Tiba-tiba wajahnya ditutup dengan tangan berlapikkan sapu tangan oleh seseorang sebelum dia berjaya masuk ke dalam kereta.

Tizza menjerit tetapi suaranya tenggelam. Tizza memukul-mukul tangan itu tetapi tidak berjaya. Nafasnya kian sesak dan bau klorofom mencucuk deria pernafasannya. Tak sampai seminit, Tizza mulai longlai tak sedarkan diri. Tubuh Tizza dicampakkan masuk ke dalam kereta.



TIZZA membuka matanya payah. Perlahan-lahan dia terpandang siling berwarna putih. Tubuhnya terkaku di atas katil. Kat mana aku ni? Desis Tizza pelan. Dia menyentuh dahinya. Pening sangat!

“Tizza... You dah sedar?” Satu suara membuat jantung Tizza berdegup kencang. Matanya terarah pada suara itu.

“Shaq??” Tizza duduk sambil meraba tubuhnya. Shaq menghampirinya dengan senyuman penuh tersirat.

“Kenapa I ada kat sini? Apa yang you dah buat pada I?” Tanya Tizza pantas.

Don’t worry dear. Kejap aje you ada kat sini. Lepas ni kita keluar sama-sama.” Bisik Shaq menyentuh rambut Tizza penuh perasaan. Tizza tepis tangan Shaq kuat.

“I nak keluar sekarang!!”

“Tizza... I dah kata you akan jadi milik I...”

“But I hate you!”

Tizza bangun dari katil dan terus merentap tangannya kuat dari pegangan Shaq.

“Tizza!!” Seru Shaq apabila Tizza meluru ke luar bilik. Dia kejar Tizza dan terus mendakap tubuh Tizza dari belakang.

“I love you....”

“Pergi mati dengan cinta you! Sekarang lepaskan I! Lepaskan I!!” Rontaan Tizza tidak meninggalkan kesan kepada pelukan Shaq. Malah Shaq peluk Tizza semakin kuat.

“Jangan jadi kejam, Tizza...”

You yang kejam! You yang kejam!” Jeritan Tizza sudah bersalut tangisan kuat. Tubuhnya menggeletar ketakutan.

Ting Tong...

Serentak itu Shaq lepaskan pelukannya. Dia berjalan menuju ke pintu rumah meninggalkan Tizza yang menangis keseorangan. Dia buka pintu dengan yakin sambil memandang Tizza dengan seribu satu kekuatan.

“Encik... Encik sedang berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrim. Jadi... Kami terpaksa menahan encik berdua sekarang ke pejabat agama. Harap beri kerjasama ya.” Satu suara menjengah pendengaran Tizza. Tizza membesarkan mata. Beberapa lelaki berpakaian daripada jabatan agama memerhatikannya. Lantas mata Tizza terarah tepat ke arah Shaq.

“Apa semua ni???!!” Pekik Tizza garang.



TIZZA teresak-esak memeluk tubuh Diana. Diana mengusap bahu Tizza.

“Rileks la Tizza. Walid ada...” Ucap Diana cuba menenangkan Tizza. Mata Tizza terarah tepat ke arah Walid. Walid diam membisu tanpa kata.

“Jadi bagaimana?” Tanya pegawai yang berada di hadapan mereka bertiga.

“Saya sudi bertanggungjawab, encik.” Suara Shaq disambut gelak Tizza.

“Saya tak sudi dan tak akan sudi! Weyh lelaki, kalau kau nak kahwin, berlambak lagi perempuan kat luar sana! Apsal kau nak buat aku macam ni?” Tengking Tizza tanpa mengendahkan orang lain. Shaq telan air liur.

“Cik, encik ni sudi bertanggungjawab pada cik... Lebih mudah kalau cik dan Encik Shafiq mendirikan rumah tangga.”

“Kau apa tahu?! Nak bertanggungjawab konon... Sesen pun tak guna! Sesen pun tak guna! Sama macam Walid... Sesen pun tak guna!!” Jerit Tizza hilang kawalan. Sakit hatinya melihat Walid diam seribu dari tadi langsung tidak mempertahankannya. Pengecut! Dasar pengecut!

Walid memandang wajahnya tajam tetapi Tizza lemparkan pandangan sinis. Sakit hatinya berkepuk di dada. Kalau nak diam aje, baik tak payah datang ke sini! Menyemak lagi ada!

“Dee, kita balik!” Tangan Diana diseret keluar.

“Cik... Masalah kita belum selesai...” Pegawai itu cuba menahan Tizza. Bebola mata Tizza sudah memerah.

“Memang tak akan selesai selagi kau tak berjaya nak buat aku kahwin dengan psiko macam dia ni kan?” Jari telunjuk Tizza tepat ke arah Shaq. Shaq tertunduk.

“Kau, Shaq, kau uruskan semua benda-benda ni. Aku tak nak naik turun mahkamah semata-mata sebab hal bodoh macam ni. Kau faham?!” Tizza tengking lagi. Shaq terpaku sesaat. Bodoh sangat ke? Tapi dia cuma mahu Tizza jadi isteri dia. Itu aje...

“Kau ingat dengan cara kotor tu, kau dah berjaya nak perangkap aku ke Shaq? Weyh, aku tak bodoh macam kau. Hidup obses dengan cinta!!” Tizza menghayun langkah keluar diikuti dengan Diana.

“Tizza...” Seru Diana serba-salah. Tizza berkeras untuk balik tetapi hal tangkap khalwat ini bagaimana?

“Tizza, aku tanya kau jangan marah... Shaq ada sentuh kau ke? I mean... Ye lah...” Diana garu-garu kepala yang tak gatal. Tizza menghamburkan air matanya bersungguh-sungguh.

“Kau nangis sebab Shaq dah err...”

“Taklah! Shaq tak sentuh aku! Kau jangan nak fikir kotor pulak! Kalau tak, dah lama aku setuju kahwin dengan dia!”

“Eh, orang tanya aje, kau melenting tiba-tiba kenapa?” Diana tersengih. Lega hati dia mendengarnya.

Sure ke Tizz?” Diana soal lagi. Tizza ketap bibir. Rasa nak pelangkung kepala Diana cukup-cukup.

“Aku uzur! Ada faham?”

“La ya ke? Rugi la si Shaq...” Diana berseloroh. Kali ini tangan Tizza sudah hinggap di lengan Diana kasar. Ambek kau!

Diana menyeringai kesakitan. Mak oi! Pedas gila!




“TIZZA... Kau ada baca news hari ini?” Tanya Diana sewaktu Tizza melangkah menuju ke meja dapur untuk sarapan. Mata Tizza dah macam mata panda. Lebam semacam. Tizza geleng kepala.

“Kes kau kat muka depan Berita Harian. Ni, tengok ni...” Ucap Diana sambil menunjuk ke tajuk berita. Gambar Tizza dan Shaq turut terpampang besar di dada akhbar itu. Rahang Tizza jatuh. Tangannya merampas surat khabar dari tangan Diana.

“Anak Dato’ Farid kena tangkap basah dengan Tizza Maisarah?” Ucap Tizza satu persatu.

“Ya Allah!” Rasa senak perut Tizza menerima tamparan itu.

Glemer la kau lepas ni... Satu Malaysia tahu!” Ucap Diana tersengih. Air mata Tizza mengalir laju.

“Mana aku nak letak muka ni??” Tizza teresak-esak di kerusi. Diana tergamam. Tidak terfikir olehnya maruah Tizza yang sudah tercalar.

“Malulah aku... Macam mana aku nak pergi kerja kalau macam ni? Kau tengok la gambar dah besar macam ni, mana aku nak letak muka aku?”

Diana memeluk tubuh Tizza erat. Air mata Tizza mengalir laju. Kalau satu Malaysia tahu, Adzmin pun mesti tahu juga... Hati Tizza berkocak cemas.

“Dah.. Dah.. Jangan fikir sangat...” Pujuk Diana lembut. Mataya turut berkaca berkongsi perasaan terkilan untuk Tizza Maisarah.



TIZZA melangkah lambat-lambat menuju ke tempat selalunya Adzmin melepak. Jantungnya berdebar-debar kuat. Adzmin dah tau ke dia kena tangkap basah dengan Shaq? Kalau dia tau, nak lagi ke dia berkawan dengan aku?

Tizza mengetap bibir dan memejam erat matanya. Nafas dia hela sedalam mungkin meredakan perasaannya sendiri. Adzmin tak tau lagi aku sayang kat dia... Adzmin tak tau lagi hati aku sudah jadi milik dia. Selama ni pun, dia tak pernah terus terang tentang perasaan dia pada Adzmin. Tentang debar yang terundang bila bersama dengan Adzmin. Berkumpul rasa kecewa di hati Tizza.

Tizza genggam erat tangan di sisi. Dia melangkah satu-persatu menuju ke arah tempat duduk Adzmin. Adzmin tiada di situ.

Tizza gigit bibir bawah melihat patung Doraemon dibiarkan di atas kerusi Adzmin. Adzmin dah tau dah? Tizza duduk di sisi patung Doraemon itu sambil menghalakan pandangannya jauh. Ini patung yang dia berikan pada Adzmin tempoh hari... Patung ni... Tizza mengambil patung Doraemon itu lalu dibawanya ke riba.

Kalau Adzmin dah tau dia kena tangkap dengan lelaki lain, Adzmin tak nak jumpa dia lagi ke? Adzmin marah ke? Tizza mengesat air mata yang jatuh perlahan ke pipi. Sampai hati Adzmin. Patung Doraemon itu dia dakap erat. Adzmin dah tak sudi berkawan dengan dia lagi...

Sejam dia duduk sendirian di situ. Adzmin tak datang-datang walaupun hatinya mengharap Adzmin muncul menenangkan perasaannya. Tizza ambil pen dan stick note. Dia tulis sesuatu di situ sebelum berlalu membawa patung Doraemon.

Bila Tizza sudah jauh, Adzmin datang duduk di kerusi tempat Tizza duduk. Tangannya mencapai stick note Tizza.

‘Awak kat mana?’

Itu aje.

Kali ini, tiada Tizza yang memandang dari jauh. Tizza tak tahu Adzmin baca nota dia. Adzmin menghela nafas panjang.

Kenapa hatinya jadi berat untuk bertemu Tizza? Sebab Tizza masuk surat khabar kena tangkap khalwat? Tapi apa kaitan dia dengan hal ini sedangkan dia hanya kawan kepada Tizza. Bukan kekasih Tizza pun... Adzmin merenyuk stick note di tangannya. Entah kenapa hatinya terbakar.



LANGKAH Tizza terhenti bila dia terpandang susuk tubuh Walid yang berdiri di depan gate pintu rumah dia. Dia pandang wajah Walid lama. Untuk apa lelaki ini datang berjumpa dengannya?

“Tizza...” Ayat Walid terhenti di situ. Dia merenung wajah Tizza lama.

“I tak sangka you begini...” Tizza terkesima mendengar ayat Walid ungkapkan. Dia pandang wajah Walid dengan wajah berkerut.

“I tak faham...” Ucap Tizza hairan. Walid menghela nafas dalam.

“I ingat you wanita jujur. You wanita yang tak akan perkotak-katikkan kepercayaan I pada you. You tak akan pernah mengkhianati I. I berikan you kepercayaan yang paling tinggi I pernah letakkan untuk kekasih I tapi....

Hari tu I jumpa you dengan boyfriend baru you kononnya. Tiba-tiba semalam, I dapat panggilan you kena cekup. Tapi I terkejut bila you kena tangkap basah dengan lelaki lain pula. I nak tanya dan you jawablah terus-terang. Selama kita bercinta 7 tahun ni, you selalu buat hubungan dengan lelaki lain di belakang I ke?”

Tizza tersentak. Dia pandang wajah Walid tak percaya. Kata-kata Walid menoreh halus hatinya. Sampai hati Walid!

Selama ni dia mengadu pasal Shaq, tapi Walid pandang remeh. Sekarang ‘sesuatu’ yang dia pernah takutkan sehingga membawa putusnya hubungan dia dan Walid telah terjadi tapi, Walid tetap meletakkan kesalahan di atas bahunya. Walid tak adil!

Tizza tunduk mencari kekuatan. Hatinya cukup tercalar dia pendamkan. Tizza tutup mata rapat-rapat sebelum menentang semula pandangan Walid dengan senyuman sinis di bibir.

“Silap you satu, you terlalu percayakan I.” Ucap Tizza pelan sebelum berlalu menuju masuk ke dalam rumahnya. Walid terpaku seorang diri di situ. Mata dia berkaca-kaca menahan sebak.

Dia tak berjaya menyakiti hati Tizza dan kini perasaannya yang hancur tak terkata. Dia marahkan Tizza dan dia ingin Tizza rasa sakit yang dia rasa.

Tapi kenapa kini dia yang menanggung luka? Kenapa harus dia bersendirian menanggung hancurnya rasa hati sedangkan Tizza selamba menutup cinta mereka?



“TIZZA!” Diana menarik tangan Tizza kuat.

“Weyh, penat aku cari kau tau? Kat sini rupanya...” Diana mengeluh keras.

“Kejap Dee.. Aku nak pergi kat sana kejap...” Tizza mengatur langkah ke bawah pokok.

“Oi...” Diana kejar Tizza dengan rasa sebal. Apsal minah ni tiba-tiba aje? Rungut Diana geram. Dari tadi macam otak tak betul. Melayang-layang entah ke mana. Macam orang angau pun ada...

“Kenapa Tizz??” Diana turut terhenti bila langkah Tizza berhenti. Tizza tidak menjawab pertanyaan Diana. Perlahan-lahan dia menghampiri sebuah pokok dan berdiri tegak.

Diana ternganga. “Wah, banyaknya stick note? Aku ingat kau seorang je yang gila stick note. Aku ingat lagi masa kita berdua baru aje kenal. Kau selalu lekat stick note dekat depan pintu bilik aku...” Diana ketawa besar. Tizza mengambil salah satu stick note yang sudah agak lunyai di situ.

‘Dah lama awak tak ke sini?’

Satu lagi, ‘Awak sihat ke Miss Doraemon?’

Satu lagi, ‘Saya selalu kat sini. Awak aje yang tak perasan..’

‘Awak dah lupakan saya ke?’

‘Awak makin cantik. Awak dah tak tertinggal barang awak lagi...’

‘Saya tengok awak dari jauh. Kenapa awak sedih Miss Doraemon?’

‘Tizza, saya dah lukis wajah awak. Kalau awak nak, jumpalah saya...’

Air mata Tizza satu-persatu jatuh. Adzmin tunggu dia ke? Selama ni dia ingat Adzmin tak sudi nak kawan dengan dia lagi. Dah tiga bulan dia tidak ke sini kerana takut terserempak dengan Adzmin. Dia panggil aku Miss Doraemon? Tizza gelak kecil. Ada bahagia menggigit jiwanya. Diana hairan memerhatinya.

Tizza keluarkan stick note dia dan tulis ‘Esok saya datang. Awak tunggu ya...’

“Kau dah gila ke?” Tanya Diana melihat Tizza kutip satu-persatu stick note di pokok itu.

“Kau tolonglah aku...” Ucap Tizza sambil tersenyum lebar. Diana geleng-geleng kepala. Sah kawannya dah jadi tak berapa nak centre. Kesian...



TIZZA duduk di kerusi Adzmin menanti dengan debaran menggunung. Dia tersenyum sendirian teringat nota-nota Adzmin padaya. Hi hi...

Walid yang sudah ada pengganti di sisinya. Err... Perempuan tu biasa-biasa aje. Aku lagi comel kut... Bisik hati Tizza sambil tersengih.

Shaq pula? Padan muka kena basuh oleh bapak dia. Aku doakan Syafiq dapat teman yang lebih baik daripada aku. Aku tengok dia sudah banyak berubah. Simple aje dan mungkin agak pendiam sedikit. Ada jugak terserempak dengan dia beberapa kali tapi Shaq lebih selesa tidak menegur aku. Segan barangkali. Tizza menghela nafas panjang.

Diana dah tahu pasal Encik Doraemon sebab malam tadi dia paksa aku bercerita dari awal sampai akhir. Dia kata dia tak sabar nak tengok rupa Encik Doraemon aku. Aku kata kat dia, Encik Doraemon tak handsome sangat, tapi cool... Tizza tersengih lagi.

Dia menilik jam. Hampir 3 jam dia menanti tapi kelibatan Adzmin masih tidak kelihatan. Dia jadi resah tetapi dia sabarkan hatinya. Adzmin tunggu 3 bulan, aku baru 3 jam... Tizza bersandar di kerusi itu.

3 jam bertukar jadi 4 jam. Kemudian 5 jam. Tizza menilik jam di tangan. Hampir pukul 2 petang. Dia menoleh kiri ke kanan mencari kelibatan Adzmin tetapi tiada. Dia memandang pokok tempat dia letakkan stick note semalam. Stick note itu tiada lagi menandakan Adzmin sudah membacanya. Tizza menghela nafas panjang. Adzmin tak datang ke?

Tizza berdiri dan meletakkan tangannya ke belakang. 20 minit berlalu begitu saja. Akhirnya Tizza mengeluarkan stick note dari dalam beg. Dia tulis di situ;

‘Saya solat dulu. Lepas ni saya datang balik...’

Dia lekatkan pada pokok lalu melangkah pergi. Tak ada rezeki nak jumpa Adzmin kut.. Dia hela nafas panjang. Tak apa, sekurang-kurangnya Adzmin masih menantinya...

“Tizza Maisarah!!”

Langkah Tizza terhenti di situ.

“Tizza!!”

Berderau darah Tizza. Suara Adzmin! Dia toleh ke belakang. Adzmin berlari dari jauh mendekatinya.

Tizza tergamam di situ tanpa kata. Adzmin berhenti di hadapannya dan tertunduk menahan mengah.

“Tizza..” Tersekat-sekat suara Adzmin menyeru namanya. Tizza terkebil-kebil sendiri. Adzmin angkat wajah dah senyum pada Tizza. Peluh merenik di dahi dia biarkan.

“Hai...” Ucap Adzmin memandang wajah Tizza sebelum tertunduk semula. Bila Adzmin mula berdiri tegak dan nafasnya teratur, Tizza mengorak senyuman di bibir.

“Hai balik...” Balas Tizza dengan debar di dada.

“Lama tak jumpa...” Ucap Adzmin merenung anak mata Tizza dalam. Tizza tertunduk dan gelak kecil.

“Awak yang jual mahal...” Balas Tizza sambil ketawa. Adzmin tersengih.

“Nah...” Adzmin berikan Tizza kanvas lukisannya.

“Saya lambat sebab nak siapkan ini... Maaf ya...” Pinta Adzmin. Tizza mengambil kanvas itu dari tangan Adzmin.

“Awak lukis tanpa orang sebenar kat depan mata, ada tak iras macam muka Erra Fazira?” Usik Tizza. Adzmin menggeleng-geleng kepala.

“Saya ingat muka awak...” Jawab Adzmin menahan senyum di bibir. Wajah Tizza naik merah kerana malu. Biar betul Adzmin ni... Dah sah lah tu memang ada hati kat aku... Desis hati Tizza nakal.

“Awak tak marah saya lagi?”

“Tak... Saya tak pernah marah awak...”

“Betul ni?” Tanya Tizza meminta kepastian.

Hurmmm... Saya tak marah. Cuma awak tu merajuk lama sangat... Saya ingat awak dah lupa pelukis jalanan macam saya...”

Tangan Tizza menampar lengan Adzmin pantas. Wah. Dia tak ingat agaknya aku yang mula suka kat dia dulu! Bisik Tizza di dalam hati.

Tizza tertunduk bila merasakan mata Adzmin menikam jauh ke dalam hatinya. Tizza terpandang lutut Adzmin yang terkoyak. Ada titisan darah di situ. Dia tergamam dan terus mendongak mencari wajah Adzmin. Adzmin tersengih.

“Jatuh tadi...” Ucap Adzmin jujur. Mata Tizza memerah menahan rasa sebak. Dia terharu sangat-sangat.

“Terima kasih...”

“Kasih kembali...”


“TIZZA...”

“Hurmmm?”

“Bulan depan kita ke Korea...”

What?”

“Korea...”

“Biar betul?!”

“Ye lah... Abang dapat offer untuk pergi sana.”

“Waa!!”

“Kali ni projek ribu-ribu...”

“Tapi kerja Tizza kat sini?”

“Tizza ikut suami ke nak ikut kerja? Pilih mana satu...”

“Nak ikut suami!”

Good girl. So kita pergi Korea ya? Sambil berbulan madu....”

Really?! Sayang abang...”

“Asal kata nak pergi bulan madu terus sayang la ye?”

“Mesti la... Hi hi hi...”












~~ The End~~






Siapa kata kerja pelukis tak ada masa depan? Gaji ribu-ribu jugak tu... ^___^
Terima kasih kepada sesiapa yang mengikuti cerita ini dan tukang-tukang komen sekalian...
Ada yang berkongsi pendapat dan pilihan dengan saya tu, terima kasih... Awak tak tahu sebab awaklah saya terfikir babak-babak seterusnya...

Maaf kalau cerita ni ending dia biasa-biasa tak gempak punya. Tapi saya tetap pastikan cerita ni tak tergantung dan ending dia Tizza & Adzmin bersatu jugak.. *sebenarnya ada hati nak buat sad ending tapi x jadi. Nanti kak Mia marah pulak.. Herrherr...*


Lepas ni Plain Guy akan di edit semula oleh Kak Mia untuk dijadikan mengikut acuan asal . *dah banyak melencong sebab Rinsya yang tulis =.="

Tak sabar nak tunggu Plain Guy edisi terbaru dari Kak Mia.. ^____^






10 Komen untuk Cik Rin:

nim

eh, dah habis..

yea!! akhirnya walid pun tak sudi dgn tizza! ekleh, perasan dia lagi comel dari girlfren baru walid..

kali pertama baca cerpen tak suka dgn watak heroin...haha

saya baru tahu ada 2 penulis cerpen ni, tahniah kpd kedua2nya ^^

RinsyaRyc

Nim- thanks ya ... hi hi hi ... dlm prncngan awal si Tizza ni lebih annoying tau sbb asyik terkejar-kejar Adzmin. tpi x snggup nak wat cam tu .
kang Nim lagik la geram dkat tizza.. kekeke..

^___^ Love u!

zawani mukhtar

yehaaa sye suker... cayalh tizza jdi mrs doremon jga akhirnye, sya ska wtak tizza, dier tahu apa yg dia mahukn dn dier kejar impian dier... thanxs cik writer, nsib bkn ending kejam, kalo tak, xmo kawan

zeehan

wah!!!~~ dah siap dah. nanti buatlah cerita sad ending pulak ok.
good luck! :)

MiMi

sempoi je cara dorang nih...haha tp wtak shaq nampak cute..dah besar gedabak still kena basuh dengan babah...ahaks! suke...

RinsyaRyc

zawani mukhtar- ^____^ tq sbb baca n komen zawani! he he ~ best dengan awak...

zeehan- okay kita jumpa kat My Iron Girl, romantiknya . rasa nak buat ending x bersama . ha ha ... thanks ya zeehan! ^___^

Mimi- thanks mimi komeng-2 n baca-2 .. uhuk.. terharu~

nancy

cte ni bes....tapi sekejap snggtlah....

hawa

yeaaa....suka sgt...hehehe

Anonymous

Saya pun suka watak tizza, seorg gadis yg tegas & ada pendirian.Dia tak hipokrit & dia tahu apa yg terbaik buat dirinya .Tizza pun bukan jenis yg mata duitan. Antara 3 jejak dia pilih adzmin, jejak yg paling sempoi, bukan walid lelaki kacak , bergaya & berduit atau shaq anak datuk... Ending yg sweet & best. Yg tak best sebab cerita dah habis heheheh

NURUL FAHMA

sweet citenye..like it very much..simple tp buat yg feeling2 tu exited..hihihi