CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 13, 2012

Cerpen: Sayang Untuk Issandra

Sayang Untuk Issandra

-try to break my freezing heart-










Jika hati mampu dikawal,

Tolong jauhkan diriku dari menyayang....

~Khairul~

Satu hari.....

“Siapa tu?” Qairra angkat kening mencari jari telunjuk Misha. Matanya terarah kelibatan seorang lelaki yang sedang berbual mesra di kafetaria UKM.

“Kenapa?” Tanya Qairra hairan.

“Handsome.” Komen Misha.

“Kau serius ke ni?” Qairra membulat mata. Misha tidak pernah memuji lelaki di hadapannya. Inilah kali pertama dan Misha tampak hanyut memandang ke arah lelaki itu. Qairra berbalas pandang dengan Tania. Tanda tidak percaya sahabat mereka sudah tangkap cintan dengan lelaki padahal mereka tahu yang Misha memang anti kepada lelaki. Tania menyembunyikan senyuman di bibir yang semakin melebar.

“Misha, dia playboy campus la... Kau nak tempah bala ke?” Tania ketawa geli hati. Misha memandang wajah Tania tajam.

“Aku suka dia.”

“Kau suka mamat macam tu? Kau tak tengok ke berapa orang perempuan duduk dengan dia? Kau tengok cara dia melayan semua minah-minah gedik tu, kau nak jadi salah seorang daripada dia orang ke?” Tania sinis. Qairra terkebil-kebil. Misha tarik muka masam.

“Yalah! Yalah!” Misha mencapai beg sandangnya sambil berlalu pergi. Tania dan Qairra berpandangan.

“Dia dah merajuk.” Ucap Qairra tersengih. Tania angkat bahu sambil buat mulut itik.

“Aku bagi tahu benda yang betul pun salah ke?” Tanya Tania. Qairra gelak kecil sambil menggeleng-geleng kepala. Matanya sekali-sekala terarah kepada lelaki yang berjaya menarik minat ‘minah besi’ seperti Misha. Orangnya boleh tahan kacak tetapi... Macam kata Tania dulu, lelaki playboy tak payah nak dekat sebab nanti jiwa yang binasa.

Mungkin terlalu lama dia mencuri pandang, lelaki itu turut memandang ke arahnya. Qairra cepat-cepat mengambil buku dan pura-pura membaca. Lama dia begitu sebelum telinganya mendengar tawa Tania. Qairra menoleh ke arah Tania.

“Kau pun berminat dengan si Khai tu ke?”

Serta-merta buku di tangan Qairra melayang ke lengan Tania. Tania menyeringai kesakitan. Qairra buat-buat muka garang.

“Syyyhhh! Kau nak orang lain dengar ke? Malulah aku!” Qairra terus melangkah pergi dan akhirnya Tania mengejar langkah Qairra walaupun masih ada sisa-sisa tawa di bibirnya.


QAIRRA DUDUK di atas kerusi kayu di hadapan rumahnya. Lebih senang memandang langit kelam yang dihiasi bulan dan bintang. Bibirnya mengulum senyum sepi. Baju kurung yang dia pakai beralun ditiup angin. Di dalam rumah masih ada majlis yang berlangsung tetapi dia lebih selesa untuk jauh daripada kesibukan itu. Mama, papa, happy anniversary yang ke 22 tahun! Walaupun banyak yang dugaan yang melanda rumah tangga mama dan papa, terima kasih sebab masih kekal bertahan kerana Qairra... Terbayang di mata Qairra wajah satu-satu adiknya. Oh, mungkin lebih tepat jika dia dipanggil sebagai adik tiri. Mungkin sekarang Hamza tengah duduk di sisi mama dan papa sambil tersenyum manja. Qairra mengetap bibir.

Sejak Hamza datang ke rumah agam mereka, hidup mama dan Qairra tidak lagi sebebas dahulu. Kalau dulu di rumah besar ini hanya mama sebagai ratu dan Qairra sebagai puteri, sekarang ada Hamza Iylanda selalu meracuni fikiran papanya. Terima kasih kerana mama masih kekal bersabar walaupun ada detiknya Qairra tidak dapat menahan sabar. Kenapa papa berkahwin dengan wanita lain sedangkan mama masih ada? Dan kenapa Hamza perlu tinggal dimahligai mereka sekeluarga sedangkan Hamza tidak sepatutnya wujud diantara mereka? Qairra menghela nafas berat.

“Hai...”

Qairra terkejut lantas menoleh. Seraut wajah asing tersenyum di depan matanya. Bagaimana lelaki itu boleh muncul di majlis keluarganya? Dia mengamati wajah lelaki di hadapannya.

“I perhati you dari tadi termenung aje?” Tanya lelaki itu. Qairra gigit bibir. Seriau jantungnya memandang wajah lelaki kacak itu.

“Err... I memang tak suka sesak macam ni sebab tu I prefer duduk kat luar kalau ada keramaian.” Balas Qairra dingin. Sudah tersemat di kepalanya yang lelaki itu playboy dan harus dijauhi. Mana mungkin dia mengorbankan perasaan sendiri demi lelaki seperti Khairul. Lihat saja cara Khairul menegurnya dan melemparkan senyuman menggoda, nampak sangat ‘aku memang expert bab-bab perempuan’. Fuhh... Kalau tak cukup iman, boleh gila bayang!

Ada tawa yang terbit di bibir Khairul. “Samalah kita. I datang ni pun sebab kena paksa oleh papa I. Kalau tak, mesti I prefer untuk keluar melepak dengan kawan-kawan I. You anak Encik Adif ke?” ‘Kawan-kawan’ Khairul itu siapa agaknya?

“Yup!” Balas Qairra ringkas.

“I tak pernah perasan Encik Adif ada anak dara semanis ini...” Sekali lagi Khairul cuba menarik perhatian Qairra. Tapi apa yang dia dapat? Qairra mencebik kecil tidak percaya.

“I ni tak semanis mana... Eh, I nak masuk dululah. Nanti mama cari I pula. Bye...”

Khairul menarik tangan Qairra tiba-tiba. Darah gemuruh Qairra naik ke atas kepala.

“Hei!” Dia menepis kasar tangan Khairul.

“Ops, I’m sorry... I just nak tanya nama you dan phone number you, tu aje...” Terang Khairul cuba meredakan kemarahn Qairra.

No need. Tak perlu jadikan I sebagai salah seorang koleksi-koleksi perempuan you. You are not my type. Never be.” Ucap Qairra sinis. Khairul terpanar di situ. Melihat langkah Qairra yang berlari-lari anak masuk ke dalam rumah, Khairul tersenyum kecil. Hatinya mengharapkan sesuatu.




QAIRRA MENAPAK bersama-sama buku rujukan yang baru dia pinjam dari perpustakaan seorang diri. Misha dan Tania entah ke mana dia sendiri pun tidak tahu. Janji nak pergi ke library sama-sama. Hish, janji pokok kayu betul mereka berdua ni. Rungut Qairra geram.

“Hai si manis... Nak I tolong?” Langkah Qairra terhenti mendadak tatkala buku di tangannya sudah berada di tangan Khairul. Qairra terkejut seketika sebelum dia mengetap bibir geram.

“Tak payah tolonglah. I ada tangan sendiri!” Qairra merampas buku-bukunya tetapi Khairul sudah mengangkat buku-buku itu tinggi ke kepala. Qairra tercengang-cengang mendongak ke wajah Khairul. Tinggi sangatlah, macam mana nak ambil?

“Your name is Qairra Issandra right? Papa you kasi tahu I semalam.” Jelas di matanya Khairul tersengih lebar. Qairra tersenyum sinis.

“And I got your phone number...” Khairul angkat-angkat kening.

“I tak suka you... Faham tak?!” Tegas Qairra menekan suaranya. Harap-harap lelaki ini faham.

“Tak.” Khairul melangkah pergi.

“Eh, you nak pergi mana? Bagi balik buku I!” Nyaring Qairra memekik tetapi Khairul tidak mengendahkannya.

“Kafetaria. You dan I akan lunch sama-sama hari ini.” Khairul kenyit mata. Qairra menggigit bibir bawah geram. Dia rasa benci dengan sifat Khairul yang gemar memaksa. Benci sangat! Nak tengok muka dia pun macam allergic! Tapi kenapa? Perlahan-lahan kaki Qairra mengekori langkah Khairul. Terpaksa!

Wahai hati, sukarnya untuk menebak perasaan sendiri...

Sepanjang lunch mereka, Qairra hanya berdiam memandang wajah Khairul tajam. Makanan di atas meja dipandang sepi tanda tidak sudi. Khairul maintain cool tanpa perasaan. Perempuan di hadapannya ini terlalu unik jadi pendekatan yang dia kena guna haruslah lain daripada yang lain. Tapi bagaimana caranya? Dia tidak pernah memaksa wanita untuk mengikuti langkahnya. Dia tidak pernah mencari maklumat atau apa saja berkaitan tentang seorang pun wanita kecuali Qairra Issandra. Dan dia juga tidak pernah jatuh cinta melainkan Issandra di hadapannya.

“Honey! You lunch tak ajak I ke?” Tersentak Khairul dengan sapaan itu. Matanya terbeliak memandang Jessica yang sudah mengambil tempat di sisinya.

“Jess, I tengah sibuk ni...” Khairul menolak tubuh Jessica lembut. Matanya sesekali melirik ke wajah Issandra yang kian mencuka.

You tengah sibuk? I tengok you tengah makan dengan siapa ni? Girlfriend baru you ke? You dah tukar selera ke apa?” Jessica memandang jelik ke arah Issandra. Isk, pakai baju kurung, muka sememeh entah apa-apa... Tak selera langsung menghadap muka perempuan kampung macam dia ni!

Wajah Khairul berubah.

“Ya dia girl I. So can you please...” Belum sempat Khairul menghalau Jessica, Qairra sudah mengambil buku-buku di atas meja makan dan berlalu pergi. Khairul terpinga-pinga.

“Issandra!” Seru Khairul. Qairra terpaku. What the.... Dia menoleh ke arah Khairul melemparkan pandangan tajam. Setengah minit kemudian dia melangkah laju meninggalkan kedua-dua merpati sejoli itu. Cis! Berani-berani dia panggil aku Issandra? Geli tahi telinga aku! Rasa nak muntah-muntah!

“Issa...” Lengan Qairra tercapai oleh tangannya. Khairul menarik kuat sehingga Qairra tertolak ke tubuhnya. Dia memandang wajah Qairra dalam-dalam.

“I love you...”

Qairra menolak tubuh Khairul kuat. Gila lelaki ini! Desperate sangat ke?

“Lepaslah!” Jerit Qairra bila Khairul mula menguatkan pegangannya.

“Kita sambung makan.” Tegas suara Khairul. Makan? Qairra memandang wajah Khairul tidak percaya. Sedikit demi sedikit dia tertawa.

You makanlah dengan makwe you tu..” Qairra sekali lagi menolak tubuh Khairul kuat sehingga Khairul hilang pertimbangan. Dia tarik tubuh Qairra kasar dan mengucup pipi Qairra Issandra tanpa menunggu sesaat pun. Qairra terpanar.

“Khairul!!” Jeritan Qairra kuat tanpa mempeduli mahasiswa-mahasiswi yang sudah berkerumun menonton drama sebabak itu.

Tangan kecilnya spontan menampar wajah Khairul kuat. Khairul tersentak. Dia melepaskan pegangan tangannya pada tubuh Qairra. Mata Qairra merah menyala mencerlung bengis ke anak mata Khairul Syah Iman.

“I benci you!” Air mata Qairra jatuh satu persatu. Geramnya tidak terhingga pada lelaki itu.

Qairra tunduk mengambil buku-buku yang berterabur di atas jalan dan berlari pergi. Khairul terpaku di situ sambil menelan air liur berkali-kali.

What have I done?” Bisik suara Khairul cemas.



(Kadang-kadang kita jadi bodoh kerana cinta..... Sesaat kita sedar, penyesalan itu tidak kunjung hentinya...)


QAIRRA ISSANDRA mencari kesabaran sendiri.

“Hamza dah kata, Qairra mesti cemburu pada Hamza sebab Hamza dapat pergi China dengan papa! Tengok, hadiah yang papa beri untuk Hamza dia rosakkan!” Adu Hamza sambil menghentak-hentak kakinya. Qairra mencebik. Dia tak hairan dengan hadiah-hadiah tu. Hamza sendiri yang cuai nak salahkan orang lain. Siapa suruh pergi bawa gelas kristal tu tiba-tiba kat depan aku... Kan dah pecah.

Papa merenung wajah Qairra meminta penjelasan. Qairra hanya mendiam diri. Tahu kalau dia beri alasan pada papa sekali pun, papa lebih percayakan Hamza.

“Kan papa dah beri hadiah untuk Qairra juga. Kenapa pecahkan gelas kristal Hamza?” tanya papa. Qairra mengeluh. See? Papa hanya percaya pada Hamza Iylannda sedangkan dia juga anak kandung papa, darah daging papa.

“Qairra kerja dulu.” Qairra melangkah pergi tanpa berlengah. Hatinya sudah kebah kerana dia bagaikan dianak tirikan oleh keluarga sendiri.

Look papa. She is so rude...” Bentak Hamza geram.

“Za, kakak tu tak sengaja... Tak payah nak marah-marah. Benda tu boleh dibeli kat mana-mana.” Pujuk mama. Hamza mencebir. Sakit hati kerana wanita yang sepatutnya dia hormati menyampuk ketika dia sedang berkata.

‘Tak apa, papa ada kat sini, aku malas nak bertekak dengan perempuan ni,’ Hamza menjeling mama tajam. Sejak ibunya meninggal dunia, dia terpaksa tinggal dengan Qairra sekeluarga. Bermacam-macam cara untuk menghalau Qairra Issandra tetapi gagal. Umurnya baru saja 18 tahun sedangkan Qairra sudah menginjak umur 24 tahun. Arwah ibu adalah isteri kedua papa tetapi dia rasa dia lebih layak untuk tinggal dimahligai papanya. Hamza Iylanda merengus kasar sebelum masuk ke bilik. Gelas kristal yang sudah berderai di atas lantai dia biarkan saja. Sakit hati semakin mencengkam jiwa.

QAIRRA masuk ke bilik pejabat dengan fikiran yang bercampur baur. Hatinya digigit rasa sedih dan marah dalam masa yang sama. Dia sayang Hamza. Tetapi kasih-sayangnya tiba-tiba berkocak apabila Hamza kian dewasa. Ah! Rupanya gadis itu berdendam. Tetapi kenapa? Alangkah sukar mentafsir hati gadis itu walaupun mereka saling mengenal sejak dari kecil. Malah papa selalu membawa ibu dan Hamza bertandang ke rumah mereka setiap kali cuti hujung minggu. Sejak ibu Hamza meninggal, Hamza bertukar menjadi liar. Sangat liar. Berkali-kali kesabarannya diuji tetapi dia cuba bertahan. Qairra memicit kepalanya kuat.

“Issa... Termenung nampak. I datang pun you tak sedar...” Qairra tersentak apabila terpandang Khairul berdiri di hadapannya. Qairra mengeluh lagi. Satu lagi masalah muncul! Lelaki ini tidak faham Bahasa Melayu ke?

“Masuk tak bagi salam. Mana Mira ni?” Ucap Qairra kasar. Melayani kerenah Khairul tidak memerlukan kesopanan kerana dia sendiri sudah jemu dikejar oleh lelaki itu.

Your secretary tak da kat luar. So I boleh masuk ke bilik you terus. You ni macam YB. Nak jumpa pun susah. I rindukan you.” Suara dan lenggok Khairul cuba menggoda Qairra. Qairra hanya memandang sepi. Tersentuh tidak sesekali, apatah lagi tergoda!

“Khai, I bukannya apa. Cuma I nak ingatkan you yang I dah mentioned kat you hari tu supaya jangan nak ganggu I lagi. I harap you hormat keputusan I ni. Lagipun kita sekadar teman kenalan. You tak sibuk ke hari-hari datang ke pejabat I? I dengar company you buka cawangan baru kat Selangor. Rasanya lepas ni tak perlulah you datang ke pejabat I lagi.” Qairra menekan suaranya supaya masuk ke dalam otak lelaki itu. Penatlah kalau hari-hari cakap benda yang sama. Lelaki itu bukannya reti jemu atau berhenti mencarinya...

“Kenapa dengan I? Apa yang kurangnya I ni? Dari UKM dulu I ajak you berkawan tetapi you jual mahal. You tak percayakan I ke Issa? You tahu I dah berubah, I tak jahat lagi. Sekurang-kurangnya berilah peluang untuk diri I untuk membuktikan kasih sayang I pada you...”

Qairra tersenyum sinis.

“I tak perlukan you untuk menyayangi I.”

“Tapi I dah jatuh sayang pada you.”

“I tak sesempurna mana untuk you, Khai...”

Khairul tergelak nipis.

You tak sempurna untuk I atau you fikir I tak layak untuk you?” Cabar Khairul. Qairra mengetap bibir.

Please get out from my room now. I dah cukup kusut sekarang ni. Jangan nak tambahkan lagi kekusutan I!”

Khairul terkumat-kamit memandang wajah Qairra. Ada banyak perkara yang dia ingin luahkan kepada Qairra tentang hati dan perasaannya. Dia ikhlas!

Qairra membuka komputer peribadinya tanpa memandang lagi wajah Khairul. Khairul telan air liur dan tersengih-sengih menutup rasa kecewa di dada. Dia melangkah satu-persatu keluar dari bilik Qairra dengan sejuta perasaan kecewa. Khairul merintih sendiri bila kedatangannya dipandang sepi. Dia menoleh sedikit mencuri pandang ke arah Qairra yang pura-pura sibuk menatap komputer.

Agaknya, aku mati barulah dia mencari aku. Itu pun nasib baik kalau Qairra sudi mencari dirinya. Orang macam aku mana layak untuk gadis seperti Qairra Issandra... Dia mengetap bibir sendiri.

“Khairul, we’ll be a good friend bila-bila masa aje kalau you nak. Tapi I tak boleh beri hati I pada you sebab I memang tak ada hati pada you. I harap you faham dan tak ganggu I lagi selepas ini.” Qairra memandang Khairul yang sudah memegang tombol pintu. Khairul menoleh. Sekadar tersenyum pahit.

“I sayangkan you.” Ucap Khairul penuh yakin sebelum lenyap dari balik pintu. Qairra mengetap bibirnya. Daripada berkasih dengan lelaki hidung belang seperti Khairul, lebih baik dia tak kahwin seumur hidup. Senang cerita!

Khairul daif mengenalnya. Dan itu membuat dia lebih mengerti cinta lelaki metropolitan seperti Khairul Iman Syah. Lelaki seperti Khairul akan mengejar selagi belum dapat apa yang dia mahukan. Qairra tidak mahu menjadi mangsa entah keberapa Khairul.

Sejak di UKM lagi, dia selalu mendengar nama Khairul menjadi sebutan. Lelaki kaya, kacak, dan suka berfoya-foya. Wanita di sekeliling pinggangnya dan Qairra sendiri pernah menyaksikan perangai buaya Khairul itu dulu.

Tak sangka pula Khairul anak kenapa Encik Daniel Iqram, kenalan dekat papa. Berkenalan dengan Khairul di majlis ulang tahun perkahwinan mama dan papa menjadikan segalanya berubah. Khairul tiba-tiba berminat padanya sedangkan dia hanya gadis biasa-biasa. Tak seksi macam Aini, tak cantik seperti Deena, tak bergaya macam Khila atau mana-mana teman-teman wanita Khairul.

Entah kenapa lelaki itu bertukar arah mengejarnya tanpa rasa jemu. Sejak itu hidup Qairra tidak tenteram. Malah kawan-kawan baiknya mulai memulaukan dia dan Qairra sendiri sering dihadiahkan bicara sinis teman–temannya yang meminati Khairul.

Dia tak layan Khairul bukan bererti dia benci. Tapi sejak itu perangai Khairul berubah satu persatu. Khairul tak keluar dengan kawan-kawan perempuannya, Khairul tak pernah lagi lepak ke disko-disko atau kelab-kelab malam semata-mata ingin mengambil hatinya.

Tapi Qairra yakin yang Khairul bukan takdir hidupnya. Qairra mahu seorang lelaki yang tinggi pengertiannya terhadap orang sekeliling, menyayangi dia apa adanya, sentiasa ada bersamanya, dan yang penting lelaki itu memang untuk dia, tercipta untuk dia seorang.

Khairul tak jahat! Dia tahu Khairul bersungguh-sungguh mendapatkannya dan berubah menjadi seorang lelaki yang baik kerananya juga. Tetapi hati Qairra tawar untuk lelaki itu. Qairra sendiri pernah terfikir sekiranya dia betul-betul menerima Khairul dalam hidupnya, mampukah Khairul bertahan untuk setia? Janji di mulut untuk mencintai sehingga ke akhir hayat itu hanyalah kata-kata. Tak lebih dari kata-kata yang ingin memenangi jiwa untuk masa ini.

Ah, Qairra! Kenapa kau fikir sangat tentang Khairul tu? Qairra mengeluh berat sebelum menyambung kerja-kerja pejabatnya. Hari ini dia perlu siapkan awal kerja-kerjanya kerana dia perlu pulang awal ke rumah. Mama dan papa menjemput kenalan mereka untuk menyertai majlis makan-makan di rumah. Khairul datang ke? Sekali lagi nama Khairul melekat dimindanya. Qairra menggeleng-geleng kecil sambil menghela nafas panjang.




“QAIRRA, you Qairra kan?” Satu suara mencecah telinga Qairra. Qairra toleh ke arah lelaki yang menyapanya itu. Kerutan kecil menyambut pandangan lelaki itu tanda dia tidak mengenali.

“Kenalkan I Ridzuan Amirul, just call me Wan. I anak sulung Encik Daniel Ikram, your dad’s friend. You kenal papa I kan?” tanya lelaki itu sambil menghulurkan senyuman. Qairra angguk. Dia amati wajah Ridzuan Amirul dalam-dalam. Anak sulung? Maknanya lelaki ini abang kepada Khairul Syah Iman.

Sebenarnya malam ini adalah perjumpaan antara keluarganya dan keluarga encik Daniel, teman seperjuangan papa dalam membangunkan syarikat mereka sejak dari dulu. Bukannya dia tidak pernah ketemu dengan Wan. Berbanding dengan Khairul, Wan sering singgah di rumahnya dulu sewaktu kecil. Tetapi apabila lelaki itu jadi dewasa, dia jarang-jarang mengikut Encik Daniel ke rumahnya.

“Khairul mana?” Tanya Qairra sekadar berbasa-basi. Wan tersenyum lebar.

You dah besar makin cantik pula ya? Khairul kat Selangor tengah hari tadi, hari Ahad ni dia balik ke sini. You rapat dengan Khairul ke?” Pertanyaan Wan dijawab dengan gelengan kepala.

“I kenal gitu-gitu aje dengan Khairul lagipun kita orang dulu satu universiti. You sekarang kerja kat mana?” Tanya Qairra sambil senyum.

“I tak minat business. So you boleh panggil I Doktor Wan.” Wan tergelak halus. Qairra tersenyum lebar.

You ada nombor telefon tak?” Tanya Wan tiba-tiba. Qairra terpempan.

“Eh, tak da...” Jawab Qairra pantas. Wan terpinga-pinga. Lalu pantas dia tertawa mengingati soalan bodohnya. Mereka berbual-bual sehingga Wan menyatakan dia perlu balik kerana hari sudah larut malam. Lagipun papanya tentu sudah mengantuk sekarang ini. Qairra mengangguk cuma. Senang kerana Wan begitu mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarganya.

Don’t forget this Saturday... Date kita yang pertama...” Wan mengenyit mata. Qairra tertawa. Date? Padahal tadi Wan baru cakap yang mereka hanya get out and have fun ... Sejak bila pula mereka menetapkan temu janji? Qairra menggaru kepala sambil tersenyum lebar. Dia tak perasan ada sepasang mata mengawasi tindak-tanduknya. Hamza!



Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


“ISSA...” Tiba-tiba Khairul menerpa masuk ke pejabat Qairra. Qairra terkejut. Mana pula si Mira ni? Kenapa dia benarkan mamat poyo ni masuk ke bilik aku lagi? Rungut hati kecil Qairra.

“Boleh I duduk?” tanya Khairul tersengih sampai ke telinga.

“Boleh kalau you tak malu.” Lantang Qairra menjawab. Elok-elok seminggu tak ada, tiba-tiba datang balik ke sini. Rungut Qairra lagi. Wajah Khairul tampak pucat tetapi tenang menatapnya. Tak cukup rehat barangkali.

“Terima kasih. I letih kat sana. Rindukan you...” Khairul masih kekal senyum. Qairra sinis melemparkan pandangan ke arah Khairul.

Wajah Khairul keruh memandangnya. Seperti ada sesuatu yang berat menimpa hati lelaki itu. Eh, sejak bila pula Qairra Issandra ambil berat pada Khairul Syah Iman? Qairra menyambung semula kerja-kerjanya yang baru saja terhenti kerana kedatangan Khairul.

“Jom temankan I lunch... I tak makan lagi dari semalam.” Pinta Khairul sambil menilik jam tangannya. Qairra mendengus halus. Nak makan pergilah sendiri. Tak makan dari semalam konon... Saje nak cari simpati. Maaf aku taklah bodoh sangat nak percaya cakap kau, Khai.

“Tak boleh, I ada temu janji.” Balas Qairra dingin. Khairul tersentap.

You nak keluar dengan siapa? I tak makan sejak semalam.. Temankan lah I....” Rayu Khairul. Qairra mencebik. Hati Khairul terhiris lagi.

“Dia atau I lagi penting?” Entah kenapa Khairul bertanyakan soalan paling bodoh itu.

“Jangan jawab, Issa!” Khairul terus menyampuk tatkala Qairra membuka mulut untuk bercakap. Hatinya dipalu gelisah.

“Dia lebih penting.” Ucap Qairra tanpa perasaan. Mata Khairul terbuntang luas. Jantungnya kian berdegup pantas.

“Betullah yang hari sabtu lepas you dating dengan lelaki lain?” tanya Khairul lambat-lambat.

“Tak ada kaitan dengan you. I punya suka nak dating dengan sesiapa aje.”Bentak Qairra. Khairul menelan air liur berkali-kali.

“Kawan I nampak you keluar tengok wayang dengan seorang lelaki...” Kata-kata Khairul terhenti di situ. Dia menahan rasa. You... You betul-betul tak boleh beri I peluang ke?”

Excuse me? Beri peluang untuk apa? Heii.. Dewasalah sikit. Cinta dan hati tak dapat dipaksa, Khai.”Qairra mengambil beg tangannya di atas meja dan berlalu pergi.

“Issandra...” seru Khairul mengejar langkah Qairra. Langkah Qairra terhenti di depan pintu pejabat apabila Khairul sudah menggenggem tangannya erat.

“Lepaslah!” Qairra menarik kasar tangannya tetapi genggaman Khairul lebih kuat. Qairra mendongak kepala memandang wajah Khairul bengis.

“Apa kau nak ni?!” Tengking Qairra. Hilang rasa segannya di hadapan staff-staff lain. Bibir Khairul bergetar. “I sayang you Issandra...” Luah Khairul kesekian kali. Tawa Qairra memecah sunyi. Dia mencerlung ke arah Khairul.

“You boleh pergi dengan sayang you tu sebab I memang ada date dengan seseorang semalam!” Qairra menarik kasar tangannya sehingga terlepas daripada genggaman lelaki itu. Khairul terjeda sendirian.

“I kan ada? Kenapa you keluar date dengan orang lain sedangkan I ni bakal suami you?” Khairul memprotes. Qairra membuntangkan mata. Gila! Khairul di pandangnya bengis.

“Hak I untuk tentukan apa yang I mahu dan yang terbaik untuk diri I, Khai! I dah warning you awal-awal supaya jangan ganggu I tapi you masih degil. You nak tahu dengan siapa I keluar dating?” Tanya Qairra sinis. Berdesing telinga Khairul mendengar nada suara Qairra. Dia tahu dia bukan sesiapa pada Qairra tetapi dia memang betul-betul jatuh cinta pada Qairra. Dia betul-betul sayangkan Qairra. Salah ke?

“I tak perlu tahu dia siapa sebab lepas ni you tak akan keluar dengan dia lagi. You milik I Issa... I tahu I tak layak untuk you, tapi berilah I peluang sekali aje... Susah sangat ke? Sekali aje. Pandang I dengan mata hati you sekali aje... I tak minta banyak.” Khairul merayu lagi. Anak mata Qairra dipandangnya penuh kasih.

“Maafkan I.” Jawab Qairra tegas. Mata Khairul berkaca.

“Kenapa you tak pernah pandang nak I? I sayangkan you sungguh-sungguh! I tak nak hidup tanpa you. I tunggu you dah lama, Issa... Please beri I peluang, sekali saja!! I tak minta banyak!” Khairul menarik kedua-dua tangan Qairra.

“Orang yang keluar date dengan I adalah abang you. Hari ini pun I nak lunch dengan dia. Puas hati?!” Qairra menepis tangan Khairul. Khairul terpempan. Kakinya terasa longlai. Bibirnya jadi pucat.

“Abang Wan?” Suara Khairul hampir tidak kedengaran. Qairra tersenyum sinis dan melangkah pergi.

“Emat tahun I tunggu you, Issa...” Khairul ikut langkah Qairra dengan nada mendesak. Langkah Qairra terhenti memandang wajah Khairul tajam.

“Issandra...” Seru Khairul.

“I sayang abang you.” Ucap Qairra ikhlas. Nafas Khairul tidak lagi teratur.

“I sayang you lebih daripada dia sayang you. I yakin dengan perasaan I...” Tetapi sejauh mana Qairra mendengar kata-katanya? Khairul tersandar di dinding melihat tubuh Qairra semakin jauh dari pandangannya. Terasa gelap dunianya. Kenapa dia jatuh cinta pada Qairra? Kenapa dia perlu terluka sebegini dalam? Kenapa bukan wanita lain yang mampu menerima kebaikan serta keburukannya?

Kalau orang lain yang berada di hati Qairra, dia ingin sekali berebut dengan apa cara sekalipun. Tetapi Qairra memilih abang kandungnya sendiri. Di mana harus dia larikan rasa kecewanya saat ini? Empat tahun menyimpan rasa cinta, hatinya langsung tak di hargai. Kepada siapa dia berkongsi perasaan ini?



QAIRRA menunggu Ridzuan dengan senyuman lebar di bibir.

“Hai, sayang...” Sapa Ridzuan tersenyum manis. Qairra angkat kening. Hatinya senang apabila Ridzuan melemparkan panggilan ‘sayang’ untuknya.

“Hi hi.. You lambat 10 minit la Wan...” Seru Qairra sambil menarik muka. Ridzuan gelak kecil. Tahu Qairra buat-buat merajuk.

“Manjalah sayang I ni...” Ridzuan mencuit pipi Qairra. Qairra cepat menepis.

“I dah cakap banyak kali jangan sentuh-sentuh I sebab kita belum sah lagi...” Suara Qairra berbaur amaran.

“Ye lah.. I minta maaf... Siapa suruh you buat muka comel macam tu kat I tadi?”

Eh, aku pula yang salah? Qairra menggeleng-geleng kepala. Rasa nak gelak pun ada.

“Kenapa you lambat ni?” Tanya Qairra semula. Ridzuan angkat kening.

You kena biasakan diri sebab bakal husband you ni doktor, on call kadang-kadang 24 jam tak henti-henti...” Ridzuan senyum lagi. Lesung pipit kian mendalam di kedua-dua pipinya. Qairra terpujuk.

“Ye lah I faham...” Balas Qairra menjeling tajam ke wajah Ridzuan.

Order dulu ya...” Ridzuan memanggil seorang waitress dan memesan makanan untuk mereka berdua. Dia tahu makanan yang selalu dipesan oleh Qairra. Selepas itu matanya beralih ke wajah Qairra semula.

“Hamza macam mana?” Tanya Ridzuan tiba-tiba. Qairra angkat bahu. Memang dia selalu bercerita tentang Hamza kepada Ridzuan. Tentang hatinya yang selalu menjadi mangsa pedih atas tindak tanduk Hamza Iylanda. Syukurlah Ridzuan memahaminya dan sering menenangkan perasaan amarahnya.

“Biarlah masa yang menentukan...” Ucap Qairra tenang. Ridzuan menggangguk-angguk.

“I lupa nak beritahu you. Mama kata Khairul akan balik ke Malaysia masa majlis pernikahan kita.” Ridzuan senyum lebar menampakkan gigi-gigi putih yang tersusun rapi. Wajah Qairra berubah. Lama dia tidak mendengar nama Khairul meniti di bibir Ridzuan. Sejak Khairul terbang ke Australia di hari pertunangan mereka berdua konon-kononnya atas urusan kerja.

“Betul ke?” Tanya Qairra tidak senang.

“I suruh mama I pujuk dia jugak. I rindu sangat adik I seorang tu. Dah 7 bulan dia lari dari rumah tak balik-balik. Hari raya pun dia tak balik. Kalau dia lari dari rumah, dia lari daripada siapa? Hairan I...” Rungut Ridzuan. Qairra menelan air liur pahit.


Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku


“KHAI, mama nak Khai balik. Wan dah nak kahwin. Khai dengar cakap mama ya? Tak payah merajuk dah, Qairra tu tak suka Khai...” Pujuk Puan Dahlia. Khairul terhempuk sendirian. Abang Wan nak kahwin? Jiwanya digigit rasa pedih.

Tujuh bulan dia merajuk membawa hati ke Australia. Mamanya tahu dia amat menyayangi Issandra, tetapi mama lebih suka abang Wan jadi suami Qairra. Bukankah dia lelaki yang tak berguna di mata semua orang? Khairul merenung langit biru di atasnya. Ya Allah, andai kata dia bukan jodohku, jauhkan aku dari perasaan cinta padanya... Setiap deru nafas Khairul membawa nama Issandra. Khairul menekur menahan perit di dada. 7 bulan tidak mampu mematikan rasa kerana sayangnya bukan main-main pada Issandra!

“Khai balik mama...” Tenang bibirnya berkata. Dia mahu jadi lebih realiti pada diri sendiri. Cuba lebih adil untuk hati sendiri.

Hatinya teramat letih mengejar. Teramat penat sehingga rasa cinta itu seakan-akan mati untuk Qairra Issandra seorang.

Khairul mencapai dan membuka dompetnya. Foto Qairra Issandra tersenyum manis dia curi 5 tahun lepas sewaktu kali pertama mereka berkenalan di rumah Issandra masih tersimpan kemas di dalam dompetnya. Dia usap penuh perasaan. Antara benci, dendam, sakit, cinta dan rindu, dia kalah lagi dengan perasaannya!

HARI ISNIN ini hari pernikahan dia dan Ridzuan. Hari Isnin ini bakal mengubah hidupnya sebagai seorang wanita yang lengkap. Qairra tersenyum lebar. Dia membelek-belek baju pengantin yang tersarung di tubuhnya. Cantik! Desis hati Qairra bahagia. Andai Allah mengkehendaki, dia berdoa setiap hari untuk hidup bersama Ridzuan setiap hari sehingga nafas terhenti. Dia akan menjadi wanita terbaik di sisi Ridzuan walau apapun halangan dan dugaan seperti mama yang setia berdiri di sisi papa sehingga kini.

“Tiga hari lagi...” Ucap mama tersenyum lebar. Belakang tubuh Qairra diusap-usap penuh kasih-sayang. Anak yang dia jaga dari kecil hingga besar panjang sekarang sudah hampir disunting orang. Qairra tersengih malu.

Tiba-tiba pintu rumah dibuka kasar. Mata Qairra terarah ke wajah Hamza yang agak pucat berlalu ke tingkat atas.

“Hamza dah makan?” Tanya mama lembut. Langkah Hamza terhenti. Hamza menoleh dan merenung wajah Qairra tajam. Selepas itu dia kembali melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya.

“Apa kena dengan Ham tu lagi?” Mama geleng-geleng kepala. Qairra senyap.

“Qairra ada jumpa dengan Wan lagi?” Tanya mama kepada Qairra. Qairra geleng-geleng kepala pelan.

“Dia busy sangat. Dia kata kena busy kan diri dulu sebab dia nak cuti kahwin lama sikit. He he...”

“Amboi...” Tawa mama dan tawa Qairra bersatu riang.


PINTU BILIK Qairra diketuk. Qairra menilik jam. Dia mengeluh. Mama nak apa malam-malam buta ni? Dah dekat pukul 1 pagi!

Qairra melangkah menuju ke pintu dan membukanya. Terkejut Qairra melihat wajah sembab Hamza.

“Kenapa ni?” Tanya Qairra ragu-ragu.

“Hamza mengandung.”

Qairra terbeliak.

“What did you say?”

“I’m pregnant...”

“Hamza Iylanda!”

“Hamza mengandungkan anak abang Wan....”

Melopong Qairra mendengar kata-kata yang terkeluar dari bibir Hamza.

“Ham jangan main-mainkan kakak. Lusa kita orang dah nak kahwin. Kalau betul Ham mengandung, tapi tolong jangan tuduh Wan!”

“Ham tak tipu! Ham selalu jumpa abang Wan selama ini...”

“Are you serious?” Qairra tergamam. Wajah Hamza yang sudah teresak-esak serasa menggelapkan hidupnya. Matanya terbeliak ke arah Hamza.

“Betul... Ham mengandung anak abang Wan. Dia kata dia tak dapat nak batalkan perkahwinan ni sebab akak tak bagi.” Berdesing telinga Qairra mendengar aduan Hamza. Dia cuba berfikir waras. Lelaki baik seperti Wan tidak mungkin akan buat begitu dengan wanita yang belum menjadi isterinya. Qairra menggeleng-geleng kepala sendiri.

Please kak... Ham perlukan dia lebih daripada kakak. Ham bawa baby dia...” Pecah tangisan Hamza. Tangan Qairra jatuh ke pipi Hamza sehingga Hamza tersungkur di atas katilnya. Kali ini apa pula yang Hamza mahukan?

“Sampai hati Ham nak musnahkan masa depan kakak!” Jerit Qairra meninggi.

“Salah Ham! Salah Ham!” Hamza meraung tiba-tiba. Qairra panik.

“Ham malu kak. Ham malu! Ham tak sangka hati! Ham busuk hati! Ham ingat bila jadi begini, abang Wan akan tinggalkan kakak untuk Ham. Ham silap! Ham bodoh! Dia cakap dia akan fikirkan cara, tapi sampai sekarang dia diam saja....”Hamza mengongoi sendirian. Qairra melotot.

“Kita jumpa Wan!” Qairra mengheret tangan Hamza tetapi Hamza beria-ia menolaknya.

“Jangan kak! Abang Wan tak nak kan Ham!” Qairra melepaskan tangannya. Nafasnya berombak-ombak menahan rasa hati. Sampai hati Hamza buat dia macam ni. Kalau ya berdendam, kenapa sampai melibatkan maruah diri sendiri? Qairra mengamati wajah Hamza setelah jiwanya mula tenang.

“Berapa bulan dah?” Pahit ayat yang keluar dari bibir Qairra. Hamza tertunduk menekur ke lantai.

“Sebulan...” Suara Hamza seakan tidak sampai di telinganya. Air mata Qairra menitis laju.

“Kenapa Hamza buat kakak macamni? Diakan bakal suami kakak? Hamza!” Qairra menggoncang bahu Hamza berkali-kali.

“Hamza minta maaf... Hamza salah!”

“Kakak mesti tolong Ham...” Rayu Hamza. Qairra mengetap bibir kuat.

“Kita bawa bendani ke mahkamah!” Putus Qairra mengheret tangan Hamza.

“Hamza malu!”

“Jom jumpa mama dan papa!” Qairra tarik tangan Hamza kuat. Hatinya yang sakit bercampur dengan rasa simpati. Hamza cemas.

“Kak, please kak... Tolong Hamza. Hamza tak nak papa tahu...” Apabila Qairra membuka pintu, papa dan mama tercegat di luar pintu. Air mata mama jatuh ke pipi. Wajah papa lemah memandang anak-anak perempuannya.“Dia rogol Ham?” tanya mama. Hamza menggeleng kepala laju. Tiba-tiba tangan papa menumbuk pintu bilik. Berdegung. Qairra dan mama terkejut. Hamza menikus ketakutan.

“Maafkan Hamza pa... Hamza salah...” Tangisan Hamza kuat mengisi ruang mahligai mereka. Mama tersandar di dinding, papa meraup wajah berkali-kali. Tangan papa melecet.

Telefon bimbit Qairra berbunyi. Qairra masuk ke bilik mengambil telefonnya.

“Hello?”

“Issa... Abang Wan... dia kemalangan. Meninggal di tempat kejadian.” Setelah setengah tahun suara itu tidak dia dengar, Khairul membawa berita yang hampir-hampir membuatnya pitam.

“Apa?” Bergetar suara Qairra seperti getar hebat di hatinya.

“Abang Wan... Dah tak ada...” Suara lemah Khairul menyiat-nyiat tangkai hatinya. Dia pandang wajah Hamza sembam duduk di lantai pintu dan wajah kecewa mama serta wajah papa yang seakan-akan mahu membunuh Wan. Tak perlu bunuh dia, dia dah tak ada...

“Wan dah tak ada. Dia kemalangan.” Ucap Qairra pelan. Hamza terpanar. Masa depannya musnah pada usia yang cukup muda. Qairra terduduk di birai katil menanti apa yang akan terjadi pada mereka sekeluarga.





"PUAS HATI you?” Sinis kata-kata Qairra.

"Issa, I husband you.” Perit dia meluahkan kata-kata itu. Hatinya terluka. Dia suami tetapi dia dibenci.

"Tak sangka abang you pun macam you jugak! 2×5. Dua-dua binatang. Lelaki tak guna.” Qairra memandang wajah Khairul tajam. Khairul menelan air liur sendiri. Binatang? Qairra terlalu kurang ajar pada dirinya sebagai suami. Tetapi dia diamkan saja kerana dia sedar, hanya dia saja yang bertepuk sebelah tangan.

“Berapa perempuan dah you all musnahkan hidupnya?” Qairra tetap sinis.

Khairul tergamam. Hina sangat dia di mata Qairra. Mungkin dia nampak bodoh mengahwini wanita yang terang-terang membencinya.

Tetapi apa yang dia lakukan bukan atas dasar membayar rasa bersalah kerana perbuatan abangnya, dia buta kerana kasih sayangnya pada Qairra. Dia berkahwin kerana rindunya dia pada wanita itu dan rasa sayangnya pada Qairra walaupun dia mungkin disakiti.

“Abang Wan dah jadi arwah. Mana boleh cakap macam tu... Maafkan salah dia Issa...” Khairul merendah suara. Qairra menghempas tubuh.

Akukah yang silap membuat perhitungan? Kenapa aku beria-ia mahu berkahwin dengan Khairul dalam segala-gala keributan? Papa tengah susah hati sebab dua-dua anak perempuannya jadi begini. Seorang mengandung anak luar nikah, seorang lagi tak jadi kahwin. Niatku hanya ingin mengurangkan beban di hati papa. Bila aku kahwin, kemurungan papa mungkin berkurangan. Tetapi kenapa aku tidak merasai bahagia perkahwinan itu?

Qairra pandang wajah Khairul yang menyepi tanpa sepatah kata. Dia tahu papanya menentang perkahwinan ini kerana Khairul anak Encik Daniel, adik kepada lelaki yang memusnahkan hidup anak kesayangannya. Tetapi dia juga tak mengerti kenapa dia memilih Khairul dalam masa yang singkat dan dalam keadaan tertekan yang amat sangat.

“I kahwin dengan you sebab keluarga you penyebab keluarga I jadi macam ni.” Tuduh Qairra. Papa, mama dan Hamza sudah terbang ke Australia kerana kandungan Hamza semakin membesar. Dia tertinggal di sini untuk menghabiskan hidup dan masanya bersama Khairul. Dia benci!

“Jangan kata begitu...” Suara Khairul penuh getaran. Seperti sebelum-sebelum ini, dia terluka lagi. Dalam diam Khairul berdoa supaya terbuka pintu hati Qairra Issandra untuk menerimanya seperti malam-malam yang lain.


Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku

KHAIRUL telan air liur melihat keadaan bilik dan rumahnya. Baru aje pagi tadi dia kemaskan, sekarang dah macam tongkak pecah. Selama ini dia betul-betul tak tahu yang Qairra pengotor tahap lipas begini. Baju kotor bertabur dengan majalan di sana-sini. Khairul beristighfar berkali-kali. Cuba di sabarkan hati yang semakin panas. Qairra seakan-akan cuba menguji dia.

Sejak sebulan mereka berkahwin, tidak pernah dia merasa kasih sayang Qairra Issandra padanya. Sikit pun tak pernah.

You dah balik kerja?” Sapa Qairra selamba duduk di hadapan laptop. Sepanjang hari dia online tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Khairul memintanya berhenti kerja, sekarang rasakan!

Khairul mengangguk lemah sebelum masuk ke bilik air membersihkan diri. Selepas itu dia mengerjakan solat Maghrib dan terus mengemas bilik mereka.

Tak apa, demi Qairra, kutip sampah tepi jalan pun dia sanggup...

Qairra melirik kelibatan Khairul dari hujung mata. Hati kecilnya tersentuh dalam. Sejak sebulan, Khairul tidak pernah bersungut. Selalu dia cuba membuat onar menaikkan marah lelaki itu, tetapi dia tidak pernah berjaya. Baru aje balik dari kerja, sepatutnya ada isteri yang menyambut kedatangannya. Sepatutnya dia dihidangan makan malam untuk kebajikannya. Tapi apa yang terjadi terbalik pula. Balik kerja, dia kemas rumah dan memasak. Khairul rela jadi hamba di rumah sendiri.

Melihat Khairul terbongkok-bongkok mengutip satu persatu baju yang sengaja dia lempar ke lantai, dia jadi jatuh kasihan. Khai kenapa kau bodoh sangat?

Melihat cinta Khairul bukan main-main untuknya, Qairra terjerut sendiri. Bertuahkah dia memiliki lelaki seperti Khairul?

“Kak Qairra, setiap manusia boleh berubah. Berilah peluang untuk abang Khairul sebab dia sudah lama tunggu akak...” Terngiang-ngiang suara Hamza menelefonnya minggu lepas. Qairra masih memandang wajah Khairul yang tekun menyusun dan mengutip majalah-majalah yang bertabur di atas katil. Nampak sangat wajah Khairul kepenatan.

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

“ISSA... Bangun. Dah subuh ni.” Khairul menegur Qairra.

“Issa... I tunggu kita berjemaah sama ya. Pergilah ambil air sembahyang.” Ucap Khairul tenang. Qairra mengesat mata dan memandang wajah Khairul yang sedang berdiri di sisi katil. Hatinya tersentuh melihat Khairul berbaju melayu dipadankan dengan kain pelikat serta songkok menantinya penuh sabar. Masakah yang menyebabkan lelaki ini jadi penyabar dan tenang?

Qairra keluar dari bilik air setelah mengambil air sembahyang. Khairul menantinya dengan senyuman di bibir.

“Cantiknya isteri I...” Ucap Khairul tak tersengaja. Qairra terpana sebentar. Dia jadi keliru dengan perasaannya ketika ini. Dia jadi tenang ketika Khairul mengangkat takbiratul ihram sehingga mengucap salam.

Qairra mencapai tangan Khairul pantas dan mencium tangan itu lama. Khairul tergamam. Dia bagaikan di alam mimpi apabila Qairra mencapai tubuhnya dan memeluknya sebetar. Air mata ditahan-tahan daripada menitis ke pipi. Inikah hikmahnya kepada insan yang sentiasa bersabar?Khairul mengucap syukur di dalam hati. Tanpa kata, dia sedar hati Qairra terbuka untuknya.

Dahi Qairra dikucup kudus. Tubuh Qairra ditarik dalam pelukannya.

“I tak pernah sayangkan you Khai...”

“Jangan cakap macamtu... I tak suka.” Balas Khairul tenang. Qairra menegakkan kepala.

“Tapi kenapa tiba-tiba...” Khairul tersenyum mendengar Issandra menggumam kecil.

“Mungkin Allah dah bukakan hati seorang hambanya untuk celikkan dia tentang kasih sayang suaminya.” Balas Khairul tenang. Mata Qairra berkaca.

“I tak tahu!” Qairra menggeleng-geleng kepala. Dia benar-benar keliru.

Believe me, Issa. You wife I. Mulai dari sekarang, I akan jaga you seumur hidup. Tak kira kalau you susah atau you senang. Kalau Allah izinkan, I akan tetap jaga you kerana you anugerah terindah buat I.”

I don’t know....” Keluh Qairra Issandra. Jiwanya bergelombang antara dua.

You nak tahu satu cerita?” Khairul tersenyum lebar. Qairra memandang wajahnya menunggu ayat seterusnya dari bibir itu. “I sayangkan you waktu pandangan pertama. Selama ini I tak sedar you ada di antara I. I akui I nakal sangat sebelum ini, tapi I berubah selepas jatuh cinta pada you sebab I nak jadi lelaki yang terbaik untuk Qairra Issandra. I nak bimbing Issa I ke jalan yang diredhai. Dan Allah buka peluang untuk I jadi suami Issandra, jadi pengemudi keluarga kita. I rasa amat bersyukur.”

“Kenapa you yakin sangat untuk hidup dengan I sedangkan you sendiri sedar I betul-betul benci pada you?”

“Sebab lepas I jumpa you, I ada mimpi tentang you bawakan I cincin permata. Sejak itu I yakin you adalah untuk I.”

“Apa pulak kaitan dengan cincin permata?” Qairra mengerut dahinya.

“I sayang you, mimpi tu hanya menguatkan perasaan I. He he...” Khairul tersengih. Qairra mencebik.

“Tapi I tak sayang you.”

“Tak sayang tak mengapa sebab satu hari nanti you akan sayang pada I dan anak-anak kita.”

Serentak itu lengan Khairul dipukul kuat. Mata Qairra membulat manakala Khairul menyeringai kesakitan.

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku



----2 tahun kemudian----

HAMZA meriba seorang kanak-kanak kecil dengan senyuman lebar. Dia hanya menonton dari jauh Khairul berpimpinan tangan dengan kakaknya yang sedang mengandung di tepi pantai Australia.

Hamza membelai wajah Iyla Issandra dipangkuannya.

“Anak mama bila dah besar jadi anak yang solehah dan doakan mama bila mama tak ada lagi di dunia ini ya sayang....” Dia mencubit pipi Iyla dengan rasa bahagia.


-oMbak rIndu-

(Hafiz/ Adira)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Hati perempuan, tak kiralah sehari ke sebulan ke setahun, kalau kena tempatnya, hati dia mudah terpujuk ....


16 Komen untuk Cik Rin:

nim

ish...awal2 ingat hamza tu lelaki :p

rin, baby satu b je bukan babby...hihi

ye la nampak sgt tergesa2 cerpen ni, nnt perkemaskan lg mesti lagi best walaupun biasa saja cerita kena kawin paksa ni :D

RinsyaRyc

nim - ehehe. awal2 mentioned nama hamza iylanda . tpi memng mcm nama laki pun . hi hi..

la ye ke ? saya punya BI memng teruk tpi masih lagi terhegeh-hegeh nak pkai sbb kbnyakan cite sya tulis mmng mati segan hidup x mahu nak tulis bi. Hari tu tertulis kat entri 'jaelous' pdhl 'jealous' . smpai ati kwn2 gelak kan saya =.="

sbnarnya kaweng paksa nih banyak pulak terjadi kat kampung saya . ade ari tu sorg cekgu laki kena tngkap khalwat dngan cekgu pempuan time tengah buat kerja untuk budak2 dia sbb org dengki . dah memang jodoh kut. naseb baik cekgu laki tu hensem.. he he... Kahwin paksa memang Cliche tapi dlm cite ni Qairra sendiri yg nak kaweng dngan Khairul, papa dia x setuju mula2.

thanks baca n komen ye nim :') hihi. panjang pulak penerngn saya =.="

Ria

Rin ria pun ingatkan hamza tu lelaki hihihi hmmm serius ria kata, ria menangis baca cerpen ni...serius juga...tang mana yang menyebabkan ria nangis pun ria tak pasti...hihihi lucu....kalau kawan ria tahu ni, mesti ketawakan ria kaw2 punya...tapi hati ria tersentuh tapi seketika sebab terbantu....penamatnya begitu sahaja...kalau rin baiki lagi, mesti boleh jadi best ni hihih gud luck ya...

RinsyaRyc

kak ria - oh? kak ria nangis ? he he . apa yg sedih nya kat sana ? Rin nak ketengahkan hubungan kekeluargaan sebenarnya ..

as usual kak ria, rin x pandai buat ending yg meletup kot ... ngeee... x cukup masa nak kejar . sbnarnya ni nak buat panjang smpai 40 m/s tpi rin pendekkan jadi 18 je sbb sibuk sangat minggu ni :'(

Ria

hati kak ria ni cepat tersentuh rin....huhuhu tak apa..rin cuba lagi...mesti boleh punya hihihi...FB tak boleh buka...menyibuk kat Blog rin hahahah

RinsyaRyc

kak ria- a'oh... rin cepat gak tersentuh .. biasala pempuan ... tape nanti cite ni rin perbaiki kalau dah free time raya cina sblum anta kat p2u . he he . rin pun tengah kacau blog org laen . baca novel free kat tenet >_<

AnakPakZohar

aku pon ingat hamza tu laki. hahahahaahahahah... btw, aku suke.. perempuan hatinya memang macam kerak nasi.. keras macam mana pun, tapi kalua kene air , lembut jugak.. =)

RinsyaRyc

yad'z - ye ke ? hihi .. ade gak satu cerpen aku nama dia Riffan then org ingat lelaki . esk . tu la x baca hati2 nama penuh dia riffani alia.. kihkihkih. tpi aku x ambek ati sbb aku rasa memang nama tu mcm lelaki . dlm cerpen cinta sambal belacan pun nama pempuan tu 'syah' then org ingat laki padahal nama penuh dia 'aisyah' ngeee...

kathy

hi ktk..hehe..selalu jadi silent reader jak tp aritok nak komen..kmk suka cerpen tok..tersentuh juak ati bila baca nya..kiranya feel ya sampei juaklah..hihi..apa2 pun congrats sbb hasilkan cerpen yang best ^^

Unknown

dandan igt hamza laki jugak .. last2 tau die pregnant ... pompuan lah jugak... tulah, prempuan... smata2 nak musnah kan hdup org lain, trjerut leher sndiri .. bru kna btg idung die sndiri... bagi sedar .. :]

Syaf Ismail

sedih bila seorang isteri layan suami mcm tu .

Unknown

ingatkan hamza tu lelaki..ehehh..cerpen ni best..mnangis sye bce cerpen ni

Unknown

cerpen ni best..mnangis sye bce

Anonymous

Janji temu.. Bukan temu janji.. Terima kasih

Unknown

hamza perempuan rupanye... hahaha

ayam

Ingat kan hamza tu laki tadi . Best arh